You are on page 1of 1

Perintang:

Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar
elektronik.
Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan.

Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga
elektrik dalam bentuk haba.
Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (O).

Kapasitor:

Kapasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik.
Ia boleh dicas dan dinyahcas.
Kapasitor mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya.
Sebaliknya kapasitor membenarkan arus ulang�alik mengalir dalam litar.

Transistor:

Transistor berfungsi sebagai suis elektronik.


Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau
kuasa.

Diod Pemancar Cahaya (LED):

Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya
apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod.
LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai
penunjuk.
LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V).
Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan
mengalir melaluinya.

Wire Jumper:

Sebagai penyambung (Jumper) untuk bekalan kuasa atau punca masukan keluaran.

You might also like