You are on page 1of 7

NOTA UNTUK TUGASAN 2

2.1 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH (troubleshooting)

OSILOSKOP

Osiloskop adalah alat uji terpenting yang digunakan di dalam bengkel elektronik. Ia digunakan
sebagai penayang bentuk gelombang voltan elektrik. Elektron didalam tiub pancaran katod akan
dipancar dari bahagian katod dalam alur ke permukaan skrin. Alur elektron ini akan menghasilkan
titik cahaya pada permukaan skrin. Walau bagaimana pun , alur ini boleh dipesongkan dengan
membentuk berbagai-bagai bentuk gelombang voltan elektrik yang diukur. Bentuk gelombang ini
ditayangkan pada permukaan skrin tiub pancaran katod.

Rajah 1 : Osiloskop

Pada permukaan tiub pancaran katod, tempat tertayangnya bentuk-bentuk gelombang,


ditapiskan pula dengan lapisan lutsinar yang mempunyai bentuk petak-petak segiempat yang
kecil.

Paksi - X cm Paksi - Y cm
Rajah 1.2 : Gratikul yang terdapat pada permukaan skrin osiloskop.

Paksi X dilaraskan untuk masa dan paksi Y dilaraskan untuk voltan. Segala graf dalam
bentuk gelombang elektrik ditayangkan pada permukaan skrin. Dengan ini bentuk
gelombang ini digunakan untuk mengukur voltan elektrik, frekuensi dan sebagainya. Selain
daripada itu, osiloskop juga merupakan alat bantu bagi mempelajari dan mengenali bentuk-
bentuk gelombang dalam memahami fungsi litar atau bagi mengesan kerosakan semasa
membaiki alat-alat elektrik atau alat-alat elektronik. Rajah 1.3 menunjukkan bentuk-bentuk
gelombang yang ditayangkan pada permukaan skrin osiloskop.

Rajah 1.3 : Bentuk gelombang pada permukaan osiloskop.

2.1.1 Kawalan Anjakan.

Tiub pancaran katod yang digunakan dalam osiloskop menggunakan sistem pesongan
elektrostatik. Terdapat dua pasang plat logam didalam tiub ini. Sepasang daripadanya disebut
plat Y dan yang sepasang lagi plat X. Kedua-dua pasang plat ini disambung pada punca beza
upaya yang tetap. Nilai beza keupayaan yang dikenakan pada plat ini akan menentukan
kedudukan alur elektron dan kedudukan titik cahaya pada skrin.

Secara praktik plat X akan mempunyai keupayaan yang membolehkan titik cahaya berada
pada sebelah kiri permukaan skrin. Plat Y pula akan menentukan kedudukan titik cahaya di
pertengahan satah pugak. Oleh yang demikian kawalan anjakan ini digunakan untuk menentukan
awal garis surih di permukaan skrin tiub pancaran katod.

2.1.2 Litar Penjana Pesongan

Litar pada peringkat ini biasanya boleh menghasilkan keluaran bentuk gelombang gerigi.
Keluaran ini dibekalkan kepada plat X dan bukannya kepada kawalan anjakan. Gelombang gerigi
ini dapat memberi tindakan kepada titik cahaya supaya bergerak dari bahagian kiri skrin ke
bahagian kanan skrin . Dengan kadar pergerakan yang laju apa yang dapat kita lihat hanyalah
jalur cahaya melintang pada skrin. Jalur cahaya atau garisan ini dikenali sebagai garis surih.
Frekuensi kelajuan gerakan titik boleh berubah-ubah dengan melaraskan kawalan pesongan.

2.1.3 Penguat Y

Setiap isyarat elektrik yang hendak diuji ukur dengan osiloskop disalurkan kepada plat Y. Jika
isyarat yang hendak diuji, ukur didapati terlalu lemah atau kecil, isyarat ini akan diperbesarkan
pada penguat Y. Sebaliknya pula jika isyarat tersebut terlalu kuat atau terlalu besar nilainya yang
boleh menyebabkan osiloskop terlampau beban, ia boleh dikurangkan oleh pengecil Y jika plat Y
dikenakan pada punca isyarat ini, titik cahaya akan bergerak dari atas ke bawah dan alur cahaya
dalam keadaan memugak dapat dilihat pada skrin.

2.1.4 Kendalian Tiub Pancaran Katod

Litar penjana pesongan berfungsi menggerakkan titik cahaya merentas permukaan skrin. Pada
masa yang sama juga isyarat yang dimaksudkan ke tiub pancaran katod akan menyebabkan
pergerakkan titik cahaya dalam keadaan memugak. Kombinasi kedua-dua tindakan ini akan
menghasilkan bentuk sebenar gelombang isyarat yang diuji ukur.
Dengan adanya tiub pancaran katod ini, kita dapat mempelajari bentuk-bentuk gelombang dan
ukurannya didalam sesuatu litar. Oleh itu osiloskop amat penting dalam kaedah mengesan
kerosakan alat-alat elektrik atau elektronik. Bentuk gelombang hendaklah diwujudkan terlebih
dahulu di atas skrin sebelum menguji sesuatu litar tanpa bentuk gelombang diatas layar ,
pengujian tidak boleh dilakukan.

2.1.5 Kegunaan Osiloskop

i)Titik-titik praktik

Kawalan kecerahan termasuk juga suis ON / OFF sepatutnya dilaraskan serendah yang mungkin
apabila terdapat hanya suatu titik sahaja pada layar, jika tidak layar akan terbakar dan boleh
menyebabkan kerosakan posfar. Jika dapat, eloklah keluarkan titik dari fokus atau jadikan ia satu
garis dengan melarikan asas masa.

ii)Pengukuran voltan

Setiap osiloskop mempunyai galangan yang tinggi dan boleh digunakan sebagai meter volt A.T /
A.U, jika bezaupaya yang hendak diukur dikenakan merentasi pangkalan-pangkalan masukan Y.
Dengan A.T, titik (asas masa dimatikan) atau garis (asas masa dihidupkan) akan dipesongkan
menegak, rujuk

Apabila kawalan gandaan bagi penguat Y dihidupkan, contohnya 1V / div, pesongkan


sebanyak 1 bahagian pada layar akan memberi 1V voltan arus terus. pada kedudukan 0.5V / div
pula, masukan Y sebanyak 0.05V akan menghasilkan pesongan sebenar 1 div. Osiloskop juga
mempunyai kebolehan mengukur beza upaya ulang-alik pada frekuensi-frekuensi mega hertz
yang lebih tinggi.
Rajah 2 : Pengukuran-pengukuran voltan A.T dan A.U

iii) Pengukuran masa

Setiap osiloskop mesti mempunyai satu masa yang tertentukur. Contohnya 1ms/div - titik alur
elektron tersebut akan mengambil 1 millisaat untuk bergerak dari kiri ke kanan sebayak 1
bahagian, dan jika ia bergerak sebanyak 10 bahagian bermakna titik tersebut akan mengambil
10 milisaat. Kala dan frekuensi sesuatu bentuk gelombang boleh dikirakan dengan cara yang
tersebut tadi.

iv) Paparan bentuk gelombang

Voltan arus ulang-alik yang bentuk gelombangnya dikehendaki dikenakan pada masukan Y
dengan asas masa dihidupkan. Apabila frekuensi asas masa adalah sama dengan masukan,
satu gelombang yang penuh dipaparkan, jika hanya separuh daripada masukan dipaparkan dua
gelombang akan dihasilkan. Lihat rajah 2.2.

frekuensi asas frekuensi asas


masa = frekuensi masa = ½ frekuensi
masukan masukan

Rajah 2.2 : Paparan bentuk gelombang


• Bahagian Osiloskop

Rajah 11 : Bahagian Osiloskop


NO Bahagian Fungsi
1 Calibration Point Untuk menentukan nilai ukuran sentiasa tepat
Untuk mengawal kecerahan gelombang supaya tidak
2 Intensity
kabur
3 Focus Untuk mendapatkan garisan gelombang yang tajam
4 Trace Rotation Untuk melaraskan garisan mengufuk (horizontal)
5 Power Untuk ON/ OFF osiloskop
Untuk meninggikan atau merendahkan amplitud
6 Volt / Div (CH1)
gelombang pada CH1
7 CH1 (X) Input Untuk terminal input channel 1
Knob Calibration Untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti dimaksimakan.
8
(CH1) Bila knob ini ditarik keluar, nilainya = x 5
Suis untuk pemilihan mode sambungan
• AC : AC Coupling
9 AC-GND-DC (CH1)
• GND : input terminal terputus sambungan
• DC : DC Coupling
Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke atas
10 Position
atau ke bawah
Suis untuk pilih mode operasi
• CH 1 - jika menggunakan input CH 1
• CH 2 - jika menggunakan input CH 2
11 Vert. Mode • DUAL - jika menggunakan kedua-dua input CH 1 dan
CH 2
• ADD - jika hendak mencampurkan jumlah CH 1 dan
CH 2
Suis untuk pemilihan mode sambungan
• AC : AC Coupling
12 AC-GND-DC (CH2)
• GND : input terminal terputus sambungan
• DC : DC Coupling
13 CH2 (Y) Input Untuk terminal input channel 2.
Knob calibration untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti
Knob Calibration
14 dimaksimakan. Bila knob ini ditarik keluar,
(CH2)
nilainya = x 5.
Untuk meninggikan atau merendahkan amplitude
15 VOLT / DIV (CH 2)
gelombang pada CH2.
16 Source Suis untuk pilih input signal mana yang hendak digunakan.
17 Trigger Mode Suis untuk pilih mode trigger yang dikehendaki
18 Triggering Level Untuk menghentikan gelombang yang bergerak
19 TIME / DIV Untuk mengecil atau membesarkan jarak 1 kitar
20 SWP. VAR Knob calibration untuk Time/Div (maksimakan)
21 Position Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke kiri atau kanan
22 Skrin Untuk memaparkan bentuk gelombang

You might also like