You are on page 1of 5

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1

1. Terangkan kegunaan setiap alat ukur & alat uji yang dinyatakan.
Multimeter: Mengukur kuantiti elektrik iaitu voltan (V), Arus (A), Rintangan (Ohm).
Osiloskop: Memaparkan gelombang, Mengukur voltan puncak ke puncak (VPP), mengukur nilai
frekuensi (f) dan menguji fasa.
Audio generator: Menguatkan isyarat audio daripada peranti audio, memadankan galangan
antara peranti masukan dan penguat frekuensi audio yang juga dipanggil sebagai penguat
pemacu atau penguat voltan dan menghadkan nisbah hinggar isyarat.
Bekalan Kuasa: Menukarkan voltan AU kepada voltan AT dan membekalkan voltan tersebut ke
peranti-peranti elektronik untuk beroperasi.
2. Nyatakan fungsi-fungsi bahagian utama setiap alat ukur dan alat uji tersebut
Multimeter:
a) Skala:
Terdiri daripada beberapa garisan di hujungnya ditulis dengan unit-unit tertentu seperti
Ohm (Ω), DCV, ACV.A dan sebagainya.

b) Skru Pelaras Sifar Jarum Penunjuk:


Dilaraskan apabila jarum penunjuk meter tidak menunjukkan bacaan kosong apabila
keadaan normal.

c) Pelaras Zero Ohm :


Dilaraskan apabila setiap kali menukar range pekali Ohm.

d) Jarum Penunjuk:
Bergerak di atas Skala bacaan untuk menunjukkan berapa banyak sesuatu unit disukat.

e) Suis Pemilih Julat:


Boleh di pusing untuk memilih range mengikut unit sukatan yang ingin diukur.

f) Range:
Terdiri dari range DCV, ACV, DcmA dan Pekali Ohm.
g) Terminal +Ve Dan –Ve
Terminal +Ve disambungkan dengan probe merah dan terminal –Ve dengan probe hitam.

Osiloskop:
a) Calibration Point
Untuk menentukan nilai ukuran sentiasa tepat.

b) Intensity
Untuk mengawal kecerahan gelombang pada skrin supaya tidak kabur.

c) Focus
Untuk mendapatkan surihan garisan gelombang yang tajam pada skrin.

d) Trace Rotation
Untuk melaraskan garisan horizontal (mengufuk).

e) Power
Untuk ON/ OFF Osiloskop

f) Volt / Div (di CH 1)


Untuk meninggikan atau merendahkan amplitud gelombang pada CH 1 (bila dilaras,
ketinggian gelombang akan berubah tetapi nilai Vpp tetap sama).

g) CH 1 (X) Input
Untuk terminal input channel 1.

h) Knob Calibration (di CH 1) - untuk Volt/Div CH 1/CH 2 mesti di maksimakan. Bila knob ini
ditarik keluar, nilainya = x 5.

i) AC – GND – DC (di CH 1)
Suis untuk pemilihan mode sambungan
 AC : AC Coupling
 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling

j) Position
Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke atas atau ke bawah bagi CH 1.
k) Vert. Mode - Suis untuk pilih mode operasi
 CH 1 - jika menggunakan input CH 1
 CH 2 - jika menggunakan input CH 2
 DUAL - jika menggunakan kedua-dua input CH 1 dan
CH 2
 ADD - jika hendak mencampurkan jumlah CH 1 dan
CH 2

l) AC – GND – DC (di CH 2) - Suis untuk pemilihan mode sambungan


 AC : AC Coupling
 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling

m) CH 2 (Y) Input - Untuk terminal input channel 2.

n) Knob Calibration (di CH 2) - Knob calibration untuk Volt/Div CH 1/CH 2 mesti di


maksimakan. Bila knob ini ditarik keluar, nilainya = x 5.

o) VOLT / DIV (di CH 2)


Untuk meninggikan atau merendahkan amplitude gelombang pada CH 2. (bila dilaras,
ketinggian gelombang akan berubah tetapi nilai Vpp tetap sama)

P) Source
Suis untuk pilih input signal mana yang hendak digunakan.

q) Trigger Mode
Suis untuk pilih mode trigger yang dikehendaki

r) Triggering Level
Untuk menghentikan gelombang yang bergerak (menetapkan kedudukan gelombang)

s) TIME / DIV
Untuk mengecil atau membesarkan jarak 1 kitar. (bila dilaras , lebar gelombang akan
berubah tetapi nilai time tetap sama)

t) SWP. VAR
Knob calibration untuk Time/Div ( maksimakan )
u) Position
Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke kiri atau kanan.

v) Skrin
Untuk memaparkan bentuk gelombang yang diperolehi.

Audio Generator
a) Frequency dial: Calibrate dalam Hz, 1 ke 10. frekuensi keluaran bergantung kepada
penetapan julat

b) Frequency range: Pengganda julat bagi frequency dial

c) Function switch: Butang untuk memilih bentuk gelombang keluaran yang dikehendaki
iaitu gelombang sinus atau gelombang segiempat. Pilih satu sahaja bentuk gelombang
pada label dan tekan butang berkaitan.

d) Output terminal: Terminal sambungan ke keluaran.

e) Output level: Melaraskan keluaran output 10dB

f) Variable control: menyesuaikan keluaran output diantara 10dB.

g) Power switch: butang suis untuk menghidup dan mematikan audio generator.

Bekalan Kuasa
a) CV indicator: lampu penunjuk menyala apabila menerima voltan yang berterusan

b) CC indicator: lampu penunjuk menyala apabila menerima arus yang berterusan

c) Voltage Coarse: Butang penyesuaian voltan keluaran kasar

d) Voltage fine: Butang pelarasan voltan keluaran

e) Current Coarse: Butang penyesuaian arus keluran kasar

f) Current fine: Butang pelarasan arus keluran

g) + terminal: Terminal sambungan keluran positif


h) GND terminal: Terminal sambungan keluaran ground

i) – terminal: terminal sambungan keluaran negative

j) Meter: paparan meter nilai menunjukkan voltan dan arus keluaran

k) Power control: Butang menghidupkan dan mematikan bekalan kuasa

You might also like