You are on page 1of 8

Arahan : Jawab Semua Soalan Yang Diberikan. Pilih Hanya Satu Jawapan Sahaja.

1. Manakah merupakan alatan di bawah kategori Test Instrument?


A. Osiloskop
B. Penjana Isyarat
C. Multimeter
D. RF Signal Generator

2. Berikut yang manakah merupakah pelaksanaan proses troubleshooting pada alatan ?


A. Mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada alatan hifi.
B. Membuat ketetapan bacaan pada alatan osiloskop
C. Melakukan penyelenggaraan pada alatan-alatan di dalam stor.
D. Membaiki semula penjana audio yang telah rosak.

3. Pada bahagian Ohm meter, terdapat dua bateri bernilai 1.5V dipasang secara sesiri dan satu
bateri 9VDC. Pada julat ohm yang manakah yang memerlukan penggunaan bateri 9VDC?
A. X 1
B. X 10
C. X 1K
D. X 10K

4. Jika anda mengetahui nilai bacaan voltan DC yang akan diukur adalah 12V berdasarkan
kefahaman teori , apakah julat yang paling sesuai dipilih pada multimeter?
A. 250 DCV
B. 50 DCV
C. 10 DCV
D. 2.5 DCV

5. Anda ingin menyukat voltan AC yang keluar dari plug menggunakan multimeter. Langkah
keselamatan yang pertama perlu dilakukan ialah
A. ON kan dahulu suis plug tersebut
B. OFF kan dahulu suis plug tersebut
C. Pintaskan probe multimeter
D. Terbalikkan probe multimeter

6. Antara berikut manakah BUKAN kegunaan osiloskop?


A. Mengukur Voltan DC.
B. Mengukur nilai frekuensi.
C. Menguji fasa
D. Meyuntik isyarat audio.
7. Jika nilai tempoh yang diperolehi pada paparan gelombang osiloskop adalah 1ms, kira nilai
frekuensi bagi gelombang tersebut?
A. 100Hz
B. 1kHz
C. 10kHz
D. 100kHz

8. Fungsi bahagian suis FUNCTION pada penjana isyarat ialah


A. memilih julat bagi frequency.
B. memilih jenis gelombang yang dikehendaki.
C. menjana nilai frequency yang dikehendaki
D. menjanakan nilai Voltan Puncak Ke Puncak

9. Manakah BUKAN ciri-ciri bagi penjana audio?


A. Boleh menghasilkan gelombang sinus, persegi dan segitiga.
B. Ouput kuasa (1-W yang mempunyai kawalan amplitud)
C. Voltan (12-V - 14 V a.t / a.u)
D. Ferquency (5 Hz - 50 kHz)

10. Apakah alatan yang digunakan untuk menguji keadaan CCTV yang hendak dipasang?
A. CCTV Monitor
B. CCTV Camera
C. CCTV DVR
D. CCTV Tester

11. LAN Cable Tester digunakan untuk menguji kabel jenis


A. Coaxial
B. RJ45
C. RCA
D. HDMI

12. Sound Level Meter telah terjamin keselamatan dalam penggunaanya untuk mengukur tahap
kebisingan suara dalam kawasan kerja. Ia dapat mengukur kebisingan antara julat
A. 30-130 dB
B. 40-140 dB
C. 50-150 dB
D. 60-160 dB
13. Pengujian keterusan pada litar dibuat dan ujian ini menunjukkan nilai infiniti. Apakah yang
menyebabkan keadaan ini berlaku
A. Litar pintas
B. Litar terbuka
C. Dry Solder
D. Overload

14.Manakah merupakan kerosakan dari kilang jenis elektrikal?


A. Bergegar akibat daripada perjalanan
B. Pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu sedikit
C. Terdapat bahagian dalam alatan yang patah
D. Slot penyambung wiring tidak bersambung dengan kemas.

15.Soldering lead ( Timah pemateri) adalah bahan yang digunakan untuk memateri atau
mencantumkan komponen elektronik. Ia terdiri daripada campuran
A. Timah dan Kuprum
B. Kumprum dan Plumbum
C. Timah dan Plumbum
D. Kuprum, Timah dan Plumbum

16. Alatan tangan yang digunakan untuk mengambil atau memegang komponen halus dan komponen
yang sensitif seperti IC (Intergreted Circuit ) ialah
A. Playar muncung tirus
B. Tweezer
C. Soldering sucker
D. Playar pemotong sisi

17. Tiub pancaran katod yang digunakan dalam osiloskop menggunakan sistem pesongan
______________________.
A. Elektromagnet
B. Elektrostatik
C. Elektrik
D. Elektronik

18. Plat yang manakah mempunyai keupayaan yang membolehkan titik cahaya berada pada sebelah
kiri permukaan skrin pada osiloskop sinar katod?
A. Plat X
B. Plat Y
C. Plat XY
D. Plat Z
19. Setiap isyarat elektrik yang hendak diuji ukur dengan osiloskop disalurkan kepada plat Y. Jika
isyarat yang hendak diuji, ukur didapati terlalu lemah atau kecil, apakah yang akan berlaku?
A. Isyarat ini akan dikurangkan pada pengecil Y.
B. Isyarat ini akan diperbesarkan pada penguat Y.
C. Isyarat ini akan dikurangkan pada penguat Y.
D. Isyarat ini akan diperbesarkan pada pengecil Y.

20. Bahagian manakah pada osiloskop sinar katod yang berfungsi menggerakkan titik cahaya merentas
permukaan skrin?
A. Litar penjana pesongan
B. Penguat Y
C. Kawalan Anjakan.
D. Gratikul

21. Apakah yang berlaku jika awalan kecerahan termasuk juga suis ON / OFF tidak dilaraskan
serendah yang mungkin apabila terdapat hanya suatu titik sahaja pada layar?
A. Boleh menyebabkan kerosakan pada plat.
B. Keseluruhan osiloskop akan rosak.
C. Layar akan terbakar .
D. Tidak berlaku apa-apa.

22. Setiap osiloskop mesti mempunyai satu masa yang tertentu untuk diukur. Jika 1ms/div titik alur
elektron tersebut akan mengambil 1 millisaat untuk bergerak dari kiri ke kanan sebanyak 1
bahagian, berapakah tempoh masa diambil jika ia bergerak sebanyak 1000 bahagian?
A. 10 milisaat
B. 100 milisaat
C. 1 saat
D. 10 saat

23. Anda ingin mengubah ketinggian amplitud gelombang pada CH1 osiloskop. Bahagian manakah
yang perlu dilaraskan?
A. Intensity
B. Focus
C. Volt/Div
D. Time/Div
24. Alatan pada Rajah 1 digunakan untuk membaca atau menguji isyarat digital. Apakah nama alatan
ini?
A. Logic Probe
B. CCTV Tester
C. Tacho Meter
D. Cable Tester

25. Jika kedudukan pin-pin IC terletak dibahagian yang sukar untuk bacaan diambil, alatan apakah
yang dapat digunakan untuk memudahkan kerja tersebut?
A. Cable Tester
B. IC Test Clip
C. Tacho Meter
D. Logic Probe

26. Alat Pengesan Arus (Current Tracker) digunakan untuk


A. mengenalpasti jenis arus yang mengalir
B. mengesan jumlah arus yang kecil
C. mengukur jumlah arus
D. semua jawapan di atas salah

27. Bagaimanakah berlakunya penyahcas elektrostatik (ESD)?


A. Disebabkan oleh sentuhan di antara dua permukaan sehingga menyebabkan
ketidakseimbangan cas di antara dua permukaan di mana pengaliran cas akan berlaku.
B. Disebabkan oleh regangan di antara dua permukaan sehingga menyebabkan
ketidakseimbangan cas di antara dua permukaan di mana pengaliran cas akan berlaku.
C. Disebabkan oleh pergeseran di antara dua permukaan sehingga menyebabkan
ketidakseimbangan cas di antara dua permukaan di mana pengaliran cas akan berlaku.
D. Disebabkan oleh jarak dekat di antara dua permukaan sehingga menyebabkan
ketidakseimbangan cas di antara dua permukaan di mana pengaliran cas akan berlaku.
28. Apakah alatan yang dapat diletakkan di atas permukaan meja untuk mengurangkan risiko
renjatan cas elektrostatik semasa bekerja dengan peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik?
A. ESD Finger cots
B. Anti-Static Mat
C. Anti-Static Storage Bag
D. Anti-Static Shoes

29. Apakah yang perlu dipakai sebelum memegang komponen yang mudah rosak akibat cas
elektrostatik ketika kerja pemasangan pada PCB dilakukan?
A. Anti-Static Shoes
B. Anti-Static Mat
C. Anti-Static Storage Bag
D. ESD Finger cots

30. Rajah di atas adalah sejenis beg khas yang dihasilkan bagi mengelakkan kehadiran cas
elektrostatik didalamnya bertujuan untuk meletakkan peranti dan komponen yang sensitif dan
mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.Ia dinamakan sebagai
A. Anti-Static Shoes
B. Anti-Static Mat
C. Anti-Static Storage Bag
D. ESD Finger cots

31. Antara berikut manakah BUKAN ciri-ciri litar pintas?


A. Litar menjadi panas.
B. Arus mengalir terus tanpa sekatan sekatan voltan.
C. Bacaan meter 0 apabila uji keterusan
D. Bacaan meter infiniti ∞ apabila uji keterusan

32. Jika kaki komponen dalam keadaan terbuka atau putus akan menyebabkan
__________________.
A. Litar terbuka
B. Litar pintas
C. Litar putus
D. Litar terbakar
33. Ketika mengenalpasti kerosakan litar didapati terdapat pematerian yang kurang sempurna
disebabkan oleh timah yang digunakan terlaku sedikit. Keadaan ini dinamakan sebagai
A. Damage solder
B. Dry solder
C. Open solder
D. Less solder

34. Apakah nama teknik yang digunakan bagi mengesan kerosakan dengan memerhati kesan
kerosakan yang berlaku menggunakan mata?
A. Deria pandang
B. Deria melihat
C. Deria menganalisis
D. Deria memerhati

35. Apakah alatan yang sesuai digunakan ketika mengesan kerosakan menggunakan teknik suntikan
isyarat?
A. LCR Meter
B. Meter Pelbagai
C. Osiloskop
D. Penjana Isyarat

36. Apakah alatan yang sesuai digunakan ketika mengesan kerosakan menggunakan teknik surihan
isyarat pada sistem Hi-Fi?
A. LCR Meter
B. Meter Pelbagai
C. Osiloskop
D. Penjana Isyarat

37. “Hi-Fi” ialah singkatan bagi


A. High Five
B. High Fail
C. High Free
D. High Fidelity

38. Manakah merupakan komponen input bagi sistem Hi-Fi?


A. Equalizer
B. Amplifier
C. Mikrofon
D. Speaker
39. Apakah fungsi Penguat Kuasa dalam sistem Hi-Fi?
A. Mengawal isyarat frekuensi tinggi
B. Menghasilan voltan berkuasa tinggi
C. Menghasilan ayunan yang tinggi pada peringkat keluaran
D. Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu speaker

40. Fungsi speaker ialah_________________


A. menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio
B. menukar isyarat audio kepada isyarat bunyi
C. menukar isyarat bunyi kepada isyarat elektrik
D. menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.

You might also like