You are on page 1of 3

Transformer adalah alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus ulang alik tanpa perubahan frekuensi arus

ulang alik itu. Transformer memindahkan tenaga elektrik dari satu litar arus ulang alik kepada satu litar yang lain dengan perubahan beza keupayaan dan arus, tanpa perubahan frekuensi.

2.

3.

4.

Transformer terdiri daripada dua litar berasingan yang mempunyai pautan magnet pada satu teras besi lembut berlamina seperti dalam rajah di atas. (a) Litar primer terdiri daripada gegelung primer dawai bertebat yang dibekalkan dengan beza keupayaan input daripada satu sumber arus ulang alik. (b) Litar sekunder terdiri daripada gegelung sekunder dawai bertebat yang membekalkan beza keupayaan output dalam arus ulang alik. Prinsip transformer adalah berdasarkan aruhan saling. (a) Apabila arus ulang alik mengalir dalam gegelung primer, perubahan fluks magnet yang sama dengan frekuensi arus ulang alik itu terhasil. (b) Fluks magnet daripada gegelung primer ditumpukan oleh teras besi serta dihubungkan dengan gegelung sekunder. (c) Perubahan fluks magnet itu menghasilkan d.g.e. teraruh dalam litar sekunder, menurut Hukum Faraday. (d) Arah arus aruhan dalam transformer adalah sentiasa menentang perubahan arus yang menghasilkan arus aruhan itu, iaitu menurut Hukum Lenz. (e) Frekuensi arus primer dan arus sekunder adalah sama. Aruhan saling ialah penghasilan d.g.e. aruhan dalam satu litar akibat daripada perubahan pengaliran arus menerusi satu litar lain yang berhampiran serta mempunyai pautan magnet. Terdapat dua jenis transformer, iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun: (a) Transformer injak naik mempunyai beza keupayaan output yang lebih tinggi daripada beza keupayaan input kerana bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih tinggi daripada bilangan lilitan

(b)

gegelung primer. Transformer injak turun mempunyai beza keupayaan output yang lebih rendah daripada beza keupayaan input kerana bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih rendah daripada bilangan lilitan gegelung primer.

Contoh :

Rajah di atas ialah satu litar elektrik dengan sebuah transformer. Hitungkan beza keupayaan output transformer itu serta huraikan kecerahan mentol. Penyelesaian :

= 20 V Beza keupayaan output ialah 20 V, maka mentol adalah malap kerana mentol itu memerlukan 24 V untuk kecerahan biasa. Transformer unggul mempunyai kecekapan 100%. Transformer unggul boleh memindahkan kesemua tenaga elektrik dari gegelung primer kepada gegelung sekunder. Kuasa input = Kuasa output VpIp = VsIs Ip = Arus primer Is = 6. Arus sekunder Transformer praktis tidak mempunyai kecekapan 100% kerana kehilangan sebahagian tenaga elektrik.

5.

Kecekapan transformer,

7.

Punca kehilangan tenaga dan cara meningkatkan kecekapan transformer adalah: (a) Rintangan gegelung Rintangan kedua-dua gegelung primer dan sekunder menghasilkan haba. Punca kehilangan tenaga ini boleh dikurangkan dengan menggunakan gegelung dawai rintangan rendah seperti dawai kuprum. Arus pusar Arus pusar ialah arus aruhan dalam teras transformer yang menyebabkan kehilangan tenaga elektrik sebagai tenaga haba. Teras berlamina dengan oksida boleh digunakan untuk menambahkan rintangan teras supaya arus pusar boleh dikurangkan. Kebocoran fluks magnet Kebocoran fluks magnet berlaku kerana pautan magnet yang tidak lengkap. Kebocoran fluks magnet boleh dikurangkan dengan reka bentuk teras yang cekap untuk memastikan pautan magnet yang lengkap. Histeresis Punca kehilangan histeresis adalah disebabkan oleh proses perubahan fluks magnet yang berterusan dalam teras, iaitu proses magnetan dan penyahmagnetan yang berterusan. Histeresis boleh dikurangkan dengan menggunakan teras besi lembut kerana besi lembut mudah dimagnetkan serta dinyahmagnetkan.

(b)

(c)

(d)

You might also like