You are on page 1of 24

Topik 1 : Nombor

Teori Nombor ialah salah satu cabang tertua dalam matematik tulin dan memfokus kepada
kajian tentang nombor asli. Aritmetik diajar di sekolah kepada kanak-kanak dan dimulakan
dengan mempelajari nombor dan operasi nombor. Set nombor pertama diperkenalkan kepada
kanak-kanak ialah set nombor yang boleh bilang atau nombor asli.

Di dalam matematik, sistem nombor ialah suatu set nombor. Kanak-kanak mula mempelajari
nombor asli : 1,2,3, ............... dengan empat operasi asas iaitu operasi
penambahan,penolakan,pendaraban dan pembahagian. Kemudian, nombor bulat 0,1,2, ....
diperkenalkan, diikuti oleh integer termasuk nombor negatif. Langkah seterusnya termasuklah
nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. Secara ringkasnya sistem nombor merangkumi topik
nombor asli, nombor bulat,integer,nombor nisbah dan nombor bukan nisbah dan nombor nyata.
Dengan mempelajari sistem nombor, ia boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih
baik teori asas nombor di dalam topik seterusnya.

Nombor
Nyata

Nombor Nombor Nombor Nombor


Integer
Asli Bulat Nisbah bukan nisbah

.Nombor Nyata

Apakah dia nombor nyata?

Suatu nombor nyata merujuk kepada sebarang nombor yang terletak pada garisan nombor
.Nombor nyata mengandungi semua nombor nisbah ( iaitu nombor perpuluhan berulang yang
infiniti, nombor positif, negatif dan sifar) bersama dengan satu set nombor dipanggil nombor
bukan nisbah. Dalam lain perkataaan, set nombor nyata ialah set semua nombor yang
diwakilkan oleh nombor perpuluhan infiniti.

Di sekolah, nombor boleh bilang diajar terlebih dahulu, diikuti oleh nombor bulat,pecahan dan
integer. Hubungan antara set nombor ini ditunjukkan di bawah.
Pecahan

Nombor boleh Nombor Bulat


bilang
(Nombor Asli)
Integer

Setiap anak panah mewakili ialah subset bagi, sebagai contoh, set nombor boleh bilang ialah
subset bagi suatu set nombor bulat, dan seterusnya. Kedua dua nombor pecahan dan integer
menjana sistem nombor bulat.

Gambarajah di atas boleh dijanakan untuk merangkumi set nombor nisbah seperti di bawah:

Pecahan

Nombor Nombor Nombor


boleh Bulat Nisbah
bilang

Integer

Mari kita ulangkaji takrif untuk set nombor yang berlainan seperti rumusan yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah. Takrif ditulis menggunakan set notasi. Penggunaan simbol { } ,dipanggil
kurungan menandakan set tertutup dan terbuka bagi pungutan atau kumpulan nombor-
nombor. Tiga titik selepas nombor 3 menandakan pola adalah berterusan.
Takrif bagi set nombor-nombor

Nama Set Nota dan contoh


Nombor
{1, 2, 3, . . .} mewakili semua nombor boleh bilang bermula dengan 1
Asli
Nombor
{0, 1, 2 , 3, . . .} Bermula dengan sifar termasuk semua nombor asli.
bulat
Integer {0, 1, 2, 3,. . .} termasuk nombor bulat negatif, 0 dan positif.
Dibaca sebagai p per q, di mana p dan q adalah integer,q 0 .

Nombor nisbah boleh ditulis dalam bentuk perpuluhan, iaitu sama


ada perpuluhan terhad atau berulang. Contoh:
p
Nombor { q | p dan q
nisbah 1 2
0.5 dan 0.67
adalah integer, 2 3
q0}
di mana palang di atas 67 bermaksud nombor 6 dan 7 ditulis
berulang iaitu 0.67676767676......
Nombor {x | x ialah nombor Contoh:
bukan perpuluhan tak
nisbah berulang dan tak
terhad. } pi () 3.14159. . , ; e 2.71828 ; 2 , etc.

Nombor {x | x boleh ditulis Dibaca sebagai semua nombor x, sedemikian hingga x boleh
nyata sebagai nombor ditulis sebagai perpuluhan.
perpuluhan.}

Klasifikasi set nombor nyata.

Di dalam matematik, jenis nombor yang berlainan dikumpulkan bersama dan diberi nama
khusus. Adalah mustahak untuk memahami organisasi set nombor ini.

Nombor nyata boleh diklasifikasikan di bawah set nombor yang berlainan. Perhatikan senarai
nombor yang ada dalam jadual di atas.

Apakah yang dapat anda perhatikan?

Bila kita melihat senarai ke bawah, suatu set baru akan mengandungi semua set nombor di
atasnya. Sebagai contoh, Nombor bulat mengandungi nombor asli di dalamnya. Hakikatnya,
suatu set nombor bulat mengandungi semua nombor asli bersama satu nombor baharu iaitu
sifar. Jika kita terus lihat senarai ke bawah, nombor menjadi lebih rumit. Pecahan
diperkenalkan sebagai sebahagian daripada satu yang menyeluruh. Pada masa yang sama,
bila kita belajar mengenai hutang dan nombor negatif, kita mula menggunakan integer.

Daripada penerangan di atas, tentang set yang berlainan yang terdapat dalan sistem nombor
nyata, kita boleh lihat bagaimana suatu set nombor mempunyai hubungan antara satu sama
lain dan diklasifikasikan secara progresif. Sekarang bolehkah anda menerangkan hubungan
antara set?

Hubungan antara set nombor ditunjukkkan dalam gambarajah venn di bawah.

Nombor Nisbah
11.23

-1
Integer -2 3
-3 4

Nombor Bulat
0
3.245
Nombor
Asli
1,2,3....

Nombor
bukan
Nisbah

2
3.1427....
Uji kefahaman anda!
1. Tentukan sama ada pernyataan berikut betul atau salah. Beri sebab bagi jawapan anda.
i. Setiap integer ialah nombor nisbah..
ii. Setiap nombor nisbah adalah juga nombor bukan nisbah.
iii. Setiap nombor asli ialah suatu integer.
iv. Setiap integer ialh nombor asli.

2. Pertimbangkan set nombor berikut:


{ - 81, - 0.315, 1, 3 , , 23, 6, 27, 3, 89.4, 100 000 }
Klasifikasikan dan senaraikan nombor berikut di atas mengikut set yang betul.
i Nombor asli
ii Nombor Bulat
iii integer
iv Nombor nisbah
v Nombor bukan nisbah
vi Nombor Nyata.

Perwakilan Nombor

Selain menggunakan set notasi untuk mewakili pelbagai jenis nombor nyata, kita juga boleh
menggunakan abjad atau huruf untuk mewakilkan set nombor nyata.
Ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Nama bagi set nombor Simbol yang mewakili set


Nombor asli N
Nombor Bulat W
Integer Z
Nombor Nisbah Q
Nombor Bukan Nisbah Q'
Nombor Nyata R
Nombor nyata juga boleh diwakilkan menggunakan garisan nombor. Menulis nombor pada
garisan nombor memudahkan kita untuk mengenalpasti nombor yang kecil dan yang besar.
Susunan nombor nyata adalah secara tertib pada garisan nombor. Titik disusun secara tertib
supaya nombor yang besar terletak di sebelah kanan sifar dan nombor kecil berada di sebelah
kiri, seperti yang ditunjukkan di bawah.

Garisan Nombor

Nombor Negatif (-) Nombor Positif (+)

Nombor di sebelah kanan lebih besar daripada nombor di sebelah kiri.

8 lebih besar daripada 5


1 lebih besar daripada -1
Tetapi perhatikan bahawa -8 lebih kecil daripada -5

Garisan nombor di atas menunjukkan


Setiap nombor nyata berpadanan dengan jarak pada garisan nombor, yang bermula
dengan sifar di titik tengah.
Nombor negatif mewakili jarak ke kiri daripada sifar, dan nombor positif ialah jarak ke
kanan.
Anak panah di hujung menandakan garisan adalah berterusan di kedu dua arah.

Contoh : garisan nombor berikut menunjukkan set bagi Nombor asli.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Cuba wakilkan set nombor lain yang dibincangkan di atas menggunakan garisan nombor.

Kesimpulannya, Nombor Nyata terdiri daripada perkara berikut:

Nombor Nisbah + Nombor bukan Nisbah

Semua titik terletak pada garisan nombor.

Semua jarak yang mungkin terletak pada garisan nombor.

Nombor Perdana

Nombor perdana adalah integer positif p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1) jika
ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri).

Dalam perkataan yang lain, nombor perdana adalah nombor yang mempunyai hanya dua
faktor sahaja.

Maksud boleh dibahagi ialah, apabila dibahagi akan menghasilkan integer

Nombor Kompleks

Perhatikan persamaan berikut:

x2 = - 1

Apakah penyelesaian di atas? Pasti anda akan kata tiada penyelesaian untuk soalan di
atas kerana x = -1. Nombor ini dikenal sebagai nombor khayalan oleh ahli matematik
pada zaman dahulu. Pada peringkat awal ahli matematik tidak menerima jawapan ini.
Lama kelamaan didapati banyak aplikasi matematik memerlukan penggunaan nombor
ini, maka mereka perlu membesarkan set nombor nyata untuk membentuk satu set
yang lebih besar iaitu nombor kompleks. Kewujudan nombor kompleks ini
membenarkan penyelesaian untuk apa-apa persamaan yang boleh ditulis. Nombor
kompleks bergantung kepada nombor i , ditakrif sebagai

i=-1 atau i 2 = -1
Nombor i bukan nombor nyata kerana tiada nombor nyata kuasa duanya adalah negatif.
Nombor i, dan gandaan sebarang nombor nyata bukan sifar dengan i dipanggil
nombor khayalan.

Contoh nombor khayalan termasuk


3
I, - 4i, i, i 2, -i,
2
dan sebagainya.

Nombor Nisbah
a
NOMBOR NISBAH adalah set nombor yang terdiri daripada di mana a dan b merupakan
b
1 3 3
nombor integer, dan b 0 . Ia dilambangkan sebagai Q. (contoh , 0.75 , 8 , , 0.4,
4 4 1
20
400 20 , dan sebarang nombor perpuluhan berterusan yang berulang )
1

Contoh :
a) Tukar 0. 2 6 2 6 2 6 2 6 2 6 .kepada pecahan.
b) Seterusnya, tentukan samada 10.262626 adalah Nombor Nisbah atau tidak.

Penyelesaian
(a) Jadikan x = 0.26262626 ----- (persamaan 1)

(Darab dengan 100) , 100 x = 26.262626 . ----- (persamaan 2)


(persamaan 2 persamaan 1) 100x x = 26.26262626 0.26262626..
99 x = 26
26
x = #
99
(b) Jadikan y = 10. 26262626 ----- (persamaan 1)

(Darab dengan 100) 100 y = 1026.262626..----- (persamaan 2)


(persamaan 2 persamaan 1) 99 y = 1016
1016
y = (pecahan)
99
Maka 10.262626 adalah Nombor Nisbah, Q. #

Operasi Ke Atas Nombor Nisbah

a c
Jika dan adalah nombor Nisbah, maka
b d
a c ad bc ad bc
PENAMBAHAN :
b d bd bd bd

a c ad bc ad bc
PENOLAKAN :
b d bd bd bd

a c ac
PENDARABAN :
b d bd

a c ad
PEMBAHAGIAN : (c 0)
b d bc

Contoh :
2 1
Tambahkan
15 10

Penyelesaian:
Langkah 1: Cari GSTK bagi 10 dan 15. Didapati GSTK(10,15) = 30
2 1 (2 2) (3 1)

Langkah 2: 15 10 30
7

30
Contoh :
173 69
Tolakkan
180 1200

Penyelesaian:
Langkah 1: Cari GSTK bagi 180 dan 1200. Didapati GSTK(180,1200) = 3600

173 69 (20 173) (3 69)



180 1200 3600
Langkah 2:
3253

3600

Contoh :
Darabkan Nombor Nisbah berikut :
2 4 1 3
(a) (b) 3 2
3 7 2 5

Penyelesaian:

2 4 8
(a)
3 7 21
1 3 7 13 91
(b) 3 2 =
2 5 2 5 10

Contoh :
Bahagikan Nombor Nisbah berikut :
3 4 4 8
(a) (b)
4 7 3 9

Penyelesaian:
3 4 3 7

(a) 4 7 4 4
21 21

16 16

4 8 4 9

(b)
3 9 3 8
36 3

24 2

Contoh :
2 5
Cari Nombor Nisbah antara dan
3 6

Penyelesaian:
Langkah 1: Tambahkan kedua-dua pecahan/nombor nisbah itu.

2 5 4 5

3 6 6 6
9

6
3

2

Langkah 2: Ambil setengah/separuh daripada hasil tambah di atas:

1 3 3

2 2 4

3 2 5
Nombor Nisbah berada antara dan
4 3 6

Nombor Bukan Nisbah


Nombor bukan nisbah ialah nombor bukan integer yang tidak boleh diungkapkan
sebagai nisbah / pecahan.

Nombor bukan nisbah ialah nombor nyata yang boleh ditulis sebagai nombor perpuluhan yang

tidak berakhir dan tidak berulang. Antara contoh-contoh Nombor Bukan Nisbah ialah , 2
3 , 5 dan lain-lain.

Kita telah membincangkan tentang Nombor Nisbah. Sekarang cuba fikirkan apakah maksud
Nombor Bukan Nisbah.

Adakah (Pi) Nombor Nisbah atau Nombor Bukan Nisbah ?

(Pi) adalah bersamaan dengan 3.141592653589793238. tentunya anda tidak dapat


menulis sebarang nisbah / pecahan yang bersamaan nilai (Pi) .

22
Penghampiran = 3.1428571428571adalah nilai yang hampir TETAPI tidak tepat.
7

Mari kita kaji Punca Kuasa dua bagi 2:

Apakah jarak bagi pepenjuru di atas ?

Jawapan anda tentulah punca kuasa dua bagi 2, iaitu 1.4142135623730950...

Didapati, ianya bukan nombor seperti 3, atau lima per tiga, atau sebagainya. Anda tidak dapat
menulis punca kuasa dua bagi 2 dengan menggunakan nisbah dua nombor. Nombor sebegini
dikenali sebagai Nombor Bukan Nisbah.

Nombor Bukan Nisbah lain yang popular adalah :


Nombor e (Euler's Number) Ramai pengkaji telah mendapati nilainya
mempunyai beberapa tempat perpuluhan tanpa mendapati corak /
pola tertentu. Nilainya adalah
2.7182818284590452353602874713527

Nisbah Keemasan ( Golden Ratio ) juga adalah Nombor Bukan


Nisbah.Beberapa digit yang pertamanya adalah
1.61803398874989484820... ..

Banyak punca kuasa dua, punca kuasa tiga dan sebagainya adalah
Nombor Bukan Nisbah . Contoh-contoh adalah

3 1.7320508075688772935274463415059
99 9.9498743710661995473447982100121

Punca Kuasa Dua

Perhatikan pernyataan di bawah :

Kita mengetahui bahawa 25 5 . Nombor seperti 25, mempunyai punca kuasa dua berbentuk
nombor bulat ( iaitu 5 ) dikenali sebagai KUASA DUA SEMPURNA. Nombor 5 pula dipanggil
sebagai PUNCA KUASA DUA SEMPURNA.

Setiap nombor bulat mempunyai punca kuasa dua. Kebanyakan nombor yang bukan KUASA
DUA SEMPURNA (contohnya 26), mempunyai PUNCA KUASA DUA berbentuk Nombor Bukan
Nisbah.
Mencari Punca Kuasa Dua Sesuatu Nombor

Jika sesuatu nombor itu bukan Nombor Kuasa Dua Sempurna, anda boleh menggunakan
kalkulator untuk mencari jawapan tepat kepada perseribu yang hampir.

Contoh :

Cari punca kuasa dua bagi nombor-nombor 81, 37, 158.

Penyelesaian:

81 9

37 6.083

158 12.570

Contoh :

Cari dua nombor bulat yang berturutan yang memberikan lingkungan jawapan kepada
punca kuasa dua nombor berikut:

(a) 18 (b) 115

Penyelesaian:
(a) 16 4 dan 25 5 maka 18 berada antara 4 dan 5.
(b) 100 10 dan 121 11 maka 115 berada antara 10 dan 11.

Surd

Nombor Bukan Nisbah yang melibatkan simbol radikal seperti , 3 ,4 dan lain-lain

dikenali sebagai surd.

11 2 3
12 , 3 4 , 3 5, 5
adalah contoh-contoh surd.
Kita sedia maklum bahawa 36 6 , 3
82 ,
Semua punca kuasa nombor-nombor di atas mempunyai nilai yang tepat dan dikenali sebagai
Nombor Nisbah.
3 4
Bagi 2, 21, 100 , kita terpaksa menggunakan kalkulator untuk mencari jawapan.

Didapati 2 1.41, 3
21 2.76, 4
100 3.16

Semua punca kuasa nombor-nombor di atas TIDAK mempunyai nilai yang tepat dan dikenali
sebagai Nombor Bukan Nisbah. Juga dikenali sebagai SURD.

Mari kita kaji nombor-nombor berikut:


Adakah nombor-nombor di bawah Nombor Nisbah atau Nombor Bukan Nisbah ?

(a) 5 (b) 36 (c) (d)
2 2

Kita akan mendapati jawapan seperti berikut:


(a) 5 - Nombor Bukan Nisbah kerana ia tidak dapat dimudahkan kepada sebarang
integer.
(b) 36 - Nombor Nisbah kerana ia dapat dimudahkan kepada integer: 36 6

(c) - Nombor Bukan Nisbah kerana adalah nombor Bukan Nisbah.
2
1
(d) - Nombor Nisbah kerana ia dapat dimudahkan kepada .
2 2
Nombor Kompleks

Hasil tambah satu nombor nyata dan sebarang gandaan nombor nyata dengan i
dipanggil nombor kompleks. Nombor kompleks boleh ditulis dalam bentuk Kartesan,
z=x +yi
di mana x dan y adalah bahagian nyata dan bahagian khayalan bagi nombor kompleks
masing-masing.

Contoh-contoh nombor kompleks adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:


2 + 5i, -3 - 2i, 4 + 2 i, 0 + 8i ( = 8i ) , 9 + 0i ( = 9 )

Modulus, Argumen dan Konjugat bagi Nombor Kompleks

Pada akhir abab kelapan belas, Casper Wessel dari Norway dan Jean Robert Argand
dari Switzerland mewakili nombor kompleks z = x + y i dengan menggunakan
gambarajah seperti yang ditunjukkan di bawah:
y
P(x,y)
r
y

O x x

Perhatikan bahawa nombor kompleks, z = x + yi diwakili pada satah dengan titik


P(x,y). Satah itu dirujuk sebagai satah kompleks dan gambarajah sebegitu dipanggil
gambarajah Argand (nama di bawah Jean Robert Argand). Perwakilan nombor
kompleks z = x + yi dengan spesifikasi kordinat Kartesan (Cartesian) dipanggil bentuk
Kartesan atau bentuk segi empat (rectangular) atau bentuk algebra bagi nombor
kompleks.

Sebarang titik pada paksi-x mewakili nombor nyata dan sebarang titik pada paksi-y
mewakili nombor khayalan. Nombor kompleks, z = x + yi juga boleh diwakili dengan
vektor OP. Panjang OP, r , dipanggil modulus bagi z dan diwakili oleh z.
Saiz putaran, bagi z dipanggil amplitud atau argumen. Ia biasa ditulis sebagai Arg
z dan dalam unit radian. Sudut putaran itu boleh mengambil 2n di mana n adalah
sebarang nombor integer. Nilai Arg z yang berada dalam lingkungan - < < dikenal
sebagai argumen principal. Sudut putaran dalam arah lawan jam dari paksi-x adalah
positif dan sudut putaran dalam arah jam dari paksi-x adalah negatif.

Dengan merujuk kepada gambarajah di atas,modulus r boleh dicari dengan


menggunakan teorem Pythagoras:

r = (x2 + y2)

Dengan menggunakan nisbah trigonometri,

Arg z, = tan-1 ( y/x), - < <

Mari kita lihat bagaimana mengaplikasi rumus di atas untuk mencari modulus dan
argumen bagi nombor kompleks.

Contoh : Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = 3 + 4i dengan bantuan
gambarajah Argand .
y
Penyelesaian: (3,4)
z = 3 + 4i

Modulus bagi z, z= (32 + 42) O 3 x
= 25
= 5
Arg z, = tan-1 (4/3)
= 0.927 radian kerana (3,4) berada pada sukuan pertama.
Contoh : Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = - 3 4i dengan
bantuan gambarajah Argand.

Penyelesaian: y

z = - 3 4i -3 O
x
Modulus bagi z, z= [( -3)2 + (- 4)2]
(-3,-4) -4
= 5

Arg z, = tan-1 (-4/-3)


= 0.927 radian tetapi (-3,-4) berada pada sukuan ketiga
Maka, = -( 0.927) radian
= - (3.141- 0.927) radian , [ =3.141]
= - 2.214 radian

Jawapan adalah negatif kerana sudut diukur dalam arah jam dan - < < .

Contoh : Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = -4 + 2i

Penyelesaian: y
z = -4 + 2i
(-4,2)
Modulus bagi z, z= [(-4)2 +(22)]

= 20 = 4 5 x
O
= 2 5
Arg z, = tan-1 ( 2/ -4)
= 0.4643 tetapi (-4,2) berada pada sukuan kedua

Maka, = 0.4643
= 2.678

Contoh : Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = 5 4i

Penyelesaian: y
z = 5 4i
x

Modulus bagi z, z= [(52) + (-4)2]
= 41
(5,-4)
4
Arg z, = tan-1 ( )
5
= -0.675 radian
Jawapan adalah negatif kerana sudut diukur dalam arah jam.

Contoh : Jika a = 2 i dan b = 1 + 3i , cari modulus dan argumen bagi


(a) 2a b, (b) a + 2b, dan (c) -a - i b

Penyelesaian:
2a b = 2 (2 i ) (1 + 3i)
= 3 5i
Modulus bagi 2a b, 2a b= (32) + (-52)
= 34

Arg (2a b) = tan-1 (-5/3)


= -1.030
Jawapan adalah negatif kerana 2a b = 3 5i berada dalam sukuan keempat.
Cuba anda selesaikan untuk soalan (b) dan (c) .

Pernahkah anda dengar konjugat kompleks? Pasangan nombor kompleks dalam


bentuk x + y i dan x y i dipanggil konjugat kompleks. Apabila z = x + y i maka
konjugat kompleksnya boleh diwakili oleh z , z* atau z = x y i.

Cuba fikir bagaimana mewakil konjugat, z = x y i. dalam gambarajah Argand.


Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh nombor kompleks dan konjugatnya.
Nombor kompleks, z Konjugat kompleks, z
2 + 3i 2 3i
3 4i 3 + 4i
-1 + 5i -1 - 5i
-5 -6i -5 +6i

(2+ 3i) (2- 3i)

Latihan:
1. Plot gambarajah Argand dan cari modulus dan argumen bagi setiap nombor
kompleks berikut :
(i) z = 2 + 5 i, (ii) z =-4, (iii) z = -3 + 3 i, (iv) -6 i 13
2. Jika z1 = 3 -2 i dan z2 = -2 + i, cari argumen dan modulus bagi setiap berikut:
(a) z1 + z2, (b) z2 z1, (c) z1 z2 dan (d) z1/ z2

Perkara yang perlu dibuat:


1.Jawab soalan dari Bahan Resos: Mullan, E. et.al. (2001). Maths in action:
Mathematics 2. Exercise 3: No. 2, 3, 5
2. Cari dari buku rujukan yang lain dan selesaikan soalan berkaitan dengan
modulus, argumen dan konjugat.
3.Mengumpul maklumat berkaitan dengan modulus dan argumen bagi nombor
kompleks daripada laman web. Cetak dan masuk bahan tersebut dalam folio
anda.
4. Baca dan fahami nota dari laman web:
http://www.purplemath.com/modules/complex.htm
http://www.usna.edu/MathDept/CDP/ComplexNum/Module_3/ComplexPlane.htm

Operasi Asas pada Nombor Kompleks

Operasi ke atas nombor kompleks adalah sama dengan cara kita melaksanakan
operasi atas nombor nyata. Mari kita lihat bagaimana operasi asas pada nombor
kompleks dapat dilaksanakan.

(a) Penambahan dan penolakan


Apabila menggabungkan nombor kompleks dengan menggunakan operasi tambah
atau tolak, bahagian nyata dan bahagian khayalan diasingkan kepada dua
kumpulan.
Sebagai contoh, (2 + 4i) + (3 i) = (2 + 3) + (4i i)
= 5 + 3i

(5 + 4i) (2 + 3i) =(5 2) + (4i 3i)


=3+i

(b) Pendaraban
Mengaplikasikan hukum taburan ke atas dua nombor kompleks untuk mendapat
hasil darabnya.

Sebagai contoh, (2 + 3i)(4 2i) = 8 4i +12i 6 i 2


= 8 + 8i 6 (-1), i2=-1
= 14 + 8i

(2 + 4i)(2 4i) = 4 -8i +8i - 16 i 2


= 4 16(-1)
= 20

Perhatikan hasil darab bagi contoh kedua di atas adalah nombor nyata. Adakah
anda perasan bahawa pasangan nombor itu adalah nombor konjugat.
Pada amnya, hasildarab sebarang pasangan nombor kompleks konjugat
menghasilkan nombor nyata. Mari kita lihat buktinya di bawah:

(a + bi) (a bi) = a2 abi +abi b2i 2


= a 2 + b2 , i 2 = -1

(c) Pembahagian
Pembahagian secara langsung nombor kompleks tidak boleh dilaksanakan
tetapi kita boleh mendarab pengangka dan penyebutnya dengan konjugat
penyebutnya.
Contoh :
3 + i 3+i 1- i
= x (darab dengan konjugat penyebutnya)
1 i 1 i 1 i
3 2i i 2
=
1 i2
4 2i
=
2
= 2i

Contoh :
1
Tuliskan dalam bentuk a + bi di mana a, b R
1 3i
1 1 1 3i
= x
1 3i 1 3i 1 3i

1 3i
=
12 3 2

1 3i
=
10

1 3
= i
10 10

Contoh seterusnya:
Diberi z1 = 3 + 2i dan z2 = 4 + 3i, cari (i) z1 + z2 , (ii) z1 - z2 , (iii) z1z2

Penyelesaian
(i) z1 + z2 = (3 + 2i) + (4 + 3i) = 7 + 5i
(ii) z1 - z2 = (3 + 2i) - (4 + 3i) = -1 i
(iii) z1z2 = (3 + 2i)(4 + 3i) = 12 + 9i + 8i + 6i2
= 12 + 9i + 8i 6
= 6 + 17i

Cuba latihan berikut:


1. Ungkapkan setiap berikut dalam bentuk a + b i:
(a) 5 + - 4, (b) 1 - - 9, (c) -3 + - 12
(Panduan: -1 = i)
2. Ringkaskan setiap berikut:
(a) i 4 , (b) 1/ i 3
3. Ringkaskan yang berikut:
(a) (4 + 5 i) + (3 2 i), (b) (8 - 6 i) - (2 5 i), (c) i (5 + 8 i)
(d) 2i (3 - 2 i), (e) (2 + 3 i)(2 - 3 i), (f) (3 4 i)2
4. Tuliskan dalam bentuk a + b i:
(a) 1/(1+ 2 i), (b) 1 + i / (1 i), (c) 2 + i/ (3 + i) (d) 3 i / (1 2i)
5. Diberi bahawa z = 1 -2i, cari
(a) z z, (b) zz, (c) z/z, (d) (1/z)

Perkara yang perlu dibuat:


.
1. Buat latihan tambahan berkaitan dengan operasi pada nombor kompleks dari Bahan
Resos ,Exercise 9.1 Ho, S.T. et.al.(2000). College mathematics syllabus c. m.s 184
dan 185.
2. Rujuk Bahan Resos dan baca berkaitan dengan nombor kompleks dan selesaikan
soalan.

You might also like