You are on page 1of 4

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkembangan ialah proses dan sebagainya yang Commented [A1]: Tahun?
berkembang menjadi maju, membiak dan sebagainya. Kanak-kanak pula bererti budak lelaki atau
perempuan yang masih kecil. Perkembangan kanak-kanak melibatkan perubahan tubuh badan
yang bersifat kualitatif. Perkembangan dilihat sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif
dan sosioemosi individu bermula daripada peringkat persenyawaan hingga akhir hayat (Diamond
(2013) dalam Wong Kiet Wah et al. (2016). Perkembangan kanak-kanak berlaku secara
beransur-ansur dan berterusan serta berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran
kanak-kanak dalam persekitaran. Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan
potensi kanak-kanak untuk penghasilan peningkatan kemampuan untuk berfungsi pada tahap-
tahap tertentu (Wong Kiet Wah et al. (2016). Oleh itu, perkembangan ialah suatu perubahan
kualitatif dalam pelbagai aspek contohnya kognitif yang berlaku terhadap kanak-kanak secara
berterusan semasa mereka membesar.

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan kanak-kanak mempunyai beberapa prinsip asas. Antaranya ialah susun atur Commented [A2]: Lebih baik sebut begini…prinsip asas
pertama……; prinsip asas kedua….mudah nak kesan berapa
perkembangan adalah sama iaitu corak perkembangan bayi dan kanak-kanak adalah sama prinsip aasa yang anda sebutkan
daripada satu peringkat ke peringkat yang lain atau prinsip ini turut dikenali sebagai prinsip
pertumbuhan dan perkembangan dari umum ke spesifik. Hal ini bermaksud, kanak-kanak mula
berkembang daripada sesuatu perkara yang besar terlebih dahulu sebelum menjurus kepada
sesuatu yang lebi kecil dan berfokus. Sebagai contoh, kanak-kanak menggenggam sesuatu objek
dengan tangan terlebih dahulu sebelum mereka belajar menggunakan jari tangan. Prinsip yang
kedua ialah perkembangan adalah menyeluruh. Hal ini bermaksud perkembangan bermula Commented [A3]: Yg kedua ada sebut…tapi, sebab
perenggan bersambung, saya kurang jelas mana yang
daripada gerak balas secara menyeluruh kepada gerak balas yang tertentu sahaja. Sebagai pertama stop
contoh, pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan ketakutan kepada semua perkara.
Namun, selepas berlaku perkembangan, ketakutannya hanya berlaku kepada perkara tertentu
sahaja. Selain itu, perkembangan berlaku secara berterusan dan saling berkait antara satu
peringkat dengan peringkat yang lain. Contohnya, kanak-kanak yang diberi pendedahan Bahasa
sejak bayi akan mudah untuk berbahasa apabila dia membesar. Seterusnya, kadar kecepatan
perkembangan adalah berbeza-beza. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam domain
perkembangannya. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan
fizikal yang tinggi berbanding dengan tahap kematangan kognitif dan emosi.
Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan anggota badan saling mempengaruhi. Hal ini
bermaksud perkembangan merupakan satu proses bersepadu melibatkan penyesuaian
keseluruhan anggota badan. Sebagai contoh, jika kanak-kanak ingin makan, anggota yang
terlibat bukan sahaja tangan dan jari malah turut melibatkan koordinasi mata dan mulut untuk
melihat makanan sebelum disuap dan dikunyah menggunakan gigi. Ini menunjukkan anggota
badan kita saling mempengaruhi antara satu sama lain. Selain itu, corak perkembangan adalah
berbeza antara kanak-kanak. Namun, corak perkembangan ini adalah konsisten iaitu
perkembangan kanak-kanak dalam domain tertentu berlaku secara tekal dan ia berkembang
mengikut kecepatan yang dimulakan. Contohnya, jika perkembangannya dimulakan dengan
perkembangan kognitif maka tahap perkembangan kognitifnya akan menjadi tinggi berbanding
domain yang lain dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, corak perkembangan kanak-kanak adalah
tidak sama. Prinsip yang terakhir ialah perkembangan berlaku secara berperingkat. Terdapat lima
peringkat perkembangan kanak-kanak iaitu pranatal, bayi, awal kanak-kanak, pertengahan dan
akhir kanak-kanak dan remaja. Perubahan dalam aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani
dapat dilihat semasa kanak-kanak berkembang mengikut peringkat-peringkat tersebut.

ANALISIS DENGAN MERUJUK TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Penulisan ini akan menganalisis peringkat perkembangan awal kanak-kanak iaitu kanak-kanak Commented [A4]: Mulakan dengan fokus penulisan ini
ialah….
yang berumur 3 hingga 6 tahun dalam aspek Bahasa. Peringkat ini merupakan peringkat
Commented [A5]: Knp bahasa huruf besar?
penguasaan Bahasa yang paling kritikal kerana kanak-kanak mudah menerima pengaruh Bahasa
dari orang di sekelilingnya. Justeru, apabila kanak-kanak diberi pendedahan untuk berbahasa,
maka tahap perkembangan bahasanya akan berlaku dengan baik. Pada peringkat ini,
perbendaharaan kata kanak-kanak mula bertambah iaitu kebiasaannya pada umur 3 tahun,
kanak-kanak sudah boleh menguasai lebih daripada 1000 patah perkataan. Hal ini boleh
dikaitkan dengan beberapa teori pemerolehan Bahasa yang akan dianalisis seperti teori
behavioris dan teori nativis.

Menurut teori behavioris yang dipelopori oleh B.F Skinner, pemerolehan Bahasa kanak-kanak Commented [A6]: Teori B…huruf bear…kata nama khas
berdasarkan pelaziman operan iaitu rangsangan yang bersandarkan pemberian ganjaran atau
peneguhan. Kanak-kanak juga mempelajari Bahasa melalui peniruan. Berdasarkan teori ini,
orang di sekitar kanak-kanak perlu memainkan peranan yang penting dengan menggunakan
Bahasa yang betul semasa berinteraksi dengan kanak-kanak kerana mereka ini akan belajar
melalui cara orang di sekelilingnya. Implikasi teori ini kepada guru prasekolah ialah mereka perlu
memberi rangsangan kepada kanak-kanak supaya mereka berbahasa seperti bertanya
mengenai perasaannnya. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan slot perkongsian setiap hari
sebelum belajar dalam kelas mereka bagi menggalakkan murid menggunakan Bahasa. Pada
awal pelaksanaan, guru perlu memulakan perkongsian terlebih dahulu bagi memberi contoh
kepada murid mengenai penggunaan Bahasa yang betul. Semasa murid membuat perkongsian,
guru akan menegur murid jika mereka menggunakan Bahasa yang tidak tepat. Seterusnya,
kanak-kanak ini akan diberi ganjaran apabila mereka berjaya menggunakan Bahasa yang betul.
Pada pendapat saya, teori ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu teori ini amat sesuai
diaplikasikan oleh guru pada peringkat awal kanak-kanak kerana pada peringkat ini kanak-kanak
banyak meniru percakapan orang di sekelilingnya dan akan mengulang-ulangnya sehingga
menjadi kebiasaan. Selain itu, mereka juga gemarkan penghargaan daripada orang lain. Justeru,
teori behaviorisme yang menekankan rangsangan dan pengukuhan ini dapat dikaitkan dengan
perkembangan Bahasa kanak-kanak pada peringkat awal kanak-kanak ini. Commented [A7]: Mana analisisnya…? yg disebutkan
ialah penerangan sahaja
Seterusnya, teori nativis yang dipelopori oleh Noam Chomsky pula berpendapat bahawa sejak
lahir, kanak-kanak telah diprogramkan secara genetik untuk belajar Bahasa. Menurutnya lagi,
kanak-kanak dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquisition
Device (LAD). Hal ini menunjukkan bahawa manusia mampu berbahasa secara semulajadi.
Berdasarkan teori ini, guru bolehlah membantu kanak-kanak mengasah mindanya untuk
menguasai bahasa. Pada pandangan saya, antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru ialah
dengan melazimkan penggunaan bahasa yang pelbagai kepada murid-murid agar otak mereka
dapat menyimpan bahasa tersebut. Bagi menarik minat murid, guru boleh memperkenalkan
pelbagai bahasa ini melalui pembelajaran secara interaktif melalui video atau menggunakan
bahan maujud bagi meningkatkan lagi perbendaharaan kata murid-murid. Guru juga perlu
sentiasa mengulang pembelajaran bahasa tersebut agar ingatan murid-murid ini bertahan lama.
Jika murid-murid ini sentiasa didedahkan dengan pelbagai bahasa, Peranti Pemerolehan
Bahasanya akan membantunya mempelajari dan menguasai bahasa tersebut. Kekuatan yang
terdapat pada teori ini ialah semua manusia mampu mempelajari bahasa walaupun mereka
mempunyai tahap IQ yang rendah kerana mereka mempunyai LAD. Oleh itu, kanak-kanak yang
mempunyai IQ yang rendah turut berpeluang mempelajari bahasa dan tidak akan timbul isu murid
tersisih kerana mempunyai IQ yang rendah. Justeru, teori nativis ini dapat dikaitkan dengan
perkembangan bahasa peringkat awal kanak-kanak.

Berdasarkan kedua-dua teori pemerolehan bahasa yang saya analisis ini, saya dapati bahawa
kedua-dua teori ini mempunyai persamaan. Antara persamaan yang dapat saya analisis ialah
kedua-dua teori ini memerlukan guru yang mengambil berat mengenai bahasa anak muridnya.
Walaupun teori nativis mengatakan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan sudah mempunyai LAD
untuk belajar bahasa, namun pada peringkat awal kanak-kanak ini, guru masih perlu mengambil
berat mengenai murid mereka semasa mereka menggunakan LAD untuk belajar bahasa. Hal ini
bagi memastikan kanak-kanak menggunakan bahasa yang tepat sejak dari awal. Bagi teori
behavioris pula, peranan guru dan orang sekeliling sangatlah menyerlah kerana kanak-kanak ini
belajar melalui peniruan dari orang di sekelilingnya. Selain itu, keadah pengajaran guru yang
kreatif turut menjadi persamaan bagi kedua-dua teori ni. Hal ini kerana, pada peringkat awal
kanak-kanak ini, guru perlu kreatif bagi menarik minat murid untuk mempelajari bahasa. Kaedah
pengajaran yang membosankan akan menjadikan murid tidak berminat untuk belajar bahasa
sama ada melalui peniruan ataupun semasa menggunakan LAD mereka.

Akhir sekali, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua teori ini yang telah saya analisis.
Antara perbezaannya adalah dari segi cara pemerolehan bahasa. Teori behavioris berpendapat
bahawa bahasa diperoleh melalui persekitaran kanak-kanak manakala teori mentalis pula
mengatakan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan sudah mempunyai LAD untuk mempelajari
bahasa. Berdasarkan perbezaan dalam aspek ini, guru bolehlah menggabungkan kedua-dua
teori ini bagi membolehkan murid menguasai bahasa dengan baik. Sebagai contoh, guru boleh
mengadakan aktiviti seperti situasi jual beli di dalam kelas bagi membolehkan murid
menggunakan LAD untuk belajar bahasa di samping belajar melalui interaksi dengan orang
sekeliling semasa aktiviti tersebut. Selain itu, teori mentalis lebih berpusatkan murid kerana
mereka mempunyai LAD manakala teori behavioris lebih berpusatkan guru kerana mereka
belajar bahasa melalui persekitaran. Walaupun murid sudah mempunyai LAD, namun guru masih
berperanan dalam memberikan tunjuk ajar kepada murid mengenai cara berbahasa yang betul.
Oleh itu, perbezaan antara kedua-dua teori ini bukanlah menjadi suatu masalah bagi guru malah
menjadikan proses pengajaran lebih pelbagai dan menarik.

Kesimpulannya, perkembangan awal kanak-kanak dalam aspek bahasa yang dikaitkan dengan
teori-teori pemerolehan bahasa ini dapat memberi panduan kepada guru dalam menentukan
kaedah pengajaran bahasa yang sesuai bagi murid pada peringkat awal kanak-kanak ini.
Perkembangan kanak-kanak khususnya dalam aspek bahasa ini juga berlaku berdasarkan
konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak yang telah diterangkan pada awal
penulisan. Oleh hal yang demikian, orang yang berada di sekitar kanak-kanak khususnya guru
perlu memahami konsep, prinsip dan teori perkembangan kanak-kanak ini agar mereka mampu
memahami bagaimana proses perkembangan kanak-kanak itu berlaku seterusnya membantu
kanak-kanak ini berkembang secara optimum agar menjadi insan yang seimbang dalam semua
aspek selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like