You are on page 1of 59

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BAB 1: PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian

Peringkat Umur dan Pemerolehan Sintaksis

Pendidikan Prasekolah

Pernyataan Masalah

Kepentingan Kajian

Ojektif Kajian

Persoalan Kajian

Batasan Kajian

Definisi Konsep
Pemerolehan Sintaksis

10

Penguasaan Sintaksis

10

Jenis-Jenis Ayat

11

Kanak-Kanak Prasekolah

12

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR


Penguasaan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Yang Berumur
2 Tahun ke atas.

13

Kajian Tentang Pengetahuan dan Penggunaan Imbuhan Kata Nama


Dan Kata Kerja Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.

15

Kajian Tentang Peringkat Bahasa

16

Kajian Tentang Pemerolehan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak


Melayu di Peringkat Prasekolah

18

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN


Reka Bentuk Kajian

20

Kerangka Teori

21

Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak

22

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Bahasa Kanak-Kanak

23

Tempat Kajian

24

Persampelan

25

Subjek Kajian

26

Kaedah Kajian

26

Alat Kajian

27

Tatacara Kajian

27

Penganalisisan Data

27

BAB 4: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Pengenalan

29

Dapatan Kajian
Latar Belakang Kanak-Kanak Prasekolah

30

Latar Belakang Lokasi Tempat Tinggal dan Taraf Sosioekonomi

30

Penghasilan Jenis-Jenis Ayat Bahasa Melayu

33

Binaan Ayat Kanak-Kanak Prasekolah

34

Hubungan Faktor Tempat Tinggal dengan Pemerolehan dan


Penguasaan Sintaksis

35

Hubungan Faktor Taraf Sosioekonomi dengan Pemerolehan dan


Penguasaan Sintaksis

36

Implikasi Dapatan dengan Teori Kajian

37

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN


Kesimpulan

39

Cadangan

41

Bibliografi
Lampiran
Borang Soal Selidik Ibu Bapa
Borang Soal Selidik Responden

ABSTRAK

Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa juga
merupakan wadah untuk menyampaikan masej kepada individu lain untuk difahami dan
memberi makna. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun merupakan tahap
penguasaan bahasa yang paling kritikal. Kajian ini dapat memberi maklumat sebenar
tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya kanak-kanak di
prasekolah.

Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah diambil untk dijadikan responden.


Prasekolah ini terbahagi kepada dua kawasan yang berlainan iaitu seramai 25 orang
kanak-kanak prasekolah di kawasan bandar dan 23 orang kanak-kanak prasekolah di
kawasan luar bandar. Prasekolah di bandar melibatkan Tabika KEMAS Panji Alam,
manakala praselokolah di luar bandar melibatkan Tabika KEMAS Belukar Sukai.

Kaedah tinjauan perbualan dan transkripsi digunakan dalam kajian ini untuk
mendapat data dalam bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah. Hasil kajian
menunjukkan ayat penyata ialah jenis ayat yang paling kerap digunakan iaitu sebanyak
53.8%, diikuti dengan ayat tanya sebanyak 25.7%, manakala ayat seruan hanya 11.8%
dan ayat perintah sebanyak 8.7%.

Daripada penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanakkanak dalam kajian ini menghasilakan ayat yang berstruktur frasa nama + frasa nama,

frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif, dan frasa nama + frasa sendi nama.
Sehubungan dengan ini, taraf sosioekonomi menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan dengan jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah. Lokasi tempat
tinggal, kedudukan taraf sosioekonomi keluarga dan pendedahan ialah merupakan agen
yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah.

BAB 1

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa juga merupakan
wadah untuk menyampaikan sesuatu kepada individu lain yang difahami dan mempunyai makna
tersendiri. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, pada peringkat perkembangan dan
pemerolehan bahasa itu sendiri kita patut lihat lebih awal. Peringkat satu kata atau peringkat
holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan pemerolehan ayat (sintaksis). Awang Mohd Amin
(1979), jelas menunjukkan bahawa umur kanak-kanak antara 1 hingga 5 tahun merupakan waktu
penguasaan bahasa yang paling kritikal.

Dalam tempoh masa inilah kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa
pertama atau ibunda yang telah didedahkan kepadanya sejak lahir lagi. Bahasa pertama ini akan
dikuasai oleh individu secara semula jadi melalui proses pemerolehan bahasa. Kanak-kanak akan
terus belajar bahasa pertama walaupun berada di alam persekolahan di peringkat rendah,
menengah mahupun di peringkat universiti. Mereka akan belajar bahasa pertama sepanjang hayat
mereka.

Atan Long (1978), kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua
peringkat bahasa seperti berikut:

a.

Bahasa pertama pada masa kecil. Pada peringkat ini, pertuturan kanak-kanak
merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri mereka sendiri dan
bukannya untuk perhubungan dengan masyarakat. Keadaan ini akan
berterusan sehinggalah kanak-kanak tersebut berumur 4 tahun;

b.

Bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di


sekolah. Ini membolehkan knak-kanak tersebut bertutur dengan ahli
masyarakat dan juga ibu bapa dengan cara yang lebih berkesan.

Berkaitan dengan pemerolehan bahasa atau perkembangan bahasa kanak-kanak.


Biasanya ia dikaji dari tiga sudut utama, iaitu pemerolehan fonologi, pemerolehan semantik dan
pemerolehan sintaksis. Berhubung dengan pemerolehan sintaksis, Jamali Ismail (1980),
mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan (oneword utterence) ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran 2 perkataan (two-word
utterrence) ketika menjangkau umur 2 tahun. Pada peringkat seterusnya, kanak-kanak telah dapat
mencantumkan perkataan menjadi ujaran-ujaran yang pendek.

Peringkat Umur dan Pemerolehan Sintaksis

Terdapat dua teori yang ditimbulkan oleh kedua-dua golongan ahli bahasa yang berpegang kepada
paradigma behaviouris dan mentalis. Kedua-dua golongan ahli bahasa ini menghuraikan
fenomena-fenomena bahasa dengan cara yang seringkalinya bertentangan antara satu sama lain.
Maka telah wujud dua situasi yang berlainan dalam menghuraikan pelbagai fenomenayang
berkaiatan dengan penguasaan sistem bahasa.

Golongan behaviouris berpendapat penguasaan bahasa adalah hasil daripada proses


ransangan dan gerak balas. Golongan ini beranggapan perkembangan penguasaan bahasa
adalah hasil langsung daripada perkembangan sistem kognitif dan kemajuan interaksi psiko-sosio
antara kanak-kanak dengan alam sekitar. Ini ditafsirkan sebagai hasil peniruan dan pemerhatian
ynag dilakukan oleh kanak-kanak terhadap pertuturan para penjaga dan orang dewasa. Zulkifley
Hamid (1994), pemerolehan sintaksis dipersepsikan sebagai sifat mekanikal dan dikuasai
menerusi proses peniruan berdasarkan prinsip-prinsip rangsangan dan gerak balas.

Manakala pendekatan bagi golongan mentalis pula, penguasaan bunyi-bunyi bahasa tidak
dianggap berlaku menerusi peniruan semata-mata, tetapi dianggap melibatkan organisasiorganisasi minda. Mereka menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman (endogenous) seperti
alat pemerolehan bahasa semula jadi. Chomsky (1969), sebagai pelopor aliran mentalis ini
mmepercayai bahawa di dalam otak manusia terdapat unsur yang dikatakan sebagai struktur
bahasa sejagat atau alat pemerolehan bahasa yang dirujuk sebagai LAD (Language Acquisition
Device). LAD ini terdapat skema nurani, dan di sinilah berlakunya proses pemerolehan bahasa
yang boleh diperkembang serta diperkukuhkan.

Steinberg (1995), telah membahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis


kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf, morfem, dan transformasi. Pada tahap telegraf, kanakkanak mengucapkan gabungan kata yang ringkas, seolah-olah berlaku penjimatan kata yang
keterlaluan. Pada tahap ini kanak-kanak jarang sekali mengucapkan kata-kata tugas. Ayat yang

dibina dengan kata inti sahaja. Pada tahap ini kanak-kanak masih belum dapat menggunakan
morfem-morfem terikat atau imbuhan.

Pada tahap morfem, kanak-kanak mula menggunakan kata-kata dengan lebih rencam
daripada telegraf. Kata-kata tugas mula wujud pada tahap ini. Manakala pada tahap transformasi,
kanak-kanak telah menguasai kebolehan untuk menukarkan bentuk-bentuk yang sederhana
kepada bentuk yang lebih kompleks. Kanak-kanak boleh membentuk ayat-ayat nafian dan juga
ayat-ayat pernyataan walaupun ayat-ayat tersebut tidak gramatis.

Pendidikan Prasekolah

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belaknag sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak
serta perkembangan intelek mereka. Program pendidikan prasekolahg hendaklah sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-kanak supayandapat merangsang pemikiran, membina sikap positif
dan akhlak mulia, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum. Kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
Awang Had Salleh (1973), pernah mengatakan bahawa Tadika dan Tabika adalah sebagai
saluran atau jambatan bagi proses penyesuaian dari rumah tangga atau kekeluargaan kepada
alam persekolahan. Manakala menurut Rohaty dan Abu Bakar(1994), pendidikan prasekolah
bukan sekadar mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan angka, tetepi juga mendedahkan

kanak-kanak mengenali suasana di luar rumah, bergaul dengan rakan sebaya serta mengenali
budaya penduduk pelbagai kaum.

Pernyataan Masalah
Institusi-institusi prasekolah membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini sebagai
peluang bagu mengembangkan kemahiran berbahasa di samping memupuk intelek dalam situasi
pembelajaran yang pelbagai ragam. Chiam (2000), menegaskan peranan pendidikan prasekolah
dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Pendidikan prasekolah bukan bermaksud untuk
mengajar kanak-kanak membaca, menulis tetapi lebih penting adalah menyediakan atau
menyiapkan diri kanak-kanak untuk belajar, membesar dan perkembangan kemahiran intelektual,
pemahaman tentang alam sekeliling, kemahiran bersosial, perkembangan emosi dan sebagainya.
Oleh itu, pendidikan prasekolah merupakan asas yang baik untuk pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1990), mengatakan bahawa perkembangan bahasa
kanak-kanak biasanya dikaji daripada tiga aspek iaitu;
a. Fonologi
b. Semantik
c. Sintaksis
Dalam aspek perkembangan fonologi, kanak-kanak akan menghasilkan bunyi secara
rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Manakala perkembangan dalam aspek semantik pula,

kanak-kanak

mula

berupaya

menguasai

beberapa

perkataan

dan

memperluaskan

perbendaharaan kata dengan agak cepat. Dalam aspek sintaksis pula, kanak-kanak menguasai
ujaran yang terdiri daripada ayat-ayat yang mudah atau kompleks dengan membawa penegertian
berdasarkan konteks penggunaannya.
Clark dan Clark (1977), mengatakan bahawa dalam tempoh 5 tahun, kanak-kanak yang
normal dapat mengumpulkan pengalaman untuk berbahasa. Hal ini kerana pada umur tersebut
adalah satu tempoh menguasaan bahasa yang kritikal. Jadi pendedahan kanak-kanak di
prasekolah adalah penting kerana tahap ini merupakan permulaan sistem pendidikan formal.
Timbul persoalaan adakah para pendidik, iaitu para guru prasekolah atau pihak ibu bapa
kanak-kanak itu sedar akan situasi ini. Kesempatan seperti ini patut dipergunakan oleh guru
prasekolah dan pihak ibu bapa untuk mempersiapkan kanak-kanak tersebut bagi melangkah ke
alam persekolahan yang sebenarnya.

Kepentingan Kajian
Juriah Long (1993) mengatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berhubung rapat
dengan perkembangan sosial dan kognitif . prasekolah memainkan peranan penting kepada
kanak-kanak dalam aspek mendapatkan kemahirann sosial dam pembelajaran mereka sebelum ke
alam persekolahan sebenar.
Dalam KBSR, penekanan diberi kepada tiga komponen bahasa iaitu, kemahiran lisan,
bacaan dan menulis terutamanya dalam pengajaran bahasa. Kemahiran lisan berkait rapat dengan
kemahiran komunikasi kanak-kanak secara verbal dan non-verbal. Tujuannya adalah

10

membiasakan diri kanak-kanak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan betul di dalam
mahupun di luar bilik darjah.

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan, antaranya adalah seperti berikut:


i.

Kajian ini dapat memberikan maklumat sebenar kepada pengkaji tentang


pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya di pradekolah;

ii. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada guru-guru prasekolah dalam
merancang strategi pengalaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan;
iii.

Kajian ini juga dapat membuat penelitian terhadap perkembangan pemerolehan dan
penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak Melayu khususnya;

iv. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada penulis buku bahasa Melayu dan
juga kepada pihak penerbit untuk kegunaan kanak-kanak prasekolah.
Peringkat umur kanak-kanak antara 5 hingga 6 tahun merupakan peringkat umur yang
mudah dibentuk dalam mencapai matlamat pendidikan yang lebih berkualiti. Kanak-kanak yang
menerima perhatian dan pengajaran yang berkualiti sudah pasti akan dapat melahirkan tenaga
manusia yang proaktif, kreatif, dan inovatif ke arah menghasilkan prodik yang berkualiti serta
berupaya menerajui negara pada masa hadapan.

11

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa
Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah yang berada di bandar dan luar bandar di daerah
Kuala Terengganu.
Objektif kajian secara khusus:
1. Untuk menganalisis pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak
prasekolah dari segi kebolehan menghasilkan jenis ayat bahasa Melayu;
2. Untuk mengkaji binaan pola ayat bahasa Melayu yang digunakan oleh kanak-kanak
prasekolah;
3. Untuk mengkaji hubungan antara faktor lokasi tempat tinggal dengan pemerolehan dan
penguasaan sintaksis bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah;
4. Untuk mengkaji hubungan antara faktor taraf sosioekonomi keluarga kanak-kanak
prasekolah; dan

Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada permasalahan berikut;
12

1. Sejauhmanakah kebolehan kanak-kanak prasekolah menghasilkan ayat penyata?


2. Sejauhmanakah kebolehan kanak-kanak prasekolah menghasilkan ayat tanya?
3. Apakah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan atau digunakan oleh kanak-kanak
prasekolah semasa mereka berkomunikasi?
4. Adakah terdapat hubungan antara faktor persekitaran dengan pemerolehan

dan

penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah?


5. Adakah terdapat hubungan antara faktor latar belakang keluarga dengan pemerolehan
dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah?
Batasan Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk mengkaji pemerolehan dan penguasaan sintaksis
bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang
belajar di prasekolah di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Kanak-kanak ini berumur antara 5
hingga 6 tahun. Tabika KEMAS yang terlibat iaitu Tabika Panji Alam, Kuala Terengganu iaitu
sebuah tabika yang terletak di tengah bandar dan Tabika Kampung Belukar Sukai, Kuala
Terengganu iaitu sebuah tabika yang terletak di luar bandar.

Pengkaji telah menganbil seramai 48 kanak-kanak prasekolah sebagai renponden.


Seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah dari Tabika Panji Alam dan seramai 23 orang kanakkanak dari Tabika Kampung Belukar Sukai. Kajian ini hanya membataskan kepada dua jenis ayat
bahasa Melayu iaitu ayat penyata dan ayat tanya. Di samping itu, pengkaji juga membuat analisis

13

mengenai pola-pla ayat bahasa Melayu yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut. Responden
juga terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang datangnya dari pelbagai latar belakang, taraf
sosioekonomi, persekitaran dan latar belakang keluarga.
Definisi Konsep

Pemerolehan Sintaksis

Pemerolehan bahasa iaitu proses yang berlaku apabila seseorang kanak-kanak mula memahami
bahasa ibundanya (Chomsky, 1959; Brown dan Fraser, 1964; Brown, 1973; Mangantar
Simanjuntak, 1987; Steinberg, 1995). Proses-proses pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada
dua jenis, iaitu perlakuan (perfomance) yang merangkumi proses-proses penerbitan dan yang
kedua iaitu kecekapan (competence) dalam menguasai bahasa. Proses ini menekankan
kebolehan kanak-kanak menguasai bahasa pertama tanpa melalui proses pembelajaran yang
formal dan intensif.

Bahasa berperanan penting dalam komunikasi manusia. Setiap manusia perlu berbahasa
untuk menyampaikan mesej, perasaan dan keinginan serta untuk memahami kehendak, keinginan
dan fikiran orang lain walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat. Bahasa juga sebagai media
untuk menyatakan sesuatu fikiran dan menguasai sesuatu bidang pengetahuan.

Penguasaan Sintaksis

14

Penguasaan sintaksis merupakan perkembangan semula jadi kanak-kanak dari aspek


penguasaan sintaksis dan dilihat dari teori pembentukan oleh Piaget, 1959; Braine, 1963; Sinclair,
1970; Atan Long, 1971; Slobin, 1971; Halliday, 1975; Lyons, 1990; iaitu corak perkembangan
pertuturan adalah sama sahaja bagi semua kanak-kanak tidak mengira apa bahasa yang
digunakan. Kecepatan pembelajaran adalah mengikut perwarisan dan rangsangan alam sekeliling
yang diterima oleh kanak-kanak.

Pemerolehan dan penguasaan bahasa merupakan satu proses yang kompleks yang
melibatkan perkembangan elemen mental kanak-kanak sejajar dengan peningkatannya dalam
menguasai bahasa dan kemantapannya dalam mengujarkan sesuatu bahasa itu bergantung
kepada pengaruh persekitaran yang dialami oleh kanak-kanak itu.

Jenis-Jenis Ayat

Nik Safian Karim, Farid Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (993), setiap
pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa itu dikenali sebagai satu binaan yang dikenali sebagai
unsur. Dalam bahasa Melayu, semua ayat sama ada pendek atau panjang, mudah atau kompleks
terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu, Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa
Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat berdasarkan kepada intonasi dan juga
tujuannya. Empat jenis ayat itu terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat
perintah. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan. Ayat

15

tanya iaitu ayat untuk tujuan mengemukakan pertanyaan. Ayat seruan pula iaitu ayat untuk
menyatakan sesuatu keadaan perasaan dan ayat perintah pula diucapkan sama ada dalam bentuk
suruhan, larangan, silaan, atau permintaan.

Kanak-kanak Prasekolah

Kanak-kanak prasekolah di Malaysia umumnya boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak


yang berumur kurang daripada 7 tahun. Di mana kanak-kanak belum memasuki alam
persekolahan yang sebenarnya. Prasekolah merupakan satu unit sekolah yang menerima kanakkanak bagi lebih kurang dalam tempoh setahun sebelum mereka memasuki darjah satu di sekolah
rendah.

16

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Kajian tentang pemerolehan ayat di kalangan kanak-kanak di Malaysia masih kurang mendapat
sambutan daripada pengkaji-pengkaji tempatan. Hal ini jelas apabila Mangantar Simanjuntak
(1990), yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa lebih kurang 100 bahasa di dunia ini telah
dikaji oleh ahli-ahli linguistik, psikologi, dan psikolinguistik. Akan tetapi, malangnya apabila bahasa
Melayu tidak termasuk dalam kumpulan bahasa yang dikaji walaupun bahasa Melayu adalah
bahasa yang ke-5 terpenting di dunia jika dilihat dari segi jumlah penuturnya.

Penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas (Abdul Rashid
Ali, 1992)
Abdul Rashid Ali (1992), telah mendefinisikan penguasaan bahasa kanak-kanak sebagai
penggunaan bahasa dalam bentuk ujaran yang mempunyai makna berdasarkan lingkungan
pengalaman, pemahaman, dan tanggapan kanak-kanak sendiri yang berbeza daripada sistem
orang dewasa. beliau ingin memberitahu bagaimana kanak-kanak mempunyai aturan atau rumus

17

pembentukan kata dan ayat, menganalisis perkembangan bahasa tatabahsa transformasi generatif
kanak-kanak daripada koleksi ujaran kanak-kanak.

Sampel bagi kajian ini hanya terdiri daripada seorang kanak-kanak Melayu (perempuan)
yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Kanak-kanak tersebut berumur 2
tahun 5 bulan semasa kajian ini dijalankan. Nazirah atau lebih dikenali sebagai Zirah atau Z
sahaja. Z sering kali berpeluang berinteraksi dengan kakaknya Liyana (4 tahun lebih), ibu bapa,
kakak (13 tahun lebih), dan abangnya (11 tahun lebih). Pendekatan yang digunakan dalam kajian
ini ialah pendekatan interaksi. Kaedah kajian yang digunakan merupakan kaedah pemerhatian.
Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan rakaman pertuturan Zirah dalam pelbagai situasi
dan keadaan bersama keluarganya sendiri.

Pola struktur digunakan untuk membantu pentafsiran makna ujaran bahasa Zirah seperti
berikut:
a. ZK 1
b. ZK 1 + K 2
c. ZK 1 + K 2 + K 3 dan seterusnya
Z = Bahasa Zirah
K = Kata (kata nama, kata kerja, kata sendi nama, dan kata adjektif)

Hasil dapatan kajian menunjukkan Zirah menggunakan bahasanya untuk memberi nama
atau menyebut benda-benda sama ada dengan menggunakan pengalaman hidup dunianya atau
pun dengan mengagak-agak (guessing). Contoh:

18

B
Z
B
Z

: Ini (apa)?
(Menunjukkan kepada gambar rusa)
: Ini ide ibang
(Ini kuda abang)
: Ini (apa)?
( menunjukkan gambar gajah)
: Ini ajah
(Ini gajah)
(Sumber: Abdul Rashid Ali, 1992)
Berdasarkan perbualan dalam contoh di atas, Zirah banyak menggunakan pola ayat dua

kata daripada jenis frasa nama.


Kajian tentang pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja di
kalangan kanak-kanak prasekolah (Juriah Long, 1993)
Juriah Long (1993), pernah menganalisis pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata
nama dan kata kerja kanak-kanak prasekolah. Objektif kajian yang diutarakan oleh beliau adalah
un tuk menkaji pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja yang diperoleh
oleh kanak-kanak prasekolah (antara 5 hingga 6 tahun). Pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian langsung yang dibuat secara spontan dalam situiasi yang sebenar.

Sampel kajian terdiri daripada 12 orang kanak-kanak dalam 2 kumpulan umur, iaitu 5 dan
6 tahun. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 kanak-kanak lelaki dan perempuan. Dapatan kajian
ialah struktur dan pola ayat yang mengandungi imbuhan kata nama dan kata kerja yang digunakan
oleh kanak-kanak dan interaksi di rumah dan di tadika. Struktur-struktur ayat yang dianalisis dalam
bahagian ini terdiri daripada ujaran-ujaran yang ditujukan kepada orang lain atau sebagai bahasa
perhubungan dan juga ujaran-ujaran yang tertumpu pada diri sendiri atau pun sebagai bahasa
egosentik.

19

Kajian ini mempunyai implikasi pendidikan bahasa. Kajian ini juga memberi gambaran
bahawa penguasaan imbuhan kata nama dan kata kerja di kalangan kanak-kanak praseklah
melibatkan dua proses, iaitu proses kognitif dan linguistik seperti yang disarankan oleh ahli-ahli
interaksi. Seseorang kanak-kanak dapat menanggapi makna imbuhan yang tepat melalui
penglibatan dalm perbualan dengan ibu bapa.

Kajian tentang peringkat pemerolehan bahasa (Steinberg, 1995)

Kajian yang dilakuan oleh Steinberg (1995), menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat
mengembangkan sistem linguistik yang kompleks, bergerak daripada peringkat satu kata ke
peringkat perkembangan ayat dalam jangka masa yang singkat, iaitu ketika kanak-kanak berumur
lebih kurang 4 hingga 5 tahun. Beliau mengatakan pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang
mengikut satu susun atur bermula dari peringkat vokalisasi (6 bulan hingga 11 bulan), holofrasa
(10 bulan hingga 18 bulan), telegrafik (18 bulan hingga ke atas), dan berakhir di peringkat
perkembangan ayat-ayat kompleks (4 tahun hingga 5 tahun).

Vokalisasi
Bebelan merupakan vokalisasi yang melibatkan penggunaan bunyi-bunyi bahasa,
terutamanya suku kata vokal dan konsonan-vokal, contohnya /a/, /u/, /gi/, /pa/. Pengulangan bunyi
memberikan bayi kualiti bunyi serupa bahasa, contohnya: /mama/, /gigi/, /papa/ dan sebagainya.

20

Kanak-kanak Jepun pada usia 6 bulan telah mengeluarkan bunyi mirip bahasa Jepun, begitu juga
dengan bayi bangsa Cina dan Inggeris.

Holofrasa (Pertuturan satu kata)


Kanak-kanak yang normal akan mengeluarkan kata pertama ketika usia 4 bulan tetapi
secara puratanya kanak-kanak dikatakan akan menuturkan kata pertama pada sekitar umur 10
bulan. Kita perlu ketahui ialah penggunaan bunyi-bunyi yang bermakna. Jika kanak-kanak tersebut
menyebut kucing atau meyebut bunyi yang hampir dengan perkataan kucing sewaktu melihat
atau semasa menyentuh binatang tersebut, barulah kita boleh kata kanak-kanak tersebut sudah
tahu makna perkataan kucing. Orang yang terdekat sahaja yang boleh mengecam bunyi-bunyi
bermakna yang dituturkan oleh kanak-kanak tersebut.

Kegunaan Kata Tunggal


Kata tunggal yang sama boleh digunakan untuk tujuan yang berlainan. Satu kata boleh
digunakan untuk menamakan satu objek, conthnya; mama untuk mama, nana untuk banana.
Kata tunggal juga digunakan untuk melahirkan sesuatu yang rumit. Sebagai contoh, pengkaji
mendapati seorang kanak-kanak berkata peach + daddy + spoon dalam situasi ayahnya
meletakkan satu potong buah peach ke atas permukaan sudu. Didapati semua pengkaji mendapat
fenomena yang sama. Dkatakan kanak-kanak meletakkan pelbagai kegunaan pada kata tunggal.

Tetegrafik (Pertuturan Dua dan Tiga Kata)


Ketika usia 18 bulan (1 tahun 6 bulan), kebanyakan kanak-kanak mula menghasilkan
pertuturan dua dan tiga kata. Menutur Steinberg (1993), walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan,

21

tetapi kanak-kanak sudah pandai menggunakan bahasa untuk meminta, memberi amaran,
menolak, cakap besar, bertanya, menjawab dan memberitahu. Pertuturan digunakan untuk
melahirkan idea seperti kuantiti (more), milk (my), nafian (no sleep), lokasi (banana table), dan
benda (big, red).

Perkembangan Ayat-ayat Kompleks


Perkembangan ayat nafi ditunjukkan oleh Steinberg (1995), sebagai contoh bagaimana
struktur seperti ini diperoleh.
No money; not a teddy bear; no play that;
No fall; no singing song; no the sun shining.
(Sumber: Steinberg, D.D, 1995)
Kajian Tentang Pemerolehan Bahasa di kalangan Kanak-kanak Melayu di Peringkat
Prasekolah (Vijayaletchumy, 2000)
Dalam aspek sintaksis, kanak-kanak sudah dapat mengujarkan ayat-ayat mudah yang
berupa ayat-ayat selapis iaitu ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Walau
bagaimanapun kanak-kanak ini masih terikat dengan ujaran ayat-ayat penyata. Kanak-kanak ini
juga sudah pandai mengujarkan ayat-ayat yang beraneka ragam dalam gabungan kata nama, kata
kerja, kata ganti nama, dan kata adjektif. Contoh:
1. Abang anak emak (KN + KN + KN)
2. Kapal terbang abang (KN + KN)
3. Nenek duduk di kampung (KN + KK + KSn + KN)
4. Mirul makan dengan kicap (KN + KK + KSn + KN)
5. Emak beli baby (KN + KK + KN)
(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)
Manakala jenis-jenis ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak tersebut juga beraneka jenis.
Ayat Penyata:
Abang anak emak
22

Abang minum milo


Abang pakai seluar
Mak tak kerja
(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)
Ayat tanya:
Lauk apa mak?
Mak tak kerja?
Mak tolong kakak masak?
(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)
Ayat Perintah:
Jangan kacaulah
(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)
Ayat nafi:
Tidak mahu lagi
Dia bukan orang
Saya tak nangis
(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)
Berdasarkan huraian di atas, ia amat bersemuaian dengan objektif kajian iaitu untuk
menganalisis pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah,
mengkaji binaan pola ayat bahasa Melayu, mengkaji hubungan antara faktor persekitaran, dan
latar belakang keluarga dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis nahasa Melayu.

23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bantuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kaedah tinjauan yang manggunakan soal selidik dan temu bual serta
bercerita berdasarkan gambar sebagai alat rangsangan. Tuckman (1972), kaedah tinjauan
merupakan kaedah yang sering kali dilakukan dalam pendidikan khususnya dalam kajian-kajian di
sekolah.

Tetapi menurut Trow (1967), pengkaji harus berhati-hati kerana kesilapan dan

ketidaksesuaian kajian tinjauan timbul banyak peringkat dari pemilihan masalah kajian, pemilihan
sampel, bentuk soalan kajian dan analisis data.

24

Phillips (1971), mengatakan bahawa kaedah ini juga boleh digunakan untuk menungut
maklumat berkaitan dengan nilai individu, pandangan dan perhubungan sosialnya. Namaun begitu,
pelaksanaan kajian lualitatif tidak mempunyai suatu prosedur standard yang dapat memenuhi
jangkaan dan keperluan semua pihak kerana ia banyak bergantung kepada tujuan dan konteks
kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat tinjauan untuk memerhatikan pergerakan kanakkanak di sekitar prasekolah. Ini perlu untuk membantu pengkaji mengesan dari segi pendedahan
dan rangsangan kanak-kanak di kawasan persekitarannya, iaitu di dalam bandar dan di luar
bandar dalam pemerolehan dan penguasaan sintaksis mereka.

Kerangka Teori

Kajian yang menggunakan beberapa perspektif teori lebih berupaya untuk menghasilkan dapatan
kajian yang lebih bermakna. Shafie Abu Bakar (1995), menjelaskan beberapa kriteria yang dapat
mengukuhkan pembinaan sesebuah teori antaranya:
i.

Adanya prinsip asas yang dapat diolah sehingga dikenal pasti kriterianya.

ii.

Dapat analisis secara relevan dan bersifat ilmu.

iii.

Ada korelasi antara tahap-tahap persoalan dan perbandingan.

iv.

Kekukuhan hujah, walaupun ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan.

v.

Ada pendekatan yang sistemetik sehingga ia tisak diragukan kebenarannya.

25

Pendekatan teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Mentalis. Teori Mentalis
sebagai konsep, maka kajian ini akan mencuba meneliti pemerolehan dan penguasaan sintaksis di
kalangan kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Teori Genetik-Kognitif yang telah digolongkan dalan kategiri teori kognitif telah dijadikan
kerangka teori kajian ini. Teori Mentalis ini diperkenalkan oleh Chomsky (1959), yang telah
mengubah secara radikal perkembangan psikolinguistik. Maka wujudlah satu teori pemerolehan
dan pembelajaran bahasa yang disimpulkan daripada teori linguistiknya (Teori Transformasi
Generatif). Teori ini memberi penekanan yang mutlak pada otak yang melandasi pemerolehan dan
pembelajaran bahasa.

Teori ini mengatakan bahawa otak manusia telah dicipta secara semula jadi (genetik)
untuk berbahasa. Oleh itu, otak manusia telah dilengkapi dengan struktur bahasa sejagat dan
disebut sebagai Alat Pemerolehan Bahasa atau Language Device (LAD). LAD menerima ucapanucapan dan data-data yang berlaian melalui pancaindera sebagai masukan lalu membentuk
rumus-rumus linguistik.

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak

Chomsky (1965), si anak bukan sahaja memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas,
bahkan minda kanak-kanak dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang semula jadi. Alat
inilah yang membezakan manusia dengan haiwa dan merupakan ciri khas minda manusia yang
tidak terdapat pada makhluk lain. LAD mengandungi tatabahasa sejagat. Diandaikan bahawa

26

struktur pada pola bahasa yang ada dalam minda kanak-kanak adalah sama bagi semua bahasa
di dunia dan bersifat sejagat.

Teori Mentalis menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenar.
Pengetahuan bukanlah satu latihan pancaindera tetapi adalah daripada fikiran manusia.
Rasionalnya ialah idea yang semula jadi menjadi asas kebenaran dalam pengetahuan kita. Teori
ini juga menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam
otak dan saraf setelah menerima rangsangan daripada pancaindera. Kreativiti yang wujud dalam
otak atau pemikiran penutur bahasa adalah keperluan dalam diri manusia yang ada sejak lahir,
bukannya hanya alat luar untuk komunikasi malah adalah sesuatu yang pasti ada dalam diri
manusia.

Sehubungan dengan itu, Vygotksy (1978), mencadangkan mula-mula perkataan dibentuk


sebagai cara untuk berkomunikasi, kemudian berlaku penyerapan bentuk-bentuk linguistik,
konsepsi dan aksi. Semua ini dibayangkan melalui perbualan egosentrik yang berfungsi untuk
mengorientasikan kanak-kanak kepada diri sendiri dari segi aktiviti kefahaman dan tingkah laku
sedar.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak tidak dipengaruhi oleh bentik
pertuturan bahasa penjaga mereka dalam proses menguasai bahasa. Mangantar Simanjuktak
(1990), mengatakan bahawa terdapat bukti bahawa kanak-kanak membetulkan kesalahan mereka
bukan kerana ditegur oleh orang-orang dewasa tetapi kerana mereka telah dapat menetukan
rumus-rumus yang betul untuk membolehkan mereka menghasilkan bentuk-bentuk pertuturan

27

yang gramatis. Ini telah menggambarkan bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan dan
keupayaan untuk berbahasa berlandaskan Teori Mentalis.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak. Antara
faktor seperti status sosioekonomi, pengaruh ibu bapa, prosedur pengajaran di sekolah dan sikap
kanak-kanak itu sendiri. Umumnya, kanak-kanak boleh menguasai bahasa hanya melalui
rangsangan dan gerak balas. Corder (1974), setiap bayi yang dilahirkan telah dilengkapi dengan
mekanisme dalaman yang tertentu secara semula jadi untuk membolehkan seseorang membina
struktur tatabahasa bagi bahasa tersebut.

Terdapat juga perkaitan antara penguasaan bahasa dengan taraf sosioekonomi. Ini
merupakan satu hubungan terus dan mmepunyai kolerasi yang positif. Atan Long (1978), kanakkanak yang berasal dari golongan sederhana dan tinggi boleh bercakap awal berbanding kanakkanak dalam kelas sosial yang lebih rendah. Mereka juga lebih cepat dan mempunyai kebolehan
yang baik dalam membentik struktur ayat berbanding rakan sebaya lain dari kelas bawahan.

Penguasaan ibu bapa juga boleh mempengaruhi persekitaran kanak-kanak dalam


berbahasa. Hal ini kerana, kanak-kanak bermula dari rumah dan keluarga merupakan agen
komunikasi yang pertama dalam kehidupan mereka. Oleh itu, ibu b apa perlu menguasai bahasa
yang baik untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

28

Tempat Kajian

Kajian tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak melibatkan kanakkanak yang bekajar di Tabika KEMAS di daerah Kuala Terengganu. Kanak-kanak ini berumur 5
hingga 6 tahun. Tabika yang terlibat ialah Tabika KEMAS Panjia Alam, di mana lokasinya terletak di
tengah-tengah bandar dan Tabika KEMAS Kampung Belukar Sukai terletak di kawasan luar
bandar. Kategori gred Tabika Kemas ini ditentukan oleh beberapa aspek iaitu:
i.

Kurikulum

ii.

Ko-kurikulum

iii.

Pemaju masyarakat

iv.

Kebajikan kanak-kanak

v.

Pengurusan dan pengelolaan program tabika

vi.

Khidmat komuniti

Antara kemudahan yang disediakan ialah padang permainan yang mempunyai papan
jongkang-jongkit, papan gelunsur, petak berpasir, dan kawasan berumput. Manakala dalam bilik
darjah pula terdapat alat bantu mengajar seperti gambar, permainan matematik dan lain-lain yang
bersesuaian dengan proses pembelajaran.

Persampelan

Pengkaji telah memilih secara rawak iaitu seramai 30 orang kanak-kanak Tabika KEMAS
iaitu 15 orang kanak-kanak dari Tabika Panji Alam yang terletak di tengah-tengah bandar dan 15

29

orang dari Tabika Kampung Bekar Sukai yang terletak di luar bandar. Jumlah sampel dianggap
mencukupi kerana berdasarkan pandangan Fraenkel dan Wallen (1996), mencadangkan 30 orang
individu untuk satu kumpulan bagi kajian kualitatif. Mohd Majid Konting (1990), penggunaan subjek
yang besar dalam kajian kualitatif akan menyebabkan kesukaran mengolah pembolehubah tak
bersandar, kesukaran mncerapkan kesan olahan pembolehubah tak bersandar pada
pembolehubah bersandar dan kesukaran mengawal kesan pembolehubah-pembolehubah
ekstranus.

Dalam proses pemilihan ini, pengkaji akan menggunakan kebijaksanaan, peluang, masa
dan persoalan kajian seperti yang disarankan oleh Jorgensen (1989), iaitu kajian, kesanggupan,
dan kerjasama dari tempat kajian, kebenaran, dan kelulusan serta saiz sekolah sebagai kriteria
dalam menentukan sesuatu kelas diambil sampel kajian.

Subjek Kajian

Subjek kajian yang dipilih untuk tujuan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Dua buah tabika yang dipilih di kawasan Kuala Terengganu, iaitu Tabika Panji Alam dan
Tabika Kampung Belukar Sukai.

30

2. Kanak-kanak yang terlibat iaitu seramai 30 orang yang beruimur lingkungan antara 5
hingga 6 tahun.

Kaedah Kajian

Selain daripada soal selidik ibu bapa, pengkaji juga membina borang temu bual dengan responden
(Lampiran A). Ini bertujuan untuk mengetahui tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis
bahasa Melayu secara spontan melalui cerita yang disampaikan dan secara tidak langsung
mendekati kanak-kanak untuk mengetahui pengalaman mereka.

Menurut Bogdan dan Biklen (1992), kaedah pengutipan data deskriptif melalui temu bual
adalah cara yang paling lazim terutamanya dalam kajian yang melibatkan pemerhatian sampel
kajian. Tanpa penggunaan temu bual, data yang diperoleh dari pemerhatian tidak dapat memberi
gambaran yang lengkap tentang apa yang diperhatikan.

Patton (1987), melalui temu bual kita akan memperoleh dari sampel kajian sesuatu yang
kita tidak boleh perhatikan secara langsung, seperti perasaan, pemikiran dan kecenderungan
mereka. Manakala menurut Moore (2000), temu bual semi-struktur adalah cara yang paling baik
digunakan apabila kita mahu mengumpul struktur maklumat dan maklumat tentang sikap atau
kepercayaan.

Alat Kajian

31

Beberapa alat digunakan dalam kajian ini termasuklah borang soal selidik, soalan-soalan temu
bual, gambar rangsangan, borang jadual binaan sintaksis dan rakaman traskripsi.

Tatacara Kajian

Beberapa langkah yang telah dilakukan bagi menjalankan kajian ini:


i.

Penyediaan bahan borang soal selidik untuk ibu bapa dan responden

ii.

Gambar temu bual dengan responden

Penganalisisan Data

Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan. Pengkaji menganalisis setiap ayat yang
dilafazkan oleh kanak-kanak dan mengklasifikasikan mengikut jenis ayat-ayat bahasa melayu, iaitu
ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Semua data yang dikumpul itu dianalisis
dengan memilih yang tertenping secara terperinci.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), menyatakan bahawa:


a. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu pertanyaan atau
mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara
b. Ayat tanya ialah ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.
c. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau untuk tujuan
menimbulkan suatu tindakan.

32

d. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu
keadaan perasaan seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya.

Manakala binaan ayat ditentukan oleh cara susunan unsur dan konstituen yang dibentuk.
Contohnya ayat dasar dan ayat majmuk.
a. Ayat dasar iaitu pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atar terbitan semua
ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu.
b. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencatumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan pencantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya
ayat baharu.

Faktor latar belakang keluarga diberi tumpuan utama. Latar belakang sesebuah keluarga
bergatung kepada rapat dengan tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan
bulanan sesebuah keluarga. Setelah dibuat penggolongan keluarga renponden mengikut kelas
sosialnya, maka responden dengan sendirinya digolongkan dalam kelas sosial yang diwakili oleh
keluarga mereka.

Berdasarkan kriteria dan prosedur yang telah dihuraikan tentang pemilihan tempat kajian,
sampel kajian, pengumpulan data, maka diharapkan kajian ini dapat menjelaskan segala
persoalan kajian yang ingin diselidiki. Pengkaji juga akan membuat rumusan bagi semua
persoalan kajian berdasarkan kaedah dan dapatan yang diperoleh.
BAB 4

33

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

PENGENALAN

Pengkaji akan menumpukan perbincangan tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanakkanak prasekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pemerolehan dan penguasaan
sintaksis akan dikaji dan dibincangkan di bawah aspek berikut:
i.

Profil responden

ii.

Jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di bandar dan di luar bandar.

iii.

Binaan ayat kanak-kanak prasekolah.

iv.

Hubungan antara faktor persekitaran dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis


kanak-kanak prasekolah.

v.

Hubungan antara faktor latar belakang keluarga kanak-kanak prasekolah.

Semua data yang diperoleh, kemudiannya dianalisis dalam bentuk peratusan. Bagi
menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanakkanak prasekolah. Pengkaji akan membincangkan beberapa aspek seperti:
a. Taraf sosioekonomi keluarga responden
b. Lokasi tempat tinggal responden
c. Pendedahan dan rangsangan

DAPATAN KAJIAN

34

Latar Belakang Kanak-kanak Prasekolah


Hasil daripada soalselidik yang diedarkan kepada kanak-kanak prasekolah Tabika Panji Alam
(dalam bandar) seramai 25 orang dan Tabika Kampung Belukar Sukai (luar bandar) seramai 23
orang.

Latar Belakang Lokasi Tempat Tinggal dan Taraf Sosioekonomi

Kajian ini telah melibatkan sebanyak 48 orang kanak-kanak prasekolah. Sebanyak 25 (52.1%)
kanak-kanak yang tinggal di dalam bandar dan 23 (47.9%) kanak-kanak di luar bandar. Kajian ini
sebenarnya mengambil kesemua kanak-kanak yang mengikuti prasekolah di kawasan tersebut
sebagai responden.

Jadual 1: Lokasi Tempat Tinggal Kanak-kanak Prasekolah


Lokasi Tempat Tinggal
Bandar
Luar Bandar
Jumlah

n
25
23
48

%
52.1
47.9
100

Kajian ini juga mengambil kira tentang taraf sosioekonomi keluarga kanak-kanak yang
terlibat, iaitu pendapatan ibu bapa dan penjaga. Bagi menentukan golongan sosioekonomi
tersebut, pengkaji merujuk kepada pendapatan perkapita dari laporan rancangan Malaysia ke-8
olej Jabatan Perangkaan Malaysia (2000). Berdasarkan laporan tersebut, pengkategorian taraf
sosioekonomi keluarga berdasarkan pendapatan RM 3201 ke atas adalah tinggi, RM 3200 hingga
RM 1201 adalah sederhana dan RM 1200 ke bawah adalah rendah. Sehingga itu, jadual 2 kanak-

35

kanak prasekolah tersebut terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu sosioekonomi tinggi (27.1%),
sederhana (50.0%), dan rendah (22.9%). Hasil dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan kanakkanak yang terlibat daripada golongan sosioekonomi yang sederhana iaitu 24 orang.

Jadual 2: Taraf Sosioekonomi Kanak-Kanak Prasekolah


Taraf Sosioekonomi
Tinggi (RM 3201 ke atas)
Sederhana (RM 1201-RM 3200)
Rendah (RM 1200 ke bawah)
Jumlah

n
13
24
11
48

%
27.1
50.0
22.9
100

Sehubungan dengan itu, jika dibandingkan sosioekonomi antara kanak-kanak di dalam bandar
dengan kanak-kanak luar bandar, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak berada dalam
golongan sosioekonomi sederhana, iaitu di dalam bandar (56.0%), manakala (43.5%) luar bandar.
Taraf sosioekonomi tinggi (16.0%) di bandar dan (39.1%) di luar bandar. Manakala taraf
sosioekonomi rendah (28.0%) di bandar dan (17.4%) di luar bandar.

Jadual 3: Hubungan Lokasi Tempat Tinggal Dengan Taraf Sosioekonomi Kanak-Kanak


Taraf Sosioekonomi

Bandar

Luar Bandar
n
%
n
%
Tinggi (RM 3201 ke atas)
4
16.0 9
39.1
Sederhana (RM 1201- RM 3200)
14
56.0 10
43.5
Rendah (RM 1200 ke bawah)
7
28.0 4
17.4
Jumlah
25
100
23
100
Jadual 4, menunjukkan pencapaian akademik ibu bapa atau penjaga kanak-kanak
tersebut. Kebanyakannya mereka berkelulusan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (44.0%) dalam
bandar dan 43.5% bagi luar bandar. Selain itu, sebanyak 34.8% ibu bapa atau penjaga di bandar
berkelulusan sekolah menengah. Manakala terdapat 20.0% ibu bapa atau penjaga di luar bandar
hanya perpendidikan sekolah rendah. Di peringkat kelulusan ijazah terdapat 4.0% di dalam bandar
36

dan 13.0% di luar bandar. Manakala di dalam bandar terdapat (1.0%) yang berkelulusan Sarjana.
Pencapaian akademik mempunyai kaitan dengan tatatingkat taraf sosioekonomi sesebuah
keluarga.

Jadual 4: Taraf Sosioekonomi Dengan Kelulusan Akademik


Kelulusan Akademik
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Diploma
Ijazah
Sarjana
Jumlah

n
1
0
7
1
1
2
1
13

Sosioekonomi
Tinggi
%
7.7
0.0
53.8
7.7
7.7
15.4
7.7
100

Sosioekonomi
Sederhana
n
%
2
8.3
6
25.0
11
45.8
1
4.2
2
8.3
2
8.3
0
0.0
24
100

Sosioekonomi
Rendah
n
%
2
18.2
6
54.5
3
27.3
0
0.0
0
0.0
0
0.0
0
0.0
11
100

Ini menunjukkan tahap pendidikan mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi.


Semakin tinggi tahap pendidikan yang diterima akan menyebabkan peningkatan tahap ekonomi
sesebuah keluarga itu.

Penghasilan Jenis-Jenis Ayat Bahasa Melayu.

Dapatan kajian menunjukkan penghasilan jenis-jenis ayat berbeza mengikut lokasi tempat tinggal
dan juga tahap sosioekonomi keluarga kanak-kanak prasekolah. Pengkaji menggunakan dua

37

keping gambar dan meminta kanak-kanak itu bercerita dan berinteraksi apa sahaja tentang
gambar yang diberikan.

Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan bahasa secara spontan untuk bercerita
dan membincangkan perkara yang ada dalam pengalaman mereka. Daripada kajian yang telah
dijalankan didapati pemerolehan jenis-jenis ayat bahasa Melayu berbeza-beza antara satu aktiviti
dengan aktiviti yang lain. Kanak-kanak prasekolah berkebolehan menghasilkan pelbagai jenia ayat
apabila aktiviti yang ditempuhi itu menarik dan mencabar perasaan ingin tahu mereka.

Dapatan transkripsi menunjukkan kepelbagaian jenis ayat yang dihasilkan oleh kanakkanak iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah. Dapatan menunjukkan kanakkanak didalam bandar berjaya menghasilkan ayat penyata (51.2%), ayat tanya (30.4%), ayat
seruan (9.4%), dan ayat perintah (9.0%). Manakala kanak-kanak di luar bandar pula, ayat penyata
(57.5%), ayat tanya (19.1%), ayat seruan (15.2%), dan ayat perintah (8.2%).

Kecenderungan kanak-kanak menghasilkan ayat penyata dan ayat tanya menunjukkan


tahap pemerolehan bahasa yang selari dengan peringkat usia dan perkembangan diri kanak-kanak
yang berusia 5 tahun ke atas. Dalam masa yang sama, kanak-kanak pada peringkat ini amat
gemar bertanyakan tentang sesuatu yang ada di sekitar pengalaman bahasa mereka.

Binaan Ayat Kanak-kanak Prasekolah

38

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber
bagi pembentukan semua ayat lain. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan
kepada empat jenis. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen
prediket pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama.

Jadual 5: Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu


Pola
Pola 1
Pola 2
Pola 3
Pola 4

Subjek
Frasa Nama
Frasa Nama
Frasa Nama
Frasa Nama

Prediket
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama

Ayat majmuk pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan dan ayat majmuk campuran. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), ayat
majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan
cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi dan sebagainya. Manakala ayat majmuk pancangan pula iaitu dua ayat yang tidak
sama taraf iaitu masing-masing dapat bersiri sendiri. Ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk.

Kanak-kanak prasekolah berkebolehan menghasilkan ayat dasar mengikur pola-polanya


dan juga ayat majmuk. Kanak-kanak prasekolah dalam bandar dalam menghasilkan sebanyak 422
(90.36%) ayat dasar dan 45 (9.63%) ayat majmuk. Manakala kanak-kanak prasekolah diluar
bandar pula dapat menghasilkan 309 (93.63%) ayat dasar dan 21 (6.36%) ayat majmuk.
39

Jadual

Hubungan Faktor Lokasi Tempat Tinggal dengan Pemerolehan dan Penguasaan Sintaksis.

Kawasan tempat tinggal dapat mempengaruhi proses berbahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
tinggal di bandar mengetahui lebh banyak kata nama yang berkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis
kenderaan, pakaian dan jenis peralatan rumah yang moden. Manakala kanak-kanak luar bandar
didapati perkembangan leksikalnya bergantung kepada lokasi tempat tinggalnya. Secara tidak
langsung perkembangan bahasa mereka juga terbatas dalam persekitaran yang mereka tempuhi
sahaja.

Jadual 6: Jenis Ayat Mengikut Lokasi Tempat Tinggal Kanak-Kanak


Jenis Ayat
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Perintah
Jumlah

Bandar
n
239
142
44
42
467

%
51.2
30.4
9.4
9.0
100

Luar Bandar
n
%
196
57.5
63
19.1
50
15.2
27
8.2
336
100

Kesimpulannya, lokasi tempat tinggal kanak-kanak mempunyai kaitan dengan kebolehan


kanak-kanak dalam pemerolehan dan penguasaan ayat penyata dan ayat tanya.

Hubungan Faktor Taraf Sosioekonomi Keluarga dengan Pemerolehan dan Penguasaan


Sintaksis

40

Pendapatan keluarga bergantung rapat dengan taraf pendidikan dan jenis pekerjaan ibu bapa. Di
Malaysia dalam kumpulan pendapatan terdapat maklumat yang menunjukkan pendapatan yang
tidak sedimbang antara kumpulan etnik. Oleh yang demikian, latar belakang keluarga dan taraf
sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis
kanak-kanak.

Jadual 7: Jumlah Ayat dengan Taraf Sosioekonomi


Jumlah Ayat yang Dihasilkan
Taraf Sosioekonomi

Tinggi (RM3201 ke atas)

309

38.8

Sederhana (RM1201-RM3200)

258

32.3

Rendah (RM1200 ke bawah)

230

28.9

Jumlah

797

100

Implikasi Dapatan dengan Teori Kajian

41

Kanak-kanak berupaya memperoleh bahasa kerana ia sudah terancang untuk berkembang dalam
minda kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Apabila kanak-kanak terdedah kepada bahasa
maka dengan sendirinya kanak-kanak akan mempunyai keupayaan untuk memperoleh bahasa
dan proses penguasaan adalah bergantung kepada keupayaan kepada kematanya kognitif.

Menurut Chomsky dalam Mengantar Simanjuntak (1987), setiap kanak-kanak dilahirkan


dengan pengetahuan bahasa. Berdasarkan suatu pengamatan yang dilakukan oleh Steinberg
(1995), beliau mendapati penguasaan bahasa ini tiada hubungan dengan kecerdasan. Ini berlaku
kerana kanak-kanak yang kurang kebolehannya berkemampuan menguasai bahasa ibundanya
walaupun ayat-ayat yang dituturkannya tidak gramatis dan tidak lengkap dan jumlahnya terhad.

Kanak-kanak yang normal mampu menguasai bahasa ibundanya tanpa halangan. Kanakkanak mula bercakap lebih kurang pada usia yang sama melalui tahap-tahap perkembangan.
Kajian ini menunjukkan kanak-kanak mampu menggunakan pengetahuan asas tatabahasa iaitu
jenis-jenis ayat dan bentuk. Berdasarkan dapatan sintaksis yang dihasilkan oleh kanak-kanak
prasekolah didapati kanak-kanak berupaya menghasilkan empat pola ayat dasar bahasa Melayu.

Berdasarkan teori yang disarankan oleh Steinberg (1995), peringkat yang terakhir ialah
peringkat yang perkembangan ayat kompleks. Menurut beliau, setelah pertuturan kanak-kanak
menjadi lebih panjang, struktur ayat yang mudah berkembang menjadi ayat yang kompleks. Ketika
berumur 4 atau 5 tahun, kanak-kanak telah dapat menghasilkan struktur ayat yang berguna dalam
bahasanya. Contoh ayat yang dinyatakan oleh Steinberg (1995), ialah;
1. I dont want it, i dont know his name

42

2. Dont touch the fish, dont knock my box


3. We can talk but cant dance
(Sumber: Steinberg, 1995)

Ini bersamaan dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis bagi kanak-kanak Melayu
Walaupun struktur bahasa tidak sama. Pada peringkat ini, mereka boleh menghasilkan ayat yang
berbentuk majmuk dengan penambahan kata sendi dan mempunyai makna tertentu. Dapatan juga
menunjukkan penghasilan ayat majmuk tidak begitu banyak berbanding dengan ayat dasar.
Contoh;
1. Kita kena datang, kena jalan.
2. Kami mandi dengan kucing
3. aku lagi cerdik tau, kucing aku tau.
(Sumber: Dapatan Kajian Kanak-kanak Prasekolah)

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemerolehan dan penguasaan


sintaksis kanak-kanak prasekolah khususnya dalam bahasa Melayu adalah bersamaan dengan
pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak daripada bangsa lain. Dengan itu, peranan
ibu bapa dan guru juga amat penting untuk mempertingkatkan penguasaan sintaksis kanak-kanak
di samping mengadakan persekitaran dan pendedahan yang boleh membantu perkembangan
bahasa kanak-kanak.

BAB 5

43

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Pada keseluruhannya, berpandukan pada pengiraan peratus (%), pengkaji mendapati responden
berkebolehan menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu terutamanya dalam aspek ayat
penyata dan ayat tanya dengan mudah berbanding ayat perintah dan ayat seruan.

Walaupun kanak-kanak prasekolah ini boleh menguasai ayat perintah namun demikian
bilangan ayat tersebut tidaklah begitu banyak berbanding ayat lain kerana ayat perintah adalah
untuk mengarah atau meminta sesuatu daripada individu lain.

Ayat penyata adalah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan (51.2%), diikuti ayat tanya
(30.4%), ayat seruan (9.4%), dan ayat perintah (9.0%). Nik Safiah Karim (1993), yang mengatakan
bahawa kanak-kanak paling mudah menguasai ayat penyata dalam komunikasinya bagi tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal atau untuk menyampaikan maksudnya.

Kebolehan bertutur awal tidak semestinya kanak-kanak itu dapat menguasai bahasa
dengan baik. Kadang-kadang terdapat faktor di luar jangkaan yang mempengaruhi perkembangan
bahasa seseorang itu. Ini bertepatan dengan pendapat Asmah Hj. Omar (1985), yang mengatakan
bahawa pertumbuhan dan perkembangan bahasa dipengaruhi oleh latar belakang kekeluargaan,

44

pergaulan kanak-kanak dengan orang lain di luar keluarga serta alam sekitar kehidupan kanakkanak tersebut.

Manakala menurut Lyons (1990), kanak-kanak akan mula bercakap pada usia lebih kurang
melalui tahap perkembangan yang sama. Ini bermakna kanak-kanak yang tidak dapat bercakap
pada masa dan tahap yang sama kerana beberapa faktor yang ada hubungannya dengan
persoalan yang masih tidak jelas tentang apa yang menentukan kanak-kanak dapat menguasai
kata-kata asas dengan betul, dan tentang persoalan perkaitan dengan keupayaan kanak-kanak
membentuk ujaran dengan dua kata yang nermakna biasa.

Lihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memainkan peranan
penting. Guru perlu menyediakan konteks pembelajaran yang sihat dan menggalakkan kanakkanak melibatkan diri secara aktif dalam interaksi. Guru juga perlu memberi kerjasama kepada
kanak-kanak dalam proses pembelajaran bahasa. Unsur-unsur tatabahasa pula dipelajari secara
tidak langsung melalui interaksi tersebut. Kajian ini menunjukkan kanak-kanak mmapu
menggunkan pengetahuan asas tatabahasa sesuatu bahasa khususnya bahasa Melayu.

Menurut Shahril Marzuki (1993), KEMAS telah menubuhkan pusat-pusat persekolahan di


kawasan luar bandar untuk tujuan menolong kanak-kanak dari golongan yang tidak
berkemampuan mendapat pendidikan persediaan sebelum kanak-kanak tersebut masuk ke alam
persekolahan secara formal. Melaluinya, kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran fizikal,
kemahiran sosial, kemahiran emosi, kemahiran akademi, mahupun perkembangan bahasa di
bawah bimbingan dan kawalan guru prasekolah.

45

Cadangan

Pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan penting untuk mmeperbaiki
kelemahan dalam meningkatkan lagi tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa
Melayu kanak-kanak prasekolah. Antara cadangannya ialah:

1.

Kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi secara lisan


seberapa banyak yang boleh. Ini bukan sahaja di antara rakan sebaya tetapi juga dengan
orang dewasa yang hadir dalam persekitaran mereka. Menurut Dulay dan Krashen (1982),
kualiti persekitaran bahasa sangat penting untuk kejayaan dalam menguasai bahasa yang
baik, tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak itu akan meningkat. Sehubungan dengan
itu, sebagai ibu bapa perlulah menyediakan satu suasana persekitaran bahasa yang boleh
memberangsangkan.

2.

Pembelajaran bahasa di sekolah merupakan lanjutan kepada pemerolehan dan


penguasaan bahasa di rumah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan bahasa kanak-kanak supaya menjadi lebih mantap serta mampu
untuk menghadapi cabaran dan rintangan berbahasa dalam konteks pendidikan dan juga
interaksi dengan masyarakat bahasa di luar bilik darjah.

3.

Mata pelajaran yang diajar di sekolah tadika seharusnya lebih terbuka dan bukan terlalu
formal. Bahan bantuan mengajar atau media seperti gambar perlu ditambah supaya
kanak-kanak dapat digalakkan bercerita tentang gambar tersebut. Guru haruslah
menggunakan bahan rangsangan khususnya bahan bantuan mengajar seperti audio video

46

yang menitikberatkan aspek lihat dan dengar. Ini dapat menggalakkan kanak-kanak
tersebut menjadi lebih aktif dan turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
4.

Aktiviti-aktiviti perbincangan secara tidak formal dan pengucapan secara lisan merupakan
unsur penting dalam perkembangan bahasa. Oleh itu, guru prasekolah memastikan gerak
kerja yang dijalankan hendaklah yang dapat merangsangkan kanak-kanak melibatkan diri
dalam perbualan yang boleh membawa kepada perbincangan.

5.

Guru perlu mewujudkan hubungan sosial yang lebih memuaskan dengan pelajarnya
kerana dengan cara ini akan mendorong kanak-kanak bersifat kreatif. Dengan adanya
hubungan yang rapat juga akan mewujudkan rasa yakin dan berani dalam diri kanakkanak untuk menyertai perbualan, perbincangan dan mengemukakan lebih banyak
persoalan.

6.

Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan harus lebih peka dengan
perkembangan pesat pusat prasekolah pada masa kini. Pihak kementerian hendaklah
membuat pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan pengelolaan pusat-pusat
prasekolah mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan menjadikannya sebagai
sumber rujukan untuk perancangan pusat prasekolah masing-masing.

Guru prasekolah haruslah memikirkan strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak.


Dalam usaha mengajar kanak-kanak, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik sematamata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Bermain sambil belajar sangat sesuai
bagi kanak-kanak prasekolah.

47

LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK IBU BAPA / PENJAGA
Arahan: Jawab semua soalan dengan mengisi tempat kosong.
Nama
Umur
Nama anak

: ____________________________________
: ____________________________________
: ____________________________________

1. Pertalian dengan kanak-kanak tersebut.


Anak
(
)
Anak saudara
(
)
Cucu
(
)
Adik
(
)
Lain-lain: nyatakan
(
)
2. Pekerjaan anda.
Pegawai Tadbir
Guru
Kerani
Petani
Buruh
Peniaga
Lain-lain: nyatakan

(
(
(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
)
)

3. Pekerjaan suami/ isteri


Pegawai Tadbir
Guru
Kerani
Petani
Buruh
Peniaga
Lain-lain: nyatakan

(
(
(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
)
)

4. Pendapatan anda sebulan.


Lebih daripada RM 2000
RM800 hingga RM 1999
RM799 hingga ke bawah

(
(
(

)
)
)

48

5. Pendapatan suami/isteri.
Lebih daripada RM 2000
RM800 hingga RM 1999
RM799 hingga ke bawah

(
(
(

)
)
)

6. Kelulusan akademik anda.


Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Ijazah
Sarjana
Doktor Falsafah

(
(
(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
)
)

7. Bahasa pertuturan anda dengan keluarga di rumah. Tandakan 1 hingga 4 mengikut keutamaan.
Bahasa Melayu
(
)
Bahasa Inggeris
(
)
Bahasa Cina
(
)
Bahasa Tamil
(
)
Lain-lain: Nyatakan __________________
8. Anak anda seorang yang periang?
Ya
Tidak

(
(

)
)

9. Bilakah anak anda mula bercakap?


6 bulan hingga 8 bulan
9 bulan hingga 12 bulan
13 bulan hingga 18 bulan
19 bulan hingga ke atas

(
(
(
(

)
)
)
)

10. Pernahkah anda membaca buku kepada anak anda?


Ya
(
)
Tidak pernah
(
)
Kadang-kadang
(
)
11. Pernahkah anda bercerita dengan anak anda?
Ya
(
)
Tidak pernah
(
)
Kadang-kadang
(
)
12. Anda ada menyediakan buku cerita untuk anak anda dirumah?
Ya, secukupnya
(
)
Ya, jika perlu
(
)

49

Tidak cukup
Tidak pasti

(
(

)
)

13. Pernahkah anda membawa anak-anak ke perpustakaan?


Pernah
(
)
Tidak pernah
(
)
14. Kekerapan anda membawa anak ke perpustakaan dalam sebulan.
Selalu
(
)
Kadang-kadang
(
)
15. Berapa jauhkah jarak rumah ke perpustakaan?
Kurang daripada 5 km
(
)
6 km hingga 10 km
(
)
Lebih 10 km
(
)
16. Tandakan (/) bagi peralatan yang terdapat di rumah anda.
Televisyen
(
)
Radio
(
)
Perakan video
(
)
Cekera padat
(
)
Peti ais
(
)
Mesin basuh
(
)
Telefon
(
)
17. Adakah terdapat komputer di rumah anda.
Ya
(
Tidak
(

)
)

18. Bagaimana dengan kebolehan anak anda dalam aspek berikut:


Baik
1
Sederhana
2
Lemah
3
Pergaulan dengan rakan sebaya (
Bercerita
(
Berkomunikasi
(
Pencapaian di sekolah
(

)
)
)
)

50

Borang Temu Bual Dengan Reponden.


Nama : ______________________________________
Umur : ______________________________________
1. Bolehkah anda membaca?
Perkataan
(
Sintaksis
(

)
)

2. Di rumah anda mempunyai komik atau buku cerita?


Ada
(
)
Tidak ada
(
)
3. Bolehkah anda bercerita?
Boleh
(
Tidak boleh
(

)
)

4. Jika boleh, ceritakan sebuah cerita yang pernah anda dengar.


5. Siapakah yang pernah bercerita kepada awak?
Ibu
(
)
Ayah
(
)
Kakak
(
)
Abang
(
)
Cikgu
(
)
Kawan
(
)
6. Di rumah, anda ada televisyen atau radio?
Ya
(
)
Tidak ada
(
)
7. Namakan rancangan televisyen yang anda suka tonton pada waktu lapang.
Sangat suka
3
Suka
2

51

Tidak suka
Rancangan:

Along
Doremon
Power Renges
Anak Sidek

1
(
(
(
(

)
)
)
)

8. Apakah hobi anda pada waktu lapang?


Bermain
(
)
Membaca buku
(
)
Bercerita
(
)
9. Pernahkah pada waktu cuti sekolah ibu bapa anda membawa melawat atau melancong?
Ya
(
)
Tidak
(
)
10. Jika pernah, ke nama ibu bapa selalu membawa anda?
Zoo
(
)
Muzium Negara
(
)
Taman Permainan
(
)
Tempat Mandi
(
)

52

Prasekolah di bandar
(Tinggi)
Ayat Penyata
i.

Nama kucing aku Tompok

ii.

Tak tahu sudahlah

iii.

Tak, kami baru aje mandikan kusing

iv.

Rumah kau tu jauhlah

v.

Makan nasilah

vi.

Alah tak bolehlah

vii.

Coklat pun hitam

viii.

Kucing mana boleh berenang

ix.

Kat rumah aku banyak kucing hitam

Ayat Tanya
i.

Nak tahu tak?

ii.

Habis kalau rumah aku jauh?

iii.

Oh, apa tu?

iv.

Ha, kucing hitam ada?

v.

Eh, kucing tu tengah buat apa?

vi.

Siapa tu?

vii.

Cantik tak?

53

viii.

Siapa nak cakap dengan engko?

(Sederhana)
Ayat Penyata
i.

Eh, sorry

ii.

Biru

iii.

Bengkel

iv.

Dekat tu lah

v.

Nak juga beli layang-layang

vi.

Boleh, nanti kita beli ye

vii.

Suka

viii.

Ungu cantiknya warna tu

ix.

Okey, esok kita beli

x.

Dia berlatih

Ayat Tanya
i.

Adik awak berapa tahun?

ii.

Badan dia warna apa?

iii.

Nama kucing ini apa?

iv.

Awak orang mana?

v.

Eh, betul ke?

vi.

Botol ni warna apa ha?

vii.

Ni nak warna apa

54

viii.

Kampung awak dekat mana?

(Rendah)
Ayat Penyata
i.

Ni tebu

ii.

Layang-layang ni besarlah

iii.

Cantik

iv.

Tengok

v.

Talinya panjang

vi.

Warna biru

vii.

Warna hitam

viii.

Entahlah, kayu kot

ix.

Tak perasan pun

x.

Tak payah, nanti dia pergi merata-rata

Ayat Tanya
i.

Ni pokok apa?

ii.

Hijau pekat mana, Umi?

iii.

Siapa cakap cantik

iv.

Macam mana ni?

v.

Tanah ke?

vi.

Bawah ni, apa?

vii.

Warna oren adakah?

55

viii.

Umi tak pernah tengok kucing?

Prasekolah di luar bandar


(Tinggi)
Ayat Penyata
i.

Kucing itu cantiklah sangat

ii.

Bila dah siap baru cakap

iii.

Pekatlah cikit

iv.

Kau pergilah, comot sekali

v.

Jangan cakap orang comot, nanti lawa-lawa dia orang comot juga

vi.

Siapa warna cantik, dia dapat hadiah

vii.

Kita buat sendiri senang aje

viii.

Main kat rimah lagi bagus

Ayat Tanya
i.

Layang-layang ko warna apa?

ii.

Tengok, cantik tak?

iii.

Dia buat macam mana?

iv.

Dia buat daripada apa?

v.

Macam mana nak ambik?

vi.

Engko tu tak tahu malu ke?

56

vii.

Nama kamu siapa?

viii.

Ada merah pekat tak?

(Sederhana)
Ayat Penyata
i.

Merah

ii.

Pinjam warna

iii.

Warna coklat

iv.

Tak boleh

v.

Ada

vi.

Memang tak boleh

vii.

Kedekut

viii.

Padan muka

ix.

Orang nak pinjam warna pun tak boleh

Ayat Tanya
i.

Ada pemadam tak?

ii.

Ni pokok apa?

iii.

Ni warna apa?

iv.

Awak cakap apa?

v.

Kenapa?

vi.

Bila?

vii.

Ko warna rambut ke?

57

viii.

Bunga nak warna apa?

ix.

Ei, ni pokok apa ha?

(Rendah)
Ayat Penyata
i.

Ini wau

ii.

He, ni layang-layang besar

iii.

He, ni kertas

iv.

Tak boleh padam

v.

Layang-layang ini tinggi

vi.

Aha, ada pelangi

vii.

Engkau dah siap dah

viii.

Comel

ix.

Putih

x.

Saya pun warna hitam

Ayat Tanya
i.

Kenapa comot?

ii.

Awak warna apa?

iii.

Baik, awak nak warna apa?

iv.

Isj, awak warna apa?

v.

Nama kucing awak siapa?

vi.

Kenapa engkau kedekut?

58

vii.

Macammana muka dia?

viii.

Engkau ada buku ini?

59

You might also like