You are on page 1of 3

PENDIDIKAN MONTESSORI DAN PENGAPLIKASIANNYA KEPADA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

OLEH ZAIDATUL AMEERA ZAKARIA

http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-dan-pengaplikasiannya-kepada-pendidikan-awal-
kanak-kanak.html

Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub

Sebut sahaja tentang pendidikan Montessori tentu masih ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai
pendidikan ini. Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya
pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila pendidikan
ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar. Pada masa kini, pendidikan ini telah
digunakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menurut Proffessor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub iaitu pensyarah di Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menyatakan bahawa pendidikan Montessori yang
diaplikasikan kepada kanak-kanak adalah lebih fleksibel berbanding dengan corak pendidikan yang lain.

Di Malaysia, tadika yang mengaplikasikan pendidikan ini berbeza dengan tadika biasa. Hal ini
kerana, dari segi pembelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan
peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-
kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan natural.
Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup.

Menyentuh mengenai perlaksanaan pendidikan ini kepada kanak-kanak, beliau berkata antara
unsur dan elemen yang digunakan ialah kelas pelbagai umur (multi gred) bahan pengajaran yang khusus
dan tiada gred atau markah. Selain itu, elemen yang diterapkan dalam pembelajaran ini juga adalah
belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan kanak-kanak lebih berdikari dalam
melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran pembelajaran yang selamat, menarik dan
mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang
terdapat dalam pembelajaran ini yang membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan
cekap dan sesuai dengan persekitaran yang telah disediakan.

Kelebihan pendidikan Montessori ini kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka pandai
bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan dengan persekitaran
pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak. Oleh kerana tidak
bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu memberikan keseronokan
kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri
sendiri.

Menurut beliau terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengukur keberkesanan
pendidikan ini dari sudut positif dan negatif. Lazimnya kajian yang bersifat demikian bercorak tidak
meyakinkan, iaitu ada kelemahan dan kekuatan. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa,
kekuatan pendidikan Montessori ini ialah dapat mendedahkan kanak-kanak untuk belajar pengawalan
kendiri, penggunaan perbendaharaan kata yang tinggi dan juga proses pembelajaran yang menarik
untuk meningkatkan memori kanak-kanak. Selain itu, melalui pembelajaran ini juga dapat meningkatkan
meta kognitif kanak-kanak iaitu mereka sedar dan belajar tentang kekuatan dan kelemahan diri.

Menurut beliau lagi pendidikan Montessori yang asli telah berkurangan. Hal ini demikian kerana
terdapat perubahan yang dibuat dalam pendidikan ini yang pada asalnya digunakan untuk kanak-kanak
khas kepada kanak-kanak biasa. Modifikasi juga telah dibuat dari segi bahan khusus yang digunakan iaitu
dari bahan asli telah ditukar kepada bahan yang bukan asli, (contohnya dari sudu sebenar diganti
dengan sudu plastik). Modifikasi yang berlaku ini disebabkan kos yang mahal untuk membeli alat
pembelajaran tersebut.

Di Malaysia dari segi kokurikulum pendidikan juga telah diubahsuai supaya seiring dengan
kriteria-kriteria kurikulum tempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(Kurikulum Standard Prasekolah Malaysia). Sebagai contoh, di Malaysia tadika yang mengaplikasikan
kaedah pendidikan Montessori ini ialah tadika Tunas Bestari di Kolej Islam Antarabangsa (UIA). Kaedah
Montessori di tadika ini turut dimodifikasi dengan menerapkan nilai-nilai Islam sesuai dengan fitrah
kanak-kanak. Namun modifikasi yang dibuat di sesebuah tadika menurut beliau adalah bergantung
kepada penganjur tadika tersebut.
Justeru itu, telah terbukti bahawa masih ada lagi kaedah pembelajaran Montessori yang
digunakan di Malaysia untuk pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat
diperolehi daripada kaedah pembelajaran ini untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Suasana pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak pendidikan montessori


Suasana pembelajaran dan aktiviti kanak-ka

You might also like