You are on page 1of 19

BAB 9

PERANCANGAN,
PENGURUSAN DAN
PELAKSANAAN KERJA
z PENGENALAN

 Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan kerja memberi impak

kepada kualiti pendidikan yang cemerlang serta juga menentukan


keberkesanan perkhidmatan sesebuah Taska.
 Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan kerja adalah penting
bagi menentukan keberkesanan pengurusan masa, pembahagian
tugasan mengikut kepentingan dan keutamaan.
 Pengurusan dan pelaksanaan kerja yang dilaksanakan mengikut
perancangan dapat menjamin penggunaan masa yang bijak dan
berkualiti.
z
PERANCANGAN RUTIN TASKA
• Penyediaan rutin harian Taska perlu perancangan dan permuafakatan antara
pendidik dan pengasuh.
• Perancangan yang baik akan memastikan pendidik dan pengasuh
menguruskan kerja harian dengan baik dan lancar.
• Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk perancangan rutin harian
Taska:

Pembahagian Jadual kerja


Jumlah masa
tugasan secara sistematik tetapi
yang ditetapkan
adil masih boleh
diubahsuai
• Impak positif perancangan pelaksanaan kerja kepada pendidik dan pengasuh
antaranya:

1) Pendidik dan pengasuh saling memahami tugas dan tanggungjawab


masing-masing.
2) Pendidik dan pengasuh lebih fokus, bersemangat dan yakin untuk
melaksanakan tanggungjawab mereka.
3) Kanak-kanak akan menerima asuhan dan pembelajan yang bermutu dari
pendidik dan pengasuh.
4)Pendidik dan pengasuh akan saling bekerjasama bagi memastikan kelancaran
pengurusan Taska.
• Dalam perancangan rutin Taska, perlu ada perancangan jadual harian
Taska. Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada
aktiviti tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak.

Ketibaan
Circle Time
Senaman Pagi
Aktiviti Pembelajaran
Permainan dan bercerita
Rutin Urus Diri
rehat
Refleksi dan pulang
z
z
Contoh
z
Jadual Rutin Harian Taska
z
z
PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PENGASUHAN

 Pendidik perlu membuat perancangan dengan mengambil kira aspek


asuhan dan bidang perkembangan kanak-kanak.
 Pembelajaran dibuat berdasarkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
kehidupan seharian kanak-kanak bagi memudahkan mereka memahami
persekitaran tentang diri dan keluarga mereka.
 Jadual aktiviti harian di Taska perlu disediakan untuk memudahkan
pendidik dan ibu bapa mengetahui dan memahami proses pembelajaran
anak-anak sepanjang berada di Taska.
 Persediaan awal pendidik penting supaya setiap aktiviti dapat dijalankan
dengan lancar dan membantu mencapai hasil pembelajaran yang dijangka.
 Perkara yang perlu diberi perhatian bagi melancarkan perjalanan
program harian di Taska:

Keperluan
asas kanak-
kanak
Tahap Urutan
perkembangan aktiviti

Peruntukan
umur masa
z
z
Rancangan
z Pelaksanaan Aktiviti ( RPA )
o Rancangan Pelaksanaan Aktiviti disediakan oleh pendidik.
o Penyediaan RPA dijadikan panduan untuk:
1. melaksanakan aktiviti secara fleksibel bersesuaian dengan kebolehan dan
tahap kesediaan kanak-kanak.
2. pendidik merancang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang
bermakna untuk kanak-kanak.
3. penyediaan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai.
4. penyediaan objektif pembelajaran mengikut tahap usia kanak-kanak.
5. pemilihan teknik melaksanakan aktiviti yang berkesan.
6. menyesuaikan bidang perkembangan kanak-kanak dengan aktiviti.
o Pendidik perlu menyediakan RPA sebelum aktiviti pembelajaran.
o Pendidik perlu memerhati tindak balas kanak-kanak untuk mendapatkan
maklum balas keberkesanan atau kekurangan perancangan pembelajarannya
z Contoh RPA
z PENGURUSAN REKOD
 Pengurusan rekod adalah penting dan Taska perlu mempunyai satu sistem
pengurusan dan penyimpanan rekod yang kemas kini dan cekap.
 Pengurusan dan penyimpanan rekod di Taska penting bagi memastikan
maklumat kanak-kanak tersimpan dengan betul dan kemas.
 Kepentingan pengurusan dan penyimpanan rekod adalah:
1. mengetahui tahap kesihatan kanak-kanak.
2. mengenal pasti ahli keluarga terdekat kanak-kanak.
3. mengenal pasti perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.
4. digunakan untuk pelaporan kepada ibu bapa kanak-kanak.
5. mengetahui kesesuaian pengajaran pendidik dengan tahap kebolehan
kanak-kanak.
6. merancang tindakan atau bantuan terhadap kanak-kanak yang
menghadapi masalah.
z

KESIMPULAN
 Perancangan untuk pengurusan sesebuah Taska perlu dibuat kerana
pengurusan yang cekap akan dapat menjamin mutu perkhidmatan yang
diberikan.
 Pengurusan yang efisien juga akan mampu merangsang
perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

You might also like