You are on page 1of 54

KESELAMATAN KANAK-KANAK

Keselamatan Di Pusat Pendidikan


Awal Kanak-kanak
Keselamatan Persekitaran
Keselamatan psikologi merujuk kepada tanggapan
atau persepsi kanak-kanak terhadap persekitaran
mereka yang selamat, selesa, tidak merunsingkan
dan tiada merasa terancam daripada bahaya.

Persekitaran yang selamat dari segi psikologi,ialah


keadaan kanak-kanak tanpa perasaan-perasaan
negatif seperti gementar, takut, bimbang, ragu dan
risau semasa interaksi berjalan.
Berikut antara perkara-perkara yang di anggap
persekitaran yang selamat:
Situasi yang menyeronokkan, selesa dan merangsang
semua potensi kanak-kanak. Mereka tidak tertunggu-
tunggu masa pulang untuk dijemput oleh ibu bapa mereka.

Guru dapat mencipta suasana yang kondusif, yang


mempunyai ciri-ciri sahsiah yang mampu memotivasikan
kanak-kanak ke arah perkembangan seoptimum.

Mengawal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini


seperti berlaku kecederaan akibat kemalangan.

Pastikan kelas dan kawasan sekeliling selamat bagi kanak-


kanak bermain
Berikut adalah langkah keselamatan di kawasan luar
kelas.
i. Elakkan mereka daripada terjatuh dari aras tinggi seperti buaian,
tangga, gelungsur, tingkap yang terbuka atau lantai yang licin
kerana ini boleh mencederakan mereka.
ii. Elakkan mereka dari menghampiri perigi, kolam atau longkang
yang dalam.
iii. Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri di
tempat tinggi tanpa pengawasan.
iv. Lapkan lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka dari
tergelincir. Tikar atau permaidani yang telah dilipat disimpan di
tempatnya. Barang- barang tidak disepahkan dilantai.
v. Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi.
vi. Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada
kaca.
Keselamatan diri
Kanak akan diberi pendidikan keselamatan diri
terutama jika berhadapan dengan penjahat
atau penjenayah.
Untuk itu guru boleh memanggil pegawai polis
datang untuk memberi ceramah mengenai
dengan keselamatan diri.
Guru juga boleh menerapkan keselamatan diri kepada kanak-kanak dengan
menekankan beberapa perkara.

Jangan mengikut kehendak orang yang tidak


dikenali

Jangan menaiki kenderaan orang yang tidak


dikenali

Pastikan guru atau pembantu mengawasi


perilaku kanak-kanak semasa hendak pulang jika
boleh perhatikan siapakah yang mengambil kanak-
kanak itu balik.
Semasa kanak-kanak bermain di luar guru perlulah mengawasinya. Antaranya
guru hendaklah:

i.Guru hendaklah sentiasa mengawasi kanak-kanak yang bermain di


padang permainan kerana keghairahan mereka terhadap peralatan di
sudut itu boleh membahayakan.

ii.Pastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut atau selipar semasa


bermain

iii.Semua peralatan itu perlu diselenggara dengan baik supaya berada


di dalam keadaan selamat (menurut tinjauan Jemaah Nazir,
Kementerian Pelajaran Malaysia) kebanyakkan alat permainan luar
seperti pondok, buaian dan jongkang-jongkit telah rosak dan tidak
selamat lagi digunakan.

iv.Kotak permainan pasir dan air perlu dijaga dengan baik


Pendedahan keselamatan di jalan raya
Beberapa peraturan yang mudah difahami oleh
murid prasekolah untuk mengamalkan
penggunaan jalan raya.
i. memahami lampu isyarat
ii. cara menyeberang jalan
iii. berjalan di tempat pejalan kaki
iv. tanda dan peraturan jalan raya
Pendedahan keselamatan di tempat
awam
Pendidikan keselamatan adalah penting bagi awal
kanak-kanak. Keselamatan boleh dielakkan menerusi
pengawalan dan pendidikan keselamatan.

Berikut adalah keselamatan ;


kebakaran,
air,
keracunan
Keselamatan Kebakaran
Kebanyakkan pusat pend awal kanak-kanak
mempunyai perancangan di dalam menangani
masalah keselamatan kebakaran antaranya ialah;
memanggil bomba datang ke prasekolah unrtuk membuat
demontrasi,
pertandingan melukis poster,
membuat carta aliran panduan untuk menyelamatkan diri
seandainya berlaku kebakaran dan
latihan kebakaran.
Berdasarkan program ini dapat guru dapat;
memberitahu kanak-kanak bahaya
bermain api.
Tindakan-tindakan yang boleh
diambil ketika berlaku kebakaran
Cara-cara membuat panggilan
kecemasan kepada bomba.
Guru boleh memanggil pasukan bomba untuk
membuat latihan kebakaran di prasekolah. Di
samping itu dapat meningkatkan pengetahuan
kanak-kanak tentang tugas-tugas anggota
bomba dan mengetahui peralatan yang
digunakan untuk memadamkan kebakaran.
Berdasarkan kepada latihan kebakaran itu guru perlulah menyediakan satu
senarai semak yang mengandungi tugasan kepada setiap kanak-kanak jika
berlaku kebakaran.
Antara tugasan-tugasan individu itu ialah;
Mempastikan tanggungjawab terhadap keseluruhan kelas
Tanggungjawab terhadap rakan yang kurang upaya
Tanggung jawab membawa buku kedatangan
Mempastikan pintu keluar
Mempastikan tempat berkumpul
Latihan kebakaran hendaklah dilakukan sekerap yang boleh.
Keselamatan di Air
Permainan air merupakan aktiviti yang perlu
dilakukan oleh kanak-kanak di prasekolah.
Pengawasan oleh guru atau pembantu adalah
perlu sewaktu kmurid-murid bermain air.

Murid-murid tidak boleh dibiarkan bermain di


sudut air bersendirian tanpa pengawasan. Air
yang terdapat didalam kolam atau takungan
air tidak perlu terlampau dalam cukup sekadar
untuk kanak-kanak dapat bermain air sahaja.
Guru perlu memberi pendidikan keselamatan air
kepada kanak-kanak seperti jangan bermain di
tepi longkang, perigi, kolam air, kolam ikan dan
takungan air. Jika mandi di kolam atau di laut
pastikan bersama ibu bapa atau keluarga.
Gunakan jaket keselamatan jika menaiki sampan
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Kanak-kanak perlu diajar berenang untuk
mengelakkan supaya tidak takut kepada air dan
boleh bertindak dengan menyelamatkan diri
daripada lemas.
Keselamatan Racun
Guru adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan
persekitaran kanak-kanak daripada bahaya racun.

Setiap benda yang beracun atau mengandungi sisa


toksid perlu dibuang dari kelas prasekolah atau
disimpan didalam bilik khas yang berkunci dan
ditandakan dengan simbol racun atau bahaya.

Kanak-kanak perlu diberitahu tentang simbol racun


kepada kanak-kanak.
Berikut adalah tindakan guru untuk menjauhi bahan beracun dan ubat-
ubatan dari dicapai oleh kanak-kanak

Semua jenis ubat mesti disimpan di tempat yang selamat

Simpan ubat di dalam bekas asalnya sebagai langkah


berjaga-jaga

Ubat yang tidak diguna mesti dilupuskan

Bahan pencuci dan minyak tanah boleh mendatangkan


kesan yang tidak baik jika diminum oleh kanak-kanak. Ia
perlu disimpan ditempat selamat
Jika terminum bahan pencuci atau minyak tanah
beri murid minum susu atau air. Jika terpercik
bahan pencuci atau minyak tanah pada kulit atau
mata, cuci dengan air yang banyak
Jangan simpan racun di dalam botol minuman
atau menggunakan bekas racun yang kosong
untuk memasak atau menyimpan makanan.
Jangan letakkan berdekatan atau bersama
makanan
Jika terkena pakaian, rendamkan pakaian itu
dalam air, cuci kulit dan kuku dengan sabun.
b. Peti pertolongan cemas
Sebuah peti pertolongan yang lengkap dan boleh
digunakan semasa kecemasan hendaklah
disediakan di setiap prasekolah

c. Alat pemadam api


Pemadam api perlu ada di premis prasekolah. Alat
ini sentiasa diperiksa dan berada ditempat yang
mudah diambil semasa kebakaran.
TUTORIAL PADA 20/04/2017

Rancangkan Strategi
Penggunaan alat dan bahan
yang sesuai dalam
pengajaran dan
pembelajaran

You might also like