Professional Documents
Culture Documents
Pengasuh kanak-kanak taska di rumah antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut: (a) menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan. (b) memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut cadangan oleh Jabatan Kesihatan. (c) memastikan keselamatan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. (d) mendapatkan imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (e) menjalani pemerikasaan perubatan sekurang-kurang setahun sekali. (f) memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan. (g) memenuhi diet nutrisi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (h) mempamerkan contoh kelakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di TASKA
(j) mempamerkan jadual menu dan aktiviti pada tempat yang boleh dilihat di premis taman asuhan kanak-kanak. (k) memastikan makanan seimbang untuk kanak-kanak disediakan mengikut diet yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan. (l) mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (m) mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan pihak berkuasa. (n) memastikan buku lawatan disediakan dan kemaskini. (o) berhubung dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak. (p) berusaha mendapatkan kerjasama dan persefahaman daripada ibu bapa atau penjaga berkaitan dengan masyarakat, keselamatan dan tingkahlaku kanak-kanak. (q) mempamerkan perlakuan sama ada pertuturan, tingkahlaku dan penampilan diri semasa di taska tempat kerja dan taska komuniti