You are on page 1of 2

BECHE HBEC4706_ Appendix 4

Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan Kepujian

Pelan Aktiviti/ Rancangan Pengajaran Harian (RPA)


(TASKA / Taman Asuhan Kanak-kanak)

Minggu Pelan Aktiviti Komen

3 Hari/Tarikh : ISNIN/ 20 Januari REFLEKSI


Masa : 30 minit
Kumpulan Umur : 3+ (6 orang)
Tema : Air
Tajuk : Air sejuk dan air panas
Bidang Pembelajaran: BAHASA, KOMUNIKASI &
LITERASI AWAL; DERIA & PEMAHAMAN DUNIA
PERSEKITARAN
Pengetahuan sedia ada:
1) Kanak-kanak boleh faham konsep sejuk dan panas.
Objektif:
1) Kanak-kanak boleh menyebut perkataan sejuk dan panas.
2) Kanak-kanak boleh membezakan air sejuk dan air panas.
Tempat/Ruang: Ruang belajar

Langkah-langkah:
1) Membawa kanak-kanak ke ruang belajar.
2) Berjawab soal tentang air sejuk dan air panas.
3) Bermesra dan berbual dengan kanak-kanak mengenali air
minuman yang sejuk dan panas.
4) Menyediakan air di dalam besen bagi membolehkan
kanak-kanak merasai perbezaan panas dan sejuk.
5) Mengalakkan kanak-kanak menyentuh air dengan jarinya.
6) Meminta kanak-kanak menyebut dan mengulangi
perkataan sejuk dan panas.
7) Memberi galakan dan pujian kepada kanak-kanak.
8)
Bahan-bahan:
Ais, air suam, air panas dan besen
Perhatian Pastikan ruang aktiviti serta bahan yang digunakan sesuai dan selamat.
Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti
Pastikan air tidak terlalu panas.
Refleksi guru :
Kelebihan: Menunjukkan video pembelajaran pada awal pembelajaran murid dilihat dapat
meningkat murid-murid dalam meneruskan pembelajaran mereka. Selain itu iainya
menjadikan murid-murid berasa lebih ingin tahu terhadap pembelajaran mereka.
Kelemahan: Penggunaan kad imbasan mengenai hari dalam seminggu didapati tidak dapat
menarik perhatian murid dengan baik kerana segelintir daripada murid-murid tidak memberi
tumpuan dalam pembelajaran.
Penambahbaikan: Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang lebih bagus agar
menarik minat murid-murid dalam pembelajaran.

You might also like