You are on page 1of 2

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Nama Pendidik/Pengasuh: Azizah binti Mahmud

Minggu: 6

Hari/Tarikh: Isnin/3 Februari 2020

Masa: 9.30 am – 10.00 am

Umur Kanak-kanak: 4 Tahun

Kebolehan Kanak-kanak: kanak-kanak mengetahui nama beberapa jenis makanan

Bilangan Kanak-kanak: 3 orang

Tema: Makanan

Tajuk: Makanan Tradisional

Hasil Pembelajaran : Kanak-kanak boleh bercerita objek yang dilihat dan melahirkan
perasaan mengenai objek yang dilihat.

Objektif Pembelajaran:

1. Kanak-kanak boleh bercerita makanan tradisional yang dilihat.

2. Kanak-kanak boleh melahirkan pelbagai perasaan suka terhadap makanan tradisional.

Bidang Perkembangan: Bidang Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Kesepaduan : Bidang Perkembangan

Bahan: Kad gambar makanan tradisional (aktiviti matching, puzzle), makanan tradisional
(karipap, kuih bulan, tosai)

Tempat/Ruang: Ruang makan

Langkah-langkah Aktiviti Pengajaran:

1. Pengasuh bermesra dan berbual dengan kanak-kanak.


2. Pengasuh menarik perhatian kanak-kanak dengan bertanya mengenai makanan.
a. “Apa yang kamu makan pagi tadi?”
3. Pengasuh menunjukkan makanan tradisional kepada kanak-kanak.
4. Pengasuh bertanya kepada kanak-kanak mengenai makanan tradisional yang dilihat.
a. “Siapa tahu ini apa?”
b. “Cuba awak bagitahu rakan-rakan ini apa?”
c. “Awak suka makan makanan ini?”
d. “Siapa suka makan makanan ini juga?”
5. Pengasuh memperkenalkan makanan tradisional bagi setiap kaum kepada kanak-
kanak menggunakan makanan tradisional yang ditunjukkan tersebut.
6. Pengasuh bertanya kembali kepada kanak-kanak mengenai makanan tradisional
sebagai pengukuhan.
a. “Kaum apa yang makan karipap?”
b. “Siapa orang Melayu?”
c. “Jadi, karipap adalah makanan tradisional bagi kaum Melayu.”
7. Pengasuh menunjukkan kad gambar makanan tradisional kepada kanak-kanak.
8. Pengasuh meminta kanak-kanak mengambil kad gambar mengikut kaum masing-
masing.
9. Pengasuh meminta kanak-kanak menceritakan tentang makanan tradisional kaum
mereka.
10. Pengasuh menerangkan bahawa setiap makanan tradisional yang diceritakan juga
dimakan oleh kaum lain dan dijual di kedai makan.
11. Pengasuh membahagikan makanan tradisional sesuai dengan bilangan kanak-
kanak.
12. Pengasuh membenarkan kanak-kanak makan makanan tradisional tersebut.

You might also like