Mari Mengemas Meja Makan (RPA)
Bidang: Awal Metametik dan Pemikiran Logik
Umur kanak2: 3 thn
Bil kanak2: 4 orang
Tema: Peralatan di dapur
Tajuk: Mari mengemas meja makan
Pengetahuan sedia ada: Kanak-kanak sudah boleh mengenal peralatan di dapur seperti pinggan, cawan dan
sudu.
Objektif:
1. Kanak-kanak boleh mengasingkan pinggan dan cawan (AMPL)
2. Kanak-kanak boleh bekerjasama menolong mengemas meja makan (SSEK)
3. Kanak-kanak boleh berdikari mengurus diri selepas makan (SSEK)
4. Kanak-kanak boleh berbual mengenai sikap yang baik iaitu bekerjasama, menolong dan berdikari (BKLA)
Bahan..
1. Pinggan (5)
2. Cawan(5)
3 Sudu (5)
4. Alas meja
5. Besin sederhana besar (3)
6. Tuala tangan (5)
Ruang: ruang makan
Langkah.
1. Bermesra dgn kanak-kanak dgn berbual dan mengajak kanak-kanak ke ruang makan untuk bermain mari
mengemas meja makan
2. Galakkan kanak-kanak mengenal cawan dan pinggan dengan mengambil pinggan dan cawan ( buat
kebolehan dahulu..kalau knk2 blh ambil maknanya sudah kenal)
(***turunkan objektif pula)
3. Galakkan kanak-kanak mengasingkan pinggan dan cawan dalam besin yang berlainan
4. Galakkan kanak-kanak bekerjasama menolong mengemas meja mkn
5. Galakkan kanak-kanak berdikari mengurus diri selepas makan
6. Galakkan kanak2 berbual tentang sikap baik, menolong, bekerjasama dn berdikari
(***masukkan pula elemen pujian dan galakan)
7. Beri pujian pada usaha kanak-kanak dan beri galakan serta bimbingan sepanjang proses bermain mari
mengemas meja makan
(***Ok now pelan kontigensi)
8. Sekiranya kanak boleh mengasingkan pinggan dan cawan galakkan kanak2 mengasingkan pinggan, cawan
dan sudu
10..Ulang langkah 4 hingga 7
(*** maksudnya kita ulang semua objektif sekali lg cuma asing pinggan, cawan dan sudu ke dalam besin yang
berlainan)
**** kemudian masukkan pula elemen penilaian selepas selesai aktiviti..
11. Bersoal jawab dengan kanak-kanak " selepas makan kita mesti buat apa"
12. Ucap terima kasih kepada kanak-kanak atas kerjasama yang diberikan
13. Pulangkan kanak-kanak kepada pengasuh
Perhatian:
Keselamatan
1. Pastikan peralatan yg selamat digunakan seperti pinggan, cawan dn sudu plastik.
Kebersihan.
2. Pastikan kanak-kanak membasuh dan mengelap tangan dengan betul sebelum dan selepas aktiviti.
Kesihatan
1.Pastikan peralatan yang digunakan bersih.
Nota:
1. Tajuk mesti menggambarkan strategi pedagogi yang sesuai bukan objektif..dalam contoh ini mari mengemas
meja bukan bukan mengasingkan pinggan dan mangkuk.
2. Pengetahuan sedia ada mesti sesuai dengan objektif.
3. Aktiviti mestilah ada objektif dan gabung jalin yang memberi makna kepada kehidupan seharian kanak-kanak
seperti aktiviti ini.
4. Sila beri penekanan kpd proses bukan hasil sahaja.
5. Pujian dan galakan diberi atas usaha dan pencapaian yg kecil sepanjang proses untuk meningkatkan
keyakinan kanak-kanak.
6. Bahan yang digunakan mestilah maujud atau konkrit / semi maujud jika tidak dapat yang maujud..spt model
gajah
Juga bahan dan kuantiti bahan yang dibawa mesti sesuai dgn aktiviti dan cukup untuk kanak-kanak dan
pengasuh juga..maksudnya kalau gunting..pengasuh juga guna gunting kanak-kanak.
Pisau juga. Saya pernah tengok pengasuh bawa pisau betul. Semasa aktiviti kurang peka terhadap keselamatan
dan ini boleh mencederakan kanak-kanak. Jadi elakkan membawa pisau atau gunting org dewasa.
7. RPA Ini adalah yg minimum yg perlu di tulis. Apabila sudah faham langkah yg tersusun bolehlah tulis dengan
lebih kreatif..tapi ingat langkah2 asas jangan ditinggal sebab setiap satu ada markah untuk kursus asuhan
permata.Juga penting di tulis semasa merancang di taska.