You are on page 1of 14

ASSIGNMENT / TUGASAN

TITLE : HBEC 4103


SAFETY, HEALTH AND NUTRITION IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

COURSE : BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION

MATRIC NO: 631111055778001

NRIC NO: 631111 – 05 – 5778

TELEPHONE NO: +60172778381

EMAIL: spuspavalli@yahoo.com

TUTOR:

LEARNING CENTRE: OUM SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

SEMESTER / YEAR : SEPTEMBER /2018


SOALAN TUGASAN

"Dalam pendidikan awal kanak-kanak, keselamatan adalah salah satu aspek penting yang
perlu diambil berat. Nelson Mandela menekankan pentingnya penjagaan kanak-kanak ketika
dia berkata, "Tidak ada wahyu yang lebih mulia jiwa sesuatu masyarakat daripada cara ia
melayani anak-anaknya". Kita perlu memastikan keselamatan anak-anak kita dan melihat
bahawa prosedur kecemasan telah disediakan. "

Dalam tugasan ini anda akan memaparkan pengetahuan anda dengan menerangkan
keselamatan dalaman dan luaran prasekolah. Tugasan anda akan berdasarkan pemerhatian
anda pada prasekolah untuk melihat peraturan dan pengawalan keselamatan telah dipatuhi.
Untuk tujuan ini anda perlu menyediakan senarai semak mengenai keperluan dalaman dan
luaran yang perlu ada dalam bangunan. Anda kemudiannya memberi cadangan untuk
mewujudkan persekitaran yang selamat di prasekolah tersebut.

KEPERLUAN:
Bahagian 1:
1. Baca Topik 2 dalam modul HBEC4103 mengenai Keselamatan, Kesihatan dan
Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, buku-buku lain, jurnal dan artikel
di Internet yang berkaitan dengan topik ini.
2. Perkenalkan tugasan anda dengan menerangkan keselamatan dalaman dan luaran di
prasekolah.
3.
Bahagian 2:
1. Sediakan senarai semak keperluan keselamatan dalaman dan luaran di bangunan
prasekolah.
2. Pilih prasekolah di mana anda boleh meninjau ciri keselamatan dalaman dan luaran
yang sepadan dengan senarai semak anda.
3. Huraikan ciri keselamatan prasekolah yang telah anda perhatikan.
4. Tulis cadangan untuk memperbaiki persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak
prasekolah tersebut.
5. Sertakan gambar sebagai bukti kaji selidik anda pada prasekolah yang telah anda
pilih.
[Jumlah: 60 markah]

2
Bahagian 1

Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum


memasuki sekolah. prasekolah merupakan sebahagian daripada system pendidikan
Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi
membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih
awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Kumpulan sasaran
ialah kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke atas seperti termaktub di dalam Akta
Pendidikan Malaysia 1996. Terdapat tiga aspek yang harus diberi perhatian yang serius iaitu
keselamatan, kesihatan dan pemakanan.

Aspek pertama keselamatan, merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh


individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau
kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah
terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu
sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi
tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari
ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan
menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana;


a) Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
b) Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
c) Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
d) Mengelakkan daripada serangan penyakit.
e) Mengelakkan daripada kematian.

Aspek kedua kesihatan, Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal,
mental dan sosial individu yang sempurna  dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan.
Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan
secara berterusan tanpa sebarang keletihan. Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan
ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang posoitif. Bagi kanak-
kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif
secara menyeluruh. Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-
kanak dalam mencapai kecegasan emosi, mental, agama/rohani dan fizikal.

6
Sistem perkembangan dan pertumbuhan yang sedang menuju kematangan memerlukan
sistem pemupukan amalan kesihatan yang betul sama ada dari segi kebersihan diri serta
pencegahan dan perawatan penyakit berjangkit. Asas kesihatan juga menekankan keperluan
makanan dan pemakanan yang seimbang, berzat dan bermutu bagi membantu proes
perkembangan tersebut berjalan secara harmoni dan seimbang. Oleh itu kesihatan boleh dilihat
sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial. Kesihatan adalah satu
keadaan fizikal, mental, sosial dan rohani yang optimum untuk kesejahteraan hidup.

Aspek ketiga pemakanan, ia adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan


dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan yang optimum di kalangan
bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan
yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi.

Bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke prasekolah menghabiskan sebahagian besar


masa mereka di sini. Oleh itu, prasekolah merupakan satu persekitaran yang dapat memberi dan
menggalakkan fizikal serta mental yang optimum bagi kanak-kanak. Selain itu, amalan makan
secara sihat yang dipupuk di prasekolah sejak kecil dapat membantu kanak-kanak
mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa. Oleh itu, pengendali cikgu prasekolah
memainkan peranan yang penting dalam memastikan kanak-kanak yang berada di prsekolah
memperolehi makanan yang berkhasiat dan dapat memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Kawasan yang perlu ada ciri keselamatan samaada di luar atau dalaman prasekolah:
a) Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah
b) Kawasan bilik penyediaan makanan
c) Kawasan bilik air
d) Kawasan luar bilik darjah

Sebagai seorang cikgu tadika, mereka harus memainkan peranan yang penting dalam
menjaga keselamatan kanak-kanak sepanjang berada di kawasan prasekolah. Keselamatan
merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa terhadap
kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan amalan, sikap dan
persekitaran.Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian utama dan kejadian kurang
upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006). 

7
Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana
kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka.Oleh itu, kesedaran
keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak
daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.  Seharusnya usaha-usaha untuk
mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama
setiap ibu bapa, cikgu dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak.  Kemalangan yang
menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta kepada
kesihatan kanak-kanak.  

Dalam artikel protokol keselamatan kanak-kanak oleh Noor Aziah Jaafar 7 April 2010
menyatakan bahawa penjagaan kanak-kanak bukan setakat memastikan kebajikan dari segi
makan minum serta pelajaran mereka tidak terabai, malah tidak kurang pentingnya adalah
menjamin keselamatan mereka agar sentiasa terjaga.

Sebagai insan kecil yang tidak berdaya, kanak-kanak bergantung kepada golongan
dewasa terutama ibu bapa atau penjaga untuk menghindari mereka daripada bahaya sama ada
yang disebabkan oleh manusia atau persekitaran. Akal yang belum berkembang sepenuhnya
menyebabkan golongan ini tidak berupaya menilai seseorang atau sesuatu situasi sama ada
berbahaya atau tidak kepada mereka.

Di negara-negara maju, terdapat garis panduan atau protokol kelakuan yang perlu
dipatuhi orang dewasa ketika berada dalam kalangan kanak-kanak bagi mengelakkan berlaku
penderaan terhadap golongan itu. Institusi-institusi yang berkaitan kanak-kanak seperti pusat
jagaan harian serta sekolah perlu mematuhi protokol kelakuan berkenaan dalam operasi
masing-masing supaya anak-anak boleh belajar atau bermain dengan selamat.

Sejak beberapa tahun lalu, komitmen terhadap keperluan mewujudkan protokol


seumpama itu di Malaysia telah diusahakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat. Dalam kerangka Dasar dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak yang
diluluskan Kabinet pada 29 Julai 2009, satu set protokol kelakuan ditetapkan untuk
diaplikasikan di rumah perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).

8
Faktor keselamatan menjadi keutamaan dalam protokol tersebut yang menetapkan
amalan baik dan amalan yang dilarang dilakukan ketika berada dalam kelompok kanak-kanak.
Antaranya, protokol itu menetapkan semua kakitangan, pelawat dan sukarelawan tidak
dibenarkan berada bersendirian bersama kanak-kanak di tempat yang sunyi. Amalan lain yang
perlu dipraktikkan adalah menentukan tiada orang dewasa berada di dalam bilik kanak-kanak
melainkan mereka yang sedang bertugas.

Dalam keadaan di mana kanak-kanak lelaki dan perempuan dibawa keluar, mereka mesti
diiringi oleh kakitangan lelaki dan wanita.

Kakitangan juga tidak boleh membawa balik kanak-kanak ke rumah atau berpakaian
menjolok mata serta bercakap perkara lucah di hadapan mereka.

Penapisan kakitangan turut dititikberatkan apabila rekod jenayah pemohon diambil kira untuk
pengambilan bekerja melibatkan kerjasama dengan pihak polis.

Menerusi protokol berkenaan, JKM mahu mewujudkan persekitaran yang selamat bagi
memastikan kanak-kanak tanpa mengira kaum dan agama mempunyai hak untuk dilindungi
daripada sebarang unsur penderaan bagi menggalakkan perkembangan jasmani, emosi dan
mental yang sihat. Menurut Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Nor Amni Yusoff, protokol
kelakuan itu akan menjadi panduan kepada semua rumah kanak-kanak di bawah jabatan itu
pada sepanjang masa. ''Sebelum kita menggalakkan institusi lain mengguna pakai dasar ini, kita
mahu pastikan rumah-rumah perlindungan kanak-kanak di bawah JKM melaksanakannya
terlebih dahulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Bahagian 2
Contoh Jadual Senarai Semak

SENARAI SEMAK CIRI-CIRI KESELAMATAN PRASEKOLAH

Nama Pemerhati :

Tarikh :

Masa :

9
Tandakan √ pada yang berkenaan.

PEMERHATIAN
BIL CIRI - CIRI CATATAN
YA TIDAK
Lokasi jauh dari kesibukan jalanraya,
1
kawasan tanah paya dan seumpamanya
2 Kawasan sekolah berpagar
Kawasan permainan di luar bilik darjah
3 diselia rapi dan diselenggara mengikut jadual
atau keperluan
Alat permaianan seperti buaian, jongkang-
4 jongkit, gelungsur dan terowong diselia dan
diselenggara
Keluasan bilik darjah mengikut piawaian
Ordinan Sekolah 1950 yang memerlukan
5
ruang kelas seluas 15 kaki persegi tidak
termasuk jalan lalu
Bilik darjah menerima cahaya dan
6
pengudaraan yang cukup
7 ‘Grill’
Saiz kerusi dan meja sesuai dengan kanak-
8
kanak
Perabot dalam bilik darjah selamat
9
digunakan
Lantai bilik darjah tidak licin. Contoh :
10 menggunakan permaidani, alas kaki, tikar
getah
11 Peti pertolongan cemas dibekalkan
12 Alat pemadam api disediakan dan berfungsi
13 Latihan kebakaran dijalankan
14 Rekod keluar kanak-kanak disediakan
Alatan elektrik seperti kipas dan suis
15 diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh
kanak-kanak
Stor tempat penyimpanan barang disediakan
16
dan dijaga rapi
Alat permainan dan ABM disimpan rapi
17
setiap kali selepas digunakan.
18 Ruang dapur terpisah daripada kanak-kanak
Sinki mencuci tangan sesuai dengan kanak-
19
kanak
10
Tandas disediakan dan terpisah daripada
20
tandas pelajar dewasa
21 Lantai tandas tidak licin dan bertakung air
Mangkuk tandas mengikut kesesuaian kanak-
22
kanak

Sekolah yang telah dilantik oleh saya ialah Tadika Harapan Inovasi (THI), bertempat di
Taman Sri Bandar, Port Dickson. Daripada hasil pemerhatian THI perlulah meneruskan dan
kekalkan kebersihan dan selamat dari segala bahaya. Untuk itu cikgu perlulah memastikan
bahawa persekitaran luar dan dalam prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk
kanak-kanak. 

Bagi persekitaran dalaman bangunan THI juga haruslah kekalkan bersih dan kemas
sepanjang masa. Terutama dengan sudut-sudut pembelajaran. Ruangan yang luas Ini secara
tidak langsung akan memudahkan  untuk kanak-kanak bergerak dan menjalankan aktiviti.

 Ciri –ciri keselamatan yang diambil oleh prasekolah THI dalam perhatian saya
adalah seperti berikut:
a) Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
- Pembahagian ruang seimbang. Susun atur perabut yang memudahkan
pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.
- Susun atur perabut tidak melindungi pandangan cikgu untuk melihat
pergerakan murid.
- Memastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di
tempat yang selamat.
- Memastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
- Memastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
- Memastikan lantai sentiasa kering.
- Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
- Memastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
- Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

b) Kawasan bilik penyediaan makanan


- Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
- Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di
tempat yang selamat.

11
- Lantai dapur sentiasa kering.
- Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

c) Kawasan bilik air


- Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
- Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
- Pam tandas dalam keadaan baik.

d) Kawasan luar bilik darjah


- Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
- Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
- Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk
keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain.
- Rumput mestilah dipotong pendek.
- Memastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan
prasekokah.
- Memastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
- Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah
misalnya termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
- Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari
kawasan interaksi kanak-kanak prasekolah.
- Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di
padang, di bilik air dan sebagainya.
- Semasa aktiviti di padang, Memastikan alat-alat sukan disusun dengan
keadaan tidak merbahaya.
- Memastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau
berhampiran suis elektrik, terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar
kawasan tersebut.
- Sekiranya berlaku kebakaran, Memastikan kanak-kanak dikeluarkan dari
kawasan kebakaran dengan segera.
- Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi
bomba dan polis jika ada yang terperangkap.
- Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang
tidak dikenali. Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu
apabila ada tetamu yang tidak dikenali.

12
Cadangan penambahbaikan yang boleh saya kupas dari tugasan ini adalah aktiviti
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar sekiranya ruang pembelajaran dalam keadaan
yang lebih selesa lagi. Bagi membantu kelas ini sekolah boleh memohon bangunan untuk
tambahakan ruang makan yang luas kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran
Negeri. Apabila ruang makan diasingkan dari ruang pembelajaran maka ruang pembelajaran
akan lebih luas dan cikgu boleh menyusun atur perabut agar ruang menjadi lebih selesa. Murid
memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas
untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan
mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid. Cikgu juga boleh mewujudkan
pelbagai pusat-pusat pembelajaran. Ruang yang selesa ini akan mernasang minat murid untuk
bersedia belajar. Ruang yang luas juga akan memudahkan pergerakan kanak-kanak didalam
kelas dan dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa. Menurut Fye dan Mumpower
(2001), keselamatan dan kepenggunaan adalah penting dalam merekabentuk ruang
pembelajaran. Pastikan semua peralatan dan perabot adalah sesuai dan selamat untuk kanak-
kanak. Perabot hendaklah disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak, termasuklah kanak-kanak
yang menggunakan kerusi roda atau peralatan bantuan supaya mereka boleh bebas bergerak.
Selain itu cikgu perlu memeriksa setiap alat permainan supaya tidak mengandungi toksik.
Walaupun terdapat undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-
kanak dan kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera atau terbunuh oleh
alat permainan. Pastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam. Alat permainan
perlu sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit tangan kaki dan mulut.
Pastikan alat permainan disimpan dengan baik di dalam kabinet selepas bermain supaya ruang
untuk berjalan lebih selamat. Cikgu-cikgu seharusnya mempunyai sikap yang rajin dan kreatif
dalam menyusun atur perabut dan alatan. Pastikan ruang pembelajaran berada didalam keadaan
bersih, ceria, menarik dan selamat. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat
merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu pencahayaan dan
pengudaraan yang baik. Selain itu peralatan dan bahan yang disediakan hendaklah selamat.
Penyimpanan bahan atau peralatan murid perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid contohnya
meja dan kerusi yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Alat pemadam api
yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi dan diletakkan di tempat yang
selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan
murid dan cikgu prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput. Diharap ada pihak-
pihak yang tertentu memantau tahap-tahap keselamatan kelas-kelas prasekolah ini supaya
mereka dapat membantu pihak pengurusan prasekolah dalam memastikan keselamatan kelas

13
mereka. Selain itu semua cikgu dan Pembantu pengurusan murid perlu diberi latihan atau
taklimat pencegahan kebakaran. Latihan cara menggunakan alat pemadam api dan sebagainya.
Ia sangat penting kerana cikgu prasekolah ini perlu mengawal dan mengendalikan kanak-kanak
yang berumur 6 dan 5 tahun. Kanak-kanak ini perlu lebih perhatian berbanding murid –murid
yang lain. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini
sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid prasekolah. Taman permainan
merupakan satu tempat untuk bergembira, bersenam, bermain, dan beriadah untuk kanak-
kanak. Tetapi ianya boleh menjadi satu tempat yang berbahaya jika keselamatan tidak di ambil
kira. Peralatan permainan luar yang telah rosak perlu segera dibaiki atau dikeluarkan sekiranya
tidak dapat dibaiki lagi. Pihak pengurusan prasekolah perlu mendapatkan pandangan dari
Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri bagi membantu mencikguskan hal
berkenaan peralatan permainan yang rosak ini. Jangan biarkan ia telah memudaratkan kanak-
kanak barulah tindakan diambil. Pihak pengurusan wajib memastikan setiap ruang dan
peralatan untuk kanak-kanak ini sentiasa berkeadaan selamat. Dapat dilihat di prasekolah ini
peralatan permainannya adalah daripada besi yang sudah berkarat dan ini adalah sangat
berbahaya kepada murid. Penggunaan alat permainan dari plastic adalah digalakkan kerana ai
tidak berbahaya. Pihak pengurusan sekolah boleh memohon alat permainan gentian yang baru
dan lebih baik kualitinya berbanding yang sedia ada. Selain itu alat bermain mestilah
berketinggian tidak melebihi 2.8 meter, tiada benda yang menonjol . Permukaan di sekitar dan
bawah alat permainan perlulah lembut dan tahan hentakan. Menurut pandangan tokoh kanak-
kanak Frost J. L (1992), faktor terpenting adalah peralatan permainan luar bangunan. Alat
permainan mestilah dipasang di tanah dengan selamat, sentiasa dibaiki dan tiada bucu tajam,
rosak atau mempunyai selumbar dan skru atau nat yang longgar. Ruang terbuka yang boleh
memerangkap kepala kanak-kanak, jari, tangan atau kaki hendaklah dielakkan. Tempat duduk
buaian hendaklah diperbuat daripada bahan plastik dan ringan. Keselamatan peralatan dengan
saiz yang sesuai amat perlu; ketinggian untuk memanjat tidak boleh melebihi had jangkauan
kanak-kanak.

Secara kondusifnya, keselamatan merupakan satu faktor mustahak yang perlu


diambilkira di dalam setiap rancangan dan matlamat keselamatan, dalam sistem merekabentuk
ruang pembelajaran, keselamatan perabot yang digunakan di dalam bilik darjah malah di luar
bilik darjah seperti di taman permainan kanak-kanak terutama peralatan mainan yang
digunakan perlu dipantau sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya. Kefahaman
terhadap teori keselamatan bukan sahaja harus difahami oleh cikgu mahupun ibu bapa ,namun
kanak-kanak itu sendiri seharusnya diberi pendedahan tentang keselamatan agar kanak-kanak

14
mengetahui membezakan sesuatu yang baik untuk mereka dalam faktor keselamatan. Cikgu
prasekolah perlu sentiasa mengawasi keperluan-keperluan keselamatan. Kanak-kanak boleh
dilatih untuk mengenali punca-punca kemalangan dan bahayanya. Suasana prasekolah yang
selamat dari faktor fizikal dan psikologi, dapat menjamin kanak-kanak dan cikgu menumpukan
perhatian kepada sistem pembelajaran dan pendidikan seoptimumnya. Oleh itu, semua cikgu
prasekolah bertanggungjawab dalam memastikan segala peralatan, bahan dan ruang yang
disediakan di prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak – kanak. Cikgu perlu sentiasa
bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan keselamatan kanak – kanak
di prasekolah terlindung serta membantu meningkatkan sistem pembelajaran dan
perkembangan mereka. Malah, kerjasama yang baik antara kedua–dua pihak juga perlu bagi
memastikan persekitaran kanak–kanak selamat dan terlindung tahap kebersihannya. Dengan
itu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan
segala keperluan kanak–kanak di sekolah mahupun prasekolah adalah terlindung dan mampu
melahirkan kanak – kanak yang sihat dalam setiap faktor kehidupan.
(2667 patah perkataan)

Rujukan
Artikel Penuh © Utusan Melayu (M) Bhd  :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0407
Dr, Fatimah Arshad (1988), Makanlah Sayang! : Singapura : Times Books International.
Dr. Abdul Halim (1987), Panduan Kesihatan Kanak – Kanak : Kuala Lumpur : Berita
Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Katheleen H. Liwijaya Kuntraf (1995), Makanan Sihat : Singapura : Southeast Asia
Publishing.
Hugh Hawes et.al (1997), Kanak – Kanak dan Kesihatan : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zuraini Mat Isa (2008), Anakku Mahu Makan : Selangor : PTS Millennia.
https://www.slideshare.net/NdSaa/keselamatan-kesihatan-pemakanan
https://www.openlearning.com/courses/kesihatan-dan-keselamatan-awal-kanak-kanak
http://rjdikya.blogspot.com/2017/09/ringkasan-kesihatan-pemakanan-dan.html
15
http://nutrition.moh.gov.my/pemakanan-di-taska-prasekolah/
https://www.scribd.com/doc/281346765/Keselamatan-Di-Prasekolah
http://prasekolahcikguhezi.blogspot.com/p/pra3102.html

Lampiran Gambar

Kawasan sekitar prasekolah THI Luar Kawasan prasekolah THI (Pagar)

Jarak Dari Jalan Raya Utama 500m Kawasan Permainan Kanak-kanak soft tile

Kawasan permainan redup Rumput yang pendek sekitar THI

Longkang yang kecil tetapi terbuka Pintu masuk dan mempunyai Grill

16
Kawasan berkumpul THI Ruangan belajar sambil bermain

Ruangan Makan kanak-kanak Ruangan sessi pembelajaran.

17

You might also like