You are on page 1of 3

PENGENALAN

Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan
Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada
ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA,
program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

OBJEKTIF

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria

dan selesa.

2. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

3. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

4. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil

5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang
baik melalui aktiviti fizikal.

PENTADBIRAN

Pengasuh TASKA

Bertanggungjawab dalam pengasuhan, menjaga keperluan asas, kebersihan, perhubungan yang sihat,
menyediakan persekitaran dan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping dengan ibu bapa.

Jawatankuasa TASKA

Pemilihan dari kalangan ibu bapa, pemimpin dan masyarakat setempat. Jawatankuasa bertanggungjawab dalam
pengurusan atau pentadbiran TASKA, Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Penglibatan Masyarakat.

PENGASUHAN

Tempoh Masa Pengasuhan

Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu.
Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi
hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu.

Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja
ibu bapa dan masyarakat setempat.
KURIKULUM

TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan
dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut
kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

Komponen pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu seperti berikut:

1. Bahasa dan Komunikasi

2. Pendidikan Kerohanian dan Moral

3. Perkembangan Kognitif

4. Perkembangan Sosioemosi

5. Perkembagan Fizikal
6. Kreativiti dan Estetika

YURAN

Yuran Bulanan

1. Yuran bulanan TASKA ditetapkan oleh Jawatankuasa TASKA mengikut kemampuan ibu bapa dan

masyarakat setempat.

2. Yuran bulanan minimum RM 30.00 dan maksimum RM 180.00 untuk perkhidmatan seharian dari jam 7.30

pagi–5.00 petang dan 6 hari seminggu.

3. Yuran bulanan minimum RM 10.00 untuk perkhidmatan separuh hari dari jam 7.30 pagi–1.00 tengahari dan
5 hari seminggu.

PELAKSANAAN
Kumpulan Sasar, Kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Konsep

1. Pelaksanaan Program TASKA berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan'.

2. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan
galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna.
Strategi

1. Diwujudkan di kawasan luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan

miskin.

2. Membina bangunan TASKA yang diselarakan oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama KEMAS.

3. KEMAS melatih dua (2) orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri dari masyarakat setempat di institusi

latihan KEMAS.

4. Penyeliaan teknikal dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen.

5. Ahli Jawatankuasa yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab dalam
TASKA.

You might also like