You are on page 1of 4

Az'r Mq

Kerasik 89100 km/TAB 85C


about me Lagu mte3102 nota PPG sukan
Saturday, October 29, 2011

Nota KSSR dan Linus


PROGRAM LINUS

Ministery Key Performance Indicators (MPKI) KPM


telah menyasarkan bahawa semua murid normal
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah menjelang 2012. Pembentangan konsep NKRA
kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009
memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru
dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk
mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan.
LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010
melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah
(Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui
usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi
dalam kalangan murid sekolah rendah. Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan
memberi latihan kepada guru dengan kerjasama
semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui Bidang
Matematik dan Bidang Bahasa Melayu di Sektor
Pengurusan Akademik.

Antara objektif pelaksanaan linus ialah

1. Membimbing murid untuk mencapai literasi dan


numerasi.
2. Memantau prestasi murid dalam Program LINUS.
3. Merangka program pemulihan pembelajaran murid
LINUS.
4. Menjalankan kursus dalaman di sekolah khususnya
kepada semua guru Tahap 1.
Program LINUS merupakan satu pendekatan
bersepadu yang perlu dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh supaya masalah literasi dan
numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal murid
berada di Tahap 1.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang


dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun
2011. Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai
pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan
Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun
2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993.
Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum
pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi
pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.

Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan


dua standard utama, iaitu pertama: Standard
Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan
satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan
pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum
sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan
keperluan pendidikan semasa.

Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah


organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan
transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah
selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan
sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar
yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan
yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat
yang berfungsi untuk memberikan didikan yang
sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan
membolehkan mereka menyumbang kepada
kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna
kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah
yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada
pelbagai sudut.

Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan


negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami
berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini
setelah memasuki alaf baru di abad ke-21,
masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa
penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi
penganjakan daripada masyarakat perindustrian
kepada masyarakat berinformasi; penggunaan
teknologi manusia kepada penciptaan teknologi
tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa;
konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi
tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan
perancangan jangka pendek kepada perancangan
jangka panjang.

You might also like