You are on page 1of 8

PENGENALAN Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak merupakan cetusan idea Yang Amat Berbahagia Datin Paduka

Seri Rosmah Mansor. Pada 21 Jun 2006 Jemaah Menteri, setelah maklum akan betapa pentingnya peranan asuhan dan didikan awal yang berkualiti dan bersepadu kepada pembangunan minda, emosi dan personaliti kanak-kanak. Projek perintis PERMATA Negara ini mulai beroperasi pada 1 Mac 2007 yang mana telah dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sehingga kini, terdapat 52 Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh Malaysia. Pada tahun 2011, sebanyak RM111 juta diperuntukkan untuk membangunkakan program ini.

VISI Antara visi program PERMATA adalah untuk memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal, diluluskan dan dilaksanakan secara berkesan. Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal kanakKanak Kebangsaan adalah seperti berikut: Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanakkanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengubah serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

MISI Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkaraperkara berikut : Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak kerajaan. Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Membangunkan kokurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang positif. Melaksana pembinaan dan meyelia Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di seluruh Negara.

FALSAFAH PERMATA Setiap anak PERMATA Negara Setiap anak sangat berharga Setiap anak adalah modal insan Negara Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.

FOKUS PERMATA Program PERMATA memberikan fokus kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak memenuhi kriteria berikut : Berumur antara satu hingga empat tahun. Menetap di pinggir Bandar atau luar Bandar. Keluarga berpendapatan rendah, Berbilang kaum dan agama.

RASIONAL PERMATA Bukti dari kajian neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Otak bayi mempunyai 100 bilion sel saraf (neuron) yang membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel ini dirangsang. Oleh itu, kita perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang positif supaya lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan berkekalan. Otak kanak-kanak akan berkembang segar jika ransangan yang betul dan dalam keadaan yang ceria dan gembira.

SYARAT-SYARAT PERMATA

KEMASUKAN

KE

PUSAT

ANAK

Jarak rumah ke PAPN adalah berdekatan Berumur 1 hingga 5 tahun Pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM1,500.00 Merupakan warganegara Malaysia Sihat fizikal dan mental

STRUKTUR KURIKULUM PERMATA


Kasih sayang dan belaian. Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah : Belajar melalui bermain. Pemikiran dan bacaan. Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melaui pembelajaran secara bebas. Mendorong kebolehan dan potensi kanakkanak. Interaksi dan komunikasi.

Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan.

MODUL Bagi menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka, ia dipecahkan dalam lima modul iaitu : Modul 1 : 0 6 bulan Modul 2 : 6 -12 bulan Modul 3 : 1 2 tahun Modul 4 : 2 3 tahun Modul 5 : 3 5 tahun

TEKNIK PEMBELAJARAN PERMATA Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak.

KEISTIMEWAAN PERMATA Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang Holistik dan seimbang Mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia Berintelektual tinggi Mahir berkomunikasi dalam BM dan BI Bijak bergaul Sihat jasmani Suci rohani Ibu bapa memainkan peranan penting dalam Program PERMATA. Komitmen penglibatan aktif dan berterusan dipastikan melalui satu akujanji bahawa mereka akan menyumbang 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan kepada aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diikuti oleh ibu bapa ialah : Berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak Memberi makan, memandikan, membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak Menyertai lawatan sambil belajar bersama anak-anak Menyertai program kesihatan dan kaunseling Memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA di rumah.

KESIMPULAN Hasil kerajaan pelaksanaan projek perintis program PERMATA Negara, pelaksanaannya telah diperluaskan dan diperkasakan ke seluruh Negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

PROGRAM PERMATA

You might also like