You are on page 1of 2

Menurut Erikson (1975) pendidikan dan kehidupan adalah satu pakej yang wujud

dalam setiap individu baik yang dewasa mahupun kanak-kanak. Semua individu perlu
menerima pendidikan awal supaya mampu menjamin masa hadapan. Hal ini bertepatan
dengan laporan yang dibuat oleh Ross dan Wu (1996) bahawa pendidikan mempunyai
impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperoleh dan
mengekalkan kualiti kehidupan. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan Malaysia mewujudkan
pelbagai jenis program pendidikan awal kanak-kanak untuk memberi fokus kepada sektor
pendidikan agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Malaysia. Semua program pendidikan mempunyai sumber rujukan rancangan pendidikan
iaitu kurikulum. Definisi kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk merealisasikan matlamat pendidikan. Hal ini turut berlaku dalam tampuk pendidikan
taska dan prasekolah.

Kurikulum PERMATA Negara yang digunapakai oleh TASKA dibina berpaksikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras untuk membina potensi kanak-kanak
sebagai modal insan berkualiti melalui program pendidikan awal kanak-kanak. Merujuk
risalah Kurikulum PERMATA Negara cetakan ke-3 yang khas dibangunkan oleh Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara, Universiti Sultan Idris (UPSI), matlamat
penubuhan kurikulum PERMATA Negara ini ialah untuk menyediakan program asuhan dan
didikan awal yang menyeluruh kepada kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga
menyediakan peluang kepada mereka untuk memperoleh pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti dalam usaha menjadi modal insan negara. Pengalaman pembelajaran awal
amat signifikan dalam pembentukan insan kerana menurut John Holt dalam bukunya “How
Children Learn” (1995) menyatakan kaedah pembelajaran kanak-kanak yang terbaik adalah
melalui pengalaman pembelajaran secara langsung.

Objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk menyediakan garis panduan


kepada pendidik bagi melakukan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuhan bagi
mencapai hasil pembelajaran yang telah disasarkan. Salah satu objektif kurikulum
PERMATA Negara ialah membina emosi, akhlak dan spiritual dalam diri kanak-kank untuk
melahirkan individu yang bersahsiah mulia, penyayang, adil, berempati, tenang, ceria dan
bersopan santun. Objektif ini dibangunkan kerana menurut Wan Ahmad Zakry (2015),
pembentukan sahsiah banyak diperoleh daripada pendidikan sama ada secara formal
mahupun tidak formal. Contohnya semasa di taska, kanak-kanak akan diajar untuk
membaca doa sebelum makan. Bertitik tolak daripada itu kanak-kanak akan dibentuk
menjadi individu yang beradab

Merujuk risalah Kurikulum PERMATA Negara cetakan ke-3,

You might also like