You are on page 1of 27

SGDF4012 : Falsafah Dan

Perkembangan Pendidikan
Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)[1996] dahulunya disebut
Falsafah Pendidikan Negara (FPN)[1988] merupakan dasar kepada
pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan
dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
PENGENALAN
Idea penggubalan FPK dicetuskan pada tahun 1979 setelah
penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Pelaksanaan Dasar Kebangsaan, berdasarkan dokumen-dokumen
dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun
Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada
1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan
FPK mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu,
masyarakat dan negara.
KONSEP
FPK berasal daripada tiga perkataan, iaitu falsafah, pendidikan dan
kebangsaan.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan


(1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian
berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting.

Perkataan “pendidikan” pula mengikut bahasa Latin, bermaksud


“memelihara atau mengasuh”.
KONSEP
Definisi “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi
(1980) sebagai “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah
laku.” Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai
medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah
melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains. (Russel,
1946).

 “Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang


universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara
keseluruhannya.
KONSEP
Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan
menghasilkan FPK yang menjadi rujukan para guru dalam
merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada
negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan
sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.
UNSUR-UNSUR
FPK merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem
pendidikan yang seimbang dan menjadi asas serta sumber inspirasi
kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan.

FPK mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami


oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar,
mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.
UNSUR-UNSUR
1. “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Ungkapan “tuntutlah ilmu
sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai
bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses
yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah
kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan
dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu
perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula
sejak kita berada dirumah lagi. Pendidikan awal ini penting kerana ia
membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke
akhir hayat nanti. 
UNSUR-UNSUR
2. “Memperkembang potensi individu”. Potensi individu ini boleh
dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan
rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di
perkembangkan dan di gilap.
Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota
tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting
untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang
amat berkait rapat.
Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana
memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya.
Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal
tingkah laku yang baik.
UNSUR-UNSUR
Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan
antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus
kepada amalan keagamaan.
Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir.
Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar
dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu
dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada
FPK.
UNSUR-UNSUR
3. Perkembangan potensi individu telah membawa kepada
perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan
bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima
pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi
yang ada dalam diri individu tersebut.
UNSUR-UNSUR
4. Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud
seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan,
mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan,
mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta
matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan
harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang
telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat
dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang
bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran
kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan tenang dan cepat.
UNSUR-UNSUR
5. Unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting
seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam
dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah
dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk
menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap
apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan
kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang
terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
UNSUR-UNSUR
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan . Berilmu
pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa
bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat
bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah
individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah,
berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada.
UNSUR-UNSUR
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan
sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam
melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain
itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang
melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya
kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak.
UNSUR-UNSUR
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang
seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang
mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang
buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat
sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia.
UNSUR-UNSUR
9. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang
wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu
ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah
dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan
kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.
UNSUR-UNSUR
10. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu
yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara
waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran
dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain
merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.
UNSUR-UNSUR
11. Unsur yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya
rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu
pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan
mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan
perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang
mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi
memaksimakan pembangunan negara kita.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan


harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang
menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan
selaras kehendak negara.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
FPK yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
mengandungi beberapa matlamat iaitu mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap terhadap keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua matlamat ini
tidak akan tercapai seandainya para guru tidak memainkan
peranannya dengan ikhlas dan sempurna.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
Peranan guru bagi merealisasikan semua matlamat ini, antaranya:
1)    Memperkembang diri dan murid secara holistik.
Matlamat utama FPK adalah untuk mengembangkan potensi
indivindu secara menyeluruh yakni merangkumi aspek  jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Jasmani murid boleh diperkembang
melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Manakala
emosi, rohani, dan intelek pula boleh diperkaya dengan melibatkan
murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-program ilmiah
seperti forum, pidato atau debat. Di sini, guru harus menggerakkan
murid dengan memberi rangsangan, tunjuk ajar dan pengukuhan
supaya murid akan sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam
sebarang aktiviti kokurikulum .
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
2)    Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia.
Untuk melahirkan murid yang berilmu, guru perlu menanamkan
minat murid terhadap ilmu sedari Tahun Satu lagi. Peringatkan
murid dengan sabda Nabi Muhammad  SAW, "Jika kamu mahukan
dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika
kamu mahukan dunia dan akhirat, dengan ilmu.” Guru harus
menekankan kepentingan ilmu pada murid kerana ia tiket kejayaan
dunia dan akhirat. Penelitian harus diberikan ketika melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana
apabila P & P itu berjalan dalam suasana yang menyeronokkan,
murid akan teruja dan cenderung untuk terus menimba ilmu.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
3)    Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara.
Guru itu tugasnya bukanlah terhad di dalam kelas kerana ia perlu
mengajar, mendidik dan memimpin. Tugas mengajar itu agak
terbatas dan perlu disempurnakan di dalam kelas, tetapi tugas
mendidik dan memimpin sentiasa berterusan walaupun murid tidak
berada di kawasan sekolah. Guru perlu menyedarkan murid bahawa
setiap insan itu diciptakan untuk beribadah yakni untuk mentadbir
dunia.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
4)    Guru perlu menunjukkan sifat perkerti yang mulia.
Guru yang akan ditugaskan untuk mendidik dan membimbing anak
bangsa hendaklah disemai dengan sifat-sifat yang mulia. Hal ini
kerana, untuk membentuk murid yang berakhlak mulia seperti yang
diinginkan dalam FPK, maka para guru perlulah menunjukkan sikap
yang baik supaya dapat dicontohi oleh para pelajar.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
5)    Guru juga perlu berpandangan progresif dan saintifik.
Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah
ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel.
Dengan itu, dia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena
pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang
innovator. Hal ini amat penting kerana untuk membentuk pelajar
yang mempunyai ilmu pengetahuan, para guru perlulah
mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
6)    Guru juga perlulah melahirkan suatu masyarakat  yang
progresif.
Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri (penemuan) dan kaedah
dapatan hendaklah ditekankan. Ini perlu untuk memupuk sifat gemar
menyiasat dan mereka cipta . Sifat-sifat ini adalah sesuai dengan
hasrat mengembangkan anggota-anggota masyarakat yang
berpotensi tinggi dan seimbang dari segi intelek.
CARA-CARA GURU MEREALISASIKAN
FPK
7)    Guru juga perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin
Unsur disiplin memang sentiasa dititkberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan
dengan lancer tanpa disiplin. Walau bagaimanapun, guru hendaklah
menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa dalam kalangan
pelajarnya. Amalan ini membolehkan pelajar membesar menjadi
ahli-ahli masyarakat yang bersifat penyayang dan berdisiplin.

You might also like