You are on page 1of 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) terbina

hasil evolusi sejak kemerdekaan negara.


Huraikan elemen-elemen yang terkandung
dalam FPK dalam usaha menghadapi arus
perubahan.
Antara elemen yang terkandung dalam FPK dalam usaha menghadapi arus
perubahan ialah pendidikan merupakan satu usaha berterusan di mana
pendidikan yang diterima oleh seseorang boleh berlaku di mana-mana sahaja
dan bukan hanya di sekolah sahaja . Hal ini dikatakan bahawa pendidikan
boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Seterusnya,
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh yang
bermaksud mengasah kebolehan seseorang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Selain itu, insan yang harmonis merupakan keseimbangan
individu yang tiada sebarang perkara terabai adalah penting bagi memastikan
kemajuan dirinya. Seterusnya, perkembang potensi secara menyeluruh dan
bersepadu bagi menguasai kemahiran dan juga bidang ilmu, Di samping itu,
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan elemen penting
dalam FPK bagi mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan dan
mempunyai kepercayaan agama. Selain itu, melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan yang secukupnya. Elemen seterusnya ialah melahirkan
rakyat yang berakhlak mulia, berdisiplin dan hidup hormat menghormati
antara satu sama lain. Selain itu, rakyat yang bertanggungjawab juga
merupakan elemen dalam FPK bagi mendidik rakyat untuk sentiasa
bertanggungjawab terhadap diri dan negara. Elemen seterusnya ialah rakyat
yang berketerampilan dengan menonjolkan diri serta dapat melaksanakan
tugas dengan cekap. Elemen yang terakhir ialah berkeupayaan untuk
mencapai kesejahteraan diri supaya dapat mengharungi kehidupan yang
aman dan damai.

You might also like