You are on page 1of 2

Membuat analisis terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan melihat perkaitannya

dengan Falsafah pendidikan barat, Islam dan Timur


Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dihubungkait dengan falsafah pendidikan
barat,Islam dan Timur.Dalam Falsafah Pendidikan Barat,empat perkara yang diberikan
keutamaan iaitu,kurikulum,peranan guru,kaedah mengajar dan peranan murid.Tidak
semua yang dinyatakan oleh fahaman falsafah Barat ini akan diikuti sepenuhnya dan
menjadi amalan pendidikan kita di Malaysia.Biasanya hanya elemen-elemen relevan
sahaja yang akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia.Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip kepada falsafah Progresivisme
Rekonstruksionisme Falsafah Progresivisme dan Rekonstruksionisme tergolong dalam
Falsafah Pendidikan Barat Moden. Kedua-duanya menekan matlamat pendidikan untuk
mencapai kesejahteraan diri serta membentuk masyarakat harmoni dan
makmur.Merujuk kepada konsep kaedah mahupun strategi yang digunakan oleh guru
khususnya kaedah projek,aktiviti penyelesaian masalah,kemahiran berfikir memang
dijadikan sebagai sebahagian daripada kaedah pengajaran dalam amalan di bilik
darjah.Elemen-elemen ini memang ada ditekankan aplikasinya dalam KSSR ,misalnya
penekanan kepada kaedah praktik dan inkuiri penemuan serta strategi pemusatan
murid.
Sekolah ialah salah satu unit sistem sosial.Hal ini sedemikian,sekolah merupakan
masyarakat kecil yang mengamalkan gaya hidup yang demokratik; membolehkan murid
berkumpul,berinteraksi,bekerja dalam kumpulan dan saling hormat menghormati.Selain
pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen,kurikulum sekolah juga merangkumi
pendidikan teknik dan vakosianal,iaitu mata pelajaran yang juga dititikberatkan
mengikut tafsiran falsafah pendidikan yang belandaskan progresivisme.Salah satu
fungsi falsafah pendidikan kebangsaan adalah mengembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan
seimbang.Fungsi ini pula boleh dikesan dan dihayati dalam falsafah
rekonstruksionisme.Selain itu,sistem pendidikan menitikberatkan penguasaan 3M,iaitu
membaca,menulis dan mengira di samping memfokuskan peranan guru sebagai orang
yang berautoriti maka di Malaysia boleh dikatakan mengandungi unsur-unsur
esensialisme yang bercorak tradisional.
Manakala dalam Falsafah Pendidikan Islam pula menyatakan bahawa pendidikan
ialah satu proses berterusan untuk merubah,melatih dan medidik akal,jasmani dan
rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan konsep JERI untuk
menghasikan individu sempurna secara holistik. Kurikulum KSSR ini memberikan
penekanan asas kepada usaha pembentukan sahsiah,peribadi,emosi dan semangat
tanggungjawab kepada diri,masyarakat dan alam sekitar.Dalam pembentukan KSSR
ini,penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu ain dan fardu
kifayah. Falsafah Pendidikan Islam juga menekankan kepercayaan kepada Tuhan ia
juga merupakan satu elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Hal ini
sedemikian,apabila seoarang insan berpegang kuat pada agama mereka tidak mudah
tercicir dalam gejala sosial serta mereka seimbang dari segi emosi.Malahan, manusia
harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan mengikuti
ajaran agama.Selain itu,proses pendidikan Islam juga menekankan konsep iaitu
pendidikan seumur hidup yang miripkan salah satu elemen yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Warga Malaysia mewajibkan mendapatkan
pendidikan bagi membentuk sikap,kemahiran,keperibadian dan mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia.Falsafah Pendidikan Islam bukan sahaja memberikan
penekanan terhadap aspek kerohanian tetapi juga menekankan aspek intelak.Sejajar
dengan itu,FPK melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan
berketrampilan.Melalui unsur ini,rakyat dapat berfikiran luas dan terbuka,berpandangan
jauh dan mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
Tujuan Falsafah Pendidikan Timur ialah mencapai kebijaksanaan,mengekalkan
struktur kekeluargaan,menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi.Mata pelajaran yang memfokuskan ialah pendidikan moral, politik, ekonomi,
kebudayaan,muzik,kesusasteraan dan sejarah ada terdapat dalam pendidikan di
Malaysia.Di negara China dan India guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan
penyampai ilmu yang mahir.Kerajaan telah mewujudkan FPG untuk menghasilkan guru
yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan.Oleh sebab itu,
pendidikan sekarang bukan sahaja sekadar berpusatkan guru sebaliknya berpusatkan
pelajar.Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya pelajar menghadapi sebarang
masalah.Sukatan pelajaran juga sentiasa diubah dengan peredaran zaman untuk
memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan
Falsafah pendidikan barat, Islam dan Timur

You might also like