You are on page 1of 3

PADA PANDANGAN ANDA SENDIRI, BINCANGKAN BEBERAPA CIRI-CIRI

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan Sophia (bijaksana).
Dalam ertikata yang lain, falsafah bermaksud cintakan ilmu pengetahuan dan
bebijaksanaan. Falsafah boleh dikatakan satu pendekatan menyeluruh terhadap kehidupan
dan dunia. Ia melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam
kehidupan. Kajian ini dijalankan dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi
dan membuat Implikasi keatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Islam Falsafah
Timur Falsafah Barat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) Konsep asas Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal\ insan
16 justifikasi penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan proses tersebut.

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip
yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah
pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-
amalan supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas. Falsafah pendidikan di
Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Falsafah
pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah pendidikan kebangsaan yang telah
diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. “Pendidikan di Malaysia adalah Suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MatlaInat Pendidikan Negara


ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang
murni seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada
negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan
di kalangan rakyat berbilang kaum. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk
mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi
perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera
merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan
semua potensi diri. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia
menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan
negara yang aman dan damai.

Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan


struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi. Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan moral, politik, ekonomi,
kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di
Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China.
Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu
yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan
guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India
juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan
perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan
pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya
boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai
masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan
berkesan.

Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah


pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan
terhadap para pelajar. Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERI di mana
tata tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah
masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan.
Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang
berlaku secara pesat. Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa
sering kali menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk digunakan di sekolah.
Ibu bapa juga telah menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini. Ini kerana
sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan
ketinggalan zaman dan mengganggur kemudian hari. Ini juga menyebabkan kadar
penggangguran di negara akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah
mereka sekiranyan mereka tidak mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri
mereka. Malahan banyak sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang
bersekolah. Banyak sekolah didirikan di luar-luar bandar. Pengajaran dan pembelajaran di
luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan.

Akhirulkalam, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang


berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya
berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut
masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Justeru, berdasarkan pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan
sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan
dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk
pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli
keluarga, ahli masyarakatdan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu
padu.

You might also like