You are on page 1of 19

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Matlamat FPG
-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. -Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan -Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup.

Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperolehi pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya.

FAKTOR FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Faktor Agama
Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara.Agamaagama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Faktor Individu
Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN (FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

METAFIZIK

EPISTEMOLOGI

CABANG CABANG FPK DAN FPG

LOGIK

AKSILOGI

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN (FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

FPK dan FPG menyumbang kepada implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Sebagai contohnya, kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara. Antara implikasinya ialah seperti berikut :

Implikasi pertama ialah terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasikan program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasikan pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasikan pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Implikasi kedua ialah menekankan perubahan sikap pendidik dan berprofesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Ia menggalakkan perubahan dalam sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar)

Implikasi ketiga ialah menyumbang kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah.;

You might also like