You are on page 1of 9

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira


pendekatan pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama. Kepelbagaian
pengajaran dan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid
turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan
landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepimpinan,
dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya
memantapkan pengusaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaan Standard
Kukurikulum Bahasa Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan – cari istilah pendidikan

Falsafah membawa maksud pemikiran, pandagan yang benar, rasional dan bernas. Usaha
yang sistematik daripada ahli-ahli falsafah dengan cara yang saintifik dan logikal telah
menghasilkan pemikiran dan pandangan. Falsafah dihasilkan bertujuan untuk mencari dan
membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan.

Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK) telah digunakan di Malaysia bertujuan


menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Melalui FPK, sistem pendidikan negara
sebernarnya menganjakkan diri ke kedudukan ke hadapan dengan mengungkapkan dengan
jelas prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tertinggi.

FPK yang digunakan ialah bersifat elektisisme iaitu gabungan antara falsafah
tradisional dan falsafah progresif. FPK juga merangkumi falsafah aliran epistemologi,
metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme,
perenilaisme, progresifivisme dan eksistensialisme. FPK digubal daripada usaha berfikir
yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK turut
mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang.
Falsafah ini turut barkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan
negara Malaysia.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu serta negara.
Kejayaan FPK banyak disokong oleh Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal untuk
menjadi landasn kepada sistem pendidikan negara dalam usaha untuk melahirkan
warganegara yang bertanggungjawab terhadap individu itu sendiri, keluarga, masyarakat,
dan negara sacara keseluruhannya.
Elemen-elemen dalam FPK

Dengan berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah


difahamkan bahawa, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut maka dapat


diringkaskan seperti berikut:

1. Pendidikan suatu usaha berterusan.


2. Memperkembang potensi individu.
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
4. Insan yang seimbang dan harmonis.
5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri.
11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.
Reka Bentuk Kurikulum

Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu
dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar
kumpulan murid tertentu. Pada waktu yang sama, kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen
yang mengandungi rancangan P&P yang menpunyai objektif psikomotor, efektif dan kognitif
bagi satu subjek. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pedidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan ynag menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada
generasi ke generasi yang lain.

Konsep Kurikulum dapat dikategorikan kepada lima iaitu, kurikulum menjadi


dokumentasi khas dan paduan. Selain itu, Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada
kaedah penyampaian yang lebih menarik. Tambahan pula, kurikulum merupakan program
pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang
ditetapkan. Kurikulum membentu pengalaman pembelajaran yang terancang. Seterusnya, ia
juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang Pelajar
akan memperolehi nilai-nilai sampingan. Antara contohnya ialah interaksi dan komunikasi.
Oleh hal yang demkian, membantu kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta
mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan bermasyarakat.
Perkaitan FPK Dengan Tunjang KSSR

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK terbahagi
kepada empat unsur iaitu, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur jasmani ialah unsur
fizikal untuk individu iaitu berkaitan dengan anggota tubuh badan. Perkembangan dan
kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu
perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang
mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk
mengawal tingkah laku yang baik. Pada waktu yang sama, unsur rohani pula merangkumi
unsur berkaitan dengan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Hal ini
dikatakan demikian kerana unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan .
Seterusnya, unsur yang terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek
penting kerana dengan unsur intelek pelbagai masalah yang sukar dapat diselesaikan
dengan mudah dan tepat. Dengan keadaan demikian, semua unsur-unsur ini membantu
dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Perkaitan FPK Dengan Reka Bentuk Kurikulum

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi


tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan
bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala
bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi
arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu ialah
tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar
bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.
Reka bentuk kuriklum pula bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan
komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum,
kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956)
yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah
Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing.
Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan
pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap
mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi
memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan
ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan
berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994). Maksud
kurikulum pula, Menurut Smith et al (1957), kurikulum merupakan satu urutan pengalaman
yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan
bertindak secara kumpulan.
Perkaitan FPK Dengan Matlamat KSSR

Falsafah Pendidikan kebangsaan idamkan suatu generasi yang mempunyai


intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang demi melahirkan insan yang
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Hal ini sangat penting supaya rakyat Malaysia khususnya dapat
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara. Semua aspek ini diterapkan ke dalam diri setiap kanak-
kanak melalui pendidikan di sekolah yang berorientasi kurikulum pendidikan negara.
Kurikulum atau sukatan yang ada dalam KSSR tetap berteraskan kepada
FPK. Sebagai contoh, dalam KSSR, ianya menekankan  objektif untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi supaya
dapat memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, perhubungan sosial dan urusan
harian. Walaupun ada sedikit penambahanan aspek dalam KSSR iaitu sukatan
pelajaran  bahasa melayu yang terbaharu, namun ianya masih di bawah bumbung
FPK dan masih bersandarkan aspek yang ada dalam falsafah Pendidikan
kebangsaan. Antara aspek tersebut adalah memperoleh ilmu, kemahiran, maklumat,
nilai dan idea. Kesemua rangkuman tersebut tetap menjunjung aspek yang
diterapkan dalam FPK.

Antara kaitan lain yang kita boleh lihat ialah perkara yang berlaku dalam
pelaksanaan P&P di dalam bilik darjah. Dalam pengajaran Bahasa Melayu ada
menekankan aspek jasmani di samping rohani, aspek fizikal dan jasmani murid juga
haruslah sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran
pendidkan jasmnai dan kesihatan dalam bahasa melayu dengan menyelitkan
elemen-elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang  etika kesihatan berkaitan
penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang atau pun mengajar tentang
pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat
tangan, memegang sesuatu dan pelbagai lagi. Hal ini sangat bertepatan seperti
mana disarankan dalam FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Perkaitan FPK Dengan Objektif KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut iaitu insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR ialah
ingin melahirkan insan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh
berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan pekerja
berilmu. Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin
melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara. Seterusnya, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu serta
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

You might also like