You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran ialah satu dokumen yang mengintegrasikan
kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard
Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Standard Kandungan ialah sebuah penyataan
spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan. Manakala Standard
Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indicator kualiti pembelajaran. Standard
Prestasi pula ialah satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasaan murid.

Falsafah pula ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap
perkara yang penting. (Sharifah Alawiah Alsagoff, 1984). Manakala Falsafah pendidikan sesuai
didefinisikan sebagai suatu pendekatan ataupun teori pembelajaran yang menentukan cara
pendidikan boleh dilaksanakan. Justeru, penghasilan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak
lain tidak bukan adalah untuk menjadi panduan dalam setiap aspek pendidikan.

Oleh itu, dalam penulisan kali ini akan dibincangkan perkaitan di anatara reka bentuk
DSKP dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Perkaitan ini dapat dihuraikan melalui tiga
aspek utama iaitu matlamat dan objektif DSKP, Fokus DSKP, huraian Kerangka Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Tiga elemen ini akan dapat membuktikan reka bentuk DSKP yang
dapat melahirkan warganegara seperti yang dihasratkan dalam FPK.
2.0 FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN

Di bahagian bawah merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menunjukkan penyataan


melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu


ditekankan. Ini kerana, ciri-ciri tersebut mempunyai perkaitan yang rapat dengan matlamat dan
objektif, fokus dan Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Selain itu, kandungan dalam FPK juga berkait rapat dengan Penerapan Penilaian
Kemahiran Insaniah (KI). Kemahiran ini merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang
melibatkan elemen kognitif seperti nilai kepemimpinan dan komunikasi.

Secara Keseluruhannya, FPK adalah panduan lengkap kepada warganegara Malaysia


dalam memacu masyarakat membentuk pendidikan yang berkualiti. Bagi merealisasikannya,
kandungan dalam sesuatu pembelajaran juga perlulah bersesuaian dengan hasrat tersebut.
3.0 PERKAITAN ANTARA REKA BENTUK DSKP DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (FPK)

Dalam bahagian ini akan diterangkan tiga aspek utama iaitu matlamat dan objektif DSKP,
Fokus DSKP dan Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF DSKP

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah diwujudkan bagi


membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk melatih murid berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri. Kemahiran
komunikasi menggunakan bahasa yang betul adalah penting bagi setiap murid. Ini
kerana, menurut French (2001), komunikasi adalah proses minda yang berlaku dalam
usaha mewujudkan situasi saling memahami.

Takrif komunikasi di atas menunjukkan kemahiran ini perlu ada dalam diri setiap
murid. Bukan itu sahaja, malah murid perlu menjadi seorang yang berketerampilan
dalam segenap aspek selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan yang
mahu melahirkan rakyat yang berketerampilan. Oleh itu, matlamat Standard Kurikulum
Bahasa Melayu ini adalah salah satu bukti reka bentuk DSKP ini dapat melahirkan
warganegara Malaysia yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bukan itu sahaja malah salah satu objektif DSKP Bahasa Melayu ialah
melahirkan murid yang berkeupayaan untuk menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit
dan menulis ulasan. Objektif ini bertepatan dengan kehendak FPK iaitu mahu
memperkembangkan potensi individu. Potensi dan bakat ini boleh dikembangkan
melalui interaksi dengan persekitaran serta pendidikan berkualiti. Malah, potensi ini juga
boleh mencapai tahap maksimum jika peluang yang secukupnya diberikan.

Selain itu, nilai murni juga diterapkan dalam objektif DSKP Bahasa Melayu.
Sebagai contoh, ia mengajar murid untuk menghargai dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti berbahasa. Malah ia juga bertujuan untuk melatih murid bersikap positif
terhadap semua perkara dan memiliki sifat patriotik serta kewarganegaraan yang tinggi.
Antara contoh aktiviti berbahasa yang dimaksudkan adalah seperti mendeklamasikan
sajak, berpantun dan bercerita.
Kesemua aktiviti ini dapat diselitkan nilai-nilai tersebut seterusnya membantu
murid supaya dapat berhibur sambil belajar. Secara keseluruhannya, matlamat dan
objektif DSKP sangat sesuai dengan apa yang dihasratkan FPK. Ia dapat dilihat dengan
jelas dari aspek memperkembangkan potensi individu dan melahirkan rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia.

3.2 FOKUS DSKP

Fokus pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah mahu


memperkasakan kemahiran literasi kepada murid. Kemahiran literasi merujuk kepada
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini diberi penekanan
kepada murid Tahap 1. Daya berfikir yang hendak dibentuk berdasarkan fokus meliputi
kemahiran asas 3M dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Intelek ialah kemampuan seseorang untuk bertindak dengan tujuan tertentu,


berfikir secara rasional serta menghadapi lingkungan secara efektif (Saifuddin Azwar,
1996). Selari dengan unsur intelek dalam Falsafah Pendidikan Malaysia fokus DSKP
juga adalah untuk memperkasakan daya berfikir dalam diri murid. Hal ini kerana
kemenjadian murid akan terlihat apabila unsur intelek dapat diperkasakan dalam diri
mereka.

Selain daripada itu, fokus DSKP berkait rapat dengan kemahiran berkomunikasi
yang juga merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran insaniah. Merujuk kepada
fokus DSKP terhadap murid Tahap 2 murid akan dapat berkomunikasi dalam pelbagai
situasi dengan lebih berkesan melalui penguasaan kemahiran mendengar dan
membaca. Hal ini secara tidak langsug akan dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran murid di dalam kelas.

Seterusnya, murid juga difokuskan dalam aspek Seni Bahasa. Seni bahasa
merujuk kepada keupayaan murid mengapreasasikan keindahan bahasa Melayu melalui
pelbagai teknik kemahiran bahasa. Teknik kemahiran dalam seni bahasa pula ialah
sejauh mana guru mampu memberi penekanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara didik hibur serta penggunaan bahan menarik.

Secara keseluruhannya, fokus DSKP dapat mencapai matlamat FPK yang mahu
memperkembangkan potensi individu. Ini kerana melalui pendidikan murid memiliki
peluang sama rata untuk mencungkil bakat mereka. Oleh itu di sinilah terlihatnya sejauh
mana peranan guru bagi mengesan dan memperkembangkan bakat pelajar (Omardin
Ashaari, 1998).

3.3 KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Salah satu tujuan transformasi kurikulum persekolahan dilakukan oleh KPM bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.
Reka bentuk kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dibentuk berdasarkan enam
tunjang utama. Dengan berlanadaskan Falsafah Pendidkan Kebangsaan, enam tunjang
utama tersebut menjadi domain utama yang menyokong antara satu sama lain.

Pembentukan enam tunjang itu adalah tidak lain tidak bukan untuk menghasilkan
insan seimbang. Salah satu daripada tunjang KSSR ialah Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Tunjang ini menekankan bahawa setiap murid perlu dididik dengan penghayatan agama
dan kepercayaan yang betul serta nilai murni. Murid-murid akan membentuk
keperibadian dan akhlak baik sekiranya tunjang ini dapat diserapkan ke dalam diri
mereka.

Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan unsur


JERIS, ia membantu dalam membentuk murid menjadi lebih baik. Malah, apa yang
dihasratkan FPK juga mempunyai persamaan dengan tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai. Hasrat FPK iaitu mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dapat
direalisasikan melalui penerapan tunjang ini dalam KSSR.

Seterusnya, tunjang KSSR juga ada menyatakan aspek Sains dan Teknologi.
Menurut Castells (2004) menyatakan bahawa sains dan teknologi merupakan suatu
prosedur yang merupakan penerapan dari sebuah pengetahuan ilmiah terhadap sebuah
kerja tertentu. Hal ini bermakna murid perlu berterusan dalam memperolehi
pengetahuan tinggi tentang sains, matematik dan kemahiran berasaskan teknologi.

Bersesuaian dengan hasrat FPK yang mahu menjadikan pendidikan di Malaysia


sebagai suatu usaha berterusan, KSSR dapat dijadikan dalam pencapaian
matlamatnya. Hal ini kerana, dua tunjang utama yang dinyatakan di atas saling berkait
rapat dengan kandungan FPK. Oleh itu, pendidikan sepanjang hayat perlu diberikan
penekanan yang besar.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya

You might also like