You are on page 1of 9

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK)
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga
perkataan, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan.

Maksud Falsafah

E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984)


mengujarkan falsafah sebagai usaha berfikir secara rasional
dan kritis terhadap variasi item.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan


(1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan
andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang
penting
Maksud Pendidikan

Perkataan “pendidikan” pula mengikut bahasa Latin, bermaksud


“memelihara atau mengasuh”. Definisi “Falsafah Pendidikan”
diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan
merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan
rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.” Jelaslah bahawa
falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan
insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua
cakuman utama, iaitu teologi dan sains. (Russel, 1946).

Maksud
Kebangsaan
Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang
universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara
keseluruhannya.
Konsep Falfasah Pendidikan Guru
(FPG)

Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk


menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala
konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model
Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama
iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan. Sub-
konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur
pengetahuan, nilai dan kemahiran.
Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi
iaitu :

Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen
perubahan.

Kendiri
Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan
budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti
mulia.
Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru kepada Pendidikan Negara
Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu,
guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian.
Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling.
Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai
medium untuk menzahirkan bakat mereka.

Rakyat Malaysia yang berpengetahuan


Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu,
FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan
melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat
mempunyai minda yang luas dan terbuka.
Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujud Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai
Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan
ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap dirinya sendiri dan perbuatannya.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan


Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan tinggi,
kecekapan san competensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan,
mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna dan mempunyai
keperibadian yang baik. Mereka juga memandang jauh dalam segala hal yang
mereka lakukan.
Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya
tahan mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka
berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.

Sumbangan rakyat melalui FPK


Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan,
seseorang itu mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Mereka boleh memupuk kesefahaman dan kasih sayang
dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta
memiliki semangat patriotisme yang tinggi.
Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga akhir hayat dan
sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa mempelajari perkara
yang baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku
sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih
dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat ini
yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
tidak kira sama ada senang atau susah.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia


Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan
bertatasusila.Individu itu juga akan berpegang teguh kepada moral nilai-
nilai sebagai prinsip diri.

You might also like