You are on page 1of 9

Kronologi Perkhidmatan

1931 Berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Kedah

1938 Pegawai daerah Sungai Petani dan kemudiannya di Kulim Kedah

1940 Timbalan Pengarah Pertahanan Awam di Kedah Selatan

1949 Pengerusi UMNO Kedah

1951 Dilantik sebagai Presiden UMNO


1954 Presiden Parti Perikatan

1955 Ahli Majlis Perundangan Persekutuan

1955 Ketua Menteri Tanah Melayu dan memegang portfolio Menteri Dalam Negeri

1955 Mengetuai delegasi kemerdekaan ke London

1956 Memegang portfolio tambahan sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamatan


Dalam Negeri
1957 Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga Menteri Hubungan Luar

1959 Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah

1959 Ketua Menteri Tanah Melayu (selepas pilihanraya)

1963 Perdana Menteri Malaysia

1964 Selain dari tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku juga
merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan .
Pendidikan
Pendidikan awal bermula ketika berusia 6
tahun di Sekolah Melayu. Kemudian beliau
belajar di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.
Seterusnya beliau belajar di negeri Siam kini
Thailand iaitu di Sekolah Debsirinder,
Bangkok.

Beliau kemudian kembali ke Kedah dan


menyambung kembali pelajarannya di Penang
Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.
Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman menyambung
pengajiannya di St. Catherine’s College, Universiti
Cambridge England dan menerima Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Sejarah). Tunku Abdul Rahman dianggap
sebagai anak Melayu pertama lulus dari universiti di
England.

Tunku telah menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk


melanjutkan pelajaran di Kolej St. Catherine di University
Cambridge dan berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda
dalam Undang-Undang dan sejarah pada tahun 1925.
Selepas Tunku kembali ke tanah air pada tahun 1931,
Tunku menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
sebagai Pegawai Daerah di beberapa daerah di negeri
Kedah antaranya ialah Kuala Nerang, Langkawi, Sungai
Petani dan Kulim. Sejak dari itu, pelbagai tugas penting
digalas oleh beliau sehinggalah Tunku menjadi peguam
bertauliah pada tahun 1947.
Rujukan
SUMBER INTERNET

1.Aman Addly. (2014). Tokoh negara malaysia. Retrieved


on March 12, 2018, from
http://penatokoh.blogspot.my/2014/01/tunku- abdul-
rahman- putra-al-haj.html

2.Joe. Sumbangan Tunku Abdul Rahman. Retrieved


on March 12, 2018, from
http://www.angelfire.com/wa/anis/tunku.html
3. Tunku abdul rahman putra al-haj father of
independence. Retrieved on March 12, 2018, from
http://www.perdana.org.my/images/pdf/b
iographyinfographics/PLF%20INFOGRAPHI C
%20TUNKU%20ABDUL%20RAHMAN%202
017%20LOW%20RES.pdf

4. Biography of tunku abdul rahman. Retrieved on


March 12, 2018, from
http://www.perdana.org.my/pms-of- malaysia/tunku-
abdul- rahman/biography-tunku- abdul-rahman
SUMBER BUKU
• Mohd Ali Atan. (2006). Tokoh Pejuang Dan
Nasionalisme. Selangor: Pustaka Cita Tinggi
• Nora hj. Samat. (2003). Siri tokoh pejuang negara –
tunku abdul rahman. Kuala lumpur: Goodmark
enterprise
• Sulaiman Zakaria. (2007). Perdana-Perdana Menteri.
Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi (M) Sdn. Bhd.
• Zabri Zakaria & Noor Azliawati Mohd. Sabda. (2003).
Tokoh dan Sumbangan. Kuala Lumpur: Sejati Books.
• Zarina syukor. (2005). Sejarah penubuhan malaysia.
Selangor: Penerbit Pinang sdn. Bhd.

You might also like