You are on page 1of 16

TOKOH

Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan

KEMER
Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh
para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa
mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan
terbaik mereka dimana kemerdekaan negara yang dicapai. Antara tokoh-
tokoh penting kemerdekaan negara termasuklah:

1. TUNKU
ABDUL
RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
2. TUN ABDUL
RAZAK BIN
HAJI DATO'
HUSSEIN
3. TUN V. T.
SAMBANTHAN
4. TUN SIR
HENRY LEE
HAU-SHIK
5. RENTAP
6. MAT SALLEH
7. TOK JANGGUT
8. MAT KILAU

1
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan
sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.

Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang


berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui
perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara
kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan
Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan.
Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini
dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa
Kemerdekaan.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8
Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga
1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung.

2
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan
"Bapa Malaysia".

KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan
Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut
secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan
Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

LALUAN KE KEMERDEKAAN

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun
yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada
saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi
yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang
mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak

3
TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)
merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga
1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa
Pembangunan".

KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak
sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau
keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai erdana Menteri
ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana
Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun
2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam,
Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

PENDIDIKAN
Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
4
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa
ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan
undang-undang. Sewaktu menuntut diEngland, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman
yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.
Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah
untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya.
Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

KEMERDEKAAN
Berada di London bersama Tunku Abdul Rahman sebagai anggota Tanah Melayu untuk
menuntut kemerdekaan dari Britain. Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Bandar. Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah
memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada
tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada
tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan
Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata
Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal
sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

5
TUN V. T. SAMBANTHAN
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di
Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan
kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai diIndia
Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya
(MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran
antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia
(MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah
Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan
menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

6
KEHIDUPAN PERIBADI

V.T. Sambathan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak
Darul Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau
seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila bersekolah di
Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.

Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau melanjutkan


pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dan mendapat ijazah Sarjana Muda
Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambathan merupakan seorang pejuang daripada
masyarakat India. Sejak kecil lagi sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan
universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya
ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambathan dilantik menjadi menteri penuh dalam
pelbagai kementerian.

KEMERDEKAAN
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman
mendapatkan kemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar
kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum
India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik
menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah
Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak
jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan
rakyat yang berbilang kaum.

Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh V.T. Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum

7
dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. V.T.
Sambathan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan
masyarakat pribumi.

V.T Sambathan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan
tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau telah
meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan
Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T. Sambathan telah meninggal dunia
pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi mengenang jasa beliau kepada
negara, nama beliau telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala
Lumpur.

TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK

8
Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988) merupakan
antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya
pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara
sebelum kemerdekaan.

KEHIDUPAN PERIBADI

H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong
Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19
November 1900. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan
bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan
kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya.
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama
penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan
pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau
telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya,
jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam


sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah
seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih
9
Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang
bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia
bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala
musuh dalam perang pertamanya.

MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang
hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu
Mat Salleh menentangpencerobohan dan keganasan Kompeni
Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam
masapertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31
Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai

10
seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah
pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali
sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras
dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan.
Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan
British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di
Kelantan.

Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik


sokongan banyak pengikut di Kelantan.

11
MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu
kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-
sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang
berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British
membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan
beliau.

12
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan
Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan
dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja
Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di
Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller
Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

13
Buku skrap
Tokoh kemerdekaan
Biodata

14
Nama : Vimalraj a/l Selvaraju
Umur : 10 tahun

Tarikh lahir : 16hb April 2002

Kelas : 5 Suria (2013)

Alamat : No : 15, Hala Klebang Restu,

Medan Klebang Restu, 31200 Chemor,

Perak Darul Ridzuan.

Sekolah : SJK (T) Klebang,

31200 Chemor,

Perak Darul Ridzuan

Nama Cikgu : Cik. Suganthi

Tajuk Buku Skrap : Tokoh Kemerdekaan

Kandungan
1. BIODATA
2. TOKOH KEMERDEKAAN PAGE 1
3. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ PAGE 2-3
15
4. TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN PAGE 4-5
5. TUN V. T. SAMBANTHAN PAGE 6-8
6. TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK PAGE 9
7. RENTAP PAGE 10
8. MAT SALLEH PAGE 11
9. TOK JANGGUT PAGE 12
10. MAT KILAU PAGE 13
11. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM PAGE 14

16

You might also like