You are on page 1of 2

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah


1903 - 1973
Tun Temenggung Jugah Anak Barieng adalah sahabat baik Tunku Abdul Rahman dari bumi
Kenyalang dan merupakan satu-satunya pemimpin Sarawak yang memainkan peranan utama
dalam usaha penubuhan Malaysia. Beliau turut serta dalam rombongan ke London bersama-sama
Tunku Abdul Rahman bagi membincangkan penubuhan Malaysia. Dengan wajah tipikal istimewa
kaum Iban, beliau cukup mudah dikenali dan mendapat perhatian penduduk Sarawak ketika
penubuhan Parti Pesaka Rakyat Sarawak(PESAKA) yang menjadi salah satu parti Perikatan
Sarawak.
Tun Temenggung Jugah juga antara tokoh terawal menyokong cadangan penubuhan Malaysia kerana
mengetahui faedah-faedah yang dapat diperoleh oleh rakyat Sarawak daripada penyatuan itu. Beliau
juga antara tokoh yang terlibat dalam Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) bagi
mendapatkan pandangan para pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tentang cadangan
penubuhan Malaysia. Ketika pembentukan Kabinet Pertama Malaysia, beliau antara yang dilantik
menjadi Menteri dalam kabinet Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal Sarawak yang
melibatkan usaha-usaha peningkatkan taraf hidup, hak-hak peribumi, penyediaan prasarana dan
kemudahan asas. Penglibatan aktif beliau yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
rakyat menjadikan beliau cukup dihormati, disenangi sebagai seorang pemimpin sejati berjiwa rakyat
yang terus dikenang hingga ke hari ini.
Temenggung Jugah anak Barieng dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau
merupakan anak Ketua Orang Iban yang mencintai tradisi kehidupan Iban serta sangat dihormati oleh
kaum Iban di Sarawak. Beliau menjadi tokoh penting yang menubuhkan Parti PESAKA pada tahun
1962. Peranan beliau banyak mengangkat martabat kaum Iban dan menjadikan mereka lebih terbuka
dan sedia berinteraksi dengan kaum-kaum lain ketika negara melangkah meredah arus kemajuan.
Bersama-sama dengan 4 orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jagaya yang meninggalkan
Parti Negara Sarawak(PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat
sokongan kuat daripada kaum Iban Sibu. Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung dengan Parti
Bumiputera yang menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) yang dipimpin oleh
Datu Patinggi Abdul Rahman Ya'akob. Peranan beliau dalam politik Malaysia memang tidak dapat
dinafikan. Beliau merupakan pemimpin Sarawak terawal yang menjadi penghubung antara kerajaan
negeri dan kerajaan pusat dan antara pemimpin Sarawak terawal yang duduk dalam Kabinet Malaysia.

Tun Temenggung Jugah telah


membuktikan bahawa masyarakat
pedalaman sepertinya boleh ke
hadapan jika diberi peluang. Beliau
telah membuktikan ketokohan

kepimpinannya ketika menerajui parti PESAKA dan berupaya memikul tanggungjawab yang
diberikan secara berkesan sebagai ahli Parlimen dan Menteri Kabinet. Malahan, banyak isu-isu yang
melibatkan kaum Iban dan masyarakat pedalaman Sarawak telah disuarakan oleh beliau.
Pada tahun 1973, parti pimpinan Tun Temenggung Jugah iaitu PESAKA telah bergabung dengan parti
PANAS dan BERJASA membentuk parti baru yang dipanggil Parti Bumiputera Bersatu iaitu PBB
yang memerintah Sarawak. Tun Jugah telah dipilih menjadi Presiden pertama PBB dan dilantik dalam
Kabinet negeri sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sepanjang menerajui jawatan tersebut
beliau memberi sepenuh tumpuan bagi meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera Sawarak bukan
hanya kaum Iban juga kaum-kaum lain termasuklah Bidayuh, Kayan, Kenyah, Penan dan lain-lain.

You might also like