You are on page 1of 2

PUSAT KECEMERLANGAN PERSURATAN MELAYU ANTARABANGSA DITUBUH

Kerajaan Melaka dan Universiti Leiden, Belanda bekerjasama menubuhkan Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa di sini. Kerjasama dua hala itu turut menyaksikan persetujuan bersama penubuhan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di negara berkenaan. Perjanjian itu ditandatangani sempena lawatan delegasi Melaka diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke Amsterdam sebagai usaha mencari kata sepakat menubuhkan pusat kecemerlangan berkenaan yang berakhir petang kelmarin. Mohd Ali berkata, menerusi perjanjian itu, usaha penubuhan Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa dengan universiti itu melalui Institut Diraja Netherlands Bagi Pengajian Asia Tenggara dan Caribbean di Bangunan Yayasan Melaka di sini, dapat dipercepatkan. Katanya, penubuhan pusat itu dijangka setaraf dengan pusat yang sama di Universiti Leiden kerana ia turut menyimpan pelbagai khazanah dan manuskrip lama serta boleh menjadi bahan kajian dan rujukan dari seluruh dunia. Delegasi Melaka turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ab Karim

Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R Perumal; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sariyan dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Sharabuddin Kudus. Mohd Ali berkata, dua kakitangan Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa dihantar ke Universiti Leiden dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan salinan manuskrip di Institut Diraja Netherlands sebelum ditempatkan di pusat berkenaan.

You might also like