You are on page 1of 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Di majlis ini kami bermadah, Mengucap puji Alhamdulillah, Madah ini pembuka wadah, Semoga majlis dikurniakan limpah.

Selat Melaka Indahnya nian, Terserlah indah khazanah lautan, Selamat bersua tuan dan puan, Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kita raikan.

Yang berbahagia .......................................................................... ...................................................................................................... Yang berusaha, ....................................................................... .............................................................................................. Puan Norasyikin binti Ismail, Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Puan Choong Sook Khim, Pengarah Projek, Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-21 Saudara Aiman Zaki bin Mohamad, Pengerusi Projek, Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-21 Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit, Barisan Saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 Serta pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama- sama kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah atas segala limpah kasihnya kerana kita dapat berhimpun di sini pada hari ini bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-2. Para hadirin sekalian, Kemenangan memanglah penting dalam setiap pertandingan. Tetapi, yang lebih penting ialah mengambil bahagian, mengutamakan

semangat kesukanan, dan matlamat bersukan itu sendiri iaitu untuk mencari kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri. Saya bagi pihak jawatankuasa amat berharap agar kita semua dapat menemui, merasai dan mengecapi matlamat yang dicari serta semangat persaudaraan di antara satu sama lain.

Anak muda mengalun qasidah Tiada kekok tampil ke depan Pembuka kata berlalu sudah Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, ......... selaku . menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Apalah bulan tanpa berbintang, Malamkan suram kelam bersemi, Apalah majlis meriah diundang, Andai tiada yang sudi merasmi

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia .. untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-2. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan piala kepada para pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .. menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia . bergerak ke tempat

penyampaian hadiah dan menyerahkan hadiah untuk pasukan dan individu yang berjaya.

Selesai sudah, majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang sebentar tadi. Seterusnya, sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha .. menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagaia ..

Hadirin yang dihormati, Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan piala sebentar tadi, maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-21 pada kali ini. Pihak majlis ingin mengambil kesempatan mengucapakan jutaan terima kasih sekali lagi kepada yang berbahagia ., para pensyarah dan semua yang terlibat secara langung atau tidak langsung atas komitmen dan kerjasama

yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-21 . Saya selaku wakil AJK Kejohanan Olahraga Tahunan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kali ke-21 memohon ampun dan maaf ,jika ada keterlanjuran kata, terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang berlangsungnya kejohanan kita pada hari ini. Saya sudahi dengan kalam, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

You might also like