You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan
Sebelum lahirnya sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada
hari ini, telah muncuk dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu.
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini merupakan bukti perkembangan sejarah Malaysia,
iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangan kebudayaan kerajaan-kerajaan
Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi. Aspekaspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratusratus tahun lebih awal. Kemunculan tamadun awal di Malaysia dapat dibuktikan dengan
kerajaan-kerajaan di kepulauan Melayu. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui
Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
Bukti kewujudan dapat dilihat dari pelbagai aspek.
Beberapa kerajaan yang agung telah didirikan di Semenanjung Tanah Melayu dan juga
di sekitar kepulauan Melayu sejak kurun pertama lagi. Ini membuktikan bahawa di rantau ini
telah wujud beberapa buah kerajaan sejak lama dahulu. Kerajaan-kerajaan ini merupakan
kerajaan agung yang mempunyai tanah jajahan dan berperanan penting dalam membentuk
tamadun Melayu. Dengan demikian, kawasan Nusantara bukanlah sebuah kawasan baru yang
dikatakan ditemui dan diterokai oleh penjajah barat.
*konsep kerajaan
2.0 Bukti Sejarah Malaysia Sejarah Panjang
2.1 Sistem Beraja
Sistem beraja adalah ciri utama dalam sistem politik kerajaan Melayu tradisional. Ia
merupakan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik telah wujud di rantau ini
seawal abad ke-2 di Tanah Melayu. Dalam sistem ini, raja adalah ketua negara. Sistem beraja
yang digunakan dalam kerajaan Melayu tradisional merupakan kesinambungan daripada sistem
beraja yang wujud dalam kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya seperti kerajaan Srivijaya dan
Majapahit yang merupakan kerajaan-kerajaan teragung di Asia Tenggara. Konsep raja yang
berkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai ketua kerajaan.
Kerajaan Kedah Tua muncul lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka iaitu di antara
abad ke-5 hingga abad ke-14 M. Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh
Muhammad Hassan Bin Dato Kerani Muhammad Arshad, raja merupakan ketua kerajaan

Kedah Tua. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan
mengikut pangkat masing-masing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam
Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India terutamanya dari segi kebudayaan
dan pentadbiran.
2.2 Hubungan Diplomatik
Hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu awal dengan negara lain juga telah
membukti kewujudan sesebuah kerajaan Melayu awal. Mengikut catatan yang terdapat dalam
Kepustakaan Dinasti Han-Catatn Geografi, hubungan antara negeri China dengan Alam Melayu
berlaku sejak Dinasti Han (140-117 S.M).Dalam catatan tersebut, banyak nama-nama negeri
yang disebut dalam bahasa Cina. Biarpun nama-nama agak mengelirukan, namun sarjanasarjan percaya ada beberapa negeri yang ada kaitan dengan negeri-negei di Semenanjung
Tanah Melayu seperti Kedah dicatatkan. Kaisar Wu juga turut menghantar utusan diplomatik ke
negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Selain ingin membuka peluang
perdagangan, utusan tersebut juga dipertanggungjawab untuk menghebahkan kedaulatan
Kaisar Dinasti Han.
Selain itu, kerajaan Pan Pan juga telah menjalani hubungan diplomatik dengan negara
Cina. Kerajaan Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun
ketiga hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu,
Malaysia. Menurut sumber China dari Dinasti Liu Song, utusan yang dihantar ke China pada
tahun 434, 435 dan 438 Masihi adalah datangnya dari pelabuhan Pan Pan. Lokasi unik Pan pan
juga menawarkan alternatif kepada kapal-kapal dagangan dari India, IndoChina dan China
untuk dijadikan sebagai pusat transit pertukaran kargo melalui jalan darat.
Langkasuka

atau

juga

dikenali

sebagai

Lang-ya-shiu,

Lang-chia-shu

(China),

Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China
yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2
Masihi, Lang-ya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika
itu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu
dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Berpandukan
catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di
pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah
lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak
di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua

berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu
sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa
bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan
bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para
pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
2.3 Pengaruh agama Hindu-Buddha

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila


China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka.
Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan
pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal
sebelum abad ke-10 adalah merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini
termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak,
dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran
ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh
Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

You might also like