You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Selepas bermulanya perang Pasifik, istilah Asia tenggara lazimnya telah digunakan

untuk menamakan kawasan Tenggara di Tanah Besar Asia. Penduduk di kawasan Asia

Tenggara iaitu di Tanah Besar Asia dan kawasan kepulauan Melayu berasal dari serumpun

bangsa yang terdiri dari rumpun Indonesia. Selain itu, nama Asia Tenggara juga disebut

dalam kitab kesusasteraan India sejak abad ke-6 sebelum masihi.1 Bukan itu sahaja, Asia

Tenggara juga mempunyai kepentingan dari segi kelebihan sumber alam semula jadi yang

mempunyai kekayaan sumber seperti emas, kapur barus, rempah ratus, bunga cengkih,

kayu-kayan dan sebagainya. Hal ini kerana memudahkan pedagang untuk mendapatkan

bekalan sumber. Selain itu, kedudukan kawasan yang strategik iaitu mempunyai

kemudahan jalan laut dan ia juga berada di Selat Melaka dan Pentas Sunda yang strategik.

Seterusnya, rantau Asia Tenggara muncul penting pada sekitar kurun ke-7 sehingga kurun

ke-13 masihi. Hal ini dapat dikaitkan dengan kemunculan sebuah kuasa besar iaitu

Srivijaya sebagai kuasa terpenting di Asia Tenggara pada kurun tersebut.

Kerajaan Srivijaya menjadi sebutan orang setelah ditemukan oleh seorang sarjana

Perancis, George Coedes melalui karangannya yang termasyur iaitu Le Royoume de

Crivijaya, pada tahun 1918. Menurut pandangan Wolters, terdapat beberapa asas kekuatan

Srivijaya antaranya Geografi (berada di jalan dagang maritim ke benua China), Politik

(hubungan antara raja-raja Srivijaya dengan orang laut), Ekonomi (bekalan hasil tempatan

untuk pasaran dalam negeri) dan Sosial (penaung agama dan budaya serta pusat ilmu

1
Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1982, Dunia Melayu sebelum 1497, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
233.

1
pengetahuan). Oleh itu, tugasan saya akan membincangkan tentang zaman kegemilangan

dan zaman keruntuhan kerajaan Srivijaya dalam konteks politik serantau dan antarabangsa

dari abad ke-7 sehingga kurun ke-13 masihi.

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN SRIVIJAYA

Menurut Andaya, kemunculan kerajaan Srivijaya ini bermula setelah kejatuhan

kerajaan Funan di mana pada ketika itu berlakunya perebutan takhta pada tahun 540 dan

serangan daripada Chenla. Melalui kajian George Coades mengenai kajian sebuah kerajaan

yang disebut dalam rekod Zaman Thang (T.M. 618-906) iaitu Shih-li-fo- shih dan

meletakkan kerajaan ini di tenggara Sumatera di tebing Sungai Musi di Palembang.2

Sebelum munculnya kerajaan Srivijaya telah muncul beberapa kerajaan awal di Asia

Tenggara iaitu kerajaan Funan. Kerajaan ini ditubuhkan pada kurun pertama masihi

sehingga 627 masihi. Bukan itu sahaja, kerajaan ini merupakan kerajaan Hindu Purba yang

pertama di Asia Tenggara yang terletak di Delta Mekong. Kerajaan yang kedua muncul di

Asia Tenggara ialah kerajaan Langkasuka. Kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi.

Selain itu, dipercayai bahawa ibu kota Langkasuka terletak di Patani. Kerajaan ketiga yang

muncul di Asia Tenggara ialah kerajaan Kedah Tua. Kerajaan ini merupakan kerajaan awal

yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan ini berpusat di Lembah Bujang

yang wujud sejak kurun ke-5 atau lebih awal. Namun, kerajaan Srivijaya ini muncul selepas

kejatuhan kerajaan Funan.

2
Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya 4: macmillian, 1983, hlm. 21.

2
Kerajaan Srivijaya ini merupakan sebuah empayar kerajaan Maritim yang kuat di

Pulau Sumatera dan banyak memberi pengaruh di Nusantara iaitu Kemboja, Thailand,

Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Kemunculan

Srivijaya juga telah banyak dicatatkan oleh seorang pedagang China iaitu, I Tsing melalui

pelayaran beliau selama 6 bulan pada tahun 671 masihi dari Canton ke Palembang, iaitu

tempat bersemayam pemerintah kerajaan Srivijaya pada waktu itu. Dikatakan pada ketika

itu, Srivijaya merupakan kerajaan laut yang sangat kuat sehinggakan Kedah yang berada

di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Srivijaya.3 Hal ini telah

membuktikan kepada kita bahawa kerajaan Srivijaya muncul pada abad ke-7 masihi dan

menjadi sebuah empayar yang cukup kuat.

3.0 SRIVIJAYA DALAM KONTEKS POLITIK

3.1 POLITIK SERANTAU

Kerajaan Srivijaya merupakan sebuah kerajaan yang penting dan telah

Membentuk tradisi politik kerajaan-kerajaan Melayu. Kerajaan ini berjaya

meluaskan kekuasaannya di Sumatera, Jawa Timur, Kalimantan dan Semenanjung

Tanah Melayu.4 Dapat kita lihat, kerajaan-kerajaan kesultanan yang muncul di

utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka dan

3
O.W. Wolters, Perdagangan Awal Indonesiaa Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya, (terj.), Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. hlm. 1.
4
Noraini Mohd Yusof, 1991, Pengaruh Srivijaya, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Pelita Ilmu, hlm. 14.

3
Funan. Kerajaan Sriijaya juga telah menerima asas politik daripada pengalaman

negeri-negeri yang lebih awal wujud iaitu Kedah Tua, Funan dan Langkasuka.

Pada penghujung abad ke 7 masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk

beberapa kawasan serantaunya antaranya ialah Langkasuka, Bangka, Temasik,

Tulang Bawang, Minanga dan sebagainya. Contoh yang diambil ialah Langkasuka

di mana Langkasuka menjadi kawasan jajahan Srivijaya bermula pada kurun ke-7.

Banyak pengaruh yang diambil daripada kerajaan Langkasuka ini kepada Srivijaya

terutamanya ialah dari perdagangan kerana Langkasuka mempunyai pelabuhan

entreport yang baik dalam membantu perkembangan ekonomi Srivijaya. Hubungan

yang jelas dapat dilihat melalui perkahwinan anak Raja Seri Wangsa iaitu Raja

Indera Wangsa yang dinikahkan dengan puteri raja Langkasuka. Melalui proses

amalgamasi ini kita dapat lihat menurut Andaya merupakan satu langkah politik

dan diplomatik yang amat bermakna kepada empayar Srivijaya. Hal ini juga kita

dapat lihat perkembangan budaya yang jelas secara tidak langsung terhadap kedua-

dua empayar.

3.2 POLITIK ANTARABANGSA

Kerajaan Srivijaya telah menjalankan hubungan baik dengan kerajaan-

kerajaan luar seperti China, India dan Arab. Hubungan Srivijaya dengan China

dapat dilihat dengan hubungan baik antara Sri Chulamanivarman yang meneruskan

tradisi diplomatic melalui Dinasti Song di China dengan menghantar beberapa

utusan. Hubungan tersebut berterusan sehingga beberapa tahun kemudian. Sebagai

balasanya, Maharaja China telah China menganugerahkan gelaran kehormatan

4
kepada Raja Srivijaya dan China juga telah memberi perlindungan kepada kerajaan

Srivijay, maka Negara lain tidak akan kacau atau menyerang Srivijaya.5 Hal ini

bertepatan dengan pandangan Wolters, bahawa kebangkitan awal dan kejayaan

Srivijaya bergantung erat dengan perkembangan hubungan istimewanya dengan

maharaja China secara turun-temurun.

Hubungan politik Srivijaya dengan China juga dapat dilihat dalam catatan

China yang disebut sebagai Kan-to’-li. Srivijaya banyak menghantar utusan ke

China untuk melaksanakan pelbagai misi antaranya ialah hubungan ekonomi,

agama dan politik. Sebagai contoh Raja Srivijaya mengirimkan utusan untuk

memperbaiki kuil Taqist di Canton. Selain daripada itu, hubungan yang jelas dilihat

ialah melalui penghantaraan ufti sebagai tanda pengiktirafan jalan perkapalan

Srivijaya di Sumatera dan menyanjung martabat maharaja China.

Selain itu, hubungan Srivijaya dengan India dengan kerajaan Srivijaya.

Pada mulanya, mereka mempunyai hubungan yang baik seperti kerajaan Pala

(Nalanda), Bengala dan Cholamandala di pantai timur India Selatan. Tetapi

disebabkan serangan dan tindakan Cholamandala yang tidak bersahabat

menyebabkan Srivijaya memperketatkan pengawasannya terhadap kapal-kapal

india yang melintas di Selat Melaka. Manakala, dari segi agama iaitu agama

Buddha. Srivijaya menarik banyak penziarah dan sarjana dari Negara-negara di

Asia. Contoh, Atisha iaitu seorang sarjana Buddha Vajrayana. Srivijaya juga

5
Noraini Mohd Yusof, 1991, Pengaruh Srivijaya, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Pelita Ilmu, hlm. 30.

5
menjadi rumah bagi sarjana Buddha sehingga menjadi pusat pembelajaran

Buddha.6

Seterusnya, Srivijaya juga telah menjalankan hubungan politik dengan

dunia Islam Arab. Pengaruh muslim Arab yang banyak berkunjung di Srivijaya,

maka raja Srivijaya yang bernama Sri Indrawarman iaitu baginda telah memeluk

agama islam pada tahun 718. Dalam kehidupan sosial Srivijaya, terdapat

masyarakat sosial iaitu masyarakat Buddha dan Muslim. Selain itu, terdapat

beberapa kali catatan yang raja Srivijaya telah berkirim surat kepada khalifah Islam

di Suriah. Pada salah satu naskah surat yang ditujukan keada Khalifah Umar bin

Abdul Aziz (717-720 M) iaitu menyatakan permintaan agar khalifah sudi

mengirimkan Da’i ke istana Srivijaya.

4.0 FAKTOR KEGEMILANGAN SRIVIJAYA

Menurut Abdul Rahman Hj Abdullah dalam “Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara

Tradisional” (1989) menjelaskan bahawa; “ kedudukan dan kekuatan mengawal

perdagangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, jaminan keselamatan

serangan lanun, hubungan persahabatan dengan China, kekayaan sumber (hutan & laut)

serta pentadbiran yang cekap menyebabkan kemakmuran Srivijaya”.7

4.1 PENGUASAAN TERHADAP SELAT MELAKA

6
Noraini Mohd Yusof, 1991, Pengaruh Srivijaya, Selangor Darul Ehsan, Pustaka Pelita Ilmu, Hlm. 39.
7
Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam dalam sejarah Asia Tenggara tradisional , Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul
Majid, 2004, hlm. 39.

6
Huraian pertama tentang Srivijaya yang dibuat oleh Profesor Coedes dalam tahun

1918, para sarjana sependapat bahawa kekuasaan dan kemakmuran kerajaan ini berasal

dari penguasaannya ke atas Selat Melaka, yang merupakan laluan laut yang terkenal dalam

sejarah perdagangan.8 Faktor ini juga dapat dikaitkan dengan kedudukan Selat Melaka

yang menjadi laluan perdagangan strategik di mana membolehkan pedagang sampai ke

sumatera dan sehingga ke Timur China dengan mudah. Menurut Profesor Coedes dalam

tahun 1918, para sarjana sependapat bahawa kekuasaan dan kemakmuran kerajaan

Srivijaya berasal dari penguasaannya ke atas Selat Melaka yang merupakan laluan laut

yang terkenal dalam sejarah perdagangan dan bertepatan dengan kata-kata Tome Pires

iaitu:

“Sesiapa yang dapat menguasai Melaka bererti ia akan dapat menguasai Venese.

Mulai dari Melaka, dan dari Melaka sampai ke China, dan dari China sampai ke Maluku,

dan dari Maluku sampai ke Jawa, dan dari Jawa sampai ke Melaka dan Sumatera berada

di dalam penguasaannya.”9

Selain itu, terdapat pelabuhan entreport yang berfungsi sebagai tempat yang

menjadi pusat penerimaan barang-barang dagangan dari negara-negara luar dan kemudian

barang-barang itu dihantar ke negara-negara lain pula. Kedudukan pelabuhan ini yang

8
O.W. Wolters, Perdagangan Awal Indonesiaa Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya, 1989, hlm. 8.
9
Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tome Pires, London : Hakluyt, 1944, hlm287.

7
terletak di Selat Sunda membolehkan ianya terhindar daripada tiupan angin Monsun Barat

Daya dan Monsun Timur.

4.2 MONOPOLI PERDAGANGAN

Kemampuan empayar Srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang

banyak telah menyebabkan Srivijaya mampu muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di

Nusantara. Bahan-bahan mentah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran

tempatan dan pedagang-pedagang China telah diperolehi daripada kawasan hutan di Pulau

Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu serta daripada kawasan jajahan takluknya di

Kepulauan Riau Lingga. Bahan-bahan mentah tersebut adalah seperti emas, perak,

kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu gaharu,

kayu cendana, lada dan rempah ratus. Dalam hal ini, kekayaan sumber bahan mentah telah

menjadikan Srivijaya tumpuan pedagang-pedagang dari negara luar.

Selat Melaka juga memberikan perkhidmatan sebagai tempat transit dan

membekalkan bahan-bahan segar dan makanan kepada pedagang yang belayar jauh. Selain

daripada tempat pengumpulan barang, pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di Selat Melaka

dan Selat Sunda juga merupakan tempat yang selamat kepada pedagang untuk berhenti dan

menanti perubahan tiupan angin monsun ke timur dan ke barat. Keadaan ini telah memberi

ruang kepada kerajaan Srivijaya menjalinkan hubungan perdagangan dengan mereka. Oleh

itu Srivijaya telah memainkan peranan sebagai tempat persinggahan kapal dagang, pusat

pengumpulan dan penyebar serta pusat pengagihan barang dagangan.

8
Disamping itu, Srivijaya mempunyai satu sistem percukaian yang sistematik dan

memberi kekayaan kepada golongan atasan. Menurut Wolters, kekayaan Srivijaya dapat

dilihat melalui pemerintah iaitu Raja Srivijaya di mana sumber utama kekayaannya

berpunca dari pelabuhan dan bayaran cukai perdagangan pedagang-pedagang pelbagai

negara yang menggunakan perkhidmatan entreport di ibu negeri pemerintah. Sistem

percukaian ini tidaklah membebankan para pedagang dan mereka masih mampu untuk

menjalankan perniagaan.

4.3 KEKUATAN MARITIM

Srivijaya merupakan sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di

Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Kepulauan Asia

Tenggara. Kerajaan ini diasaskan pada pertengahan abad ke-2 masihi. Menurut Andaya,

kemunculan kerajaan Srivijaya ini bermula setelah kejatuhan kerajaan Funan di mana pada

ketika itu berlakunya perebutan takhta pada tahun 930 dan serangan daripada Chenla.

Melalui kajian George Coedes mengenai kajian sebuah kerajaan yang disebut dalam rekod

zaman T’ang (T.M. 618-906) iaitu Shih-li-fo- shih dan meletakkan kerajaan ini di tenggara

Sumatera di tebing Sungai Musi di Palembang. Raja pertama Srivijaya ialah Dapunta

Hyang selaku pengasas kepada kewujudan empayar ini seperti yang tercatat dalam prasasti

Kedukan Bukit. Kemunculan Srivijaya juga telah banyak dicatatkan oleh seorang

pedagang China iaitu I Tsing melalui pelayaran beliau selama 6 bulan pada tahun 671

9
masihi dari Canton ke Palembang. ,iaitu tempat bersemayam pemerintah kerajaan Srivijaya

pada waktu itu. Dikatakan pada ketika itu, Srivijaya merupakan kerajaan laut yang sangat

kuat sehinggakan Kedah yang berada di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu menjadi

tanah jajahan Srivijaya. Hal ini telah membuktikan kepada kita bahawa kerajaan Srivijaya

muncul pada abad ke-7 masihi dan menjadi sebuah empayar yang cukup kuat. Menurut

Nordin Husin, perdagangan maritim di Selat Melaka merangkumi satu jaringan yang

mempunyai hubungan dalam lingkungan perdagangan dunia yang merangkumi wilayah di

sepanjang Lautan Hindia dan Lautan China Selatan.10 Lagi, kekuatan ketenteraan maritim

Srivijaya juga dikaitkan dengan penakhlukan orang laut . mereka ini dikatakan ‘tidak ada

tolok dan bandingnya di kalangan bangsa-bangsa lain apabila menentang musuh dan

menghadapi maut. Jelaslah apa yang diusulkan oleh Wolters mengenai Maharaja Srivijaya

yang menggelar dirinya ‘Maharaja Tanah Lautan’ bukanlah sembarangan gelaran. 11

4.4 HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG LAUT

Wolters percaya bahawa faktor asas kekuatan Srivijaya ialah hubungan yang

terjalin di antara raja-rajanya dengan Orang Laut yang mendiami pantai dan tebing sungai.

Penguasaan ke atas orang laut ini amat penting oleh sebab tanpa kawalan itu mereka akan

merompak kapal-kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Jika hal ini berlaku ia akan

menyebabkan pedagang-pedagang lain yang ingin berdagang di Srivijaya akan takut

10
Nordin Hussin, (2008, Mei). Geografi dan Perdagangan : Kepentingan Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia,
Asia dan Dunia Melayu 1700-1800. E. Jurnal. 3-26. Diambil 19 Mac 2018 dari Akademika Web:
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/AKROBATAKADEMIKA73/akademika73%5B01%5D.pdf
11
Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, 1983. Hlm. 29.

10
ancaman orang laut tersebut. Pengembara cina Budhis bernama Fa Hsien menyebut setelah

berlayar ke India tahun 413, lautan-lautan yan dilaluinya ‘penuh dengan lanun’ dan para

pelaut sentiasa dalam kebimbangan kapal mereka akan dirompak. Oleh itu, faktor ini

dilihat sebagai kemenangan besar bagi Srivijaya kerana berjaya mengawal lanun di

perairan sekitarnya dengan mendapatkan taat setia Orang Laut. Pengetahuan mereka yang

begitu luas mengenai beting karang dan beting pasir yang berbahaya dan ilmu mereka

tentang keadaan angin tempatan membolehkan mereka mengawal jalan-jalan dari ancaman

perompak lanun dan dengan ini menarik lebih ramai pedagang ke Srivijaya.12 Sehubungan

itu, Menurut Nik Hassan Suhaimi dalam bukunya “ The Kindom of Srivijaya As Socio-

Political and Entity”, seramai 20,000 orang laut dilantik menjadi tentera laut.13 Hal ini

betapa besarnya hibungan dengan orang laut ini.

5.0 ZAMAN KEMEROSOTAN SRIVIJAYA

5.1 PENGUASAAN TERHADAP NEGERI-NEGERI TAKHLUK SEMAKIN

MEROSOT

Kemunduran Srivijaya dapat dilihat pada kurun ke-12 di mana penguasaannya

terhadap negeri- negeri takluknya semakin merosot. Hal ini disebabkan oleh ketidak

upayaan Srivijaya dalam memberi manfaat dan mengikat beberapa pelabuhan jajahan

takluknya dalam memberi taat setia kepada pelabuhan pusat. Selain itu, kekayaan

12
Ibid, Hlm. 28.
13
Shuhaimi, Nik Hassan, and N. A. Rahman. "The kingdom of Srivijaya as socio-political and cultural entity." The
Southeast Asian port and polity: rise and demise, 1990, Hlm. 61-82.

11
perniagaan maritim dan kedudukan selat Melaka yang strategik yang dimiliki oleh negeri-

negeri Melayu menggalakkan negeri-negeri takluk Srivijaya membebaskan diri dari ikatan

negeri pertuannya. Ditambah pula dengan Raja-raja Jawa yang semakin bercita-cita besar

menguasai sepenuhnya kerajaan mereka. Keagungan Srivijaya juga mulai merosot

disebabkan oleh kebangkitan empayar-empayar disekitarnya iaitu Singasari dan Majapahit

di Jawa Timur. ini ditambah lagi dengan permusuhan dinasti Chola di India terhadap

Srivijaya. Permusuhan ini disebabkan oleh pertikaian terhadap laluan kapal dagang di Selat

Melaka. Pada tahun 1025 dikatakan Maharaja Chola telah menyerang Srivijaya dan

menawan rajanya. Dikatakan selepas beberapa siri peperangan yang berlaku terhadap

Srivijaya telah mengubah pusat kerajaan dari Palembang ke Jambi. Penentangan terhadap

negeri-negeri serantau ini menurut Wolters merupakan satu cabaran utama kepada

Srivijaya. Hal ini terjadi kerana kemajuan perdagangan serantau di Asia Tenggara adalah

berpunca daripada perubahan dasar di negeri China.14

5.2 SISTEM PERDAGANGAN UFTI-PERDAGANGAN YANG DIJALANKAN

TERHAPUS

Perubahan dasar di Negara China ini memperlihatkan luputnya sistem ufti terhadap

perdagangan asing. Srivijaya dulunya diberi pengiktirafan oleh China disebabkan oleh

sistem ufti. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh perdagangan China yang berkembang

maju. Srivijaya tidak mampu untuk mengawal di mana pedagang-pedagang China mula

14
Barbara Watson dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Hlm. 33.

12
mendapatkan terus sumber bekalan di pelabuhan kecil jajahan Srivijaya dan tidak lagi ke

pelabuhan entreport pusat. Antara negeri-negeri pelabuhan kecil tersebut ialah Po-lo,

Kampe (Aru) dan Barus yang akhirnya merdeka dan menjadi pelabuhan bandar serta

merupakan saingan hebat terhadap Srivijaya. Kuasa Srivijaya terhadap negeri-negeri

takluknya tidak lagi kedengaran apabila prasasti tahun 1230 yang dijumpai di Ligor tidak

sedikit pun menyebut tentang bekas pertuan Srivijaya.

5.3 MASALAH ORANG LAUT

Selain itu, kemerosotan Srivijaya juga dipengaruhi oleh ketidaksetiaan Orang Laut.

Terdapat segelintir orang laut yang menjadi lanun di lautan Selat Melaka di mana mereka

merampas kekayaan yang sepatutnya diberi kepada maharaja dengan menguasai kapal

dagang yang lalu lalang di situ. Seorang pemerhati China menyebut sekiranya kapal asing

yang melalui Srivijaya tidak masuk ke pelabuhan, satu pasukan bersenjata akan menaiki

kapal itu dan membunuh kelasi-kelasi hingga tidak tinggal seorang dua pun.15 Hal ini

cukup jelas bahawa kekuasaan Srivijaya ke atas Orang Laut sudah mula merosot dan

banyak kekayaan yang terlepas ke tangan orang lain dan bukan kepada Maharaja.

Perbuatan melanun yang dilakukan oleh Orang Laut sekitar daerah itu, dan hanya

mengangkatnya untuk membolehkan kapal dagang lalu di situ. Bahaya yang paling dasyat

kepada kapal ialah sekitar Pulau Singapura yang menjadi tempat tinggal beberapa

kumpulan Orang Laut yang melanun. Cerita-cerita Melayu juga menyebut tentang

15
Ibid. Hlm. 32.

13
keganasan lanun yang semakin menjadi-jadi pada masa ini dan menyalahkan Orang Laut

yang dikatakan diarahkan oleh Pateh Gajah Mada (1330-1364) supaya melanggar

Palembang.

Dengan ini ianya telah melemahkan kekuasaan Srivijaya terhadap kawasan laut.

Akhirnya catatan Srivijaya tidak lagi dilihat selepas daripada kurun ke-13. Nama Srivijaya

lenyap begitu sahaja dalam catatan sejarah selepas kemerosotan empayarnya dan dikatakan

Melaka merupakan penyambung kepada ketamadunan Srivijaya.

14
5.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, Asia Tenggara sememangnya memberikan kepentingan yang besar

sama ada dari susut politik, ekonomi dan sosial. Hal ini dapat dikaitkan dengan kemunculan sebuah

kerajaan besar yang hebat iaitu kerajaan Srivijaya yang menguasai seluruh Asia Tenggara iaitu

selama 600 tahun. Kedudukan Srivijaya pada kurun ke-7 hingga ke-13 telah menggambarkan

tentang jatuh bangunnya sebuah empayar kuno pada suatu ketika dahulu. Srivijaya telah melalui

zaman manis dan zaman pahitnya tersendiri. Kedudukan Srivijaya sebagai sebuah kuasa maritim

yang kuat tidak menjamin pengaruhnya berkekalan dan sentiasa ditentang oleh musuh-musuh

daripada pelbagai pihak luar. Namun, Srivijaya memberikan tentangan hebat terhadap musuh-

musuhnya. Walaubagaimanapun, Srivijaya dianggap sebagai sejarah orang Melayu di mana

dikatakan Parameswara sampai ke Melaka setelah lari dari Temasik iaitu sebahagian jajahan

Srivijaya. Sebagai orang Melayu, kita perlu memulakan sejarah bangsa dengan empayar Srivijaya

dan bukan Melaka. Sumber-sumber mengenai hubungan Srivijaya dengan negara serantau dan

antarabangsa banyak diperoleh daripada prasasti-prasasti yang dijumpai antaranya prasati Talang

Tuwo, prasasti Nalanda, prasasti kedukan bukit, prasasti karang brahi, prasasti kota kapur dan

prasasti Ligor serta melalui catatan I Tsing. Melalui kedudukan Srivijaya ini, kita dapat

mempelajari bagaimana masyarakat dahulu hidup dalam konteks ekonomi, politik dan sosial

sehingga menjadi sebuah empayar yang begitu unggul di dunia terutamanya di Asia.

15
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1985. Asia Tenggara Tradisional : Politik dan Kebudayaan,

Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn Bhd.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2006. Islam dalam sejarah Asia Tenggara tradisional, Kuala

Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.

Andaya, Barbara Watson & Leonard Y. 1983. Sejarah Malaysia, Petaling Jaya : Macmillian.

Cortesao, Armando (pen.) 1944. The Suma Oriental of Tome Pires, London : Hakluyt Society.

Hall, D.G.E. 1971. Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Kuala Lumpur : Universit Kebangsaan
Malaysia.
Mohamad Raduan & Shaharil Talib. 1995. Penulisan Dan Realiti Seiarah Asia Tenggara: Satu

Persoalan, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Nik Hassan Shuhaimi. 1979. Srivijaya: Satu Tinjauan Tentang Organisasi Sosial Dan

Pentadbiran, Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin.(2008 Mei). Geografi dan Perdagangan : Kepentingan Selat Melaka kepada
Perdagangan Dunia. Asia dan Dunia Melayu 1700-1800. E. Jurnal. 3-26. Diambil 15
April 2016, dari Akademika Web:
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA73/akademika73%5
B01%5D.pdf.
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya dalam Sejarah Melayu, (terj.). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Wolters, O.W. 1989. Perdagangan Awal Indonesia. Satu Kajian Asal Usul Kerajaan Srivijaya,

(terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. 1999. Sejarah Dunia, Shah Alam :

Penerbit Fajar Bakti.

16
17

You might also like