You are on page 1of 11

Srivijaya merupakan sebuah Empayar Talassokrasi terbesar

yang pernah wujud di alam Melayu. Empayar ini wujud sebagai


hegemoni kuasa yang mempunyai seorang maharaja dengan
konsep devaraja di antara negara-negara Kedatuan Srivijaya.

Srivijaya wujud selama lebih kurang 600 tahun, sejak permulaan


Empayar ini menghantar ufti ke Negara Cina sekitar Tahun 670
M sehinggalah kemundurannya sekitar tahun 1380-an M,
setelah Kerajaan China menukar polisi perdagangannya
daripada berpusat kepada satu entiti, kepada perdagangan
terus dengan negara-negara lain.

Srivijaya telah dilupakan terus dari kamus kerajaan-kerajaan


dalam tamadun Melayu, sebelum ditemukan kembali oleh
George Coedes pada Tahun 1918. Seorang maharaja Melayu
Srivijaya pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Sung
pada Tahun 1017 dengan menggelarkan dirinya sebagai
“Maharaja Kawasan Kelautan.”

Prof. George Coedes. Sumber: Wikimedia


Coedes mengemukakan teori mula asal Srivijaya ialah di
Palembang, Tenggara Pulau Sumatra. Pada Tahun 1913, Prof.
Kern menerbitkan Piagam Kota Kapur dan menganggap Srivijaya
pada piaga tersebut ialah nama seorang raja.

Namun begitu, Takakusu yang menterjemahkan karya I-Ching


iaitu Nan-hai-chi-kuei-nai fa-ch’uan (Rekod Agama Buddha yang
dipraktikkan di India dan Kepulauan Melayu) menyebutkan
Srivijaya (Shih-lih-fo-shih) atau Sribhoga menunjukkan Srivijaya
ialah nama sebuah kerajaan, bukan seorang maharaja.

Coedes meneruskan pencariannnya dan beliau mencuba


menetapkan ibukota Srivijaya di Palembang melalui penulisan
Groeneveldt (1876) yang menyatakan bahawa San-fo-ts’i ialah
Palembang. Beal (1886) pula menetapkan bahawa Negara Shih-
lih-fo-shih terletak di pinggir Sungai Musi berhampiran Kota
Palembang.

Penemuan Coedes di atas nama Srivijaya itu menarik perhatian


ramai sarjana-sarjana Sejarah terutamanya Sarjana Sejarah dari
Belanda yang sebelum ini lebih menumpukan pencarian mereka
terhadap sejarah di Pulau Jawa.

Setahun selepas penemuan Coedes, iaitu pada Tahun 1919,


Prof. Krom yang dilantik menjadi Dekan di Universiti Leiden
menegaskan bahawa Sejarah Jawa juga termasuk di dalam
sejarah Raja-raja Sumatra (Srivijaya). Beliau berhujah
berdasarkan dapatannya terhadap Prasasti Gandasuli (Tahun
832) di Jawa Tengah.

Sepanjang masa itu, selama 10 tahun, para sarjana sejarah


mengikuti sahaja teori Coedes tersebut tanpa sebarang
bantahan. Namun begitu, pada Tahun 1929, teori Coedes mula
mendapat bantahan daripada Stutterheim yang membantah
dengan mengatakan bahawa Srivijaya yang menjadi negara
bawahan Jawa, bukan sebaliknya (Srivijaya adalah negara yang
mendominasi Pulau Jawa mengikut dapatan Coedes dan Krom).

Krom mengkritik pendapat Stutterheim dan dalam buku


Hindoe-Javaansche, Krom menegaskan dapatannya pada Tahun
1913 lebih tepat dan autentik berbanding dapatan Stutterheim.

Pada Tahun 1930, George Coedes menerbitkan karya terbaharu


berkaitan dengan Srivijaya iaitu Les Inscriptions Malaises de
Crivijaya yang mengkompilasikan semua prasasti-prasasti
Srivijaya berbahasa Melayu seperti Prasasti Kedukan Bukit (683),
Talang Tuwo (684), Kota Kapur dan Karang Brahi (686).

Namun begitu, Pada Tahun 1933, Dekan Sejarah India iaitu R.C.
Majumdar merasa ragu dengan dapatan ibukota Srivijaya
bermula di Palembang. Beliau mengemukakan teori bahawa
Ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa
kunjungan I-Ching.

Selain itu, terdapat penemuan cincin emas pada Tahun 1932 di


Tanjung Rawa, Selinsing, Perak yang bercacahkan nama Cri
Visnuvarmasya, yang menjadi pertikaian antara sarjana sama
ada nama itu ialah nama Raja Srivijaya (seperti yang ditemui
dalam prasasti Ligor) ataupun nama seorang pedagang sahaja.
Cincin itu diperkirakan wujud pada kurun ke-5 hingga kurun ke-
7M dan kewujudannya menjelaskan lagi teori Srivijaya bermula
di Semenanjung Tanah Melayu.

Peta laluan kuno dari India ke Tanah Melayu dan Kedudukan Kuala Selinsing
berhampiran pelabuhan Kadara (Kedah)
Prof. Nilakanta Sastri pula meragui nama di cincin emas
Selinsing itu sebagai nama yang sama dengan Raja Visnuvarman
pada Prasasti Ligor. Beliau mendakwa tulisan pada cincin itu
mirip dengan tulisan di India Tengah dan mendakwa Sri
Visnuvarmasya ialah seorang pedagang dari sana.
Rajah menunjukkan lingkaran emas yang sampai ke Selinsing, Perak.
Dr. Ch. Chhabra pula menulis pada Tahun 1935 dengan
membuat hipotesis cincin emas Selinsing itu mempunyai corak
tulisan pada kurun ke-8M dan nama Visnuwarmasya pada cincin
itu sama seperti nama Visnuwarman di prasasti Ligor B. Justeru
itu, Dr. Ch. Chhabra menganggap bahawa prasasti Ligor A dan
Ligor B adalah satu prasasti sahaja, tetapi telah hilang
penulisannya (akibat luluhawa atau faktor cuaca).

Ir. L. Moens dalam karyanya, Crivijaya, Yava en Kataha yang


ditulis pada Tahun 1937 mengkritik teruk dapatan Prof. Coedes
pada Tahun 1918 dan menjelaskan bahawa faktor geografi yang
ditulis oleh I-ching dan penulis-penulis Arab menjadikan ibukota
Srivijaya mustahil di Palembang, malahan beliau beranggapan
bahawa Srivijaya bermula di Pantai Timur Semenanjung Tanah
Melayu, kemudian berpindah ke Sumatra Tengah, iaitu di Muara
Takus.

Laporan Ir. J.L. Moens


Kronik Song menjelaskan bahawa perjalanan selama 4 hari dari
Cho-p’o untuk sampai ke Laut, dan belayar selama 15 hari ke
arah Barat Laut , seseorang itu akan sampai ke Po-ni, dan 15
hari lagi selepas itu, seseorang akan sampai ke San-fot-si. Moens
menegaskan bahawa khabar dari Song ini menjelaskan teori
Srivijaya ialah di Pantai Timur Semenanjung.

Selain itu, Abu Zaid pula mengatakan bahawa Ibukota Yawaka


menghadap ke arah Negara China. Yawaka atau Zabaq ialah
San-fot-si menurut Moens, dan beliau menegaskan San-fot-si
ialah Kadaram, yang berbeza daripada Palembang. Setelah San-
fot-si mengalahkan Palembang, mereka mengubah kedudukan
ibukota mereka ke Muara Takus.

Alasan Moens ialah berikutan rekod daripada I-ching iaitu;

1) Bayang-bayang jam matahari (diwelacakra) tidak menjadi


panjang atau pendek pada pertengahan bulan lapan. Jika berdiri
pada waktu tengahari, tiada bayang-bayang yang muncul kerana
matahari berada tepat pada garis khatulistiwa (Garisan 0
darjah). Kedudukan ini sangat sesuai dengan geografi di Muara
Takus.

2) Rekod Chia Tan yang mengatakan sebelah Utara Cih-cih (Selat


Melaka), terletaknya Kerajaan Lo-yueh dan di Selatannya
terletak Kerajaan Shih-li-fo-shih. Moens beranggapan ia sangat
sesuai dengan kedudukan Muara Takus.

3. Ibn Said dan Abdul Fida mengatakan bahawa ibukota Sribuza


terletak di muara sungai. Moens mengatakan bahawa muara
sungai itu ialah Muara Sungai Kampar yang terletak lebih ke
arah barat berbanding muara sungai moden.

Moens juga berhujah dengan kisah rakyat tentang kewujudan


Raja Bicau yang namanya adalah gubahan daripada perkataan
Srivijaya dan dongeng berkaitan dengan wujudnya Datu
Sriwijaya di Kotabaru. Peninggalan kerajaan Srivijaya berupa
candi-candi, artifak-artifak dan ekofak masih wujud di Sungai
Kampar Kanan dan Batang Mahat.

Prof. R.C. Majumdar juga meragui dapatan Coedes dengan


mengatakan bahawa Srivijaya yang berkembang di Sumatra
pada kurun ke-8M memperluaskan kekuasaannya ke Ligor.
Namun, Srivijaya dikalahkan oleh Kerajaan Jawaka (San-fot-si),
dengan San-fot-si ialah Ligor, sebuah kerajaan yang dikuasai
oleh Rajakula Sailendra dari India.

Pendapat Prof. Majumdar ini pula dipertikaikan oleh Prof.


Nilakanta Sastri dengan asal-usul Rajakula Sailendra yang tidak
dapat dipastikan di manakah asal-usul mereka.

Dr Quaritch Wales pada Tahun 1935 mengkritik dapatan Coedes


dalam makalahnya, Indian Art and Letters vol. IX no.1 dan
menegaskan bahawa ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai
Timur Selatan Thailand iaitu di Utara Semenanjung Tanah
Melayu. Keadaan ini berikutan daripada penemuan
Prasasti Ligor A dan Ligor B yang jelas menerangkan berkenaan
dengan nama raja Srivijaya.

Antara Karya Prof. H.G. Quaritch Wales yang mengkritik dapatan Coedes.
Dr. Quaritch Wales menegaskan bahawa Chaiya adalah ibukota
Srivijaya dengan penemuan arkeologi yang lebih banyak
daripada Palembang dan terdapat Bukit yang bernama Sivicai,
yang mirip dengan nama Srivijaya.
Coedes membalas kritikan tersebut dalam jurnal MBRAS Vol. XIV
part III. Coedes menggunakan sumber Dinasti Song yang
mengatakan bahawa San-fot-si terletak di Palembang. Chao-ju-
kua turut mengatakan bahawa San-fot-si terletak di pinggir laut
besar dan menguasai perdagangan dari China ke Barat dan
sebaliknya.

Dato’ Sir Roland Braddel pula menegaskan kepentingan Funan


dalam kajian berkaitan Srivijaya. Roland Braddel menulis
berkaitan dengan menempatkan kedudukan sebenar kota-kota
yang disebut dalam kronik-kronik Cina seperti Shih-lih-fo-shih,
Mo-lo-yu dan Ho-ling. Beliau menempatkan Yavadvipa, Iabadou,
Tou-po, Tchou-po, Ye-po-ti di Pantai Barat Borneo, iaitu di
Sabah.

Dato’ Sir Roland Braddel


Po-li disamakan dengan Brunei, Langkasuka pula diletakkan di
Patani. Kedah pula disebut sebagai Chieh-cha, Kia-Tcha, Ko-lo,
Ki-To dan Chi-ta. Ho-lo-tan diletakkan di Patani dan Tan-ma-ling
disamakan dengan Tambralingga di Tembeling, Pahang. Beliau
turut meletakkan Shih-lih-fo-shih di Palembang, Moloyu di Jambi
dan Ho-ling di Pantai Barat Kalimantan.

Pendek kata, daripada kajian Coedes pada Tahun 1918 dan


Wales pada Tahun 1935 (serta pendapat Moens pada Tahun
1937), terdapat dua pendapat berkenaan dengan asal-usul
Srivijaya. Satu di Palembang dan satu lagi di Chaiya atau Ligor.

Perdebatan berkenaan dengan asal-usul Srivijaya ini diteruskan


selepas P3rang Dunia Kedua tamat pada Tahun 1945 dengan
kritikan Prof. Nilakanta Santri terhadap penemuan Prof. Krom
yang menyamakan Minanga Tanvan (dalam prasasti Kedukan
Bukit) dengan Malayu. Hubungan Srivijaya-Sailendra turut
dipertikaikannnya dan bagaimana sejarawan sebelumnya
mengaitkan Balaputradewa sebagai Raja Srivijaya turut menjadi
pertikaiannya kerana kekurangan bukti.

Pandangan Sarjana Kontemporari Berkaitan dengan Asal-Usul


Srivijaya

Secara umumnya, sarjana masa kini mengikuti teori Coedes


dengan menetapkan Palembang merupakan ibukota dan mula
asal Srivijaya.

Namun begitu, terdapat beberapa sarjana yang mempertikaikan


dapatan Coedes atas faktor rekod-rekod China yang tidak
konsisten dan keadaan Palembang yang tidak menjadi kawasan
yang strategi dalam trafik lautan dari China ke Barat.

Bahkan, kajian lanjut mendapati Funan merupakan watak


penting sebelum wujudnya Srivijaya dengan perkembangan
kerajaan-kerajaan di Segenting Kra dan wujudnya laluan Trans-
Semenanjung di sana sebelum Selat Melaka menjadi popular.

Kajian lanjut tentang arkeologi di Ban don Tha Phet, Songhkla,


Takuapa dan pelbagai tempat lain mendapati wujudnya
kawasan yang menjadi laluan di zaman purba melalui sungai-
sungai dan ditarik dengan gajah.

Pengkaji Thailand seperti Chand Chirayu Rajani yang mengambil


dapatan kajian daripada Sri Lanka yang dikemukakan oleh S.
Paranavitana berkenaan dengan Srivijaya. Beliau turut
melokalisasikan Srivijaya di Chaiya.

Selain itu. pengkaji lain seperti Prajit P. Prasad menempatkan


ibukota Srivijaya di Songkhla, atau lebih tepat lagi di Satingpra.

Kawasan Satingpra yang digambarkan lebih sesuai sebagai ibukota Srivijaya


Selain itu, Dr. Suzuki Takashi juga menulis dalam karyanya
berkaitan dengan Srivijaya dengan menempatkan Srivijaya di
Chaiya, berdasarkan dapatan kajiannya dalam nama-nama kota
yang disalahtafsirkan. Nama kota seperti Ho-lo-tan sebenarnya
ialah Kha-la-tan dan Ho-ling sebagai Kha-ling.

Laluan lautan yang digunakan oleh Fa-xian dan turut dilalui oleh I-ching. Sumber: Suzuki
takashi.
Pandangan Penulis

Penulis secara umumnya bersetuju dengan dapatan kajian yang


dikemukakan oleh Quaritch Wales. Namun, penulis lebih
cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Dr. Suzuki yang
menegaskan I-Ching tidak pernah mengunjungi Pulau Sumatra
dalam perjalanannya. Beliau menempatkan Mo-lo-yu di Selatan
Semenanjung iaitu di Kepulauan Riau-Lingga atau Bintan.

Penulis juga cenderung untuk membuat anggapan bahawa


Satingpra ialah lokasi yang lebih tepat untuk menggambarkan
Kota Fo-she dengan wujudnya tasik yang sangat besar di sana.
Ia bertepatan dengan Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa
Raja Suran membuka Kota yang bernama Bija Negara, yang
terdapat tasik yang sangat besar dan bergunung-ganang.

Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini. Apa


pendapat kalian dalam hal ini?

RUJUKAN:

Slamet Mulyana (2006), Sriwijaya, Yogyakarta, Pertjetakan


Arnoldus Ende-Flores.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma
di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami
memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan


tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus
menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun
politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh
politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran
tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak
semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan
sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami
dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023
ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap
mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa
seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan
untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.
Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50



Terima kasih

George Coedes (1964), Asia Tenggara Masa Hindu-Buddha


(diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh Winarsih Partaningrat
Ariffin, Jakarta, Kepustakaan Populer Gramedia.
D.G.E. Hall (1955), A History of South-east Asia, London, The
Macmillan Press Ltd.

Takashi Suzuki (2019), The History of Srivijaya, Angkor and


Champa, Tokyo, Mekong Publishing Co., Ltd.

Prajit P. Prasad (2017), Srivijaya Empire, The Centre was in


Songkhla, Thailand, dilayari daripada
http://srivijaya2017.blogspot.com pada 10 Mac 2020.

You might also like