You are on page 1of 19

SEJARAH DAN

PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
ASALUSUL BAHASA MELAYU
KONSEP MELAYU

DK
ASAL USUL BAHASA MELAYU
A) Pada awalnya perkataan/istilah
Melayu dikaitkan dengan konsep
kerajaan/kawasan bukannya bangsa

DK
BUKTI
1. Penggunaan perkataan dikesan seawal
abad kedua apabila Claudius Ptolemy
menggunakan istilah maleu-kolon dalam
karyanya Geographia yang terhasil sekitar
tahun 100 – 150 M. Perkataan ini merujuk
suatu kawasan di wilayah Aurea
Chersonesus yang kemudiannya
dinamakan Golden Khersonese oleh Paul
Wheatley.
DK
2. Kolonel G.E. Gerini menganggap
istilah itu berasal daripada perkataan
Sanskrit, malayakolam/malaikurram
yang merujuk sebuah tempat di utara
pantai Semenanjung Malaysia, iaitu
Tanjung Kuantan. Sir Roland Bradell
pula menganggap tempatnya ialah
Tanjung Penyabung. Kedua-duanya
terletak di Semenanjung Malaysia.
DK
3. Dalam kitab Hindu purba, iaitu Purana
(ditulis sebelum zaman Gautama Buddha)
ditemui istilah Malaya dvipa yang bermaksud
tanah yang dikelilingi air. Dalam kitab
tersebut, dvipa ini mengandungi banyak
lombong batu yang berharga. Menurut Para
pengkaji, perkataan itu merujuk Pulau
Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa
Melayu.
DK
4. Dalam buku catatan perjalanan
pengembara Cina pada zaman Dinasti
T’ang (ditulis sekitar 644-645M) tercatat
istilah Mo-lo-yeu iaitu utusan dari Mo-lo-
yeu dihantar ke negeri China untuk
mempersembahkan hasil bumi mereka.
Pengkaji berpendapat Mo-lo-yeu ialah
kerajaan yang terletak di Jambi, iaitu di
selatan Pulau Sumatera dan Srivijaya
yang terletak di daerah Palembang
DK
5. Catatan seorang rahib Buddha
bernama I’tsing yang singgah di Bhoga
dalam perjalanan dari Canton ke India.
Beliau telah dihantar oleh Raja Bhoga
ke negeri Mo-lo-yu yang disebut
Sribhoga. I’tsing didapati mengubah
nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan
Sribhoga.

DK
 Dipercayai Sribhoga ialah Palembang, iaitu ibu
negeri Srivijaya dan Bhoga ialah tanah jajahan
takluk Srivijaya, termasuk Mo-lo-yu.
 Menurut catatan I’tsing, terdapat sejenis bahasa

yang dituturkan di Srivijaya, iaitu K’un-lun


yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk
tempatan tetapi turut dipelajari oleh orang
asing. Bahasa ini dipercayai mewakili bentuk
bahasa Melayu tertua (bahasa Melayu kuno)

DK
6. Catatan pengembara Cina membuktikan
bahawa bahasa Melayu kuno digunakan
sebagai bahasa perantaraan (lingua
franca) semasa zaman Srivijaya. Catatan
tersebut juga menyebut bahawa bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi
kerajaan Srivijaya.

DK
7. Perkataan Malaya/Melayu ditemukan
tertulis di bahagian belakang sebuah
patung bertarikh 1286 M di Padang
Roco di daerah Batanghari, Jambi.

8. Dalam buku Sejarah Melayu, perkataan


Melayu dikaitkan dengan nama sebatang
sungai, iaitu Sungai Melayu.

DK
B) Definisi Melayu dari segi Etimologi

Maksud etimologi = kajian tentang asal


usul dan sejarah sesuatu perkataan serta
makna perkataan tersebut

DK
1. Zuber Osman – perkataan Melayu
berasal daripada perkataan Malaya,
kependekan bagi perkataan hima laya.
Hima bermaksud “bersalji” manakala
alaya bermaksud “tempat”. pergunungan
Himalaya dikatakan tempat asal orang
Melayu

DK
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud
“kota Melayu” atau “kerajaan
Melayu”ditemui pada Batu Bersurat
Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat.
Perkataan Melayu dikatakan berasal
daripada perkataan Malayapura.

DK
3. Perkataan Melayu dikatakan diambil
daripada perkataan mlayu yang berasal
daripada bahasa Jawa kuno. Maksud
perkataan mlayu ialah “mengembara”
atau “pergi ke mana-mana”. Orang
Melayu dikatakan berpindah dari Yunan
ke kawasan selatan, menyeberangi Selat
Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera

DK
4. Mohd Dahlan Mansoer berpendapat
bahawa perkataan Melayu berasal
daripada nama sebatang sungai, iaitu
Sungai Melayu seperti yang disebut
dalam Sejarah Melayu
 Sungai itu diberi nama demikian kerana

airnya mengalir dengan amat deras


seperti berlari.

DK
 Perkataan Melayu pada nama sungai itu
sama ertinya dengan perkataan “lari”
dalam bahasa Jawa

5. Menurut Van der Tuuk, perkataan Melayu


bererti “menyeberang”, merujuk kepada
tindakan orang Melayu yang menyeberang
atau menukar agama daripada agama
Hindu-Buddha kepada agama Islam

DK
C) Merujuk kepada nama bangsa atau
bahasa

1. Wujud setelah adanya kerajaan


Melaka. Merujuk teks-teks berkaitan
Melayu klasik, istilah Melayu merujuk
kepada keturunan yang ‘berbangsa’ dan
‘berasal’ sahaja (keturunan raja-raja
Melayu dari Sumatera)

DK
2. Pada abad ke-17, penggunaan istilah
Melayu merujuk kepada bangsa semakin
meluas (Melayu merangkumi suku
bangsa serumpun di Nusantara)

3. UNESCO (1952) – merujuk kepada


suku bangsa Melayu di Semenanjung
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagaskar.

DK
4. Menurut Perlembagaan Malaysia
(Perkara 153) orang Melayu ialah
manusia yang menuturkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda, mengamalkan cara
hidup Melayu dan menganut agama Islam

DK

You might also like