You are on page 1of 4

ASAL USUL BAHASA MELAYU

KONSEP MELAYU

Definisi awal
istilah bahasa
Melayu

Definisi Melayu
berdasarkan
etimologi

Definisi Melayu
berdasarkan
bangsa

DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYU


Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Namun begitu, kita boleh melihat istilah Melayu dari segi etimologi, iaitu kajian asal usul
dan sejarah sesuatu perkataan.
Istilah Melayu dikaitkan dengan konsep kerajaan atau kawasan pada peringkat
awal. Hal ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang merujuk kepada kerajaan atau
kawasan dan bukan merujuk kepada bangsa.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, M. Ptolemy telah menggunakan istilah
maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis yang terhasil sekitar
100-150 Masihi. Menurut Gerini, istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit,
iaitu malaikurram atau malayakolam yang merujuk kepada sebuah tempat di utara
pantai Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Kuantan. Selain itu, perkataan Malayadvipa juga terdapat dalam kitab hindu purba Purana yang ditulis pada zaman Gautama
Buddha. Perkataan tersebut membawa maksud tanah yang dikelilingi air. Para pengkaji
beranggapan bahawa istilah tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera.
Jika kita mengkaji secara mikro, perkataan Mo-lo-yu juga digunakan oleh catatan
rahib Buddha yang bernama I-Tsing tentang dua buah kerajaan Melayu yang dilawatinya
sekitar tahun 675 Masihi, iaitu Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang.

DEFINISI MELAYU BERDASARKAN ETIMOLOGI


Etimologi membawa maksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan
serta makna perkataan tersebut. Zuber Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu
berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan singkatan daripada perkataan
Himalaya. Perkataan Hima bermaksud bersalji manakala alaya bermaksud tempat.
Justeru, apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan menjadi Himalaya, Himalaya
dikatakan tempat asal orang Melayu.
Selain itu, Mohd. Dahalan Mansoer pula berpendapat bahawa perkataan
Melayu itu berdasarkan nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu di Palembang.
Sungai tersebut telah dikisahkan mengalir amat deras seperti nerlari dalam buku
Sejarah Melayu. Van Der Tuuk pula mengaitkan perkataan Mlayu dengan istilah
menyeberang. Istilah menyeberang merujuk kepada orang Melayu yang menukar
agama daripada Hindu-Buddha kepada Islam.
Sudah terang lagi bersuluh, perkataan Malayapura juga terdapat pada Batu
Bersurat Bukit Gombak Satu yang ditemukan di Sumatera Barat. Perkataan tersebut
didefinisikan sebagai Kota Melayu atau Kerajaan Melayu. Justeru, perkataan Melayu
dikatakan mungkin berasal daripada perkataan Malayapura. Terdapat juga pengkaji
yang berpendapat bahawa perkataan Melayu dipinjam daripada bahasa Jawa Kuno,
mlayu yang membawa maksud menggembara. Maksud perkataan ini bertepatan
dengan orang Melayu yang berpindah dari Yunan ke kawasan selatan, menyeberangi
Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera.

DEFINISI MELAYU BERDASARKAN BANGSA


Istilah Melayu tidak jelas merujuk kepada warisan bangsa tetapi dikatakan
sebagai tempat pada zaman kuno. Walau bagaimanapun, setelah kerajaan Melaka telah
ditubuhkan pada kira-kira 1400 Masihi, istilah Melayu telah mencakupi konsep yang
lebih umum, iaitu orang di daerah tersebut serta bahasa yang digunakan.
Terdapat beberapa kajian yang merujuk kepada bangsa Melayu. Kajian awal
menunjukkan nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah sebagai MelayuDeutro dan Melayu-Proto. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan
bangsa Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara.

Pada tahun 1972, UNESCO telah memberikan pengertian bahawa istilah Melayu
digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenangjung Malaysia,
Thailand, Indonesia , Filipina dan Madagaskar. Pengertian Melayu lebih khusus merujuk
kepada bangsa-bangsa Melayu yang tinggal di kawasan-kawasan seperti :
1. Seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah, Bahagian
Pertama dan Kuching, Sarawak
2. Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur
3. Pantai timur Sumatera
4. Pulau-pulau di Kepulauan Melayu seperti Riau, Bangka, Banda, Belitung, Natuna
dan Lingga
5. Brunei
6. Singapura
7. Kawasan selatan Thailand
8. Kawasan selatan Filipina
9. Kawasan Champa di selatan Indo-China
10. Kawasan penghijrahan bangsa Melayu seperti di Madagaskar, Sri Lanka dan
Afrika Selatan

SALASILAH BAHASA MELAYU


Salasilah membawa maksud asal usul atau keturunan. Salasilah bahasa Melayu
merujuk kepada kajian tentang asal usul bahasa Melayu.

You might also like