You are on page 1of 58

UNIT 3

1
HASIL PEMELAJARAN

• Pelajar dapat mengenal pasti dan


menerangkan:

> konsep Melayu


> asal usul Melayu
> salasilah bahasa Melayu

2
KONSEP MELAYU

• Siapa bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, elok kita
tentukan terlebih dahulu tentang pengertian perkataan
“Melayu” itu sendiri
• Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada
perkataan “Himalaya” yang telah disingkatkan kepada “Malaya”
, dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan “Himalaya”
berasal daripada perkataan “hima” dan “alaya”. “Hima” bererti
salji atau salju, sedangkan “alaya” bererti tempat. Dengan itu
hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung
yang tinggi.
• Ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa Melayu itu
daripada perkataan “Malaiyur-pura” yang terpahat pada
prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat.Malaiyurpura
bererti kota malaiyur, atau kota gunung. Dari situ timbul
perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. 3
KONSEP MELAYU

• Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan


Melayu itu berasal daripada perkataan “pamalayu”, iaitu
peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara
dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan
Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti,
Amoghapasa
iaitu prasasti . Prasasti itu dibina sebagai
peringatan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari
jawa Timur ke daerah Malayu pada 1286.Pamalayu itu
bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya
penguasaan terhadap negeri Malayu
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu
itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan juga Jawa
Baharu, iaitu mlaya dan mlayu yang bererti lari

4
KONSEP MELAYU

• Melayu juga dikaitkan dengan konsep kerajaan, bukan merujuk


bangsa semata-mata. Kata Melayu pada peringkat awal dapat
dikesan padaCirca 100-150M
• M Ptolemy menggunakan istilahMaleu-kolon dalam karyanya
Geographike sintaxis
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Melayu berasal
daripada kata bahasa Sanskritmalayakolam ataumalaikurram
yang merujuk Tanjung Kuantan atau Tanjung Penyabung
• Kitab Hindu purbaPurana (500M) ada menyebut istilahMalaya
dvipa Dvipa
. bermaksud tanah yang dikelilingi air dan di
dalamnya terdapat pelbagai lombong batu yang berbeda. Para
pengkaji beranggapan bahawaMalaya dvipa itu ialah pulau
Sumatera

5
KONSEP MELAYU

• Akhir sekali ialah pendapat yang mengatakan bahawa perkataan


Melayu berasal daripadaMalayu iaitu sebuah kerajaan yang
berpusat di Muara Jambi, iaitu di selatan Sumatera dan
Sriwijaya di Palembang. Kerajaan Malayu ini wujud pada abad
ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I Tsing pada 671M
• I Tsing dalam buku catatannya menggunakan istilahMo-lo-yu .
Utusan daripadaMo-lo-yu di hantar ke China untuk membawa
persembahan hasil bumi, sebagai upti atau tanda persahabatan
• Daripada catatannya juga dapat diketahui bahawa kerajaan
Sriwijaya ialah kerajaan Melayu yang besar dan berpengaruh
ketika itu. Kerajaan Sriwijaya juga menguasai Mo-lo-yu dan
beberapa kerajaan kecil yang lain

6
KONSEP MELAYU

• Sejarah Sriwijaya merupakan sejarah universal ekslusif Asia


Tenggara. Namanya terakam dalam sejarah kuno Khmer,
Thailand, Champa, Vietnam, Brunei, Filipina, Indonesia dan
Malaysia
• Manuskrip sejarah China menamakannya sebagai Sanfoqi/
Sanfotsi/Sribhoja. Manuskrip klasik Pali dan Sanskrit
menamakannya sebagai Javade/Yavadesh. Pedagang Arab pula
menggelarkannya Zabaq, dan manuskrip dan inskripsi Khmer
merujuk Sriwijaya sebagai Malayu/Melayu
• Nama Sriwijaya juga ada direkodkan pada inskripsi Melayu klasik
yang ditemukan di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Brahi dan
Kota Kapur. Setiap inskripsi itu ditulis selang empat tahun, iaitu
dari 683 hingga 686M

7
KONSEP MELAYU

• Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama


sebuah sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu.
Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai Ialah
perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti nama negeri Johor,
Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Kedah, Siak,
Terengganu, Inderagiri dan banyak lagi, semuanya berasal
daripada nama sungai

• Bagaimanakah pula sungai itu diberikan nama Melayu?


Mengikut ceritanya, air di sungai itu begitu deras arusnya, selaju
orang berlari. Dengan itu, ia diberikan nama sungai Malayu atau
Melayu Melayu
. di sini sama dengan pengertian dalam bahasa
lari
Jawa, iaitu

8
KONSEP MELAYU

• Istilah Melayu yang merujuk bangsa dan bahasa menjadi popular


selepas kewujudan kerajaan Melaka. Pada masa itu, Melayu
merujuk keturunan yang berbangsa dan berasal sahaja, iaitu
keturunan raja-raja Melayu dari Sumatera
• Pada abad ke-17, istilah Melayu yang merujuk bangsa menjadi
lebih meluas. Pada masa itu, Melayu merangkumi suku bangsa
serumpun di Nusantara, berasaskan kesamaan bahasa, warna
kulit (sawo matang), bentuk badan, pakaian, adat resam dan
upacara. Semuanya memanisfestasikan bangsa Melayu
• Pada 1972, UNESCO melaluiThe Malay Culture Study Project
menganggap Melayu merujuk suku bangsa yang mendiami
seluruh Nusantara hingga ke Madagaskar, termasuk Sri Lanka
dan Afrika Selatan

9
10
KONSEP MELAYU

• Bangsa atau orang Melayu itu mempunyai beberapa pengertian, iaitu:


> Melayu mengikut Perlembagaan negara Malaysia. Yang dikatakan
Melayu ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan
Melayu dan beragama Islam dan dia mestilah warganegara Malaysia.
Pengertian dalam Perlembagaan itu telah termaktub pada Ceraian 160
Perlembagaan Malaysia. Ia telah wujud sejak Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 dahulu
> Melayu dari segi suku bangsa. Mereka ini mestilah keturunan Suku
Melayu dari segi darahnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu, dan
berkebudayaan serta beradat resam Melayu
> Agama Islam tidak menjadi syarat. Suku Melayu jenis ini terdapat di
Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak,
Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan Indonesia, Pantai Timur
Sumatera dari Tamiang hingga Palembang dan Bengkulu, di Kepulauan
Riau-Lingga serta Bangka-Belitung

11
KONSEP MELAYU

> Melayu dari segi suku bangsa mempunyai satu pengertian lagi,
iaitu syarat beragama Islam itu mesti ada, tetapi syarat
keturunan darah Melayu ditiadakan

> Ini bermakna, jika terdapat suku lain memeluk Islam dan tinggal
dalam kalangan orang Melayu, ia menjadi Melayu. Pertukaran
agama menjadi Islam itu dikatakan masuk Melayu. Ini pernah
berlaku di Sarawak, Tanah Melayu, dan Sumatera Timur

12
KONSEP MELAYU

> Melayu dari segi pengertian UNESCO. Melayu itu merupakan satu
keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama,
bentuk fizik tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang,
rambut lurus dan tinggi yang sederhana dan mereka ini ialah penduduk
asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai
(Easter Islands)
timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah di
Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari
Kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di
selatan
> Melayu di sini merupakan satu“stock” bangsa yang sejak dahulu
dikenali sebagai Malayo-Polynesia (Melayu-Polinesia) atau Austronesia.
Ini bermakna, yang dikatakan Melayu itu merangkumi pelbagai suku
kaum seperti Aceh, Batak, Lampung, Sunda, Jawa, Bugis, Filipina dan lain
lagi.

13
14
ASAL USUL MELAYU

• Melayu dianggap salah satu kelompok manusia ras Mongoloid


cabang selatan. Tanah asal kelompok ini tidak dapat dipastikan
dengan tepat, tetapi terdapat dua teori yang relevan dan popular
dalam kalangan arkeologi dan linguis, yang memerihalkan hal ini,
iaitu:
> Teori Asia Tengah
> Teori Nusantara
• Teori Asia Tengah mengatakan bahawa manusiahomo sapiens
di Kawasan Austronesia berasal dari suatu tempat di bahagian
selatan China
• Teori Nusantara pula mangatakan bahawa manusiahomo
sapiens berasal dari Nusantara sendiri, bukan dari luar

15
ASAL USUL MELAYU

• Bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara.


Pendapat ini banyak didukung oleh pengkaji Barat. H. Kern
misalnya, mengatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia
Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India.
Beliau membuat kesimpulan berasaskan persamaan adat resam
beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku di Assam
seperti suku Naga di India

• Henry Yule berpendapat seperti J.R. Logan, iaitu tentang


wujudnya persamaan adat resam antara penduduk di daratan
Asia Tenggara dengan yang terdapat di Kepulauan Melayu.
Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada
keturunan yang sama

16
ASAL USUL MELAYU

• A.H. Keane telah membuat kajian pada separuh kedua abad


yang lalu. Beliau telah mengkaji dari sudut antropologi budaya,
iaitu tentang penduduk di tanah besar Asia Tenggara dengan
yang terdapat di daerah Kepulauan

• Selain itu, masih banyak lagi pengkaji barat yang membuat


kajian tentang hubungan antara penduduk di daratan Asia
Tenggara dengan yang di Kepulauan Asia Tenggara seperti
Hamy, K. Himly, G.K. Niemann, P.W. Schmidt, E. Aymonier, A.
Cabaton, Robert Von Heine Geldern, Thor Heyerdhal, Heeren-
Palm, Wilhelm Von Humboldt, William Marsden dan lain lagi

17
ASAL USUL MELAYU

• Kita dapat membuat kesimpulan bahawa pengkaji barat boleh


dikatakan sepakat telah mengatakan bahawa penduduk
kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari
tanah besar Asia Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari
tempat mana

• Pelbagai nama tempat disyorkan. Antaranya ialah Indochina;


pantai timur China selatan yang dikenali dengan nama India jauh,
yakni sama ada di Champa, Kochin China atau Kampuchea;
Assam (Myanmar) dan secara umum disebut selatan China

18
ASAL USUL MELAYU

• Dari tanah asal, mereka bergerak ke selatan, dengan


menggunakan cara alamiah. Antaranya ialah penggunaan
kenderaan air, seperti perahu, rakit… Perahu kolek merupakan
kenderaan paling popular di gugusan Nusantara pada waktu itu
• Perpindahan terjadi kerana beberapa sebab. Antaranya ialah
bencana alam, seperti banjir besar dan gempa bumi.
Perpindahan juga terjadi secara berperingkat, iaitu kelompok
demi kelompok, bukannya terjadi secara besar-besaran
• Mereka menggunakan jalan berbeda, walaupun tujuannya sama.
Itulah sebabnya mengapa penyebaran kelompok Austronesia ini
berlaku dengan meluas

19
20
ASAL USUL MELAYU

• Mereka membuat kesimpulan ini berdasarkan beberapa hujah.


Antaranya ialah persamaan dari segi:
> unsur bahasa di tanah besar Asia Tenggara dengan yang di kepulauan
Asia Tenggara, iaitu terdapat beberapa banyak persamaan seperti kosa
kata, fonologi, morfologi, sintaksis; konsep yang berbeza antara “kami”
dengan “kita”, sistem bilangan, gender…
> adat resam dan trait kebudayaan seperti kepercayaan kepada
semangat, kepercayaan yang berkaitan pertanian dan kegiatan
pertanian, adat makan sirih, adat kelahiran bayi…
> sistem sosial, susunan keluarga, sistem perkahwinan…
> alat perkakas seperti kapak batu, kapak persegi bujur, tulang mawas,
hasil kerja tangan seperti tembikar, pasu, tempayan, takar…
> kebudayaan Hoa-binh dan Dongson yang ditemukan di daerah Vietnam
dan juga daerah lain di Asia Tenggara

21
ASAL USUL MELAYU

• Kebanyakan pengkaji barat tadi percaya bahawa penduduk


kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik berasal dari tanah besar
Asia Tenggara. Ini bermakna, asal usul penduduk kepulauan Asia
Tenggara berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Mereka
kemudian berpindah menuju ke Selatan melalui pelbagai laluan.
Perpindahan ini pula berlaku secara berperingkat-peringkat

• Hanya Thor Heyerdahl yang berpendapat sebaliknya. Beliau


mati-matian mengatakan bahawa penduduk Pasifik berasal dari
Amerika Selatan. Untuk membuktikan kebenaran teorinya ini
beliau telah belayar dari pantai Amerika Selatan ke pulau di
Pasifik dengan menaiki rakit pada 1947, dan beliau berjaya
mengharungi samudera Pasifik dari Amerika Selatan hingga ke
Asia Tenggara

22
ASAL USUL MELAYU

• Pendapat yang mengatakan bahawa penduduk Kepulauan Asia


Tenggara berasal dari tanah besar Asia Tenggara berasaskan
premis bahawa terdapat dua perpindahan yang besar
• Pertama, perpindahan yang berlaku dari tanah Yunnan di barat
daya negeri China, pada kira-kira 3000-2500 SM hingga 1500 SM.
Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak bangsa yang diberi
namaProto-Malays atau Melayu Proto. Mereka berpindah dari
kawasan pergunungan di barat daya negeri China melalui
beberapa laluan seperti dari hulu sungai di Myanmar ke selatan
dan terus ke pulau Nicobar dan hujung utara pulau Sumatera yang
sekarang terkenal dengan nama Aceh. Dari situ terus ke selatan
dan ke pulau lain di Asia Tenggara. Laluan kedua ialah dari hulu-
hulu sungai di utara Thailand, menuju ke selatan hingga ke
Segenting Kra. Dari sana terus ke Semenanjung Tanah Melayu,
Sumatera, Jawa dan pulau-pulau yang lain
23
ASAL USUL MELAYU

• Laluan ketiga ialah dari hulu sungai di Vietnam dan Laos ke


selatan dan menyeberang ke Kalimantan dan kemudian ke pulau
yang lain
• Laluan keempat ialah dari Formosa atau Taiwan ke pulau Filipina
dan terus ke selatan dan pulau yang lain
• Orang yang telah berpindah ke selatan ini tinggal di kuala sungai
dan pantai untuk memudahkan kerja mencari makan seperti
mencari siput, ikan, karangan laut, pucuk kayu…, termasuk
binatang liar.
• Apabila datang gelombang kedua perpindahan orang dari
Yunnan yang lebih tinggi tamadun mereka, orang Melayu Proto
ini terpaksa berpindah ke hulu mencari kawasan yang lebih
selamat. Tinggalan orang ini ialah orang Batak di kawasan
pergunungan Sumatera Utara; orang Jakun di kawasan
pedalaman Tanah Semenanjung; orang Kalang dan Ponorogo di
Jawa; orang Dayak di Kalimantan Tengah dan daerah lain; orang24
ASAL USUL MELAYU

• Antara tinggalan Melayu Proto yang dikesan ialah beliung


bersegi panjang. Beliung ini ditemukan di sungai Hwang Ho,
sungai Yangtze, sungai Mekong, sungai Salween, sungai
Irrawadi dan sungai Brahmaputra
• Bentuk dan jenis beliung yang sama ditemukan di beberapa
kawasan di Nusantara, terutama di pulau Sumatera. Ini
menunjukkan bahawa beliung tersebut dibawa ke Nusantara
oleh orang yang berpindah dari Asia tengah
• Pada masa ini, beliung yang digunakan oleh orang Melayu
sudah mengalami pelbagai inovasi, tetapi masih mengekalkan
bentuk asalnya, iaitu bentuk kapak yang matanya melintang

25
ASAL USUL MELAYU

• Perpindahan gelombang kedua berlaku kira-kira 1500 SM hingga


kira-kira 300 SM. Mereka ini dikenali sebagai Deutero-Malays
atau Melayu Deutero, iaitu Melayu Kedua
• Mengikut teori ini, Melayu Deutero telah berpindah ke selatan
melalui laluan Melayu Proto. Apabila sampai di Selatan, mereka
yang lebih tinggi tamadunnya ini telah dapat mendesak dan
mengasak Melayu Proto ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke
kawasan gunung, atau ke tempat yang terpencil
• Akibatnya, keturunan Melayu Proto tinggal di kawasan
pergunungan, hulu, dan kawasan terpencil yang lain. Sedangkan
Melayu Deutero tinggal di kawasan pamah, tanah rendah,
kawasan di lembah sungai, di tepi laut, seperti orang Melayu,
Aceh, Sunda, Jawa, Bugis, Makasar, Madura, Filipina…

26
ASAL USUL MELAYU

• Keturunan Melayu Proto kini dikenali sebagai masyarakat orang


asli/orang asal. Penempatan mereka terpisah-pisah, yang
mengakibatkan bahasanya juga berbeda

• Bahasa orang asli di semenanjung Malaysia, seperti bahasa


Semai, Semelai, Mah Meri dan beberapa lagi terdapat dalam
kawasan yang berhampiran dengan kawasan penyebaran bahasa
Melayu

• Sebahagian daripada bahasa orang asli seperti bahasa Jakun


dan bahasa Temuan dapat dianggap sebagai variasi bahasa
Melayu atau dialek Melayu, bukannya termasuk dalam rumpun
bahasa Austroasia

27
28
ASAL USUL MELAYU

• Melayu Deutro ini lebih tinggi kebudayaan dan tamadunnya,


walaupun masih menggunakan batu untuk membuat kapak,
beliung…
• Melayu deutro telah menurunkan orang Melayu moden. Mereka
lebih berkemahiran dan berkeupayaan membina penempatan di
pesisir pantai
• Mereka juga berketerampilan dalam bidang pelayaran dan
pembinaan perahu ganda. Akibatnya, banyak penempatan
baharu di kepulauan Melayu mula diteroka
• Mereka hidup secara berkelompok dan menetap di suatu tempat,
iaitu berhampiran sungai dan lembah yang subur, untuk
menjalani kehidupan sebagai petani dan pemburu
• Mereka juga sudah hidup bermasyarakat. Mereka memilih ketua
kampung/ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu
ialah animisme
29
ASAL USUL MELAYU

• Masalah yang timbul daripada teori ini ialah sekiranya Melayu


Proto dan Melayu Deutero ini baru sampai di kepulauan Asia
Tenggara pada 2000 hingga 5000 tahun yang lalu, bangsa apakah
yang tinggal di kepulauan Asia Tenggara sebelumnya? Mengikut
temuan arkeologi dan tinggalan sejarah terdapat manusia yang
telah lama tinggal di kepulauan Asia Tenggara

• Kedua ialah selain Melayu Proto dan Melayu Deutero, terdapat


manusia yang datang daripada kumpulan manusia Melanesoid
yang tidak sama dengan Melayu Proto dan Melayu Deutero.
Contohnya ialah penduduk Andaman di Nicobar, orang Negrito di
Semenanjung dan penduduk Maluku serta Irian Jaya dan
Melanesia

30
ASAL USUL MELAYU

• Ketiga ialah terdapatnya kerencaman jenis bahasa di Kalimantan


dan juga di Pulau Irian. Keadaan ini membuktikan bahawa
kedua-dua tempat ini menjadi kawasan pusat dua jenis bahasa
yang berlainan. Ini bermakna, tempat itu ialah daerah induk
bahasa yang berlainan 

• Keempat adalah daripada bukti sejarah yang menunjukkan


bahawa lama sebelum Melayu Proto dan Melayu Deutero telah
ada petempatan manusia yang telah mantap. Bahkan makhluk
purba seperti manusia telah ada di Alam Melayu sejak ratusan
ribu tahun

• Berikut diberikan rincian temuan dari segi arkeologi atau kaji


purba tentang makhluk purba seperti manusia di Alam Melayu
dan jenisnya
31
ASAL USUL MELAYU

• Homo erectus ialah jenis makhluk yang dibangsakan kepada


manusia yang telah lama wujud di Asia Tenggara. Makhluk ini
jauh lebih tua daripada makhluk yang ditemukan di China yang
dikenal dengan nama China Man.
• Homo erectus ini dikenali sebagai Manusia Jawa atauJava Man
yang berumur lebih daripada 1,400,000 tahun. Bahkan ada juga
tulang rangkanya yang berumur kira-kira 1,900,000 tahun yang
ditemukan di Pulau Jawa. Manusia Jawa ini terdiri daripada
Meganthropus Palaeojavanicus,
beberapa jenis seperti
Pithecanthropus Robustus, Pithecanthropus Erectus, Homo
Soloensis, Homo Wajakensis …
• Tinggalan mereka ini ditemukan di pelbagai tempat di Jawa,
terutamanya di Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti di
Kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombong dan Sangiran

32
ASAL USUL MELAYU

• Makhluk purba bukan sahaja ditemukan di Pulau Jawa tetapi


juga di tempat lain. Contohnya, di Soppeng, Sulawesi Selatan
yang berumur kira-kira 100,000 tahun; di Gua Niah, Sarawak,
yang berumur kira-kira 40,000 tahun; di Sabah terdapat manusia
Homo sapiens , kira-kira 40,000 - 30,000 tahun SM

• Terdapat juga manusia Perak yang sudah berumur kira-kira 35,


000 tahun; Manusia Nusa Tenggara Timur, terutama di Timor,
Rote dan Sabu yang berumur kira-kira 13,500 tahun; manusia di
Gua Cha, Kelantan yang berumur 10,000 tahun; Manusia
Bengkulu dan Jambi kira-kira 6,000 tahun yang lalu, Manusia
Kota Batu, Sumatera Barat kira-kira 6,000-7,000 tahun dan lain
lagi

33
ASAL USUL MELAYU

• Manusia purba inilah yang kemudian menurunkan manusia lain di Asia


Tenggara, sepertiAustraloid, Melanesoid, Austro-Melanesoid … Terdapat
juga kelompokPalaeo-Mongoloid dan Mongoloid. Daripada keturunan
the Malay Stock atau
mereka ini lahirlah manusia yang dikenali sebagai
Rumpun Melayu yang mendiami daerah yang sangat luas, iaitu dari
Madagaskar hingga ke Irian Jaya bahkan sampai ke timur hingga ke
Polinesia

• Rumpun bangsa ini juga yang memiliki keluarga bahasa yang terkenal
dengan nama Melayu-Polinesia atau Austronesia, yang tersebar luas di
separuh bahagian dunia. Daripada bahasa induk Melayu-Polinesia ini
lahirlah pelbagai bahasa seperti Jawa, Bali, Sunda, Bugis, Madura, Aceh,
Batak dan juga bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di Asia
Tenggara dari Sri Lanka sampai ke pantai utara Australia dan dari Campa
hingga ke Nagara Bali selama beberapa abad sejak zaman bahari

34
ASAL USUL MELAYU

• Manusia yang menggunakan bahasa Melayu-Polinesia telah lama


membentuk kebudayaannya. Penemuan bahan arkeologi atau
purbakala seperti di Non Nok Tha dan di Spirit Cave (Gua
Semangat) di Utara Thailand dan di tempat lain yang telah
disebutkan sebelum ini menunjukkan bahawa orang Asia
Tenggara telah lama membentuk tamadun dan kebudayaannya
• Kajian oleh para pakar arkeologi dan kepurbakalaan serta bidang
yang lain seperti Robert von Heine-Geldern, Wilhelm G. Solheim II,
Chester F. Gorman, G. de G. Sieveking, M.W.F. Tweedie, Damais,
Coedes, termasuk Boechari, de Casparis, Zuraina Majid dan Nik
Hassan Suhaimi membuktikan bahawa daerah Asia Tenggara
telah lama bertamadun. Penduduknya telah membentuk budaya
mereka secara bertahap sejak zaman dahulu. Ini menunjukkan
bahawa peradaban manusia telah dicipta di Asia Tenggara
mendahului Asia Barat
35
ASAL USUL MELAYU

• Peradaban manusia ini telah dibentuk secara berperingkat


melalui empat tahap atau zaman, iaitu:
1. Zaman Lithic atau batu, iaitu yang berakhir pada kira-kira
40,000 S, yang ditandai dengan alat yang dibuat daripada batu.
Di sesetengah tempat, zaman ini terbahagi kepada tiga tahap
Palaeolithic (Zaman Batu Lama),
lagi, iaitu Mesolithic (Zaman
Batu Pertengahan) dan Neolithic (Zaman Batu Baharu)
2. ZamanLignic atau kayu yang merentasi zaman 40,000 hingga
kira-kira 20,000 SM. Pada zaman ini, kayu dan buluh telah
digunakan sebagai alat pekerjaan mereka. Tetapi ini masih
bersifat dugaan kerana belum ada bukti yang empirikal, kerana
kayu dan buluh mudah punah, tetapi kita boleh mengagak kayu
digunakan untuk menikam dan membunuh binatang

36
ASAL USUL MELAYU

3. ZamanCrystalitic atau pemantapan kebudayaan yang berlaku


dari 20,000 hingga kira-kira 8,000 SM. Pada zaman ini, terdapat
teknik menggilap dan melicinkan alat daripada batu,
memelihara haiwan ternak dan menanam tanam-tanaman

4. Zaman pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan di Asia


Tenggara, iaitu dari 8,000 tahun yang lalu hingga ke zaman
Masihi. Pada zaman ini, berlaku penghijrahan manusia ke
pelbagai tempat yang jauh, seperti ke timur hingga ke Lautan
Teduh bahkan sampai ke Polinesia dan yang ke barat hingga
sampai ke Madagaskar

37
ASAL USUL MELAYU

• Pada zaman pertumbuhan kebudayaan di Asia Tenggara,


kawasan daratannya masih luas kerana pada masa itu Pelantar
Sunda atauSunda Shelf masih belum terendam lagi. Ini
bermakna, Tanah Semenanjung, Sumatera, Kalimantan dan
Jawa masih bercantum menjadi sebuah daerah daratan yang
luas yang dikenali sebagai Tanah Sunda (Sundaland)

• Di sinilah tercanainya kebudayaan Asia Tenggara dan tempat ini


juga yang menjadi asas bagi rumpun bahasa Melayu-Polinesia,
terutama Melayu. Namun, apabila berlaku kenaikan paras
permukaan air laut, Pelantar Sunda mula ditenggelami air,
sehingga keempat-empat daerah tadi terpisah menjadi pulau
dan Tanah Semenanjung sebagaimana yang ada sekarang ini

38
ASAL USUL MELAYU

• Perkara ini berlaku disebabkan oleh air beku di kutub utara dan
selatan cair kerana cuaca yang bertambah panas. Hal ini
menjadikan permukaan air naik. Peristiwa ini berlaku pada 18
000 – 17 000 tahun dahulu, kemudian 14 000 tahun dahulu,
selepas itu pada 12 500 tahun dahulu, dan seterusnya pada 8
000 tahun dahulu

• Oleh sebab itu, daerah induk atau kawasan inti bahasa Melayu
sekarang ini terletak di satu kawasan yang sempit, iaitu di
pesisir timur pulau Sumatera, Tanah Semenanjung, kepulauan
Riau dan sekitarnya dan pesisir pantai Kalimantan. Di tempat
inilah sekarang ini terdapatnya penutur asli bahasa Melayu atau
the native speakers of the Malay language

39
ASAL USUL MELAYU

• Walaupun daerah bahasa Melayu ini begitu sempit, tetapi di


tempat inilah pernah wujud beberapa pusat kerajaan yang besar
dan agung pada zaman silam
• Kerajaan Kutai kuno telah wujud di Kalimantan timur pada abad
keempat Masihi. Buktinya ialah sebuah prasasti berupa tujuh
batang yupa, di Kuala Kaman, Kutai yang wujud pada 400 Masihi
• Pada abad kelima, lahir Kerajaan Sriwijaya di Palembang (683M)
dan kerajaan Malayu di Muara Jambi (644/5M). Di Jawa Barat
terdapat pula kerajaan Taruma Nagara (450M) dan di Jawa timur
terdapat Kerajaan Singasari.
• Antara lima kerajaan ini, Sriwijayalah yang paling besar dan kuat
serta dapat menguasai sebahagian besar kawasan Asia
Tenggara. Ia menjadi pusat kebudayaan Melayu, pusat
perdagangan antarabangsa dan pusat pengajian agama Buddha

40
ASAL USUL MELAYU

• Di daerah utara Tanah Semenanjung, terdapat kerajaan Kedah


Tua yang menguasai daerah utara Semenanjung. Kerajaan
Kedah sangat kuat dipengaruhi oleh agama Hindu

• Di daerah yang dikuasai kerajaan yang disebutkan di atas ini


terdapat pelbagai tinggalan sejarah yang berupa candi dan
prasasti yang mencatatkan pelbagai peristiwa zaman silam

• Antara prasasti/batu bersurat yang ditemukan ialah Prasasti


Dong Yen Chau, Vietnam, Laguna Copperplate, Filipina, Prasasti
Grahi, Thailand, Prasasti Sojomerto, Jawa Tengah, Prasasti
Kedukan Bukit, Sumatera, Batu Bersurat Terengganu…

41
ASAL USUL MELAYU

• Artifak seperti seramik yang ditemukan di lebih 100 Kawasan


cari gali menunjukkan bahawa artifak tersebut berbentuk
tempatan, bukannya dibawa dari tempat lain. Ini menunjukkan
bahawa rumpun Melayu ialah penduduk asal Nusantara sejak
lebih 40,000 tahun dahulu, dan bukannya berhijrah ke sini dari
tanah besar Asia
• Pernyataan ini selari dengan penemuan tengkorak manusia di
gua Niah Sarawak, dan hasil kajian J Crawfurd yang
merumuskan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-
mana, malahan merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
Bahasa Melayulah yang menjadi induk bagi bahasa serumpun di
Nusantara
• Hasil kajian pengkaji tempatan, seperti penyelidik Arkeologi
UKM, dan pengkaji luar, seperti PW Schmidt, Stephen
Oppenheimer (Univ of Oxford, UK) memperkuat pernyataan di
atas 42
RUMUSAN ASAL USUL MELAYU

• Daripada bukti sejarah dan tinggalan manusia purba, jelas menunjukkan


bahawa kepulauan Asia Tenggara mempunyai banyak khazanah tulang,
tengkorak dan juga alat yang dibuat daripada batu, di pelbagai tempat di
kepulauan Asia Tenggara, khususnya di pulau Jawa. Umumnya beribu
tahun, bahkan ada yang berpuluh ribu tahun, ratus ribu tahun dan jutaan
tahun

• Mungkin yang jutaan tahun itu bukan manusia kini. Tetapi yang penting
di tempat itu telah ada penduduk. Selain itu, tinggalan tersebut
membuktikankewujudan pelbagai peringkat kebudayaan di Asia
Tenggara, dan kebanyakannya telah wujud jauh lebih dahulu daripada
manusia yang datang dari Yunnan yang disebut sebagai Proto-Malays
Deutero Malays
dan yang berpindah ke Alam Melayu, sebagaimana yang
diteorikan oleh orang barat. Jika perpindahan itu benar-benar berlaku,
dampaknya tidak begitu banyak terhadap kebudayaan di kepulauan Asia
Tenggara

43
RUMUSAN ASAL USUL MELAYU

• Orang Yunnan itu adalah daripada kelompokMongoloid , iaitu salah satu


antara tiga jenis terbesar manusia di seluruh dunia. Dua lagi ialah
Negroid dan Kaukasoid
• Namun, ada dua kelompok manusia lagi yang tidak dapat dimasukkan ke
dalam salah satu antara tiga yang tadi, iaituKhoisanoid dan
Australomelanesoid . Manusia jenis Australomelanesoid ini terdapat di
Asia Tenggara - daratan dan juga kepulauannya, demikian juga wujud
manusia jenisMongoloid. Australomelanosoid
Manusia terdapat di Irian,
Maluku, Nusa Tenggara Timur, Australia dan pulau di Pasifik Selatan dan
juga di Filipina, Jawa, Kalimantan, Sumatera, Semenanjung Tanah
Melayu, Thailand, Vietnam dan di tempat lain di daratan Asia Tenggara
• Irian Ialah pusat manusiaAustralomelanesoid , kerana di sini terdapat
kerencaman bahasa dan budayanya, dan sampai sekarang masih ada
kumpulan manusia di sini yang masih pada tahap zaman batu

44
RUMUSAN ASAL USUL MELAYU

• Manusia Melayu termasuk dalam Mongoloid Selatan tetapi tidak


sepenuhnya kerana banyak perbedaan dengan manusia
Mongoloid asli. Manusia Mongoloid terbahagi kepada dua
pecahan, iaitu Mongoloid Utara dan Mongoloid Selatan. Kita
boleh percaya bahawa Melayu itu pecampuran daripada
Australomelanosoid
Mongoloid dengan Malayoid
dan menjadi
• Namun, unsur Mongoloid lebih dominan. Walaupun begitu,
Mongoloid di sini ialah Mongoloid Selatan dan bukan Mongoloid
utara. Dengan itu, perpindahan manusia dari utara ke rantau
kepulauan Asia Tenggara tidaklah dominan sehingga
menggerhanakan kewujudan Mongoloid Selatan dan
Australomelanesia yang telah lama berada di Asia Tenggara.
Buktinya ialah bahan tinggalan, artifak dan bahan sejarah yang
lain yang disebutkan di atas

45
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Bahasa berasal daripada satu sumber yang sama, tetapi


perkaitan kekeluargaan disusurgalurkan dalam jangka masa
yang lama, iaitu 5,000 tahun ke atas

• Sumber yang menurunkan bahasa di daratan dan di pulau


dinamakan filum phylum
( ), iaitu filum austrik austric
( phylum ).
Filum ini menerbitkan dua cabang/rumpun, iaitu rumpun
Austroasia dan rumpun Austronesia
Filum Austrik

Rumpun Austroasia Rumpun Austonesia

46
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Filum Austrik bermaksud filum bahasa kawasan selatan sebagai


lawan filum utara, seperti filum bahasa Cina-Tibet…

• Astroasia bermaksud Asia selatan, yang terdiri daripada bahasa


Cham dan bahasa Mon-Khmer, di bahagian selatan daratan Asia,
termasuk juga beberapa bahasa orang asli di Malaysia

• Dalam konteks ini, bahasa Melayu di Malaysia Barat, dan dua


bahasa orang asli, iaitu bahasa Jakun dan bahasa Temuan, di
golongkan dalam bahasa Austronesia

47
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Sebelumnya, Bahasa Austronesia dikenali dengan namaBahasa


Malayo-Polinesia . Rumpun Bahasa ini terbahagi kepada empat
keluarga, iaitu:

Rumpun Austronesia

Keluarga Indonesia
Keluarga Melanesia
Keluarga Mikronesia
Keluarga Polinesia

48
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Pembahagian rumpun dibuat berasaskan ciri persamaan dan


perbedaan. Ciri persamaan mengikat bahasa itu dalam satu
rumpun, dan ciri perbedaan akan memisahkannya mengikut
keluarga
• Ciri persamaan dan perbedaan itu meliputi fonologi, morfologi,
sintaksis dan leksikon
• Keluarga Polinesia merangkumi bahasa di Fiji dan sekitarnya,
menjalar ke selatan hingga New Zealand, dan ke timur hingga
Hawaii dan Kepulauan Easter
• Keluarga Melanesia berpusat di New Guinea (- bahasa Papua),
Halmaherta dan bahasa di pulau sekitarnya
• Keluarga Mikronesia meliputi timur Filipina, iaitu Pulau Palauan,
Chamora, Guam, Turuk dan sekitarnya

49
50
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Keluarga Indonesia merangkumi Kawasan dari Formosa di utara


ke kepulauan Filipina dan Maluku di timur, dan Pulau Timor di
selatan. Sebelah barat ialah Madagaskar
• Kawasan penyebaran keluarga Indonesia dianggap sebagai
pusat keseluruhan kawasan Austronesia. Anggapan ini
berasaskan perkara yang berikut:
> Keluarga bahasa ini mempunyai jumlah pengguna yang
terbesar
> Perkembangan status dan bentuk bahasanya sangat pesat,
seperti bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, dan menjadi bahasa
pengantar di institusi pengajian tinggi di Malaysia, Indonesia
dan Brunei

51
SALASILAH BAHASA MELAYU

• Kawasan strategik dalam dunia perdagangan, kebudayaan dan


pelbagai jenis kesenian

• Kerajaan besar Melayu pernah wujud di kawasan ini, seperti


Kerajaan Sriwijaya, Kerajaan Melayu-Jambi, Kerajaan Majapahit,
Kerajaan Brunei, Kerajaan Melayu Melaka, dan Kerajaan Melayu
Johor

• Pusat perkembangan kesusasteraan yang hebat dari segi


kuantiti dan kualiti, termasuk kesusasteraan Melayu, Jawa,
Sunda, Aceh, Minangkabau… sama ada dalam bentuk prosa dan
puisi (pantun, syair, bahasa berirama…)

• Pusat aktiviti keilmuan dan keagamaan


52
SALASILAH BAHASA MELAYU

Keluarga Indonesia

Kelompok Filipina-Formosa Kelompok Indonesia Pusat

Bahasa di Filipina Bahasa Melayu


Bahasa di Sabah Bahasa di Sarawak
Bahasa di Brunei Bahasa di Kalimantan
Bahasa di pulau yang lain

53
54
SALASILAH BAHASA MELAYU

Bahasa Bumiputera Malaysia

Kelompok Melayu-Sarawak Kelompok Sabah

Bahasa Melayu Bahasa Bisayah Sarawak


Bahasa Lun Dayeh Bahasa Bumiputera Sabah
Bahasa Bumiputera Sarawak (- Lun Dayeh, Melayu)
(-Bisayah)

55
SALASILAH BAHASA MELAYU

Filum Bahasa Austris

Rumpun Austroasia Rumpun Cina-Tibet

Rumpun Austronesia

Rumpun Austronesia Barat Rumpun Austronesia Timur

Keluarga Indonesia Keluarga Keluarga Keluarga


Melanesia Mikronesia Polinesia
Subkeluarga Indonesia Pusat
Subkeluarga Filipina-Formosa

56
KESIMPULAN

• Konsep Melayu mempunyai jangkauan yang sangat luas,


terutama dari segi makna, ciri dan sumbernya. Namun, dalam
konteks semasa, definisi Melayu yang relevan ialah kelompok
yang lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan
beragama Islam

• Asal usul Melayu dapat ditelusuri daripada dua teori yang popular,
iaitu teori Asia Tengah dan Teori Nusantara

• Dari segi salasilahnya pula, bahasa Melayu termasuk dalam


subkeluarga Bahasa Indonesia Pusat, yang diturunkan daripada
Keluarga Indonesia, Rumpun Austronesia Barat, Rumpun
Austronesia, dan induknya ialah Filum Bahasa Austris

57
MADAH PUJANGGA

PEMENANG MEMBUAT KOMITMEN, PECUNDANG


MEMBUAT JANJI

Wahai anakanda pengarang jantung


Petua amanah tempat bergantung
Pahit manisnya usah dihitung
Semoga hidupmu kelak beruntung

58

You might also like