You are on page 1of 43

1 : Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU 1.1.

1 Konsep Melayu (a) Definisi awal istilah Melayu 1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. 2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. 3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. 5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kunlun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. 6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. 7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. (b) Definisi Melayu dari segi etimologi Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alayabermaksud tempat bersalji. 2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu. 3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. 4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. 5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

(c) Definisi Melayu berdasarkan Bangsa Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit Pengertian Melayu yang luas Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara. Pengertian Melayu yang sempit Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang ) Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah: a. orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. b. orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian c. orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian d. orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke

selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan. 1.1.2 Salasilah Bahasa Melayu Salasilah bermaksud asal usul, susur galur, atau keturunan. Salasilah BM ialah kajian tentang asal usul@ keturunan BM. Filum Rumpun Keluarga : kelompok bahasa berusia 5000 tahun. : kelompok bahasa berusia 2500- 5000 tahun. : kelompok bahasa berusia kurang daripada 2500 tahun.

1.1

Konsep

Melayu

1.1.1 :Definisi awal istilah Melayu


M. Ptolemy ( Geographike Sintaxis. ) - maleu-kolon Kitab Hindu Purba (Purana) - malaya-dvipa. Catatan orang China : kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Catatan rahib Buddha (I-Tsing) - menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. Catatan kesusasteraan China - pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kun-lun. Patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya pada bahagian belakangnya.

Sejarah Melayu - perkataan Melayu merujuk kepada sebatang sungai (Sungai Melayu. ) Definisi Melayu dari segi etimologi

Etimologi bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Malaya = hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alayabermaksud tempat bersalji. Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu. Jawa kuno, mlayu bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. Nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam. Melayu berdasarkan Bangsa

Definisi

Pengertian Melayu luas

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat diSemenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Pengertian Melayu sempit Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 Seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila berdasarkan ciri-ciri :

lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan

beragama

Islam

Hipotesis

Asal

Usul

bahasa

Melayu

1: Kawasan Asia Tengah orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.

Melayu-Proto

Kelompok pertama sampai ke Nusantara menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.

Melayu-Deutro

kelompok kedua sampai ke Nusantara sampai pada tahun 1500 SM, mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Nusantara

2 : Kawasan orang Melayu memang berasal dari Nusantara.


Berdasarkan bukti geografi bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia

beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu :

Bukti-bukti

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 2. Kerajaan Mo-lo-yeu dipercayai berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersamasama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

2.0 : FONOLOGI BAHASA MELAYU Pengenalan Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang. Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata. Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat. Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna. 2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik Fonologi : - Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa. - Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang. Penggolongan bunyi bahasa Melayu ada 2 golongan iaitu a. Fonetik Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara: 1. Fonetik artikulasi mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi 2. Fonetik pendengaran mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan melalui letupan, letusan, sengauan dll. 3. fonetik akustik mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut kategori. b. Fonemik menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonemfonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata. 2.1 Konsep Bunyi

Bunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.

2.2 Konsep Fonem Fonem - (huruf) unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon. - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi. 2.3 Konsep Alofon Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon. 2.4 Konsep Huruf Huruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan. - Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal. - Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam tulisan. Terdapat 3 jenis lambang: i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina. ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa. iii. Lambang fonologis atau fonemik. - Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi dan cyrilik. - Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal. - Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng

2.5 Konsep Suku Kata Konsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman. - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan. - Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Alat-alat Pertuturan Manusia - Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu: a. Artikulator b. Titik Artikulasi Bunyi-bunyi Bahasa a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh. b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong. c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya. - contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan. Alat Ujaran a. alat pernafasan b. alat sebutan a. Alat pernafasan. Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah. i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara. ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan. iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya. iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan

menghasilkan bunyi sengau. v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir

Definisi Fonologi 1. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyibunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 2. Hanya mengkaji bunyi yang bermakna dalam pertuturan manusia 3. Tidak mengkaji bunyi yang tidak bermakna seperti batuk, bersin, berdehem, mengeluh, menguap 4. Bunyi yang diucapkan berbentuk ujaran yang berentetan (tidak putus-putus). 5. Bunyi hanya dipenggalkan menjadi unit-unit kecil (bunyi penggalan atau fon) Contoh : [a] [t] [a] [p] 6 Dalam penulisan fon ditulis dalam tanda kurung ([ ]) yang menandakan fon tersebut merupakan bunyi suatu bentuk bunyi bahasa. Contoh : perkataan sate terdiri daripada fon [s], [a], [t], dan [e] 7. Dalam bahasa tertentu, terdapat unsur bunyi yang tidak dapat dipenggalkan (tidak bersifat penggalan). Bunyi ini dikenali sebagai bunyi suprapenggalan Contoh : makna kata bit dan beat dalam bahasa Inggeris dan naiimum (bahagia) dan naaimun (lembut/licin) dalam bahasa Arab dibezakan dengan unsur kepanjangan 2 cabang Fonologi iaitu : Fonetik 1. Bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut 2. Tiga pendekatan : 2.1 penyebutan - penelitian terhadap cara bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. - dikenali sebagai fonetik artikulasi 2.2 pendengaran - melibatkan alat-alat canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. - mengesan bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran - deskripsi tentang bunyi dapat dilakukan 2.3 sifat bunyi - menggunakan alat palatogram, letromiografi, dan laringoskopi

Fonemik

untuk mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi - dikenali fonetik akustik cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuankajian : mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa, seterusnya menghasilkan sistem tulisan atau ejaan bagi bahasa tersebut

Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras. Konsep Fonem dan Alofon Fonem 1. Unit bahasa yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa 2. Dikenali sebagai bunyi bahasa 3. Berfungsi membezakan makna kata 4. perkataan sama dan sana mempunyai makna yang berbeza disebabkan perbezaan bunyi [m] dan [n]. Bunyi [m] dan [n] dianggap sebagai 2 fonem yang berasingan. Perkataan sama dan sana dianggap sebagai pasangan terkecil berkontras. 5. Memandangkanbunyi [m] dan [n] merupakan 2 fonem yang

Alofon

berlainan, maka tanda kurung [ ] yang menandakan bentuk bunyi akan berubah menjadi tanda / /, untuk menunjukkan status fonem. Oleh itu penulisan bunyi bahasa [m] dan [n] akan berubah menjadi /m/ dan /n/ 6. Dalam bahasa Melayu, sesuatu fonem biasanya mempunyai anggota-anggota lain yang mempunyai ciri fonetik yang sama, tetapi berlainan bunyinya apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Bunyi [p] pada awal kata pekap diujarkan sebagai bunyi yang sempurna. Sebaliknya, bunyi [p] pada akhir kata pekap diujarkan sebagai bunyi letupan tidak sempurna. Ini bermakna, terdapat 2 anggota fonem /p/ iaitu [p] yang letupannya sempurna (terlaksana) dan /p/ yang letupannya tidak sempurna (tidak terlaksana) Varian fonem sebegini dikenali sebagai alofon Rujuk makluman no. 6 di atas Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. 1. Lambang yang diberi kepada fonem 2. Lambang-lambang ini menghasilkan bahasa dalam bentuk tulisan 3. Konsep huruf berbeza dengan fonem. 4. Fonem merupakan unit bunyi bahasa manakala huruf ialah tulisan untuk bahasa tersebut 5. Terdapat 26 huruf Rumi yang melambangkan 26 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal. 6. Bunyi konsonan : (a) 21 huruf tunggal : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z (b) 5 huruf gabungan : gh, kh, ng, ny, sy 7. 6 bunyi vokal dilambangkan oleh 5 huruf : a, e, i, o, u. Huruf e melambangkan 2 fonem ( e pepet dan e taling) 8. 3 fonem diftong : ai, au, dan oi

Huruf

CIRI YANG SAMA UNTUK SEMUA BUNYI VOKAL 1. Udara mesti keluar berterusan. (udara tidak disekat/dihalang/disempit yang merupakan cirri-ciri bunyi konsonan) 2. Udara mesti keluar menerusi rongga mulut. (bunyi vokal bukan bunyi sengauan) 3. Pita suara mesti bergetar (bunyi bersuara). 4. Lelangit lembut mesti dinaikkan. (dalam keadaan ini, anak tekak akan menutup rongga hidung dan udara akan keluar menerusi rongga mulut)

Bentuk bibir : (a) Terhampar : vokal depan (b) Bundar : vokal belakang

Bahagian lidah yang terlibat : (a) Depan lidah : vokal depan (b) Belakang lidah : vokal belakang (c) Tengah lidah : vokal tengah

Kedudukan lidah : (a) Dinaikkan : vokal sempit (b) Diturunkan : vokal luas

KONSONAN
KONSONAN ASLI Daerah sebutan Cara sebut Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian v Bibir p b m w Gigi-gusi t d n s r l LK c j ny y LL k g ng Glotis h -

Cara sebut Letupan

Bibir-gigi -

KONSONAN PINJAMAN Daerah sebutan Gigi Gigi-gusi LK

LL

Anak tekak q

Geseran

f v

th dz dh

sy

kh gh

Geseran Getaran Sisian v

s r l -

h -

Terdapat 2 golongan bunyi konsonan iaitu bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi konsonan dikategorikan sebagai bunyi bersuara sekiranya pita suara begetar semasa proses penghasilan bunyi tersebut dan begitulah sebaliknya. Berikut ialah formula bunyi konsonan yang bersuara :

BaDanG ZaVar Jad Bunyi-bunyi sengauan : /m/, /n/, /ny/ dan /ng/
Formula di atas kelihatan ringkas, tetapi dengan pengetahuan formula tersebut, calon-calon boleh menjawab soalan-soalan subtajuk Fonologi dengan lebih mudah dan cepat.

Beberapa panduan untuk menjawab soalan tentang bunyi diftong. Terdapat 3 bunyi diftong iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. Memandang diftong merupakan gabungan 2 bunyi vokal, maka kebanyakkan ciri-ciri bunyi diftong menyamai ciri-ciri bunyi vokal kecuali ciri-ciri tambahan berikut : 1. Diftong merupakan bunyi geluncuran. 2. Dua huruf diftong mesti terletak dalam satu suku kata. 3. Diftong mempunyai satu puncak kelantangan, berbanding rentetan vokal. Pelajar harus dapat membezakan diftong dan rentetan vokal berdasarkan ciri-ciri di atas. Lihat contoh di bawah. Diftong : sa / kai Rentetan vokal : su / ka / i Diftong : sau / da / ra Rentetan vokal : ba / uk

Sistem Ejaan Bahasa Melayu


(A)Penggunaan tanda sempang (-). 1. ke-2 2. kawan-kawan 3. 1990-an 4. anti-Amerika 5. kepada-Nya hamba-Mu berserah. (B)Mengapakah kata-kata berikut tidak mematuhi 18 pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu ? pamer, lakon, perabot, awet, atom, karbon.

panduan untuk menjawab soalan tentang bunyi konsonan. 1. Udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan. 2. Ada bunyi bersuara (pita suara bergetar) dan ada bunyi tak bersuara (pita suara tidak bergetar) 3. Bunyi bersuara : /b/, /d/, /g/, /z/, /v/. /j/, dan bunyi-bunyi sengauan : /m/,/n/, /ny/ dan /ng/. 4. Konsonan pinjaman :/f/, /v/, /z/ dan semua gugus konsonan/kononan rangkap seperti /sy/, /th/, /dz/ dan gugus konsonan yang lain. 5. Cara sebutan : 5.1 letusan 5.2 letupan 5.3 getaran 5.4 sisian 5.5 sengauan 5.6 geseran 5.7 separuh vokal 6. Bunyi letupan dan letusan dibezakan oleh cara udara dikeluarkan. Sekiranya udara disekat dan dilepaskan serta-merta, maka terhasillah bunyi letupan, dan begitulah sebaliknya sekiranya udara dilepaskan secara perlahan-lahan, maka terhasillah bunyi letusan 7. Daerah sebutan : 7.1 bibir 7.2 gigi 7.3 gusi 7.4 gigi-gusi 7.5 lelangit keras 7.6 lelangit lembut 7.7 glotis 7.8 bibir-gigi Beberapa panduan untuk menjawab soalan tentang bunyi vokal 1. Udara keluar berterusan menerusi rongga mulut 2. Tiada halangan/sekatan kepada udara yang keluar 3. Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara 4. Pita suara mesti bergetar 5. Bahagian lidah yang terlibat akan menentukan vokal depan /tengah atau belakang 6. Kedudukan lidah akan menentukan sempit atau luas. Sekiranya kedudukan lidah tinggi (dinaikkan), maka terhasillah vokal sempit,

dan begitulah sebaliknya sekiranya kedudukan lidah rendah (diturunkan), maka terhasillah vokal luas.

TAJUK : FONOLOGI STPM 2001 24 Dalam pengeluaran bunyi vokal bahasa Melayu, konsep sempit, separuh luas, dan luas dikaitkan dengan A kedudukan lidah B pergerakan lidah C turun naik rahang D bukaan rongga mulut 25 Perkataan yang manakah yang mengandungi bunyi konsonan sengauan akhir kata ? I Tebal II Makan III Bumbung IV Mengantuk A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 26 Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mengandungi diftong ? I Halau , mulai , kuasa II Sepoi , tauliah , kuih III Boikot, haiwan , aurat IV Kerbau , rambai , sekoi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Semasa menghasilkan vokal ini . depan lidah diturunkan serendahrendahnya. Udara dari paru-paru dikeluarkan dan pita suara bergetar. 27 Vokal yang terhasil berdasarkan penyataan di atas terdapat dalam perkataan A buluh B milik C bayar D nenek

29 Kata yang manakah yang mengandungi penggunaan vokal [ e ] pepet dalam suku kata terbuka ? I Kenal II Sental III Merak IV Mengkal A I dan III B I dan IV C II dan III D IIdan IV 30 R A B C D dalam carta di atas ialah vokal depan luas vokal depan sempit vokal depan separuh luas vokal depan separuh sempit

Dalam kegelapan malam , kapal Titanic karam dilanda taufan lalu tenggelam ke dasar lautan. 31 Bunyi konsonan pada akhir perkataan yang bergaris dalam ayat di atas ialah A sengauan gusi B sengauan bibir C sengauan lelangit keras D sengauan lelangit lembut STPM 2002 26 Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan kearah vokal belakang sempit? A taut B kain C halau D hairan 27 Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan gigi-gusi? A pari B gari C kari D tari

Bibir dibundarkan. Belakang lidah diangkat setinggi-tingginya. Udara keluar tanpa sekatan.

28 Bunyi yang dihasilkan berdasarkan keterangan di atas terdapat pada perkataan A ubi, sayu B saya, balik C tolak,boleh D nenek, empat

Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa, tidak dinaikkkan atau diturunkan Buka rahang sederhana luas Keadaan bibir neutral

29 Huraian di atas menerangkan kedudukan alat pertuturan semasa menghasilkan bunyi vokal A tengah B depan luas C depan separuh luas D depan separuh sempit 30 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong. I Terdapat unsur geluncuran II Kombinasi dua bunyi vokal III Membentuk lebih daripada satu suku kata IV Mempunyai dua puncak kelantangan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup 31 Pernyataan di atas merujuk kepada konsep A susunan vokal B keselarasan vokal C penyesuaian dua huruf vokal D penggabungan dua huruf vokal

TAJUK : SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU STPM 2001 11. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya dapat dibuktikan melalui I penemuan batu-batu bersurat II catatan-catatan pengembara Cina III bahasa Melayu menjadi lingua franca IV bahasa Melayu tersebar hingga ke Pulau Jawa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Pilih pernyataan yang benar tentang bahasa Melayu kuno. I Kata kerja pasif ditandai oleh awalan ni II Konsonan / h / diaspirasikan dengan konsonan lain III Kata kerja aktif ditandai oleh awalan ma- , man - dan mang IV Konsonan / v / berubah menjadi / b / dalam bahasa Melayu moden A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III, dan IV Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik ? I Banyak menggunakan ayat pasif II Kata pinjaman jarang digunakan III Banyak menggunakan ayat majmuk IV Penggunaan kata pangkal ayat adalah ketara A I dan II B I dan III C I, III, dan IV D II, III, dan IV

12.

13.

14. Faktor utama yang menyebabkan mudahnya penyerapan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu adalah disebabkan oleh A kesesuaian kata-kata B sifat bahasa Melayu yang dinamis C bahasa Sanskrit lebih tinggi mutunya D tanggapan bahawa bahasa Sanskrit merupkan bahasa sarjana 15. Yang manakah pernyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu A Usaha menerapkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang

B Usaha memperluas penggunaan bahasa melayu dalam kalangan masyarakat C Usaha menterjemah pelbagai bahan bacaan asing ke dalam bahasa Melayu D Usaha membakukan sistem ejaan, tatabahasa, dan istilah dalam bahasa Melayu 16. Pilih pernyataan yang benar tentang bahasa Melayu moden. I Banyak menggunakan ayat aktif II Melalui proses perancangan bahasa III Perkembangan berdasarkan bahasa Inggeris IV Pengaruh Sanskrit dan Arab dikesampingkan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

STPM 2002 11. Antara yang berikut, yang manakah bahasa yang tergolong dalam subkeluarga bahasa Nusantara? I Nias II Irian III Melayu IV Tagalog A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Bahasa Melayu mengalami perkembangan awal pada zaman kerajaan A Sailendra B Sriwijaya C Majapahit D Bangkahulu Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik? I menggunakan tulisan kawi II sering menggunakan bahasa dalam III sering menggunakan ayat songsang IV banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV

12.

13.

14. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah merupakan pengiktirafan terhadap

bahasa Melayu? I Penawaran kursus bahasa Melayu di universiti luar negara II Pewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti luar negara III Penterjemahan karya kesusasteraan asing ke dalam bahasa Melayu IV Penterjemahan karya kesusasteraan dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa asing A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama? I Melaksanakan rancangan yang telah disusun II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Perancangan taraf ialah usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang A bertaraf antarabangsa B digunakan dalam sistem perhubungan dan pendidikan negara C dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara D memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan

16.

1 Cabang-cabang bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia ialah A Nusantara, Austroasia, Polinesia, Melanesia. B Nusantara, Polinesia, Melanesia, Mikronesia. C Nusantara, Austronesia, Polinesia, Melanesia. D Nusantara, Tibet-China, Melanesia, Mikronesia. 2 Ciri-ciri bahasa Melayu kuno yang terdapat pada batu-batu bersurat ialah I awalan ber- ditulis sebagai marII terdapat konsonan rangkap seperti dz dan dh III e pepet selalunya digugurkan atau diganti dengan a IV huruf w digunakan untuk huruf b dalam bahasa Melayu moden. A I dan II B II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV 3 Antara berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik? I Penggunaan bahasa istana. II Wujud penyongsangan ayat. III Penggunaan ayat aktif melebihi ayat pasif. IV Gaya penulisan dipengaruhi oleh bahasa Arab. A I dan II B II dan IV C I, II dan IV D I, III dan 4 Antara berikut yang manakah dititikberatkan sewaktu membuat keputusan dasar tentang perancangan bahasa? I Pemilihan bahasa yang akan dirancang. I Pemilihan bahasa kebangsaan III Kedudukan bahasa-bahasa lain IV Pemilihan bahasa standard daripada pelbagai bahasa dialek A I dan III B III dan IV C I, II dan III D I, III dan IV 5 Dalam perancangan bahasa, pengekodan penting dan usaha ini dikaitkan dengan A penciptaan istilah teknikal B pemilihan sebutan standard C penyediaan sistem ejaan standard

D pengayaan bahasa standard 6 Antara peristiwa-peristiwa berikut, yang mankah menggambarkan penggunaan bahasa mesra? I Perbualan antara ibu dan ayah II Adik bertengkar dengan kakak III Perbincangan dua sahabat tentang kerja IV Perbualan dua orang dari dailek yang sama A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 7 Antara berikut, yang manakah ciri utama laras rencana? I Kerencaman idea II Mementingkan tajuk III Gaya terkawal IV Bersifat umum A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV 8 Penggunaan kata ganti nama diri dipengaruhi oleh faktor yang berikut kecuali A taraf sosial seseorang B hubungan antara penutur C suasana persekitaran D latar belakang pendidikan 9 Dalam bahasa Melayu, akhiran wi, -iah, -in, dan at dipinjam daripada bahasa A Latin B Parsi C Arab D Sanskrit Penyediaan ejaan Penyediaan tatabahasa Penyediaan variasi standard 10 Penyataan di atas merujuk usaha perancangan bahasa dalam bahagian A kodifikasi B pelaksanaan

C pemupukan D pembinaan Bahagian belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut. Pita suara bergetar. Udara keluar dari paru-paru tanpa sekatan. 11 Vokal yang terhasil berdasarkan pernyataan di atas terdapat dalam perkataan A pilih B alam C buluh D sotong 12 Antara bunyi yang berikut, yang manakah sewaktu menghasilkannya depan lidah diangkat pada kedudukan yang paling tinggi? A [o] B [e] C [u] D [i ] 13 Vokal akhir pada kata [baharu] ialah A vokal depan sempit B vokal belakang sempit C vokal depan separuh sempit D vokal belakang separuh sempit Hujung lidah diangkat ke arah gusi dan digetarkan Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar 14 Huraian di atas menerangkan penghasilan A konsonan sisian gusi B konsonan getaran gusi C konsonan geseran glotis D vokal depan sempit 15 Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi konsonan. I Semua konsonan bersuara II Semasa menghasilkan konsonan, pita suara bergetar III Semasa menghasilkan konsonan, arus udara yang keluar menerima sekatan IV Keadaan lelangit lembut menentukan sama ada konsonan sengau atau tidak A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV Depan lidah ditemukan pada lelangit keras Lelangit lembut dinaikkan Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan Pita suara tidak bergetar 16 Perkataan yang terhasil daripada bunyi konsonan di atas ialah A cangkul B jagung C gelung D kalung 17 Pilih kumpulan perkataan yang kesemuanya menggunakan gabungan dua huruf yang mewakili satu bunyi konsonan. A Nyata, tenang, karbon B Bangun, syarat, tarikh C Doktor, hanyut, manja D Luncur, Quraisy, khusus 18 Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mengandungi diftong? I Halau, mulai, kuasa II Sepoi, tauliah, kuih III Boikot, haiwan, aurat IV Kerbau, rambai, sekoi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 19 Antara kata yang berikut, yang manakah mengandungi konsonan pinjaman? I Lazim II Tamak III Khianat IV Syarahan A III dan IV B I,II, dan III C I, II, dan IV D I,III, dan IV

20 Diftong [ai] ialah bunyi yang dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas, kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi A vokal depan sempit B vokal belakang luas C vokal depan separuh luas D vokal tengah separuh luas 21 Dalam pilihan jawapan yang manakah tanda (:) digunakan dengan betul? I Bilang: 1,2,3 dan 4 II Pilih dua daripada tajuk yang berikut: III Sekarang sudah pukul 3:50 pagi IV Baju itu berwarna warni: hijau, kuning, biru, dan merah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 22 Penggunaan tanda sempang pada tempat yang salah, adalah pada contoh A ke-25 B rahmat-Nya C ko-kurikulum D karang-mengarang 23 Antara ayat yang berikut,ayat manakah yang memerlukan tanda koma (,)? A Ketika sedang berjalan-jalan ia ternampak pokok rambutan. B Getah merupakan eksport malaysia yang utama. C Budak yang terjatuh itu menjerit kesakitan. D Mereka sedang berjalan-jalan sewaktu dilanggar dari belakang oleh lori itu. 24 Antara yang berikut, yang manakah ayat-ayat yang mempunyai kata yang memerlukan penggunaan tanda (-)? I Kita bermohon kepadaNya dengan penuh ikhlas. II Mereka bekerja terus menerus selama dua jam. III Sebagai pelajar kita mesti peka terhadap hal ehwal semasa. IV Beberapa orang pemuda telah ditangkap dalam perhimpunan antikerajaan itu. V Batu bersurat yang pertama ditemukan ialah batu bersurut kurun ketujuh. A I,II dan III B I,III dan IV C I,II,III dan IV D I,II,III.IV dan V

25 Tanda sempang mengikut sistem ejaan baharu bahasa Melayu, digunakan untuk I menyambung suku kata yang dipisahkan oleh peralihan baris. II memperjelas sesuatu ungkapan. III merangkaikan partikal ke- dengan angka yang ditulis dalam huruf. IV merangkaikan angka yang menunjukkan bulan dan tahun. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 26 Dalam ayat yang manakah tanda koma (,) tidak diperlukan? A Disebabkan sudah terlalu lama menunggu, dia terus beredar. B Setelah lama berbincang dengan ibunya, dia menolak lamaran itu. C Kereta itu rosak teruk, walaupun baru sahaja dibeli. D Memandangkan biaya untuk menuntut di luar negara tinggi,maka dia hanya menuntut di universiti tempatan. 27 Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri kata adjektif? A Boleh menjadi predikat ayat B Boleh mengikuti kata penguat C Boleh diikuti unsur keterangan D Boleh hadir di hadapan kata kerja 28 Walaupun hari telah beransur senja, Pak Dollah dan isterinya masih diladang. Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya.Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam.Bagi pasangan itu, sebahagian daripada buahbuahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka. Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas ialah A telah,masih B mahu,boleh C sedang,mahu D masih,sedang 29 Yang manakah ayat yang menggunakan kata adjektif cara dengan betul? I Perahu itu hanyut dibawa arus yang deras. II Kawasan terbiar itu dipenuhi pokok renek. III Suara penyanyi utama kumpulan nasyid itu sungguh mersik. IV Gol itu dijaringkan melalui tendangan kencang penyerang pasukan itu. A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV 30 Pilih yang berikut, yang menggunakan kata pemeri dengan betul. A Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor Bahru. B Encik Hashim adalah ketua kumpulan kami yang baru. C Adalah dimaklumkan bahawa tugasan ini perlu disiapkan dengan segera. D Latihan merumus karangan itu adalah bukan untuk semua pelajar dalam kelas ini. 31 Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelangkap. A Ikan peliharaannya semakin membesar hari demi hari. B Walaupun dalam kemiskinan, dia tetap tabah membesarkan anak-anaknya. C Kerajaan bercadang memperbesarkan pasukan tentera laut setanding dengan negara-negara jiran. D Sikap sesetengah pihak yang lebih suka membesar-besarkan perkara yang kecil sangat dikesali. 32 Antara berikut ,yang manakah ayat yang mengandungi kata yang yang berfungsi sebagai penanda nama? I Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga II Keluarga mangsa wabak JE yang mati itu telah diberi bantuan III Yang digemari oleh pelancong itu ialah permainan tradisional. IV Pelajar yang tekun berusaha tanpa mengenal penat sahaja akan berjaya. A I dan III B I dan IV C II dan III D III dan IV 33 Antara yang berikut, yang manakah kata yang tergolong dalam akronim? I Jelantah II Jentolak III Berdikari IV Berdikari A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul?

A Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi. B Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan tenaga mahir. C Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 15 Mac 2007. D Keputusan pertandingan yang diumumkan adalah di luar jangkaan. 35 Pilih padanan yang betul antara jenis kata bilangan dengan contohnya. Jenis kata bilangan (Contoh) A bilangan himpunan (segala) B bilangan kardinal (keseratus) C bilangan pisahan (setiap) D bilangan tak tentu (sesuku) 36 Ayat yang berikut mengandungi kata kerja meN-kan dengan dua objek kecuali A Kakak saya membacakan ayah surat daripada abang. B Aminah memakaikan anaknya sepasang baju kurung. C Jururawat itu membawakan nenek sehidangan makanan. D Dia mengemaskan bilik adik yang berselerak dengan buku. 37 Pilih ayat yang tidak mengandungi kata majmuk. A Tetamu membawa buah tangan. B Dia memakai baju kebaya merah. C Harga sayur-sayuran di pasar tani murah. D Pekerja syarikat itu mengadakan mogok umum. Banyak siswazah kini yang mahu bekerja sendiri. Mereka mesti berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan 38 Kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah A kata bantu aspek. B kata bantu ragam. C kata penguat bebas. D kata penguat hadapan. 39 Antara ayat berikut, yang manakah menggunakan kata sampai sebagai kata kerja? A Azim selalu sampai pada waktu yang dijanjikan. B Dia bertanya sampai bilakah Azmi akan membujang? C Lukman terlalu banyak berhutang sampai hidupnya melarat. D Arni tidak sampai hati melihat kekejaman yang berlaku di depan matanya. 40 Antara yang berikut, yang manakah menggunakan kata berimbuhan meNkan yang membawa makna kausatif?

I Emak memasakkan bapa nasi lemak. II Perbuatan Halimah itu memalukan seluruh ahli keluarganya. III Berita kematian Pak Abu amat mendukacitakan kawan-kawannya. IV Encik Ahmad telah mendirikan rumahnya secara bergotong- royong. A II dan III B I, II dan III C I, III dan IV D II, III dan IV

STPM 1999 1. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang bunyi vokal? A Semasa bunyi dihasilkan, tiada getaran pada pita suara. B Semasa bunyi dihasilkan dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru mengalami sekatan di rongga mulut. C Semasa bunyi dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru mengalami sempitan di rongga mulut. D Semasa bunyi dihasilkan, udara yang keluar dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. 2. Antara yang berikut, yang manakah pasangan-pasangan kata yang dieja dengan betul? I Ke lima 1970-an II Kokurikulum poliklinik III Antikomunis pro-Malaysia IV Sub-bidang petro-kimia A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sambil bersantai di tepi pantai mereka bergurau senda dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. 3. Apakah jenis bunyi pada suku kata akhir kata-kata yang berhuruf condong dalam ayat diatas? A Vokal B Diftong C Urutan vokal D Persamaan rima STPM 1998 4. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut disekat dan dilepaskan perlahanlahan.Pernyataan di atas sesuai untuk penghasilan konsonan A letupan B getaran C letusan D sengauan 5. Antara kata yang berikut, yang manakah yang menggunakan konsonan pinjaman bahasa Arab? I Nganga II Nyanyi III Ghairah

IV Masyarakat A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Udara dari paru-paru disekat dengan merapatkan dua alat pertuturan seperti dua bibir,bibir-gusi, dan lidah-lelangit keras. Udara kemudian dilepaskan dengan cepat. 6. Huraian di atas merujuk kepada penghasilan bunyi A letusan B letupan C getaran D geseran 7. Antara kata yang berikut, yang manakah yang mengandungi konsonan letupan bersuara? I Papa II Sabun III Sedar IV Pakat A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Belakang lidah dinaikkan tinggi Lelangit lembut menutup rongga hidung Pita suara mengalami getaran Udara dikeluarkan dari mulut Bibir berkeadaan bundar 8. Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas dilambangkan oleh A [o] B[e] C [u] D [i] 9. Antara yang berikut, yang manakah yang tidak benar tentang konsonan letupan? A Boleh dihasilkan bersuara atau tidak bersuara B Semasa dihasilkan udara dilepaskan dengan serta merta C Letupan bersuara hadir pada akhir kata bahasa Melayu asli D Daerah artikulasinya ialah bibir,gusi,lelangit lembut dan glottis

E Boleh terletak di awal, di tengah, dan di akhir kata STPM 1997 Pita suara digetarkan Udara disekat dengan menutup kedua-dua bibir Bahagian lelangit lembut diangkat ke belakang rongga tekak Udara dilepaskan serta merta dengan tekanan yang kuat 10. Huraian di atas merupakan proses untuk menghasilkan bunyi A getaran B letusan bersuara C letupan bersuara D letupan tak bersuara 11. Antara kata yang berikut, yang manakah yang mengalami proses glotalisasi atau hentian glottis ketika bunyinya dihasilkan? I Takbur II Taakul III Taat IV Takdir A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV STPM 1996 12. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri diftong? I Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal II Bunyi diftong dihasilkan tanpa getaran III Diftong dilafazkan sebagai bunyi geluncuran IV Diftong mempunyai dua puncak kelantangan A I dan III B II dan III C III dan IV D I dan IV 13. Keadaan sempit,separuh sempit,separuh luas dan luas semasa pengeluaran bunyi vokaldikaitkan dengan I turun naik lidah II bukaan rongga tekak III bukaan rongga mulut IV bukaan rongga hidung

A I dan III B II dan III C III dan IV D I dan IV 14. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang bunyi konsonan? I Semua bunyi konsonan memerlukan getaran pita suara II Lazimnya bunyi konsonan sengauan memerlukan getaran pita suara III Semua bunyi konsonan mengalami halangan udara ketika dihasilkan IV Untuk menghasilkan konsonan hentian glottis,lelangit lembut diturunkan A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 15. Antara ayat berikut, yang manakah yang mempunyai kata yang ejaannya tidak mematuhi peraturan keselaraasan vokal? I Belut sejenis ikan yang banyak mengandungi khasiat II Perabot yang dibuat daripada kayu tropika sangat cantik III Encik Harun dipilih menjadi calon dalam pilihan raya itu IV Pasukan itu mengalami kekalahan teruk kerana salah seorang anggotanya telah belot A I dan II B II dan III C II dan IV D I dan IV STPM 1995 Bunyi ini dikeluarkan dengan mengangkat tinggi bahagian belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Keadaan bibir bundar 16. Bunyi yang dimaksudkan ialah A vokal hadapan sempit B vokal belakang sempit C vokal belakang separuh luas D vokal hadapan separuh sempit E vokal belakang separuh sempit

15 296 37 48

17. Pada gambar rajah di atas, bahagian yang bertanda 2 mewakili vokal depan A separuh sempit B separuh luas C luas D tengah STPM 1994 18. Antara yang berikut, yang manakah pasangan-pasangan kata yang dieja dengan betul? I ke tiga-ke-2 II Kokurikulum-koperasi III Antikomunis-anti-Amerika IV Alat pandang-dengar-menganak tirikan A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV STPM 1993 Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan Pita suara bergetar Bibir berada dalam keadaan agak terhampar 19. Pernyataan di atas merupakan cara-cara menghasilkan bunyi A vokal depan luas B vokal depan sempit C vokal depan separuh sempit D vokal belakang luas STPM 2002 20. Antara yang berikut, yang manakah bunyi yang dihasilkan dengan menggetarkan pita suara? I [k] II [t] III [g] IV [d] A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

21. Antara bunyi yang berikut, yang manakah sewaktu menghasilkannya lidah diangkat pada kedudukan yang paling tinggi? I [o] II [e] III [u] IV [i] A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 22. Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit? A Taut B Kain C Halau D Hairan 23. Antara yang berikut, yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan gigi-gusi? A Pari B Gari C Kari D Tari Bibir dibundarkan Belakang lidah diangkat setinggi-tingginya Udara keluar tanpa sekatan 24. Bunyi yang dihasilkan berdasarkan keterangan di atas terdapat pada perkataan A ubi,sayu B saya,balik C tolak,boleh D nenek,empat Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa,tidak dinaikkan atau diturunkan Buka rahang sederhana luasnya Keadaan bibir neutral 25. Huraian di atas menerangkan kedudukan alat pertuturan semasa menghasilkan bunyi vokal A tengah B depan luas C depan separuh luas

D depan separuh sempit 26. Pilih pernyataan yang benar tentang bunyi diftong? I Terdapat unsur geluncuran II Kombinasi dua bunyi vokal III Membentuk lebih daripada satu suku kata IV Mempunyai dua puncak kelantangan A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata tertutup 27. Pernyataan di atas merujuk kepada konsep A susunan vokal B keselarasan vokal C penyesuaian dua huruf vokal D penggabungan dua huruf vokal STPM 1992 28. Antara berikut, yang manakah yang merupakan prinsip-prinsip sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu? I Kata-kata jati dieja dan diucapkan menurut prinsip keselarasan vokal II Kata-kata ambilan daripada bahasa Inggeris dieja dengan mengutamakan bentuk visual asalnya tetapi diucapkan menurut sebutan bahasa Melayu III Kata-kata daripada bahasa-bahasa Nusantara dieja mengikut prinsip keselarasan vokal dan disebut menurut sebutan bahasa Melayu IV Kata-kata ambilan umum daripada bahasa Arab dieja menurut ejaan Rumi dan diucapkan menurut kaedah sebutan bahasa Melayu A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV

You might also like