You are on page 1of 40

Sejarah dan Asal Usul Orang Melayu

Pengenalan

Melayu (‫ )ماليو‬merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu (‫ )ماليو بهاس‬dan
mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di
sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya
Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber
sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Etimologi

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun
menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang
berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang
yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan
yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun
demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa
semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada
keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya
Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini
menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau
malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya,
Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis
sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang
dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji
beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar
tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa
perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau
Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan
orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi
kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi,
di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus
kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan
negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali
bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis
penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, Iaitu:

 Penakrifan undang-undang

 Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang
Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut
perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam


2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di
Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka
dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu
yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga
kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang
Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya
sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang
berlainan.

Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu
dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan
selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok
masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk
dalam bangsa Mongoloid.

Asal usul bangsa Melayu


Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat
beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para
sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

 Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)


 Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal
daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan
Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat
bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R
Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang
menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu.
Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan
Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran
dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi,
penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai
Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan
pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks
Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari
Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu
menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito,
Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan
ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada
orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit
gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan
yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM.
Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan
kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali
sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai
Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno
yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan
mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana
dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini
menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan
berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu
serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua
bahasa adalah satu fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang
Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan
mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan
bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

http://sejarahini.blogspot.com/2013/06/sejarah-dan-asal-usul-orang-melayu.html

Asal Usul Orang cina Malaysia

Asal usul orang cina Malaysia adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi
warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka. Kebanyakan mereka ialah keturunan
pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
Namun demikian, kemasukan yang agak jelas adalah bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku
selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Di Malaysia, kaum
ini biasanya dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa.

Seawal tahun 1404 lagi hubungan baik antara Melaka dengan China telah berlaku melalui
lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka
sebagai utusan Maharaja China. Parameswara dan bakal penggantinya selepas itu pula telah
mengadakan kunjungan hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411. Kesan
daripada hubungan baik ini juga, Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China
sudi menaungi keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika itu.

Kaum Cina datang ke tanah melayu untuk berdagang seperti orang India dan juga kebanyakan
komuniti lain ke tanah melayu pada zaman Melaka. Melaka sebagai Negara kecil pada masa itu
mempunyai kedudukan yang strategik dan terletak di antara laluan China dan India
membolehkan setiap pedagang Cina datang dan singgah ke pelabuhan Melaka. Orang China
datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih timah, gincu, lada
hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain
sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan
yang luas dan ‘mewah’ ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat
konsisten dan berterusan pada masa itu.

Sebab kedatangan orang cina

a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya
menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi
ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku
kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk
yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak
mencukupi.

ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China


Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke
Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar
diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering
melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan
yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh
Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak
lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan.
Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman
Kerajaan Manchu.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke
Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah
satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar
terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor)
menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah
untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu
faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan
pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga
buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896
telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal
Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan
banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

Cara kemasukan orang cina

a.) Melalui sistem tiket kredit


Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen.
Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka
dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah
habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

b.) Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun
dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China
memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

c.) Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang
Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan
masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga
cengkih.

Kemasukan golongan Cina membawa sedikit banyak kesan kepada pelbagai aspek terhadap
sosiobudaya masyarakat di Tanah Melayu. Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial,
ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu. Hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China
dari aspek politik terjalin dengan kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka. Perkahwinan
antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan salah seorang Puteri Maharaja China
iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi hubungan politik antara Melaka dan China.
Gelombang pertama pada abad kelima belas ini telah membawa gologan bangsawan, pengikut-
pengikut dan hamba dari Negara China. Kebanyakan golongan ini terdiri keturunan Fujian.
Rombongan ini membawa masuk orang China yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk
tempatan membentuk masyarakat peranakan.

Kesan daripada aspek sosial kemasukan masyarakat China kepada Tanah Melayu ialah berlaku
perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan
pelayan Cina yang mengiringi keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti
Sultan Mansur Shah. Wujudnya suatu golongan yang digelar baba cina yang memang
mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan adalah melalui perkahwinan dan pembaharuan
sosial. Pembaharuan sosial inilah yang dikaitkan dengan proses amalgamasi di Malaysia oleh
para sarjana antropologi dan sosiologi.

Hubungan pedagang China dengan Tanah Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7
kalau dikira dalam aspek ekonomi. Hubungan ini mewujudkan kesan utama dalam bidang
ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu
mempopularkan pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15. Ini kerana hubungan ekonomi
yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan Melayu. Pada ketika itu, China datang
dengan membawa banyak benda-benda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti
sutera, tembikar, teh dan sebagainya. Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu
memperluaskan perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan
yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.

Dari aspek kesenian juga, masyarakat Cina telah mempengaruhi kesenian tempatan. Jika dilihat
di Melaka sahaja, beberapa buah masjid tua ternyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat
Cina yang jelas di Melaka. Sebagai contoh, menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan
senibina Pagoda di China. Seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina juga
merupakan satu contoh. Pengaruh lain ialah dalam pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi
Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak dahulu lagi.

Pada gelombang kedua iaitu pada abad 19 ke 20, Orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke
Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan
Hainan. Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-
lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British.

https://www.scribd.com/document/91234575/Asal-Usul-Orang-Cina-Malaysia-1

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/masyarakat-imigran-di-malaysia/

AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA


a. Kepercayaan Primitif / Animisme ( menyembah unsur alam )

ZAMAN SHANG

i. Pemujaan alam semula jadi seperti angina,bumi dan sungai


ii. Pemujaan roh nenek moyang dan dewa dewi.

 Upacara sembahyang /pemujaan dilakukan oleh pawing


 Manusia dan binatang dikorbankan dengan ‘’ tulang dawata‘’
 Tulang dawata diukir pada tulang kerbau dan kulit kura-kura.
 Raja akan mengikut tafsiran pawang berdasarkan tulang dawata.

ZAMAN CHOU

i. Penyembahan nenek moyang,bulan,sungai dan binatang


ii. Percaya bahawa roh nenek moyang boleh menghukum mereka atau membantu
mereka membuat keputusan bijak.
iii. Penghormatan diberi dengan menyediakan makanan dan minuman keras untuk
mereka.
iv. Jika nenek moyang ditanam di tempat baik, keturunannya akan menerima rezeki
banyak.
v. Roh nenek moyang berada di tahap antara manusia hidup dengan Tuhan dan pada
satu hari nenek moyang akan menjadi Tuhan.

b. Penyembahan Tokoh

ZAMAN HAN

i. Bermulanya penyembahan tokoh.


ii. Diperkenalkan oleh Hu Ti dengan mendirikan tokong untuk ibu bapanya
( Han Kao Tsu ) di seluruh negara.
ZAMAN TANG

i. Kemunculan agama Buddha dari India dengan membawa orang Buddha dari India.

AGAMA BUDDHA

 Siddharta Gautama atau Gautama Buddha ialah pengasas agama Buddha.


 Sampai ke Cina pada 399M oleh sami bernama Fa Hsien.
 Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan ksyatria
terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.
 Sistem kasta menjadi tegar dan menjadikan masyarakat tidak teratur pada masa
itu.Maka,Buddha mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di Uruveda.
 Lotus Sutra ialah kitab rujukan utama.
 Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana :

o Bersifat terbuka dan senang difahami.


o Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfisiunisme .
o Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam negara.
o Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam kesusahan
disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara.
o Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme.

 Tokoh utama seperti

o Kuan Yin yang bermaksud mata cemerlang.


o Amitabha atau Amida bermaksud Syurga Barat.
 Ajarannya:

o Falsafah bagaimana menyerapi hidup tanpa masalah.


o Hidup sebagai sami yang fakir dan tidak boleh berkahwin.
o Perempuan menjadi rahib.
o Bertapa di kuil menjadi alternatif kepada masalah yang tiada penyelesaian.
o Mereka merayakan Hari Wesak.

 4 kebenaran mulia dalam agama buddha

i. Dukka / penderitaan
ii. Samudaya / sebab penderitaan
iii. Niradha / nafsu yang membawa penderitaan
iv. Marga / cara memadamkan nafsu dan keinginan

 Jalan Lapan Lapis Mulia


i. Pengetahuan yang baik
ii. Pemikiran yang baik
iii. Perkataan yang baik
iv. Pertapaan yang baik
v. Keinginan yang baik
vi. Kehidupan yang baik
vii. Usaha yang baik

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA :

Dalam tamadun China,terdapat 4 aliran pemikiran utama.Ianya:

I. KONFUSIANISME
 Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah,
keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
 Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan
atas nama Konfusius.
 Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama

 mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
 Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang
baik iaitu:

 Perikemanusiaan (ren)
 Kewajaran (yi)
 Kesusilaan (li)
 Kearifan (zhi)

 Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang
sama pada peringkat permulaan hayat.
 Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
 Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
 Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
 Wulun merupakan 5 jenis hubungan sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:

 raja dengan menteri


 ayah dengan anak
 suami dengan isteri
 abang dengan adik
 kawan dengan kawan

ii. MOISME

 Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).


 Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat
(jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming)
dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
 Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan
pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.

III. TAOISME

 Lao Tze dikenali sebagai Guru Tua (604 S.M.)


 Berada dalam perut ibunya selama 82 tahun.
 Nama asal ialah Li Peh Yang.
 Lao Tze bermaksud orang tua yang bijaksana.
 Hidup selama 200 tahun kerana makan raksa.
 Menulis buku “The Way of Virtue”.
 Ajarannya:

• Bertapa di gua atau gunung untuk hapuskan dosa.


• Antimaterialisme - meninggalkan hal dunia.
• Tenaga batin - tenaga dalam jiwa dibangkitkan melalui yoga dan meditasi.

IV. LEGALISME

 Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti
Qin.

 Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran


Legalis.Iaitu:
 Kuasa (Shi).
 Cara (Shu).
 Perundangan (Fa).

 Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah


terhadap rakyatnya.
 Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik
daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
 Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara
China.
 Book of the Lord of Shahg:
 Menentang idea dunia feudal.
 Bangsawan harus diganti dengan hierarki tentera.
 Muzik, sejarah dan falsafah merosakkan masyarakat / negara.
 Pertanian dan peperangan disanjung segagai asas negara.

AGAMA LAIN

I. AGAMA NICHIREN SHOSHU

 Diasaskan oleh Nichiren Daishonin (16 Feb 1222)


 Hasil keraguan terhadap beberapa ajaran Buddha.
 Ajarannya:
o Gohonzon ditulis dengan perkataan Cina dan dua perkataan Sanskrit daripada
dakwat Sumi Pemujaan Gongyo secara konsisten akan membersihkan diri drpd
kejahatan batin seperti rakus dan denda.
o Memperdalamkan ilmu dengan membaca serta merenung inti ajaran dalam surat
Nichiren.

II. AGAMA PEMBANGUNAN AKHLAK

 Menggabungkan ajaran agama-agama besar.


 Setiap agama mengajar manusia berbuat baik.
 Biasanya dianuti oleh golongan kaya.

III. AGAMA ISLAM

 Islam datang pada abad ke-7.


 Orang Cina Islam dianggarkan melebihi 60 juta.
 Islam dianuti oleh orang Hui.
 Masih memegang kepada budaya.
 Contoh:

o Warna merah dicatnya kepada masjid.


o Gunakan penyepit dan makan dengan chosptik.

IV. AGAMA KRISTIAN

 Kristian Katholik sampai pada abad ke-13.


 Kristian Protestan sampai pada abad ke-19.
 Anak muda tertarik kepada agama ini.
 Mazhab di Malaysia ialah Protestan.

V. ATEISME

 Menafikan kewujudan Tuhan.


 Tuhan hanya merupakan ciptaan manusia menerusi khayalan.
 Mereka akan buangkan tradisi orang Cina.

KOSMOLOGI DALAM MASYARAKAT CHINA

a. Tian

 Tian merujuk kepada langit ( Heaven )dan penghuraian tentang Syurga.


 Dewa Tian merupakan Dewa terpenting serta tertinggi seperti langit.
 Mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.
 Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
 Dirujuk kepada teori metafizik China.
 Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan,keadilan dan pemerintahan

b. Di/Ti

 Merujuk kepada bumi.


 Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai
penjaga/pemelihara.

c. Dao/Tao

 Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kearah kebaikan.


 Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat / kelakuan baik atau buruk
seseorang.
 Menurut Konfusius : konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu,ia sejenis
pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
 Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu puncautama kehidupan (Tuhan) & pencapaian
ketahap penyatuan dengan Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian
tertinggi dalam pembinaan diri seseorang.
 T’ien dan Di juga berasal dari Dao.

d. Konsep Yin dan Yang

 Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap,
basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.
 Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi.
 Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme.
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung

 Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.
 Menekankan kesederhanaan, keseimbangan bagi mewujudkan keharmonian alam
semesta.
 Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung

 Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara


mendapatkan keseronokan yang maksima.
 Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap keharmonian yang diibaratkan sebagai
Jalan Agung. Iaitu,dunia yang boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil.

https://www.scribd.com/doc/27642508/Agama-Dan-Kepercayaan-Masyarakat-Cina

1.1 Pengertian Agama dan Kepercayaan menurut masyarakat Melayu

Jika merujuk pada tatanan ilmu social, maka agama dikatakan sebagai sistem kepercayaan yang
teratur atau terorganisasi. Sedangkan kepercayaan adalah keyakinan yang ditujukan kepada satu-
satu fenomena kepercayaan atau tidak memimiliki ciri-ciri yang terorganisasi ataupun tersistem.

Pada masyarakat melayu, mereka membedakan antara agama dan kepercayaan. Menurut
masyarakat melayu, Agama yang dianggap oleh mereka adalah agama-agama besar yang diakui
oleh pemerintah. Seperti Islam, Kristen, Khatolik, Hindu dan Budha. Sementara keyakinan-
keyakinan seperti penyembahan pada ‘dewa-dewa’ dan kepercayaan akan kekuatan yang dimiliki
makhluk halus (jin, hantu, jembalang, sikodi dan lainnya) hanya dianggap sebagai suatu
kepercayaan saja. Seperti yang terdapat pada suku ‘terasing’ – Suku Talang Mamak, Suku Akit,
Suku laut, dan lainnya. Maupun kepercayaan yang juga mencangkup masalah upacara-upacara
yang lahir dari kebiasaan-kebiasaan lama orang melayu, seperti tepung tawar, mati tanah dan
lainnya.
Namun sebenarnya yang dikatakan kepercayaan dalam masyarakat melayu itu bukan hanya
dalam kepercayan lama saja yang menjadi peninggalan masa lampau seperti animisme, tapi juga
kepercayaan yang datang setelahnya, seperti kepercayaan agama agama hindu, budha dan Islam
sendiri. Dimana Islam yang datang terakhir mengakomodir semua unsur kebudayaan tersebut
secara perlahan, serta melakukan penelusuran terhadap hal-hal yang bertentangan dengan Islam.

1.2 Kepercayaan awal dalam kehidupan orang Melayu

Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana
mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang
mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan
ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja pantai atau
semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.

Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan
sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan,
mentera, adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan
itu. Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacara
yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dan
sebagainya.

Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang
bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu
daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larang kerana
asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa ghaib.

Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang
dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun, tabib, pawang, nenek
kebayan dan sebagainya yang bertanggung jawab memulih diri seseorang yang dipercayai
disampuk atau hilang semangat.

Terdapat juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya individu
yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi perlindungan.
Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agar dapat memberi
perlindungan. Dalam kepercayaan melayu itu sendiri terdapat enam benda atau tempat yang
dikeramatkan.

1. Objek alam seperti batu, puncak gunung, pulau dan tanjung.


2. Binatang seperti harimau, dan buaya putih.
3. Kubur ahli sihir atau pawing.
4. Kubur orang yang membuka pemukiman baru.
5. Pemakaman ulama Islam
6. Ulama yang masih hidup
1.3 Agama dalam kehidupan orang Melayu

1.Agama Hindu
Pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke 6 lagi yang dibawa oleh pedagang India.
Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmana dan penerimaan
agama ini oleh golongan pemerintah.

Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja
yaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai
pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu kerajaan
Langkasuka dan kerjaaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan
Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat
di Lembah Bujang, Kedah.

Dikarenakan prinsip kedatangan agama hindu yang diarahkan pada kaum bangsawan, banyak
pihak yang mengatakan bahwa sebenarnya hanya golongan bangsawanlah yang menganut agama
ini dengan sungguh-sungguh. Meskipun mereka sendiri tidak benar-benar paham dengan ajaran
filsafat hindu yang asli.
Mereka hanya mementingkan perkara yang berkaitan dengan tata upacara serta ajaran-ajaran
yang membesarkan keagungan dewa bagi kepentingan mereka sendiri, sehingga secara tidak
langsung dengan menjadi penganut agama hindu mereka memperkukuh kedudukan mereka
didalam struktur lapisan didalam puncak masyarakat.

Adapun dalam masyarakat melayu mereka lebih cenderung bersifat seni dibanding harus
memahami kehalusan metafisik hindu yang bersifat filsafat. Beberapa kesusasteraan agama asli
hindu-india yang diadopsi kedalam bahasa hindu-melayu telah ada pada mahabrata dan
baghavad gita yang menggambarkan kehidupan arjuna dan bharatayuddha yang kesemuanya
tidak menampakkan filsafat hindu asli.

2.Agama Budha
Agama Buddha pula turut tersebar di kalangan masyarakat melayu dan ia mempunyai pertalian
dengan agama Hindu. Ini disebabkan agama ini mengalami pengakomodiran dengan unsur-unsur
agama Hindu
Agama ini diasaskan oleh Sidharta Gautama di India. Agama ini melarang manusia melakukan
kekejaman karena ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
Ajaran agama Buddha ini mudah diterima karena anggapan mereka bahawa pengasas agama
Buddha merupakan penjelmaan kembali salah satu daripada Dewa Hindu.

3.Agama Islam
Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan kepercayaan Hindu
Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu.
Masuknya agama islam itu sendiri sebenarnya dari berbagai cara, yaitu:

1.Melalui jalur perdagangan, dimana ada suatu keyakinan bahwa sebenarnya para saudagar yang
melakukan perjalanan ke Indonesia sebagiannya adalah para sufi yang kemudian menyebarkan
islam di nusantara termasuk ditanah melayu.
2.Melalui pernikahan, dimana para muslim melakukan pernikahan dengan penduduk pribumi.
Hal itu menjadi cara lain untuk menyebarkan islam kepada masyarakat pribumi, termasuk
ditanah melayu.

3.Mendekati kaum bangsawan, hal ini biasanya dilakukan atas dasar asumsi bahwa jika kaum
bangsawan apalagi raja masuk agama islam maka rakyat juga akan ikut masuk kedalam agama
islam.
Agama Islam disebarkan oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran
Islam menekankan dua aspek penting iaitu Akidah dan Syariah. Akidah ialah kepercayaan
seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah manakala syariah merupakan perundangan dan hukum
Islam berdasarkan Al Quran dan Hadis.

Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar dalam politik, perundangan,
ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu.

Dari segi politik jelas dapat dilihat dengan penggunaan gelaran pemerintah yaitu raja telah
digantikan dengan gelaran sultan. Bahkan sultan dianggap sebagai ketua agama Islam. Segala
upacara resmi didahului dengan doa. Pemimpin agama merupakan penasihat sultan dalam hal-hal
mengenai hukum syarak atau hal berkenaan dengan agama Islam.

Dalam aspek perniagaan, Islam mengharamkan riba dan menggalakkan umatnya mencari rezeki
yang halal. Disamping itu amalan zakat dan fitrah sedikit sebanyak telah membantu golongan
yang kurang berkemampuan untuk menjalani kehidupan

Dari segi sosial pula wujudnya semangat jihad bagi memilihara kesucian agama Islam daripada
penjajahan Barat. Dari segi adat pula didapati terdapat pengkomodiran dengan unsur Hindu-
Buddha kepada unsur keislaman seperti perkahwinan, adat turun tanah, melenggang perut,
berkhatan dan sebagainya.

Pada akhirnya orang melayu membuktikan kemelayuannya dengan menganut agama islam.
Terlepas dari mereka menjalakannya secara sempurna atau tidak, hal ini dibuktikan dengan
praktik-praktik keagamaan. Dimana praktik-praktik tersebut dilakukan sesuai dengan mazhab
yang mereka anut. Pada umumnya masyarakat melayu menganut mazhab syafi’i. Mereka
kebanyakan melakssanakan shalat subuh, isya, zuhur, dan ashar lebih sering dirumah, sementara
maghrib dilakukan secara berjama’ah di mesjid.

Menurut Yusmar Yusuf, orang melayu sangat menghormati hari jum’at-ini jelas merupakan
pengaruh dari islam-dimana hari jum’at dipandang sebagai hari yang pendek untuk bekerja tapi
panjang untuk beribadah. Pada hari itu, masyarakat melayu juga mengenakan “baju kurung” ini
berfungsi untuk memperindah diri dan menutup aurat yang jelas sekali merupakan pengaruh dari
islam.

Dari sisi teologis orang melayu berpegang pada teologi asy’ariyah yang lebih dekat dengan
paham jabariyah. Sekalipun Asy’ariyah mengajarkan tentang “kasb”(usaha), namun hal itu tidak
banyak membantu untuk merubah pemahaman masyarakat tentang takdir dan nasib. Masyarakat
melayu percaya bahwa konsep takdir dan nasib telah digariskan oleh allah.
Dari sisi tasawuf sendiri, orang melayu berpegang erat pada ajaran imam al-ghazali. Dimana
mereka sulit untuk menerima tasawuf wahdat al-wujud dari ibnu arabi atau hulul dari al-hallaj
dan aliran tasawuf lainnya. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh terlarangny ajaran wahdat al-
wujud di tanah aceh, yang kemudian membuat paham ini kurang digemari oleh masyarakat
melayu.

Adapun kitak-kitab yang sering dibaca masyarakat melayu sebagai cerminan dari ajaran
asy’ariyah, syafi’I dan imam al’ghazali adalah kitab-kitab yang ditulis oleh abdus samad al-
palimbani dan daud al-fathani.

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2013/10/27/agama-dan-kepercayaan-0rang-melayu/

SAL USUL KAUM IBAN

secara umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil diKalimantan, Indonesia. namun, ada juga ura-
ura mengatakan bahawa Iban sebenarnyaberasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke
Sarawak.pada zaman dahulu, masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya,keberanian dan kekejaman
terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". iniadalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh,
ketua pahlawanantersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akandigantung di
rumah panjang. cerita kepahlawanan ini boleh kita dengar melalui cerita-cerita orang- orang tua, dan pada zaman sekarang
"Sarawak Culture Village" pernahmelakonkan semula cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung kesitu.
Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawan-pahlawandan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling,
Rentap dan Tun Jugah.Masyarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi. antaranya adalahperayaan Hari Gawai
yang diraikan pada 1 Jun setiap tahun oleh golongan masyarakatDayak sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran terhadap
penanaman padi. selain itudi antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung, dan Gawai Lelabi. olehkerana
kebanyakan masyarakat Iban menganuti agama Kristian, mereka jugamenyambut perayaan Hari Krimas

Tradisi masyarakat Iban selalunya terletak pada tarian, pakaian, makanan danminuman. masyarakat Iban dikenali dengan
tarian "Ngajat" iaitu tarian kepahlawanan.pakaian yang di pakai oleh kaum wanita adalah "Ngepan" manakala untuk kaum
lelakiadalah "Sirat" dan tak ketinggalan dengan pua kumbu. minuman yang paling dikenalisekali adalah Tuak. sudah pasti
ramai yang tahu...kalau di semenanjung malaysia iadikenali dengan nama air Tapai.Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak
Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000iaitu 40% daripada jumlah pendudukSarawak,kaum Iban merupakan kumpulan
etnikyang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak daridaerahLundudi barat
danLimbangdi timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagianKota Samarahan,Sri
Aman,Sarikei,Sibu,Kapit,BintuludanMiri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung dirumah panjangyang
kebiasaanyaterletak di tebingansungaidan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkanaktiviti kerja , berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidupyang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu samalain. Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agamaKristiansebagaipegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan
nilai adat resam dan ciri

ASAL USUL IBAN


Masyarakat Iban merupakan satu cabang bangsa Dayak Borneo. Nenek moyang asal orang Iban
berasal dari wilayah Yunnan China di mana mereka berhijrah ke Taiwan dan ke Filipina dan
Indonesia. Di Malaysia, kebanyakan Iban yang terletak di Sarawak, sebahagian kecil di Sabah dan
beberapa di barat Malaysia. Mereka dahulunya dikenali semasa zaman penjajahan oleh British
sebagai etnik Dayak Laut. Iban terkenal untuk mengamalkan pengembangan memburu kepala
(atau dalam bahasa iban Ngayau) dan puak wilayah dan mempunyai reputasi menakutkan sebagai
puak yang kuat dan berjaya berperang pada zaman purba.

Semenjak kedatangan orang Eropah dan penjajahan yang berikutnya kawasan tersebut,
pemburuan kepala secara beransur-ansur pudar daripada amalan walaupun banyak adat puak,
amalan dan bahasa diteruskan. Penduduknya dari kaum Iban tertumpu di Sarawak, Brunei, dan di
rantau Kalimantan Barat Indonesia. Mereka tinggal di rumah panjang dipanggil Rumah
Panjai.Namun Kebanyakan rumah-rumah panjang Iban pada masa sekarang dilengkapi dengan
kemudahan moden seperti bekalan elektrik dan air dan kemudahan lain seperti (tar) jalan raya,
talian telefon dan internet. masyarakat Iban muda merupakan kebanyakannya ditemui di kawasan
bandar dan melawat kampung halaman mereka semasa cuti. Masyarakat Iban hari ini menjadi
semakin perbandaran sementara mengekalkan kebanyakan warisan dan budaya tradisional
mereka.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN


Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali
juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang
badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai
oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua
jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain
selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu
ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

ADAT PERKAHWINAN
ADAT MEMINANG dan BERTUNANG masyarakat Iban Sarawak kebiasaannya pihak keluarga si
teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-
orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta
diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan.
Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak
atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara
adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut
segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan
seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya
tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain
daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu
kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh
yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya
majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku.
Majlis perkahwinan bagi adalah kemuncak kepada perjalanan satu pasangan teruna dan dara bagi
menempuh ikatan perkahwinan yang sah dan beradat. Majlis perkahwinan bagi masyarakat Iban
hendaklah diatur dengan penuh cermat kerana sekiranya ianya melanggar adat maka dipercayai
bencana akan menimpa kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kelak. Pihak keluarga
pengantin lelaki diwajibkan untuk menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan ini. Pihak keluarga
lelaki juga dikehendaki untuk menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga
pengantin perempuan. Di pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan
pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak.
Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik
wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil kedua-dua keluarga pengantin
akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput.
Beberapa utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung.
Contohnya sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan bermakna majlis perkahwinan akan berlangsung di
dalam tempoh masa 5 hari lagi. Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu
kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti
kepada seluruh anak buah rumah panjangnya.

ALAT MUSIK TARIAN NGAJAT

1. TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian
permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema
manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak,
dong, peng'.

2. BEBENDAI

Bebendai ialah gong kecil yang tergantung.berbentuk bulat dan membukit di tengah.
3. SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi
dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sape ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang
Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

4. KETEBUNG
Drum (single sided drum)

Drum yang boleh diketuk dari satu sudut sahaja dan diperbuat daripada bahan semulajadi.Berbentuk
bulat dan memanjang keatas..
5. ENGKERUMONG

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan
buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan
oleh kaum lelaki.

MAKANAN BANGSA IBAN

1. UMAI
Makanan Kebudayaan dari kaum Iban. Makanan ini sangat pedas.
2. AYAM PANSUH
Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam

di masak dalam buluh.

3. CAKAR AYAM
Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .
4. MIDIN BELACAN
makanan tradisional orang Iban.

5. PEKASAM ENSABI
Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur
sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap
dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang terus digemari.

PERAYAAN UTAMA BANGSA IBAN

PERAYAAN GAWAI

Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut
setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai
padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah
panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan
mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari
gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut
mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti
diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali
sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan
menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih
atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban
akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.
Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini
adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan
kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan
berakhir apabila ranyai dibuang.

TARIAN NGAJAT LESUNG

TARIAN NGAJAT BERANTU


ASAL USUL IBAN
Masyarakat Iban merupakan satu cabang bangsa Dayak Borneo. Nenek moyang asal orang Iban
berasal dari wilayah Yunnan China di mana mereka berhijrah ke Taiwan dan ke Filipina dan
Indonesia. Di Malaysia, kebanyakan Iban yang terletak di Sarawak, sebahagian kecil di Sabah dan
beberapa di barat Malaysia. Mereka dahulunya dikenali semasa zaman penjajahan oleh British
sebagai etnik Dayak Laut. Iban terkenal untuk mengamalkan pengembangan memburu kepala
(atau dalam bahasa iban Ngayau) dan puak wilayah dan mempunyai reputasi menakutkan sebagai
puak yang kuat dan berjaya berperang pada zaman purba.

Semenjak kedatangan orang Eropah dan penjajahan yang berikutnya kawasan tersebut,
pemburuan kepala secara beransur-ansur pudar daripada amalan walaupun banyak adat puak,
amalan dan bahasa diteruskan. Penduduknya dari kaum Iban tertumpu di Sarawak, Brunei, dan di
rantau Kalimantan Barat Indonesia. Mereka tinggal di rumah panjang dipanggil Rumah
Panjai.Namun Kebanyakan rumah-rumah panjang Iban pada masa sekarang dilengkapi dengan
kemudahan moden seperti bekalan elektrik dan air dan kemudahan lain seperti (tar) jalan raya,
talian telefon dan internet. masyarakat Iban muda merupakan kebanyakannya ditemui di kawasan
bandar dan melawat kampung halaman mereka semasa cuti. Masyarakat Iban hari ini menjadi
semakin perbandaran sementara mengekalkan kebanyakan warisan dan budaya tradisional
mereka.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali
juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang
badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai
oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua
jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain
selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu
ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

ADAT PERKAHWINAN
ADAT MEMINANG dan BERTUNANG masyarakat Iban Sarawak kebiasaannya pihak keluarga si
teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-
orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta
diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan.
Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak
atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara
adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut
segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan
seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya
tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain
daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu
kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh
yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya
majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku.
Majlis perkahwinan bagi adalah kemuncak kepada perjalanan satu pasangan teruna dan dara bagi
menempuh ikatan perkahwinan yang sah dan beradat. Majlis perkahwinan bagi masyarakat Iban
hendaklah diatur dengan penuh cermat kerana sekiranya ianya melanggar adat maka dipercayai
bencana akan menimpa kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kelak. Pihak keluarga
pengantin lelaki diwajibkan untuk menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan ini. Pihak keluarga
lelaki juga dikehendaki untuk menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga
pengantin perempuan. Di pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan
pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak.
Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik
wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil kedua-dua keluarga pengantin
akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput.
Beberapa utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung.
Contohnya sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan bermakna majlis perkahwinan akan berlangsung di
dalam tempoh masa 5 hari lagi. Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu
kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti
kepada seluruh anak buah rumah panjangnya.

ALAT MUSIK TARIAN NGAJAT


1. TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian
permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema
manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak,
dong, peng'.

2. BEBENDAI

Bebendai ialah gong kecil yang tergantung.berbentuk bulat dan membukit di tengah.
3. SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi
dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sape ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang
Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

4. KETEBUNG
Drum (single sided drum)

Drum yang boleh diketuk dari satu sudut sahaja dan diperbuat daripada bahan semulajadi.Berbentuk
bulat dan memanjang keatas..
5. ENGKERUMONG

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan
buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan
oleh kaum lelaki.

MAKANAN BANGSA IBAN

1. UMAI
Makanan Kebudayaan dari kaum Iban. Makanan ini sangat pedas.
2. AYAM PANSUH
Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam

di masak dalam buluh.

3. CAKAR AYAM
Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .
4. MIDIN BELACAN
makanan tradisional orang Iban.

5. PEKASAM ENSABI
Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur
sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap
dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang terus digemari.

PERAYAAN UTAMA BANGSA IBAN

PERAYAAN GAWAI

Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut
setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai
padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah
panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan
mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari
gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut
mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti
diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali
sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan
menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih
atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban
akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.
Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini
adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan
kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan
berakhir apabila ranyai dibuang.

TARIAN NGAJAT LESUNG

TARIAN NGAJAT BERANTU

Agama dan Kepercayaan

Pada seratus tahun sebelum, Orang Iban tidak menerima agama-agama lain, tetapi mereka adalah
mempercayai kepada ajaran animism. Bagaimanapun pada era prakolonial, kebanyakan masyarakat iban
menerima agama Kristian, kerana ramai kaum Iban telah ditukar atau dipegaruhi oleh penjelajah British
James Brooke. Walaupun, ramai orang Iban sudah menerima agama Kristian, tetapi dalam masa yang
sama mereka masih mengekalkan nilai adat rasam yang tradisional dan ciri-ciri kebudayaan yang lama,
terutamanya semasa perkahwinan atau perayaan dan nenek moyang mengamalkan seperti 'Miring'.
Selepas menerima agama Kristian, banyak orang Iban sudah bertukar nama tradisional mereka kepada
“Nama Kristian”. Contohnya David, Michael dan lain-lain tetapi minoriti daripada mereka masih guna
nama tradisional.

Walaupun Kaum Iban menerima agama- agama yang lain, tetapi mereka masih adalah berpegang
sesuatu kuat kerpercayaan tradisional mereka. Dalam kerpercayaan mereka, orang Iban percaya kepada
Bunsu Petara ialah seorang Tuhan yang mencipta dunia ini. Selain itu, mereka masih percaya adalah
tujuh orang dewa yang lain seperti Sengalang Burong (dewa Peperangan), Biku Imam Bunsu Petara
(dewa keagamaan), Menjaya (dewa perubatan), Selempandai (dewa pembuatan), Semerugah (dewa
pertanian dan tanah), Ini Inee (pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan) dan Anda Mara/Gangga
Ganggong (dewa kekayaan). Orang Iban masih mempunyai banyak percaya tradisional lain daripada
tuhan mereka. Mereka percaya semua binatang, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung,
sungai, air dan lain-lain ada semengat.

Kepercayaan mereka masih adalah banyak lain. Contohnya, mimpi ialah merupakan sebagai mesej
daripada Tuhan mereka. Kalau mereka mendapat mimpi yang tidak baik malam sebelumnya, mereka
akan berhenti semua aktiviti esok. Selain itu, mereka juga adalah beberapa pantang larang untuk sesiapa
wanita yang mencapai sewaktu mengandung seperti dilarang menggali parit di kawasan padi, tidak
boleh memotong pokok yang menjalar di atas tanah, tidak boleh menanam pokok pisang, dilarang
membawa kura-kura ke dalam bilik dan lain-lain.

http://ethnikportfolioapril2016.blogspot.com/2016/05/agama-dan-kepecayaan.

https://www.scribd.com/document/174033504/Asal-Usul-Kaum-Iban

marveloustravelandtour.blogspot.com/p/suku-kaum-iban.html

You might also like