You are on page 1of 2

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai keseniaan

dan kebudayaan tersendiri yang begitu unik. Di Malaysia, masyarakat Melayu merupakan masyarakat majoriti di Negara kita. Masyarakat Melayu mempunyai aktiviti kesenian seperti tarian, permainan dan aktiviti kemasyarakatan. Beberapa jenis tarian yang agak terkenal di Malaysia ialah Tarian Canggung, Tarian Zapin, Tarian Ulek Mayang dan Tarian Inang. Manakala aktiviti keseniaan lain seperti boria, dikir barat dan wayang kulit merupakan aktiviti kesenian yang terkenal di beberapa buah negeri. Masyarakat melayu juga mempunyai keunikan kebudayaan yang menarik perhatian masyarakat luar. Contohnya permainan tradisional yang diwarisi seperti permainan gasing, permainan wau, permainan congkak dan beberapa lagi permainan tradisional yang masih kita warisi hingga ke saat ini. Selain itu, masyarakat Melayu juga mempunyai makanan yang tersediri seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ketupat, Lemang dan lain-lain. Kita dapat melihat dengan jelas kebudayaan masyarakat Melayu sewaktu sambutan hari raya. Pakaian juga merupakan salah satu lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Kita berbangga kerana pakaian kebangsaan Negara kita adalah pakaian masyarakat Malayu seperti Baju Melayu dan Baju Kurung. Kita juga berbangga kerana pakaian tradisional kita iaitu songket diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai keseniaan dan kebudayaan tersendiri yang begitu unik. Di Malaysia, masyarakat Melayu merupakan masyarakat majoriti di Negara kita. Masyarakat Melayu mempunyai aktiviti kesenian seperti tarian, permainan dan aktiviti kemasyarakatan. Beberapa jenis tarian yang agak terkenal di Malaysia ialah Tarian Canggung, Tarian Zapin dan Tarian inang. Manakala aktiviti keseniaan lain seperti boria, dikir barat dan wayang kulit merupakan aktiviti kesenian yang terkenal di beberapa buah negeri. Masyarakat melayu juga mempunyai keunikan kebudayaan yang menarik perhatian masyarakat luar. Contohnya permainan tradisional yang diwarisi seperti permainan gasing, permainan wau, permainan congkak dan beberapa lagi permainan tradisional yang masih kita warisi hingga ke saat ini. Selain itu, masyarakat Melayu juga mempunyai makanan yang tersediri seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ketupat, Lemang dan lain-lain. Kita dapat melihat dengan jelas kebudayaan masyarakat Melayu sewaktu sambutan hari raya. Pakaian juga merupakan salah satu lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Kita berbangga kerana pakaian kebangsaan Negara kita adalah pakaian masyarakat Malayu seperti Baju Melayu dan Baju Kurung. Kita juga berbangga kerana pakaian tradisional kita iaitu songket diiktiraf di peringkat antarabangsa.

You might also like