You are on page 1of 15

Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,menyebabkan wujudnya pelbagai

persembahan tradisional. Lazimnya setiap masyarakat mempunyai kepelbagaian persembahan


tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat luar. Secara
umumnya,kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah mengalami beberapa
proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah diterima oleh masyarakat
di sini
1
. Persembahan tradisionalbukan sahaja dipertontonkan kepada orang ramai,tetapi juga
ditonjolkan di kalangan masyarakat istana.
Secara umumnya,latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan
kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang
dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai.Ini meliputi tarian,muzik nyanyian dan
teater.Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Ini meliputi
pakaian,adat,serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia
2
. Penulis memilihtajuk seni bermukun
atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro,Sarawak. Seni
bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau dan Melayu di negeri ini.
Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara persembahan masyarakat Melayu
Sarawak.Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih diamalkan oleh
sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan kampung-
kampung.Bermukun merupakan persembahan tradisional Sarawak yang membabitkan
persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang Seni ini
merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
3

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul
seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau.Sejarah asal sesebuah kebudayaan seni
amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan
membolehkan masyarakat untuk mendalami kesenian tersebut. Selain itu,penulis juga akan
mengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta alat
muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam persembahan
bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu pelengkap
kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak menarik dan
tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada.Pengkaji juga ingin
mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam diri pengkaji
dan msyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam pelbagai aspek
kehidupan kita seperti dari aspek sosial masyarakat.
Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam
masyarakat Melanau pada hari ini.Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa kesenian
Sarawak berikutan daripada tranformasi Negara kearah era kemodenan. Kebanyakan rakyat
Negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan kebudayaan asal
rakyat kerana terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa ini. Kemodenan yang wujud
bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk menghapuskan pelbagai kesenian
rakyat,namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan budaya luar adalah menimbulkan
permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke dalam jiwa masyarakat terutama
remaja hari ini. Jesteru itu,kajian ini mengupas sejarah bagaimana kewujudan seni bermukun ini
agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar bermukun ini di adakan pada zaman dahulu
dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini dalam hati mereka yang kian hanyut dalam arus
globalisasi. Selain itu,sejauhmana kepentingan beberapa eleman utama dalam persembahan seni
ini juga akan turut dikaji oleh penulis. Sehubungan itu,sejauhmana masyarakat dapat mendalami
seni kehalusan berpantun yang merupakan satu eleman penting dalan adat bermukun ini.
Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985) dalam kajiannya pemikiran cinta bermukun dalam
gendang melayu Sarawak kebudayaan merujuk langsung kepada the way of lifeatau cara
hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian terhadap eleman pantun atau mukun dalam seni ini
membolehkan kita menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat terdahulu. Persoalan
seperti,apakah hal yang sering masyarakat fikirkan?Bagaimana persepsi masyarakat terhadap
sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana masyarakat menyelesaikan
masalah yang mengganggu hidup mereka ?Sesungguhnya puisi tradisional seperti pantun/ mukun
agakasing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini.Oleh itu itu kajian ini juga mengkaji
sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan masyarakat dahulu dan sekarang.

Seterusnya,kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam memahami
seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau di Sarawak.
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada masyarakat
terutamanya etnik melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini. Malahan dapat
menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu sendiri. Masyarakat
dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri.Penulis juga
mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya. Penulis amatlah
berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap pelbagai aspek
kehidupan kita. Jesteru itu,kajian ini amat penting bagi menghidupkan semula seni warisan dan
khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang kian tenggelam dalam arus
modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini,diharapkan minat masyarakat terhadap kaeindahan seni
dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah seterusnya memperkembangkan seni ini agar
dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal dihargai dan diteruskan oleh generasi akan
datang.
Kajian yang dilaksanakan oleh penulis ialah meliputi kerangka masa selama 30 tahun
iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan membincangkan
tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau di
Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong.Kampung Penibong merupakan
sebuah kampung yang terdapat dalam pulau Bruit di Daerah Matu Daro.Semua penduduk asal
kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum melanaumerupakan salah satu etnik yang
sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan sarjana Barat menggambarkan watak dan
keperibadian kaum Melanau sebagai gentle and peace loving people. Menurut pendapat Hugh
Low (1968),mengenai kaum Melanau adalah seperti berikut :
Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and
practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang
river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town
is egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the
Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small rivers
twenty miles of egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last
mentioned settlement
Berdasarkan pernyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini
merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.
Sorotan kesusteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang dijalankan.
Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentang kajian
yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait langsung dengan
kajian akan datang ,Lawrence Dino (2007). Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kajian
telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku yang berkaitan. Antaranya
ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak oleh
Mohd Fauzi et. all ,1985. Selain itu Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan dalam penulisannya
Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Sarawak pada tahun 2009. Selain itu kajian
juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji Samat dalam kajiannya yang bertajuk
Persembahan tradisional (2001).
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah kaedah kajian
lapangan.Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat bermukun ini.
Selain itu,kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu ramah dan perbualan
merupakan satu kaedah yang lazim digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar
belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah menemubual Puan Raunah binti
Mat yang merupakan salah seorang seh gendang di Kampung Penibong bagi medapatkan
keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Selain itu,pengkaji juga
menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan
ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga
merupakan satu panduan pengkaji.
Dalam suatu penyelidikan sejarah,asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah
amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih dahulu dan menimbulkan minat
pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu.Menurut kamus dewan
edesi keempatperkataan asal usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan
seseorang.Asal usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu
perkara.Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin mendalami
tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam konteks masyarakat
Melanau di Daerah Matu Daro.
Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat
dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian arab. Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu
seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan
kesesuian melayu yang sedia wujud.Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era Brooke
ataupun lebih awal.Penduduk sekitar juga telah menyatakan bahawa,kesenian bermukun ini
mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di kawasan tersebut
seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak sekitar
tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar
daerah ini. Buyong Adil,menyatakan peranan kerajaan Kesultanan Brunei maenjadi penting
dalam penyebaran Islam dan kebudayaan Melayu. Ia tertumpu kepada beberapa tempat barat
daya Borneo terutama sekali di Kuching,Kelaka, Sadong, Semanggang, Sibu, Lundu,
Saribas,Muara Sungai Rejang hingga sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung Sirik.
Namun begitu, Puan Raunah Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah Matu
Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa,tiada terdapat kesasihan yang
sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun
demikian,budaya bermukun ini merupakan satu khazanah yang diperturunkan daripada nenek
moyang mereka sejak dahulu kala.Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong masyarakat
untuk mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat memberikan hiburan
kepada masyarakat.
4
Bostami (1992:44) juga berpendapat seperti berikut:
Dalam prose penciptaan seni tradisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan
kondisi lingkungannya. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan
sosial budaya masyarakat di suatu tempat.

Keterangan tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan Raunah iaitu,asal usul persembahan
bermukun di kawasan Kampung Penibong apabila orang terdahulu memulakan aktiviti
bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut muncul apabila mereka
mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang berbeza dan dapat menimbulkan
minat penduduk untuk menari mengikut rentak yang dipukul. Oleh itu,pelbagai idea untuk
mengubah alat muzik tersebut dan akhirnya mereka terfikir untuk menggunakan gendang yang
diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu.Akhirnya persembahan tersebut terus
diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di Kampung tersebut.
5

Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu
terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran
cinta,walaupun digambarkan agak sederhana namun ianya ringan dan mnghiburkan, namun
isinya mampu menggambarkan peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah
(1985).Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa
menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah masa
untuk mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur.Keadaan tersebut tidak menghairankan
kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas.
6
Tambahan
lagi,pada zaman dahulu,majlis bergendang dan bermukun mengikut aturan umum seperti
bercampak iaitu mencampak sesuatu seperti bunga,duit syiling atau sapu tangan ke dalam
tabir yang memisahkan tukang gendang dan para penari.
7

Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh
masyarakat dahulu kala kerana para penari menggunakan topeng ketika persembahan
tersebut.
8
Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik akhlak
menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah.Namun, budaya ini pernah disalahgunakan oleh
segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat.
9
Isu tersebut menjadi sindiran
menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932 mengenai
kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam bermukun. Pandangan serong terhadap
seni gendang tersebut ternyata memberi konflik terhadap golongan bangsawan, perabangan,
pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam istilah 'Melayu Sarawak'.Disebabkan perkara
tersebut, mereka yang menggemari budaya ini memenuhi kehendak mereka dengan memakai
topeng bagi menyembunyikan wajah sambil berpantun dan bertandak.Sejak itu, lahirlah istilah
'menopeng' dalam budaya bermukun.
Seterusnya,pengkaji akan mendalami cara persembahan seni tersebut sertaelemen-elemen
utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut
pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun ini
dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik tabir untuk
memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai tukang
gendang atau juga seh gendang. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar mengikut
keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang dibahagian,
berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian.Mereka menari secara bergilir-
gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas pantun bersama
mak gendang. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah kesubuh
mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya dengan keizinan tuan
rumah.Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah dan dalam keadaan
terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam hari perkahwinan
sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.
10
Pernyataan tersebut juga dijelaskan oleh
Abdullah Haji Saidol yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Semop dalam ucapannya
dalam program TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran Rtm Sibu berkata :



bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan
aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang
dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis
keramaian.

Seterusnya adalah berkenaan dengan gendang yang merupakan elemen utama dalam
persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzuik yang digunakan oleh
masyarakat Melanau bagi mnyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua
muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang
11
kambing manakala, muka
yang besar pula dipasang belulang lembu.Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan
dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua.Belulang ditegangkan dengan memasangkan gelong-
gelong yang diperbuat daripada kulit.
12
Badan gendang melayu diperbuat daripada kayu
nagka.Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara meribanya dengan
kedudukan melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan.
13
Dalam persembahan
bermukun, gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan irama yang asas agar dapat
disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai penandak yang terdiri daripada
golongan lelaki.Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan tengah.Ditengah pikulannya
berbunyi pak dan pada bahgian tepi gendang berbunyi pung.Pukulan tersebut dikenali
sebagai pukulan induk.Kedua-dua seh gendang boleh menggunakan pukulan induk dalam
persembahan bergendang.Namun,pukulan gendang harus dikendalikan dengan berhati-hati agar
tidak merosakkan atu menyumbangkan pukulan keseluruhannya.
Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun penandak.Pemukul
gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul gendang dan
berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua orang wanita atau
lebih.Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir dalam pukulan gendang
melayu. Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran berpantun.
14
Penandak atau juga
penari pula adalah terdiri daripada lelaki. Mereka akan berbalas pantun dengan tukang gendang
sambil menari.Para penandak menari berdasarkan irama pukulan gendang.

Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh golongan
lelaki.Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan
meneliti gerak-geri,lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang ada
padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga tandak
dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak kebanyakannya
menari meggunakan bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang bertentangan dengan
kaki.Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan.Ciptaan tarian tersebut adalah sinonim
dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat.Kepelbagaian aktiviti tersebut
diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang.Masyarakat lama akrab dengan
alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan
masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka
sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115)
menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu
diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah
tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan bahawa,tarian merupakan:
gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-
geri bereirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah
berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang
lain

Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut. Pantun
dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan berbalas
pantun secara bergilir.aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi mengasah minda
masyarakat. Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati bergendang dan bermukun
adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran,kecekapan tingkah laku dan
meguji minda.
15
Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah berdasarkan pemikiran masyarakat
tentang aktiviti harian mereka.Zaba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965:
219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan
masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang
Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian mereka.Belles Lettres,( 2000) juga berpendapat :




Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan masyarakat
pada zaman dahulu.
Seterusnya adalah berikutan masalah seni bermukun ini yang kian malap dalam
kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang
dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan, 70
peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi tidak
pernah menyertainya.
16
Berdasarkan pernyataan tersebut, ternyata seni ini semakin luput ditelan
kemodenan. Oleh itu,adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan ataupun peranan
seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu dan juga sekarang.
Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional bergendang dan bermukun
iaitu sebagai medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim, medium komunikasi antara
manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda (menerusi pantun).
if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty
accomplished by language, the Malay pantun can be placed
among the highest achievements of mankind in this form of art




Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi merapatkan
hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni
dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan berkumpul dan bersuka ria. Sopi Smile (2008)
berkata:


majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari
satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampung-
kampung yang berdekatan

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat
merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang disebabkan perubahan gaya
hidup. Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis
perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masing-
masing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.
Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai
medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu terutamanya. Mohd Taib Osman
(1996:2) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah
artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan oleh
masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji Saidol
(2012) iaitu :
unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan
tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu pernyataan dan fikiran
hanya akan dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak
menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam kajian
menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang dinantikan
oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan.
17
Ketiadaan teknologi
komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan
bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul.Pada majlis tersebut,
masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada
masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil menenangkan fikiran.
Selain itu,menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi tujuan berkomunikasi
sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang, adat resam, agama dan
kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan, nasihat dan pendidikan,
kritikan, kembara, dan sebagainya. Jelaslah seni bermukun merupakan medium komunikasi
masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.
Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda
melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang ,berbudi
bahasa,dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya
dengan pelbagai nasihat.Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka
mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara.
Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk
memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan
pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih lanjunt dikatakan
harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi nilai-nilai luhur
agama,budaya,dan norma-norma sosial masyarakat, (Hodijah widyaiswara).
Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat melanau ini
sememangnya sudah menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman dahulu
kala. Manurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul sebenar
kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun daripada
nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen penting
dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti, gendang iaitu alat muzik utama,
pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak,tarian atau tandak,dan juga
pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan
silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik
generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni
bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman dahulu
dan sekarang.















1
Hamidah Husein (1995) kesenian dan hiburan tradisional,.hal 1
2
Ibid,hal 2
3
Sopi Samile, bermukun meriah keramaian, utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september 2008.hal.2
4
Op.cit Hamidah husein, hal.2
5
Raunah bin Mat,(2013)temubual lapangan,Kampung Penibong Matu Daro.
6
Mary Fatimah subet dan Salbia Hassan bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu Sarawak(kertas
kerja dibentangkan dalam 55
TH
seminar in the cls research seminar series,UNIMAS,4
th
May 2009)
7
Ibid Mary Fatimah dan Salbia Subet
8
Op.cit Sopi Samile.hal.2
9
Mohd Rakawi Yussuf,Melati Sarawak 1932.hal.20
10
Op.cit Raunah binti Mat
11
belulang ialah kullit binatang yang telang dikeringkan.
12
Op.cit hamidah husein hal.51
13
Ibid.hal.52
14
Op.cit Raunah binti mat
15
Op.cit Mary Fatimah Subet dan salbia hassan
16
Ibid mary Fatimah Subet dan Salbia
17
Ibid Mary FaTimah Subet dan Salbia







Rujukan :



Hamidah Husein, Kesenian dan Hiburan Tradisional,Selangor, Penerbit Prisma SDN BHD,
1995

Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan,Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu
Sarawak,55
th
Seminar in the CLS research seminar series,2009

Mohd. Fauzi et.all, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak,Kuala
Lumpur,Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985

Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong,Daro, 2013.

Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian,Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008

You might also like