You are on page 1of 300

PERANAN DAN SUMBANGAN MASYARAKAT

ACEH DI KEDAH DARI TAHUN 1900-2000

HASLINDA BINTI HAJI HASAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017
PERANAN DAN SUMBANGAN MASYARAKAT

ACEH DI KEDAH DARI TAHUN 1900-2000

Oleh

HASLINDA BINTI HAJI HASAN

Tesis yang diserahkan

Untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Mac 2017
PENGAKUAN

Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-

nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

HASLINDA BINTI HAJI HASAN

(P-OD0018/08/(R))

741219-02-5412

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang dan kesempatan

dalam menyiapkan tesis ini walaupun pada masa yang sama banyak cabaran yang

harus ditempuhi. Kepada penyelia tesis yang prihatin dalam memberi bimbingan dan

tunjuk ajar serta nasihat amat dihargai. Terima kasih kepada Dr. Azmah Abdul

Manaf yang memberi pandangan dalam menambahbaik tesis ini. Tidak lupa juga

kepada Allahyarham Prof. Madya Dr. Haji Mohd Isa bin Othman (2008-2013).

Terima kasih juga kepada semua staf di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,

rakan-rakan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis, Perbadanan

Perpustakaan Awam Negeri Kedah Darul Aman, masyarakat di Kampung Aceh,

Yan, Kedah, sahabat di Aceh dan semua teman-teman seperjuangan serta mereka

yang turut memberi bahan dan nasihat sepanjang pengkajian ini. Tidak dilupakan

kepada bapa Haji Ishak bin Saad & emak Hajjah Ahmah binti Osman, ayahanda Haji

Hasan bin Mahmud & bonda Hajjah Siti Asiah binti Osman serta suami Mohd

Yusfadzillah bin Mohd Yusoff dan ke empat anakanda sebagai sumber inspirasi iaitu

Damia Amirah, Afnan Dzikri, Muhammad Harith dan Dhia’ Hannan yang setia

menjadi pendamping ummi.

Sekian, terima kasih.

HASLINDA HAJI HASAN

ii
JADUAL KANDUNGAN

HALAMAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN ii

JADUAL KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL vii

SENARAI GAMBAR viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI PETA xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

ABSTRAK xiv

ABSTRACT xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Kepentingan Kajian 14

1.3 Objektif Kajian 22

1.4 Pemasalahan Kajian 23

1.5 Dunia Melayu atau Nusantara 25

1.6 Sejarah Undang-undang Melayu 33

1.7 Konsep Aceh 38

1.8 Konsep Migrasi atau Perantauan 43

1.9 Nisan Aceh 49

iii
1.10 Batasan Kajian 57

1.11 Kajian-Kajian Lepas 58

1.12 Metodologi dan Sumber Kajian 65

1.12.1 Proses Pengumpulan Data 66

1.13 Pengumpulan Maklumat 67

1.13.1 Sumber Pertama 67

1.13.2 Sumber Kedua 68

1.13.3 Temubual atau Wawancara 68

1.14 Kesimpulan 69

BAB 2 HUBUNGAN AWAL KEDAH-ACEH

2.1 Pendahuluan 72

2.2 Kerajaan Kedah Zaman Awal 75

2.3 Kerajaan Aceh Zaman Awal 83

2.4 Hubungan Kerajaan Kedah-Aceh Sebelum 1700 86

2.5 Islam Di Kedah dan Aceh 99

2.6 Hubungan Dalam Bidang Pendidikan di Kedah- 107

Aceh

2.6.1 Institusi Pondok 110

2.6.2 Pendidikan Formal dan Tidak Formal 116

2.7 Peranan dan Sumbangan Tokoh-Tokoh atau 120

Ulama Aceh Di Kedah

2.7.1 Teungku Haji Ahmad Hasballah 123

Indrapuri

2.8 Kesimpulan 127

iv
BAB 3 MIGRASI ORANG ACEH KE KEDAH 1900–

2000

3.1 Pendahuluan 131

3.2 Permulaan Penghijrahan Aceh 1900 – 2000 135

3.3 Migrasi Suku-suku Melayu dari Nusantara Ke 143

Kedah

3.3.1 Orang Banjar 144

3.3.2 Orang Jawa 146

3.3.3 Orang Patani 151

3.4 Faktor Penarik dan Penolak Migrasi Aceh ke 153

Kedah

3.5 Kesimpulan 161

BAB 4 KESAN PENEMPATAN ORANG ACEH KE

ATAS SOSIOEKONOMI KEDAH

4.1 Pendahulan 163

4.2 Pengekalan Identiti Orang Aceh 165

4.3 Proses Asimilasi 167

4.4 Pendidikan 168

4.4.1 Teungku Haji Muhammad Hasan 172

Krueng Kalee

4.4.2 Teuku Abdul Djalil 180

4.5 Kesan Dan Sumbangan Orang Aceh Dari Aspek 185

Sosioekonomi

4.6 Masyarakat Aceh Di Langkawi 199

v
4.7 Kesimpulan 203

BAB 5 POLITIK DAN PENTADBIRAN DI KEDAH

: SUMBANGAN ORANG ACEH

5.1 Pendahuluan 207

5.2 Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman 208

5.3 Pentadbiran Daerah Yan, Kedah 212

5.4 Pentadbiran Peringkat Kampung 221

5.4.1 Institusi Penghulu 221

5.4.2 Majlis Ketua Kampung dan Peranan 223

Ketua Kampung

5.5 Tokoh Politik Aceh 224

5.6 Kesimpulan 228

BAB 6 KESIMPULAN 231

BIBLIOGRAFI 238

LAMPIRAN 272

vi
SENARAI JADUAL

HALAMAN

Jadual 3.1 Populasi penduduk mengikut kaum pada tahun 1911. 142

Jadual 5.1 Taburan penduduk mengikut kaum. 211

Jadual 5.2 Komposisi penduduk mengikut pembahagian kaum. 217

Jadual 5.3 Taburan kemudahan pendididikan di daerah Yan 2006 . 218

Jadual 5.4 Senarai nama Penghulu. 222

vii
SENARAI GAMBAR

HALAMAN

Gambar 1.1 Nisan Aceh, Sultan Muzaffar Shah 52

di Pangkalan Bujang, Kedah.

Gambar 1.2 Batu nisan Aceh 1 seorang wanita. 54

Gambar 1.3 Batu nisan Aceh 2 milik seorang lelaki. 54

Gambar 1.4 Batu nisan Aceh 3 milik seorang lelaki iaitu Tok Surau. 55

Gambar 2.1 Pondok pada tahun 1900-an di Kampung Aceh 122

iaitu tempat tinggal pelajar.

Gambar 2.2 Penggunaan nama ulama Aceh di papan tanda 122

jalan masuk ke kampung iaitu Lorong Tengku Di Balei.

Gambar 2.3 Nama lorong Tengku Syik Lam U. 123

Gambar 4.1 Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee. 173

Beliau merupakan keturunan ketujuh dalam salasilah

Keluarganya (dikenali UlamaTujuh Keturunan).

Gambar 4.2 Menasah al-Irsyadi di Kampung Aceh, Yan Kedah. 174

Gambar 4.3 Papan tanda penubuhan Menasah pada tahun 1902. 174

Gambar 4.4 Pandangan dalam menasah. 175

Gambar 4.5 Dayah Darul Ihsan yang terkini di Aceh Darussalam. 177

Gambar 4.6 Dayah atau sekolah agama yang dibangunkan semula 177

selepas Tsunami 2004.

viii
SENARAI GAMBAR

HALAMAN

Gambar 4.7 Papan tanda di makam Teungku Hj. Muhammad 178

Hasan Krueng Kalee.

Gambar 4.8 Makam Tengku Hj. Hasan Krueng Kalee. 178

Gambar 4.9 Sistem pendidikan tradisi masih dikekalkan 180

walaupun silibus baru diperkenalkan sesuai dengan

tuntutan zaman.

Gambar 4.10 Sebilangan guru-guru yang mengajar di sekolah atau 180

Dayah Darul Ihsan.

Gambar 4.11 Pandangan sisi hadapan iaitu sebahagian dari 181

bangunan Dayah Darul Ihsan.

Gambar 4.12 Masjid milik Dayah Darul Ihsan yang dibiayai 181

oleh negara Turki selepas peristiwa Tsunami.

Reka bentuk masjid seperti Masjid Biru di Turki.

Gambar 5.1 Bangunan sekolah menengah agama Maktab Mahmud. 220

Gambar 5.2 Bangunan sekolah Maktab Mahmud yang lebih moden. 220

ix
SENARAI RAJAH

HALAMAN

Rajah 3.1 Logo Kampung Kuala Merah di Baling, Kedah 150

x
SENARAI PETA

HALAMAN

Peta 1.1 Negeri Kedah Darul Aman. 7

Peta 1.2 Peta Malaysia 8

Peta 1.3 Peta Tiga daerah atau tempat utama kajian yang ada 13

hubungan dengan Kedah iaitu Kampung Pande, Keudah

dan Peulanggahan.

Peta 3.1 Lokasi Penempatan orang Jawa di Kedah. 149

Peta 5.1 Geografi Daerah Yan. 215

xi
SENARAI SINGKATAN

Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Halaman hlm

Hijrah H

Journal Malayan Branch of Royal Asiatic Society JMBRAS

Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society MBRAS

Masihi M

Non Governmental Organization NGO

Journal of Asiatic Society of Bengal JASB

Parti Islam Se-Malaysia PAS

Parti Keadilan Rakyat PKR

United Malayan Nation Organization UMNO

Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid SMSAH

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah SUK

Universiti Malaya UM

Universiti Kebangsaan Malaysia UKM

Universiti Sains Malaysia USM

Universiti Utara Malaysia UUM

xii
SENARAI LAMPIRAN

HALAMAN

Lampiran 1 Keratan Akhbar mengenai Pesta buru harta karun di Aceh 272

Lampiran 2 Arkib - Pengaruh fahaman Wahabi di Mekah 273

Lampiran 3 Encik Miftachhuddin Cut Adek ditemubual. 275

Lampiran 4 Salasilah Keturunan Encik Abu Bakar Bin Shafie 276

Lampiran 5 En. Abu Bakar b. Shafie dan Dr. Husaini Ibrahim yang 277

ditemubual di UNSYIAH.

Lampiran 6 En. Razali Chaidar Ketua Kampung Keudah dan bahagian 278

hadapan pejabat ketua kampung.

Lampiran 7 Surat Nyak Gam kepada pejabat tanah mengenai 279

permohonan tanah untuk dibina masjid, tanah perkuburan dan

taman permainan.

Lampiran 8 Majalah Narit Geutanyo 280

Lampiran 9 Salasilah Keluarga Haji Muda (NyakLampoh) 282

Lampiran 10 Salasilah Keluarga Nyak Ubit 283

xiii
PERANAN DAN SUMBANGAN MASYARAKAT ACEH DI KEDAH DARI

TAHUN 1900-2000

ABSTRAK

Hubungan Kedah-Aceh mempunyai sejarah yang unik dan bermula sejak dari

tahun 1600-an M. Masyarakat Aceh mula bermigrasi dan bermukim di beberapa daerah

di Kedah dan akhirnya membentuk komuniti masyarakat Aceh. Kajian ini mengenalpasti

peranan dan sumbangan masyarakat Aceh di negeri Kedah. Penilaian kepada peranan

dan sumbangan masyarakat Aceh dari segi sosial iaitu dalam aspek agama dan

intelektual, ekonomi dan politik di negeri Kedah serta mengenalpasti fenomena

penghijrahan orang Aceh dari aspek sejarah dan hubungan silam di negeri Kedah adalah

tumpuan kajian ini. Kajian menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan

pengumpulan data dari sumber primer iaitu dari Arkib Negara Malaysia dan Aceh serta

temubual bersama penduduk Aceh yang masih mempunyai saudara-mara yang menetap

di Kedah. Dapatan kajian mendapati setelah mereka menetap di Yan, Langkawi dan

beberapa daerah lain maka penglibatan masyarakat Aceh dalam aktiviti kemasyarakatan

di negeri Kedah meningkat. Ekonomi masyarakat Aceh juga mantap apabila

mengusahakan tanah pertanian, perniagaan, pemilikan harta. Dalam aspek politik pula,

kajian mendapati mereka berjaya menjawat jawatan dalam kerajaan dan swasta.

Solidariti dan semangat patriotik yang tinggi serta kejayaan ramai tokoh Aceh di bidang

sosial, ekonomi dan politik menjelaskan peranan yang telah dicorakkan dalam sejarah

negeri Kedah. Akhir sekali berlakunya asimilasi dan pemupukan semangat perpaduan

dalam kalangan masyarakat tempatan.

xiv
THE ROLE AND CONTRIBUTION OF ACEHNESE IN KEDAH FROM

1900 – 2000

ABSTRACT

Kedah-Aceh relation has a very unique history and dated from as early as

1600. Since then, Acehnese descendants started to reside in several districts and

established the Acehnese community in Kedah. This study examines the role and

contributions of the Acehnese in Kedah. This research seeks to assess the role of and

contributions of the Acehnese in the social context, particularly the religious and

intellectual context in Kedah, discuss the history of the phenomenon of the Acehnese

migration, examine the economic development of the Aceh community and the

contributions to the economy of Kedah, and to analyze the political role and political

contributions of the Acehnese descendants in Kedah. This study is qualitative in

nature and the data were collected based on primary sources which include academic

documents from archives in Malaysia and Aceh, and interviews in Aceh with the

Acehnese who still have relatives residing in Kedah. The findings show that after

residing in Yan, Langkawi and several other districts, the Acehnese involvement in

the community activities were more significant. Findings indicated that they were

involved in social aspects including educational, intellectual, cultural and

philosophical fields. The Acehnese were also strong economically as they ventured

into agriculture, business and property ownership. In addition, they also showed

success in politics and they held important ranks in the government and private

sector. Solidarity, patriotism and the success of Acehnese individuals showed that

they played multiple roles in the history of Kedah. Today the Acehnese have

xv
assimilated themselves with the locals and they have their own roles to play in the

community.

xvi
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Asia Tenggara1 (AT) merangkumi negara-negara Malaysia, Indonesia,

Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan

Timor Leste. Indonesia pula merupakan negara kelima yang mempunyai jumlah

penduduk yang paling ramai di dunia dan merangkumi 40 peratus daripada jumlah

keseluruhan penduduk di Asia Tenggara.2 Masyarakat bumiputera dan orang Melayu

di Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Madagascar

dan negara-negara di Selatan Lautan Pasifik adalah terangkum dalam rumpun besar

Austronesia atau Melayu-Polinesia.3 Asia Tenggara juga dikenali dengan pelbagai

nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan

Melayu-Indonesia, Nusantara4, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Ras Austronesia ini

kemudiannya mendominasi penerokaan dan kependudukan di Alam Melayu yang

juga disebut sebagai Nusantara. Oleh itu, penghijrahan perantau Melayu ini di

seluruh AT dicetus atas kehendak ekonomi iaitu hubungan serantau melalui aktiviti

1
Nama Asia Tenggara sebagai satu entiti politik hanya muncul selepas Perang Dunia Kedua (PD II).
Dalam Persidangan Quebec pada Ogos 1943, pakatan Barat telah memutuskan untuk mengasingkan
South East Asia Command (SEAC) yang meliputi Burma, Tanah Melayu, Sumatera dan Thailand.
Seterusnya semasa Persidangan Portsdam pada Julai 1945, tanggungjawab SEAC diperluaskan
sehingga ke Hindia Timur Belanda dan Indochina hingga ke selatan sehingga ke garisan 16 darjah.
Wilayah yang tidak termasuk dalam lingkungan tanggungjawab SEAC ialah Filipina, Laos dan
Vietnam Utara. Lihat N. Tarling (pyt.), 1999, The Cambridge History of Southeast Asia, From World
War II to the Present, Volume 4, Cambridge University Press, hlm 256.
2
Rohani Hj.Ab. Ghani, 2009, “Dasar British Terhadap Indonesia 1945-1967”, Tesis PhD, UKM, hlm
2.
3
Affifudin Hj. Omar, 2014, Melayu Permasalahan Politikal-Ekonominya Sepanjang Zaman, Afif
Books Sdn. Bhd, KL, Malaysia, hlm 15.
4
Sumber paling tua yang memberikan pengertian kepada Nusantara pada zaman lampau ialah
Nagarakertagama, iaitu sebuah puisi yang dikarang oleh pendeta Majapahit bernama Prapanca pada
tahun 1365. Berdasarkan Nagarakertagama, sebelum abad ke 15 Masihi, Pahang, Langkasuka,
Saimwang, Kelantan, Terengganu, Johor, Paka, Muar, Dungun, Tumasik, Kelang, Kedah, Jelai dan
Kanjapiniran tidak dinamakan wilayah Melayu, tetapi dikenali sebagai Hujung Medini.

1
perdagangan sama ada sesama mereka atau antarabangsa. Penghijrahan mereka

untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan selamat kemudiannya diikuti

oleh aktiviti berpindah-randah di pesisir pantai, di muara-muara sungai, bercucuk

tanam dan menjalankan aktiviti penternakan di samping mendapatkan hasil-hasil

hutan yang mewah.

Hasil kajian seorang sarjana dari Sri Lanka5 pada tahun 1980-an dahulu

menyatakan Asia Tenggara termasuklah Alam Melayu dianggap sebagai kawasan

bermulanya kehidupan manusia bertamadun atau the cradle of human civilization.6

Dengan kata lain, mereka ialah pengasas masyarakat bertamadun Alam Melayu sejak

kira-kira dua ribu tahun dahulu dan telah mendirikan beberapa buah kerajaan feudal

yang besar dan kuat selama lebih 1500 tahun.7

Kurun ke-15 menyaksikan orang Melayu antara manusia yang terawal

menguasai lautan di sebelah timur, bukan sekadar sebagai pelayar dan pelaut tetapi

menguasai ilmu dan jaringan perdagangan jarak jauh. Mereka mampu dan berjaya

menguasai lautan atas kemampuan membina perahu-perahu layar atau perahu

bersayap (outrigger boat) yang mampu merentas selat dan lautan besar. Bukti-bukti

terkini dari segi arkeologi memberikan petanda bahawa bangsa Melayu sudah berada

di Nusantara Melayu seawal 35,000 tahun yang lalu. Bagi Wan Hashim, Alam

5
De Silva, 1981, The History of Sri Lanka, New Delhi: Oxford University Press, hlm 2.
6
Profesor de Silva menyatakan kehidupan bertamadun ini ialah pada zaman Neolitik atau New Stone
Age yang bermula di Alam Melayu pada sekitar 15,000 S.M. Menurut Wan Hashim Wan Teh,
pandangan De Silva ini bersamaan dengan dapatan oleh Profesor Oppenheimer yang menggunakan
kaedah DNA yang menyebut bahawa manusia yang berhijrah ke luar dari Afrika tiba di Alam Melayu
lebih awal dari ketibaan manusia di Eropah dan di benua China.
7
Abdul Rahman Embong, 2000, Negara Bangsa Proses dan Perbahasan, Penerbit UKM, Bangi, hlm
28.

2
Melayu ini adalah asalnya bangsa Melayu.8 Ini bermakna bangsa Melayu adalah

berasal dari wilayah ini.

Tanah Melayu terletak dalam lingkungan garis bujur 100T hingga 104T

dan dalam lingkungan garis lintang 1 20ºU hingga 6 40°U. Semenanjung Tanah

Melayu mempunyai keluasan kira-kira 131,297 km persegi. Tanah Melayu

bersempadan dengan Selat Melaka dan Sumatera di bahagian barat dan Laut China

Selatan di sebelah timur manakala Thailand di bahagian utara.9

Indonesia pula terletak di sepanjang garisan Khatulistiwa antara bahagian

hujung Tanah Besar Asia Tenggara dengan Australia. Oleh itu, kedudukan Indonesia

kelihatan seperti sebuah jambatan antara benua Asia dengan Australia. Indonesia

menganjur kira-kira 5543 km dari arah timur ke barat dan 1272 km dari utara ke

selatan.10 Suatu ketika dahulu Indonesia pernah menamakan negara mereka sebagai

“Nusantara” yang membawa maksud Kepulauan Indonesia.11 Sebahagian besar

Kepulauan Indonesia terletak di bahagian selatan garisan Khatulistiwa. Indonesia

mempunyai keluasan kira-kira 1.9 juta km persegi yang meliputi 13,667 buah

pulau.12 Manakala Aceh merupakan salah sebuah negeri yang terletak dalam negara

itu.

8
Wan Hashim Wan Teh, 1995. “Migrasi dan Asal Usul Ras Melayu.” dalam PEMIKIR bil. 1/1995,
hlm 28-29.
9
A.J.F. West dan J. Rose, 1969, Southeast Asia with Malaysia and Singapore, London: University of
London Press, hlm 41.
10
Ibid, hlm. 3.
11
Encyclopedia Britannica, Vol. 12, 1953, hlm 265; Lihat juga Septy Ruzui, 1968, A Survey of
Relation Between Indonesian, Malay and Some Philippine Languages, DBP, Kementerian Pelajaran
Malaysia, KL, hlm. 33.
12
A. Zainuddin, 1968, A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassell Australia, hlm 3.

3
Merujuk kepada Kedah pula, ia merupakan negeri yang terletak di utara

Semenanjung Malaysia dengan keluasan negeri seluas 9,425 km persegi. Kedah

adalah negeri keenam terbesar di Malaysia13 dan mengalami iklim monsun

khatulistiwa dengan menerima purata hujan 2,000 mm hingga 2,500 mm setahun.14

Negeri Kedah menganjur dari sempadan selatan Thailand dan Perlis di utara

manakala ke selatan bersempadan Pulau Pinang dan Perak.15 Negeri ini mempunyai

beberapa pulau seperti Langkawi dan pulau-pulau kecil di selatan menghampiri

Pulau Pinang. Kebanyakan pulau-pulau ini penting dari sudut perikanan seperti

Pulau Songsong, Pulau Bunting, Pulau Telor, Pulau Bidan, Pulau Paya dan Pulau

Lembu. Kesemua pulau ini terletak di sekitar perairan Pulau Langkawi yang pada

keseluruhannya memiliki 99 buah pulau.16

Ibu negeri Kedah ialah bandaraya Alor Setar yang sedang membangun diikuti

oleh beberapa buah bandar lain seperti Sungai Petani, Kulim, Jitra dan Kuah di

Langkawi. Bentuk muka bumi Kedah terdapat tiga kemuncak tertinggi iaitu Gunung

Jerai (1215 meter), Bukit Perak (860 meter) di darat negeri dan Gunung Raya (899

meter) di Pulau Langkawi.17 Negeri Kedah mempunyai lanskap yang ideal iaitu

ditunjangi oleh bukit bukau dan diikuti oleh hamparan tanah pamah yang luas. Tanah

pamah menganjur dari kaki Gunung Jerai sehinggalah ke barat laut sempadan Kedah
13
Kedah Bertambah Maju Kemajuan Lima Tahun 1961-1965, 1965, Jawatankuasa Pembangunan
Luar Bandar Negeri Kedah Dengan Kerjasama Pejabat Kerajaan Negeri Kedah, Alor Setar, hlm 4;
lihat juga Affifudin Hj. Omar, Regional Approach To Development The MADA Case, MADA, hlm
37. (tanpa tarikh); lihat juga Unit Perancang Ekonomi Kedah, 1996 (tanpa tarikh).
14
Persekutuan Tanah Melayu, 1960, Kemajuan Lima Tahun Pertama, hlm 5; Lihat juga I.F.T. Wong,
Land Use Report Of Kedah Division Of Agriculture, Ministry Of Agriculture And Co-operarives
Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 12; Lihat juga Zaharah Hj. Mahmud, “The Evolution Of Population
And Settlement In The State Of Kedah”, dalam Asmah Hj. Omar (Peny.), 1979, Darulaman: Essays
On Linguistic And Socio-Economic Aspects Of The Malaysia State Of Kedah, Kuala Lumpur, UM
Press, hlm 20; Lihat juga Atlas Moden Malaysia dan Dunia, 1992, KL: Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm 12.
15
Mohd Kasri Saidon, 2012, “Penanaman Padi di Kedah 1840-2000: Satu Kajian Tentang Impak
Ekonomi, Sosial dan Politik”, tesis PhD, USM, Pulau Pinang, hlm 29.
16
Khairool Anuar Hj. Hashim, 2015, “Dasar Ekonomi Baru (DEB): Pelaksanaan, Perkembangan dan
Kesan Ke Atas Masyarakat Petani Kedah 1971-1990”, Tesis PhD, USM, hlm 4.
17
Ibid, hlm 30.

4
dengan Perlis. Jenis tanah yang terdapat di sini ialah tanah alluvium yang subur

untuk kegiatan pertanian terutamanya tanaman padi.18

Lanskap geografi telah membentuk aliran sungai utama dan sungai kecil di

setiap daerah. Sungai utama Kedah iaitu Sungai Muda yang memisahkan Kedah

dengan Seberang Perai.19 Manakala Sungai Krian pula menjadi sempadan di antara

Kedah dengan negeri Perak. Sungai-sungai kecil yang terdapat di Kedah ialah

Sungai Bata (Kubang Pasu), Sungai Pedu, Sungai Teliang, Sungai Padang Terap

(Padang Terap), Sungai Chepir (Sik), Sungai Punti, Sungai Sedim (Kulim), Sungai

Ketil (Baling) dan Sungai Merbok (Kuala Muda). Aliran-aliran sungai kecil ini

bersambung dengan sungai utama seperti Sungai Kedah dan juga Sungai Muda yang

mengalir dari timur laut ke barat Kedah terus ke Selat Melaka.

Dari segi sejarah, Kedah telah diiktiraf oleh para sejarawan sebagai negeri

yang paling tua di antara 13 buah negeri lain di Malaysia. Rajanya merupakan

pemerintah yang paling awal memeluk agama Islam dalam sejarah pengislaman raja-

raja dan rakyat Tanah Melayu. Mengikut sejarawan sejarah tanahair, Kedah

menerima Islam dalam tahun Masihi 1136.20

Menurut Ismail Haji Saleh, ibu negeri Kedah pada awal kedatangan Islam

ialah Bukit Meriam dan pada masa itu Kedah diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah

yang juga merupakan Sultan Kedah yang pertama. Ibu negeri Kedah kemudiannya

berpindah ke Sungai Emas. Tapak pusat pemerintahan Sungai Emas ini telah

18
Jabatan Pemetaan Oxford University Press dan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Atlas Progresif Fajar Bakti,
1987, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm 12.
19
Ibid, hlm 12.
20
Ismail Hj.Saleh, Siputih Kedah Tua, Koleksi Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Kedah, hlm 1 (tanpa tahun).

5
meninggalkan banyak kesan arkeologi yang membuktikan kewujudan hubungan erat

dengan Timur Tengah dan tamadun Islam. Selanjutnya pada tahun 1323, ibu negeri

Kedah kemudiannya berpindah lagi ke Siputih. Keistimewaan Kota Siputih dari

sudut kedudukannya yang terletak di tengah-tengah negeri Kedah ketika itu. Menurut

Ismail Haji Saleh lagi 600 atau 700 tahun dahulu, jumlah keluasan negeri Kedah

adalah lebih besar dari sekarang iaitu meliputi dari Sungai Terang di Thailand hingga

ke sempadan Melaka dan Beruas di selatan. Banjaran Gunung Bintang ialah

sempadan sebelah timur dan di sebalik banjaran tersebut adalah negeri Patani. Kota

Siputih dikatakan berada di tengah-tengah kawasan yang amat luas itu.21 Kota ini

merupakan tempat bersemayamnya tujuh orang sultan Kedah dan seramai enam

orang daripada mereka yang dimakamkan di sini sementara Sultan Sulaiman yang

merupakan pemerintah terakhir telah mangkat di Aceh semasa menjadi tawanan.

Perkembangan selanjutnya memperlihatkan ibu negeri Kedah berpindah ke Kota

Naga. Akhirnya pada tahun 1736, Alor Setar dipilih menjadi ibu negeri yang ketujuh

dan berkekalan hingga sekarang. Peta di sebelah menunjukkan kedudukan negeri

Kedah dalam peta Malaysia.

21
Ibid, hlm 14.

6
Peta 1.1: Negeri Kedah Darul Aman22

22
http://mmk.kedah.gov.my/index.php/site-map/kedudukan-negeri

7
Manakala peta di bawah pula adalah bagi negara Malaysia dan kedudukan

Alor Setar di utara merupakan ibu negeri Kedah Darul Aman.

Peta 1.2: Peta Malaysia23

Dalam sejarah moden kini pemerintahan negeri Kedah terbahagi kepada 12

daerah pentadbiran iaitu, Kota Setar, Kubang Pasu, Yan, Pokok Sena, Pendang,

Padang Terap, Kulim, Sik, Baling, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Faktor geografi negeri Kedah yang terdiri daripada kawasan tanah pamah yang subur

telah membolehkan ia berubah daripada kerajaan perdagangan maritim kepada

23
http://www.worldatlas.com/webimage/countrys/asia/lgcolor/mycolor.htm (Diakses pada 26 Januari
2017).

8
kerajaan agrarian (pertanian). Tumpuan utama pertanian negeri Kedah adalah

penanaman padi. Kemerosotan tamadun maritim di Kedah pada abad ke 16

menyebabkan kegiatan ekonomi beralih kepada sektor pertanian. Merujuk kepada

perkara ini Burnhill berpandangan seperti berikut:

The major focus of settlement was a broad belt of wet rice land
extending from the Perlis hills in the north to the foot of Kedah Peak
in the south. On the west the rice boundary lay probably at about two
to four miles from the coast, the intervening area are still being
largely in mangrove. To the east, hills and plain interdigitated, with
both wet rice and shifting cultivation in the valleys and shifting
cultivation only the hills.24

Kawasan tanah pamah ini bermula dari kaki Gunung Jerai sehingga ke

sempadan negeri Perlis dengan keluasan hampir 300,000 ekar.25 Kepentingan

Gunung Jerai juga pada masa dahulu merupakan petanda atau petunjuk bagi

pelayaran kapal-kapal yang melalui dan masuk ke Kedah kerana pada masa itu

gunung tersebut merupakan sebuah pulau yang di kelilingi lautan. Kini ia telah

berubah menjadi daratan dan Gunung Jerai menjadi salah satu pusat pelancongan di

Kedah.

Merujuk kepada negeri Aceh Darussalam, dari aspek geografi, ia terletak di

antara 2-6 Lintang Utara dan 95-98 Bujur Timur di sebelah utara berbatasan

dengan Selat Melaka. Sementara itu berada di sebelah barat dan selatan dengan

Samudera di India dan di sebelah timur dengan wilayah Sumatera Utara dengan

24
Burnhill, The North-West Kedah And Perlis, Arkib Negara Cawangan Kedah/ Perlis, hlm 18. (tanpa
tarikh).
25
Affifudin Omar, 1981, “Penanaman Padi Di Kedah: Sejarah Peranan Dalam Ekonomi Negeri
Kedah”, kertas kerja dalam Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 28 Nov-1 Dis, hlm 8.

9
keseluruhan keluasannya kira-kira 57,365,57 km2.26 Aceh terletak dalam wilayah

Kepulauan Melayu yang berdekatan dengan Benua Kecil India dan Asia Barat.27

Aceh mempunyai empat suku utama iaitu suku Aceh, Gayo, Alas dan Tamiang.28

Dalam aspek ekonomi, tidak dapat dinafikan bahawa Aceh merupakan

sebuah negeri yang kaya dengan hasil pertanian dan terkenal sebagai pusat

perdagangan terpenting di utara Pulau Sumatera.29 Semasa penjajahan Belanda,

keluasan Aceh dianggarkan sebanyak 31,715 km persegi daripada jumlah keluasan

Sumatera. Kini luas wilayah Aceh adalah 57,365,57 km30 yang meliputi kawasan

hutan, tanah pertanian, padang rumput, kota, kampung, danau, sungai, bukit dan

pergunungan. Bandar utama di negeri ini ialah Banda Aceh dahulu dikenali juga

sebagai Kutaraja yang merupakan ibu kota negeri Aceh Darussalam. Manakala

wilayah Pidie terkenal sebagai kawasan perantau kerana sebahagian besar dari

penduduknya merupakan mereka yang keluar merantau dan telah berjaya membina

kehidupan di perantauan. Pidie juga merupakan kawasan penanaman padi yang

terbesar di Aceh. Negeri ini juga mempunyai corak geografi yang hampir sama

dengan negeri Kedah iaitu mengalami dua musim iaitu musim kemarau dan hujan.

26
Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri Lanang ke 8
Samalanga), 2008, Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di
Nusantara, Naggroe Aceh Darussalam, hlm 3.
27
John Crawfurd, 1974, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands & Adjacent Countries, New
Delhi: Chaukhambhaa Orientalia, hal 2; lihat juga Bieber (trans), 1879, “Geography of Achin”, Royal
Asiatic Society Branch (JSBRAS), No. 3, hlm 120-123.
28
Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri Lanang ke 8 Samalanga),
2008, Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di Nusantara,
hlm 3.
29
C.O 273/1: Straits Settlements 1838-1858 Miscellaneous juga ada membincangkan mengenai
kerajaan Aceh sehingga pemerintahan Sultan Jauhar al-Alam, f. 95-145 dalam buku Salina Zainol,
2005, Hubungan Perdagangan Aceh dengan Pulau Pinang, KL: Universiti Malaya, hlm 5.
30
Muliadi Kurdi, 2009, Aceh Di Mata Sejarawan Rekonstruksi Sosial Budaya, diterbitkan oleh LKAS
dan Pemerintah Aceh 2009, Banda Aceh, hlm 1.

10
Di Aceh terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Krueng Aceh

sepanjang 10 km yang merentangi kota Banda Aceh dan telah berpecah menjadi dua

bahagian di utara dan di selatan. Sungai ini memiliki nilai sejarah yang tinggi dan

berada di pusat Kota Banda Aceh yang bermuara di Kampung Pande, Kecamatan

Kutaraja,31 Kota Banda Aceh. Dari segi sejarah, Kampung Pande merupakan

penempatan penduduk pertama di Banda Aceh yang dibuka oleh Sultan Alaidin

Johan Syah32 pada 22 April 1205 setelah berjaya menakluki Kerajaan Hindu-Buddha

Indra Purba dengan ibu kotanya yang dikenali sebagai Bandar Lamuri.

Kampung Pande merupakan salah satu kawasan penempatan tertua di Kota

Banda Aceh. Di sini terdapat makam raja-raja Aceh dengan ukiran aksara Arab yang

membuktikan ia didiami oleh para bijak pandai termasuklah tukang batu dan besi.33

Para arkeologis dan ahli-ahli sejarah pernah melakukan penelitian terhadap batu-batu

nisan di kompleks pemakaman tersebut dan mendapati salah satu batu nisan adalah

milik Sultan Firman Syah iaitu cucu Sultan Johan Syah. 34 Di makam tersebut tercatat

ukiran yang bertulis “hari Jumaat tanggal 1 Ramadhan tahun 610 Hijriah atau 22

April 1205 Masehi”.

31
Pengkaji mendapati ejaan dalam rujukan arkib di Aceh dan buku-bukunya ada yang menulis
sebagai Kuta Raja atau Kutaraja yang membawa maksud tempat yang sama.
32
Menurut Husaini, sejarawan Aceh yang mengkaji tentang nisan Aceh termasuklah makam raja-raja
di Kampung Pande adalah milik cucu-cucu daripada Sultan Alaidin Johan Syah (1203-1234), iaitu
pengasas Kerajaan Aceh Darussalam dan termasuklah juga nisan-nisan keluarga dari Sultan Mahkota
Alam yang hidup pada abad ke 15 M. Kajian beliau mengenai nisan aceh dari sudut arkeologi boleh
dirujuk dalam Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Aalisis Arkeologi dan sumbangannya
Kepada Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 88.
33
Ibid, hlm 87.
34
Berdasarkan salasilah Sultan Aceh, Sultan Johan Shah memerintah pada awal abad ke-13 sekitar
tahun 1204 M yang terletak di Kampung Pande. Di Kampung ini juga terdapat banyak makam-makam
purba misalnya yang dinamakan “Makam Tuan di Kandang” sebagai satu tapak sejarah purba. Rujuk
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Aalisis Arkeologi dan sumbangannya Kepada
Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 140.

11
Kecamatan Kuta Raja pula terletak di Kota Banda Aceh dan berkeluasan

53,495 km persegi, dengan jumlah penduduknya seramai 9,115 orang. Ia merupakan

sebahagian dari kota Banda Aceh dengan jarak dua kilometer dari pusat pentadbiran

Kampung Keudah.35 Jenis-jenis pekerjaan masyarakat Kuta Raja hari ini terdiri

daripada nelayan, pegawai kerajaan hinggalah ahli perniagaan yang berjaya. Menurut

Husaini, hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2006-2007 telah menemui sebuah

batu nisan yang menggambarkan tradisi Megalitik di Kampung Pande dan

merupakan batu nisan yang terawal digunakan iaitu sebelum abad yang ke-9 M lagi.

Jumpaan ini membuktikan bahawa kampung tersebut merupakan lokasi terawal

dalam penerimaan agama Islam bagi Aceh dan Asia Tenggara.36 Misalnya Makam

Putroe Ijo yang telah direkodkan sebagai makam keluarga bangsawan Aceh yang

wujud sejak abad ke-17 lagi.37 Kedudukan Kampung Pande adalah bersebelahan

dengan Kampung Keudah. Peta di sebelah menunjukkan kedudukan kampung-

kampung dalam Kacamatan Kutaraja. Kampung Pande38 memiliki banyak nilai

sejarah dan merupakan tempat pentadbiran yang kaya dengan emas dan aktif dalam

perdagangan suatu ketika dahulu.39

35
Kecamatan Kuta Raja Dalam Angka 2011, diterbitkan oleh Badan Pusat Statistik Kecamatan Kuta
Raja. Sumber data statistik ini diperolehi dari katalog BPS 1102001.1171031 iaitu dalam bentuk CD.
36
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Aalisis Arkeologi dan sumbangannya Kepada
Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 89. Menurutnya lagi tapak arkeologi Islam di Kampung ini lebih
tua dari tapak Samudera Pasai Aceh Utara dan Perlak. Bentuk batu nisan di sini adalah pipih bersayap
bucranc, empat segi panjang dan berbentuk silinder bertaburan merata tempat menjangkau puluhan
hektar sehingga ke dalam laut. Jumpaan ini meliputi kawasan penempatan penduduk sehingga ke tepi
laut dalam Selat Melaka.
37
Herwandi, 2003, Bungong Kalimah Kaligrafi Islam Dalam Bulatan Tasawuf Aceh (Abad Ke 16-18
M), Padang: Universitas Andalas, hlm 128. Beliau merekodkan nama ahli keluarga Sultan Alaidin
yang dikebumikan di sini meliputi 32 makam dan selepas tsunami hasil survey pada 2007 hanya
menjumpai 24 buah batu nisan yang bertaburan tanpa sebarang nama dan tarikh.
38
Azhar Abdul Ghani memaklumkan bahawa sehingga 28.11.2013 masih terdapat banyak jumpaan
harta karun seperti mata wang dirham dan emas di kampung tersebut. Beliau adalah pensyarah Fakulti
Pertanian, Universitas Syiah Kuala, Darussalam Banda Aceh.
39
Ramai dalam kalangan penduduk sekitar Kampung Pande pada hari ini yang membanjiri muara
sungai kampung tersebut untuk mendapatkan harta karun berupa sejumlah syiling emas lama.
Terdapat juga jumpaan sekeping syiling bersaiz butang baju yang bernilai 350,000 rupiah (RM96)
sehingga 800,000 rupiah (RM110) dan paling besar boleh mencecah nilai RM220 sekeping. Sebelum
ditemui di Kampung Pande, penemuan awal dilaporkan berlaku pada 11 November 2013 di Kuala
Krueng Doy, Kampung Merduati Banda Aceh. Dalam pada itu, sejarawan Aceh, Husaini Ibrahim

12
Peta 1.3: Tiga daerah atau tempat utama kajian yang ada hubungan dengan Kedah
iaitu Kampung Pande, Keudah dan Peulanggahan.40

Kampung terakhir yang tidak kurang pentingnya dari sudut sejarah ialah

Peulanggahan (Labuhan Haji).41 Nama tersebut diabadikan kerana kebanyakan

ulama pergi menunaikan ibadah haji di Mekah dan mendalami ilmu agama di sana

___________________________
berkata beliau tidak hairan dengan penemuan emas di kawasan berkenaan. Dulu kawasan itu
merupakan satu daripada pusat kerajaan Aceh sebelum zaman pemerintahan Kerajaan Aceh
Darussalam. Rujuk lampiran 1.
40
Kecamatan Kuta Raja Dalam Angka 2011, diterbitkan oleh Badan Pusat Statistik Kecamatan Kuta
Raja. Sumber data statistik ini diperolehi dari katalog BPS 1102001.1171031 iaitu dalam bentuk CD.
41
Kampung ini terkenal sebagai pusat perkembangan agama Islam terutama kepada orang yang
hendak mempelajari selok-belok ibadah haji dan menjadi tumpuan ramai orang dari seluruh
Kepulauan Melayu. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Kampung Pande iaitu pusat
pemerintahan kerajaan dan raja-raja Aceh zaman silam merupakan kawasan yang terbesar dan banyak
memiliki makam dan nisan Aceh. Hal ini membuktikan banyak jumpaan harta karun milik kerajaan
tersebut di samping tempat tumpuan orang ramai. Husaini menyatakan lagi Kampung Pande adalah
kawasan terawal penerimaan Islam dan bertanggungjawab mengembangkan budaya membuat batu
nisan Aceh ke kawasan lain di Asia Tenggara.

13
sebelum balik ke Aceh untuk memantapkan institusi dayah dan pengajian Islam.

Aceh secara tidak langsung telah bertindak sebagai pelabuhan haji bagi jemaah haji

Melayu yang ingin ke Tanah Suci.42 Mereka juga menjadikan Pulau Pinang sebagai

pusat transit utama sebelum ke Mekah kerana kedudukan dan pelabuhannya yang

strategik di utara. Di era penjajahan Belanda, kebanyakan ulama Aceh ditindas dan

ia membawa kepada penghijrahan mereka ke Pulau Pinang dan Kedah. Mereka

berhijrah ke sini dengan membawa pengikut masing-masing dengan menetap dan

mengembangkan sistem pendidikan Islam seperti sekolah pondok atau dayah.

Kedah sememangnya menjadi pilihan orang Aceh khasnya dalam membina

kekuatan diri disebabkan kebersamaan dari sudut geografi dan cara hidup

masyarakatnya. Hubungan kedua-dua negeri ini meninggalkan kesan yang besar

dalam sejarah dan tamadun di Kedah yang menjadi latar belakang kajian ini.

1.2 Kepentingan Kajian

Pengkajian tentang sejarah negeri Kedah banyak dilakukan namun tidak ada

yang spesifik dan lengkap mengenai sejarah hubungan Kedah-Aceh dari sudut sosial,

ekonomi dan politik. Justeru itu, kajian mengenai hubungan ini dari pelbagai aspek

perlu diperincikan. Hubungan ini unik kerana ia meliputi pelbagai aspek kehidupan

manusia antara kedua-dua buah negeri yang mempunyai identiti budaya atau jati diri

masing-masing. Identiti merupakan sesuatu yang dibentuk dan bukan telah terbentuk

secara semulajadi (becoming rather than being). Peranan Gunung Jerai di tanah

besar dan Gunung Raya di Pulau Langkawi menjadi pedoman kepada orang Aceh

42
Omar Farouk Sheikh Ahmad, 1978, “The Arabs In Penang”, Malaysia In History, Vol XXI, No. 2,
hlm 1.

14
ketika meninggalkan tanahairnya untuk ke Kedah. Ia menjadi pedoman haluan kapal

dan perahu orang Aceh kerana diburu oleh Belanda atau pun desakan ekonomi.43

Perdagangan antara Aceh dengan negeri-negeri Melayu merupakan perkara rutin

bagi mereka. Misalnya Bonney menyatakan perdagangan membuatkan hubungan

Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu tetap terpelihara.44

Pengkajian mengenai hubungan Kedah-Aceh juga menjelaskan bagaimana

sesuatu komuniti itu muncul dan berkembang menurut perspektif masing-masing.

Tajuk ini diharapkan dapat memberi sumbangan dari sudut keilmuan agar dapat

menjadi rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang lain. Masyarakat Aceh di Malaysia

terutama di Yan, Kedah adalah yang lengkap dari sudut sejarah keturunan iaitu

salasilahnya, jati diri yang kuat dan pengekalan identiti akar budaya asal serta dapat

menyesuaikannya dengan kehidupan masyarakat tempatan. Malah mereka yang

menetap di sini adalah berasal dari seluruh kawasan atau setiap wilayah (propinsi45)

yang terdapat di Aceh.

Pengkaji berminat untuk meneliti masyarakat Aceh di Kedah khasnya dan

Malaysia amnya disebabkan kejayaan komuniti ini mengangkat martabat diri dan

antara yang paling awal berhijrah dan menetap di Kedah semenjak abad ke 16 lagi.

Mereka adalah perantau yang berjaya membentuk kesatuan sosial yang utuh dalam

aspek ekonomi dan politik. Secara langsung mereka berjaya membina identiti dan

43
Keratan Akhbar Berita Harian bertajuk “Dua Gunung Pedoman Orang-Orang Aceh Ke Kedah…”
Bertarikh 27.12.1974, Arkib Negara Malaysia, KL. (No.SPR: 2001/01059, No.Penerimaan 2001/
0026336, diakses pada 27.04.2015). Sebelum merdeka tidak ramai orang yang berketurunan Aceh
yang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Segelintir dari mereka yang memegang jawatan
sebagai guru sekolah Melayu dan guru agama. Hanya beberapa dari mereka yang menjadi hartawan
dan selebihnya berniaga kecil-kecilan serta menjadi petani.
44
Bonney Rollin, 1971, Kedah, 1771-1821: The Search For Security and Independence, London:
Oxford University Press, hlm 115.
45
Bermaksud setiap daerah di Aceh terdapat wakilnya yang merantau ke Kedah.

15
masih mengekalkan jati diri sebagai keturunan Aceh walaupun telah lama berkahwin

dan menetap di Kedah khasnya. Seterusnya peranan dan sumbangan penting mereka

dalam sejarah tempatan perlu diperjelaskan dengan tepat dan terperinci.46

Hubungan Kedah-Aceh lebih tertumpu kepada hal-hal berkaitan keagamaan

yang dianggap sebagai perkara utama dalam membincangkan isu-isu dalam

hubungan kedua-dua buah negeri. Agama berperanan penting sebagai penyambung

keturunan dan tradisi antara kedua buah negeri. Hubungan erat dari aspek sejarah

iaitu semangat patriotik yang tinggi untuk mengusir golongan penjajah Barat

memperkukuhkan ikatan yang sedia ada. Semangat patriotik ini begitu membara

pada diri masyarakat Aceh dalam menentang Belanda dan sentimen anti penjajah ini

untuk menegakkan agama Islam menjadi aspirasi kepada penduduk tempatan.

Apabila membincangkan tentang migrasi maka hubungan ekonomi iaitu

perdagangan Kedah-Aceh turut dibincangkan. Hubungan ini terjalin melalui

pelabuhan di Kuala Muda, Sungai Merbok yang menjadi salah satu pusat maritim

utama, lagipun dahulu Pulau Pinang47 adalah negeri wilayah Kedah. Pada bulan

Ogos 1786, sebanyak lima buah perahu besar Aceh telah berlabuh di pulau itu,

dengan muatan lada hitam dan buah pinang.48 Kedah telah bersetuju untuk

membenarkan Francis Light menjalankan aktiviti perdagangan. Pembukaan Pulau

Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 sebagai pelabuhan British telah

46
Pengkaji telah menemubual beberapa penduduk di Kampung Aceh Yan, Kedah pada Januari 2014
dan mereka berbesar hati apabila saya sudi mendokumentasikan sejarah mereka untuk menjadi
rujukan generasi akan datang.
47
Pedagang Aceh mendapati Pulau Pinang sesuai untuk berniaga barangan seperti lada hitam,
cengkih, cili kering, kelapa kering, pinang kering dan minyak nilam serta ternakan binatang dari
negerinya. Mereka akhirnya telah menetap di situ sehingga sekarang kawasan ini dikenali sebagai
Lebuh Aceh, Masjid Aceh, Jalan Langkawi, Lorong Nyak Abu, Sungai Aceh dan sebagainya.
48
SSFR, 1786, Vol. 2 (IOL): Bengal Public Consultations, 13 Disember 1786, Appendix 1, Ship
Arrived 15 Julai-30 September, t.h. dalam buku Salina Zainol, 2005, Hubungan Perdagangan Aceh
dengan Pulau Pinang, Universiti Malaya, KL, hlm 5.

16
merangsangkan perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan tempatan di sekitarnya

terutama Aceh. Menurut Tregonning:

Aceh in particular, and northeast Sumatera in general, reached


quickly to the establishment of Penang, the prevailing winds were
ideal for them (Achehnese traders) to sail across the straits and to
return, and pepper, their chief commodity, was such that the journey
was rarely in vain.49

Faktor utama Sultan Mahkota Alam dari Aceh menyerang Kedah pada tahun

1619 ialah untuk melumpuhkan aktiviti penanaman lada hitam di Kedah. Lada hitam

merupakan bahan dagangan penting bagi Aceh kerana permintaan yang tinggi dari

pedagang Barat dan Islam. Namun Aceh pada permulaan abad ke 17 bukan negeri

yang menghasilkan lada hitam yang paling besar.50 Jumlah rakyatnya yang ramai

maka permintaan kepada tanaman makanan melebihi daripada barangan pertanian

untuk perdagangan. Kedah dan Langkawi pula memberikan saingan sengit sebagai

pengeluar lada hitam terbesar ketika itu. Menurut Ismail Saleh, orang zaman itu amat

ghairah menanam lada hitam dan lada hitam dari Kedah terutamanya Langkawi ialah

yang paling baik sekali di dunia.51 Pedagang Barat beralih ke Kedah untuk membeli

lada seperti kata Beaulieu:52

49
K.G. Tregonning, 1965, The British in Malaya: The First Forty Years 1786-1833, Tucson: The
University of Arizona Press, hlm 111.
50
Menurut Beaulieu pada tahun 1621 penghasilan lada adalah kecil jumlahnya disebabkan oleh
keperluan beras sebagai makanan maka raja memerintahkan agar dicabut kesemua pokok lada untuk
menanam padi. Rujuk Denys Lombard, 2008, Kerajaan Aceh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-
1636), terjemahan oleh Winarsih Arifin, Kepustakaan Populer Gramedia (KPG), Jakarta, hlm 101.
51
Ismail Hj.Saleh, Siputih Kedah Tua, Koleksi Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Kedah, (tanpa tahun), hlm 4.
52
Augustin de Beaulieu lahir di Rouen pada tahun 1589 berbangsa Perancis merupakan pelaut yang
handal dan pedagang yang bijak.

17
“Lalu ia ke Kedah minta izin kepada sultan untuk mengadakan
pembelian; dilihatnya bahawa di sana pun tumbuh tanaman lada, bukan
main indahnya, meskipun kurang banyak jumlahnya. Dalam hubungan
inilah ia memberi pemerian panjang tentang tanaman lada dan
pemeliharaannya: “Kembali ke lada tadi, tumbuhnya di tanah yang
baru dibuka dan yang gemuk; di negeri ini lada ditanam pada kaki
segala macam pohon, dan pohon itu yang dililiti dan dijalarinya.”53

Selepas Aceh menyerang Kedah pada tahun 1619, sekali lagi Beaulieu

singgah ke Pulau Langkawi dan negeri Kedah untuk mendapatkan lada iaitu bulan

Oktober 1621. Beaulieu menjelaskan:

“Lada tidak dapat ditemui lagi… Rakyat negeri Kedah dan pulau itu
demikian takutnya sehingga tiap kali ada kapal layar mendekati,
mereka melarikan diri sampai ke puncak pergunungan, kerana
menyangkakan bahawa semua orang yang mendarat di negeri mereka
adalah orang Aceh dan sekutunya.” 54

Pada tahun yang sama Beaulieu menyimpulkan mengenai orang Kedah sebagai:

“Penduduk tanah ini adalah orang Melayu, tetapi mereka tidak sekejam
dan sejahat orang Aceh; pakaian mereka hampir sama, tetapi tidak
mewah. Mereka beragama Islam dan taat sekali. Cara hidup dan adat
istiadat mereka tidak jauh berbeza dari kebiasaan orang Aceh”.55

Adat, budaya dan cara hidup yang hampir sama orang Aceh dengan Melayu

Kedah membolehkan mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri di negeri

Kedah. Mereka kemudiannya menjadi peniaga yang rajin dan bergiat dalam
53
Denys Lombard, 2008, Kerajaan Aceh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636), terjemahan oleh
Winarsih Arifin, Kepustakaan Populer Gramedia (KPG), Jakarta, hlm 102.
54
Denys Lombard, 1981, Kunjungan Laksamana Perancis De Beaulieu Ke Aceh Pada Tahun 1621,
dalam Panitia Penyelenggara Musabaqah Tilawah Quran Peringkat Nasional Ke 12, Dari Sini Ia
Bersemi, penerbitan Pemerintah Daerah Istimewa Aceh, hlm 46-47.
55
Ibid, hlm 47.

18
penanaman lada juga pelbagai jenis perniagaan. Jenis perniagaan lain ialah aktiviti

pertukangan, perniagaan kopiah di Pekan Rabu, Alor Setar, penenun kain, membuka

hotel dan sebagainya. Mereka berupaya membina legasi perniagaan berdasarkan

identiti dan kepakaran masing-masing di Malaysia.

Selain itu, proses asimilasi juga berlaku antara orang Aceh dengan

masyarakat Melayu tempatan. Misalnya semasa peringkat awal penghijrahan

mereka, semangat keacehan amat tinggi dan perasaan kekitaan sukar digugat.

Walaupun hubungan yang rapat dan mesra antara orang Aceh dengan orang Melayu

tempatan wujud sejak dahulu namun dari segi perkahwinan, jarang berlaku

perkahwinan campur antara perempuan Aceh dengan lelaki Melayu atau sebaliknya.

Mereka lebih tertumpu untuk berkahwin sesama orang Aceh dan untuk membaiki

rumah yang rosak pun tukang-tukang dari Aceh telah dibawa masuk ke Kedah.56

Proses asimilasi57 yang berlaku dan perkembangan globalisasi menyebabkan situasi

tersebut telah longgar dan bermakna budaya keacehan semakin terhakis sedikit demi

sedikit.

Perkembangan sistem pendidikan nasional dan perubahan zaman

memperlihatkan hubungan sesama kaum dapat dipereratkan termasuklah melalui

56
Temubual pengkaji pada 2009 dengan isteri Ketua Kampung Aceh di Yan yang menggunakan
khidmat pertukangan dari Aceh untuk mengubahsuai dan membesarkan rumah beliau. Kini rumah
tradisi Aceh masih dikekalkan sebagai monumen sejarah penting bagi negeri Kedah. Beliau juga
menceritakan bapanya juga mempunyai isteri di Aceh sebelum berkahwin dengan ibunya di Kedah.
Hubungan persaudaraan antara adik-beradik ini kekal rapat sehingga kini.
57
Anak-anak berketurunan Aceh di Malaysia sebahagian besar telah meninggalkan sebutan “nyak” di
awal namanya yang merupakan identiti keacehan, begitu juga gelaran bagi perantau lain iaitu “daeng”
yang berketurunan Bugis. Sedikit demi sedikit budaya orang yang berketurunan Aceh semakin
melebur dalam masyarakat setempat walaupun masih ada yang boleh berbahasa Aceh dalam kalangan
keluarganya. Proses asimilasi ini bermula sedikit demi sedikit selepas Malaysia merdeka pada tahun
1957 maka tuntutan untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan serta perkahwinan
menyebabkan identiti orang berketurunan Aceh tidak boleh dibezakan dengan masyarakat setempat.

19
institusi perkahwinan. Jurang dan semangat perkauman antara rakyat berjaya

dibendung dan dapat diatasi. Interaksi budaya Aceh dengan masyarakat tempatan

berlaku dengan baik dan telah mengurangkan jurang perbezaan antara mereka.

Walaupun begitu, komuniti Aceh juga berjaya mengekalkan identiti akar budayanya

terutama dari segi bahasa,58 masakan, pakaian (baju pengantin dalam upacara

perkahwinan terutamanya) dan cara hidup mereka sehingga kini.

Selain itu, penerimaan masyarakat tempatan terhadap komuniti ini juga

berbeza kerana persepsi setiap orang adalah tidak sama antara seorang individu

dengan individu yang lain. Hal ini disebabkan manusia itu tidak sempurna dan ada

yang membawa kepada masalah sosial sehingga sanggup menipu dan

memanipulasi.59 Walaupun begitu secara keseluruhannya kebanyakan masyarakat di

sekitarnya jarang mempunyai sentimen yang buruk kerana mereka melihat kekuatan

dari segi agama Islam dan Melayunya. Orang Aceh dianggap Melayu (Nusantara)

dan senang untuk bersatu. Pandangan dunia (world-view) masyarakat Aceh terhadap

masyarakat tempatan dan sebaliknya juga berbeza.60 Namun Aceh memberi

sumbangan besar terhadap nilai Melayu itu sendiri apabila berupaya maju dalam

aspek adat, budaya dan perkembangan intelektual silam.

58
Bahasa Aceh Besar digunapakai dalam pertuturan dan penulisan di Kampung Aceh secara meluas
dan anak-anak kecil boleh menguasainya. Malah orang Aceh dari seberang juga kagum melihat
penerusan pengekalan bahasanya berbanding di negeri Aceh yang kebanyakannya menggunakan
bahasa Indonesia dalam pertuturan seharian. Menurut Haji Malik Md Taib, beliau pernah dikunjungi
oleh seorang penulis dari Belanda yang sedang membuat PhD ke rumah beliau untuk membuat kajian
mengenai struktur dan bahasa Aceh yang dianggap paling lengkap dan digunapakai di Kampung
Aceh, Yan Kedah.
59
Temubual pengkaji pada November 2012 ke atas masyarakat tempatan iaitu golongan muda yang
terpelajar sekitar daerah Yan menyatakan terdapat penipuan semasa meletakkan nama dalam geran
tanah dari aspek pembahagian (lokasi) dan keluasan antara pemilik, hal ini disebabkan terdapat dalam
kalangan orang Aceh yang bekerja di pejabat tanah dan perkhidmatan mereka sering digunakan oleh
orang Melayu tempatan.
60
Andaya Leonard Y, 2001, Aceh’s Contribution To Standards Of Malayness, Archipel. Vol. 61,
Paris, hlm 29-68. Rujuk http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_2001_num_61_1_3612 (Diakses
pada 27 Januari 2017).

20
Seterusnya ramai dalam kalangan masyarakat berketurunan Aceh telah

berjaya dalam kehidupan sehingga menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan

memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dan negara. Kejayaan mereka

menjadi satu inspirasi iaitu tentang bagaimana ketabahan, keazaman dan usaha yang

telah dilaksanakan. Mereka berjaya memiliki aset yang besar, keilmuan yang tinggi

dan nilai-nilai kerohanian61 yang utuh. Mereka juga melalui usaha dan kerjasama

dalam aspek tenaga dan wang ringgit telah memastikan tanah-tanah wakaf diuruskan

dengan baik. Misalnya bangunan-bangunan bekas sekolah pondok dahulu telah

diberikan kepada orang ramai untuk melaksanakan kegiatan pendidikan tanpa

mengenakan sewa. Wang ringgit (sedekah) dan tenaga juga dikeluarkan untuk

melabur dalam pelbagai jenis perniagaan supaya hasilnya dapat dinikmati bersama.62

Munculnya tokoh-tokoh penting dari rumpun masyarakat Aceh telah

membantu membangun dan memajukan masyarakat dan negara seperti Tan Sri Dato‟

Sri Sanusi Junid yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah (1996-1999). Beliau

merupakan di antara tokoh penting yang perlu ditonjolkan untuk membuktikan

kejayaan komuniti Aceh dan paling utama, masyarakat setempat bersatu dalam

membangunkan Yan dan Kedah amnya. Penulis juga berkesempatan menemubual

orang Aceh di Aceh yang masih mempunyai pertalian darah dan perhubungan

dengan saudara maranya yang menetap di Kedah dan Malaysia khasnya. Hubungan

erat ini memberi sumbangan dari segi ekonomi terhadap saudaranya di Aceh. Orang

61
Temubual pengkaji pada Mac 2010 dengan Cikgu Abdul Rahman, beliau memberitahu mereka
menjaga dengan baik tanah-tanah wakaf nenek moyang dengan penuh amanah agar perlanjutan usaha
dapat memberikan pahala dan faedah kepada semua orang baik yang telah meninggal dunia atau pun
masih hidup.
62
Terdapat tanah wakaf yang diusahakan menjadi homestay dan dananya diperolehi melalui kutipan
wang dari komuniti mereka. Ia dibangunkan (contohnya Kampung Aceh Management Centre
(KAMC)) dan keuntungan dibahagi menurut peratus wang yang dikeluarkan oleh setiap individu
terbabit. Misalnya jika seseorang melabur RM2000.00 untuk pembinaan homestay maka dia mendapat
20% hasil keuntungannya, lagi banyak ia melabur semakin tinggi keuntungannya.

21
Aceh di Kedah banyak membantu saudara-saudara mereka dari Aceh dalam

menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Oleh itu, diharapkan kajian mengenai Peranan dan Sumbangan Masyarakat

Aceh Di Kedah dari tahun 1900-2000 ini boleh memperjelaskan hubungan sejarah

yang wujud sejak sekian lama sehingga dapat mempereratkan ikatan silaturrahim

antara kedua-dua buah negeri melalui jalinan persaudaraan dari pelbagai aspek sejak

dahulu hingga kini. Pemerintahan Aceh juga mempunyai hubungan silam dengan

Kedah sehingga kini. Contohnya ialah lawatan dari Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Kedah misalnya yang melawat kawasan-kawasan bersejarah di Aceh yang

mempunyai kaitan dengan Kedah seperti Kampung Keudah, pasar Kedah dan

penjara Kedah. Hubungan ini diharapkan dapat menjaga dan mengekalkan semula

kawasan sejarah yang berkaitan dengan orang Kedah di sana dan pensejarahan

berkaitan dengan negeri-negeri dalam Malaysia.63

1.3 Objektif Kajian

Tesis ini mengupas empat objektif utama:

1. Membincangkan fenomena penghijrahan orang Aceh dari aspek sejarah dan

hubungan silam.

63
Perak, Pahang, Johor dan Melaka juga pernah mempunyai hubungan silaturrahim dengan Aceh
melalui peranan agama Islam, perkahwinan diraja dan perdagangan. Terdapat juga tempat-tempat
bersejarah yang merakamkan hubungan dan cerita lampau antara sesama sultan atau masyarakatnya.
Peninggalan budaya seperti sulaman benang emas (kasab), tembikar tanah, busana dan perhiasan
terdapat kesamaan antara yang terdapat di Aceh dengan di Perak, Johor dan Pahang, rujuk Siti Zainon
Ismail, 2003. Warisan Seni Budaya Melayu-Aceh: Kaitan Pemerian Teks Sastera dan Realiti Budaya,
dalam Warisan Budaya Melayu Aceh, Pusat Studi Melayu Aceh, Banda Aceh, hlm 3.

22
2. Menilai peranan dan sumbangan masyarakat Aceh dari segi sosial iaitu dalam

aspek agama dan intelektual di Kedah.

3. Mengkaji perkembangan ekonomi masyarakat Aceh dan sumbangannya

kepada ekonomi Kedah dalam peningkatan taraf hidup.

4. Menganalisis peranan dan sumbangan masyarakat Aceh dari sudut politik

oleh tokoh-tokoh berketurunan Aceh di Kedah.

1.4 Pemasalahan Kajian

Penyelidikan ini mempunyai kepentingan tersendiri dan kajian tentang

perantau asing atau orang Melayu telah banyak dilakukan. Namun tidak semua

kajian yang ada mempunyai penekanan terhadap orang Aceh di Kedah secara

mendalam. Bila dilihat secara kronologi, kehadiran orang Aceh di Kedah boleh

dikaji dalam aspek hubungan dua hala yang mempunyai impak positif dan negatif.

Misalnya kedatangan perantau Aceh semasa zaman silam iaitu sejak Kerajaan Kedah

Tua muncul dan hubungan ini lebih bersifat keagamaan iaitu untuk mengembangkan

syiar Islam sehingga berjaya meningkatkan tahap intelektual di rantau ini dan juga

dari aspek perdagangan. Hal ini boleh dikatakan sebagai faktor yang membawa

kesan positif dalam hubungan dua hala yang kita nyatakan kemudian sebagai tema

agama dan intelektual dalam bab-bab berikutnya.

Hubungan atau peranan kedua iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan

Iskandar Muda Mahkota Alam (SIMMA) dari tahun 1607-1636 Masihi,64 hubungan

ini lebih bersifat perluasan kuasa. Hal ini juga bertujuan untuk mengekang
64
Rujuk M. Hasbi Amiruddin, 2008, Aceh Serambi Mekah, Diterbitkan oleh Pemerintah Provinsi
Nanggaro Aceh Darussalam, hlm 49. Ia menerangkan kejayaan SIMMA menguasai Pahang 1618,
Kedah 1619 dan Perak 1620. Armada Aceh juga dikatakan menguasai lautan di Malaya dan Sumatera.

23
penyebaran agama Kristian dari berkembang. Penguasaan Aceh terhadap Kedah

dianggap perlu untuk mengekang penguasaan ekonomi terutamanya lada hitam di

Kedah termasuklah Pulau Langkawi. Zaman inilah yang menyebabkan kemasukan

perantau Melayu di kedua-dua buah negeri semakin berkembang apabila wujudnya

orang Kedah di Aceh dan sebaliknya. Perkara ini berlaku apabila Sultan Kedah iaitu

Sultan Sulaiman Shah II (1602-1619) ditawan dan dibawa ke Aceh. Namun masalah

timbul apabila tidak diketahui sejauh mana kejayaan hidup orang Kedah di Aceh.

Manakala bagi komuniti Aceh di sini segala bahan, maklumat dan data mereka

termasuklah kejayaan yang dicapai tidak banyak didokumentasikan atau tidak

terdapat profil khas berkenaannya.

Zaman ketiga ialah zaman penjajahan kuasa asing terutamanya Barat untuk

mengeksploitasi ekonomi di Alam Melayu. Penjajahan Belanda dan layanan buruk

mereka terhadap penduduk Aceh telah menyebabkan ramai golongan agama dan

intelektual Aceh merantau dengan meninggalkan negara lalu memasuki Kedah.

Zaman ini penting kerana perantau Aceh adalah golongan yang paling ramai datang

ke Kedah dan terus menetap di sini. Seterusnya pada era ini bermulalah peranan dan

sumbangan orang Aceh di Kedah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu,

pengumpulan maklumat dan kupasan mengenai kejayaan mereka akan dijelaskan

dengan lebih terperinci terutama mengenai kejayaan yang pernah dan sedang dicapai

oleh mereka.

Akhirnya apabila negara mencapai kemerdekaan, peranan dan sumbangan

orang Aceh sememangnya boleh dilihat dalam aspek ekonomi dan politik khasnya

yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan negeri Kedah. Penguasaan

24
mereka dalam bidang ekonomi adalah membanggakan dan ramai dalam kalangan

mereka berjaya dalam bidang akademik serta menjawat jawatan penting dalam

politik Malaysia amnya akan diberi penekanan.

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran lebih jelas dari

segi hubungan orang Aceh di Kedah terutama dengan penduduk setempat. Impaknya

kehadiran orang Aceh ini berjaya diasimilasikan dan hidup bersama sebagai satu

komuniti yang rapat walaupun pada mulanya, soal prejudis masih wujud dalam

kalangan mereka. Manakala dari sudut kemasyarakatan pula, kajian ini dapat

memberi gambaran yang lebih jelas dari segi hubungan orang Aceh dengan rakyat

Kedah dalam perspektif persaudaraan di Kedah dan Malaysia amnya.

Analisis terhadap data-data daripada pelbagai sumber rujukan diharapkan

dapat memberi gambaran dan penjelasan terhadap sesuatu isu atau tema dalam bab-

bab yang seterusnya. Hal ini kerana tamadun yang wujud di setiap negara adalah

berbeza disebabkan persekitaran, iklim, budaya, ekonomi dan politik yang meliputi

semua ruang lingkup kehidupan manusia. Kajian ini seterusnya membuktikan

masyarakat berketurunan Aceh sememangnya memberi sumbangan yang besar

terhadap sejarah tempatan.

1.5 Dunia Melayu atau Nusantara

Orang Aceh dan Kedah adalah rumpun Melayu. Apabila mengkaji sejarah

sesuatu kaum atau negeri maka asal-usul mereka harus diberi keutamaan. Dunia

Melayu atau Nusantara meliputi Kedah dan Aceh yang mempunyai kesamaan dalam

25
aspek budaya dan bahasa. Misalnya Kedah-Aceh adalah suatu konsep mengenai

manusia dan kebudayaannya yang menunjukkan perhubungan manusia dan budaya

dari sejumlah bangsa di Nusantara yang memiliki kesamaan asal-usul, bahasa,

agama, adat-istiadat, budaya dan kesenian. Sebelum kedatangan Barat, seluruh

Nusantara adalah dunia Melayu tanpa sempadan dan etnik. Konsep Melayu sebagai

identiti ras tidak begitu jelas dan hanya menampakkan pertumbuhannya semasa

campurtangan Eropah.65 Manusia berketurunan Melayu dan Indonesia pada hari ini

boleh ditemui di Sri Lanka, Afrika Selatan, Madagascar, Arab Saudi, Belanda,

England, Surinam, Australia dan Amerika Syarikat.66 Malah menurut penyair Mpu

Prapanca yang menulis tentang Desawarnana pada tahun 1365 telah menyenaraikan

“Tanah Melayu” terdiri daripada Lampung, Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak,

Rokan, Kampar, Pane, Kampe, Aru, Mandailing, Tumiang, Perlak, Barat, Lwas,

Samudra, Lamuri dan Barus.67 Manakala bagi keseluruhan Kepulauan Melayu pula

meliputi Langkasuka, Sai (Selatan Patani), Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai

sebahagian daripada wilayah “Pahang.”68 Manusia Melayu ini juga tergolong dalam

satu rumpun yang sama iaitu dunia Melayu termasuklah orang Aceh dengan orang

Melayu di Malaysia.

Konsep Dunia Melayu boleh dirujuk dari segi wilayah budaya dan geopolitik

Malaysia dan Indonesia. Misalnya nama-nama paling awal ialah Kun-lun,

Suvarnabhumi (Tanah Emas), Yavadvija (Pulau Emas atau The Golden Chersonese),

The Malay Archipelago (Gugusan Pulau Melayu), Tanah Jawi, The Malayo-
65
Virginia Matheson, 1979, “Concepts of Malay Ethos In Indigenous Malay Writing”, JSAS,
Vol.X(2), hlm 370.
66
Mohd Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur,
hlm 12.
67
Andaya Leonard Y, 2001, Aceh’s Contribution To Standards Of Malayness, Archipel. Vol. 61,
Paris, hlm 29-68. Rujuk http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_2001_num_61_1_3612 (Diakses
pada 27 Januari 2017).
68
Ibid, hlm 32.

26
Polynesian World, Melayu Raya dan lain-lain lagi.69 Kini konsep Dunia Melayu itu

sendiri merujuk kepada daerah geopolitik yang mempunyai persamaan identiti iaitu

bahasa pertuturan dan agama.70 Bahasa Melayu asalnya dituturkan oleh satu

kelompok manusia Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian

daripada Sumatera dan di Kepulauan Riau-Lingga sehingga menjadi bahasa

perantaraan atau lingua franca.71 Malah sehingga kini penutur dalam bahasa Melayu

berjumlah lebih 200 juta orang bagi seluruh wilayah Malaysia-Indonesia Manakala

agama Islam pula menjadi identiti utama bagi orang Melayu di Malaysia 72 khasnya.

Masyarakat Malaysia turut dikenali dengan agamanya sebagai contoh Melayu

dikaitkan dengan Islam.73 Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Persekutuan.74

Pada peringkat awal, istilah “Melayu” dikaitkan dengan konsep kerajaan atau

kawasan. Penggunaan istilah “Melayu” pada peringkat awal ini dikesan circa 100-

150 M. Istilah ini juga dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu malayakolam

atau malaikurram yang merujuk kepada tempat di utara pantai Semenanjung

69
Mohd Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur,
hlm 5-6.
70
Ibid, hlm 18.
71
Ibid, hlm 6.
72
Mohd Azhar Bahari, Gerakan Islam: Menyelusuri Perjuangan ABIM Kedah Aspek Politik dan
Perjuangan 1971-2004, dalam Ishak Saat, Mohd Akbal Abdullah, 2010, Isu-isu Terpilih Dalam
Sejarah Politik dan Perjuangan, Sumbangsih Kepada Profesor Madya Dr. Mohd Isa Othman, UTHM,
Johor, hlm 292; menerangkan kebangkitan Islam di Malaysia telah digerakkan oleh beberapa
kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam
Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Darul Arqam, Jemaah Islah Malaysia
(JIM), Jamaah Tabliq, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Persatuan Ulama
Malaysia (PUM).
73
Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz, 2014, Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan
1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm 110. Buku ini juga menjelaskan peruntukan mengenai kedudukan agama Islam telah
mengambil kira kaitan unsur tradisi dan latar belakang sejarah yang selari dengan konsep
pemerintahan beraja yang sinonim dengan orang Melayu.
74
Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10 November 2010), Lembaga Penyelidikan Undang-undang,
International Law Book Services, Petaling Jaya, Selangor, hlm 1.

27
Malaysia iaitu Tanjung Kuantan. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula terdapat

sedikit penerangan tentang konsep Melayu yang dikatakan berasal daripada bahasa

Sanskrit yang membawa maksud menyeberang, ekoran daripada migrasi orang Jawa

ke Nusantara.75 Selain itu, penduduk negeri Kedah yang awal dapat dipecahkan

kepada tiga golongan iaitu Gergasi, Senoi dan Orang Laut.76 Gergasi berasal dari

keturunan Semang. Ia mempunyai dua gigi siong di sebelah kanan dan kiri mulutnya,

warna kulitnya hitam, rambut kerinting, tubuh badan besar dan tinggi dan suka

makan daging manusia (cannibals).77 Orang Senoi juga dikenali sebagai Sakai

dikatakan suka memburu, bercucuk tanam dan berpindah randah. Manakala Orang

Laut pula duduk di tepi laut dan dalam perahu.

Manakala Noriah Mohamed (1999) dalam kajiannya bertajuk Sejarah

Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama mengatakan yang Bradell78 pula menganggap

tempat asal Melayu ialah di Tanjung Penyabung. Catatan pelayaran pengembara

China Dinasti T‟ang dalam bukunya tercatat istilah Mo-lo-yu iaitu ditulis sekitar

tahun 644-645 M. Para pengkaji sependapat bahawa Mo-lo-yu yang dimaksudkan itu

ialah kerajaan yang terletak di Jambi, iaitu di selatan Pulau Sumatera dan Srivijaya

yang terletak di Palembang.

75
Muhammad Hassan Dato Kerani Muhammad Arshad, 1969, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 1.
76
Ibid, hlm 1.
77
Ibid, hlm 1.
78
Thomas Bradell seorang Ahli Majlis Pembantu Residen di Singapura pada tahun 1882 yang
berminat mengkaji adat dan budaya orang Melayu di Nusantara. Rujuk An electronic encyclopedia on
Singapore's history, culture, people and events dalam http:// eresources.nlb.gov.
sg/infopedia/articles/SIP_1212_2008-01-30.html (Diakses pada 27 Januari 2017). Thomas Bradell
juga memberikan statistik pertambahan penduduk Melayu yang meningkat secara mendadak di
Seberang Perai, Pulai Pinang. Hal ini menunjukkan peningkatan pendudukan pada tahun 1820
sehingga 1827 adalah sebanyak 12, 400 orang yang disebabkan oleh perang antara Kedah dengan
Siam pada tahun 1821. Rujuk http://www.academia.edu/16499132/Sejarah_Awal_Pulau_Pinang.
(Diakses pada 22 Mac 2017).

28
Sumber bertulis tertua mengenai penamaan Melayu terdapat dalam

Desawarna atau dikenal sebagai Negarakertagama, karya Prapanca yang ditulis pada

tahun 1365.79 Dimaksudkan dengan bumi Melayu adalah wilayah Sumatera.

Kemudian berkembang suatu wilayah perairan di Selat Melaka yang menjadi pusat

perdagangan ramai dan menjadikan faktor terbentuknya etnik Melayu. 80 Bahasa

Melayu juga menjadi lingua franca di rantau Asia Tenggara sehingga kebanyakan

orang asing yang datang ke sini boleh bertutur dengan fasihnya. Namun asal-usul

kata “Malayu” tidak diketahui dengan pasti dan dari segi etimologi, perkataan

“Melayu” dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud

“bukit” atau “tanah tinggi”.81

Salah satu erti umum yang diterima berasal dari “Malayu” dalam bahasa

Jawa bererti “lari”, sebab orang Melayu melarikan diri menuju ke kehidupan baru di

Semenanjung Malaya.82 Menurut sarjana Belanda H.Kern iaitu pakar bahasa-bahasa

Austro Asia, bangsa Melayu berasal dari daerah Champa Indochina. Mereka datang

dalam dua gelombang, gelombang pertama yang disebut Melayu Tua (Proto Malay)

sekitar 2500-1000 tahun S.M dan gelombang kedua pada sekitar 300 tahun S.M yang

disebut Melayu Muda (Deutro Malay).83 Manakala pendapat yang lain pula

mengatakan bahasa Melayu berasal dari bahasa yang dipertuturkan oleh bangsa
79
Susanto Zuhdi, 2010, “Buton dan Johor: Melacak Ke Masa Awal Perhubungan Dua Simpul Perekat
Dunia Melayu-Nusantara”, kertas kerja Seminar dalam Dialog Membangkitkan Memori Kolektif
Kesejarahan Malaysia-Indonesia III: Pengalaman dan Iktibar Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia,
Johor Bahru, 1-3 Oktober, hlm 9.
80
Andaya, Leonard, 2010, Leaves Of The Same Tree: Trade and Ethnicity In The Straits of Malaka,
Singapore: NUS Press, hlm 210. Rujuk juga http://onlinelibrary.wiley.com/wol1/doi/10. 1111/j.1540-
6563.2010.00273_29.x/full (Diakses pada 9 Februari 2017)
81
Rohani Haji Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2008. Pembinaan Negara Bangsa, Zammas
X‟Press Niaga, UUM, Sintok Kedah, hlm 14.
82
Susanto Zuhdi, Buton dan Johor: Melacak Ke Masa Awal Perhubungan Dua Simpul Perekat Dunia
Melayu-Nusantara, hlm 9.
83
Darwis A. Soelaiman, 2010. 1-3 Oktober, “Dinamika Hubungan Aceh-Semenanjung Dalam
Lintasan Sejarah”, kertas kerja Seminar dalam Dialog Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan
Malaysia-Indonesia III: Pengalaman dan Iktibar Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, Johor Bahru,
hlm 1.

29
Indo-Melayu atau Austronesia yang datang ke Alam Melayu menggunakan bahasa

yang dikenali sebagai bahasa Melayu Proto yang merupakan asal kepada bahasa

Melayu hari ini. Cabang bahasa yang dihasilkan oleh bahasa Melayu Proto dikatakan

berjumlah kira-kira 150 cabang bahasa.84

Pendekatan konsep Melayu yang menggunakan kesamaan akar bahasa dan

budaya untuk mentakrifkannya seperti yang terkandung dalam Pengantar

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Jilid 1, 1994) iaitu rumpun Melayu

ialah manusia yang berkulit sawo matang, terdiri daripada pelbagai suku kaum yang

mendiami alam Melayu, secara linguistik menjadi kelompok penutur bahasa Melayu-

Polenesia. Aspek geografi pula pada hari ini menyatakan Melayu merangkumi

sejumlah penduduk Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina manakala di Singapura,

Selatan Thailand, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Madagascar dan Afrika Selatan

mereka menjadi penduduk kumpulan minoriti. Perkataan Melayu juga

berkemungkinan berasal dari nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai

Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera.85

Konsep Melayu yang kedua ialah penggunaan nama Melayu bagi merujuk

kepada panggilan kelompok mereka.86 Hujah ini disokong dengan bukti oleh

manuskrip tradisional Melayu iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang

mengemukakan pendapat bahawa Melayu merupakan kelompok manusia iaitu

pengikut raja berketurunan Bukit Siguntang. Hal ini bermaksud istilah “Melayu”

merujuk keturunan yang ‛berbangsa‟ dan „berasal‟ sahaja. Nama Melayu juga

84
Rohani Haji Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2008. Pembinaan Negara Bangsa, Zammas
X‟Press Niaga, UUM, Sintok Kedah, hlm 15.
85
Ibid, hlm 14.
86
Abdul Rahman Embong, 2000, Negara-Bangsa Proses dan Perbahasan, Penerbit UKM, Bangi,
hlm 33.

30
dikatakan berasal dari nama Sungai Melayu di Bukit Siguntang, Palembang di

Sumatera. Manakala dalam kajian ke atas Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa

hanya menyebut kaum Melayu sebagai salah satu kumpulan anak negeri selain

kumpulan Gergasi.87

Namun pada hari ini konsep tersebut tidak lagi diiktiraf sebagai Melayu

kerana dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa iaitu ia tidak merangkumi

kelompok manusia yang berketurunan Jawa, Banjar, Bawean dan kelompok suku

lain yang asas bahasa dan budayanya sama. Konsep Melayu pada hari ini ternyata

berbeza dari zaman dahulu iaitu yang terdapat dalam manuskrip-manuskrip Melayu

lama. Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai konstruksi sosial yang ciptaannya

dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa.88 Bermula abad ke 17, istilah

“Melayu” merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara.

Konsep Melayu yang seterusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia 1989, Fasal 160 dan Fasal 69(6) mengenai Tanah Simpanan

Melayu. Misalnya definisi Melayu di sini ialah mereka yang berbahasa Melayu,

beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. Secara umumnya, Alam

Melayu menawarkan lingkungan dan persekitaran yang selamat dan tenang atas hak

bersama dan saling melengkapi. Konsep Melayu ini juga dapat melindungi

pertuanan89 Melayu iaitu penduduk asal Kepulauan Melayu yang membezakannya

87
Siti Hawa Salleh, 1979, Hikayat Merong Mahawangsa, penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
hlm 33.
88
Shamsul A.B. 1999, Identity Contestation in Malaysia: A Comparative Commentary on
„Malayness‟ and „Chineseness‟, Akademika (Special Issue on „Identity‟), Bangi, 55 Julai, hlm 17-37;
lihat juga Fernandez C. 1999, Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of Malay Identity in
Pre-Independence Malaya: A Retrospect, Akademika (Special Issue on „Identity‟), Bangi, 55 Julai,
hlm 39-59.
89
Persepsi orang Melayu dahulu ialah orang Melayu merupakan penduduk asal di Tanah Melayu,
sekaligus pemilik mutlak Tanah Melayu dan berikutan itu, hanya mereka yang berhak menjadi rakyat

31
dengan kaum pendatang lain. Di Malaysia orang Melayu dilindungi dan mempunyai

hak-hak istimewa90 seperti yang termaktub dalam perlembagaan yang tidak boleh

dipertikaikan oleh kaum lain. Malah kerajaan Kedah merupakan kerajaan Melayu

yang tertua pernah wujud dalam sejarah Asia Tenggara dan daripada bukti-bukti

bertulis ternyata sudah wujud kerajaan negara kota di Tanah Melayu sejak awal

kurun Masihi. Catatan-catatan China daripada Dinasti Sung, Sui, Tang dan Ming ada

merekodkannya.91 Selain itu, kajian Zaharah Mahmud yang dibuat pada tahun 1979

mengenai penduduk Kedah mentakrifkan Melayu sebagai:

In terms of ethnic stock, the lowland Malays who are sometimes


know as Deutro or Coastal Malays, are the descendants of the Proto-
Malay with many foreign drived from intermarriages with the variety
of Asian communities that pass through this part of the world.92

Selain itu, ada pendapat yang mengatakan Kepulauan Melayu ini adalah

merentasi segala pulau-pulau di sekitar Alam Melayu termasuklah Indonesia

sehingga ke Tanah Melayu. Menurut William Marsden93 pula negara asli yang

didiami oleh bangsa Melayu adalah kerajaan Palembang di Pulau Sumatera di Sungai

Malayo. Sungai ini mengalir dari gunung bernama Maha-meru dan bermuara ke

___________________________
Tanah Melayu. Rujuk Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz, 2014, Kontrak Sosial
Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 96.
90
Hak istimewa orang Melayu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153
yang merangkumi perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi. Manakala hal yang berkaitan tanah
rezab Melayu pula boleh dilihat dalam Perkara 89 dan 90.
91
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publication And Distributors Sdn.
Bhd., hlm 1.
92
Zaharah Mahmud, 1979, “The Evolution of Population and Settlement in the State of Kedah” dalam
Asmah Haji Omar (peny.), Darulaman: Essays On Linguistic And Socio-Economic Aspects Of The
Malaysia State Kedah, Kuala Lumpur, UM Press, hlm 131.
93
Beliau lahir di Verval, Wicklow, Ireland pada 16 November 1754 dan pernah tinggal di Sumatera
Barat antara tahun 30 Mei 1771 dan 6 Julai 1779. Penulisannya termasuk A Grammar of Malayan
Language (London, 1812) dan A Dictionary of the Malayan Language (London, 1812). Beliau
menulis banyak buku, koleksi berkaitan orang Melayu terutama di Sumatera dan naskah Oriental.
Beliau meninggal dunia pada 6 Oktober 1836 di Edge Grove, di daerah Aldenham.

32
Sungai Tatang (Palembang) sebelum mengalir ke laut.94 Migrasi orang Melayu ini

dikenali sebagai orang di bawah angin sehingga ke hujung tenggara semenanjung

yang dikenali Ujong Tanah. Pada waktu itu secara umum ia dikenali sebagai Tanah

Malayo atau Tanah Melayu.95

1.6 Sejarah Undang-Undang Melayu

Apabila membincangkan mengenai masyarakat Melayu, sudah pasti undang-

undangnya harus dirujuk sebagai bukti keberadaan dan ketamadunan sesebuah

negara. Masyarakat Melayu mempunyai undang-undang, peraturan, adat dan pantang

larang sebagai alat kawalan sosial. Masyarakat yang berpegang teguh kepada norma

dan nilai-nilai murni adalah manusia yang beradab dan berjaya. Begitu jugalah

sesuatu undang-undang dirangka dan dilaksanakan untuk menjamin kesejahteraan

manusia lantas memberi manfaat bersama. Dokumen-dokumen yang tertulis dan

penulisan yang wujud mengenai sesuatu masyarakat harus dikaji untuk mendapatkan

gambaran sesebuah kerajaan dan rakyatnya. Hasil-hasil penulisan ini juga

merangkumi sesuatu genre kesusasteraan Melayu, lalu ia menjadi sejarah sebagai

satu genre sastera.96

94
William Marsden, 2013, Sejarah Sumatra, diterj dari The History of Sumatra, 3rd Edition 1811,
Jakarta: Komunitas Bambu, hlm 389-390. Rujuk juga William Marsden, 1881, The History of
Sumatra, online http://www.gutenberg.org/files/16768/16768-h/16768-h.htm#ch-18, iaitu ”kingdom of
Palembang in the island of Indalus, now Sumatra, on the river Malayo, which flows by the mountain
named Maha-meru, and discharges itself into the river Tatang (on which Palembang stands) before it
joins the sea.” (Diakses pada 27 Januari 2017).
95
Ibid, hlm 390.
96
Walaupun genre berbeza dari segi sejarah namun terdapat fakta-fakta sejarah di dalamnya yang
perlu diteliti. Ini kerana penulisan undang-undang tradisional sebagai suatu genre juga meliputinya, ia
termasuklah Undang-undang Kedah atau Hukum Dato‟ Kota Setar. Terdapat sekurang-kurangnya
sembilan buah penulisan tradisional yang bersifat sejarah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
yang mempunyai pelbagai versi dan edisi mengenainya, Sejarah Negeri Kedah (SNK), Silsilah As-
Salatin (SAS), Peringatan Raja-raja Kedah (PRK), Peraturan Raja-raja Negeri Kedah (PRNK),
Hikayat Negeri Kedah (HNK), Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (AK), Salasilah atau Tawarikh
Kerajaan Kedah (SK) dan Syair Sultan Maulana (SSM).

33
Kedah mempunyai ramai perantau yang masuk dan tinggal di dalamnya iaitu

sekitar tahun 2500-1500 sebelum Masihi. Penghijrahan manusia ke Tanah Melayu

mungkin berasal dari kawasan Selatan dan Barat China.97 Permulaan abad ke-13

iaitu zaman berkembangnya agama Hindu, Raja dianggap pemerintah suci dan

berkuasa mutlak. Hal ini bermakna Raja-Tuhan dilambangkan melalui autoriti

politik. Di Jawa, Kemboja, Burma dan Semenanjung Tanah Melayu, bandar-bandar

seumpamanya melambangkan Gunung Meru. Adat Hindu berpengaruh terhadap

kehidupan masyarakat Melayu dan kesannya boleh dilihat dalam pelbagai upacara

bermula dari kelahiran hinggalah upacara kematian.98 Impaknya elemen suku kaum,

adat-istiadat, adat resam dan kekeluargaan diubahsuai supaya menjadi undang-

undang yang dapat diterima oleh semua masyarakat yang lebih bersifat undang-

undang adat iaitu melebihkan institusi beraja atau ketuanan.

Mulai abad ke 14 Masihi, agama Islam dibawa dan dikembangkan ke

Semenanjung Tanah Melayu. Impaknya Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan

yang terkenal dan kuasa yang sangat penting di Asia Tenggara. Bermula dari sinilah

wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang menjadi

teras utama dalam pentadbiran negeri. Undang-undang tersebut tersebar luas dan

berjaya sedikit demi sedikit menghakis elemen kehinduan apabila pemakaian hukum

kanun syariah dilaksanakan. Pada kemuncak kegemilangan Melaka, empayarnya

meliputi Pahang, Siak, Kampar, Rokan, Indragiri, Terengganu, Johor, Kepulauan

Riau-Linggi, Patani dan Kedah. Walaupun ada penghakiman keadilan menurut

undang-undang Islam namun pada masa yang sama ia tetap menjaga kekebalan

97
Ahmad Ibrahim, 2009, Mendekati Sejarah Undang-undang di Malaysia dan Singapura, terj.
Muhammad Bukhari Abd Hamid, KL: DBP, hlm 3.
98
Ibid, hlm 8.

34
kedudukan pemerintah. Selain itu, undang-undang adat yang juga memainkan

peranan penting seperti adat Temenggung dan Perpatih.

Sedikit demi sedikit undang-undang ini semakin bertambah baik apabila syiar

Islam telah kukuh dan mantap. Undang-Undang Melaka atau Risalah Hukum Kanun

pada tahun 1523 selepas Masihi, Ikhtisar Pahang pada tahun 1596 dengan

penambahan kemudiannya dan Ikhtisar Kedah yang mengandungi peraturan

pelabuhan bertarikh 1605. Wujud juga Undang-undang Laut yang disusun oleh

Sultan Melaka dalam rundingan dengan Kapten kapal dagang Bugis dan Makasar.99

Akhirnya undang-undang Islam ini berkembang apabila terdapatnya terjemahan

dalam bahasa Melayu mengikut mazhab Shafie yang meliputi hukum-hakam

perkahwinan, penceraian dan kesahtarafan anak.

Di zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, Sultan Kedah

ke-13 (1625-1652), baginda mengarahkan para ulama dan pembesarnya

melaksanakan penyusunan dan penulisan teks „Hukum Kanun Kedah‟ pada tahun

1060 Hijrah (1650 M). Kandungan undang-undang bertulis yang pertama dari Kedah

ini antara lain memuatkan undang-undang pelabuhan dan perdagangan serta

sebahagiannya disesuaikan dari teks undang-undang Aceh. Oleh itu terbukti bahawa

terdapatnya pengaruh Aceh dalam penulisan undang-undang Kedah. Misalnya pada

akhir bahagian penyusunan undang-undang tersebut mencatatkan:

99
Ibid, hlm 12-13.

35
“...Hijrah Nabi S.A.W. [seribu?] dua ratus dua puluh dua tahun, pada
bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Saiyidina Wa Maulana
Paduka Sultan Jamalul Alam Badrul Munir* duduk di atas tahta
Kerajaan Negeri Aceh Darussalam...”100

Di Kedah penulisan Hukum Kanun Kedah (HKK) bermula pada tahun 1060 Hijrah

(1650 Masihi). R.O Winstedt telah membahagikan HKK kepada lima bahagian yang

masing-masing dberi judul seperti berikut:

1. Undang-Undang Tahun 1060 Hijrah (1650 Masihi)


2. Tembera Dato‟ Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Dato‟ Kota Setar
4. Fasal Bunga Mas, Alat Kerajaan Pada Masa Bertabal, Orang Besar-Besar dan
Adat Meminang.
5. Undang-Undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan.101

Kandungan bahagian pertama dari KKM itu pada keseluruhnnya mencatat tentang

undang-undang berkaitan dengan pelabuhan yang di dalamnya termasuk tatacara

mengendalikan pelabuhan, perdagangan dan pesara (pekan atau bandar). Unsur Islam

telah mendominasi pentadbiran dan undang-undang negeri Kedah. Misalnya

Undang-Undang Tahun 1060 Hijrah (1650 Masihi) dalam fasal ke 28 menyatakan:

Dan wajiblah menyuruh menyamai chupak dan gantang dan


timbangan, jangan diberi kechik, besar, mahulah sama sakalian itu,
kerana firman Allah Taala, ‟Auful mikyal waI mizan” ertinya
‟Hendaklah sempurna oleh kamu segala sukatan dan timbangan
segala isi negeri kamu.” Maka itulah difardhukan atas sakalian raja-
raja yang mempunyai kebesaran dan panglima yang mempunyai
kuasa menyuroh menyamai sukatan dan timbangan, kerana beberapa
kaum nabi yang dahulu-dahulu itu disurohkan Allah Taala

100
Temubual dengan Dato‟ Wan Shamsudin Mohd Yusof pada Mac 2015, yang menceritakan tentang
undang-undang tersebut adalah Undang-undang Kedah yang dipetik dari halaman 65. Menurut
salasilah Kesultanan Aceh, baginda memerintah pada tahun 1703-1726.
101
R.O Winstedt, 1928, “Kedah Laws”, JAMBRAS, Vol. VI, pt. 11, hlm 14-44.

36
menyampaikan pada segala kaumnya menyamai sukatan dan
timbangan...102

Undang-undang yang dilaksanakan ini bertujuan untuk melancarkan pentadbiran,

membendung jenayah dan mengekang masalah sosial serta dapat menjaga

ketenteraman masyarakatnya. Teks undang-undang Kedah banyak membicarakan

tentang pelabuhan dan perdagangan. Beberapa perkara utama yang menjadi

peruntukan undang-undang ini ialah cukai kepala ke atas pedagang asing, cukai

pelabuhan ke atas kapal yang datang dari Kalinga dan Gujarat, cukai yang dikenakan

oleh Syahbandar Kedah ke atas nakhoda kapal yang memasuki pelabuhan, cukai ke

atas hamba dan hasil timah, penggunaan kemudahan pelabuhan, keamanan di

pelabuhan, piawaian dalam timbangan dan ukur juga penerimaan misi dan duta asing

serta sistemnya.103

Kedah terbukti mengamalkan undang-undang syariah dan mempunyai

peraturan yang mengikut syariat Islam dalam mentadbir negara yang meliputi segala

aspek kehidupan masa lalu juga melibatkan kesemua pedagang dan perantau yang

datang dan menetap di dalamnya. Begitu jugalah dengan undang-undang Kedah yang

ada unsur syariah dan terdapat unsur Aceh yang mengagungkan rajanya sebagai

pemimpin Islam.

102
Ibid, hlm 23.
103
Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah, DBP, Kuala Lumpur, hlm ix.

37
1.7 Konsep Aceh

Aceh ialah suku Melayu, berada dalam Kepulauan Melayu dan bercakap serta

mengamalkan adat budaya orang Melayu yang memudahkannya menyesuaikan diri

dengan masyarakat Kedah. Sesuatu kaum atau suku yang dikaji haruslah

diperjelaskan secara mendalam mengenai diri dan asal-usulnya agar dapat dikenal

dengan lebih lanjut. Asal keturunan Aceh banyak dibahaskan dan dari segi

maksudnya juga ramai yang memberikan pendapat dari pelbagai sudut ilmu. Konsep

Aceh mempunyai pelbagai maksud dan asal perkataan tersebut muncul diberi

penekanan. Aceh dikatakan mempunyai pelbagai darah keturunan yang meliputi

campuran Arab-Parsi-Turki, India dan China. Namun yang berketurunan

(perkahwinan campur) Aceh-Arab yang paling ramai selain penduduk tempatan yang

asal. Teuku Abdul Jalil menggabungkan nama Arab (A), China (C), India (I/E)

hingga memunculkan nama Aceh.104 Pandangan ini juga sama dengan

Kamaruzzaman iaitu orang Aceh juga sering memberikan definisi terhadap kata

ACEH105 dengan dimulai kata A yang difahami Arab, C sebagai Cina, E dengan

Eropah dan H dengan Hindia.106 Menurut cerita lisan di Aceh nama “Aceh” muncul

dari peristiwa berikut:

“Kononnya dalam suatu peristiwa seorang puteri raja Hindustan


hilang dan dicari-cari sampai ke Pulau Sumatera tepatnya di Oele
Lheue tidak jauh dari Pantai Cermin dan Meraxa dan Peukan Bada.
Di daerah ini, sang puteri ditemukan oleh kakaknya. Kepada
penduduk, sang kakak berkata bahwa puteri itu adalah ”Aci”nya
(adiknya). Selama di daerah tersebut, sang puteri selalu menunjukkan
perangai yang bagus dan sopan. Oleh kerana itu diangkat oleh

104
Siti Zainon Ismail, Acheh Suara Dari Hujung Tambak, DBP, Kuala Lumpur, 2009, hlm 7.
105
Aboe bakar Aceh, 1980, “Tentang Nama Aceh”, dalam Bunga Rampai Tentang Aceh, ed. Ismail
Suny, Jakarta: Bhratara, hlm 6.
106
Kamaruzzaman Bustamam Ahmad, 2012, Acehnologi, Bandar Publishing, Banda Aceh, hlm 111.

38
penduduk tersebut menjadi Ratu dan daerah tersebut dinamakan
ACEH.”107

Teungku Syeikh Muhammad Nordin, yang banyak membantu Snouck

Hurgronje,108 menyatakan nama Aceh berasal daripada kata Aca (Aci= India Tamil)

yang bererti saudara perempuan. Aca juga bererti indah.109 Beliau sependapat dengan

Haslinda Syahrul yang mendefinisikan Aceh sebagai nyaman dan indah. 110 Perkataan

Aceh ini juga dikaitkan dengan sejenis pohon besar yang rendang seperti pohon

beringin yang terdapat dalam kawasan istana sultan dikenali sebagai Ba‟si-aceh.

G.P Tolson pula memberikan pandangan mengenai istilah Aceh sebagai:

“Nama yang sesungguhnya dari bahagian paling utara Pulau


Sumatera yang membentang dari Tamiang di Timur ke Truman di
bahagian pesisir barat, meskipun sering disebut oleh orang Eropah
dengan nama Acheen.”111

Manakala dari segi pemerintah pula teks Bustan al-Salatin menegaskan

bahawa Ali Mughayat Shah merupakan sultan yang pertama Kerajaan Aceh Dar al-

107
Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri Lanang ke 8
Samalanga),Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di
Nusantara, hlm 87.
108
Beliau menulis karyanya bertajuk De Atjehers, Jilid Pertama diterbitkan pada tahun 1893, Jilid
Kedua 1894 dan kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh A. O‟Sullivan.
109
Siti Zainon Ismail, Acheh Suara Dari Hujung Tambak, hlm 7.
110
Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri Lanang ke 8
Samalanga), Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di
Nusantara, hlm 1.
111
G.P Tolson, 1880, Acheh, Commonly Called Acheen, JSBRAS 5 (1880), hlm 37. Lihat juga T.C.R.
Westpalm, “Geography of Achin”, trans. By Bierber, JSBRAS 3 (1897), hlm 120-123; William
Marsden,1966,The History of Sumatra, 3rd edition, introd.by John Bastin, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, hlm 396; C.Snouck Hurgronje, 1906, The Achehnese, trans. By A.W.S.O‟Sullivan,
Vol. 1, Leiden: E.J.Brill, hlm 1; Amirul Hadi MA, 2010, Aceh Sejarah, Budaya dan Tradisi, Yayasan
Pustaka Obor Indonesia, Jakarta, hlm 11-12.

39
Salam.112 Baginda merupakan sultan yang mendirikan kerajaan Aceh dan juga

bertanggungjawab melakukan perluasan wilayah hingga ke luar negara termasuklah

negeri-negeri disekitarnya. Manuskrip China Tsien-Han-Su dinyatakan bahawa

Kaisar Wang Mang pernah mengirim suatu misi dengan membawa hadiah berupa

permata dan berlian kepada sebuah kerajaan Huang Che. Kerajaan Huang Che ini

diertikan oleh sejarawan dengan kerajaan Aceh.113

Bangsa Aceh termasuk dalam rumpun bangsa Melayu iaitu bangsa Mante

(Bante), Lanun, Sakai Cakun, Semang (orang laut), Senui dan lain-lain yang berasal

dari negeri Perak dan Pahang Tanah Semenanjung Malaysia.114 Menurut pandangan

Kamaruzzaman Bustamam Ahmad karya Affan Jamuda dan A.B. Lila Wangsa yang

berjudul Peungajaran Peuturi Droe Keudroe (Pelajaran Mengenal Diri Sendiri)

boleh dijadikan rujukan dalam menjelaskan asal-usul keturunan bangsa Aceh yang

diterjemahkan iaitu:

“Bangsa Aceh adalah satu bangsa yang membangun negeri di


sebelah barat Pulau Ruja. Bangsa ini asalnya dari bangsa Achemenia,
bangsa Achemenia berasal dari sebuah bukit Kaukasus di Eropah
Tengah. Bangsa Achemenia hidup sekitar 2500 tahun sebelum
masihi. Bangsa Achemenia satu bangsa yang suka merantau, sampai
bangsa ini tersebar di seluruh Asia, Afrika, Eropah dan juga Pulau
Ruja. Satu keturunan pindah ke tanah Persia, kemudian menjadi
bangsa Persia, yang satu suku lagi pindah ke Pulau Ruja, kemudian
lahir bangsa Aceh. Bangsa Aceh pertama sekali berasal dari bangsa
Achemenia-Parsia-Aceh.”115

112
Nur al-Din al-Raniri, 1996, Bustanu’s-salatin, Bab 2, Fasal 13, ed. By T.Iskandar, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, KL, hlm 22 & 31.
113
Dinas Periwisata Provinsi Daerah Istimewa Aceh, 1996, A Guide To Aceh, hlm 2.
114
Muliadi Kurdi, 2009, Aceh Di Mata Sejarawan Rekonstruksi Sosial Budaya, diterbitkan oleh
LKAS dan Pemerintah Aceh, Banda Aceh hlm 3.
115
Affan Jamuda and A.B. Lila Wangsa, 2000, Peungajaran Peuturi Droe Keudroe, Pidie: Angkasa
Muda, hlm 2.

40
Menurut Kamaruzzaman lagi asal-usul keturunan Aceh juga boleh dilihat pada lagu

yang berjudul Hoka Raja Loen yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Rafly Aceh

dalam albumnya Surga Firdaus, antara bait lagu tersebut ialah:

Di tanah parsia trouh neulangkah


Nanggroe neucah samudra parsia
Meunan neusyareh dalam sejarah
Nanggroe meutuwah beugeot tajaga

(Dari Tanah Persia datang melangkah


Negeri dibuka Samudra Pasai
Begitu dijelaskan di dalam sejarah
Negeri bertuwah agar dijaga)116

Jelas di sini bahawa bangsa Aceh adalah berasal dari Parsi yang membawa

pengaruh agama Islam ke rantau Asia Tenggara. Perkara ini samalah dengan Kedah

yang dikatakan sultannya juga berasal dari Parsi. Mereka datang ke Pulau Ruja iaitu

sebuah pulau yang kemudiannya diberi nama Aceh dan ia kekal sehingga sekarang.

Menurut sejarah, bangsa Achemenia adalah cucu dari Nabi Nuh alaihiwasallam.117

Pada abad ke 17 nama Aceh atau Aceh Dar us-Salam (Tanah Damai) adalah

merujuk kepada kota itu sendiri yang menunjukkan keagungan kota pelabuhannya.

Manakala Tom Pires seorang Portugis menulis dalam Suma Oriental yang

dikarangnya di Melaka sekitar tahun 1520 mengeja nama Aceh sebagai Achei.118

116
Kamaruzzaman Bustamam Ahmad, 2012, Acehnologi, Bandar Publishing, Banda Aceh, hlm 128.
117
Ibid, hlm 131.
118
Naskah-naskah di Eropah pula pada abad ke 16, 17 dan 18 ada menulis Achem, achin, Atchin dan
sebagainya, manakala di Perancis pula menyebut sebagai atchinais. Ejaan ini kemudian berkembang
dan diperkemaskan lagi sehingga abad ke 19 Snouck Hurgronje dalam kajiannya memberikan nama
Aceh sebagai De Atjehers. Boleh rujuk Denys Lombard, 2008, Kerajaan Aceh Zaman Sultan Iskandar
Muda (1607-1636), terjemahan Winarsih Arifin, Kepustakaan Populer Gramedia (KPG), Jakarta, hlm
30-31.

41
Hikayat Raja-raja Pasai iaitu sebuah teks Melayu pada akhir abad ke 14 atau

awal abad ke-15 ada menyebut kedatangan kapal-kapal dagang dari Keling di India

Tenggara, ketika Sultan Malikul Saleh berkuasa sehingga kemangkatannya pada

1297 Masihi sebagaimana tercatat pada batu nisan baginda. Beliau adalah sultan

yang memerintah Samudera Utara atau dikenali sebagai Aceh pada hari ini.

Manakala dari sudut bahasa pula, bahasa Aceh terdiri daripada pelbagai bahasa iaitu

dari berbagai-bagai suku yang mendiami daerahnya. Bahasa Aceh merupakan bahasa

yang pada umumnya paling banyak dipakai oleh masyarakatnya iaitu sekitar 70

peratus daripada keseluruhan penduduk provinsi Aceh.119 Malah perantau di luar

Aceh masih menggunapakai bahasa Aceh sebagai bahasa ibunda mereka. Hal ini

boleh dijumpai dalam kalangan komuniti masyarakat Aceh di Medan, Jakarta, Kedah

dan Kuala Lumpur di Malaysia serta Sydney di Australia.120

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Aceh sendiri terdiri daripada pelbagai

etnik dan menggunakan bahasa yang berbeza. Terdapat tujuh bahasa daerah yang

digunapakai sejak dahulu hingga kini iaitu:

1. Bahasa Aceh (di daerah pesisir dan merupakan bahasa yang paling ramai
penuturnya).
2. Bahasa Aneuk Jamee (di Aceh Selatan yang mendapat pengaruh dari bahasa
Minangkabau).
3. Bahasa Gayo (di Aceh Tengah, Tenggara dan Lokop Aeh Timur).
4. Bahasa Alas (di Aceh Tenggara).
5. Bahasa Tamiang (di Tamiang Aceh Timur yang mendapat pengaruh bahasa
Melayu Langkat).
6. Bahasa Simeulu (di Pulau Simeulu Aceh Barat).
7. Bahasa Kluet (di daerah Kluet Aceh Selatan).121

119
Muliadi Kurdi, 2009, Aceh Di Mata Sejarawan Rekonstruksi Sosial Budaya, diterbitkan oleh
LKAS dan Pemerintah Aceh, Banda Aceh, Aceh, hlm 63.
120
Ibid, hlm 64.
121
Darwis A. Soelaiman, 1992, “Sejarah Bahasa Melayu atau Indonesia Dari Sudut Kota Banda
Aceh”, Kertas Kerja yang dibentangkan Dalam Bengkel Sejarah Bahasa Melayu dari Pelbagai Kota,

42
Bahasa-bahasa tersebut digunapakai di kawasan tertentu sahaja kecuali bahasa Aceh

yang paling banyak penuturnya. Namun kini, bahasa Aceh hanya digunakan dalam

pergaulan seharian disebabkan pendidikan formal di Indonesia tidak

menggunakannya. Apabila mengkaji sejarah Aceh, ia berkait rapat dengan agama

Islam dan agama ini pula memberi identiti Melayu kepada penganutnya. Setelah

bahasa Melayu berkembang selaras dengan perkembangan agama Islam maka tulisan

Jawi pula diperkenalkan.

1.8 Konsep Migrasi atau Perantauan

Apabila membincangkan tentang hubungan antara kerajaan maka konsep

migrasi atau perantauan adalah satu elemen penting dalam hubungan dua negeri.

Penelitian terhadap data etnografi dan etnolinguistik tentang kelompok-kelompok

manusia yang mendiami wilayah Yunan kini juga tidak menampakkan adanya

pertalian ras di antara mereka dengan ras Melayu-Polinesia di Alam Melayu.

Penilaian semula teori migrasi ras Melayu-Polinesia dari selatan negeri China atau

utara Vietnam ke Alam Melayu membawa kepada satu kesimpulan bahawa Alam

Melayu inilah sebenarnya tempat asal-usul ras Melayu.122

Migrasi merujuk kepada pergerakan manusia atau orang dari sebuah negara

ke sebuah negara yang lain di mana mereka bukanlah penduduk asalnya. Ia juga

merujuk perpindahan penduduk dari sebuah negara atau satu tempat ke negara atau

___________________________
9-14 November 1992, Anjuran Bersama Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP dan Institut Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM, hlm 5.
122
Wan Hashim Wan Teh, 1995, “Teori Migrasi dan Asal-Usul Ras Melayu” dalam Pemikir,
Julai/September, hlm 28-29.

43
tempat yang lain.123 Migrasi melibatkan kediaman tetap jangka panjang oleh

pendatang-pendatang manakala pelancong atau pelawat jangka pendek tidak

dianggap sebagai pendatang. Lazimnya migrasi adalah penghijrahan sekumpulan

manusia dari satu negara ke satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup

dan ekonomi mereka. Menurut Suwardi, migrasi ialah perpindahan penduduk dari

suatu lokasi geografi atau tempat ke tempat lain untuk tujuan perubahan atau

pembaikan atau perkembangan sesuatu sistem politik, ekonomi dan sosial

termasuklah kebudayaan suatu kelompok masyarakat tertentu.124 Manakala perantau

pula bermaksud:

Perpindahan orang atau penduduk dari suatu tempat ke tempat yang


lain untuk maksud tertentu seperti membuat tempat tinggal baru,
kampung baru, meluaskan wilayah atau negeri baru sebagai tempat
untuk memenuhi keperluan hidup dan juga menjadikannya sebagai
pusat pemerintahan yang baru.125

Begitu juga kemasukan perantau di Nusantara ke Tanah Melayu seperti orang

Minang dari Sumatera ke Negeri Sembilan, Jawa ke Selangor dan Johor, Bugis di

Sabah dan Pahang, Banjar di Selangor dan Perak, orang Batak serta pelbagai kaum

serumpun yang lain. Oleh itu, abad ke-15 dan 16 menyaksikan kemasukan secara

besar-besaran penghijrahan penduduk serumpun ini ke pelbagai negara di Nusantara.

Norhalim dalam kajiannya tentang pensejarahan Rembau mencatatkan perkara

berikut “Rembau pada tahun-tahun berkenaan adalah pusat pentadbiran bagi

Kerajaan Minangkabau yang terletak di Pedalaman Melaka”. 126 Hasil daripada

123
Kamus Dewan Edisi Baru, 1994, Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM, Kuala Lumpur, hlm 827.
124
Suwardi Mohammad Samin, 2013, Diaspora Melayu Perantauan Dari Riau Ke Tanah
Semenanjung, penerbit Pustaka Pelajar dan Alaf Riau, hlm 186.
125
Ibid, hlm 187.
126
Norhalim Haji Ibrahim, 1995, Negeri Yang Sembilan, Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan
Kerajaan Berdaulat, Fajar Bakti Sdn Bhd., Shah Alam, hlm 28.

44
perkembangan ini, di Rembau, terdapatnya Suku Anak Aceh iaitu golongan yang

berketurunan Aceh yang diiktiraf sebagai satu komuniti penting di situ.127 Mereka

juga merupakan golongan kaya dan berkemampuan untuk membeli tanah-tanah

sekitar Rembau. Selain itu, Tunku Shamsul Bahrain128 juga turut mengkaji sejarah

kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Maksud orang Indonesia ialah orang

Banjar dari Kalimantan (terdapat di Perak dan Selangor), Bugis dari Pulau Sulawesi,

Jawa dari Pulau Jawa, Boyan dari Pulau Bawean, Minangkabau, Kerinchi,

Mandaling dan Aceh dari Sumatera.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, migrasi juga bertujuan untuk

membina kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Oleh itu, kajian tentang

penghijrahan masuk beberapa kelompok manusia dari pelbagai tempat amat penting.

Kajian ini juga diharap dapat membantu perkembangan sejarah tempatan khususnya

127
Kajian mendapati terdapat banyak bahan di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur yang
membincangkan mengenai Suku Aceh di Negeri Sembilan terutamanya yang bersangkutan dengan
pemilikan dan penjualan tanah. Rujuk Fail RCLC 40/64, Permohonan di Bahagian: 7 (IV) BAB. 215
Dalam Undang-undang Tanah Pusaka Kerana Hendak Berjual Sekeping Tanah Kepada Permai binti
Usoh, Anak Sceh Dengan Harga $2, 400/=, Surat dalam fail berkenaan menceritakan yang Natah
binti Amat dari Suku Biduanda, Kampung Pilin, Rembau pada 18hb Mei 1965 ingin menjual sekeping
tanah pusaka adat E.M.R No. 313, Lot 313 Mukim Pilin kepada Permai binti Usoh iaitu Suku Anak
Aceh. Namun penjualan tersebut terbatal apabila Permai binti Usoh menukar fikiran tidak lagi mahu
membelinya. Tanah tersebut kemudian dijual pula kepada Tomah binti Haji Yasin, Suku Biduanda
yang tinggal di Kampung Pulau Bukit, Chengkau, Rembau dengan harga 42,400/=. Dokumen ini
membuktikan terdapat orang berketurunan Aceh di negeri lain selain Kedah; Juga rujuk Fail N.S
Secretariat 2099/193, mengenai pembelian tanah oleh Meriam binti Ibrahim di Sri Meranti, dalam
surat berkenaan diceritakan beliau asalnya berketurunan Jawa dan datang ke Negeri Sembilan semasa
berumur 10 tahun sebagai anak angkat kepada Piah binti Kita dari Suku Anak Aceh dan bapa
angkatnya bernama Haji Ibrahim. Jual beli tanah ini juga melibatkan kesahihan pembelian tersebut,
status sebagai anak angkat sama ada berhak atau tidak ke atas tanah yang dikenali sebagai “Kadim
adat dan pusaka”. Permohonan ini bertarikh 16hb September 1938; Rujuk juga Fail RCLC. & (IV)
44/73, Permintaan Memulangkan Tanah Pusaka Kepada Awa binti Rantau, Suku Anak Aceh, dalam
surat arahan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Kenyataan di bawah fasal 7 (iv) Undang-undang Tanah
Pusaka (Bab 215) menyatakan Jeliah binti Kulop yang tinggal di Kampung Bintongan Rembau dalam
Mukim Selemak Suku Anak Aceh hendak memulangkan sekeping tanah kepada Awa binti Rantau
juga Suku Anak Aceh di dalam geran no. EMR. 1356 (1/2) Lot 716 Mukim Selemak yang bertarikh
1hb November 1973.
128
Rujuk juga Tunku Shamsul Bahrain 1965, Kajian Ekonomi Malaysia, Vol II, No.1, hlm 53-67; The
Growth and Distribution of the Indonesian Population In Malaya dalam Bijdragen Tot de Taal Land
En-Volkankunde, 1967, deel 123 (January), hlm 267-286; The Pattern of Indonesian Migration and
Settlement In Malaya, 1967, dalam Asian Studies, Vol.1, no.2, hlm 233-257; The Indonesian
Immigrants And The Malays of West Malaysia, A Study In Asimilation and Integration dalam
Geographica, 1970, Vol.VI, hlm I-II.

45
dalam konteks asal-usul dan cara sesebuah kampung itu dibuka dan siapakah orang

yang bertanggungjawab dalam pembukaannya.129 Tekanan penjajah Belanda ke atas

Indonesia telah menyebabkan berlakunya penghijrahan yang lebih besar rakyatnya

ke Tanah Melayu. Faktor tarikan iaitu hasil bumi yang banyak menjadi salah satu

sebab yang mendorong kemasukan orang Aceh ke Kedah dan negeri-negeri

sekitarnya. Malah hasil bumi yang kaya di Semenanjung Tanah Melayu juga

menyebabkan ramai migrasi luar berupaya ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.

Ada di antara mereka yang sekian lama tinggal di Mekah kemudian balik ke

Semenanjung atau negeri asal masing-masing. Faktor keamanan dan kestabilan

politik di Selangor disebut oleh Khazin sebagai faktor terpenting dalam membentuk

susunan penduduk Selangor khususnya selepas tahun 1880-an.130 Terdapat juga alim

ulama yang saling berhijrah untuk mendalami ilmu agama misalnya Aceh pernah

digelar Serambi Mekah dan ramai pelajar atau jemaah haji yang mendalami ilmu

agama ke situ sebelum ke Mekah. Seorang orientalis Belanda yang terkenal, Snouck

Hurgronje menerima pengertian ini dengan melihat Aceh sebagai pintu menuju ke

Jazirah Arab bagi para pelaksana ibadah haji dari seluruh kepulauan di abad ketujuh

belas dan kesembilan belas.131

Terdapat juga dalam kalangan orang di Kepulauan Sumatera datang ke

Kedah dan negeri-negeri lain untuk belajar agama malah menjadikan Semenanjung

Tanah Melayu sebagai tapak untuk tumbuh dan berkembangnya pendidikan dan

penyebaran agama Islam. Khazim berpandangan bahawa setelah mereka menunaikan

129
Khazin Mohd Tamrin, 1976, “Sejarah Penghijrahan dan Penempatan Orang Jawa di Selangor
1880-an hingga 1940-an”, Tesis M.A, UKM, hlm 17-18.
130
Ibid, hlm 87.
131
Riddell, Peter G, 2006, “Aceh in The Sixteenth and Seventeenth Centuries: „Serambi Mekah‟ and
Identiti”, dalam Reid Anthony (penye.), Verandah of Violence: The Background to the Aceh Problem,
Singapore: Singapore University Press, hlm 38-39.

46
fardhu haji, orang Jawa yang pernah mendapat sumber kewangan dari Tanah Melayu

(iaitu dari Selangor) dan Singapura ini biasanya tidak akan terus balik ke Jawa

setelah kembali dari Mekah.132 Ramai orang Jawa memilih Semenanjung Tanah

Melayu sebagai kampung halaman mereka.

Selain istilah perantau atau migrasi, perkataan diaspora juga digunapakai

dalam penulisan akademik untuk melihat peranan mereka yang tersebar di pelbagai

tempat atau negara. Diaspora dapat didefinisikan sebagai ‟komuniti etnik tertentu

yang tercerai-berai ke pelbagai negara (baik secara sukarela maupun terpaksa) tetapi

tetap memiliki keterikatan emosional dan politik dengan tempat asalnya”.133

Diaspora menurut Suwardi pula ialah perpindahan perantauan dan penghijrahan dari

wilayah geografi tertentu ke geografi lainnya, baik berupa penyebaran dan

perkembangan sesuatu budaya atau untuk menyelamatkan diri dari tempat asal.134

Manakala etnik pula bermaksud suku bangsa yang terdapat pada objek pendidikan

dari kajian perantauan ini iaitu etnik Aceh, Batak, Minangkabau, Kerinchi, Jambi,

Mandailing, Melayu, Banjar, Palembang, Rawa atau Rao dan sebagainya.135 Faktor

yang mendorong berlakunya penghijrahan keluar masyarakat Aceh ini disebabkan

oleh masalah ekonomi, konflik politik, diskriminasi dan peperangan yang

menyebabkan terbentuknya para nasionalis jarak jauh. Walaupun orang Aceh

menetap di pelbagai negara namun mereka tetap mengekalkan budaya asal dan masih

terikat kepada identiti keturunan asal mereka. Mereka juga sering balik ke Aceh atas

faktor patriotik dan kesedaran kepada asal-usul yang membawa kepada nilai jati diri

132
Khazin Mohd Tamrin, “Sejarah Penghijrahan dan Penempatan Orang Jawa di Selangor 1880-an
hingga 1940-an”, Tesis M.A, UKM, hlm 76.
133
Antje Missbach, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran tentang Konflik
Separatis di Indonesia, Penerbit Ombak, hlm xiii.
134
Suwardi Mohammad Samin, Diaspora Melayu Perantauan Dari Riau Ke Tanah Semenanjung,
penerbit Pustaka Pelajar dan Alaf Riau, hlm 182.
135
Ibid, hlm 183.

47
yang tinggi walaupun telah menjadi warganegara Malaysia. Perang Aceh-Belanda

(1873-1913)136 membawa kepada kemasukan lebih ramai migrasi Aceh ke

Semenanjung Tanah Melayu khasnya di Kedah dan sebahagian besar daripada

mereka telah terus menetap di sini. Ternyata perang tersebut yang dipimpin oleh Van

Swieten berjaya mengalahkan angkatan tentera Aceh dengan menguasai istana pada

24 Januari 1874.137 Perjuangan menentang Belanda ini diteruskan oleh tokoh-tokoh

nasionalis dan berakhir pada tahun 1913.

Aceh yang memiliki populasi lebih kurang 4.4 juta orang adalah salah satu

provinsi wilayah Indonesia, yang memiliki kekayaan alam yang banyak terutama

kekayaan alam berupa minyak bumi dan gas alam.138 Aceh merupakan salah satu

wilayah yang terlibat dalam perantauan ke Nusantara terutamanya di Kedah. Namun

pada abad yang ke 19 syarat-syarat kewarganegaraan telah diperkenalkan oleh

British. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, kerakyatan

boleh diperolehi dengan tiga cara. Pertama menerusi penguatkuasaan undang-

undang, kedua memohon didaftarkan sebagai rakyat dan ketiga memohon untuk

menukar kerakyatan.139 Penduduk di rantau ini selepas merdeka sudah mempunyai

136
Menurut H. Ali Akbar (Ketua Lembaga Adat Kebudayaan Aceh di Lhokseumawe), rakyat Aceh
menentang Belanda mulai tahun 1872-1938 yang disebut perang di jalan Allah dengan ramai
pahlawan terkenal iaitu Teuku Umar, Teungku Chik Ditiro, Chik Muhammad dan kaum wanita juga
turut sama berjuang termasuklah Laksamana Malahayati memimpin Armada Wanita dan Cut Nyak
Dhien, Cut Nyak Meutia yang juga pernah memimpin dalam perang Aceh. Boleh rujuk kertas
kerjanya bertajuk “P. Ramlee Titisan Zuriat atau Keturunan Dari Lhokseumawe (Aceh)”, dalam
Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee, 11-12 Jun 2002 anjuran Arkib Negara Malaysia
dengan kerjasama Universiti Malaya, Utusan Melayu (M) Bhd dan Universiti Teknologi MARA, hlm
9.
137
Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd Supian Sabtu, 2015, Bhakti Pendeta, Persatuan Muzium
Malaysia, percetakan Seasons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm 578.
138
Antje Missbach, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran Tentang Konflik
Separatis di Indonesia, Penerbit Ombak, hlm xv.
139
Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz, 2014, Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan
1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm 86. Menurutnya lagi sesiapa lahir di negara lain yang memperolehi kerakyatan melalui
pertama menjadi rakyat dengan berdaftar mengikut Perkara 17 dan menjadi rakyat dengan menukar

48
surat atau pengesahan mengenai kewarganegaraan. Perkara ini sudah jelas iaitu

adanya pasport, kawalan sempadan yang kekal dan undang-undang kerakyatan.

1.9 Nisan Aceh

Hubungan dua negeri terbukti apabila mereka menggunakan suatu produk

yang sama iaitu nisan. Hubungan Kedah-Aceh melalui nisan Aceh membuktikan

terdapatnya hubungan dengan sultan dan kerabat diraja. Penggunaan batu nisan Aceh

jelas menunjukkan status yang tinggi dan mempunyai pengaruh Islam. Sehubungan

itu, batu nisan atau batu Aceh adalah unsur keberadaan sesuatu masyarakat dalam

tamadun di Nusantara. Penggunaan nisan Aceh juga membuktikan hubungan dan

peranan batu ini ke atas masyarakat di Alam Melayu khususnya hubungan Aceh-

Kedah. Batu nisan ini diperbuat daripada batu pasir (sandstone) kerana mudah

dibentuk dan diukir. Hujah mengenai batu ini berasal dari Aceh berasaskan kepada

pendapat ahli kajibumi bahawa batu jenis ini tidak terdapat di Semenanjung

Malaysia, sebaliknya ia boleh diperolehi di Sumatera Utara. 140 Bukti penggunaan

batu nisan ini di Kedah ialah apabila terdapat lebih 30 buah makam yang

menggunakan nisan Aceh dan sebahagiannya terdapat di Makam Diraja di Langgar,

batu 4 Anak Bukit, di sekitar Kubang Pasu dan juga beberapa buah pada makam

Sultan Muzaffar Syah di Merbok, Lembah Bujang.141 Nisan Aceh begitu terkenal

dalam kalangan keluarga diraja di Nusantara ini. Menurut Othman Mohd Yatim,

nisan Aceh ialah batu tanda yang dipasang pada makam yang diperbuat di Aceh

___________________________
kerakyatan dari negara asal tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua
Menteri dan menjadi Yang Dipertua Negeri bagi Pulau Pinang dan Melaka (hlm 89).
140
Othman Yatim, 1989, “Batu Aceh: Peranan dan Sumbangannya Dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu”, dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke II 15-20 Ogos 1989, anjuran
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama DBP, MAS dan Berita
Harian, hlm 4.
141
N.A Halim, “Nisan Acheh Bertulis di Semenanjung Malaysia”, Purba, Jurnal Persatuan Muzium
Malaysia, Bil 4-1985, hlm 6.

49
seterusnya digunapakai di Kepulauan Melayu termasuklah Makam Malikul Saleh

pemerintah Islam Samudera Pasai yang mangkat pada tahun 1297 Masihi atau

Ramadhan 696 Hijrah. Moquette sekitar awal tahun 1914 telah menemui makam

Sultan Malik al-Saleh yang menggunakan nisan Aceh (1297).142 Batu nisan baginda

diperbuat daripada batu andesit yang sangat halus buatannya dan dipahat dengan

rapi. Nama Sultan Malik al-Saleh yang asal adalah Meurah Silu.143

Batu nisan ini juga mempunyai makna yang tersendiri sejajar dengan

ketokohan individu yang dimakamkan. Bentuk batu nisan ini secara umumnya boleh

dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu bentuk gabungan “sayap-bucranc”,

bentuk empat segi panjang dengan hiasan kepala kerbau dan bentuk bundar atau

silinder. Menurut Othman Yatim lagi, bentuk batu ini boleh dibahagikan kepada

beberapa bahagian iaitu „kepala‟, „badan‟ dan „kaki‟.144 Bermulanya dari jumpaan ini

batu nisan tersebut telah berkembang ke kawasan-kawasan lain yang kemudian

mempunyai percampuran dengan elemen tempatan. Oleh itu, terdapat perubahan

pada nisan Aceh berdasarkan tuntutan zaman. Pada tahap awal dari daerah asal batu

nisan tersebut berkembang melalui pesisir Barus dan Pantai Barat Sumatera,

kemudian terus ke arah Tenggara ke Lampung, manakala di Pantai Timur

penyebarannya dari Samudra Pasai ke Semenanjung Malaysia, Bintan, Jawa seperti

142
Othman Mohd Yatim, Batu Aceh Early Islamic Graves Stones in Peninsular Malaysia, United
Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 5-8.
143
Alfian, Teuku Ibrahim, 1981, “Sebuah Catatan tentang Peninggalan Dua Raja Samudra Pasai”,
dalam Dari Sini Ia Bersemi, Panitia Musabaqah Tilawatil Quran Tingkat Nasional ke 12, Banda
Aceh: Pmerintah Daerah Istimewa Aceh, hlm 28.
144
Othman Yatim, 1989, “Batu Aceh: Peranan dan Sumbangannya Dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu”, dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke II, 15-20 Ogos 1989, anjuran
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama DBP, MAS dan Berita
Harian, hlm 4.

50
Banten dan Jakarta.145 Jumpaan nisan ini juga menjelaskan bahawa terdapatnya

hubungan dalam aspek pelayaran dan perniagaan antara kerajaan terbabit. Seterusnya

pengunaan batu batu Aceh semakin berkembang di kawasan Kalimantan Selatan,

Sulawesi Selatan dan beberapa daerah lainnya selepas abad ke 17.146

Di Semenanjung Malaysia pula telah ditemui banyak jenis batu nisan Aceh

antaranya di Johor, Kedah, Pahang, Perak, Melaka, Perlis dan Terengganu. Jumpaan

ini menjelaskan bahawa ”Batu Aceh” telah berkembang jauh ke pelbagai kawasan di

Nusantara selari dengan perkembangan Islam terutama ke Semenanjung Malaysia

dan Patani di Selatan Thai. Malah batu Aceh juga telah menjadi barang dagangan

untuk diperniagakan ke beberapa tempat. Hal ini turut menjelaskan tentang

kewujudan jalinan hubungan dalam pelayaran dan perniagaan di pelbagai negeri di

Nusantara.

Kesan peninggalan batu nisan Aceh di Kedah yang paling terkenal adalah di

Pangkalan Bujang. Di tapak ini terdapat sekitar empat nisan yang mewakili kuburan

berhubungan dengan Kesultanan Kedah antaranya Sultan Muzaffar Shah merupakan

Sultan Kedah pertama yang memeluk Islam. Di tapak ini juga terdapat makam isteri

baginda, anak dan guru agama baginda dalam satu kawasan di Lembah Bujang147

145
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Analisis Arkeologi dan sumbangannya Kepada
Nusantara”, tesis PhD, USM, hlm 172.
146
Ambary, Hasan Muarif, 1988, “Persebaran Kebudayaan Aceh di Indonesia melalui Peninggalan
Arkeologi Khususnya Batu-batu Nisan”, dalam Majalah INTIM, Edisi khusus no.4, tahun ke 7,
Jakarta, hlm 14.
147
Lihat Gambar 1, dipetik online dari Mohd Supian Sabtu, kertas kerja bertajuk Malaysia-Indonesia
Dalam Sejarah: Liku-liku Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Indonesia: Kasus dari Perspektif
Arkeologi Islam, Jabatan Sejarah, UM.

51
Gambar 1.1 : Nisan Aceh, Sultan Muzaffar Shah di Pangkalan Bujang, Kedah.148

Disebabkan penggunaan nisan ini ditemui amat terbatas iaitu menggambarkan

kedudukan status yang tinggi maka ia banyak digunakan dalam kalangan pemerintah,

pembesar dan ulama yang menjadikannya komoditi eksport utama Aceh ke rantau

Asia Tenggara. Sehubungan itu, nisan Aceh juga berperanan dalam menunjukkan

satu ikatan idea keislaman yang diterjemahkan dalam perlambangan iaitu berteraskan

kepada kesenian Islam.

Nisan Aceh juga boleh ditemui sekitar daerah Kubang Pasu di Kedah. Hal ini

menunjukkan kewujudan hubungan Kedah-Aceh dari zaman dahulu terutamanya di

Kota Siputih iaitu sebagai sebuah pusat pentadbiran dan kota yang terbesar pada

waktu itu. Di kawasan tersebut juga telah berkembangnya tamadun yang tinggi

kerana Kedah pada masa itu terkenal sebagai pengeluar lada hitam, hasil pertanian

dan hasil hutan yang lain. Aceh pada zaman dahulu sememangnya berminat ke atas

Kedah kerana kedudukan lokasinya yang strategik dan mempunyai pelabuhan yang

148
Semasa pemerintahan Aceh di beberapa negeri di Tanah Melayu, batu Aceh digunakan untuk
menandai makam-makam diraja khususnya di Kedah, Perak, Pahang dan Johor. Rujuk Othman
Yatim, 2000, “Batu Aceh: Warisan dan Sumber Sejarah Serta Budaya Terpenting Khususnya di
Johor”, dalam Seminar dan Budaya Johor, 3-6 Mei, Johor Bahru, hlm 3. Beliau juga pernah melawat
Kampung Kedah di Banda Aceh bersama dengan Dato‟ Abdullah Hussein pada September 1997.
Tegasnya ramai orang Kedah yang menghuni kampung tersebut dan salah satu faktornya disebabkan
urusan perniagaan antara rakyat Kedah dengan Aceh.

52
dalam untuk perdagangan. Oleh itu, Aceh telah menyerang Kedah untuk menguasai

kekayaannya dan negeri-negeri Melayu di sekitarnya termasuklah Perak, Pahang,

Melaka dan Johor.

Di Kedah, terutamanya di kawasan tengah ke utara sememangnya

mempunyai kesan pendudukan atau tinggalan sejarah bagi hubungan kedua-dua buah

kerajaan ini. Kampung Malau di daerah Jitra umpamanya jika dilihat dari aspek

sejarah ia terletak berhampiran dengan beberapa pusat pemerintahan Kedah lama

seperti Kota Giam, Kota Siputih, Kota Bukit Pinang dan Kota Naga. Keistimewaan

kampung ini kerana terdapat tiga makam atau perkuburan lama yang dikatakan

wujud semasa pemerintahan kerajaan Kedah yang berpusat di Kota Siputih sekitar

kurun ke 15. Makam ini dikenali sebagai Tok Surau149 iaitu mempunyai nisan Aceh

yang dikatakan milik seorang wanita dan dua orang lelaki yang dikebumikan di sini.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan siapakah Tok Surau dan gelaran tersebut cuma

diandaikan oleh masyarakat tempatan sebagai ulama pada ketika itu. Gambar di

sebelah menunjukkan nisan Aceh yang digunakan pada beberapa perkuburan

tersebut:

149
Diakses pada 11 November 2013 di laman web http://www.jejakwaris.com/sejarah.html

53
Gambar 1.2: Batu nisan Aceh 1 dikatakan sebagai milik seorang wanita

Gambar 1.3: Batu nisan Aceh 2 dikatakan sebagai milik seorang lelaki

54
Gambar 1.4: Batu nisan Aceh 3 dikatakan milik seorang lelaki yang dikenali sebagai
Tok Surau

Selain itu, terdapat juga makam dan batu-batu nisan di sebuah perkuburan

lama yang membuktikan kehadiran awal orang Aceh di Kampung Setol yang terletak

bersebelahan dengan Kampung Aceh. Terdapat juga makam yang dibina khas oleh

masyarakat dahulu yang tercatat nama Syeikh Omar yang meninggal dunia pada

tahun 1329 Hijrah lebih kurang tahun 1909 Masihi.150 Batu-batu nisan lainnya ialah

Haji Abas bin Qasim dan Hajjah Mayah binti Haji Abu Bakar 1919 Masihi, Nyak

Aluan Haji Chut yang bertarikh 27 Rejab 1353 hijrah (26 April 1934 Masihi). Di

Langkawi suatu masa dulu (1990-an) imam masjid di Pekan Kuah iaitu Haji Abdul

Rahman adalah berketurunan Aceh.

Abad ke 20 orang Aceh telah menghentikan kegiatan perluasan tanah jajahan

sebaliknya memperbanyakkan hubungan dagangan dengan negeri-negeri di Tanah

150
Hisham Said, 2009, Kedatangan Orang Acheh Ke Daerah Yan Kedah, dicetak oleh KAMC Press,
Cetakan Pertama, hlm 14.

55
Melayu termasuk Kedah.151 Peperangan antara Aceh-Belanda telah menyebabkan

kepada penghijrahan secara besar-besaran orang Aceh ke Kedah dengan tumpuan ke

daerah Yan. Peperangan ini telah berlangsung selama 35 tahun dan berakhir pada

1908 apabila Aceh berjaya ditawan oleh Belanda. Adalah dipercayai bahawa kapal-

kapal perang Aceh sentiasa membawa bersama beberapa pasang batu Aceh. Batu ini

akan digunakan di mana sahaja untuk pahlawan-pahlawan yang meninggal dunia.

Sebelum ia digunakan sebagai nisan, batu-batu ini berfungsi sebagai batu

pengimbang kapal semasa pelayaran.152

Menurut sejarah, orang Aceh mula-mula hijrah ke Yan, Kedah dari tahun

1888 hingga 1925.153 Disebabkan negeri Kedah berhampiran dengan negeri Aceh,

maka mereka terus menuju ke pantai di daerah Yan, dan ada juga yang menuju ke

Perak, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.154 Golongan utama yang terkena tempias

dari dasar Belanda ialah ulama-ulama yang sering ditindas dan dizalimi seterusnya

menyebabkan penghijrahan besar-besaran berlaku dari tahun 1900-1915. Oleh yang

demikian, batu nisan dalam perkampungan Kampung Aceh juga mempunyai

persamaan bentuk dengan batu nisan Aceh. Perkara ini menunjukkan nisan ini

digunapakai secara meluas. Kemungkinan juga nisan ini diimport dari Aceh.

Kesimpulannya batu Aceh merupakan tinggalan sejarah warisan budaya Melayu

151
Lee Kam Hing, 1972, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu dalam Kurun ke 16 dan ke 17,
dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, DBP, Kuala Lumpur, hlm 44
152
Othman Yatim, 1989, II “Batu Aceh: Peranan dan Sumbangannya Dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu”, dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke15-20 Ogos 1989, anjuran
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama DBP, MAS dan Berita
Harian , hlm 12.
153
Buletin Narit Geutanyo, 2013, Jilid 6, no. 6, Syawal/ Zulkaedah/ Ogos/ September 1434 Hijrah,
hlm 15.
154
Abdul Majid Hussin, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, Perbadanan Perpustakaan
Awam Kedah (Koleksi Kedah), hlm 125

56
yang masih kekal dan mempunyai pengaruh agama Islam serta melambangkan

kreativiti masyarakat yang menghasilkannya.

1.10 Batasan Kajian

Penyelidikan ini memberikan tumpuan kepada peranan dan sumbangan

masyarakat Aceh di Kedah selama 100 tahun iaitu dari tahun 1900 sehingga tahun

2000. Lokasi kajian adalah di negeri Kedah manakala subjek kajian pula terdiri

daripada masyarakat yang berketurunan Aceh. Tumpuan utama lokasi kajian adalah

beberapa pusat petempatan Aceh di Kedah iaitu di Kampung Aceh dalam Daerah

Yan, Pulau Langkawi dan juga beberapa tempat lain yang dianggap penting.

Pemilihan tempoh kajian selama 100 tahun ini penting bagi meneliti sejarah

permulaan migrasi masyarakat Aceh dari Aceh ke Kedah dan proses dan

perkembangan kemasyarakatan mereka di negeri baharu iaitu Kedah. Selanjutnya

tempoh ini dilihat sebagai penting bagi menilai kesan migrasi tersebut dari segi

ekonomi, politik dan sosial di Kedah.

Kajian ini juga berbentuk kajian timbal balas dengan turut meneliti kesan

hubungan Kedah-Aceh di Aceh sendiri. Penyelidikan di negeri Aceh ditumpukan ke

atas daerah atau provinsi yang ada kaitan dengan sejarah migrasi sejak 100 tahun

yang lampau dan kesannya pada masa kini. Oleh yang demikian, beberapa lokasi

seperti Banda Aceh dan kampung Keudah di Aceh menjadi tumpuan utama kajian

ini. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan saudara-mara orang Aceh di

Kedah terdapat di Banda Aceh. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, tokoh-tokoh

agama dan para sarjana. Manakala di Kampung Keudah pula kajian ini telah

57
mengenalpasti tempat-tempat bersejarah dan individu terlibat. Penyelidikan ke atas

tempat-tempat ini bertujuan untuk melihat kesan hubungan Kedah-Aceh ke atas

masyarakat Aceh di Aceh.

1.11 Kajian-kajian Lepas

Kajian-kajian lepas mengenai hubungan antara negara atau negeri, konsep

migrasi, diaspora, merantau dan seumpamanya banyak dikaji oleh sarjana di Alam

Melayu terutama melibatkan Indonesia. Begitu jugalah dengan kajian mengenai

hubungan Kedah-Aceh yang lebih dilihat sebagai kepada hubungan persaudaraan.

Sebagai sebuah negara yang berada dalam lingkungan alam Melayu, Indonesia

mempunyai perkaitan sejarah yang panjang dengan tamadun Melayu di Malaysia

menyaksikan rata-rata imigran Melayu di negara ini berasal dari sana. Nilai

serumpun yang disebabkan oleh faktor persamaan budaya, bahasa dan agama

menyebabkan kumpulan imigran dari Indonesia lebih mudah menyesuaikan diri di

Malaysia dan bergaul rapat dengan penduduk tempatan. Di samping itu, agama Islam

yang menjadi anutan penduduk di Malaysia juga sebagai faktor penggalak kepada

kemasukan imigran dari Indonesia ke negara ini.

Selain dari itu, berdasarkan nilai budaya Melayu (Nusantara) juga telah

menyebabkan munculnya perasaan saling membantu dan konsep hak bersama dalam

kalangan kumpulan imigran dan rakyat tempatan. Sementara itu, faktor kewibawaan

sultan yang memerintah juga menjadi faktor pendorong kepada penghijrahan

penduduk secara beramai-ramai dari Indonesia khususnya Aceh ke Tanah Melayu

dalam tempoh 1900-2000.

58
Penghijrahan adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam kajian

kependudukan.155 Perkara yang sama berlaku di Malaysia sejak zaman pra merdeka

lagi apabila wujud perpindahan atau migrasi dari pelbagai daerah Indonesia ke

Semenanjung Tanah Melayu. Antara tokoh yang banyak melakukan kajian mengenai

perkara ini ialah Tunku Shamsul Bahrin.156 Beliau telah menghasilkan kajian yang

menyeluruh mengenai penghijrahan orang Indonesia dan keadaan di Pulau Jawa

serta kedatangan buruh-buruh Jawa ke Tanah Melayu.157

Selain itu, terdapat juga tulisan yang berupa rencana telah dihasilkan oleh

A.B Ramsey158 yang menggunakan sumber berdasarkan kepada pemerhatian dan

pengalamannya semasa beliau berkhidmat sebagai pegawai pentadbir di Tanah

Melayu. Dalam tulisannya beliau telah memberikan menerangkan ciri-ciri dan

kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penempatan orang Jawa di Pantai

Selangor. Seterusnya ulasan-ulasan dan gambaran sejarah mengenai penempatan

orang Indonesia di Tanah Melayu juga dibuat oleh C.A. Lockard.159 Beliau telah

memberikan tentang corak penghijrahan dan perkembangan kedatangan orang Jawa

ke Tanah Melayu sehingga tahun 1940.

155
W. Peterson, 1968. “Migration in Social Aspect” dalam D.L Sills (ed), International Encyclopedia
Of The Social Sciences, Vol 10, Mac Millan & Co., London, hlm 287.
156
Tunku Shamsul Bahrin, 1964. Indonesian in Malaya, Tesis PhD, University of Sheffield, hlm 1.
157
Tunku Shamsul Bahrin, 1965. Kajian Ekonomi Malaysia, Vol II, no. 1 hal 53-67 mengenai definisi
orang Indonesia, The Growth And Distribution Of The Indonesian Population In Malaya, 1967.
Dalam Bijdragen Tot De Taal Land En-Volkankunde, Dael 123 (January), The Pattern Of Indonesian
Migration And Settlement In Malaya dalam Asian Studies, 1967. Vol. No.2 (August), hlm 5, The
Indonesian Immigrants And The Malays of West Malaysia, A Study In Assimilation and Integration
dalam Geographica. 1970. Vol. VI, hlm 97.
158
A.B. Ramsay,1956, Indonesian In Malaya, JMBRAS, Vol.29, Pt.I, May, hlm.119-124.
159
C.A. Lockard, 1970, The Javanese as Emigrant, hlm. 41-62.

59
Kajian-kajian lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah kajian orang

Jawa yang dilakukan oleh Khazin Mohd Tamrin.160 Beliau berpendapat bahawa

terdapat tiga cara kemasukan orang Jawa ke Selangor. Pertama menerusi pengambil-

pengambil profesional seperti sheikh-sheikh dan agen dari syarikat Eropah. Kedua

secara persendirian iaitu atas sebab-sebab tertentu seperti tekanan hidup, masalah

kemiskinan dan peluang yang lebih baik di Selangor (taraf hidup terjamin). Merujuk

kepada penghijrahan penduduk Jawa ke Tanah Melayu, ramai penulis

mengaitkannya dengan ke adaan Pulau Jawa yang mengalami tekanan pertambahan

penduduk yang sangat tinggi.161 Faktor ini menyumbang kepada penghijrahan

migrasi ke luar Pulau Jawa secara besar-besaran. Keadaan ini sesuai dengan

pandangan yang dikemukakan oleh Weigert yang menyatakan bahawa berhijrah

merupakan salah satu jalan keluar untuk membina kehidupan mereka yang lebih baik

di tempat lain.162

Sementara itu Norhalim pula membincangkan tentang kawasan Rembau di

Negeri Sembilan sebagai pusat sosiobudaya dan politik di kawasan pendalaman

Melaka yang menjadi pusat petempatan migrasi Minangkabau. Beliau menjelaskan

bahawa kumpulan perantau ini tiba di Rembau pada abad ke 14 dan mereka terdiri

daripada dua golongan iaitu pedagang dan perantau. Matlamat mereka ialah mencari

kekayaan dan proses pembentukan komuniti mereka di Rembau sama seperti di

Minangkabau seperti yang tercatat dalam puisi mereka:

160
Khazin Mohd Tamrin, 1976, “Sejarah Penghijrahan dan Penempatan Orang Jawa di Selangor
1880-1940”, Tesis M.A, UKM, hlm 1.
161
E.H. Jacoby, 1961, Agrarian Unrest In Southeast Asia, Asia Publishing House, Bombay, hlm. 55.
162
H.W.Weigert, et.al, 1957, Principles of Political Geography, Appleton Century Croft Inc, New
York, hlm 345-346.

60
Taratak mula dibuek (dibuat),
Sudah taratak menjadi kampueng,
Sudah kampueng menjadi dusun,
Sudah dusun menjadi kota,
Sudah kota jadi nagari.163

Norhalim selanjutnya menyatakan bahawa terdapat dua corak penghijrahan orang

Minangkabau iaitu penghijrahan awal abad ke-12 sehingga akhir abad ke-14 iaitu

untuk membuat penempatan sementara. Manakala mulai abad ke-15 penghijrahan

mereka bukan sahaja untuk berdagang tetapi juga meneroka tanah untuk membuat

perkampungan kekal.

Mochtar Naim pula mengkaji mengenai fenomena migrasi di alam Melayu

ini dalam tulisannya yang bertajuk Merantau Pola Migrasi Suku Minangkabau.164

Beliau telah meneliti sebab dan akibat fenomena ini dengan menggunakan pelbagai

pendekatan iaitu dengan mengemukakan empat masalah utama iaitu (a) siapakah

yang merantau, (b) mengapa mereka merantau, (c) kemana mereka merantau dan (d)

apakah akibat atau kesan yang wujud hasil dari aktiviti merantau. Menariknya dalam

kajian Mochtar ialah beliau mengutarakan pandangan bahawa istilah ‟merantau”165

atau istilah lain yang mempunyai maksud yang sama tidak dijumpai dalam bahasa

Jawa, Sunda, Madura dan Bali. Misalnya istilah ‟lelana” atau ‟kelana” (Jawa) lebih

bererti sebagai ‟pertualang” yang sama istilahnya dengan ‟marjajo” dalam bahasa

Batak. Manakala ‟rantau” menurut Iskandar166 dan Purwadarminta167 ialah kata

163
Norhalim Haji Ibrahim, 1995, Negeri Yang Sembilan, Daerah Kecil Pesaka Adat Warisan
Kerajaan Berdaulat, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, hlm 50.
164
Mochtar Naim, 1984, Merantau Pola Migrasi Suku Minangkabau, Gadjah Mada University Press,
hlm 2. Naskah asal buku ini berjudul “Merantau: Minangkabau Voluntary Migration” adalah tajuk
disertasi PhD yang dilakukan di Jabatan Sosiologi, University of Singapore pada tahun 1973.
165
Teeuw, 1967, Modern Indonesian Literature, The Mague, Martinus Nijhoff, iaitu yang
membincangkan tentang ‟Minangkabau Society and The Indonesian Novel”, hlm 54-78.
166
Teuku Iskandar, 1970, Kamus Dewan, DBP, Kuala Lumpur, hlm 931.

61
benda yang bererti dataran rendah atau daerah aliran sungai atau bahagian dari

daerah pesisir. Brinley Thomas168 pula mengemukakan pandangan bahawa migrasi

sebagai ‟gerakan perpindahan” dari satu negeri ke negeri yang lain disebabkan

kemahuan sendiri, baik secara perseorangan atau kelompok. Kesimpulan yang boleh

diambil dari situasi ini ialah migrasi merupakan gerakan yang dilakukan atas

kehendak sendiri atau masyarakat untuk keluar mencari rezeki atau taraf hidup yang

lebih baik. Menurut beliau lagi merantau juga boleh berlaku antara kawasan dan

negeri.

Perpindahan penduduk dari Indonesia berlaku secara meluas di sepanjang

awal abad ke 20 malah lebih awal dari tempoh tersebut. Penduduk-penduduk dari

wilayah Sulawesi yang terdiri daripada dua suku bangsa yang besar iaitu Makassar

dan Bugis berhijrah sejak abad ke-16 dan-17 Masihi. Kedua bangsa ini terkenal

sebagai bangsa pelaut, pengembara dan pedagang. Pada masa yang sama, galakkan

pemerintah dan layanan yang baik menggalakkan lagi migrasi di rantau ini.

Makassar turut menjadi tumpuan para pedagang luar untuk datang berdagang di

negeri tersebut dan sebahagian daripada mereka telah tinggal dan menetap di situ.

Menurut Wan Abd. Halim Bashah semasa Raja Gowa yang ke-10, Raja Tinipalangga

(1546-1565) datang satu rombongan pedagang-pedagang luar dari Patani, Champa,

Pahang, Johor dan Minangkabau. Mereka diberi penempatan di Mangallekana,

Makasar dan Gowa. Seorang ketua telah dilantik iaitu digelar Anakhoda Bonang.169

Migrasi Aceh ke Semenanjung Tanah Melayu juga melibatkan negeri-negeri Melayu

___________________________
167
W.J.S Purwadarminta, 1966, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Balai Pustaka, Jakarta, Bhg II, hlm
125.
168
Brinley Thomas, 1959, “International Migration”, dalam The Study of Population, ed. By Philip M.
Hauser and Otis D. Duncan, University of Chicago Press, Chicago, hlm 510.
169
Wan Abd. Halim Bashah, 2012, Wali Songo Di Tanah Jawa Masjid-masjid dan Method
Dakwahnya, KB Excel Printing Sdn. Bhd., Kelantan, hlm 159.

62
di zaman kegemilangan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (SIMMA)170

Hubungan luar dengan Pahang misalnya apabila baginda telah mengambil anak

angkat iaitu putera Sultan Ahmad Syah iaitu Raja Pahang yang dibawa balik ke Aceh

pada tahun 1618. Apabila baginda mangkat pada tahun 1636 putera tersebut digelar

Sultan Iskandar Thani telah dilantik menjadi sultan Aceh. Pengaruh Aceh juga boleh

didapati di Perak pada hari ini melalui gelaran pembesar-pembesar Perak seperti

Orang Besar Empat dengan gelaran „Tengku‟ walaupun kebanyakan daripada

mereka merupakan orang kebanyakan.171 Manakala gelaran „Hulubalang‟ dan „Orang

Kaya-Kaya‟ kepada Orang Besar Berlapan yang mentadbir wilayah yang luas juga

dikatakan dari pengaruh Aceh.172

Hubungan Kedah-Pasai (Aceh) bermula dengan kemasukan Islam ke Kedah

yang bertujuan untuk mengembangkan syiar Islam. Hal ini membuktikan terdapatnya

hubungan silaturrahim antara kedua negeri terutama dalam kalangan golongan

bangsawan.173 Wan Shamsuddin turut menyentuh tentang hubungan keagamaan dan

menyatakan bahawa bukti kewujudan hubungan antara Kedah dengan Aceh adalah

melalui teks kesusasteraan berunsur sejarah yang menceritakan Sultan Aceh

mengirim kitab Syeikh Nuruddin Al-Raniri iaitu Siratul-Mustaqim dan Babun-Nikah

kepada Sultan Kedah.174 Hikayat ini juga menceritakan hubungan yang akrab antara

kedua-dua buah negeri yang saling sefahaman dan membantu terutama untuk

menyelesaikan masalah agama. Kitab tasawuf Bahrul-Lahut telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Melayu hasil penulisan tokoh yang sama yang menyebarkan Islam ke
170
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (SIMMA) telah menguasai Pahang (1617), Kedah (1619)
dan Perak (1620). Rujuk Joginder Singh Jessy, 1976, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), DBP,
KL, hlm 55.
171
Ibid, hlm 57.
172
Ibid, hlm 57.
173
D.M.Heer, 1968, Society and Population, Prentice Hall Inc, New Jersey, hlm 69.
174
Hikayat Merong Mahawangsa, 1898. Cetakan Batu, Kim Seik Hian Press, Penang Street, Pulau
Pinang, hlm. 103.

63
dua buah negeri yang turut membuktikan kewujudan migrasi ulama. Naskah asal

kitab ini tersimpan di Perpustakaan Tanah Abee Aceh dan terjemahannya ditemui di

Kampung Pernu Melaka.

Migrasi Aceh ke Kedah juga berlaku apabila hubungan persahabatan hasil

kebijaksanaan pembesar Kedah iaitu Sharif Aznan dan Datuk Seraja Imam seperti

yang termaktub dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1926). Kebijaksanaan

pembesar ini juga berjaya mengekang kuasa Aceh dari terus menguasai Kedah

kemudiannya. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji sejarah tempatan seperti Azmi

Bahari juga menyentuh tentang Kota Siputih (Kota Siputeh) yang ada kaitan dengan

orang Aceh. Batu nisan yang terdapat di makam Sultan Sulaiman dan puterinya

mempunyai unsur-unsur nisan Aceh. Beberapa tahun lamanya Kota Siputeh

diperintah oleh Kerajaan Aceh dan beberapa orang pembesar Aceh telah tinggal dan

memerintah di Kota Siputeh.175

Seterusnya penghijrahan orang Aceh ke Yan Kedah telah dikaji oleh Teh

Koon Hoo yang menyentuh faktor kemasukan utama orang Aceh disebabkan oleh

faktor ekonomi dan penjajahan Belanda. Oleh sebab komuniti etnik Aceh masih

dapat mengekalkan identiti mereka sebagai kelompok yang agak terasing dari

komuniti Melayu yang lain, maka sedikit tumpuan diberikan kepada komuniti ini.176

Hafiza Amir pada tahun 1988 pula mengkaji masyarakat Aceh di Tanah

Melayu yang merangkumi aspek sosial dan ekonomi. Malah kedatangan mereka ke

175
Azmi Bahari, 2000/2001. “Sejarah Siputeh Dalam Perspektif Sejarah Tempatan”, mini tesis, USM,
hlm. 19.
176
Teh Koon Hoo, 2003, “Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan Dari 1909 Hingga 1957”, Tesis Sarjana
Sastera, USM, hlm. 70.

64
sini memberi impak yang besar terutama dalam mempengaruhi aspek tradisional

iaitu makam, pakaian tradisional dan permainan dabus. Perkara ini membuktikan

mereka masih kuat mempertahankan adat dan budaya Aceh.

Kajian Acheh Suara Dari Hujung Tambak (2009) oleh Siti Zainon Ismail177

juga menceritakan tentang hubungan silam kedua-dua buah negara dan ditumpukan

kepada aspek adat istiadat dan budaya. Beliau merupakan orang Melayu Malaysia

yang telah berkahwin dengan seorang pembesar di Aceh dan pernah tinggal di sana.

Beliau juga menceritakan bagaimana hubungan orang Aceh di Malaysia dengan

saudaranya di Aceh amat erat sehinggakan adat dan budaya Aceh berjaya diserapkan

dalam jiwa masyarakat Malaysia sehingga kini.

1.12 Metodologi dan Sumber Kajian

Kajian ini merupakan kajian sejarah dan menggunakan pendekatan

historiografi. Perbincangan tentang perkembangan hubungan Kedah-Aceh disusun

mengikut kronologi. Kaedah utama penyelidikan ini ialah kaedah kualitatif dengan

menggunakan elemen triangulation. Dua asas penting yang digunakan dalam kajian

ini iaitu penyelidikan keperpustakaan (library research) dan temubual dalam proses

pengumpulan data. Tumpuan utama adalah terhadap penggunaan dokumen rekod-

rekod awam yang dirujuk di arkib yang merupakan sumber awalan kepada kajian ini.

Analisis kandungan juga turut dijalankan ke atas dokumen-dokumen kerajaan. Selain

itu analisis kandungan juga turut dijalankan ke atas sumber-sumber sekunder yang

terdiri daripada buku-buku, artikel jurnal yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan

177
Buku beliau terbitan DBP dan ketokohannya dalam mengkaji adat Aceh walaupun bukan
berketurunan Aceh telah dihargai sehingga dianugerahi gelaran Pocut.

65
dan antarabangsa. Kajian ini juga turut menggunakan bahan-bahan atas talian

terutama yang melibatkan bahan-bahan rujukan yang bersifat kontemporari.

1.13.1 Proses Pengumpulan Data

Dalam aspek pengumpulan data yang berasaskan penyelidikan di arkib dan

perpustakaan, tumpuan diberikan kepada penggunaan dokumen rasmi kerajaan,

rekod-rekod awam seperti fail-fail SUK, fail Pejabat Daerah dan lain-lain yang

merupakan sumber awalan kepada kajian ini. Huraian kajian adalah bersifat analisa

bagi membentuk perbincangan yang bersifat empirical oriented iaitu bertitik tolak

daripada bahan-bahan yang empirikal. Penelitian diberikan kepada fakta-fakta dan

peristiwa sejarah mengenai hubungan Kedah–Aceh yang tercatat dalam rekod-rekod

kerajaan yang terdapat di Arkib Negara Malaysia (Kuala Lumpur), Arkib Negara

Malaysia Cawangan Kedah dan Arkib (arsib) di Aceh.

Sumber sekunder pula tumpuan diberikan kepada penulisan yang dimuatkan

dalam buku-buku, artikel jurnal, tesis, dan suratkhabar tempatan dan Indonesia.

Panndangan tokoh-tokoh pengkaji yang terlibat dalam kajian mengenai hubungan

Malaysia-Indonesia amnya dan hubungan Kedah-Aceh khasnya sangat penting bagi

melengkapkan fakta-fakta kajian dan memperkukuhkan analisis kajian ini.

Pengumpulan maklumat bukan sahaja dijalankan di Malaysia, malah turut dilakukan

di Aceh. Hasilnya pengkaji menemui banyak bahan-bahan penting mengenai sejarah

diáspora Aceh ke Tanah Melayu dan peristiwa bersejarah yang berkaitan dalam

tempoh kajian 1900 sehingga 2000. Tulisan-tulisan tempatan telah menunjukkan

66
terdapat sumbangan yang besar orang yang berketurunan Aceh di Kedah dan di

tempat asal mereka iaitu di Aceh.

Selain itu, kajian ini juga menggunakan maklumat hasil dari sesi temubual

yang dijalankan ke atas tokoh-tokoh yang dipilih. Mereka terdiri daripada individu

yang mempunyai autoriti tentang sejarah hubungan Kedah-Aceh. Temubual juga

turut dijalankan ke atas kumpulan kecil yang terdiri daripada mereka yang terlibat

dalam peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan ini. Pandangan-

pandangan toko merupakan dapatan penting bagi mengisi jurang fakta yang mungkin

tidak diperolehi dari bahan-bahan arkib dan perpustakaan. Selain itu, ia juga

merupakan kajian silang (cross reference) terhadap fakta yang diperolehi daripada

sumber–sumber primer dan sekunder. Temubual bukan sahaja dijalankan ke atas

individu yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Aceh di Malaysia terutamanya

di Kedah, malah dalam kalangan penduduk Aceh di Aceh sendiri. Kajian dijalankan

di negeri Aceh bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan hubungan

sejarah yang wujud di antara Kedah dan Aceh. Dalam konteks ini juga kajian juga

melibatkan kaedah pemerhatian ke atas masyarakat yang terlibat terutama dalam

aspek kejayaan mereka dalam sektor ekonomi politik dan sosial sama ada di Kedah

mahupun di Aceh sendiri.

1.13 Pengumpulan Maklumat

1.13.1 Sumber Pertama

Dalam kajian yang dijalankan, penulis mendapatkan maklumat daripada

sumber pertama tertumpu kepada penggunaan dokumen rekod-rekod awam. Sumber

67
awalan ini ialah fail-fail dari Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan

Cawangan Kedah Perlis, fail-fail SUK Kedah, Hukum Kanun Negeri, Surat

Menyurat Sultan Abdul Hamid, manuskrip lama (Jawi) misalnya bertarikh 1919 di

Kg Aceh, Laporan Tahunan, warta kerajaan, Laporan Jawatankuasa Kerajaan,

laporan akhbar tempatan dan luar, kitab-kitab lama dan sastera klasik (Hikayat),

bahan-bahan dari Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan seumpamanya.

1.13.2 Sumber Kedua

Sumber sekunder seperti kajian-kajian ilmiah (tesis, kertas kerja), jurnal,

buku-buku, rencana (artikel tokoh dan sejarah), ensiklopedia, majalah (Gapena dan

lain-lain), buletin dan akhbar (di Kedah dan Aceh). Semua data-data berkaitan

sejarah Kedah-Aceh diteliti dan dianalisis bagi memantapkan kajian ini.

1.13.3 Temubual / Wawancara

Temubual untuk mendapatkan gambaran, pengalaman dan cerita (dalam 30

orang responden) mengenai masyarakat Aceh (dalam kalangan orang Aceh di Yan &

tempatan serta rakyat di negeri Aceh sendiri). Penulis menemui gambaran dan

persepsi sejarah yang pelbagai versi walaupun dari cerita yang sama, terutamanya

yang melibatkan kekuasaan kedua-dua buah negara. Begitu juga hasil kerjasama dari

pelbagai persatuan dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam memberi

68
sumbangan bahan dan penceritaan (lisan)178 di Kedah dan Aceh. hasil temubual ini

akhirnya menjadi sumber penting bagi melengkap fakta kajian yang tidak dapat

diperolehi dalam sumber primer dan sekunder.

1.14 Kesimpulan

Kedatangan orang Aceh ke Kedah sama ada dalam bentuk penghijrahan atau

migrasi atau dispora tetap mendatangkan kesan yang penting dalam aspek politik,

ekonomi dan sosial. Faktor geo-politik yang terdapat di Kedah sebenarnya

merupakan tarikan utama yang mendorong kemasukan masyarakat Aceh ke negeri

ini. Pada masa yang sama, keadaan politik dan tekanan hidup mereka di negeri asal

telah menjadi penyebab kepada mereka untuk berhijrah ke Kedah. Peranan dan

sumbangan orang Aceh di Kedah adalah satu bentuk kajian yang dapat memberikan

gambaran dan penjelasan mengenai hubungan lampau yang wujud antara kedua-dua

buah negeri. Susur galur mengenai siapa diri mereka iaitu asal-usulnya dari Sumatera

Utara di kawasan yang dikenali sebagai Aceh Darussalam, sejarah lampau, peranan

penjajah dan keinginan untuk berubah ke tahap yang lebih baik menjadi intipati

kepada perbincangan awal kajian ini. Faktor persamaan agama dan budaya serta

bahasa di antara kedua-dua masyarakat telah membolehkan proses asimilasi

berlangsung dengan baik sesuai dengan peredaran zaman dan kemajuan di bidang

kerjaya dan pendidikan.

178
Sumber lisan seperti penceritaan sesuatu topik sejarah diambil kira sebagai satu sumber penting
untuk pemahaman terhadap kajian dan kesannya. Terdapat juga penceritaan bagi sesuatu peristiwa
yang lazimnya tidak sama walaupun atas isu yang sama.

69
Negeri Kedah adalah negeri keenam terbesar di Malaysia.179 Faktor

kedekatan geografi dan penggunaan jalan laut lebih mudah disebabkan mereka

pelayar yang baik telah mendorong mereka memilih negeri Kedah sebagai destinasi.

Kehadiran mereka di Kedah sebagai perantau yang pada mulanya adalah untuk

mencari rezeki dan berdagang kemudian mengembangkan Islam. Walaupun telah

lama bermaustautin di perantauan, masyarakat Aceh di Kedah merupakan mereka

yang mempunyai jati diri yang kuat, semangat patriotik yang tinggi dan perkara ini

diterapkan dalam cara hidup dan pencapaian mereka dalam bidang ekonomi, politik

dan sosial.

Pengkaji-pengkaji sebelum ini ada yang menceritakan mengenai

keistimewaan negeri Kedah sebagai kawasan merantau yang dipilih, kedudukan dan

kelebihan Gunung Jerai, tanah yang subur, iklim yang sama seperti di Aceh dan

masyarakat tempatan yang menyambut baik kehadiran mereka termasuklah sultan

Kedah yang tidak menyekat aktiviti mereka di sini. Daerah Yan menjadi tumpuan

kajian di Kedah selain daripada Langkawi serta kawasan-kawasan lain yang

dikenalpasti dihuni oleh orang Aceh.

Pengkaji berminat mengkaji sejarah Kedah dengan menumpukan perhatian

mengenai perantau dan hubungan antara masyarakat dan negaranya serta dapat

menambah pengetahuan mengenai bidang migrasi disebabkan Kedah juga menjadi

tumpuan ramai suku kaum Melayu yang lain termasuklah orang Jawa, Banjar, Patani

dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila orang yang berhijrah itu lebih berjaya dan

179
Kedah Bertambah Maju Kemajuan Lima Tahun 1961-1965, Jawatankuasa Pembangunan Luar
Bandar Negeri Kedah dengan Kerjasama Pejabat Kerajaan Negeri Kedah, Alor Setar, 1965, hlm 65;
Lihat juga Affifudin Hj. Omar, Regional Approach To Development The MADA Case, MADA, hlm
37 (Tanpa tarikh).

70
memainkan peranan penting sehingga dapat menyumbang kepada manfaat diri,

agama dan negeri yang diduduki. Tahap kejayaan diukur melalui tahun yang dikaji,

kejayaan dalam aspek sosial terutamanya pendidikan,180 pembiayaan181 pengajian

yang bukan hanya di bidang keagamaan sahaja, di bidang ekonomi termasuklah

kerjaya dan kejayaan meningkatkan taraf hidup, politik dan sumbangan mereka

dalam kemakmuran negara.

180
Pada tahun 1968, kerajaan negeri Kedah telah mengeluarkan biasiswa sejumlah $10,000.00 untuk
diberikan kepada Kumpulan Wang Pelajaran Majlis Amanah Ra‟ayat untuk diagihkan kepada pelajar.
Wang ini diperolehi dari pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Rujuk Malaysia, 1970, Laporan
Juru Odit Negara, Negeri Kedah 1970, Jabatan Pencetakan Negara, Alor Setar, hlm 4.
181
Pemberian biasiswa oleh kerajaan negeri memberi peluang kepada semua kaum yang berkelayakan
dari negeri Kedah. Rujuk Report Of The Auditor-General On The Accounts Of The State Of Kedah
For The Year 1965, 1967, Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan Malaysia, hlm 55.

71
BAB 2

HUBUNGAN AWAL KEDAH-ACEH

2.1 Pendahuluan

Hubungan Kedah-Aceh merupakan satu hubungan dua negeri yang

berlangsung dalam tempoh yang cukup lama. Hubungan kedua-dua buah negara

pada peringkat awal ditandai oleh kepentingan keagamaan dan intelektual. Tidak

dapat dinafikan bahawa kerajaan Kedah dan Aceh memainkan peranan yang penting

dalam aspek perkembangan syiar Islam di rantau Asia Tenggara. Boleh dikatakan

bahawa faktor agama menjadi tunjang kepada hubungan Kedah-Aceh dan dalam

masa yang sama ia juga sebenarnya menjadi platform kepada peradaban kedua-dua

buah negara berkembang. Dalam tempoh ini juga menyaksikan bahawa bahasa

Melayu bergerak seiring dengan kepentingan agama Islam dalam mewarnai tamadun

wilayah Alam Melayu. Hal ini juga telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

perhubungan (lingua franca) di seluruh kawasan ini.1 Kedua-dua faktor ini menjadi

pengikat kepada hubungan dua hala Kedah-Aceh pada zaman awal yang turut

membawa kepada migrasi orang Aceh ke Kedah. Bab ini seterusnya mengkaji

kepentingan hubungan awal kerajaan Kedah dalam sejarah kewujudan dan

perkembangannya bersama-sama dengan kerajaan Aceh sejak zaman tradisional.

Sejarah awal migrasi masyarakat Aceh di Kedah berlaku di daerah Yan

merupakan kesan kesinambungan sejarah hubungan persahabatan yang pernah dan

______________
1
Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim Ahmad Hakimi Khairuddin dan Mohd
Taufik Arridzo Mohd Balwi, 2006, “Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat
Melayu”, dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Penerbit Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur, hlm 301.

72
sedia terjalin antara kerajaan tradisional Kedah dan Aceh. Sejarah Yan sebagaimana

sejarah tamadun Sungai Merbok adalah unik iaitu daripada sebuah pelabuhan yang

terkenal di Nusantara dan dunia luar, Merbok2 akhirnya hilang dalam peta dunia.3

Keadaan yang sama juga terjadi kepada daerah Yan.4 Sejak abad ke-4 Yan telah

muncul sebagai pelabuhan antarabangsa yang dikunjungi oleh para pedagang dari

selatan Siam, Indonesia, India dan Arab. Yan juga memainkan peranan sebagai

pembekal barangan hutan, laut serta makanan kepada pelabuhan Merbok. 5 Peranan

yang dimainkan oleh Yan membuktikan bahawa daerah-daerah kecil juga

memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada kewujudan tamadun

sesebuah negeri terutamanya dalam aspek keagamaan di Kedah.

Seterusnya ekonomi Melayu Kedah dapat dibahagikan kepada dua bentuk

iaitu berasaskan pertanian dan kelautan atau perdagangan. Pihak pemerintah telah

menjadikan kegiatan pertanian sebagai tunjang ekonomi negara yang disokong oleh

kepakaran dalam meningkatkan pengeluaran makanan. Sementara itu, dalam bidang

kelautan pula kekuatan kerajaan tradisional pada masa itu ialah dengan kewujudan

pelabuhan-pelabuhan antarabangsa yang mampu menguasai laluan perdagangan laut.

Justeru itu, pelabuhan antarabangsa dan kerajaan yang pernah wujud pada zaman ini

ialah Oc Eo di Funan (kurun ke-2), Ligor dan Singgora di Langkasuka (kurun ke-2),

Lembah Bujang Kedah (Kurun ke-4), Kuala Selinsing di Perak (kurun ke-5), di

______________
2
Jika ditinjau dari sudut pensejarahan Merbok adalah kawasan perdagangan bagi Kedah ketika itu.
Sumber-sumber manuskrip iaitu „Peringatan Raja-raja Kedah’ yang ditulis pada tahun 1805
menyatakan Kedah telah melaksanakan aktiviti-aktiviti perdagangan dengan beberapa kerajaan di
Nusantara termasuklah Aceh sehingga Kedah diserang dan ditawan oleh tentera Ligor dari Thailand
pada tahun 1821. Rujuk “Peringatan Raja-raja Kedah”, 1805, Teks Jawi, Mikrofilem 1055.8,
Perpustakaan Negara Malaysia, 13 Muharram 1220 atau 13 April 1805.
3
Sungai Merbuk bukan lagi menjadi pilihan peniaga dan pedagang, mereka telah beralih kepada
pelabuhan lain di Sumatera.
4
Teh Koon Hoo, 2003, “Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan Dari 1909 Hingga 1957”, Tesis Sarjana
Sastera, USM, hlm 4.
5
Ibid, hlm 4.

73
Sumatra Kan-t‟o-li (kurun ke-5), Jambi atau Melayu (kurun ke-6/7) yang

dicantumkan dengan Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya dan Tuban di

Jawa Timur (pada zaman Airlangga kurun ke-11, dan kerajaan Majapahit kurun ke-

13).6

Pengkajian ini memberikan penekanan kepada tamadun di Lembah Bujang

Kedah yang merupakan kerajaan Kedah Tua yang membangun ketika itu dan

hubungannya dengan kerajaan Aceh. Nama “Bujang” dikatakan berasal daripada

bahasa Sanskrit iaitu “Bhujanga”7 atau “Bhujam ga” yang bermaksud naga atau ular.

Adanya Gunung Jerai sebagai mercu tanda utama kepada para pedagang dan pelayar

antara China dan India membawa kepada kemasukan ramai orang asing di kawasan

Lembah Bujang di utara Sungai Merbok dan sekitarnya sejak kurun keempat Masihi.

Sementara itu, Aceh pula berkembang sebagai pusat kegiatan agama Islam

sekitar kurun ke-16 setelah kejatuhan empayar Melaka. Misalnya pemerintah Aceh

pada masa itu, Sultan Iskandar Thani (1636-1641) yang berasal dari Pahang lebih

menitikberatkan ilmu pengetahuan berbanding dengan aspek kekuatan ketenteraan.

Hubungan antara kuasa kesultanan Aceh-Kedah menjadi lebih erat apabila baginda

bersama ulama Aceh iaitu Nuruddin al-Raniri8 pada abad ke-17 M mengadakan

hubungan keagamaan dengan Sultan Kedah dan sultan mengetahui bahawa Islam

______________
6
Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim Ahmad Hakimi Khairuddin dan Mohd
Taufik Arridzo Mohd Balwi, 2006, Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat
Melayu, UM, hlm 303.
7
Buku Cenderamata Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah, (tanpa tarikh dan
halaman); juga dalam Dato‟ Sir Rolland Bradell, Most Ancient Kedah, Lembah Bujang, hlm 32.
8
Kitab karya Nuruddin al-Raniri iaitu Kitab Fiqh Sirat al-Mustaqim telah dikirimkan ke Kedah
sebagai panduan keagamaan dalam pentadbiran agama Islam. Rujuk Abdul Rahman Hj. Abdullah,
2006, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam: Karisma Publications, hlm
105.

74
telah berkembang pesat di Aceh.9 Perkembangan ini telah turut memberikan kesan

ke atas tamadun Melayu Kedah.

2.2 Kerajaan Kedah Zaman Awal

Negeri Kedah Darul Aman antara negeri yang paling awal wujud dalam

sejarah Nusantara yang dikenali sebagai Kedah Tua. Seawal abad yang ke-4 Masihi

lagi Kedah dikenali dengan pelbagai nama atau gelaran yang diberikan oleh para

pedagang Arab, Parsi, India dan China. Sarjana-sarjana benua India juga mempunyai

penulisan mengenai Kedah. Masyarakat benua India mengenalinya sebagai Kalagam,

Kandaram, Kataha, Kadanagara dan pelbagai nama lain. Mengikut catatan terawal

yang terkandung dalam puisi Tamil berjudul Pattinappalai yang ditulis antara kurun

ke-2 dan ke-3 Masihi, menyebut Kedah sebagai Kalagam yang sama erti dengan

Kandaram iaitu Kedah. Ia dibuktikan pula dengan jumpaan arkeologi berupa

inskripsi dan patung Buddha gaya Amaravati Bukit Meriam dan Lembah Bujang

iaitu sekitar abad ke-7 Masihi. Pelabuhan Kataha dikatakan dihubungkan terus ke

India dan para sejarawan mengandaikan ia berkemungkinan ke Tamralipti.

Pelabuhan Katahanagara ini juga sebagai sebuah kota dengan penduduknya

mempunyai kehidupan yang makmur.10 Oleh kerana pentingnya peranan yang

dimainkan oleh Pengkalan Bujang di Lembah Bujang, maka pada tahun 1025, Raja

Cola dari India Tenggara telah menyerang negeri Kedah. 11 Selain itu, Raja Cola juga

telah menyerang kerajaan Sri Vijaya di Jawa. Sejarah serangan ini dimuatkan dalam
______________
9
Dada Meuraxa, 1974, Sejarah Kebudayaan Sumatera, Medan: Firma Hasmar, hlm 144.
10
Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, 2007, ‟Pensejarahan Kedah Tua: Tafsiran Semula
Berdasarkan Sumber India, Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia”, Purba, Bil. 26, hlm 175.
11
Mohd Khorish Hj. Arshad, 1980, Lembah Bujang Pusat Perdagangan dan Ugama dalam Lembah
Bujang Entrepot Kedah Terbilang, Jan 1980 (makalah ISSN 0126-8562), Penerbitan Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Kedah 1980 Sempena dengan Perayaan Ulang tahun ke 52 Keputeraan
DYMM Sultan Kedah dan Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk Kedah, dicetak
oleh Modern Press, hlm 16.

75
bahagian awal buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Serangan ini telah

memberikan kesan ke atas sejarah asal-usul penduduk Tanah Melayu yang dikatakan

berasal dari Pulau Jawa. Menurut Mohd Isa Othman, akibat dari serangan raja India

ramai yang melarikan diri ke Tanah Segara Masin. Perbuatan menyeberang disebut

“Melayu” dalam bahasa Sanskrit.12 Lama-kelamaan nama Tanah Segara Masin

dikenali sebagai Tanah Melayu yang pada ketika itu beragama Hindu.

Selain dari itu, sejarah Kedah Tua turut termuat dalam sumber dari China. Ia

telah dicatat oleh beberapa orang ahli pelayaran Cina sebagai Kiet-Cha, Ki-To dan

Chi-To. Walau bagaimanapun, penulisan pengembara Cina yang paling terkenal

yang menceritakan tentang Kedah ialah penulisan I-Ching, yang ditulis sekitar tahun

671 Masihi yang menyebut Kedah sebagai Chieh-Cha. Tulisan ini membuktikan

Kedah berperanan sebagai pelabuhan persinggahan dan mempunyai pelbagai

kemudahan untuk pengembara.13

Seterusnya para pengkaji mengenali Kerajaan Kedah Tua sebagai lokasi

pusat peradaban rantau ini sejak lebih 160 tahun dahulu (1848-2011). Sehingga

2007, bukti tamadun di Lembah Bujang dikatakan mewakili pusat perdagangan

antarabangsa dan peradaban agama Hindu-Buddha yang katakan telah bermula di

akhir kurun ke-4 Masihi.14 Kenyataan ini dibuktikan melalui penemuan oleh

Mokhtar Saidin ke atas satu kompleks tamadun di Sungai Batu. Penemuan ini

mendedahkan bukti peradaban manusia yang tinggi sejak kurun pertama Masihi lagi.
______________
12
Mohamad Isa Othman, 1995, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Dalam Konteks Penulisan Sejarah
Kedah dalam Cetera, Jilid 12 ISSN 1394-0775, Bil. 1/Januari 1995, hlm 39.
13
O.W Wolter, 1967, EarlyIndonesian Commerce: A Study of The Origins of Srivijaya, New York,
hlm 207-208.
14
Mokhtar Saidin, 15 Mei 2011, “Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua:
Kurun Pertama Hingga ke 14 Masihi”, kertas kerja Seminar Kerajaan Kedah Tua yang dibentangkan
di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah, hlm 1.

76
Kajian paleoalam Lembah Bujang telah menunjukkan bahawa Sungai Batu

merupakan dataran utama yang boleh dihuni berbanding dengan bahagian di sebelah

baratnya yang masih berada di bawah air atau dalam kawasan paya bakau pada kurun

pertama sehingga ketiga Masihi. Ini membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua

adalah kerajaan terawal iaitu melalui kewujudan kegiatan peleburan besi dari kurun

pertama. Kajian Mokhtar Saidin juga turut menemui struktur senibina pengkalan atau

jeti tepi sungai dan senibina bangunan upacara dalam keluasan sekitar 4 km.

Kesemua bukti di Sungai Batu memperlihatkan struktur organisasi masyarakat

tempatan pada masa itu sangat tinggi yang membawa kepada kewujudan perkara-

perkara berikut:

(a) ada ahli „geologi‟nya yang boleh mengenal besi mentah untuk
dilombong dan dibawa ke tapak Sungai Batu untuk dileburkan.
(b) Ada ahli „arkitek‟nya untuk membolehkan pembinaan jeti,
bangunan upacara, dewan, bilik dan sebagainya.
(c) Ada ahli „perniagaan‟ yang boleh mengeksport besi dan banyak
lagi keistimewaan lain.15

Ketinggian tamadun Sungai Batu membolehkan kerajaan Kedah membangun

dan berkembang maju dan dikenali sebagai pusat peradaban kerajaan Melayu Tua

pada zaman tersebut.16 Kerajaan ini secara umumnya disempadani di timur-barat

oleh Lebuhraya Utara Selatan dan Selat Melaka dan kawasan utara hingga ke selatan

pula bermula dari Bukit Choras ke Bukit Mertajam dalam lingkungan 400 km.17

Kajian terkini menemui relau peleburan besi di Jeniang yang bertarikh dari kurun ke

4 hingga ke 12 Masihi. Kehadiran longgokan relau di Jeniang ini menggambarkan

______________
15
Ibid, hlm 1.
16
Adi Hj. Taha, 1998, Bujang Valley National Historical Park, Kedah, Malaysia Museums Journal,
1998, hlm 34:1-6.
17
Ibid, hlm 34.

77
satu industri besi besar-besaran telah berlangsung di seluruh lembah Sungai Merbok

dan Sungai Muda. Hal ini mencetuskan jangkaan bahawa tamadun Kedah Tua

meliputi keluasan melebihi 100 km.18 Rekod bertulis dan bukti arkeologi sejak tahun

184819 juga mendedahkan kepentingan Kedah Tua di Lembah Bujang dalam kajian

tamadun awal manusia. Bukti yang dapat menunjukkan Pengkalan Bujang pernah

menjadi sebuah pusat perdagangan antarabangsa ialah dengan terjumpanya batu-batu

permata dari Burma, barang-barang kaca dari Asia Barat, kepingan-kepingan pasu

dari India dan tembikar dari China.20

Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa penggunaan pelbagai sumber

asing mampu membuktikan asal-usul negeri Kedah. Sebahagian besar sumber-

sumber ini datangnya daripada para ulama dan pedagang-pedagang luar yang pernah

datang ke Kedah pada zaman tersebut. Misalnya pedagang Arab telah memberi

banyak gelaran terhadap Kedah semasa kedatangan mereka ke sini. Negeri Kedah

______________
18
Mokhtar Saidin, 15 Mei 2011, “Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua:
Kurun Pertama Hingga ke 14 Masihi”, kertas kerja Seminar Kerajaan Kedah Tua yang dibentangkan
di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah, hlm 7.
19
Pengkaji berikut mengiyakan sumbangan tamadun di Lembah Bujang dalam kerajaan Kedah Tua
iaitu Allen S.J, 1988, “Trade Transportation and Tributaries: exchange, agriculture and Settlement
Distribution in Early Historical Period Kedah”, Tesis PhD, University of Hawaii atau
http://www.worldcat.org/title/trade-transportation-and-tributaries-exchange-agriculture-and settle
ment-distribution-in-early-historic-period-kedahmalaysia/oclc/220786274?referer=di&ht=edition
(diakses pada 16.02.2017); Coedes G, 1968, The Indianized States of Southeast Asia, University
Malaya Press, hlm 4; Lamb A., 1960, Reports On Excavation and Reconstruction of Chandi Bukit
Batu Pahat, Central Kedah‟, Federated Museums Journal, hlm 1; Leong Sau Heng, 1973, “A Study of
Ceramic Deposits From Pengkalan Bujang Kedah”, Tesis MA, Universiti Malaya, hlm 83; Low. J,
1848, An Account of several Inscription Found in Province Wallesley on the Peninsula of Malacca,
Journal of Asiatic Society of Bengal, 17(2).; 1949, „On An Inscription From Keddah‟, Journal of
Asiatic Society of Bengal, 18(1):247; Mohd Supian Sabtu, 1998, “Zaman Hindu-Buddha di Lembah
Bujang: Satu Penilaian Berdasarkan Data Arkeologi”, Tesis MA, Universiti Malaya, hlm 79; Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed), 2008, Lembah Bujang Dari Perspektif Arkeologi dan
Pelancongan, ATMA, UKM, hlm 91; Art, Archaeology and the Early Kingdoms in the Malay and
Sumatra: C. 400-1400 AD, Tesis PhD, University of London, 1984.
20
Mohd Khorish Hj. Arshad, 1980, Lembah Bujang Pusat Perdagangan dan Ugama dalam Lembah
Bujang Entrepot Kedah Terbilang, Jan 1980 (makalah ISSN 0126-8562), Penerbitan Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Kedah 1980 Sempena dengan Perayaan Ulangtahun ke 52 Keputeraan
DYMM Sultan Kedah dan Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk Kedah, dicetak
oleh Modern Press, hlm 16.

78
yang dibuka dalam kurun Masihi ke sebelas asalnya bernama “Kalaha”.21 Menurut

Ismail Haji Saleh, Kalaha ialah nama suku kaum dari negara Iran yang berhijrah ke

Nusantara semenjak kurun masihi yang ke-10 dan 11 seterusnya menetap di Kedah.

Suku-suku Kurdi berhijrah ke Nusantara bukan sahaja kerana faktor perdagangan

tetapi juga kerana mencari penghidupan yang damai dan tenang untuk beribadat.22

Atas alasan ini juga menjadikan Kedah sebagai tumpuan pedagang asing untuk

berdagang, mencari rezeki dan bermastautin. Seterusnya, dalam kalangan pedagang-

pedagang Arab termasuk ahli pelayaran dan geografi, nama Kedah dicatatkan

sebagai “Kalah”, “Kalah-bar”, atau “Qadah” bererti mangkuk atau bekas berisi air

atau makanan.23

Merujuk kepada masyarakat Kedah Tua, Mohamad Isa Othman menyatakan

bahawa masyarakat Qalha (Kedah) mempunyai dua orang ketua yang dikenali Tan

Dermadewa dan Tun Perkasa.24 Dalam tahun 630 Masihi Maharaja Derbar Raja telah

kalah dalam peperangan dengan Raja Parsi lalu berhijrah ke Sri Lanka dan akhirnya

sampai ke Kuala Sungai Qalha langsung bertemu dengan dua orang ketua Melayu

tadi. Kebaikan budi raja tersebut menyebabkan baginda dilantik menjadi Raja

Kedah.25 Ibu negeri yang pertama diwujudkan dinamakan Langkasuka. Keturunan

raja-raja Parsi ini berkekalan sehingga sekarang. Kini negeri Kedah diperintah oleh

______________
21
Muhammad Hasan b. Muhammad Arshad, 1968, Al-tarikh Salasilah Negeri Kedah, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, hlm 3.
22
Ismail Haji Salleh, 1998, “Kedah: Negeri Islam Yang Pertama di Nusantara”, dalam Dokumentasi
Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn.
Bhd, hlm 7.
23
J.V. Mills, 1974, Arab and Chinese Navigators in Malayan Waters, JMBRAS, Vol 47, Pt. 2, hlm 7.
24
Mohamad Isa Othman, 1995, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Dalam Konteks Penulisan Sejarah
Kedah dalam Cetera, Jilid 12 ISSN 1394-0775, Bil. 1/Januari 1995, hlm 39.
25
Menurut Mohamad Isa Othman, institusi kesultanan berlaku sekitar tahun 630 Masihi apabila Qalha
mempunyai sistem beraja. Setelah menjadi raja Qalha, Maharaja Debar Raja mendirikan Kota
Langkasuka pada tahun 634 Masihi. Nama negeri Qalha ditukar kepada Kedah Darul Aman apabila
berlakunya pengislaman Maharaja Debar Raja II oleh Syeikh Abdullah pada tahun 531 Hijrah (1136
Masihi) yang kemudian dikenali sebagai Sultan Muzaffar Syah.

79
Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (1958 hingga kini) yang menjadi sultan Kedah

yang ke 28.26

Negeri Kedah sejak zaman dahulu mempunyai kelebihan kerana

kedudukannya di utara Semenanjung, terletak di persimpangan jalan perdagangan

laut antara negeri Arab dengan China. Ia juga mempunyai pelabuhan yang dalam

selain daripada mempunyai sumber bahan mentah dan galian yang banyak. Selain itu

juga hubungannya yang erat dengan kerajaan di Sumatera Utara termasuk Aceh,

Samudera-Pasai dan Perlak mendorong kepada kegemilangan kerajaan pada zaman

tersebut. Sekali lagi bukti kegemilangan ini adalah melalui projek ekskavasi yang

dilakukan oleh sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global,

Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara,

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Eskavasi ini telah

menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3

Masihi di Sungai Batu, Semeling dalam Lembah Bujang. Penemuan ini juga

merupakan bukti kukuh tentang kewujudan tamadun manusia prasejarah

bersandarkan pengetahuan asas, perdagangan dan penghasilan bahan industri

berskala besar. Ia turut disahkan dari ujian “Radiokarbon Dating” di Beta Analytic

Inc. Florida Amerika Syarikat yang menyatakan sampel arang dari tempat

pembuatan besi terbabit berusia sekitar abad ke-3 hingga 4 Masihi. Hasil carigali

arkeologi di Merbok, Lembah Bujang dan Kuala Muda juga menemui Cornelian

______________
26
Baginda pernah menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia pada September 1970 selama lima tahun.
Pada tahun 2011 pula sekali lagi baginda dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia untuk kali
yang kedua.

80
beads, broken glasses (perfume), Chinese Ceramics (Sung/Yuan), fragment of lamp,

Abbassid coins and some 10,000 potsherds of Sung and Yuan.27

Ketika dahulu Qalha (Kedah) mengandungi empat buah daerah iaitu Kuala

Qilah (Kuala Sungai Merbuk sekarang), Kuala Bahang (Kuala Kedah sekarang),

Kuala Merpah (di Pulau Panjang dekat Perlis sekarang) dan Kuala Bara (dekat

sempadan Perlis sekarang).28 Kedah juga dikenali sebagai pusat pengembangan

ajaran Islam di Nusantara. Sumber lain pula menyatakan pengaruh Islam sudahpun

bertapak di Kedah sejak awal abad kesembilan Masihi melalui pendakwah-

pendakwah Arab.29

Menurut Sejarah Kedah,30 Raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam

ialah Maharaja Derbar Raja II. Baginda dikatakan telah diislamkan oleh seorang

ulama dari Yaman bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri

dalam tahun 1136 Masihi (513 Hijrah).31 Baginda diislamkan di Kota Bukit Meriam

dengan memakai gelaran Islam sebagai Sultan Mudzaffar Shah.

______________
27
Yahaya Abu Bakar, 1991, “Kedah dan Perdagangan Tradisional di Asia, Abad Ketujuh Hingga
Awal Abad Keenam Belas Masihi”, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, Alor
Setar, hlm 34.
28
Buyong Adil, 1980, Sejarah Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 1.
29
Md Noor Salleh, Abdul Halim Haji Salleh, 1998, “Islam Di Kedah Darul Aman”, Dokumentasi
Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua, Concept Press Sdn. Bhd, hlm 3.
30
Dua teks sejarah tempatan yang ditulis turut dijadikan rujukan utama iaitu Al-Tarikh Salasilah
Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan b. Dato‟ Kerani Mohd Arshad pada tahun 1927
atas titah Yang Maha Mulia Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid. Manakala Hikayat Merong
Mahawangsa yang ditulis di zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1625-1651) menjadi rujukan
pengkaji sejarah Kedah Darul Aman.
31
Ahmad Jelani Halimi, 1998, “Kemasukan Islam ke Kedah”, dalam Dokumentasi Konvensyen
Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd, hlm 11.

81
Kedah juga mempunyai pelbagai cerita dan hikayat yang meriwayatkan

mengenai pembukaan negeri Kedah. Dalam tahun 1837, James Low melaporkan

bahawa beliau telah menerima sebuah manuskrip ”sejarah Kedah” (disebutnya

sebagai: Kedah Annals termed Merong Mahawangsa) daripada Sultan Ahmad

Sajoodin Halim Shah (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845). Teks ini

kemudian diterjemahkan dan disunting ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan

secara bersiri dalam The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia pada

tahun 1849.32 Usaha ini selaras dengan kehendak pihak Inggeris yang memerlukan

dokumen sejarah yang dapat memperjelaskan perhubungan Kedah-Siam sebelum

mengambil tindakan tertentu dalam pentadbiran mereka di Kedah. Di saat itu hikayat

ini telah diserahkan oleh sultan kepada James Low. Manuskrip tersebut (yang

dianggap sebagai sumber asal) akhirnya bukan sahaja tidak kembali ke istana tetapi

hilang tanpa dapat dikesan. Kisah lama yang terkenal kini telah difilemkan33 oleh

orang tempatan pada 2011 (filem Merong Mahawangsa) iaitu berkaitan sejarah Raja

Merong Mahawangsa.

Menurut cerita berkenaan, negeri Kedah telah dibuka oleh putera Raja

Merong Mahawangsa. Jalinan ceritanya menyebut baginda dalam perjalanan

mengiringi putera Raja Rom yang akan berkahwin dengan puteri Maharaja China.

Ringkasnya kapal yang membawa kedua anak raja ini diserang oleh burung garuda

yang bertujuan untuk menggagalkan perkahwinan tersebut. Mereka hanyut di tengah

______________
32
Mahani Musa & Ahmad Jelani Halimi, 2006, Warisan Mahawangsa Kedah, Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah, hlm 1
33
Filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011) ialah filem bergenre epik yang telah diterbitkan oleh
KRU Studios dengan Yusry Abdul Halim sebagai pengarah filem dan Amir Hafizi selaku penulis
skrip. Filem ini menelan belanja sebanyak RM8 juta dan ditayangkan pada Mac 2011. Anugerah yang
dimenangi oleh filem ini melalui Festival Filem Malaysia ke-24 pada tahun 2011 ialah bagi kategori
filem terbaik. Manuskrip HMM sebelum ini telah dikaji oleh Dato‟ Profesor Dr. Siti Hawa Hj. Salleh.

82
laut lalu terdampar di tepi pantai. Tempat ini kemudiannya dijadikan negeri yang

dinamakan Kedah.

Jelas di sini, terdapat pelbagai bukti hasil daripada penulisan dan sumber-

sumber tempatan mahupun asing mengenai kerajaan Kedah yang pernah wujud dan

maju sebagai kuasa perdagangan di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Malah

Kedah juga mempunyai pelbagai kisah sejarah yang pernah ditulis, dibukukan dan

difilemkan seperti Hikayat Merong Mahawangsa.

2.3 Kerajaan Aceh Zaman Awal

Kerajaan Aceh zaman awal dikatakan bermula pada kurun ke-2 Masihi dan

dikenali sebagai Kerajaan Indra Purba. Kerajaan ini kemudiannya diperintah oleh

Raja Maharaja Indra Sakti (1059-1068). Terdapat pelbagai pendapat yang berbeza

dalam kalangan ahli sejarah mengenai nama kerajaan tersebut. Marco Polo

menggelarkan kerajaan Indra Purba dengan panggilan Lamuri, orang Arab

menggelarnya Lameri, Sejarah Melayu pula memanggilnya Lamuri manakala

sumber China memanggil Lan-Li, Lan-Wuli dan Nanpoli.34 Sementara itu, orang

Portugis dan Itali menyebutnya Achem (Atjech), Achen, Acen. Manakala orang Arab

yang menggunakan sebutan baru iaitu Asji, Dachem, Dagin dan Dacin. Terakhir

orang Belanda menyebut daerah ini dengan Achem, Achim, Atchein, Atjin, Atsjiem,

Atsjech dan pada akhirnya Atjeh.35

______________
34
T. Muhammad Hassan, Perkembangan Swapraja di Acheh Sampai Perang Dunia II, dalam Bunga
Rampai Tentang Acheh oleh Ismail Sunny, Jakarta, 1980, hlm 141-142
35
Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri Lanang ke 8 Samalanga),
2008, Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di Nusantara,
Naggroe Aceh Darussalam, hlm 2.

83
Nama-nama tersebut digunakan sejak kurun ke-9 Masihi lagi. Hal ini

dibuktikan apabila terdapat penulisan mengenai kerajaan tersebut termasuk rekod

mengenai Raja India Selatan iaitu Raja Rajendra Cola 1 pernah menyerang Lamuri

pada 1023-1024. Manakala Hikayat Raja-Raja Pasai menyatakan Kerajaan Lamuri

atau Indra Purba telah wujud sehingga kurun ke-1536 iaitu sehingga kekuasaan

kerajaan Aceh.

Kerajaan Pasai, Rokan, Kuntu dan Siak di Sumatera juga dibuka oleh orang

Parsi yang beragama Islam sebelum tahun 969 Masihi lagi. Manakala sebuah naskah

tua bertulisan tangan yang berjudul “Idhharul-Haq” karya Ishak Makarani Al-Parsi

menyebut seperti berikut; “Pada hari Selasa, 1 Muharram 225 Hijrah, Perlak (Acheh

Tua) telah menerima Islam”.37 Selain itu, sumber Hikayat Aceh juga telah

menerangkan kedatangan Islam dengan lengkap beserta tarikh yang jelas. Menurut

hikayat itu, agama Islam tiba di negeri itu pada hari Jumaat, 1 Ramadhan 601

Hijrah.38 Selanjutnya dinyatakan juga bahawa Merah Silu39 telah memeluk Islam dan

menjadikan negeri Pasai sebagai negeri Islam yang berkembang pesat.

______________
36
Lukman Thaib, 2002, Acheh’s Case: A Historical Study of The Nation Movement ForThe
Independence of Acheh-Sumatra, University of Malaya Press, hlm 11.
37
Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 1999, Dari Pulau Adang Ke Pulau Tiga, Kumpulan Artikel Tokoh
Sejarah Kedah, diselenggara oleh Mazizah Hj. Md. Darus & Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, Majlis
Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, hlm 8.
38
S.Q.Fatimi, 1963, Islam Comes to Malaysia, Singapura, hlm 38. Rujuk juga
https://books.google.com.my/books?id=HdTXAAAAMAAJ&q=S.Q.Fatimi,+1963,++Islam+Comes+t
o+Malaysia,+Singapura&dq=S.Q.Fatimi,+1963,++Islam+Comes+to+Malaysia,+Singapura&hl=e
n&sa=X&ved=0ahUKEwj08Mnc4_7RAhVKXbwKHSWfAPoQ6AEIGzAA (Diakses pada 8 Febuari
2017).
39
Nama Meurah Silo (Merah Silu) dieja menurut bahasa Aceh iaitu Meurah adalah gelaran seorang
raja sebelum adanya sultan di Aceh dan sama ertinya dengan gelaran Merah di Minangkabau yang
bermaksud orang yang tinggi kedudukannya. Silo pun menurut ejaan Aceh bermaksud Silau. Rujuk H.
Mohammad Said, 1979, Aceh Sepanjang Abad, Jilid 1, Cetakan III, Medan, hlm 69. Apabila Merah
Silu memeluk agama Islam baginda digelar Sultan Maliku‟s Saleh (Malik al-Salih). Baginda adalah
raja Islam pertama di Nusantara yang mangkat pada tahun 1297. Rujuk R. Michael Feener, Patrick

84
Sejarah peradaban Islam di Asia Tenggara menyatakan terdapat lima buah

kerajaan Islam yang terawal wujud di wilayah ini iaitu Peureulak, Benua Tamiang,

Kerajaan Islam Samudera Pasai, Kerajaan Islam Lamuri dan Kerajaan Islam Aceh.40

Kesemua kerajaan tersebut berada dalam wilayah Indonesia pada hari ini. Dalam

wilayah ini juga terdapat beberapa kerajaan kecil seperti Pasai, Pedir, (Pidie), Daya,

Lamuri dan Aceh.41

Aceh, daerah paling barat dari Kepulauan Nusantara, adalah yang pertama

sekali menerima agama Islam. Kesultanan Aceh merupakan sebuah pemerintahan

yang wujud di utara Sumatera.42 Menurut Husaini Ibrahim perkembangan Islam di

kawasan Asia Tenggara bermula dari Samudra Pasai iaitu sebuah kerajaan yang

berpusat di Aceh Utara dan raja yang pertama bernama Sultan Malik al-Salih.43

Catatan oleh Marco Polo44 menyebutkan bahawa sewaktu persinggahannya di Pasai

pada tahun 692H / 1292M, ramai orang Arab yang menyebarkan Islam. Begitu juga

sumber dari Ibnu Battuthah,45 pengembara Muslim dari Maghribi, yang pernah

Daly dan Anthony Reid, 2011, Mapping The Acehnese Past, KITLV Press, Leiden, hlm 35;
terjemahan buku ini oleh Supardi Asmorobangun, Memetakan Masa Lalu, KITLV Jakarta, hlm 35.
40
Apabila kesultanan Melayu di Sumatera Utara itu kuat maka masyarakat pelbagai suku turut
menyerapkan dirinya ke dalam kebudayaan yang dipancarkan oleh istana, menggunakan bahasa
Melayu, menganut agama Islam, beradat istiadat Melayu dan kesemua mereka ini dipanggil
“Melayu”. Rujuk Ismail Hussein, 1993, Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan, syarahan
Perdana, UKM, hlm 19.
41
Amirul Hadi, 2010, Aceh Sejarah, Budaya dan Tradisi, Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Jakarta,
hlm 11. Kesemua wilayah seperti Pasai, Pedir, Daya dan Lamuri kemudiannya berada dalam kerajaan
Aceh Darussalam.
42
Anthony Reid, 1969, “A Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy InThe Reign of Sultan
Mahmud 1870-1874”, dalam JMBRAS, Vol XLII (42), Part 2, December, hlm 74.
43
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Aalisis Arkeologi dan sumbangannya Kepada
Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 19. Kerajaan Samudra Pasai ini berkembang sehingga akhir abad
ke-13 M iaitu semenjak merosotnya kerajaan Srivijaya dan berakhir pada abad ke-16 M apabila
munculnya kerajaan Aceh Darussalam. Kerajaan Aceh ini kemudian menjadikan Samudra Pasai
sebagai daerah jajahannya.
44
Marco Polo dalam pengembaraannya pernah singgah di beberapa pelabuhan di Sumatera Utara.
Pelabuhan-pelabuhan yang telah disinggahinya ialah Ferlec, Basman, Sumatera, Dagroian, Lambri
dan Fansur. Rujuk Lombard, Denys, 1991, Kerajaan Acheh Jaman Iskandar Muda (1607-1636),
Jakarta, Balai Pustaka, hlm 41.
45
Sepanjang perjalanan beliau pergi dan balik Delhi ke China dan pernah singgah di Samudera Pasai
pada tahun 1345-1346 Masihi. Pada waktu itu raja yang berkuasa ialah Sultan Malik al-Zahir.

85
singgah di Aceh pada tahun 746H / 1345M menulis bahawa di Aceh telah tersebar

mazhab Syafi'i.

Kerajaan Aceh suatu ketika dahulu pernah melahirkan ramai cerdik pandai

dan alim ulama. Ia dibuktikan dari kelahiran ramai para pujangga tersohor seperti

Hamzah Fansuri,46 Bukhari al-Jauhari, Nuruddin ar-Raniry dan Syamsuddin as

Sumatrani. Aceh juga terkenal sebagai Serambi Mekah47 merupakan pangkalan

pertama dan penting dalam proses pengislaman dunia Melayu. Kekuasaan Aceh

mencapai kemuncaknya dalam abad yang ke-16 dan ke-17 lebih-lebih lagi semasa

pemerintahan Mahkota Alam yang terkenal dengan keagungan dan keperwiraannya

serta dasar perluasan kuasa kerajaan Aceh pada masa itu .48

2.4 Hubungan Kerajaan Kedah-Aceh Sebelum 1700

Kedah dan Aceh merupakan dua buah kerajaan yang berdaulat dan memiliki

keistimewaan yang tersendiri. Kedua-dua negeri ini giat mengembangkan syiar Islam

______________
46
Hamzah Fansuri (HF) berasal dari Pansur, Barus iaitu Pantai Barat Sumatera Utara di wilayah
Selatan daerah Aceh. Rujuk Al-Attas, 1967, New Light On The Life Of Hamzah Fansuri, JMBRAS,
Vol.40, No.1, hlm 47-48. Al-Attas juga menyatakan Hamzah Fansuri mungkin lahir di Syahr Nawi,
Ayuthia (Siam). HF adalah ulama dalam bidang tasawuf hidup pada abad ke 16 M semasa
pemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah al-Mukammal (1588-1604). Pemikiran HF ditentang di
Aceh khususnya dalam isu Wahdat al-wujud yang dianggap sebagai kafir. HF dan Shamsuddin al-
Sumatrani (SS) dianggap sesat kerana bertentangan dengan tokoh sufi Nuruddin al-Raniry (NR) (ahli
teologi dan fekah) dan Al-Sinkili. Kemuncaknya NR mengeluarkan fatwa untuk membunuh dan
membakar penganut Wujudiyah hingga ke Haramayn (Sultan Iskandar Thani yang menitahkan untuk
menghukum penganut ajaran HF); rujuk Azyumardi Azra, 2005, Jaringan Ulama Timur Tengah dan
Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII, Akar Pembaharuan Islam Indonesia, Edisi Revisi, Cetakan
ke-2, Prenada Media, Indonesia, hlm 221.
47
Merupakan pusat ilmu dan perkembangan Islam serta tumpuan seluruh umat Islam untuk
mendalami agama di Nusantara.
48
Syed Naquib Al-Attas, Raniri and The Wujudiyyah of 17th Century Acheh, dalam Monographs of
The Malaysian Branch, Malaysia Printers Ltd, Singapura, hlm 9.

86
melalui para ulama yang menjadi pendakwah. Ulama-ulama telah menjadi rujukan49

para pemerintah malah sultan-sultan telah melantik mereka sebagai penasihat dalam

pentadbiran. Setelah ulama dari luar ini mengembangkan ajaran Islam di Nusantara

maka ramailah dalam kalangan orang Melayu yang menerimanya lantas turut sama-

sama memperjuangkan dakwah Islamiah. Golongan ini kemudian berjaya mendalami

agama Islam di Kedah dan Aceh seterusnya melanjutkan pengajian ke Mekah dan

Madinah. Oleh yang demikian, institusi pendidikan Islam telah berkembang dengan

pesat. Ia terbukti melalui kemunculan banyak institusi pondok. Institusi ini juga

membuktikan kepentingan asas pengajian rendah dan tinggi dalam institusi

pendidikan Islam telah berkembang pesat dan menjadikan peradaban Islam semakin

mantap. Ajaran Islam telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Melayu melalui

pelabuhan-pelabuhan dan kampung-kampung. Penggunaan bahasa Melayu sebagai

media penting dan difahami ramai dalam mengembangkan syiar Islam terus

meningkat. Sehubungan dengan itu juga undang-undang Islam50 dan karya-karya

sastera serta tulisan jawi tumbuh dan berkembang dengan pesatnya dan ia menjadi

bukti terhadap kegemilangan pendidikan Islam.

______________
49
Nuruddin al-Raniry (1657 M) telah menghantar kitab agama berbahasa Melayu ke Kedah pada
tahun 1640 yang menerangkan mengenai prinsip-prinsip Islam seperti wuduk, solat, puasa, zakat dan
undang-undang halal dan haram dalam makanan; undang-undang dan peraturan beribadat, mengenai
perkahwinan dan penceraian yang mengandungi dua bab bertajuk Sirat al-Mustaqim dan Bab al-
Nikah. Kedah kemudian berjaya menyusun sistem kemasyarakatan mereka berteraskan agama Islam.
Rujuk Shukri Ahmad, 2011, Pengaruh Pemikiran Ulama Di Semenanjung Malaysia Akhir Abad Ke-
20, UUM Press, Sintok, Kedah, hlm 4.
50
Undang-Undang Kedah mula ditulis pada tahun 1078 Hijrah (1667 M) atau dikenali Tembera Dato’
Seri Paduka Tuan atau Undang-Undang Seri Paduka Tuan, mula memasukkan ajaran Islam secara
rasmi. Hal ini disebabkan pembentukan undang-undang ini berdasarkan undang-undang Aceh dan
Melaka. Malah Hukum Kanun Kedah bahagian pertama ditulis pada 1062 Hijrah bersamaan Jun 1650
M. Rujuk Shukri Ahmad, 2011, Pengaruh Pemikiran Ulama Di Semenanjung Malaysia Akhir Abad
Ke-20, UUM Press, Sintok, Kedah, hlm 89.

87
Para pengkaji perkembangan Islam di Kedah dan Aceh mengakui peranan

yang dimainkan oleh para pendakwah dari Arab,51 Parsi dan India telah berjaya

mempertingkatkan peradaban bangsa dan menyatupadukan masyarakat Melayu di

rantau ini. Perhubungan Kedah dan Aceh juga telah memainkan peranan penting

dalam mempercepatkan kemasukan Islam di Kedah seperti juga halnya dengan

pendapat yang menyatakan bahawa meluasnya pengaruh Islam di Tanah Melayu

adalah melalui Pasai.52 Pengaruh dan hubungan erat kedua-dua buah kerajaan ini

tertera dalam sepasang batu nisan yang ditemui di Minye Tujuh Acheh bertarikh 781

Hijrah (1380 masihi). Pada nisan itu terdapat dua bait syair, sebaris daripadanya

berbunyi ʺMpu hak Kedah Pasei Ma” bermaksud ʺRaja Islam Aceh yang mangkat itu

mempunyai hak kekuasaan ke atas Kedah dan juga Pasai.ʺ 53 Berikut ialah dua bait

lengkap syair di Kuburan Ratu Iman Di Minye Tujuh (1380 masihi):

Hijrat Nabi Mustafa Yang Prasida


Tujuh ratus Astha puluh sawarsa
Hajicatur dan dasa wara sukra
Raja Iman mardha rahmat Allah
Gusta barubasa empu Kedah Pasai Ma
Taruk tasih tanah samuha
Ilahi ya Rabbi Tuhan samuha
Taruh dalam swarga tatuha.54

(Terjemahannya Yang pada Jumaat 14 Zulhijjah tahun hijrah nabi besar 781, raja
yang beriman Warda Rahmatullah keturunan Barubasa (Barygaza) yang menguasai
Kedah dan Pasai meluas ke segala laut dan darat.)55

______________
51
Gerakan Pan-Islamism di al-Azhar, Mesir menyumbang kepada peralihan pusat pengajian di luar
Tanah Melayu yang menjadi penggerak utama ulama reformis yang dikenali Kaum Muda. Ulama
yang mempengaruhi mereka ialah Jamal al-Din al-Afghani (1839-1897 M) dan Muhammad Abduh
(1849-1905 M).
52
Tengku Luckman Sinar, S.H, 1990, “Sumbangan dan Peranan Kedah Dalam Pembinaan Tamadun
Nusantara”, Kertas Kerja Himpunan Budayawan Malaysia, Anjuran Majlis Kebudayaan Negeri
Kedah Darul Aman, hlm 3.
53
A.Samad Ahmad,1963, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, DBP, hlm 32-34.
54
Ismail Haji Salleh, 1982, Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam, Deklarasi Langkawi, hlm 14.
55
Zakaria Ahmad, 1978, “Sejarah Aceh Sebelum Islam”, dalam Bahan-bahan Seminar Sejarah
Masuk dan Berkembangnya Islam di Daerah Istimewa Aceh, Banda Aceh: Sekretariat Majelis Ulama
Daerah Istimewa Aceh, hlm 29.

88
Manakala dalam teks kesusasteraan berunsur sejarah Kedah iaitu Hikayat

Merong Mahawangsa pula tercatat hubungan baik antara kerajaan Kedah-Aceh

terutama dalam mengembangkan syiar Islam. Dikisahkan bahawa setelah Kedah

menerima Islam, Sultan Aceh mengirimkan dua buah kitab karya ulama Aceh,

Syeikh Nuruddin Al-Raniri iaitu „Siratul-Mustaqim‟56 dan „Babun-Nikah‟ untuk

dikaji dan dipelajari.57 Kitab agama berbahasa Melayu ini dihantar ke Kedah sekitar

tahun 1640. Kitab tersebut membincangkan mengenai prinsip-prinsip ibadat dalam

Islam seperti wuduk, sembahyang, puasa, zakat dan undang-undang halal dan haram

dalam makanan; undang-undang dan peraturan beribadat. Selain dari itu kitab ini

juga turut memuatkan undang-undang mengenai perkahwinan dan cerai yang

mengandungi dua bab yang bertajuk Sirat al-Mustaqim dan Bab al-Nikah.58 Karya-

karya ini menunjukkan para ulama secara tidak langsung berperanan merapatkan

hubungan kedua buah negeri di samping bertanggungjawab menghasilkan teks

keagamaan dan perundangan.

Manakala di Malaysia pula kerajaan Kedah Tua merupakan antara kerajaan

Islam terawal yang muncul di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan masyarakat

Islam di rantau ini berkembang pesat hasil penyebaran agama Islam oleh para

pedagang dan pendakwah melalui perkahwinan mereka dengan wanita-wanita

______________
56
Mujiburahman, 2010, “Pendidikan Berasaskan Syariat Islam: Kajian Pelaksanaan Syariat Islam dan
Kesannya Terhadap Pendidikan Dayah di Aceh”, Tesis PhD, UUM, Sintok, hlm 7.
57
Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Pertapakan Dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah, dalam Hikayat
Merong Mahawangsa, Edisi Jawi, Kim Seik Press, Penang Street, Pulau Pinang, 1316H/1898M, hlm
103.
58
Shukri Ahmad, 2011, Pengaruh Pemikiran Ulama Di Semenanjung Malaysia Akhir Abad ke-20,
Penerbit UUM Press, Sintok, hlm 4. Ia dipetik dari Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1986, A
Commentary OnThe Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri, Kuala Lumpur: Ministry of Culture.

89
tempatan.59 Generasi mereka seterusnya merupakan individu yang bertanggungjawab

memperjuangkan syiar Islam seterusnya. Terdapat pedagang-pedagang Islam dari

Timur Tengah (Arab dan Parsi) yang menjalankan perniagaan mereka di pelabuhan

Kedah sejak abad yang kesembilan. Di samping itu ramai pengembara, ahli

pelayaran, ahli geografi dan pendakwah Islam berkunjung ke rantau ini dan

mencatatkan keadaan ekonomi Kedah pada waktu itu. Tokoh-tokoh Islam tersebut

termasuklah Sulaiman (851 M), Ibn Khordabeh (844-848 M), Ya‟aqubi (857-880

M), Abu Yazid (916 M), Abu Dhulaf (940 M) dan Mas‟udi (943 M). 60 Beberapa

inskripsi yang menandakan pengaruh awal Islam di Kedah telah dijumpai iaitu

Inskripsi Minye Tujuh Aceh (781 H/ 1380 M), Inskripsi Ibni Sirdhan (214 H/ 829 M)

yang ditemui sekitar Gunung Jerai dan Inskripsi Tanjung Inggeris, Langgar Kedah

(904 M) yang mencatatkan nama Syeikh Abdul Kadir yang merupakan salah seorang

pendakwah Islam dari Timur Tengah yang terawal tiba di sini. Selain itu, dalam

aspek kesenian, pengaruh Islam telah memberikan impak yang besar pada makam

atau batu nisan, masjid dan senibinanya. Karya seni Islam yang pertama sekali

memasuki Nusantara ialah batu nisan. Nisan yang pernah ditemui ialah batu nisan

Syeikh „Abd al-Qadir Husain Shah „Alam bertarikh 903 Masihi yang dijumpai di

Langgar, Kedah.61 Seterusnya juga ditemui batu nisan kepunyaan seorang wali Allah

di Pekan, Pahang yang bertarikh tahun 1028, batu nisan yang mencatat nama

Fatimah binti Maimon ibn Hibatullah di Leran, Jawa Timur yang bertarikh tahun

1082, batu nisan Sultan Malik al-Salih di Pasai yang bertarikh tahun 1297, batu nisan

______________
59
Hasil temubual dengan Abdul Malik di Kampung Aceh, Yan Kedah, beliau menerangkan yang
“Islam ditanam” (menerusi perkahwinan) dalam diri masyarakat (termasuk dirinya yang berdarah
Iran) antara penyebab mereka menghayati dan mendalami Islam dengan lebih kental berbanding
dengan penyebaran secara luaran. Justeru itu perkahwinan antara ulama dengan orang tempatan
semakin meluas dan Islam dapat dikembangkan dengan lebih baik.
60
Wan Shamsudin Wan Mohd Yusof, 2003, Kedah Sehingga Abad ke 20, dalam Warisan Sejarah
Kedah Darul Aman, Penerbit Arkib Negara Malaysia, KL.hlm 2.
61
Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara. Sejarah dan
Perkembangannya Hingga Abad Ke 19, DBP, KL, hlm 51.

90
yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh tahun 1326 dan juga

makam Maulana Malik Ibrahim di Grisek, Jawa yang bertarikh tahun 1417 serta batu

nisan seorang puteri di Pasai yang bertarikh tahun 1428.62

Sebelum kelahiran agama Islam lagi dikatakan sudah wujud hubungan di

antara orang Arab dan Parsi dengan penduduk di Nusantara. 63 Pada peringkat awal

hubungan Kedah-Aceh adalah atas dasar keagamaan dan intelektual. Malahan dari

sudut geografi, kedudukan kedua-dua buah negara ini berada di bahagian utara yang

menjadi pintu masuk laluan yang strategik ke Selat Melaka oleh para pendakwah dan

pedagang-pedagang asing mahupun tempatan. Selat ini menjadi laluan utama dan

tempat persinggahan kapal-kapal dagang atau pelaut semenjak abad ke-9 Masihi lagi.

Aceh berada di utara Sumatera manakala Kedah pula di utara Semenanjung Tanah

Melayu menjadi tumpuan utama pelayaran ketika itu malah pusat perkembangan

agama Islam yang tersohor. Pelabuhan tersebut juga memberikan sumbangan

terhadap perniagaan Islam berkembang maju.

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu-Buddha sangat kuat

dalam masyarakat di Alam Melayu. Raja dianggap sebagai dewa yang diagungkan

oleh rakyat. Proses Islamisasi di Aceh dimulai dari raja kemudian diikuti oleh

kerabat raja dan pegawai-pegawai kerajaan. Menurut sejarah pengislaman Merah

Silu iaitu raja pertama Samudera Pasai yang memeluk Islam dan menukar namanya

dengan nama Malik Al-Salih lalu diikuti oleh kerabat-kerabat baginda yang lain

______________
62
Ibid, hlm 51.
63
Ismail Hamid, 1983, The Malay Islamic Hikayat, Bangi: Penerbit UKM, hlm 13.

91
seterusnya pegawai kerajaan turut memeluk agama Islam.64 Kesannya Pasai muncul

sebagai kerajaan Islam yang pertama di Nusantara.65 Pasai juga merupakan salah

satu pelabuhan entrepot yang terpenting di Asia Tenggara. Pelabuhan Pasai

dikunjungi oleh para pedagang dari seluruh dunia termasuk Arab, Turki, Iran,

Gujarat dan pelbagai kawasan Nusantara seperti Semenanjung Tanah Melayu, Jawa

dan Siam.66 Pasai juga dikenali sebagai pusat kajian Islam dan penyebaran Islam ke

wilayah sekitarnya. D.G.E. Hall menegaskan bahawa Pasai merupakan “pusat

penyebaran penting pertama dari agama yang baru ini [Islam] di kawasan Asia

Tenggara”.67 Terdapat sumber yang menyatakan bahawa ketika mengunjungi

kerajaan ini, Ibn Battutah telah menemui dua orang ahli ilmu kalam dari Parsi yang

aktif dalam diskusi agama yang dianjurkan oleh Sultan Malik Al-Zahir. Ahli ilmu

kalam tersebut ialah kadi Sharif Amir Sayyid yang berasal dari Shiraz dan Taj al-Din

dari Isfahan. Baginda Sultan Malik Al-Zahir dikenali sebagai seorang pemerintah

yang memainkan peranan yang besar dalam diskusi keislaman sama ada yang

diadakan di istana mahupun di masjid. Hal ini membuktikan kajian tradisi keilmuan

amat dititikberatkan oleh kerajaan Pasai malah Kedah pada waktu ini berada di

bawah naungannya turut menerima kesan perkembangan Islam di rantau ini. Apabila

Islam tersebar luas di rantau ini, hubungan antarabangsa bagi wilayah Alam Melayu

dengan dunia luar berkembang serentak. Kemuncak hubungan antarabangsa ini ialah

apabila Aceh berjaya mendominasikan kuasa Islam pada abad ke-16 selepas

penjajahan Portugis ke atas Melaka menyebabkan ia menjadi sebuah kerajaan Islam

yang hebat. Menurut Smith:

______________
64
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam di Aceh: Analisis Arkeologi dan sumbangannya Kepada
Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 13.
65
Amirul Hadi, 2010, Aceh Sejarah, Budaya dan Tradisi, Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Jakarta,
hlm 15.
66
Pires, 1966, The Suma, Vol 1, hal 142; Horace Stone, 1966, From Malacca to Malaysia 1400-1965,
London: George G. Harrap & Co., hal 17
67
D.G.E. Hall, 1962, A History of South-East Asia, 3rd ed., New York: St Martin‟s Press, hlm 206.

92
In any case, the fact is that in the 16th century the Muslim world was
once again powerful, wealthy, and touched with splendour. Whatever
view he might take it, the Muslim of this period – in Morocco,
Istanbul, Isfahan, Agra, Acheh – was participant in a history
expansive and successful.68

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, langkah pemelukan agama Islam

oleh raja akan diikuti oleh rakyat. Hal ini berkaitan dengan sikap rakyat yang

mengagung-agungkan raja.69 Sokongan daripada raja memudahkan agama ini

tumbuh dan berkembang maju. Manakala budaya yang berkembang dalam

masyarakat Aceh di zaman pra-Islam dulu adalah bersumberkan ajaran Hindu dan

Buddha.70 Budaya masyarakat Aceh juga telah menyerapkan nilai-nilai kehinduan

sama seperti di seluruh Nusantara. Menurut Van Langen, pada dasarnya orang Aceh

berasal dari bangsa India. Migrasi India yang beragama Hindu bertapak di pantai

Utara Aceh dan kemudiannya menuju ke kawasan pedalaman. Migrasi Hindu telah

bergerak dari Gigieng dan Pidie, termasuk juga dari daerah Pase menuju ke daerah

XXII Mukim di Aceh Besar.71 Namun pendapat ini dibantah oleh C. Snouck

Hurgronje yang menyatakan bahawa pandangan itu datangnya dari orang yang tidak

faham tentang sejarah Aceh.72

Catatan J. Kreemer dalam buku Atjeh yang dikaji oleh Aboebakar menyebut

bahawa sebelum tahun 1500, sejarah Aceh masih belum diketahui orang ramai.

______________
68
Wilfred Cantwell Smith, 1957, Islam in Modern History, Princeton, New Jersey: Princeton
University Press, hlm 38.
69
Haron Daud, 1993, Sejarah Melayu Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, DBP,
Kuala Lumpur, hlm 46.
70
M. Hasbi Amiruddin, MA, 2008, Aceh Serambi Mekah, Pemerintah Provinsi Naggaroe Aceh
Darussalam, hlm 4.
71
Tuanku Abdul Jalil, 1993, “Kerajaan Islam Perlak Poros Aceh-Demak-Ternate”, dalam A.Hasjmy
(peny.) Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, Bandung: Al-Ma’rif, hlm 1.
72
Aboebakar Atjeh, 1980, “Tentang Nama Aceh” dalam Ismail Suny (ed.), Bunga Rampai Tentang
Aceh, Jakarta: Bhratara Karya Aksara, hlm 20.

93
Berdasarkan berita dan catatan perjalanan para pedagang Cina, Arab dan Eropah

yang berkunjung ke Sumatera atau mendengar cerita tentang “Pulau Emas” itu

sebelum tahun tersebut, nama Aceh sama sekali tidak disentuh di dalamnya.73 Aceh

pada zaman pra-Islam juga terlibat dan memainkan peranan penting dalam

perdagangan antarabangsa terutama dengan Timur Tengah, China, India dan Asia

Tenggara khasnya. Hal ini disebabkan Sumatera merupakan wilayah penghasil

kemenyan dan kapur barus yang merupakan komoditi dagang yang penting bagi

orang Mesir sebagai bahan mumifikasi jenazah.74

Begitu juga di Kedah amnya, sama seperti Aceh iaitu apabila raja memeluk

Islam maka langkah ini akan diikuti oleh rakyat jelata baginda. Perkara ini bukan

disebabkan oleh pemahaman terhadap agama baru iaitu agama Islam tetapi sebagai

manifestasi ketaatan rakyat kepada raja. Realiti seperti inilah yang tergambar dalam

proses Islamisasi Kerajaan Melaka, Kedah dan Patani.75 Namun Kedah juga sebelum

Islam bertapak dengan kuat juga turut terikat dengan pengaruh Hindu-Buddha. Bukti

pengaruh Hinduisme dalam kerajaan terawal terdapat di sekitar Kota Kuala Muda

yang meliputi kawasan Sungai Merbok dan Lembah Bujang. Di Kedah, proses

pembentukan negeri bermula dengan perbentukan kerajaan pelabuhan di Lembah

Sungai Muda selewat-lewatnya pada abad ke-5 Masihi.76 Pada peringkat ini, Kedah

dianggap sebagai kota pelabuhan dan ini dibuktikan dari cari gali arkeologi.77

______________
73
Ibid, hal 17.
74
Djoko Suryo, 2001, Agama dan Perubahan Sosial, Yogyakarta: LKPSM, hlm 21.
75
Mahayudin Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd., hlm 562.
76
Nik Hassan Shuhaimi, 1988, “Isu-isu Arkeologi dan Seni Purba Lembah Bujang” dalam Nik
Hassan Shuhaimi, Nik Anuar Nik Mahmud dan Yahya Abu Bakar, (penyu), Sumbangsih-Kumpulan
Esei Sejarah, Bangi:Jabatan Sejarah UKM, hlm 11-27.
77
Bennet Broson, 1977, “Exchange at the Upstream and Downstream Ends: Notes Of A Functional
Model Of The Coastal State in Southeast Asia”, dalam K.L. Hunter (Peny.), Economic Exchange and
Social Interaction In Southeast Asia, An Arbor, Michigan: Paper On Southeast Asia, no.13, hlm 39-
52.

94
Tokoh-tokoh yang pernah terlibat dalam aktiviti cari gali dan penyelidikan ialah K.G

Tregonning, M. Sullivan, James Low, Evans, H.G. Quaritch-Wales, Alistair Lamb,

Nik Hasan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Dr. Adi Haji Taha, Kamarudin Zakaria dan

Moktar Saidin. Hasilnya terdapat banyak jumpaan seperti cepubatu, candi, inskripsi,

seramik, tembikar dan pelbagai artifak lain yang menggambarkan kepakaran

masyarakat dalam seni bina, seni ukir dan pahat, seni tulis serta kepakaran dalam

perniagaan dan perdagangan. Candi-candi di kawasan Lembah Bujang misalnya

telah membuktikan pertapakan dan pengaruh kuat agama Hindu-Buddha dalam

masyarakat Melayu Kedah khasnya dan ia juga terdapat persamaan dengan Aceh

yang turut menerima pengaruh tersebut.

Malah perkara ini membuktikan wujud jaringan perdagangan dan hubungan

dengan dunia luar seterusnya menjadikan negeri Kedah antara kerajaan terpenting

zaman silam. Misalnya matawang perak Dinasti Abassiah di zaman Khalifah Al-

Mutawakkil (847- 861 M) juga ditemui. Menurut bukti-bukti arkeologi, pengaruh

Hindu-Buddha cukup penting pada peringkat awal pembentukan negeri.78 Malah

warisannya masih boleh dilihat dalam upacara penting yang diadakan di istana hatta

setelah kemasukan Islam sekalipun.79

Namun hubungan Kedah-Aceh mempunyai pasang surutnya apabila

peperangan meletus antara kedua-dua buah kerajaan tersebut. Akibatnya Kedah telah

kalah dan berada di bawah naungan kerajaan Aceh pada abad ke-14 Masihi. Terdapat

catatan yang menyatakan Kedah sewaktu diperintah oleh Sultan Sulaiman Syah I
______________
78
Nik Hassan Shuhaimi, 1994, “Penyelidikan Arkeologi dan Pengasasan Sejarah Malaysia”, Kertas
Kerja Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia, 15 Ogos, hlm 1.
79
Mohd Isa Othman, 2001, Pengalaman Kedah dan Perlis Zaman Penjajahan British, Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd., dicetak oleh AG Grafik, Kuala Lumpur, hlm 6.

95
(1373-1423M) telah diserang oleh Aceh. Peristiwa ini terkandung dalam piagam atau

prasasti Minye Tujuh (1380M).80 Kuala Kedah yang pernah menjadi kubu

pertahanan Kedah telah diserang oleh Aceh pada 1619.81 Bagi memastikan Kedah

tidak bersaing dengan Aceh dalam perdagangan lada hitam, Sultan Aceh telah

menyerang Kedah pada 1619.82 Kedah waktu itu sedang meluaskan penanaman lada

hitam di Pulau Langkawi dan ia boleh menyekat monopoli Aceh dalam penghasilan

dan perdagangan lada hitam. Dalam serangan ini, ladang-ladang di Pulau Langkawi

telah musnah dibakar dan serangan mengejut Aceh ini gagal ditentang oleh Kedah. 83

Akibatnya Sultan Kedah dan permaisuri bersama rakyat seramai 7000 orang telah

dibawa ke Aceh dan baginda berdua mangkat di sana sewaktu menjadi tawanan

Aceh manakala putera sulungnya Sultan Rijaluddin Muhammad Syah yang

menggantikan baginda bertindak memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Naga

(1626) akibat kemusnahan Kota Siputih. Akibat dari peperangan ini negeri Kedah

menjadi begitu miskin dengan harga beras menjadi begitu mahal serta raja

berlindung di Perlis.84

Selain itu, punca serangan ini menurut teks sejarah tertua Al-Tarikh Salasilah

Negeri Kedah (1926)85 memberikan penceritaan yang berbeza. Menurut

______________
80
Yahaya Abu Bakar, 1996, “Mentelusuri Beberapa Kesan Islamisasi Di Tanah Melayu Menjelang
Abad ke XVI Masihi” (UKM), Kertas Kerja Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Kali Kedua, 28-30
September 1996, hlm 42
81
R. Bonney, 1971, Kedah 1771-1821 The Search For Security and independence, Oxford University
Press, Kuala Lumpur, hlm 15
82
Sumber dari Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
83
Mohamed Mustafa Ishak, Syamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, 2004, Kedah Dalam Lipatan
Sejarah Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, UUM, Sintok, Kedah, hlm 5
84
Sultan Rijaluddin Muhammad Syah pada masa itu memerintah negeri dan baginda telah berkahwin
dengan Paduka Wan Timah dan beroleh tiga orang putera. Baginda kemudian mangkat pada bulan
Oktober 1651.
85
Kitab sejarah ini mengemukakan ejaan bagi nama Siputih adalah „SIN+PA+WAU+TA+YA+HA‟
iaitu bunyinya „SEPUTIH‟ (edisi Jawi).

96
pengarangnya Kedah berjaya mengelak sebarang pertempuran dengan Aceh dengan

kebijaksanaan seorang pembesar Kedah iaitu Sharif Aznan86 atau Datuk Seraja Imam

yang berjaya menukar hubungan musuh menjadi sahabat dengan Aceh. Malah cerita

Kota Siputih juga menjadi cerita lisan yang bersifat lagenda mengenai tujuan

penyerangan Aceh tersebut. Perkara ini dikaitkan dengan kisah Puteri Sultan

Sulaiman, puteri berdarah putih yang menjadi idaman Raja Aceh untuk dijadikan

menantunya.87 Puteri baginda ini dipercayai bernama Puteri Zaleha. 88 Keengganan

sultan Kedah menjodohkan puterinya itu menyebabkan baginda menukarkan dengan

puteri sulung yang berdarah merah. Raja Aceh akhirnya murka apabila berasa tertipu

lalu memimpin askarnya menyerang Kedah. Puteri berdarah putih kemudiannya

disembunyikan dalam sebuah lubang yang mengharapkan cahaya bulan purnama

tidak menyinarinya. Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan,89

malangnya baginda mangkat semasa dalam persembunyian akibat kelaparan. Walau

bagaimanapun Kota Siputih adalah kota agung sebagai pusat pemerintahan hampir

300 tahun90 sebelum ia dimusnahkan oleh tentera Aceh. Setahun selepas serangan ini

______________
86
Syarif Aznan adalah Mufti Kedah di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah. Beliau berasal
dari Hezaj dan nasihatnya ialah “Adapun syarat melawan musuh itu ada seratus syarat. Yang seratus
itu ialah melalui ikhtiar dan harta terlebih dahulu agar tidak meletus peperangan. Tetapi jika tidak
dapat dielakkan barulah digunakan syarat yang satu lagi iaitu berperang hingga ke titisan darah yang
terakhir”. Rujuk www.mykedah2.com/heritage/102_5_p3.htm. (Diakses pada 25 Januari 2017).
87
Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Koleksi Artikel Mengenai Sejarah Kedah yang Tersiar dalam
Akhbar Berita Minggu 1985/1986, Lembaga Muzium Negeri Kedah, hlm 27
88
Ibrahim Bakar Langkawi dan Shaarani Haji Hasan, 2009, Kota Seputih Lindungan Bulan sebagai
Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman 1323-1626, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah,
Edisi Khas sempena Program „Menjejak Warisan Darul Qiyam‟, Pejabat Daerah Kubang Pasu Kedah,
5 November 2009, hlm 18.
89
Masyarakat dahulu mengaitkan peristiwa penyerangan sultan Aceh ini dengan lagenda “Puteri
Lindungan Bulan” iaitu kegagalan hajat baginda untuk mengahwininya. Lokasi yang dikatakan
makam puteri Sultan Sulaiman ini masih dapat dilihat lagi di Kampung Seputih, Kodiang. Adalah
diyakini juga kawasan Kota Siputih yang dimaksudkan pada hari ini ialah di Kubang Tengkorak di
Mukim Pering, Kodiang kerana penduduk di situ kerap menemui rangka manusia semasa bertani
(akibat dari peperangan tersebut).
90
Menurut kajian Ibrahim Bakar Langkawi dan Shaarani Haji Hasan, Kota Siputih menjadi pusat
pemerintahan negeri Kedah adalah selama kira-kira 303 tahun dan diperintah oleh 8 orang sultan.
Rujuk Ibrahim Bakar Langkawi dan Shaarani Haji Hasan, 2009, Kota Seputih Lindungan Bulan
sebagai Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman 1323-1626, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah, Edisi Khas sempena Program „Menjejak Warisan Darul Qiyam‟, Pejabat Daerah Kubang Pasu
Kedah, 5 November 2009, hlm 2.

97
wakil Perancis, Agustine de Beauliue91 mendapati rakyat telah hidup dalam keadaan

sukar dan wabak penyakit mula menular. Produktiviti rakyat khasnya lada juga

terjejas apabila tentera Aceh memusnahkannya dengan cara “mencabut sebanyak

yang mereka cabut”.92

Impak daripada serangan tersebut musnahnya beberapa karya dan penulisan

sejarah Kedah. Hikayat Merong Mahawangsa juga dipercayai telah ditulis pada abad

ke-17 Masihi dan atas titah sultan beberapa penulisan dipergiatkan, ia juga

merupakan zaman kebangkitan penulis-penulis dan penyalin-penyalin yang

mewujudkan semula karya-karya agama, undang-undang dan sastera yang hilang dan

binasa dalam Perang Aceh tersebut. Namun yang perlu diberi penekanan di sini ialah

hubungan antara rakyat Kedah dengan Aceh menjadi akrab apabila berlakunya

penghjrahan93 antara ke dua-dua buah negeri tersebut yang mewujudkan ikatan

persaudaraan. Setelah Kedah berada di bawah kekuasaan kerajaan Aceh pada 1619,

maka ramai orang Kedah yang datang ke Aceh dan sebaliknya sehingga di Aceh ada

Kampung Kedah dan di Kedah ada Kampung Aceh.94

______________
91
Agustine de Beauliue merupakan Kapten kapal Marguerite dalam pelayaran untuk ekspedisi dalam
pelayaran dan perdagangan ke Timur. Rujuk https://books.google.com.my (Orang Indonesia dan
Orang Perancis: Dari Abad XVI sampai dengan Abad XX, Perpustakaan Popular Gramedia, 2006.
(Diakses pada 25 Januari 2017)
92
Ibrahim Bakar Langkawi dan Shaarani Haji Hasan, 2009, Kota Seputih Lindungan Bulan sebagai
Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman 1323-1626, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah,
Edisi Khas sempena Program „Menjejak Warisan Darul Qiyam‟, Pejabat Daerah Kubang Pasu Kedah,
5 November 2009, hlm 25.
93
Rakyat Kedah yang dibawa balik ke Aceh seramai 7000 orang bersama dengan Sultan dan sultanah
Kedah telah tinggal dan meninggal dunia di sana. Kewujudan orang Kedah secara langsung membawa
kepada hubungan baru di Aceh. Pengkaji ke Aceh pada tahun 2010 iaitu ke Kampung Keudah tidak
menemui seorang pun warga Aceh yang berketurunan Kedah. Perkara ini mungkin salah satunya
disebabkan oleh tsunami 2014 sedalam 2.5 meter yang menenggelamkan kampung berkenaan.
94
Teh Koon Hoo, “Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan dari 1909-1957”, Tesis Sarjana, USM, 2003,
hlm 71

98
Kekuatan Aceh telah merosot selepas tahun 1629 apabila kalah dalam

peperangan dengan Portugis di Melaka. Dalam peperangan ini Aceh kehilangan banyak

kapal perang dan kira-kira 19,000 tentera telah terkorban. Selepas tahun itu, Aceh tidak

lagi melancarkan dasar serangan ke atas Tanah Melayu. Apabila Iskandar Muda

Mahkota Alam mangkat pada tahun 1636, kerajaan Aceh telah digantikan oleh menantu

baginda, Iskandar Thani, keturunan kesultanan Melaka dan Pahang. Ketika

pemerintahan baginda, Aceh tidak lagi menjalankan dasar perluasan kuasa dan

melakukan serangan ke atas Tanah Melayu. Pada waktu ini hubungan Kedah-Aceh

kembali erat malah apabila Siam masih mengancam Kedah ramai rakyatnya yang

berhijrah keluar. Ada juga dalam kalangan rakyat Kedah yang berlindung di Siak, Aceh

dan Batu Bara yang akhirnya membentuk satu perkampungan tetap di sana.95 Oleh itu

dapat dikatakan hubungan Kedah-Aceh juga berkait dengan mencari perlindungan dari

ancaman luar terutamanya kuasa Siam di Kedah.

2.5 Islam Di Kedah dan Aceh

Kajian tentang bermulanya kemasukan Islam ke Nusantara banyak dibahas

dalam kalangan ahli sejarah. Menurut catatan Azyumardi Azra, terdapat tiga

permasalahan pokok yang masih diperdebatkan oleh ahli sejarah mengenai

kedatangan Islam ke Nusantara, iaitu: tempat asal kedatangan Islam, para

pembawanya dan waktu kedatangannya.96 Perbahasan ini yang melibatkan kajian

sarjana antara orang Aceh dan Malaysia banyak membuktikan atau menyokong

______________
95
Mohd Kasri Saidon, 2012, “Penanaman Padi di Kedah 1840-2000: Satu Kajian Tentang Impak
Ekonomi, Sosial dan Politik”, tesis PhD, USM, Pulau Pinang. hlm 509.
96
Azyumardi Azra, 2005, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII &
XVIII, Jakarta:Kencana, hlm 2.

99
bahawa orang Arab berperanan penting dalam membawa dan mengembangkan Islam

ke Asia Tenggara atau Nusantara.97 Ternyata penyebaran Islam di Sumatera,

kelompok pendakwah dan saudagar memainkan peranan penting. Hal ini kerana

sebelum kedatangan Islam, telah terbentuk jalinan hubungan perdagangan di antara

Sumatera dan India.98 Antara ulama terawal yang menyebarkan Islam di Aceh dan

Sumatera ialah Abdullah Arif yang berketurunan Arab. Manakala muridnya yang

nama Burhanuddin telah berjaya menyebarkan Islam di pesisir pantai barat Pulau

Sumatera sehingga ke Pariaman.99

Usaha-usaha telah dilakukan oleh pendakwah Islam untuk menyebarkan

Islam ke seluruh Nusantara.Antara faktor utama yang memboleh agama Islam yang

bermula di Aceh kerana negeri ini mempunyai kedudukan yang strategik iaitu berada

di laluan Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan. Daerah Aceh yang

dikatakan tempat terawal Islam dan kerajaan Pasai adalah kerajaan bercorak Islam

pertama,100 kemudiannya berkembang ke seluruh kawasan lain di Sumatera dan

Nusantara. Penyebaran Islam ini kemudiannya tersebar luas apabila di zaman

kerajaan SIMMA101 pada abad ke-17, Aceh mempunyai wilayah taklukan yang luas

meliputi hampir seluruh Sumatera sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu.

Kemasukan Islam di Kedah sering dibahaskan dan banyak pihak memberikan

pendapat yang berbeza. Peranan sultan sebagai pengasas dan mengembangkan ajaran

______________
97
Ahmad Syafi‟I Mufid, 2001, Dialog Agama dan Kebangsaan, penerbit Zikrul Hakim, Jakarta, hlm
46.
98
Jessy Joginder Singh, 1990, Malaysia, Singapura dan Brunei 1400-1965, Cetakan Ke 6, Longman,
Petaling Jaya, Selangor, hlm56.
99
Harahap. A.S, 1951, Sejarah Penyiaran Islam Di Asia Tenggara, Toko Buku Islamiyah, Medan,
hlm 9.
100
Baloch N.A, 1980, The Advent of Islam In Indonesia, National Institute of Historical and Cultural
Research, Islamabad, hlm 17.
101
Singkatan kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

100
Islam diakui penting. Orang Melayu bukan hanya menjadi rakyat kepada raja,

mereka juga adalah perkembangan diri „raja‟ itu atau adalah kaki, tangan dan tubuh

kepada „raja‟ itu yang menyerupai „kepala‟ mereka. Pemerintahan Melayu

mempunyai sistem hirarki iaitu sultan tunggak sebuah negara dan mendapat ketaatan

yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakyat dan rakyat di anggap sebagai

hamba sultan.102 R.O Winstedt dalam tulisannya mendakwa Kedah menerima Islam

pada tahun 1474 M. Pada pandangan Winstedt, Raja Kedah itu baru saja memeluk

Islam.103 Manakala Wan Shamsuddin pula menyatakan sejak abad ke sembilan

Masihi lagi pedagang-pedagang Islam dari Arab dan Parsi datang berniaga di

pelabuhan Kedah. Tinggalan seperti barang dagangan, senjata, batu nisan dan

beberapa catatan membuktikan yang negeri Kedah adalah pusat perkembangan

ajaran Islam. Penemuan tembikar celadon umpamanya sebagai barang dagangan di

Kedah melambangkan wujudnya perdagangan maritim ketika itu. Tembikar jenis ini

sangat terkenal dalam kalangan orang Islam di Asia Barat kerana tembikar celadon

yang berwarna hijau itu melambangkan Islam.104

Malah dari abad ke-7 M, Kedah menjadi pelabuhan persinggahan bagi para

saudagar yang melalui jalan darat menuju ke pelabuhan-pelabuhan perdagangan di

Champa dan juga pelabuhan-pelabuhan pesisir pantai timur Semenanjung Tanah

Melayu.105 Artifak seperti inskripsi ditemui di persekitaran Gunung Jerai iaitu ‟Ibni

Sirdhan 214 hijrah‟ (829 M) dalam aksara Jawi. Artifak ini membuktikan wujudnya
______________
102
Mazidah Ismail, 1999/ 2000, “Islam Sebagai Faktor Pendorong Kepada Kedatangan Kuasa Asing
Ke Alam Melayu: Kesan Penjajahan Terhadap Peradaban Melayu”, Tesis MA, FSSS Universiti
Malaya, KL, hlm 95.
103
Winstedt, R.O, “History of Kedah”, dalam JMRAS, no.21. hlm 30-31.
104
Othman Mohd Yatim, 1991, “Tembikar Perdagangan (trade ceramics) Yang Dijumpai di Negeri
Kedah dan kepentingannya Dari Segi Sejarah Awal Negeri Kedah” dalam Dokumentasi Konvensyen
Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah, hlm 29-30.
105
Wan Hussein Azmi, 1980, „Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad ke 7 hingga
ke 20)‟ dalam Khoo Kay Kim (ed.) Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia, hlm 142-143.

101
tokoh-tokoh Islam dari Timur Tengah dan Parsi seperti Ibni Sirdhan yang

mengembara untuk menyebarkan Islam di rantau ini.106 Penemuan ini turut diakui

oleh Othman Mohd Yatim (1990) dalam kajian yang menjelaskan bahawa Kedah

adalah kesultanan Islam yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu.107 Pada tahun

1136 Islam kemudian diisytiharkan sebagai agama rasmi kerajaan Kedah.

Menurutnya juga ibu negeri Kedah pada awal kedatangan Islam ialah di Bukit

Meriam yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai sultan Kedah yang

pertama.108

Ibu negeri Kedah kemudian dipindahkan ke Sungai Emas iaitu kawasan yang

banyak ditemui tinggalan artifak sejarah. Tinggalan artifak ini ditemui dari tapak

arkeologi yang digali dan diterokai. Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang

gambaran yang mengasyikkan, negara-negara luar, jumpaan-jumpaan yang menarik,

misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan

publisiti.109 Banyak kesan arkeologi yang ditemui di Sungai Emas yang

menunjukkan hubungan rapat dengan kerajaan Timur Tengah. Misalnya kaca dari

Baghdad bergaul dengan serpihan seramik dari China dan manik-manik dari India.110

Penemuan batu nisan antara yang paling banyak ditemui di Kedah, misalnya

di perkuburan lama di Kampung Tanjung Aris (Inggeris) berhampiran Langgar kira-


______________
106
Wan Shamsudin, Mohd Yusof, 1998, “Pertapakan dan Penyebaran Islam di Negeri Kedah” dalam
Md Noor Salleh dan Abdul Halim Haji Salleh (eds.) ,Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah
Darul Aman Kedua: Islam di Kedah Darul Aman, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm
2.
107
Penemuan beliau iaitu batu pejal berukuran 37cm x 19cm di kawasan Candi Arkeologi Lembah
Bujang, Merbok yang terpahat tulisan jawi yang bertarikh 213 hijrah dan terpahat nama Ibnu Sardan.
108
Ismail Hj. Saleh, (tanpa tahun), Siputih Kedah Tua, dalam Koleksi Kedah, Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Kedah, hlm 1.
109
Frank Hole, Robert F. Heizer, 1990, penterjemah Shakila Yaakob, Arkeologi Prasejarah, Satu
Pengenalan Ringkas, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, hlm 3.
110
Ismail Hj. Saleh, (tanpa tahun), Siputih Kedah Tua, dalam Koleksi Kedah, Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Kedah, hlm 1.

102
kira 9 km dari bandaraya Alor Setar. Salah satu nisan tersebut tertulis kalimah

syahadah sementara itu sebuah lagi mencatatkan tarikh 291 Hijrah (903 M).

Penemuan ini memperkukuhkan fakta bahawa Islam sudah bertapak di Kedah lebih

awal dari jangkaan Winstedt.111 Langgar juga terkenal dengan sistem pendidikan

pondok dari dahulu hingga kini. Malah pengajaran Islam di sini dikatakan berasal

dari pendidikan di Parsi berdasarkan bukti ketokohan Sheikh Abdul Qadir Ibni Husin

Syah Alirah yang telah dimakamkan di situ. Batu nisan beliau bertarikh 291 Hijrah

(903 M). Hal ini bererti yang tarikh ini bukan sahaja lebih awal daripada batu

bersurat di Terengganu (1303 M) malah lebih awal daripada batu nisan di Pahang

(1028 M).112 Selain itu, masjid tertua telah dijumpai di Lembah Bujang iaitu Masjid

Lama Pengkalan Kakap dan tapak masjid di Pengkalan Bujang pada abad ke-19.

Masjid Lama Pengkalan Kakap dibina sekitar tahun 1800 M dan merupakan masjid

tertua sekitar Merbok, Tanjung Dawai, Bujang, Semeling dan Bedong. 113 Sebelum

itu, kesan-kesan arkeologi juga menunjukkan bahawa beberapa tapak bangunan

purba dan artifak di Bukit Choras dan di Bukit Meriam berumur lebih dari 1600

tahun. Seorang saudagar pada masa itu telah menulis kejayaan pelayarannya di atas

sekeping batu dan ia ditemui di tebing Sungai Muda.114

Apabila sebuah kerajaan terkenal sebagai pusat penyebaran Islam sudah pasti

ia mempunyai pelabuhan yang hebat. Di Lembah Bujang umpamanya terdapat lebih

50 buah tapak bangunan purba dan beratus-ratus artifak sejarah yang membuktikan

tempat itu ialah sebuah pusat perniagaan yang sibuk di bawah sebuah kerajaan yang
______________
111
Maruwiah Ahmat, 2008, Kenali Negeri Kita Kedah Darul Aman, Karisma Publication Sdn. Bhd,
Shah Alam, hlm 13 yang menerangkan inskripsi papan batu di Gunung Jerai ditemui pada tahun 1884
manakala Ibn Sardan pula telah meninggal dunia pada tahun 214 H atau 828 M.
112
Ibid, hlm 13.
113
Suhanim Abdullah, 2010, “Pemikiran Ulama Banjar di Kedah: Satu Kajian tentang Sheikh
Muhammad Taib, Tuan Hussein dan Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam”, Tesis PhD, USM, hlm 77.
114
Sejarah Kedah, (tanpa tahun), Koleksi Kedah di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah,
dalam artikel bertajuk Kedah Sepanjang Abad, hlm 1.

103
teratur dalam abad-abad masihi ke lima hingga ke empat belas.115 Selain itu, menurut

cerita tempatan, Bukit Batu Pahat pernah diduduki oleh orang Aceh. Kesannya ia

pernah dikenali sebagai Kampung Bukit Aceh.116 Perkara ini membuktikan telah

berlaku hubungan Kedah-Aceh di Lembah Bujang dan kemudiannya kemasukan

Islam ke Kedah.

Seterusnya sekumpulan pendakwah pimpinan Tuan Sheikh Abdullah bin

Ahmad bin Sheikh Ja‟far al-Quamiri (531 H/ 1136M) telah tiba ke Kedah. Beliau

berasal dari Yaman dan mempunyai hubungan akrab dengan pihak istana. Beliau

kemudiannya telah mengislamkan raja Kedah iaitu Maharaja Derbar Raja II pada

tahun 531 hijrah/ 1136 M. Setelah menganut Islam, baginda menukarkan namanya

kepada Sultan Muzaffar Shah. Pengislaman baginda kemudiannya diikuti oleh para

pembesar dan rakyat.117 Baginda juga menitahkan rakyat mendirikan sebuah menara

di puncak Gunung Jerai sebagai tempat mengalunkan azan dan kenang-kenangan

menandakan baginda memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah juga

bertanggungjawab mengelolakan binaan tersebut dengan dibantu oleh beberapa

orang jurubatu dan tukang besi. Namun apabila menara hampir siap beliau telah

meninggal dunia lalu dikebumikan berdekatan kemuncak Gunung Jerai atas

wasiatnya. Tanah rata di kemuncak Gunung Jerai itu hingga sekarang disebut

”Padang Tuk Syeikh”.118

______________
115
Ibid, hlm 1.
116
Koleksi Sejarah Kedah, (tanpa tahun), dalam artikel bertajuk Usia Candi Bukit Batu Pahat lebih
1000 tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, (tanpa halaman).
117
Muhammad Hassan Dato Kerani Mohd Arshad, 1968, al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul
Aman, DBP, Kuala Lumpur, hlm 26.
118
Buyong Adil, 1981, Sejarah Kedah, DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 8.

104
Selain itu, terdapat seorang ulama yang dikenali sebagai Syarif Aznan

bermazhab Syafie telah datang tahun ke Kedah pada 1600 M. Beliau berketurunan

Saidina Ali bin Abi Talib yang merupakan keturunan diraja dari Hijaz yang

memerintah Mekah dan Madinah. Menurut Ismail Saleh, Syarif Aznan telah

mengadap Sultan Muzaffar Syah di Istana Siputih dan mempersembahkan sebilah

pedang iaitu senjata Empayar Uthmaniah dengan sekeping surat bertughra “Al

Sultan Muhammad” iaitu:

“Beta Sultan kepada sultan-sultan, malik kepada segala malik, Amir


segala Amir; Raja Laut Hitam dan Laut Putih, Raja Mekah dan
Madinah dan Baitulmaqdis: Meminta Sultan Muzaffar Syah di Kedah
menerima wakil kami Syarif Aznan anak Hijaz, menjadi wakil
peribadi mengekalkan persahabatan kita antara Istanbul dan
Kedah.”119

Beliau kemudian dilantik menjadi mufti dan digelar “Dato‟ Seraja Imam” yang

kemudiannya bertindak sebagai penasihat kepada sultan. Beliau juga dikatakan turut

menjadi tawanan perang bersama Sultan Sulaiman Syah apabila Sultan Aceh

menyerang Kedah pada tahun 1619 yang memusnahkan Kota Siputih.

Berdasarkan catatan sejarah lain pula, Islam mula masuk ke negeri Kedah

pada tahun 1501 M.120 Raja Kedah sebelum memeluk Islam bernama Phra Ong

Mahawangsa. Wales mengandaikan Phra Ong Mahawangsa iaitu raja Kedah yang

mula-mula memeluk Islam itu memerintah di antara tahun 1452-1476 M dan telah

______________
119
Ismail Saleh, 1996, Syarif Aznan Menguatkan Mazhab Shafie Di Kedah dalam Md Noor Salleh
dan Abdul Halim Salleh, “Islam Di Kedah Darul Aman”, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri
Kedah Darul Aman II, di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Alor Setar, 29-30
September 1996, diselenggara oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, penerbit Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm 15.
120
Harahap A.S, 1951, Sedjarah Penyiaran Islam di Asia Tenggara, Medan Toko Buku Islamiyah,
hlm 21.

105
menerima Islam dalam tahun 1474 M, dua tahun sebelum baginda mangkat.121

Sebelum kemangkatan, baginda telah diislamkan oleh seorang ulama keturunan Arab

iaitu Syeikh Abdullah dan namanya digantikan dengan gelaran Sultan Muzlaf al-

Syah.122 Semenjak penobatan tersebut, baginda telah menjalankan pemerintahan

selaras dengan syariat (Islam) dan Islam berkembang dalam kalangan kerabat

baginda, menteri-menteri dan rakyat jelata. Selama Kedah berada di bawah

kekuasaan Aceh, Sultan Aceh berusaha mengembangkan agama Islam sehingga

setelah 150 tahun Islam tiba di Kedah majoriti penduduk Kedah telah beragama

Islam. Berdasarkan catatan di atas, jelas Kedah menerima Islam pada abad ke 15-M

kemudian Islam tersebar secara meluas dalam abad berikutnya.123 Perbezaan tarikh

ini adalah mengikut pendapat masing-masing yang bersandarkan beberapa dokumen

atau bukti yang dijumpai. Namun apa juga pandangan tetap membuktikan bahawa

kesultanan Kedah mempunyai salasilah yang terpanjang tanpa putus sehingga ke

pemerintahan sekarang iaitu Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul

Halim Muazzam Shah (1958-kini) adalah sultan yang ke-27.124

Satu lagi persoalan berhubung dengan salasilah ini ialah kekaburan mengenai

salasilah raja-raja Kedah sebelum Islam.125 Adalah menjadi keperluan pihak istana

untuk mendapat keabsahan dan salah satu syarat penting ialah salasilah raja atau

sultan perlu dihubungkan dengan manusia agung dan titisan jurainya tidak boleh

______________
121
H.G. Quaritch Wales,1940, “Archaeological Research”, JMBRAS, Vol. XVIII, Pt. 1, February
1940, hlm 82. Pandangan ini disokong oleh Roland Braddell, “Most Ancient Kedah (Part 1)”, dalam
Malaya In History, Vol IV (No.2), Julai 1958, hlm 19.
122
Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam Di Aceh: Analisis Arkeologi dan Sumbangannya Kepada
Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 106.
123
Ibid, hlm 107.
124
Menurut pandangan Buyung Adil, 1980, Sejarah Kedah, DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur, hlm 35. Baginda adalah sultan Kedah yang ke 28 yang memerintah hingga kini.
125
Mohd Isa Othman, 2005, “Kesultanan Kedah – Salasilah dan Pemerintahannya”, dalam Prosiding
Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara, Sejarah dan Warisan “Memupuk Warisan dan
Tradisi Bangsa Beraja”, di Hotel Vistana Kuantan, 9 Mei-11 Mei 2005, hlm 261.

106
terputus. Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

memenuhi syarat ini.126 Menurut Mohd Isa Othman, perbezaan senarai raja-raja

menurut dua teks sejarah ini dapat diringkaskan seperti berikut:

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Hikayat Merong Mahawangsa


1. Maharaja Durbar Raja 1. Raja Merong Mahawangsa
2. Maharaja Druja Raja 2. Raja Merong Mahapudisat
3. Maharaja Maha Dewa 3. Raja Seri Mahawangsa
4. Maharaja Kerna Durja 4. Raja Seri Maha Inderawangsa
5. Seri Paduka Maharaja Kerna 5. Raja Ong Maha Perita Deria
6. Seri Paduka Maharaja Dewa 6. Raja Phra Ong Mahaputisat
7. Seri Paduka Maharaja Derma Raja 6. Raja Phra Ong Mahawangsa
8. Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa
9. Seri Paduka Maharaja Durbar Raja

Kedua-dua teks ini berbeza dari segi nama Raja-raja Kedah sebelum Islam, iaitu Seri

Paduka Maharaja Durbar Raja dengan Raja Phra Ong Mahawangsa. Manakala

persamaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua teks ini ialah apabila raja tersebut

memeluk agama Islam lalu digelar Sultan Mudzaffar Shah.127

2.6 Hubungan Dalam Bidang Pendidikan di Kedah-Aceh

Agama Islam telah membawa pembaharuan dan perubahan di Alam Melayu

melalui sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan dan pandangan dunia


______________
126
Ibid, hlm 262.
127
http://www.mykedah2.com/10heritage/102_5_p3.htm. Kedua-dua teks ini juga menyebut ulama
yang mengislamkan sultan Kedah ialah Syeikh Abdullah Yamani. Teks Al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah lebih lengkap dari segi fakta apabila mencatatkan sultan dan rakyat Kedah memeluk agama
Islam pada 531 Hijrah atau 1136 Masihi.

107
(world view) masyarakatnya. Perkembangan syiar Islam ini dahulunya

mencambahkan lagi pelbagai ilmu sehingga membawa kepada perkembangan

intelektual menerusi peranan raja. Institusi kesultanan berasal dari tradisi tempatan

yang berasaskan sistem keketuaan.128 Hal ini kerana sultan adalah tunggak utama

negara iaitu khalifah Allah di bumi atau khalifatullah fi I-Ardhi maka agama ini

mendapat tempat di istana raja-raja Melayu. Istana berkembang sebagai pusat

kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kemudian munculnya institusi

pendidikan sama ada secara rasmi atau tidak seperti madrasah, pondok atau

pesantren, masjid-masjid dan surau-surau.129 Natijah dari perkembangan ini telah

muncul golongan ulama dan pengikutnya serta tempat sebagai pusat mempelajari

ilmu pengetahuan sehingga wujud banyak karya agung serta kitab untuk rujukan

agama di Alam Melayu. Impak dari penerimaan agama Islam maka sempurnalah

fahaman keperibadian sendiri130 dan fahaman kebangsaan dalam masyarakat

Melayu-Indonesia.131 Peranan agama Islam dalam perkara ini sangat besar dan

pernah ditegaskan oleh seorang sarjana bahawa konsep Melayu akan terus kekal

selagi agama Islam tidak dipisahkan. Jika agama Islam sudah dipisahkan

daripadanya, nescaya akan hilanglah bangsa Melayu itu sendiri.132

______________
128
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd., KL., hlm 2.
129
Abdul Rahman iaitu seorang pesara guru yang menguruskan chalet dan penginapan atau kem yang
dikenali sebagai Kampung Aceh Management Centre (KAMC) di Yan, Kedah menyatakan
kedatangan orang Aceh ke Yan Kedah pertama sekali dicarinya sungai. Sungai aspek penting dalam
keagamaan untuk bersuci iaitu untuk mengambil wuduk, didirikan surau kemudian barulah tempat
tinggal dan kegiatan ekonomi masyarakatnya.
130
Fahaman mengenai agama Islam dalam masyarakat Melayu termasuklah aspek kepimpinan,
ketaatan kepada pemerintah, jati diri dan Melayu itu sinonim dengan agama Islam.
131
S.M.N al-Attas, 25 April 1984, Islam Dalam Sejarah, “Sumbangan Islam Dalam Pembentukan
Identiti Melayu”, dalam Bengkel Islam, Bahasa dan Persuratan Melayu, anjuran Angkatan Belia
Islam Malaysia, KL, hlm 56.
132
Deliar Noer, 1981, Bunga Rampai dari Negeri Kanguru, Jakarta: Panji Masyarakat, hlm 361.

108
Selain dari keperibadian bangsa, Islam juga telah memperkayakan

perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan pelbagai istilah Arab dan Parsi dalam

pelbagai disiplin ilmu seperti tauhid, falsafah, tasawuf, fikah dan sebagainya.133

Impak dari itu, Islam ternyata telah memberi sumbangan yang besar dari sudut

keilmuan. Sumbangan Islam dalam perkembangan intelektualisme masyarakat Alam

Melayu amat besar sekali sehingga berjaya menubuhkan pusat pendidikan di seluruh

Nusantara ini seperti di Mindanao, Patani, Riau, Banten, Banjarmasin, Kelantan,

Terengganu, Kedah dan lain-lain.134

Daerah Yan Kedah, sejak tahun 1900 telah menjadi pusat pendidikan Islam di

Semenanjung Tanah Melayu, iaitu para sultan dalam kerajaan Aceh Darussalam

telah mengirimkan ulama-ulama yang terkenal untuk membangunkan dayah sebagai

lembaga pendidikan utama untuk daerah-daerah Tanah Seberang.135 Dayah di Yan

juga menjadi pusat pendidikan untuk puteri-puteri (pelajar perempuan) Aceh malah

golongan agama diseru agar mengembangkan Islam dan menguasai ilmu di luar

Aceh. Justeru itu, apabila berlakunya peperangan dengan Belanda golongan agama

menjadi sasaran mereka. Seterusnya bagi menjaga kepentingan agama Islam,

golongan ini tidak digalakkan untuk memimpin angkatan tentera untuk menentang

Belanda agar ilmu mereka tidak terkubur tetapi tumbuh dan berkembang walaupun

di luar Aceh. Hasilnya para ulama dan pengikutnya akan membina kekuatan di luar

Aceh untuk membantu memberikan bantuan dan sumbangan kepada negeri untuk

menentang Belanda dan membangunkan negeri serta syiar Islam di Alam Melayu.

______________
133
Mohammad Redzuan Othman, 2006, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Penerbit UM, KL, hlm
37.
134
Mustafa Haji Daud, 1994, Kesusasteraan Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan
Publications& Distributors, hlm 2.
135
A. Hasjmy. 1997, Ulama Aceh Mujahid Pejuang Kemerdekaan dan Pembangunan Tamadun
Bangsa, Jakarta: PT Bulan Bintang, Perpustakaan dan Museum Yayasan Pendidikan Ali Hasjmy, hlm
192.

109
2.6.1 Institusi Pondok

Institusi pendidikan tradisional di Nusantara seringkali terkenal dengan

ungkapan pondok. Istilah „pondok‟ tidak hanya merujuk kepada bentuk fizikalnya

sebagai sebuah „rumah kecil‟ sepertimana yang difahami umum136 tetapi fungsi

keseluruhan sebagai satu sistem pengajian Islam yang memberikan pendidikan

secara tradisional untuk mendalami dan memahami Islam. Pondok juga dikenali

sebagai madrasah, asrama atau tempat belajar agama.137 Pondok turut juga bererti

tempat tinggal pelajar-pelajar yang datang membawa barang-barang keperluan

mereka.138 Terdapat juga pendapat yang mengatakan perkataan pondok sama ertinya

dengan perkataan langgar yang berasal daripada perkataan Parsi yang bererti

madrasah atau tempat belajar.139 Oleh itu, penamaan tentang tempat belajar ini

dipengaruhi oleh Timur Tengah iaitu dari Parsi yang membuktikan teori kedatangan

Islam ke Nusantara adalah berasal dari sana. Hal ini terbukti dengan adanya tempat

di kawasan “Langgar” di Kedah yang terkenal sebagai pusat pendidikan pondok dari

dahulu hingga kini, di situ juga terdapatnya tempat pemakaman diraja Kedah.

Institusi pondok di Tanah Melayu mempunyai persamaan bentuk dan situasi

pengajiannya dengan pesantren di Jawa, pejantren di Madura, rangkang di Aceh dan

______________
136
Teuku Iskandar. 1970. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: DBP, hlm 886. Menyebut pondok sebagai:
1. Rumah kecil yang didirikan untuk sementara (di sawah, di ladang dan lain-lain), dangau, gubok,
teratak; 2. Rumah (untuk merendahkan diri bila bercakap dengan orang); 3. Rumah kecil yang tidak
elok (berdinding buluh beratap rumbia dan lain-lain istilah orang Jakarta); 4. Madrasah dan asrama
tempat mengaji (belajar agama dan lain-lain istilah Jawa).
137
Winstedt R.O. 1969. Kamus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Marican and Sons Sdn. Bhd., hlm
239 menyebut “pondok” sebagai madrasah dan rumah murid-muridnya; Zainal Abidin Safarwan.
1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., hlm
1450, menyebut “pondok” sebagai rumah kecil (yang didirikan di ladang atau hutan). Pondok juga
diertikan sebagai madrasah, tempat belajar agama Islam, pasantren (di Jawa), surau (di Sumatera
Barat), meunasah, dayah (di Aceh).
138
Ramli Awang. 2006. Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara pengaruhnya di Negeri Kedah,
Siri Monograf Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, hlm xi
139
Ismail Abd Rahman., Abdul Rahman Aziz @ Ahmad Mohd dan Mohd Yasin Muda. 1993
(penyunting), Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal
Abidin, hlm 46.

110
surau di Minangkabau.140 Di Aceh setiap kampung mempunyai rangkang (pondok)

dan sebuah balee atau tempat pengajian yang dipimpin oleh alim ulama sehingga

para pelajar pandai menulis dan membaca tulisan Arab.

Institusi pondok juga telah merapatkan hubungan antara Kedah-Aceh. Istilah

pondok ini juga digunakan di Semenanjung Tanah Melayu bagi tempat belajar

agama iaitu sama dengan penggunaannya di Jawa. 141 Pengaruh institusi pondok di

Aceh telah menjalar ke Sumatera dan Jawa. Terdapat juga orang Sumatera yang

datang untuk membuka pondok di Kedah. Malah beberapa tokoh seperti Teuku

Arshad, Tuan Haji Musa, Syeikh Omar, Engku Bidau‟l Hafiz, Engku Di Bale

berhijrah dari Daerah Istimewa Aceh ke Daerah Yan untuk sama-sama

berkecimpung dengan ulama tempatan dalam alam pendidikan agama.142

Madrasah (Meunasah) Al-Irsyadiyah al-Diniyah di Kampung Aceh, Yan

Kedah didirikan pada tahun 1902 oleh Tgk Muhammad Arshad ie Leubeu143 atau

lebih dikenali sebagai Engku Di Bale. Malah inisiatif dari rakyat juga jelas dalam
______________
140
Muhammad Abu Bakar. 1995. “Dari Pusat ke Pinggiran: Institusi Pondok di Malaysia”, dalam
Ismail Hussein et al. (penyelenggara), Tamadun Melayu, jilid 3, hlm 1188; persamaan yang wujud ini
menunjukkan terdapat kesinambungan atau budaya warisan „sistem‟ pendidikan daripada seseorang
yang pernah menuntut di sesuatu tempat dan kemudiannya memindahkannya ke tempat kelahirannya
sekembali mereka dari menuntut ilmu. Contohnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau
Manis) yang pernah mendapat pendidikan di Aceh, membuka pengajian pondok di Terengganu yang
membuktikan adanya perlanjutan tradisi keilmuan yang diwarisi dibawa ke tempat baru.
141
Ahmad Jelani Halimi, 2006, “Institusi Pendidikan Pondok di Kedah Hingga Kemerdekaan Tanah
Melayu 1957 Kebangkitan dan Keruntuhan Sebuah Tradisi Pendidikan”, dalam Cetera, Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Jilid 13, September 2006, hlm 86.
142
Zahidi Dato‟ Haji Zainol Rashid, 1990, “Sejarah Sekolah Pondok di Kedah”, dalam Islam Di
Kedah Darulaman, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, hlm 9.
143
Tgk Muhammad Arshad berasal dari ie Leube, Kembang Tanjong, Pidie. Beliau bersama-sama
beberapa ulama diarahkan ke Kedah untuk mendidik anak muda dan generasi Islam Aceh di
perantauan. Perkara ini terjadi akibat perang dengan Belanda 1904 lagi ramai yang terkorban dan
masjid serta dayah (pondok) telah dibakar. Pembinaan Madrasah (Meunasah) Al-Irsyadiyah al-
Diniyah yang ditubuhkan pada 1902 terdiri dari sebuah bale besar dan di sekelilingnya terdapat
pondok-pondok kecil. Pondok tersebut berupa sebuah rumah kecil yang mempunyai satu bilik. Rujuk
Mutiara Fahmi Razali, Muhammad Faisal Sanusi dan Qusaiyen Aly As Su‟udi, 2010, Teungku Haji
Muhammad Hasan Krueng Kalee (1886-1973): Ulama Besar dan Guru Umat, Yayasan Darul Ihsan
Tgk Hasan Krueng Kalee, Banda Aceh,hlm 49.

111
penubuhan institusi pondok iaitu pendidikan tinggi bagi agama Islam. Matlamat

utama pendidikan pondok untuk memberikan ilmu dan motivasi kepada para

penuntutnya yang tidak didasarkan kepada ganjaran duniawi tetapi adalah konsep

pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan sepanjang hayat.

Kedah juga merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan ulama.

Sejak tahun 1850 hingga 1935 terdapat lebih daripada enam puluh orang ulama di

negeri ini.144 Latarbelakang ulama ini selain dari anak tempatan ada juga yang

berasal dari Sumatera, Pattani dan Kelantan yang mengasaskan perkampungan

pondok masing-masing. Nama-nama seperti Tuan Hussain Kedah dan Haji Wan

Sulaiman Wan Sidik amat terkenal di bidang penulisan buku atau kitab-kitab

agama.145 Ramai pelajar yang menuntut ilmu agama di perkampungan seluruh Kedah

yang terdiri daripada negeri-negeri seluruh Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand

dan Kemboja. Terdapat di antara mereka yang bermautautin terus di Kedah.

Berdasarkan buku pendaftaran pelajar yang memasuki Pondok Tuan Guru Haji

Hussain Haji Salleh berhampiran makam Di Raja Langgar, tercatat seramai 182

orang yang menuntut di situ antara tahun 1936-1940. Seterusnya dari jumlah itu

terdapat 59 orang anak tempatan Kedah, Negeri Sembilan 24 orang, Perak 11 orang,

Selangor 7 orang, Pahang 7 orang, Johor 7 orang dan seorang dari Melaka. Pelajar

dari Indonesia berjumlah 66 orang iaitu dari daerah Jambi 37 orang, Kampar 14,

______________
144
Wan Shamsudin Mohd Yusof, 1995, Alor Setar Sebagai Pusat Perkembangan Bahasa Melayu Di
Kedah, dalam Cetera, Jilid 12, Januari, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman,
hlm 65.
145
Ibid, hlm 65.

112
Batang Hari 3, Aceh 3, Kota Chanai 3, Alas 2, Rawa, Selat Panjang, Perigi Raja dan

Sumbawa adalah seorang dari setiap negeri tersebut.146

Agama Islam yang disebarluaskan ke seluruh Nusantara telah memberikan

kesan ke atas perkembangan tradisi keilmuan di rantau ini. Agama yang suci ini

telah tumbuh dan berkembang pesat hasil daripada inisiatif golongan ulama,

sokongan pemerintah dan kesepakatan rakyat untuk memahami dan mendalaminya.

Kemunculan Islam juga mengajar manusia agar mencintai ilmu seperti yang

ditegaskan oleh Abdullah Ishak iaitu:

“Perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam menerusi institusi


rumah, masjid, dan surau di seluruh dunia berlaku serentak dengan
ketibaan agama suci itu ke sesuatu daerah.”147

Bidang pendidikan di Kedah berkembang pesat apabila menjadikan agama

sebagai teras kehidupan duniawi dan ukhrawi. Hubungan yang sedia terjalin antara

Kedah-Aceh telah berjaya mengembangkan bidang pendidikan di Kedah. Walaupun

hubungan Kedah-Aceh pernah tercalar pada pemerintahan Sultan Sulaiman II (1606-

1619) apabila Aceh menyerang Kedah namun tradisi keilmuan terutamanya

berkaitan Islam tetap diserap dalam pentadbiran Kedah. Pada zaman inilah

disebutkan tentang pengiriman kitab Fiqh Sirat al-Mustaqim, karya Nuruddin al-

Raniri ke Kedah.148 Begitu juga dengan pengetahuan beliau yang luas mengenai

______________
146
Ismail Saleh, 1999, Tak Sesungguh Seluang Melaut, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul
Aman, Alor Setar, hlm 10.
147
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP, hlm
189.
148
Abdul Rahman Abdullah, 2006, Sejarah Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Karisma
Publication, hlm 105. Rujuk juga https://karismap.wordpress.com/2010/02/22/sejarah-dan-
kebudayaan-asia-tenggara-tradisional/

113
sejarah Tanah Melayu telah menghasilkan penulisan karyanya iaitu Bustan as-

Salatin. Beliau menjadikan Bab Dua Fasal 12 khusus membicarakan sejarah Tanah

Melayu dan Aceh.149 Beliau juga mendalami kitab-kitab yang berbahasa Melayu

sebagai pedoman atau rujukan untuk penulisannya seperti kitab Sejarah Melayu

karangan Tun Sri Lanang dan Taj al-Salatin karangan Bokhari Jauhari. Begitu juga

pengetahuannya tentang salasilah Pahang serta hubungannya yang rapat dengan

Sultan Iskandar Thani.150 Malah kemahiran beliau dalam berbahasa Melayu

disebabkan beliau pernah singgah di Semenanjung Tanah Melayu terutama ke

Pahang dan menghasilkan kitab al-Sirat al-Mustaqim pada tahun 1633 M sebelum

berangkat ke Aceh buat kali kedua. Kehadiran tokoh-tokoh ulama Aceh yang datang

berhijrah sama ada untuk tinggal sementara atau menetap terus di sini menyumbang

kepada kepesatan bidang keilmuan. Adanya kitab-kitab agama yang diterjemah

mahupun yang ditulis oleh ulama-ulama tempatan Aceh-Kedah seperti Hamzah

Fansuri, Shamsuddin Pasai, Abdul Rauf Singkel dalam abad keenam belas dan

ketujuh belas sehingga kepada Raja Ali Haji, Daud Fatani dan sebagainya

menunjukkan bersemaraknya tradisi intelek Islam.151

Hamzah Fansuri pula merupakan penulis yang produktif telah menghasilkan

karya-karya prosa yang sarat dengan gagasan mistik dan pelbagai risalah keagamaan.

Berdasarkan karya-karyanya, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh sufi awal

paling penting di wilayah Alam Melayu dan juga seorang perintis terkemuka

______________
149
Mohd Muhiden Abd Rahman, 2006, Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith, DBP, Kuala Lumpur, hlm 18.
150
T. Iskandar, 1964, “Nuruddin ar-Raniri: Pengarang Abad Ke-17”, Dewan Bahasa, Jilid VIII,
Bil.10, Oktober 1964, KL, hlm 437. Rujuk juga Ahmad Daudi, 1983, Allah dan Manusia Dalam
Konsepsi Syeikh Nuruddin al-Raniri, Jakarta, C.V. Rajawali, hlm 98.
151
Mohd Taib Osman, 1988, Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan, DBP, Kementerian
Pendidikan Malaysia, KL, hlm 69; lihat juga Mohd Noh Ngah. 1982. Kitab Jawi, Institute of
Southeast Asian Studies, Singapura, hlm 9.

114
kesusasteraan Melayu.152 Beliau berperanan beliau sebagai perintis idea pemikiran

Islam yang semakin berkembang dan membawa masyarakat selepasnya menjadi

lebih kritis dan rasional.

Sistem pendidikan Islam juga telah membawa kesejahteraan dan

kemakmuran di negeri Kedah dan Aceh kerana struktur peradaban Melayu telah

mantap dengan adanya pemikir dan pendakwah Islam yang menyebarkan ajaran

yang benar. Ideologi Islam yang paling penting menurut Ismail al-Faruqi ialah tauhid

iaitu percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa.153 Pada zaman dahulu sebelum

kedatangan Islam, masyarakat mempercayai kewujudan hantu, jembalang,

kepercayaan aminisme, raja jelmaan dewa dan seumpamanya. Namun setelah

kedatangan Islam kepercayaan animisme semakin hilang sedikit demi sedikit

manakala sultan berperanan sebagai wakil atau khalifah Allah di muka bumi.

Semakin lama Islam meresap di jiwa masyarakat maka semakin

berkembangnya pemikiran Islam yang membawa pula kepada kemunculan ulama-

ulama baru dari Kepulauan Riau-Lingga, Kalimantan Barat, Banten Jawa Barat,

Sulawesi Selatan dan orang Melayu Islam Patani yang menghasilkan karya-karya

Melayu-Islam. Karya-karya tersebut merupakan terjemahan kitab-kitab fekah,

tasawuf dan ilmu tauhid dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.154

______________
152
Azyumardi Azra, 2005, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII &
XVIII, Jakarta: Kencana, hlm 167.
153
Menurut Prof. Ismail al-Faruqi dalam bukunya Tauhid: Its Implications ForThought and Life
(1982), menerangkan ajaran Islam yang menuntut umatnya percaya Allah satu-satunya Tuhan yang
wajib disembah, oleh itu golongan ulama bertanggungjawab memahamkan masyarakat dan menulis
kitab-kitab berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada.
154
C. Snourck Hurgronje, 1931, Mekka in Latter Part of 19th. Century, J.H Monahan (terj), Leiden:
Brill and Luzac, hlm 254-255.

115
2.6.2 Pendidikan Formal dan Tidak Formal

Cheeseman menegaskan pendidikan di Tanah Melayu sebenarnya bermula

dengan penubuhan sekolah-sekolah al-Quran.155 Guru-guru al-Quran ini adalah

dalam kalangan orang perseorangan yang memberi pengajaran di rumah dan surau

atau masjid. Orang Melayu di Nusantara mementingkan pendidikan agama Islam.

Guru-guru agama yang mengajar selalunya sangat tegas dan dihormati ramai. Ibu

bapa pula akan menyerahkan anak-anak kepada guru tersebut dan segala tindakan

dan hukuman terserah kepadanya asalkan anak-anak mereka mahir dan menguasai

al-Quran dengan baik. Manakala upah yang diberikan adalah dari hasil-hasil

pertanian dan ada di antara orang Aceh di Kampung Aceh, Yan yang diberikan

sebidang tanah pertanian sebagai mengenang jasa mereka.156 Selain itu, terdapat juga

dalam kalangan pengajarnya yang bermurah hati dan tidak berkira dalam

memberikan pengajaran secara percuma namun ramai anggota masyarakat yang

memberi upah secara berzakat dan sedekah.

Dari segi pendidikan, semua orang Aceh diarah supaya membaca al-Quran

sejak kecil lagi mengikut cara bacaan Arab.157 Hal ini adalah sama dengan

masyarakat tradisional Melayu tempatan. Tradisi ini berlanjutan dan diamalkan

turun-temurun sehingga kini. Selalunya kanak-kanak yang berusia enam tahun akan

diberikan pendidikan tersebut dan budak lelaki serta perempuan harus menguasai al-

______________
155
H.R. Cheeseman, 1955, “Education In Malaya 1900-1941”, The Malayan Historical Journal, 2(1),
hal 31.
156
Temubual dengan Abdul Malik di Kampung Aceh pada November 2010. Pemberian tanah tersebut
juga bertujuan untuk guru-guru agama mendirikan rumah mereka dan boleh meneruskan
pembelajaran dalam kalangan masyarakat setempat.
157
Edwin M. Leob, 1972, Sumatra: Its History and People, Kuala Lumpur: Oxford University Press,
hlm 245.

116
Quran dengan baik. Kanak-kanak tersebut akan mendapatkan pendidikan agama di

meunasah (madrasah) yang dipimpin oleh Teungku meunasah tersebut. Lanjutan dari

itu, mereka akan ditarbiahkan dan diberikan didikan agama di sekolah-sekolah

rendah dan menengah pula.

Tradisi memberi makan pulut kuning selalunya dilakukan oleh ibu bapa

dengan mengundang sanak-saudara dan sahabat handai pada hari kanak-kanak

hendak dihantar belajar ke sesuatu tempat pengajian. Namun di Kedah tradisi ini

tidak dilakukan dan selalunya kenduri dilakukan secara ringkas seperti

menyedekahkan pisang dan bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Upacara tersebut tidaklah besar kerana pada zaman tersebut masyarakat Melayu

kurang berkemampuan sebaliknya cuma bergantung kepada hasil-hasil pertanian

sahaja. Jika terdapat lebihan dan ingin bersedekah, ibu bapa tersebut akan

menyediakan pulut kuning dan gulai daging atau ayam untuk dikendurikan kepada

rakan sepermainan anak-anaknya.158

Di Yan pula diadakan upacara mandi tamat al-Quran namun tradisi ini

semakin dilupakan dan adat ini tidak lagi dilaksanakan akibat perubahan zaman.

Malah di Kedah sehingga tahun 1980 an masih terdapat lagi anak-anak yang

berumur tujuh hingga dua belas tahun dihantar ke surau-surau atau masjid untuk

mengaji al-Quran sehingga khatam. Tempat ini juga adalah medan komunikasi

______________
158
Hafiza Amir, 1988, “Masyarakat Aceh di Tanah Melayu: Tumpuan Kepada Sosioekonomi dari
tahun 1573-1970 an”, Tesis BA Sastera, UKM, Bangi, hlm 102. Kini amalan tradisi ini masih
dilaksanakan di kebanyakan kampung-kampung pendalaman di Malaysia.

117
utama orang berketurunan Aceh terutama dalam bahasa Aceh159 bukannya bahasa

Melayu.

Pendidikan formal seterusnya berkembang selaras dengan tuntutan zaman.

Selepas penubuhan sekolah-sekolah bantuan kerajaan atau sekolah vernakular maka

didikan agama diajar menurut sukatan yang disediakan oleh pihak Kementerian

Pendidikan pula. Selepas merdeka ramai dalam kalangan ibu bapa yang menghantar

anak-anaknya untuk mendapatkan pendidikan yang beraliran Melayu atau Inggeris.

Namun tradisi ini tidak dilupakan dan menjadi tugas ibu bapa untuk mengajar al-

Quran di rumah secara tidak formal atau menjemput guru-guru agama ke rumah

masing-masing. Semua yang berlaku adalah selaras dengan tuntutan zaman tetapi

sebagai masyarakat Melayu adalah wajib mengetahui, membaca dan menguasai al-

Quran sebagai pedoman hidup. Kesimpulannya masyarakat Aceh dan Melayu

tempatan nampaknya bersepakat dalam memastikan anak-anak mereka dapat

menguasai al-Quran sebagai jaminan hidup di dunia dan akhirat. Hal ini disebabkan

pada zaman ini pendidikan berbentuk sekular lebih diutamakan dan dilaksanakan

selaras dengan tuntutan zaman iaitu kelulusan yang diiktiraf untuk masuk ke

peringkat yang lebih tinggi.

Berkenaan dengan pendidikan formal, sekolah-sekolah Melayu di setiap

daerah ditubuhkan selaras dengan kepentingan bahasa Melayu. Terdapat empat

sekolah Melayu yang terawal di negeri Kedah. Sekolah Melayu Padang Lepai yang

______________
159
Para diaspora Aceh menyatakan “kewajiban moral orang tua adalah untuk pendidikan agama dan
bahasa Aceh kepada anak-anaknya paling ditekankan supaya mereka tidak hilang identitinya sebagai
orang Aceh, walaupun ia lahir dan dibesarkan di luar negeri”. Ia boleh dirujuk melalui Antje
Missbach, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran Tentang Konflik Separatis di
Indonesia, Penerbit Ombak, hlm 119.

118
dibuka pada 12 Mei 1861 di Padang Lepai, Daerah Kota Setar, diikuti Changlon,

Daerah Kubang Pasu (1892), Sekolah Melayu Kulim (1896) dan Sekolah Melayu

Jalan Baru, Alor Setar (1897).160 Sekolah Melayu (Jawi) yang pertama di Padang

Lepai161 gurunya ialah seorang munsyi dari Singapura yang bernama Ali Mu‟min.162

Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

bertujuan untuk mengajar anak-anak raja, pembesar dan bangsawan. Kesedaran ibu

bapa pada masa itu untuk melihat anaknya berjaya sangat tinggi dan darjah yang

paling tinggi di semua sekolah ialah darjah lima. Kebanyakan murid yang lulus dari

sekolah Melayu sehingga tahun 1950 an mempunyai peluang bekerja sebagai guru

dan pegawai-pegawai rendah.163

Seterusnya tahap pemikiran rakyat Kedah juga berkembang maju dan mereka

menimba ilmu di Singapura dan Pulau Pinang. Sebelum kehadiran British di Tanah

Melayu, sudah terdapat anak-anak Kedah yang sudah tahu berbahasa Inggeris yang

terdiri daripada anak-anak raja, bangsawan dan pemuda Melayu Kedah yang

merantau dengan menjadi kelasi.164 Anak-anak Kedah pula belajar di tiga buah

sekolah Melayu yang didirikan pada 1862 oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat di

Seberang Perai iaitu di Bukit Tambun, Permatang Pauh dan Penaga. Justeru itu,

mereka tidak terkecuali dari segi pendedahan kepada pelajaran moden yang

______________
160
Wan Shamsudin Mohd Yusof, 1995, Alor Setar Sebagai Pusat Perkembangan Bahasa Melayu Di
Kedah, dalam Cetera, Jilid 12, Januari, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman,
hlm 68-69.
161
Sekarang dikenali sebagai Jalan Pintu Sepuluh di Alor Setar, Kedah.
162
Muhammad Hasan bin Dato‟ Kerani Muhammad Arshad 1968, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
Kuala Lumpur: DBP, hlm 210.
163
Wan Shamsudin Mohd Yusof, 1995, “Alor Setar Sebagai Pusat Perkembangan Bahasa Melayu Di
Kedah”, dalam Cetera, Jilid 12, Januari, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman,
hlm 69.
164
Ismail Salleh, 1970, “Persekolahan Melayu di Kedah Hingga Pecah Perang Dunia II”, KDSS,
4(1), hlm 57.

119
diperkenalkan British di kawasan tersebut.165 Menurut keterangan-keterangan lisan

dan rekod-rekod kerajaan, sekolah pertukangan di Kedah diasaskan oleh seorang

Inggeris iaitu E la M Stowell.166 E la M Stowell bersara dalam bidang pendidikan

pertukangan yang selama ini di bawah Jabatan Pelajaran Negeri bertukar tangan

kepada pengelolaan Yang Teramat Mulia Tunku Yaakob ibni Almarhum Sultan

Abdul Hamid iaitu bawah Jabatan Pertanian Kedah. Pentadbiran ini dikenali sebagai

Pejabat Perusahaan dan Kemajuan Kampung yang ditadbir oleh seorang Penyelia. 167

Manakala di Changlun, pembinaan sekolah Melayu adalah perlu kerana pada zaman

dahulu kawasan ini merupakan laluan utama pedagang antara pantai barat dan pantai

timur iaitu dengan bergajah maka buta huruf perlu diatasi. Penubuhan sekolah ini

pada tahun 1892 adalah hasil usaha Penghulu Changlun, Datuk Wan Kemara dan

Imam Lebai Saikol serta isterinya yang berasal dari Pulau Pinang. 168

2.7 Peranan dan Sumbangan Tokoh-tokoh atau Ulama Aceh Di Kedah

Kedah menerima ramai ulama Aceh yang lari dari kekejaman Belanda yang

bencikan golongan kafir yang ingin menjajah mereka. Ulama-ulama yang datang ke

sini berperanan penting dalam meningkatkan pemikiran masyarakat tempatan,

membina semangat nasionalisme yang tinggi, memajukan pusat-pusat pendidikan

dan menghasilkan golongan cerdik pandai yang dapat mengangkat maruah dan

tamadun bangsa. Terdapat beberapa hirarki dalam sistem pendidikan yang

diperkenalkan oleh orang Aceh bagi melambangkan status ilmu dan taraf pendidikan

______________
165
Bukhari bin Abdullah, 1982, “Sejarah Perkembangan Pelajaran Sekolah Inggeris di Kedah, 1909-
1940”, Latihan Ilmiah (Jabatan Sejarah), UKM, hlm 25.
166
Fail Kerajaan, PSU (Kedah) 1195/1385, Kertas No. 631/68, hlm 27.
167
Ibid, hlm 27.
168
Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Kedah 1976, Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri
Kedah, hlm 3.

120
di institusi-institusi terbabit. Bagi peringkat rendah atau dasar di meunasah, guru-

gurunya digelar Teungku meunasah, bagi peringkat menengah pula digelar Teungku

di Rangkang dan bagi peringkat tinggi digelar Teungku di Bale. Selain itu, gelaran

Teungku Chik adalah bertaraf profesor yang menjadi pakar rujuk kepada Teungku di

Rangkang dan Teungku di Bale.

Menurut Abdul Malik M.Taib169 kelompok awal yang berhijrah ke Yan ialah

Tengku Md Dahan170 yang mewujudkan pengajaran agama di bawah rumahnya

kepada penduduk kampung. Beliau mendapat berpendidikan agama dari Mekah.

Beliau juga menggalakkan pembukaan sekolah agama agar ramai orang Aceh datang

untuk belajar di Yan. Yan kemudiannya terus masyhur dengan pembukaan banyak

surau, dayah dan pondok sehingga muncul ulama lain ke sana iaitu Tengku Di Bale,

Sheikh Omar (ayah Tengku Md Dahan) dan Tengku Lam Suro. Gambar di sebelah

menunjukkan saki baki artifak sejarah mengenai sistem pendidikan pondok171 di

Kampung Aceh, Yan Kedah.

______________
169
Beliau ditemubual pada November 2010 di Kampung Aceh yang merupakan penduduk asal
berketurunan Aceh antara berpengetahuan luas dalam hubungan pensejarahan Kedah-Aceh. Beliau
adalah generasi keempat yang menetap di Yan.
170
Abang Tengku Md Dahan ialah Tengku Ahmad Hasbullah Inderapuri yang datang bersama Tengku
Hassan Kerungkale dan Tengku Abdul Hamid. Kesemua adik-beradiknya pulang ke Aceh dan beliau
terus kekal menetap serta mengajar di Yan, Kedah.
171
Gambar ini diambil sewaktu pengkaji ke Kampung Aceh di Yan Kedah pada November 2014.

121
Gambar 2.1: Pondok pada tahun 1900-an di Kampung Aceh iaitu tempat tinggal
pelajar

Bagi mengenangkan jasa para ulama yang pernah menabur bakti di Kampung Aceh

maka nama-nama tokoh Aceh telah diabadikan pada papan tanda jalan di dalam

kampung tersebut. Lihat gambar 2.2 dan 2.3.

Gambar 2.2: Penggunaan nama ulama Aceh di papan tanda jalan masuk ke kampung
iaitu Lorong Tengku Di Balei172
______________
172
Di zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke 26 (1882-1943),
terdapat beberapa orang ulama Aceh yang berhijrah ke Kedah bertujuan untuk mengembangkan
dakwah Islamiah melalui pembukaan pondok pengajian agama di Daerah Yan. Dua tokoh yang
terkenal ialah Teuku Badi‟ul-Hafiz dan Teuku Arshad atau Teuku di Balei iaitu ulama yang

122
Gambar 2.3: Nama Lorong Tengku Syik Lam U

Berikut adalah tokoh ulama yang dikenalpasti pernah datang atau menetap di Yan,

Kedah untuk mendalami ilmu agama bersama-sama gurunya seterusnya

mengembangkan ajaran serta dakwah Islamiah sehingga menjadi pusat pendidikan

terunggul ketika itu.

2.7.1 Teungku Haji Ahmad Hasballah Indrapuri

Teungku Haji Ahmad Hasballah Indrapuri dilahirkan pada 3 Jun 1888 (23 Ramadhan

1305 Hijrah) sewaktu peperangan Aceh-Belanda sedang berlangsung. Ibunya Hajjah

Safiah dan ayahnya Teungku Haji Umar seorang ulama yang memimpin Dayah

Lam-U juga perajurit Aceh dalam menentang Belanda. Beliau terlibat bersama-sama

ayahnya menentang Belanda. Tiga orang ulama penting pada zaman tersebut yang

turut berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu ialah Teungku Muhammad Arshad Ie

mengasaskan Kampung Aceh, Yan (1900) dan membuka perkampungan pondok di situ. Sultan Kedah
juga menggalakkan pendidikan Islam berkembang sehingga berlaku kemasukan beramai-ramai ulama
yang lain iaitu Teuku Lam Surau (Haji Musa) dan Teuku Lam U (Syeikh Omar). Teuku Muhammad
Dahan mengasaskan sekolah agama „Attarbiatul-Auladiah-Addiniah‟ sementara Ustaz Nyak Budiman
Nyak Gading (Budiman Radzi) merupakan penulis kitab-kitab agama yang prolifik. Rujuk Wan
Shamsudin bin Mohd Yusof, 2011, kertas kerja bertajuk “Sejarah Hubungan Kedah Darul Aman dan
Aceh Darus Salam”, dalam Seminar Hubungan Kedah-Aceh, di Universiti Syiah Kuala, Banda Aceh,
7 Januari 2011, hlm 3.

123
Leubeu yang kemudian terkenal dengan nama Teungku Cik Di Yan, Teungku

Muhammad Saleh kemudiannya terkenal dengan nama Teungku Cik Di Lambhuk

dan Teungku Haji Umar bin Auf juga terkenal dengan nama Teungku Cik Di Lam-

U.173

Apabila peperangan memuncak dan Belanda menghukum bunuh para ulama

menyebabkan mereka berhijrah ke Yan, Kedah seterusnya membangunkan pusat

pendidikan Islam iaitu “Dayah Yan Kedah”. Selain itu, penghijrahan mereka ke Yan

juga dapat sama-sama mendalami ajaran Islam di bawah pimpinan Teungku

Muhammad Arshad bersama-sama Teungku Muhammad Saleh. Beliau bermastautin

di Kedah sehinggalah mendapat jemputan untuk kembali ke Aceh untuk memimpin

Dayah Indrapuri. Dayah (Masjid Indrapuri) dahulu sewaktu pemerintahan Sultan

Iskandar Muda merupakan pusat pendidikan bagi kerajaan Aceh Darussalam yang

banyak mengeluarkan para ulama dan pejuang kemerdekaan. Kedatangan ketiga-tiga

ulama tersebut menyebabkan Dayah Yan berkembang dan meningkat kembali seperti

pada zaman Kedah menjadi sebahagian dari Kerajaan Aceh Darussalam.174

Kesannya tertubuh Kampung Aceh di Yan yang masih kukuh dengan semangat

keacehan bahkan masyarakatnya lancar dan fasih berbahasa Aceh. Di samping itu,

Dayah Yan juga menjadi tumpuan pemuda-pemuda seluruh Semenanjung dan

Pattani untuk menuntut ilmu agama.

Pada masa yang sama keadaan di Aceh masih bergolak dengan perang

menentang Belanda. Para ulama di sana berusaha menghantar seberapa ramai ulama

______________
173
A. Hasjmy. 1997, Ulama Aceh Mujahid Pejuang Kemerdekaan dan Pembangunan Tamadun
Bangsa, Jakarta: PT Bulan Bintang, Perpustakaan dan Museum Yayasan Pendidikan Ali Hasjmy, hlm
48.
174
Ibid, hlm 48.

124
ke luar dari Aceh untuk tujuan keselamatan dan menyelamatkan kitab-kitab agama

mereka. Agama Islam juga dapat dikembangkan dan pengikutnya boleh meneruskan

syiar Islam dengan aman. Beberapa musyawarah telah diadakan untuk mencari

pemimpin bagi menerajui Dayah Indrapuri. Teungku Haji Ahmad Hasballah

Indrapuri ketika itu baru pulang dari Mekah dengan membawa semangat Gerakan

Wahabi175. Beliau sekali lagi telah ke Kampung Aceh untuk bermastautin semula di

Kedah. Namun atas sokongan Teungku Haji Hasan Kruengkale dan persetujuan

daripada para ulama iaitu Tuanku Raja Keumala, Teuku Panglima Polem

Muhammad Daud, Teungku Haji Ismail (Teungku Cik Eumpee Trieng) dan Teungku

Haji Abdullah Lam-U maka namanya disebut untuk memimpin dayah Indrapuri.

Akhirnya Teungku Haji Ahmad Hasballah Indrapuri telah menerima jemputan yang

menghendakinya balik ke Aceh untuk memimpin dayah ini sebagai pemimpin agama

yang dihormati.

______________
175
Golongan Wahhabi adalah dirujuk kepada seorang ulama yang bernama Muhammad ibn „Abd al-
Wahhab (1792). Beliau merupakan seorang ulama yang mahu mengembalikan corak kehidupan
golongan salaf al-Salih. Pada awal abad ke 20 iaitu di sekitar tahun 1920-an berlakunya konflik antara
Ibn Sa‟ud yang membawa kejatuhan Raja Husayn dan kemunculan dinasti Ibn Sa‟ud yang
berkompromi dengan gerakan Wahhabi. Golongan Wahhabi ini meluaskan peranannya di seluruh
Arab Saudi, menyaksikan Mekah jatuh pada tahun 1924 M dan Madinah pada tahun 1925 M. Pada
1926 Ibn Sa‟ud telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Hejaz dan Sultan Najd. Rujuk Shukri
Ahmad, 2011, Pengaruh Pemikiran Ulama Di Semenanjung Malaysia Akhir Abad Ke-20, UUM Press,
Sintok, Kedah, hlm 93. Rujuk juga SUK/ (K.000000)/01.001, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Fail
No.Rujukan 1375/1348 iaitu surat berkenaan kekuasaan agama Wahabi di Mekah. Surat ini bertarikh
4 Oktober 1929 dari Konsul British di Jeddah bagi hal ehwal luar negeri kepada Setiausaha Utama
Negeri bagi Hal Ehwal Luar mengenai kekuasaan dan pengaruh Wahabi di Mekah. Rujuk Lampiran
2. Ringkasnya melalui ajaran Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab umat Islam boleh diselamatkan
daripada kemusnahan dengan merujuk kembali sistem hidup Islam yang tulen seperti yang diaturkan
oleh Al-Quran dan sunnah. Rujuk juga Fadhlullah Jamil, 2000, Islam di Asia Barat Moden Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan, Thinker‟s Library Sdn. Bhd., Selangor, hlm 52. Selain itu, Dr. Yusuf al-
Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat telah memuji Muhammad bin Abdul Wahab yang dikaitkan
sebagai pemula gerakan Wahabi dengan menyatakan bahawa “…Beliau memelihara benteng tauhid
daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya, menulis buku-buku dan
risalah-risalah dalam perkara itu, serta bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal
dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik”. Rujuk http://pts.com.my/index.php/buku/wahabi-
sesatkah-mereka/ iaitu buku yang ditulis oleh Hersi Mohamad Hilole.

125
Gerakan Wahabi di Aceh misalnya daripada ajaran Hamzah Fansuri

dahulunya telah ditentang oleh Al-Raniri terutama daripada pengikut Wujudiyyah

Mulhid. Al-Raniri menyatakan bahawa:

“Maka sekarang kujagakan dan kunyatakan segala iktikad


wujudiyah yang mulhid lagi zindiq… Ketahui olehmu hai saudaraku
dan bicarakan hatimu dan saksamai dengan akalmu akan kata
Wujudiyah yang dhalalah (sesat), katanya bahwa wujud dan wujud
semesta sekalian alam itu wujud Allah dan wujud Allah itu wujud kita
dan wujud semesta sekalian alam… Jika benar seperti itikad wujudiyah
itu demikian, nescaya jadilah tiap-tiap segala sesuatu daripada
hayawanat (binatang) dan nabatat (tumbuhan) dan jamadat (benda
mati), dan najasat (najis) sekalian itu Allah. Maha Suci Allah lagi
Amat Tinggi kata kafir yang dhalalah itu… Dan lagi, jikalau benar
seperti kata mulhid itu, … jikalau kita bunuh dan kita cincang akan
seorang manusia atau lainnya, nescaya adalah (yang kita) bunuh dan
(yang kita) cincang itu akan Allah jua – Maha Suci lagi Maha Tinggi
Haqq Ta‟ala daripada yang demikian”.176

Tidak dapat dipastikan sejauh mana gerakan Wahabi ini berkembang di Kampung

Aceh, Yan Kedah.177

Walaupun beliau menetap lama di Aceh, mempunyai semangat patriotik yang

tinggi, menyumbangkan banyak ilmu dan tenaga namun negeri Kedah tetap di

hatinya. Beliau juga merasakan Kedah sebagai tanahairnya, tempatnya menimba

ilmu dan banyak kenangan terpahat di hatinya. Atas dasar ini maka beliau telah

kembali ke Kedah pada tahun 1958 iaitu ke Kampung Aceh, Yan dan terus

bermastautin di sini sehingga akhir hayatnya. Hal ini juga disebabkan suasana Yan

pada masa itu yang aman dan sejahtera malah persekitarannya sama seperti berada di
______________
176
Azyumardi Azra, 2005, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII &
XVIII, Edisi Revisi, Cetakan Ke-2, Prenada Media, hlm 349.
177
Temubual pada November 2010 dengan Abdul Malik di Kampung Aceh, Yan menyatakan gerakan
ini tidak berkembang kerana sehingga kini tidak diketahui penganutnya dan mungkin dahulu ia hanya
dianuti dalam kelompok kecil yang tertentu sahaja.

126
Aceh.178 Di kampung ini jugalah beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama

keluarga. Lagipun ayahnya dahulu juga menetap di sini dan dikuburkan di Yan. Pada

26 April 1959 (17 Syawal 1378 Hijrah) beliau meninggal dunia, meninggalkan

seorang isteri dan sebelas orang anak. Beliau telah dikebumikan di sebelah kubur

ayahnya iaitu Teungku Haji Umar.

2.8 Kesimpulan

Ternyata dalam gelombang pertama penghijrahan orang Aceh ke Kedah

penekanan adalah kepada aspek agama dan intelektual. Mereka mulanya berhijrah ke

sini atas dasar hubungan diplomatik iaitu untuk mengembangkan syiar Islam. Lama-

kelamaan ada di antara mereka yang tinggal di sini untuk menimba ilmu keagamaan.

Malah mengikut sejarah negeri Kedah dan Aceh diislamkan oleh tokoh agama yang

sama.179 Maka terdapat kesefahaman dan kesepaduan sehingga berlakunya

perkembangan intelektual secara pesat serta hubungan ini dieratkan lagi dengan

tertubuhnya sekolah-sekolah pondok. Zaman ini juga pengkaji menamakannya

sebagai zaman tradisional.

Seterusnya pada zaman ini juga kuasa Belanda mula menggugat kestabilan di

rantau ini. Belanda juga menyumbang kepada faktor tolakan sehingga orang Aceh

ramai yang menyelamatkan diri dengan menyeberangi lautan untuk ke Kedah.

Mereka juga menubuhkan gerakan untuk memerdekakan Aceh dari cengkaman

______________
178
Abd Malik menerangkan tentang suasana masyarakat Aceh yang hidup di situ tidak ubah seperti
keadaan di Aceh. Mereka sedar tentang asal-usulnya, jati diri yang tinggi dan masih mengekalkan
adat dan budayanya sehingga kini.
179
http://www.mykedah2.com/10heritage/102_5_p3.htm.(diakses pada 13.02.2017). Peristiwa
pengislaman raja Kedah dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

127
Belanda. Setelah para ulama ini datang ke Yan, mereka berjaya mengembangkan

pendidikan Islam. Orang Melayu tempatan juga berkesempatan untuk sama-sama

menimba ilmu agama dengan tinggal di pondok-pondok di sekitar Yan. Apabila

menetap di Yan golongan agama ini mula membawa keluarga dan menjalankan

kegiatan pertanian.

Ternyata hubungan Kedah-Aceh mempunyai nilai sejarah yang tinggi hingga

kesannya dapat dilihat ke hari ini terutama di Kedah. Begitu juga dengan hubungan

keagamaan yang membawa juraian keturunan dan perkembangan ilmu yang meluas

dalam kalangan masyarakat Aceh dengan Melayu tempatan. Hubungan ini saling

bertimbal balik antara satu sama lain sehingga membentuk satu budaya bersama dan

anak-anak generasi baru dapat hidup secara harmoni melalui proses asimilasi

kemudiannya.

Perkembangan intelektual dan budaya keilmuan akhirnya begitu pesat

sehinggakan kebanyakan generasi muda mementingkan ilmu yang membawa kepada

penubuhan institusi berbentuk pondok dan madrasah sehinggalah kepada pendidikan

formal seta terdapat dalam kalangan mereka yang memiliki gelaran-gelaran tertentu.

Tengku adalah gelaran untuk ulama yang memonopoli perkampungan Aceh sekitar

Kedah iaitu bermula dari Merbok, mereka bergerak ke Ruat sebelum berkampung di

Yan sehingga hari ini. Orang Aceh, meskipun semakin diasak kemodenan dan

kehidupan profesional, latar belakang keturunan pendakwah masih menguatkan jati

diri mereka.180 Oleh itu, peranan besar yang dimainkan oleh para ulama di Nusantara

______________
180
Berita Harian, Isnin 16 April 2012, Rencana, hlm 8.

128
tidak dapat disangkal lagi dengan meningkatnya kesedaran untuk mendalami ilmu

dan menjadikan tradisi ilmuan silam sebagai idola untuk kemajuan ummah.

Seterusnya atas kesedaran kepentingan menuntut ilmu di Kedah kian

meningkat terutama ilmu agama iaitu melalui pendidikan tidak formal dari zaman

tradisi turun-temurun masih dikekalkan iaitu pendidikan agama di rumah terutama

pengajaran al-Quran dan adab mengenai nilai budi. Ibu bapa menjadi idola anak-

anak untuk terus mencintai budaya ilmu sehinggakan pada hari ini budaya ini masih

kental diamalkan di Kedah. Perkara ini juga menjadi landasan kepada masyarakat

Aceh untuk menimba sebanyak mungkin ilmu untuk kehidupan yang lebih baik

sehinggakan ramai dalam kalangan mereka yang berjaya dari aspek sosial, ekonomi

dan politik.

Bagi mengenang jasa golongan ulama ini, sumbangan orang Aceh diiktiraf

sebagai salah satu nilai pensejarahan negeri Kedah apabila jalan-jalan di kampung

tersebut diberi nama sempena nama tokoh-tokoh ulama Aceh lampau contohnya

Jalan Teuku Di Balei, Jalan Teuku Hamzah dan banyak lagi. Sehingga kini

masyarakat Aceh di sini masih mengekalkan gelaran pada pangkal nama mereka

iaitu Teuku dan Cut. Gelaran Tengku hanya untuk golongan yang arif tentang agama

begitu juga dengan nama Tengku Besar bermaksud tok guru atau kiai (alim ulama).

Manakala gelaran Teuku diberikan kepada orang lelaki dan orang perempuan pula

dikenali sebagai Cut (yang belum berkahwin) dan Po Cut (sudah kahwin) dan

mereka ini adalah dari golongan bangsawan atau hulubalang. Pengekalan gelaran

nama terbabit boleh dilihat sampai hari ini. Terdapat juga dalam kalangan mereka

129
yang masih menggunakan nama gelaran181 tersebut mengikut budaya Aceh secara

tidak rasmi dalam panggilan seharian (bukannya nama seperti yang tercatat dalam

kad pengenalan).

Kini orang Aceh di Malaysia telah diiktiraf sebagai setaraf dengan bangsa

Melayu Malaysia yang mendapat hak yang sama rata dan juga dikenali sebagai

masyarakat Melayu berketurunan Aceh. Oleh itu telah berlaku proses kemajmukan

masyarakat yang serumpun. Ternyata gelombang pertama ini membawa kejayaan

besar kepada orang Aceh dalam memantapkan kedudukan mereka di Malaysia

amnya dan Kedah khasnya. Rumusan yang boleh dibuat pada bab ini membuktikan

perantau Aceh yang ke Kedah terdiri dari tiga kelompok iaitu ulama, petani dan

pedagang. Namun ternyata kumpulan ulama lebih memberikan kesan yang paling

signifikan dalam aspek kemasyarakatan di Kedah berbanding dengan dua kelompok

yang lain iaitu petani dan pedagang. Kumpulan ulama ini telah meneruskan legasi

ketamadunan Melayu-Islam Aceh di perantauan iaitu di Kedah.

______________
181
Cut Faridah yang merupakan setiausaha kepada KAMC dan persatuan yang terdapat di Kampung
Aceh. Nama sebenarnya ialah Faridah tetapi belum berkahwin maka di awal nama di gelar Cut.

130
BAB 3

MIGRASI ORANG ACEH KE KEDAH 1900-20001

3.1 Pendahuluan

Gelombang kedua menyaksikan sejarah kedatangan orang Aceh ke Kedah

yang bermula dari zaman penjajahan Barat iaitu Belanda. Aspek sosiologi pula,

belum terdapat definisi yang spesifik mengenai “migrasi” secara universal yang

boleh diterima atau disepakati oleh semua. Istilah yang digunakan oleh penulis

secara umum yang membawa maksud sama ada perpindahan, penghijrahan,

perantauan dan pergerakan kelompok penduduk dari tempat asal ke tempat baru.

Namun Mangalam telah menekankan yang migrasi secara relatif ialah perpindahan

dari sebuah lokasi geografi yang satu kepada yang lain iaitu menerusi ungkapannya:

“Migration is a relatively permanent moving away of a


collectivity, called migrants, from one geographical location to
another, preceded by decision making on the part of the
migrants on the basis of a hierarchically ordered set of values
or valued ends and resulting in changes in the interactional
system of migrants”.2

Lazimnya migrasi adalah penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara

ke satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Penghijrahan adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam kajian

______________
1
Bab ini menumpukan kepada kajian lapangan iaitu menjejaki susur galur orang yang berketurunan
Aceh yang terdapat di Malaysia lalu menjejaki keluarga atau saudara-maranya di negeri Aceh
Darussalam. Pengkaji berkesempatan menemui ramai keluarga di Aceh yang mempunyai saudaranya
di Malaysia dan menemuramah pelbagai masyarakat daripada latarbelakang yang berbeza serta
kawasan penempatan atau daerah yang berlainan. Gelombang kedua ini bermula pada tahun 1900-
2000 terutama di zaman penjajahan Barat. Temubual ini dilaksanakan pada November 2010 sehingga
2017.
2
J.J Mangalam,1968, Human Migration, A Guide to Migration Literature In English 1955-1962,
Lexington, University of Kentucky Press, hlm.8

131
kependudukan.3 Migrasi atau penghijrahan penduduk di Asia Tenggara merupakan

satu fenomena biasa semenjak wujudnya kelompok manusia di rantau ini. Fenomena

migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi ini mahupun

akibat faktor penolak dari negara asal masing-masing yang bertanggungjawab

mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. 4 Sejak sebelum abad

ke-19 penduduk negeri-negeri di Nusantara menjadikan Tanah Melayu sebagai

destinasi utama penghijrahan imigran terutama dari Indonesia sama ada golongan

profesional atau tidak. Penghijrahan sentiasa berlaku antara Tanah Melayu dengan

Sumatera, Sumatera dengan Jawa, Jawa dengan Tanah Melayu dan Borneo dengan

Tanah Melayu.5 Usaha untuk mengesan penghijrahan penduduk Indonesia adalah

sukar akibat proses asimilasi dengan masyarakat Melayu tempatan. Asimilasi cepat

berlaku disebabkan budaya yang serumpun iaitu dalam aspek bahasa, adat resam,

kebudayaan dan keagamaan yang tidak jauh bezanya.

Seterusnya dalam konteks penghijrahan orang Aceh ke Kedah berlaku

dengan mudah kerana kedua-dua negeri mempunyai kedudukan geografi yang yang

hampir. Pada hakikatnya kedudukan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan

Sumatera di Indonesia hanya dipisahkan oleh Selat Melaka yang sempit. Ketika

pelabuhan-pelabuhan Sumatera Barat berada di bawah naungan kekuasaan Aceh,

pelabuhan tersebut dijadikan tempat untuk mengangkut hasil-hasil Sumatera Barat ke

Aceh dan dari Aceh barang dagangan itu dijual kepada pedagang asing. 6 Soal

adaptasi penduduk Aceh dengan masyarakat luar merupakan perkara yang telah lama
______________
3
W. Peterson,1968, Migration and Social Aspect dalam D.L Sills (ed), International Encyclopedia of
The Social Sciences, Vol. 10, Mac Millan and Co., London, hlm 287.
4
Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, KL, hlm 7-8.
5
Kunaseelan A/L Muniandy, 1996, Hubungan Malaysia Indonesia 1957-1970, DBP, Kuala Lumpur,
hlm 7.
6
Mochtar Naim, 1984, Merantau Pola Migrasi Suku Minangkabau, Terjemahan dari “Merantau:
Minangkabau Voluntary Migration” Disertasi PhD, Gadjah Mada University Press, hlm 228.

132
berlaku kerana negeri Aceh juga menjadi tumpuan ramai perantau dari pelbagai suku

atau keturunan dari seluruh Indonesia yang berhijrah ke situ. Misalnya di seluruh

Sumatera Utara dan Aceh terdapat 69,000 orang Minangkabau, tidak termasuk

mereka yang menetap di sana selama beberapa generasi.7 Hal ini memudahkan

mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan apabila mereka berhijrah ke

negeri baru khususnya Malaysia (dalam konteks kajian ini adalah Kedah)

Dapatan kajian mendapati kebanyakan saudara-mara yang berketurunan Aceh

di Kedah adalah berasal dari Banda Aceh. Hubungan pertalian darah 8 ini ternyata

membuka peluang terjadinya migrasi pelbagai jenis etnik dari Indonesia ke Malaysia.

Mereka tidak hanya didorong dari aspek peperangan dan politik malah disebabkan

atas kepentingan ekonomi iaitu bekerja sebagai pedagang dan buruh. Walaupun

mereka telah lama bermaustautin di Kedah namun hubungan kekeluargaan mereka

dengan ahli-ahli keluarga di tanah air tetap berkekalan. Migrasi melewati perbatasan

berlaku terus menerus, dan pemerintah sesebuah negara tidak berupaya untuk

mengawalnya.9 Kemasukan migrasi yang berlaku tanpa had ini memberi impak besar

dalam pelbagai aspek kehidupan.

Berdasarkan kepada penemuan arkeologi dan bukti-bukti bertulis yang

wujud, secara umumnya pelabuhan Kedah Tua wujud dari kurun kedua hingga ke-14

Masihi. Jangkamasa 1200 tahun tersebut, pelabuhan Kedah Tua telah melalui tahap

kebangkitan, kegemilangan dan akhir sekali kemerosotannya selepas kurun ke-14

______________
7
Ibid, hlm 97.
8
Hubungan darah adalah faktor penarik kemasukan perantau Aceh dengan bantuan yang dihulurkan
berupa wang ringgit, tempat tinggal, pekerjaan dan peluang dalam perniagaan dengan menggunakan
nama dan kad pengenalan saudaranya di Malaysia.
9
Abdul Rahman Embong, “Bangsa-bangsa dan Malaysia”, dalam Pemikir, Okt-Dis 1995 KDN
PP8381/4/95, hlm 46.

133
Masihi, kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pusat pelabuhan antarabangsa telah

mulai merosot.10 Namun sehingga kini kemasukan ramai imigran tetap berlaku ke

negeri Kedah. Masyarakat Aceh yang datang dan menetap di Kedah telah memilih

daerah Yan yang strategik dari sudut geografinya. Yan berdekatan dengan laut dan

berdekatan Gunung Jerai yang memiliki punca air serta hasil bumi yang subur. Jarak

dan keunikan kawasan ini menyumbang kepada kemasukan beramai-ramai orang

Aceh ke daerah Yan.11 Manakala Kampung Ruat yang terletak bersebelahan

Kampung Aceh juga didiami oleh ramai orang Aceh. Daerah Yan juga terkenal

sebagai salah satu pusat pelancongan air terjun dan rekreasi serta mempunyai jalinan

sungai dan kolam-kolam yang banyak untuk beriadah di Kedah. Perkara ini

menjadikan Yan sebagai kampung halaman orang Aceh.

Ahli-ahli kaji penduduk dan masyarakat biasanya memberikan sebab

berlakunya penghijrahan itu kepada dua faktor iaitu faktor tarikan dan tolakan.

Dalam konteks kajian ini faktor tolakan yang mendorong penghijrahan penduduk

Aceh ke Kedah adalah penjajah Belanda ke atas negeri itu. Akhirnya berlaku

kemasukan migrasi Aceh secara besar-besaran terutama ke Daerah Yan di Kedah

semasa dan selepas penjajahan Belanda disebabkan pihak penjajah memberikan

layanan yang buruk kepada ulama dan ramai daripada mereka telah dibunuh.

Seterusnya ramai dalam kalangan penghijrah dari Sumatera juga Jawa yang datang

______________
10
Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Mohd Mokhtar Saidin, 2015, Pensejarahan Kedah Tua
Satu Kritikan Sumber dan Tafsiran, penerbit UTHM, Johor, hlm 109.
11
Hanafi Ramli, Syeikh Abdullah Al-Yamani Kedatangan Islam Ke Kedah Darulaman 1136, Lembaga
Muzium Negeri Kedah Darulaman, hlm 18-19 (tanpa tahun) ada menyatakan bahawa “…Pekan Yan
digenangi air sedalam dua kaki selama enam hari enam malam dan orang terpaksa membeli belah
dengan perahu. Kolam yang baru muncul sekarang membekalkan air ke Kampung Raga dan
sekitarnya. Tempat ini dikenali sebagai Batu Hampar..”

134
akibat penentangan terhadap penjajahan Belanda.12 Hal ini membuktikan

sememangnya orang Aceh datang ke Kedah akibat kesusahan hidup lantaran

peperangan dan ada yang datang dengan tujuan mencari rezeki.13

Begitu juga dengan tentangan oleh askar Indonesia terhadap Gerakan Aceh

Merdeka (GAM). Orang Aceh ingin memerintah sendiri dan gerakan ini diterajui

oleh GAM. Aceh merasakan mampu untuk berdiri sendiri dan memerintah menurut

syariah Islam yang unggul. Impaknya mereka mendapat tentangan sengit daripada

militer Indonesia dan berlakunya pemberontakan dalam kalangan masyarakatnya

menentang pemerintah Indonesia. Orang Aceh di Kedah turut menyokong GAM

dalam memerdekaan Aceh. Hasilnya setiap tahun berlaku pertambahan pesat

kemasukan migrasi Aceh ke Kedah. Oleh kerana negeri Kedah berhampiran dengan

negeri Aceh maka mereka terus menuju ke pantai di daerah Yan dan ada juga yang

menuju ke Perak, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.14

3.2 Permulaan Penghijrahan Aceh 1900-2000

Penghijrahan masuk orang Aceh ke Kedah adalah melalui jalan laut iaitu

menaiki kapal. Pada hakikatnya asas peradaban orang Melayu bermula dengan

pembinaan penempatan di bandar pelabuhan dan berkembang di sepanjang pinggir

pantai dan muara sungai. Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera adalah

wilayah yang didiami orang Melayu yang telah berjaya membentuk beberapa
______________
12
Rujuk pengkisahan hidup Abdullah Hussein yang mempunyai pertalian darah Aceh dan hubungan
dengan pewarisan Patani melalui datuknya dalam Sebuah Perjalanan, 1984, DBP, Kuala Lumpur,
hlm 45.
13
Abdul Majid Hussein, 1980, “Orang Aceh di Yan, Kedah: Satu Tinjauan Umum”, Malaysia dari
Segi Sejarah, No.9, hlm 2. Ia menceritakan terdapat tiga jenis kumpulan Aceh yang berhijrah ke
Tanah Melayu iaitu golongan ulama, petani dan peniaga.
14
Abdul Majid Hussin,1980, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah (Koleksi Kedah), hlm 125.

135
peradaban penting seperti Kerajaan Srivijaya, Melaka, Beruas, Aceh, Pasai, Perlak

dan Kerajaan Johor-Riau.15

Corak yang sama berlaku dalam penempatan awal orang Aceh di Kedah.

Apabila mereka sampai di pinggir laut di Yan dan terus mendirikan penempatannya,

kemudian mereka berpindah mencari kawasan pertanian yang lebih baik. Apabila

mereka memiliki status kehidupan yang mantap maka aktiviti perdagangan

berkembang maju. Barangan yang turut dieksport ialah hasil hutan dan laut yang

dikumpulkan dari pelbagai tempat seperti Aceh, Kedah, Perak dan lain-lain negeri.16

Pada abad ke 19 dan 20 pula setelah kedatangan kuasa Eropah dan selepas

kemerdekaan kemasukan orang Aceh secara tetap berlaku di Kedah.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini kumpulan pertama yang tiba di

Yan ialah golongan ulama mulai tahun 1900 yang diketuai oleh Tengku di Balee17

(Tengku Arshad) yang membawa bersama keluarga dan diikuti oleh pengikut-

pengikutnya yang terdiri dari pelajar lelaki yang ingin mempelajari dan mendalami

agama Islam. Faktor penghijrahan mereka ke Yan iaitu dengan tertubuhnya

Kampung Aceh dapat disimpulkan untuk mendalami ilmu agama. Di Kedah juga

terdapat ramai ulama yang terkenal berada di sini dan ajaran Islam dapat

dikembangkan secara aman dan mudah. Motif ekonomi dan keamanan negeri Kedah,

penindasan dan sekatan untuk penyebaran agama Islam oleh Belanda18 serta

pergerakan keluar masuk ke Kedah yang lebih mudah merupakan faktor tarikan dan

______________
15
Nordin Hussin, 2011, Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu, UKM, Bangi, hlm 12.
16
Ibid. hlm 61.
17
Namanya dieja Balee atau Balei tetapi tetap mewakili orang yang sama.
18
Penindasan oleh Belanda adalah sebab paling relevan kemasukan beramai-ramai orang Aceh pada
abad ke 19.

136
tolakan mereka ke sini. Pada peringkat awal19 didapati orang Aceh telah berhijrah ke

Pulau Pinang iaitu di sekitar Seberang Perai untuk berdagang dan bertani. Oleh

kerana mendapat persaingan dengan penduduk tempatan mereka berpindah pula ke

Merbok dan bertani di kawasan bukit. Sejarah membuktikan orang Aceh juga pandai

dalam penanaman padi (terutama yang berasal dari wilayah Pidie)20 dan apabila tiba

ke sini kemahiran mereka digunakan untuk menanam padi.

Setelah tinggal di Merbok mereka berpindah pula ke Ruat melalui jalan Bukit

Genting dan Singkir Genting juga mengusahakan kegiatan pertanian. Lama mereka

menetap di Ruat dengan menanam lawang, cengkih, kelapa dan pinang. 21 Di sini

mereka juga tidak mampu bersaing dalam ekonomi dengan pengusaha tempatan

yang kaya dan mantap kedudukannya telah membawa perpindahan ke Kampung

Aceh di Yan.22 Sebelum ini dinyatakan ramai dalam kalangan ulama yang berhijrah

ke Yan dan ada di antara mereka yang mengusahakan tanah sehingga ke Titi Hayun.

Kemasukan golongan kedua ini menyebabkan pertambahan penduduk sehingga 3000

orang. Kini apabila diadakan majlis kenduri kahwin maka ia akan melibatkan

keseluruhan komuniti mereka di Kampung Aceh sehinggakan ramai saudara-mara

yang menghadirinya dari luar Malaysia termasuklah dari Aceh sendiri. Sekurang-

kurangnya tiga ekor lembu perlu dikorbankan untuk majlis kenduri tersebut dan apa
______________
19
Abdul Malik M. Taib iaitu generasi ketiga orang berketurunan Aceh di Yan, menyatakan proses
penghijrahan awal orang Aceh. Temubual dilakukan pada Mac 2010. Cerita beliau disahkan oleh
isteri dan keluarganya dan diperkukuhkan dengan bukti yang menunjukkan kejayaan mereka dalam
pelbagai lapangan ekonomi.
20
Wilayah Pidie di Aceh merupakan kawasan tanah pamah iaitu persawahan yang luas di sana.
Penduduk di situ mahir dalam menanam padi. Produktiviti padi sawah di Aceh dan padi ladang
meningkat merangkumi wilayah (Kabupaten) Aceh Besar, Pidie, Aceh Utara, Aceh Timur, Aceh
Tengah, Aceh Barat, Aceh Selatan, Aceh Tenggara dan Kodya Sabang. Rujuk Profil Propinsi
Republik Indonesia Daerah Istimewa Aceh, 1992, penerbit Pemrakarsa, Yayasan Bhakti Wawasan
Nusantara, Jakarta, hlm 193.
21
Berita Harian, Selasa 17 April 2012, rencana, hlm 8-9. Penulis di ruangan ini juga telah
menemubual Abdul Malik M. Taib yang membuktikan kepakaran mereka dalam bidang pertanian.
22
Nama Kampung Aceh diambil sempena nama “Aceh” sewaktu kemasukan orang Aceh secara
besar-besaran dan terus tinggal serta menetap di sini.

137
yang menariknya pakaian pengantin dan adat Aceh digunapakai serta masih

diamalkan sehingga kini.

Selain itu, daerah Yan dianggap sebagai daerah istimewa kerana ia sesuai

untuk penempatan. Tanahnya yang subur terutama di kaki bukit sesuai untuk

pertanian termasuklah lada hitam dan tanaman makanan. Air dari pergunungan iaitu

Gunung Jerai menyumbang kepada faktor pengaliran yang baik dan sesuai untuk

penanaman padi. Terdapat juga dalam kalangan komuniti mereka yang mahir dalam

kerja-kerja pertukangan termasuklah hasil kerjatangan dan pertukangan kayu. Pada

masa itu, Kampung Aceh dikenali dengan nama Lubuk Kasai. 23 Paling utama ialah

terdapatnya institusi pondok yang terkenal dan menjadi amalan biasa di Kedah iaitu

pelajaran tradisi Islam yang wujud hingga kini menjadikannya serasi dan sama

seperti pendidikan di Aceh. Kampung Aceh telah terkenal sehingga ke negeri Aceh

telah mendorong dua orang ulama lain datang ke sini bersama-sama dengan pengikut

mereka iaitu Tengku Lam Surau (Haji Musa) dan Tengku Lam U (Sheikh Omar).

Golongan kedua pula ialah peneroka tanah yang datang berbekalkan modal

dan pekerja. Golongan ini membeli tanah kepunyaan orang Melayu di sekeliling

Kampung Aceh itu dan juga memohon tanah kerajaan yang belum dipugar.24

Manakala orang Aceh yang datang ke Sungai Limau Dalam kebanyakannya berasal

dari daerah Pidie kerana daerah ini juga merupakan sebuah daerah persawahan yang

luas. Pengalaman sebagai pesawah diteruskan di sini. Sementara mukim Yan pula

menjadi tumpuan orang dari daerah Aceh yang suka berkebun serta berladang lada
______________
23
Abdul Rahman Abdullah, 2006, Sejarah Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Karisma
Publications Sdn. Bhd., hlm 125
24
Ibid, hlm 125

138
hitam dan getah.25 Tanaman getah hanya bermula pada sekitar 1930-an.26 Pada

awalnya penanam padi yang berhijrah ke Dulang Besar di antara 1927 hingga 1930-

an mendapati penanaman padi tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan, malah

usaha mereka seringkali mengalami kerugian akibat serangan binatang perosak dan

juga cuaca yang tidak menentu.27 Setelah tamat Perang Dunia Kedua, kejatuhan

ekonomi berlaku dan harga beras melambung tinggi. Hal ini menjadikan kawasan

penanaman padi di sekitar Yan menjadi tumpuan perantau luar termasuklah dari

negeri-negeri lain dalam Semenanjung Tanah Melayu.

Manakala kumpulan ketiga penghijrah Aceh ialah golongan peniaga. Boleh

dikatakan bahawa hubungan Kedah-Aceh bermula pada abad ke-19 adalah juga

berunsurkan ekonomi. Terdapat peniaga yang berketurunan Aceh yang berniaga di

Pulau Pinang singgah ke sini dan orang Aceh di Yan juga keluar berniaga ke sana.

Namun demikian, pada tahun 1802, dianggarkan sebanyak 29,468 pikul lada hitam

telah dieksport dari Aceh dan Pantai Timur Sumatera ke Pulau Pinang.28 Hubungan

yang erat dalam kalangan komuniti Aceh di Pulau Pinang dan Yan diteruskan

melalui perhubungan dengan orang Aceh yang tinggal di daerah Kuala Muda Kedah,

di Langkawi dan Pulau Pinang. Penduduk Melayu tempatan juga mudah menerima

mereka menjadikan ia faktor penarik ke sini di samping rumpun yang sama

(Nusantara) iaitu dari segi rupa paras dan bahasa yang mudah difahami dan tidak

______________
25
Abdullah Hussain, 1980, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum, dalam MDSS, bil 9,
hlm 120.
26
Berita Harian, Selasa 17 April 2012, rencana, hlm 8-9.
27
SUK 466/1357 Annual Report of the Agricultural Department Kedah for the year 1356 Hijrah.
Menurut laporan tersebut padi diserang penyakit kisar (serangan fungi Sclerotium Orypae, Rhizotonia
Solani dan Achlyla Oryzae) dan kemarau yang menyebabkan kemusnahan pokok padi.
28
Salina Haji Zainal, 1996, “Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang dengan Aceh dan Pantai
Timur Sumatra, Akhir Abad ke 18 Hingga Pertengahan Abad ke 19”, dalam Kongres Sejarah
Malaysia II Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa, Persatuan Sejarah Malaysia & UKM,
Bangi Selangor, 26-28 November 1996, hlm 201.

139
jauh bezanya. Adat resam yang hampir sama dan konsep budi iaitu saling

bekerjasama, hormat menghormati, berbudi bahasa dan persefahaman memudahkan

proses asimilasi. Proses asimilasi ini berlaku sejak zaman-berzaman, misalnya

terdapat kenduri kendara termasuk bergotong-royong dan bekerjasama, anak-anak

yang bermain dan membesar bersama, pendidikan di sekolah yang sama juga

pelbagai bentuk kebersamaan yang dilalui menjadikan mereka selesa untuk terus

menetap di sini. Pada abad ke 20 imigran dari Aceh merupakan bilangan penghijrah

Indonesia yang paling ramai dan mengikut bancian pada tahun 1911 seramai 50.78

peratus daripada pendatang di sebelah Sumatera iaitu terdiri daripada orang Aceh.29

Sehingga kini masyarakat Aceh juga terkenal sebagai peniaga.

Walaupun perantau Aceh adalah migrasi tumpuan utama dalam kajian ini

namun perbincangan turut menjurus kepada peranan suku-suku yang dimainkan atau

perantau30 lain yang pernah berhijrah ke sini dan akhirnya bermastautin terus sebagai

satu perbandingan. Hal ini penting bagi melihat kekuatan sesuatu suku dan kehadiran

mereka serta keistimewaan yang dimilikinya. Migrasi ini juga memainkan peranan

penting dan memberi sumbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Penghijrahan mereka juga perlu dilihat untuk membandingkan kekuatan dan

sumbangan masing-masing dalam mencorakkan sejarah Kedah. Malah ia juga dapat

membuktikan Kedah menerima masuk pelbagai perantau luar atau suku kaum

______________
29
Majid Hussain, 1980, “Orang Aceh di Yan, Kedah Satu Tinjauan Umum”, MDSS 9, hlm 125-130.
30
Hasil dari kajian lapangan dan temubual yang dilaksanakan termasuklah dengan Dato’ Wira Dr.
Affifuddin Haji Omar pada bulan Mac 2014 menceritakan kemasukan perantau lain sehingga
wujudnya kampung masing-masing. Beliau sendiri adalah berketurunan orang Kampar iaitu yang
berasal dari Riau, Sumatera sehingga tertubuhnya Persatuan Anak Kampar. Di Langgar Alor Setar,
Kedah pula terdapatnya Kampung orang Minang iaitu diberi nama Kebun 500 Jabi, juga di daerah
Pendang. Manakala di Langgar juga terdapatnya pondok Haji Hussein. Orang Minang yang merantau
ini seperti juga Aceh mempunyai bahasanya sendiri yang dikenali sebagai bahasa Ochu.

140
Melayu ke dalam masyarakatnya tanpa halangan. Seterusnya keistimewaan ini

membuktikan bahawa Aceh antara yang berjaya memberi sumbangan besar dalam

kejayaan mereka mendapatkan kedudukan dari segi status sosial, ekonomi dan

politik di Kedah.

Pelbagai suku ini didapati membawa kisah sejarah yang unik dan masih

mengekalkan identiti budaya walaupun tidak lagi seutuh zaman awal kehadiran

mereka di perantauan. Namun kehadiran mereka di Kedah berjaya mencorakkan

sejarah yang tersendiri dan menampakkan kejayaan bagi komuniti baru ini apabila

ramai suku tersebut yang berjaya dalam bidang masing-masing. Misalnya orang

Banjar di Kedah lebih fokus kepada aspek keagamaan. Penghijrahan ini membawa

kepada peningkatan jumlah penduduk di Kedah. Pada abad ke 20, jumlah penduduk

dengan ketara terutama bagi dekad 1910-an dan 1920-an. Bancian pada tahun 1911

menunjukkan jumlah penduduk Melayu adalah seramai 195, 411 orang dan dalam

bancian pada tahun 1921, angka ini meningkat kepada 27, 490 orang31 iaitu

berjumlah 222, 901 orang. Pertambahan berlaku melalui kelahiran, kemasukan

imigran dari Sumatera, Jawa dan negeri-negeri Melayu di Semenanjung kesan

kestabilan dan kemakmuran terutamanya kerana kegiatan ekonomi.32 Hal ini

membuktikan Kedah antara negeri yang menjadi pilihan utama kepada penghijrah

dari Sumatera Utara khasnya. Pertambahan jumlah penduduk di negeri Kedah

mengikut kaum boleh dirujuk melalui jadual di sebelah

______________
31
Report OnThe Census of Population of Kedah and Perlis, 1911, Pulau Pinang, hlm 34. Menjadikan
jumlah keseluruhan peningkatan kepada 222, 901 orang.
32
Ibid, hlm 35.

141
Kaum Jumlah Penduduk
Melayu 195, 411
Cina 33, 746
India 6, 074
Siam 5, 749
Indonesia 2, 386
Lain-lain 2, 620
Jumlah 245, 986

3.1 Jadual populasi penduduk mengikut kaum pada tahun 191133

Pada hari ini terdapat komuniti Jawa, Sumatera dan Borneo yang ramai di

Tanah Melayu.34 Terdapat juga suku lain di Kedah iaitu Banjar, Kampar, Jawa dan

Pattani. Hasil tinjauan yang telah dilakukan juga mendapati Kedah telah dihuni oleh

orang Banjar, Jawa, Kampar, Minang, Aceh dan seumpamanya. Perantau berkenaan

telah muncul sebagai komuniti yang kuat dan mantap dari segi jati diri dan budaya

serta mempunyai kepakaran masing-masing. Bab ini juga membincangkan selain

orang Aceh terdapat juga migrasi suku-suku Melayu lain yang menetap di Kedah

yang sama-sama bersaing untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Perkara

menariknya ialah Kedah mempunyai pelbagai lokasi penempatan daripada banyak

suku Melayu dan masing-masing mempunyai sumbangan dan kepakaran yang

tersendiri. Banci pada tahun 1931 dan 1947 juga didapati bilangan imigran Indonesia

pada ketika itu telah dirangkum dalam kategori yang sama dengan penduduk Melayu

tempatan yang disebut ”lain-lain orang Malaysia.”35 Perkara ini membuktikan tidak

______________
33
Sharom Ahmat, 1984, Kedah Traditional And Change In A Malay State: A Study Of The Economic
And Political Development 1878-1923, Monograph No. 12, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic
Society (MBRAS), Art Printing Works Sdn. Bhd, KL, hlm 8.
34
Robert Curtis, 1964, “Indonesia and Malaysia”. New Left Review, No.28, Nov.-Dis, hlm 6.
35
Jabatan Perangkaan Malaysia, 1976, Penduduk-penduduk Malaysia, Kertas Penyelidikan Bil. 10,
Kuala Lumpur, hlm 4.

142
wujud pengkelasan orang berdasarkan suku-suku Melayu. Semua orang terangkum

sebagai rakyat Alam Melayu dan bebas untuk tinggal dan menetap di Tanah Melayu

atau Malaysia pada hari ini. Pengkaji juga cuba mendapatkan data daripada Jabatan

Perangkaan Malaysia cawangan Kedah mengenai pengkelasan orang Melayu yang

terdapat di sini. Data dari Jabatan Perangkaan yang diperolehi menjelaskan bahawa:

“Untuk makluman, Jabatan tidak mengeluarkan data secara


khususnya mengenai status masyarakat Aceh yang terdapat di Kedah
dan puan juga digalakkan melayari laman portal Jabatan di alamat
http://www.dosm.gov.my/ dan membuat pendaftaran e-Statistik.
(pendaftaran – pengguna awam – online services – e-services) bagi
mendapatkan pelbagai maklumat.”36

3.3 Migrasi Suku-Suku Melayu Dari Nusantara Ke Kedah

Suku etnik dari Indonesia yang menetap di Kedah selain Aceh telah

bermigrasi atas sebab-sebab tertentu. Fenomena penghijrahan mereka dan arus

kehidupan baru di Kedah juga hampir sama dengan orang Aceh. Mereka juga

membawa kisah sejarah yang unik mengikut suku kaum masing-masing dan masih

mengekalkan identiti budaya walaupun tidak lagi seutuh zaman dahulu. Kajian ini

turut mengetengahkan peranan suku-suku Melayu lain yang berhijrah ke Kedah bagi

membuktikan Kedah adalah salah satu negeri pilihan untuk bermaustautin. Kajian

lanjut membuktikan bahawa setiap suku-suku Melayu tersebut mempunyai

kepakaran yang berbeza. Pengkaji memilih beberapa suku sahaja untuk

______________
36
Pengkaji menerima email daripada Encik Saharuddin Bin Mat Nayan
(saharuddin.nayan@jp.stats.gov.my) iaitu wakil bagi pihak Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia
(JPM), Negeri Kedah. Data JPM menunjukkan terdapat pengkelasan “Bumiputera Lain” dan tidak
terdapat maklumat pengkelasan Melayu dari aspek suku seperti Aceh, Jawa, Bugis dan seumpamanya.

143
menunjukkan terdapatnya sumbangan mereka kepada negeri Kedah dan berbanding

suku Aceh yang bertebaran merata kawasan selain mempunyai kampung yang ideal

dan kuat jati dirinya. Namun begitu secara perbandingannya, masyarakat Aceh37

merupakan kumpulan yang paling menonjol dan ia sentiasa berkesinambungan dari

sudut perkembangan masyarakatnya berbanding dengan suku-suku Melayu yang

lain. Kejayaan mereka merangkumi kesemua aspek sosial, ekonomi dan politik.

3.3.1 Orang Banjar

Masyarakat Banjar antara orang yang suka merantau ke seluruh pelusuk

Nusantara. Faktor yang mendorong mereka merantau ialah disebabkan oleh

demografi, ekonomi, pendidikan dan kemudahan hidup di kota-kota.38 Di Kedah

pada hari ini ramai orang Banjar tinggal di kawasan Hutan Kampung di Alor Setar.

Mereka tidak mempunyai kampung yang tersendiri seperti orang Aceh dan Jawa.

Pada awalnya masyarakat Banjar merantau ke Tanah Melayu untuk mencari

kawasan-kawasan yang sesuai untuk penanaman padi, getah dan kelapa termasuklah

juga berniaga barangan hasil pertanian tersebut. Apabila Belanda menjajah Indonesia

mereka telah menindas masyarakat tempatan dengan mengenakan cukai yang tinggi

dan membebankan serta peraturan-peraturan dari sudut ekonomi yang tidak

munasabah. Pada masa yang sama, faktor kemakmuran dan kekayaan hasil bumi

Tanah Melayu telah menarik minat orang Banjar untuk memilih negeri ini sebagai

______________
37
Bahasa percakapan orang Aceh mirip kepada bahasa Nikobar. Rujuk Husaini Ibrahim, 2010, “Awal
Islam Di Aceh: Analisis Arkeologi dan Sumbangannya Kepada Nusantara”, Tesis PhD, USM, hlm 69.
Bangsa Nikobar ini dikenali dengan sebutan orang Mantir atau Mante di Aceh. Menurut Kartodirdjo,
pelarian muslim dari Kanton China yang terlibat dalam pemberontakan petani Cina Selatan terhadap
kekuasaan Dinasti T’ang pada masa pemerintahan Kaisar Hi-Tsung (878-989 M) telah mendirikan
perkampungan muslim di Kedah dan Palembang. Rujuk Kartodirdjo, Sartono, 1977, Sejarah Nasional
Indonesia, Jilid IV dan V, Jakarta, Balai Pustaka, hlm 85.
38
Suhanim Abdullah, 2010, “Pemikiran Ulama Banjar di Kedah: Satu Kajian Tentang Sheikh
Muhammad Taib, Tuan Hussein dan Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam”, Tesis PhD, USM, hlm 32.

144
destinasi penghijrahan mereka dalam usaha untuk mendapatkan kehidupan yang

lebih baik.39

Orang Banjar yang berhijrah ke Kedah agak kecil jika hendak dibandingkan

dengan orang Aceh dan Jawa. Oleh kerana orang berketurunan Melayu adalah

serumpun iaitu berasal dari Nusantara maka sudah pasti kedatangan mereka tidak

mendapat halangan dari pemerintah dan masyarakat setempat. Jika kedatangan

imigran dari China dan India ke negeri-negeri Melayu termasuk Kedah telah

menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang bangsa dan budaya, sebaliknya

imigran Indonesia pula telah menambah kepelbagaian budaya dan adat resam

masyarakat Melayu sendiri.40

Ulama41 dari Banjar yang turut berhijrah ke Kedah dan telah memberi

sumbangan kepada pembangunan institusi pendidikan pondok juga tidak kurang

pentingnya. Menurut Abu Daudi, Kadi Haji Suud iaitu anak kepada Sheikh

Muhammad Arshad al-Banjari telah singgah di Kedah dalam perjalanan pulang ke

Banjar dari menunaikan ibadat haji.42 Atas permintaan Sultan Kedah, Kadi Haji Suud

terus menetap di Kedah untuk mengajar ilmu agama kepada masyarakat tempatan.43

Selain daripada elemen ilmu, Institusi perkahwinan juga memainkan peranan penting
______________
39
Mohd Hanip Abdul Majid, 1978, “The Banjarese In Parit Empat, Selinsing, Perak”, dalam
Malaysian In History, xxi (1), hlm 121. Walaupun orang Banjar terdapat di merata negeri di
Semenanjung seperti di Muar, Kota Tinggi, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Bagan Datuk, Sungai
Manik dan Daerah Kerian namun maklumat dan keterangan mengenai mereka adalah sedikit. Tidak
ada rekod mengenai jumlah penduduk Banjar di Malaysia.
40
Zaharah Haji Mahmud, 1979, “The Evolution of Population and Settlement in the State of Kedah”
dalam Asmah Haji Omar (ed.), Darulaman, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm 144.
41
Ulama Banjar iaitu Tuan Mas’ud bin Abdullah al-Banjari (1710-1812) antara tokoh terawal yang
mengasaskan sistem pendidikan pondok di Kedah. Rujuk Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1998,
Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, DBP, KL, hlm 30-31.
42
Abu Daudi, 2003, Maulana Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari (Tuan Haji Besar), Mertapura:
YAPIDA, hlm 157.
43
Wan Mohd Shaghir Abdullah, 2001, Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu,
(JIlid 14), KL: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara, hlm 34.

145
dalam mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara orang Kedah dengan Banjar.

Kadi Haji Suud iaitu anak kepada Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari telah

berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan menetap di Titi Gajah.44 Oleh itu dapat

disimpulkan melalui agama Islam hubungan Kedah-Banjar menjadi erat selain

daripada beberapa faktor tolakan tersebut.

3.3.2 Orang Jawa

Masyarakat Jawa antara yang berjaya membina kehidupan yang baik dari

segi taraf hidupnya dan mampu mendirikan penempatan yang tetap dan kukuh

seperti juga dengan masyarakat Aceh. Kemasukan penghijrah dari Jawa disebabkan

kesan dari penjajahan Jepun iaitu semasa Perang Dunia Kedua. Di Semenanjung

Malaysia, orang Jawa paling ramai terdapat di Selangor dan Johor serta masih kental

dengan identiti asal mereka. Di Kedah kemasukan orang Jawa merupakan salah satu

impak kezaliman penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua apabila rakyat Jawa

dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan keretapi maut di Burma. Temubual

dengan penduduk kampung berketurunan Jawa juga mengesahkan yang datuk nenek

mereka berjaya melarikan diri dari kem pelarian dan dihantar menjadi buruh paksa di

Thailand.45 Hampir 300,000 pekerja dilaporkan terlibat dalam membina landasan

keretapi maut antara Thailand dengan Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer

ketika Perang Dunia Kedua. Kira-kira 60,000 pekerja yang terdiri dari tahanan

perang British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Belanda dan selebihnya

______________
44
Ahmad Abdul Garni Haji Said, 1976/77, “Tuan Hussein Kedah”, Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjana
Muda Sastera (Sejarah), KL: Universiti Malaya, hlm 17.
45
Temubual dengan Yahya bin Haji Sulaiman yang bermastautin di Kampung Jawa di daerah Baling,
Kedah pada Oktober 2015 merupakan generasi ketiga orang berketurunan Jawa. Beliau mempunyai
seorang adik iaitu cikgu Abdul Talib Haji Sulaiman yang mengajar di Sekolah Menengah Sains
Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

146
merupakan buruh paksa dari India, China dan Tanah Melayu. Sepanjang tiga tahun

pembinaan jambatan dan landasan tersebut, seramai 16,000 tawanan perang

dilaporkan maut manakala lebih 100,000 buruh dari ketiga-tiga negara Asia

dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Dasar Jepun ini kemudian telah dikecam

oleh pelbagai negara di dunia. Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000

rakyat di Tanah Melayu dikerah tenaga dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk

menjayakan impian besar negara Jepun dalam meluaskan empayarnya.46 Impaknya

ramai dalam kalangan orang Jawa telah dibawa ke utara iaitu menerusi Kedah terus

ke Thailand dan Burma.

Mereka yang berjaya melarikan diri dari pembinaan landasan keretapi maut

tersebut telah menetap di Kedah. Daerah yang ditujui mereka ialah di Baling iaitu

Mukim Tawar pada hari ini. Uniknya di Kampung Jawa masyarakatnya masih

bertutur dalam bahasa Jawa dan mengamalkan adat istiadat mereka. Temubual

dengan En. Yahya Sulaiman47 dan isterinya Pn. Mahani Sailon iaitu generasi ketiga

orang Jawa di Kedah menyatakan penempatan awal masyarakat Jawa bermula di

Baling iaitu tempat yang digelar Javanes Estate kemudian berpindah ke Batu 4, Jalan

Kuala Ketil. Bapa beliau ialah Sulaiman bin Saipin48 dan ibunya Esah binti Din49

merupakan generasi kedua yang masuk dan menetap di Kedah. Mereka

mengusahakan kegiatan ekonomi seperti penanaman tebu, ubi, padi huma, manisan

(gula merah), memugar tanah dan ternakan binatang. Hasil daripada usaha dan

______________
46
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20120901/ke_02/Cerita-sengsara-landasan-maut
(diakses pada 03.05.2015)
47
Beliau adalah seorang pesara tentera dan mempunyai 17 orang adik-beradik dari seorang ibu.
Kesemua adik-beradiknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti kecuali dirinya.
Temubual ini berlaku pada bulan Mac 2013.
48
Beliau telah dianugerahi Tokoh Maal Hijrah hasil daripada kejayaan merubah taraf ekonomi dan
menjadi contoh kepada masyarakat setempat.
49
Dianugerahi Tokoh Ibu Mithali yang ke 9 oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Nur Zahirah pada
21.11.2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

147
kepentingan masa depan, mereka berjaya mendidik kesemua anak-anak menjadi

manusia berilmu.

Kini terdapat lebih 170 orang keluarga yang berketurunan Jawa dalam

kampung tersebut dan komuniti ini semakin bertambah ramai dari setahun ke

setahun. Mereka juga antara masyarakat yang kaya kerana rajin berusaha untuk

meningkatkan taraf hidup dan membuka tanah pertanian. Hasilnya ramai dalam

kalangan mereka yang memiliki banyak tanah di Daerah Baling dan berjaya

mendidik anak-anak dengan jayanya. Masyarakat Jawa lebih terbuka jika hendak

dibandingkan dengan orang Aceh dalam aspek perkahwinan sewaktu mula-mula

tinggal di sini. Walau bagaimanapun mereka masih lagi mengekalkan adat budaya

dan bahasa Jawa sehingga berjaya merapatkan hubungan dengan masyarakat Jawa di

Selangor dan negeri-negeri yang lain. Hasil temubual mendapati masyarakat Jawa di

sini sering mengadakan lawatan sambil belajar dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan

sesama mereka misalnya dalam aspek kesihatan.50 Peta di sebelah adalah lokasi

kedudukan kampung orang Jawa di negeri Kedah iaitu Kampung Kuala Merah

______________
50
Masyarakat Jawa di sini mengadakan lawatan sambil belajar dan berkongsi pengalaman melalui
program Intervensi NCDP1M (Program Bersepadu Memperkasakan Komuniti) yang dirasmikan oleh
pegawai kesihatan Daerah Baling iaitu Dr. Hajjah Delima Kalsom. Pada 12 Jun 2011 pula NCDP1M
Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang Selangor telah melawat kampung mereka.

148
3.1: Lokasi penempatan orang Jawa di Kedah51

Selanjutnya untuk lebih jelas kedudukan kampung ini terletak di daerah

Baling iaitu dalam Mukim Tawar. Kedudukan kampung tersebut mengikut sempadan

di Utara ialah dengan Kampung Padang Pulai, sempadan Timur dengan Kampung

Tiban, sempadan Barat dengan Kampung Padang Geh dan sempadan Selatan dengan

Kampung Batu Lima. Keluasan kampung ini adalah dua batu persegi dengan 127

orang keluarga yang semakin berkembang iaitu melibatkan lebih dari 750 orang

______________
51
Penduduk Kampung Kuala Merah masih mengekalkan identiti masyarakat Jawa iaitu berkebolehan
berbahasa Jawa, mengamalkan adat dan budaya mereka. Kebanyakan dari mereka yang menetap di
situ memiliki kebun, mengusahakan penanaman kelapa sawit dan getah selain daripada penternakan
binatang. Komuniti mereka semakin ramai jika hendak dibandingkan dengan orang Aceh di Yan yang
semakin susut akibat dari merantau mencari rezeki ke kota, melanjutkan pengajian yang membawa
perpindahan untuk membina kerjaya baru dan berkahwin dengan orang luar.

149
penduduk berketurunan Jawa. Jumlah masyarakat di sini semakin bertambah setiap

tahun jika hendak dibandingkan dengan Kampung Aceh. Pekan yang terdekat ialah

Kuala Ketil iaitu sejauh tujuh kilometer dari kampung terbabit.

Komuniti orang Jawa di sini juga berjaya merancang dan melaksanakan

program-program untuk manfaat masyarakat setempat khasnya. Mereka mencipta

logo kampung, aktif dalam persatuan dan aktiviti belia.52 Gambar di bawah adalah

logo kampung mereka

Rajah 3.1: Logo Kampung Kuala Merah Di Baling, Kedah

Terdapat dalam kalangan mereka53 yang berjaya menjawat jawatan dalam sektor

perkhidmatan kerajaan iaitu pegawai kerajaan, pekerja kilang, kontraktor, pekebun

kecil, berniaga dan sebagainya. Penduduk kampung tersebut aktif berpersatuan

______________
52
Pada tahun 2011 kampung mereka telah mendapat peruntukan RM100,000 daripada Lembaga
Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM). Peruntukan ini disalurkan melalui badan bukan kerajaan
(NGO) iaitu Persatuan Diabetis Malaysia Cawangan Baling.
53
Pengkaji menemubual beberapa orang berketurunan Jawa di kampung tersebut pada November
2012, misalnya Encik Zulhilmi Paidi (berasal dari Klang, Selangor) memaklumkan yang adiknya
telah berkahwin dengan orang Jawa di kampung tersebut. Ia membuktikan jalinan kejawaan masih
kental apabila adat dan budayanya diamalkan seperti jamuan nasi ambang dan nasi berkat (pemberian
kepada tetamu) sewaktu kenduri-kendara dan bahasa Jawa masih digunapakai di rumah secara
meluas.

150
terutama dalam hal kebajikan iaitu menganjurkan kelas masakan, program Bina

Insan, program kesihatan dan lawatan luar, senamrobik dan seumpamanya. Malah

ikatan kejawaan mereka sangat kental meliputi negeri-negeri lain.

3.3.3 Orang Patani

Perentangan di antara komuniti Islam Patani dalam gerakan pemisahan

dengan kerajaan Thailand menjadi penyebab utama kepada penghijrahan mereka ke

Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Kerajaan Thailand dikatakan telah menindas

penduduk-penduduk di wilayah-wilayah yang melancarkan gerakan ini terutamanya

di Selatan Thai. Terdapat juga rakyat Patani termasuk ulama yang terpaksa

meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke Timur Tengah dan negeri-negeri jiran

termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.54 Selain itu, ramai ulama dari Patani

singgah dan mendalami ilmu agama di negeri-negeri sekitar Semenanjung Tanah

Melayu sebelum berangkat ke Mekah.55 Misalnya tokoh ulama Che Dol Gajah

Mati56 manakala Tuan Haji Hussein Che Dol57 pernah melanjutkan pelajaran ke

Pondok Haji Abdullah, Patani selama empat tahun sebelum berangkat ke Mekah.58

______________
54
Roff, William R, 1974, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: DBP, hlm 125.
55
Awang Had Salleh, 1991, “Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah”, Dokumentasi Sejarah Negeri
Kedah Darul Aman, Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah, hlm 101.
56
Che Dol dilahirkan pada tahun 1873 di Patani. Nama sebenarnya Ismail bin Mustafa merupakan
seorang ulama yang terkenal. Sewaktu berusia tujuh tahun beliau menuntut ilmu di Pondok Haji Wan
Abdul Kadir di Patani dan Pondok Tuan Minau, Seberang Perai. Beliau kemudian berangkat ke
Mekah selama lapan tahun dan pernah berguru dengan Syeikh Ahmad Patani di Masjidilharam.
Beliau seterusnya pernah mengajar di Pondok Tuan Haji Awang di Tualang. Jasanya dihargai apabila
mendapat sekeping tanah di Pendang untuk membuka pondok di Gajah Mati. Terkenal sebagai guru
agama dan pondoknya mendapat sambutan hebat apabila berlaku pertambahan kira-kira 500 pondok
kecil dengan pelajar-pelajar dari serata Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia. Kehebatannya
adalah dalam ilmu falak, mantik, nahu dan ilmu kebatinan serta seni mempertahankan diri. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1948. Rujuk Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, 1999,
DBP, KL, hlm 554-555.
57
Haji Hussein Che Dol adalah anak kepada Che Dol juga seorang ulama, nasionalis tempatan dan
ahli politik yang terkenal.
58
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, 1998, “Sejarah Sekolah Pondok di Kedah”, dalam Md. Noor
Salleh dan Abdul Halim Haji Salleh (eds), Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul
Aman Kedua: Islam Di Kedah Darul Aman, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm 214-
215.

151
Keamanan dan kestabilan politik setelah Kedah bebas dari kekejaman

pemerintahan tentera Ligor atau Siam (1821-1841) mendorong penghijrahan ulama-

ulama Patani ke Kedah yang tidak sanggup menderita di bawah pentadbiran Siam.59

Selain itu, faktor kekalahan rakyat Patani terhadap pemberontakan dengan Siam iaitu

pada 1831-1832 menyebabkan ramai ulama dan pengikutnya berhijrah ke Kedah dan

negeri di sekitarnya. Terdapat pondok-pondok di Kedah juga diasaskan oleh ulama

dari Patani seperti Tok Sheikh Jarum yang mengasaskan pondok Derga, Pak Cu Him

yang membuka pondok di Tajar, Tuan Haji Che Dol yang membuka pondok di

Gajah Mati dan Haji Ahmad Rabat yang membuka pondok di Chegar.60

Hubungan Kedah-Patani agak mudah kerana Kedah pernah diperintah oleh

Siam selama 22 tahun (1821-1843).61 Selain itu, masyarakat Islam di Patani juga

gemar merantau kerana pelbagai tujuan seperti mencari kediaman baru, mengajar

agama, menuntut ilmu, berdagang dan mencari perlindungan dari penindasan

kerajaan Siam. Penempatan masyarakat Patani juga bertebaran di serata negeri

Kedah dan menjadi kukuh juga disebabkan institusi perkahwinan dengan komuniti

setempat.

Demikianlah beberapa contoh suku-suku perantau Melayu di sekitar

Nusantara yang telah menetap dan menikmati kejayaan dalam hijrahnya ke Kedah.

Jika hendak dihitung ramai lagi suku Melayu seperti Kemboja dan yang peranakan

______________
59
Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2008, “Sejarah Islam di Kedah: Hubungan dan Peranan Kesultanan
Kedah Dalam Perkembangannya”, Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Perkembangan Islam
di Kedah, KUIN, 8 Julai 2008, hlm 7.
60
Zahidi Dato’ Haji Zainol Rashid, 1998, “Sejarah Sekolah Pondok di Kedah”, dalam Md. Noor
Salleh dan Abdul Halim Haji Salleh (eds), Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul
Aman Kedua: Islam Di Kedah Darul Aman, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, hlm 214.
61
Abdul Rahman Abdullah, 1998, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, KL dan Pulau
Pinang: DBP dan USM, hlm 31.

152
terdapat di Kedah iaitu berketurunan Arab dan India. Natijah daripada perkara ini

menyebabkan negeri Kedah mempunyai pelbagai sub-budaya Melayu.

3.4 Faktor Penarik Dan Penolak Migrasi Aceh ke Kedah.

Faktor penarik yang utama ialah kedudukan Kedah dari sudut geografi iaitu

hampir dengan Aceh dan semasa pendudukan Belanda, orang Aceh sukar dibezakan

dengan masyarakat Kedah. Belanda juga sukar untuk menjejaki orang Aceh yang

datang ke negeri Kedah yang menyebabkan berkembangnya gerakan nasionalisme

anti-Belanda di Kedah. Orang Aceh di Yan telah membantu saudaranya di Aceh

dalam menentang Belanda dengan menyediakan dana berupa wang untuk membeli

senjata dan sokongan moral. Perjuangan mereka dengan mewujudkan “Pakatan

Dalail” iaitu kumpulan yang belajar kitab Dalail di surau yang mengumpul dana dari

hasil pertanian. Semangat patriotik yang kuat ini sukar ditentang oleh Belanda

walaupun mereka berjaya menguasai Aceh.

Bukan sahaja golongan lelaki yang berjuang menentang Belanda tetapi pihak

wanita juga bersama-sama menyumbang untuk meningkatkan semangat patriotik.

Golongan wanita mewujudkan “Pakatan Beras Segenggam” dengan mengasingkan

segenggam beras setiap kali mereka memasak nasi. Simpanan beras ini akan dijual

untuk mendapatkan wang bagi membeli senjata dalam membantu perjuangan saudara

mereka di Aceh.

153
Sultan Kedah Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah62

memberikan sokongan dalam menyediakan kawasan untuk pertanian kepada mereka

untuk mengembangkan kepakaran dalam bidang tersebut seperti penanaman lada,

getah dan padi. Malah baginda juga tiada sekatan ke atas orang Aceh untuk masuk ke

sini. Sultan juga memberi perkenan ke atas sistem pendidikan Islam yang

dilaksanakan oleh mereka kepada masyarakat di Kampung Aceh khasnya dan orang

Melayu di sekitarnya agar bersama-sama menyumbang ke arah kehidupan yang lebih

baik. Negeri Kedah yang aman, tanah yang subur, suasana yang harmoni serta

banyak peluang ekonomi antara faktor kebanjiran migrasi ke sini. Bermulanya era ini

orang Aceh telah memilih Kedah untuk bermastautin secara tetap sehingga mencapai

kemerdekaan dan hingga kini.

Orang Aceh kemudiannya tidak hanya memilih Kampung Aceh sebagai

kawasan petempatan mereka. Mereka telah tinggal di Sungai Limau Dalam,63 Ruat

dan Pekan Yan. Yan juga terletak berhampiran dengan Pulau Pinang yang

memudahkan mereka berniaga dengan orang Aceh di pulau tersebut. Pemilikan

rumah kedai di Pekan Yan menyebabkan perniagaan mereka berkembang maju dan

menjadikan Pekan Sehari atau Nat sebagai sumber pendapatan utama. Mereka juga

berniaga di Alor Setar dan Pekan Rabu. Pekan Sehari adalah hasil usaha Tunku

______________
62
Pada 28 Julai 1966 Tuanku Sultan telah melakukan upacara memecah batu menandakan permulaan
Projek Pengairan Muda yang menelan belanja RM228 juta untuk menanam padi dua musim bagi
pesawah-pesawah di utara negeri Kedah dan Perlis. Kesannya ia memberi faedah kepada 48,000
keluarga petani dan mencapai matlamat mencukupkan keperluan makanan negara. Kawasan ini
meliputi Daerah Yan iaitu petempatan orang Aceh. Rujuk Warisan Sejarah Kedah Darul Aman, 2003,
Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 22.
63
Tempat kelahiran tiga orang adik- beradik yang dikenali sebagai Allahyarham Datuk Abdullah
Hussein merupakan penulis dan novelis yang diangkat sebagai Sasterawan Negara kelapan. Abdullah
Hussain juga telah dianugerahi Pingat Jawa Hukom Ngon Adat Lembaga Kebudayaan Aceh (LAKA)
1995. Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein pula seorang pelukis tersohor yang mengharumkan nama
Malaysia ke pesada dunia. Seterusnya Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein pula
pakar kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan Melayu. Kesemua mereka adalah berketurunan Aceh
dan lahir di Yan, Kedah.

154
Yaakob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah yang cuba untuk meningkatkan

taraf hidup orang Melayu dalam bidang perniagaan. Tunku Yaakob sedar masyarakat

Melayu Kedah ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan masyarakat Cina

kerana tumpuan yang lebih terhadap sektor pertanian terutamanya mengusahakan

tanaman padi.64 Justeru itu, pada tahun 1920-an Tunku Yaakob telah menubuhkan

sebuah pusat perniagaan di Tanjung Chali untuk menjana pendapatan masyarakat

Melayu. Wujudnya pusat perniagaan di Tanjung Chali secara tidak langsung

menyemai semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu.65 Pekan Sehari

berjaya menjana ekonomi orang Melayu, sehingga tahun 1943 di Daerah Kota Setar

sahaja terdapat 27 buah Pekan Sehari.66 Jika dihitung dari segi jumlah peniaga yang

terdapat di Pekan Sehari di Kedah, peniaga Acehlah yang paling ramai. 67 Peniaga

Aceh adalah peniaga yang mewakili masyarakat Melayu tempatan berniaga di kedah,

berdaya saing dengan peniaga Cina dan India yang sinonim menjalankan perniagaan

sama ada secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan.68

Oleh itu, dapat dikatakan orang Aceh memberi sumbangan dalam aspek

ekonomi dan kejayaan mereka telah memberi galakan kepada saudaranya di Aceh

untuk turut sama ke sini. Hasil tinjauan pengkaji di Aceh ternyata masyarakat di sana

yang masih mempunyai hubungan erat dengan saudaranya di sini. Apabila pulang ke

______________
64
Tempawan Ahmad, 1988, “Pekan Rabu Dari Segi Sejarah dan Perkembangannya di Bandar Alor
Setar”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, KL, hlm 6.
65
Tempawan Ahmad, 1990, Pusat Perniagaan Orang-orang Melayu Di Tanjung Chali, dalam Alor
Setar 250 Tahun 1735-1985, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, hlm 219.
66
SUK 101/2487.
67
Khairool Anuar Haji Hashim, 2014, “Pekan Sehari dan Sumbangan Peniaga Aceh di Kedah”, dalam
Seminar 23rd Conference Of The International Association Of Historians Of Asia 2014 (IAHA 2014),
23-27 Ogos 2014, TH Hotel Alor Setar, Kedah, hlm 3. Menurut Khairool orang Aceh terkenal sebagai
peniaga dan perniagaan yang diusahakan oleh nenek moyang mereka telah diwarisi oleh zuriatnya.
Barangan dagangan seperti kopi, tembakau, kain, pisau, parang, cangkul dan kapak adalah kepakaran
pertukangan mereka.
68
SUK 71/136.

155
Kedah pengkaji telah menemui keluarga berkenaan untuk membuktikan hubungan

silaturrahim masih teguh sekaligus memberi sumbangan besar iaitu hubungan timbal

balik yang menguntungkan.69

Hasil dari temubual yang dijalankan dengan tokoh-tokoh Aceh dalam kajian

ini, kebanyakan mereka mengakui bahawa faktor penjajahan Belanda juga

merupakan salah satu sebab penghijrahan. Rakyat Aceh di negaranya dan di luar

negara telah bersatu tenaga berkorban harta dan nyawa dalam menentang Belanda

sehinggakan setiap bumi di Aceh dibanjiri darah pejuang. Diceritakan sepanjang

jalan di desa atau di kota, kaki akan mudah tersandung batu dan terdapat banyak

tunggul yang merupakan serpihan batu nisan. Sesetengahnya terdiri daripada batu

gondol bulat yang tidak sempat diukir sebagaimana dinyatakan oleh Siti Zainol

Ismail iaitu “ramai pelancong bertanya kenapa banyak kuburan di merata tempat?

Begitulah perjuangan kami. Kini kami hidup dengan roh pejuang yang jasadnya di

bawah sana (di dalam kuburan itu),” jelas sahabat itu lagi. 70 Perkara ini

menggambarkan tanah Aceh penuh dengan perajurit yang syahid di medan perang.

______________
69
Pengkaji sebelum ini pernah membuat kajian mengenai migrasi Kedah-Aceh bagi melihat hubungan
dua hala dari pelbagai perspektif. (Haslinda Hasan,2013, “Komuniti Masyarakat Aceh Di Kedah: Satu
Kajian Historikal Pembinaan Negara Bangsa Melayu Di Negara Seberang”, dalam prosiding Seminar
Ketahanan Nasional Indonesia-Malaysia: Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa Glokal, 4-7
September 2013, Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah, Medan Indonesia; 2014, “Perantau
Yang Diterima: Diaspora Aceh Ke Kedah Dari Aspek Historikal”, dalam Seminar 23rd Conference Of
The International Association Of Historians Of Asia 2014 (IAHA 2014), 23-27 Ogos 2014, TH Hotel
Alor Setar, Kedah; 2015, “Kedah Sebagai Pusat Penghijrahan Perantau Melayu”, Seminar
Antarabangsa Sejarah Lisan Dalam Perspektif Warisan dan Budaya Malaysia, 21-23 Ogos 2015,
Starin Resort, Satun, Thailand; 2016, “Diaspora Aceh ke Kedah: Transformasi Budaya dan Cabaran”,
dalam Seminar Serantau Indonesia-Malaysia, 18 Febuari 2016, Universitas Islam Negeri (UIN)
Alauddin Makassar, Indonesia). Manakala kajian yang sedang berjalan ialah penyelidikan bertajuk
“Indeks Pencapaian Komuniti Migrasi Malaysia: Profil dan Pengkategorian Komuniti Aceh Malaysia
Bagi Keperluan Sektor Sosial dan Ekonomi”, geran FRGS, 2015-2017.
70
Siti Zainon Ismail, 2009, Acheh Suara Dari Hujung Tambak, DBP, Kuala Lumpur, hlm xv.

156
Seterusnya konflik Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan tentera militer

Indonesia juga menyumbang kepada migrasi keluar Aceh ke Kedah. Konflik tersebut

berlanjutan dari tahun 1976 sehingga 2003.71 Menurut Antje Missbach pergerakan

keluar berlaku dengan banyak sekitar tahun 1990-an. Politik jarak jauh yang

mendukung perjuangan GAM untuk merdeka daripada Indonesia dengan melawan

pasukan keamanan Indonesia. Aceh juga memohon sokongan daripada negara-

negara barat untuk menentang pemerintahan Sukarno.72 Aceh akhirnya digelar

Daerah Operasi Militer (DOM) pada tahun 1992. Impaknya orang Aceh di Malaysia

menyatakan terdapat latihan perang untuk sekolompok orang Aceh yang tinggal di

Kedah.73 Perkara ini menunjukkan walaupun orang Aceh berada di negeri lain

namun perasaan kekitaan yang erat dan patriotisme adalah tinggi.

Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakan orang Aceh dalam gelombang

kedua ini datang ke Kedah atau Semenanjung Tanah Melayu untuk menaik taraf

ekonomi mereka. Kedatangan orang Aceh ke Kedah bermula pada tahun 1900

berhijrah secara beramai-ramai dalam satu keluarganya atau mempunyai ikatan

persaudaraan sesama mereka. Terdapat tiga orang bersaudara dengan pertalian adik-

beradik telah berhijrah ke Kedah.74 Mereka kemudiannya tinggal di Kampung Ruat

______________
71
Konflik GAM dengan Militer Indonesia diwakili oleh Yudhoyono telah mencapai persepakatan
perdamaian yang ditandatangani di Helsinki pada 15 Oktober 2005.
72
Antje Missbach, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran Tentang Konflik
Separatis di Indonesia, Penerbit Ombak, Yogyakarta, Indonesia, hlm 56.
73
Ibid, hlm 53.
74
Encik Miftachhuddin Cut Adek ditemubual pada Disember 2010 di Banda Aceh, Aceh. Beliau
menetap di Kampung Lambada Chok, Kecamatan Baitussalam, yang merupakan cucu saudara ulama
terkenal Aceh yang menetap di Kedah iaitu Haji Nyak Gam. Beliau bekerja sebagai pensyarah di
Universiti Syiah Kuala dan merangkap Setiausaha Lembaga Adat Laut Aceh. Menurut beliau datuk
saudaranya telah berhijrah ke Kedah sewaktu beliau masih kecil Datuk beliau mempunyai 4 orang
adik-beradik dan tiga darinya telah berhijrah ke Kedah. En. Ishak B. Abdullah adalah bapa saudaranya
yang dilahirkan di Sungai Petani. Manakala abang beliau pula pernah dibawa oleh datuknya untuk
berniaga ke Pulau Pinang. Apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris dan berlakunya konflik
Aceh beliau pulang semula ke Aceh dengan membawa bersama senjata untuk menyokong perjuangan

157
iaitu Haji Nyak Gam, saudaranya yang lain menetap di Sungai Petani dan Sungai

Layar sejak tahun 1900-an iaitu zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Walau

bagaimanapun mereka masih berulang alik untuk berniaga ke Terengganu. Pada

sekitar tahun 1900 mereka mampu memiliki kapal layar yang besar untuk tujuan

perdagangan. Pelayaran mereka sehingga ke Terengganu bertujuan untuk berniaga

dan telah membuka sebuah pulau yang dinamakan Pulau Panglima Abu. Ramai

dalam kalangan mereka tinggal buat sementara waktu di pulau berkenaan sebelum

meneruskan pelayaran ke Pulau Perhentian.

Akibat dari peperangan juga kemudian timbul konflik perdagangan di Selat

Melaka dan Tanah Melayu akibat penjajahan asing yang telah membawa kepada

penghijrahan beramai-ramai orang Aceh ke Kedah. Anak kepada Haji Panglima

Yusof iaitu Abdul Cut Nyak Abdullah misalnya telah singgah ke Kedah sambil

berdagang, beliau kemudiannya berjaya memiliki banyak tanah di Sungai Petani.75

Setelah ke Ruat mereka menuju pula ke Kampung Aceh di Yan lalu menetap di situ

sehingga kini. Salah seorang tokoh yang berjaya membina kehidupan dalam

komuniti Aceh di sini ialah Nyak Gam. Beliau telah berjaya membina empayar

perniagaan sehingga menjadi tokoh hartanah di Kedah. Hartanya banyak dilaburkan

untuk faedah masyarakat Aceh. Teuku Nyak Hitam pula merupakan saudara mereka

yang telah membuka Masjid Aceh di Pulau Pinang. Beliau 76 menyatakan yang Haji

Nyak Gam mempunyai tiga orang isteri.77 Hasil temubual ini membuktikan keluarga

menentang Belanda. Haji Panglima Yusof adalah abang kepada datuknya yang bertanggungjawab
melatihnya menjadi pedagang. Lihat gambar beliau pada Lampiran 3.
75
Encik Miftachhuddin Cut Adek juga menceritakan tanah saudaranya di sini kebanyakannya ditanam
dengan lada hitam. Ia adalah salah satu kemahiran orang Aceh dalam menghasilkan lada yang
bermutu.
76
Encik Miftachhuddin Cut Adek.
77
Isteri pertama tiada anak, isteri kedua seorang anak dan isteri ketiga ialah orang Melayu Kedah
yang mempunyai seorang anak iaitu Abdullah tetapi telah meninggal dunia akibat kemalangan.

158
Nyak Gam berperanan dalam meningkatkan taraf ekonomi di Kedah lantas berjaya

memiliki kekayaan di sini serta ramai yang telah menjadi warganegara Malaysia.

Kemahiran keluarga mereka berkaitan laut dan perkapalan telah diwarisi oleh

generasi berikutnya.78

Teungku Haji Hasan Krueng Kalee79 pernah ke Yan untuk belajar ilmu

agama tetapi pulang semula ke Aceh. Penulis berkesempatan melawat ke sekolah

agamanya yang dikenali sebagai Dayah Darul Ihsan80 yang kini ditadbir oleh cucu

ulama terbabit. Sekolah ini dari dahulu dibiayai oleh kerajaan Turki dan banyak

melahirkan pejuang untuk melawan Belanda. Selepas dari kejadian tsunami pada

tahun 2004 Turki masih meneruskan dana bagi pembiayaan dan pembangunan di

sekolah ini.81

Beberapa temubual yang dijalankan membuktikan masyarakat Aceh atau

warganegaranya ramai yang berhijrah ke Malaysia untuk menuntut ilmu dan bekerja.

Apabila mereka beroleh kekayaan maka akan pulang semula ke Aceh. Ini kerana

ramai di antara mereka yang mempunyai pertalian saudara dengan orang Aceh di

______________
78
Encik Miftachhuddin Cut Adek telah meneruskan legasi keluarganya apabila mahir dalam soal
kelautan dan dengan menganggotai Sekretariat Panglima Laut Aceh, beliau dapat melaksanakan dan
memastikan undang-undang serta akta berkaitan laut yang perlu dipatuhi oleh masyarakatnya. Beliau
juga menerbitkan buku-buku berkaitan perlautan atau maritim. Walau bagaimanapun beliau belum
pernah sampai ke Kampung Aceh di Yan Kedah dan kejayaan keluarganya di sini hanya disampaikan
melalui lisan oleh adik-beradiknya yang lain.
79
Isteri Encik Miftachhuddin Cut Adek mempunyai datuk yang bernama Teungku Haji Hasan Krueng
Kalee. Penduduk Aceh di Kedah sangat menghargai jasa dan sumbangan Teungku Haji Hasan Krueng
Kalee dalam memperkembangkan syiar Islam dan namanya tidak dilupakan sehingga kini. Lawatan
daripada keturunannya dari Aceh dan Yayasan Darul Ihsan Teungku Hasan Krueng Kalee telah
mengeratkan lagi jalinan persaudaraan dengan masyarakat di Kampung Aceh. Seterusnya kerjasama
di bidang akademik dan sosial berjaya memperkukuhkan hubungan tersebut.
80
Dayah ini berjaya melahirkan ramai ulama dan guru-guru agama seperti Teungku Haji Mudawaly
Al-Khalidy, Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddiqie, Teungku Haji Muhammad Idris Lamnyong,
Teungku Haji Adnan Bakongan, Teungku Haji Muhammad Daud Zamzamy dan sebagainya. Para
pelajarnya juga ada yang berasal dari Kedah khasnya dan Malaysia amnya serta Indonesia.
81
Pengkaji telah diberi penerangan mengenai sejarah sekolah dan tokoh ulama serta sukatan
pengajaran yang diajar oleh kakitangan dan guru-guru sekolah tersebut.

159
Malaysia. Segala bantuan82 dan peluang telah diberikan agar saudara mereka sama-

sama menikmati taraf sosio-ekonomi yang baik.

Pada masa kini ramai dalam kalangan orang Aceh yang bermastautin di

Kedah dan Perlis dan mengusahakan tanaman padi telah menjadi warganegara

Malaysia. Rujuk lampiran 4 di belakang untuk melihat salasilah keluarga83 orang

Aceh yang pernah tiba ke Kedah dan Malaysia amnya. Namun terdapat juga dalam

kalangan keluarga mereka di Aceh tidak pernah sampai ke Kedah tetapi hubungan

persaudaraan lampau sedia terjalin dan tidak pernah putus kerana ramai saudara-

mara di Malaysia selalu berkunjung ke Banda Aceh. Hal ini membuktikan hubungan

persaudaraan ini walaupun jauh tetapi tidak pernah putus. Begitu juga dari aspek

sosiologi dan sejarah lampau hubungan kedua-dua negeri ini memang erat dalam

kalangan rakyat terutama dari aspek perkembangan syiar Islam.84

______________
82
Kini bantuan juga diberikan kepada saudaranya dari Aceh untuk menjalankan perniagaan khasnya
di Malaysia iaitu bantuan sewa beli rumah kedai, modal atau pinjaman yang menyebabkan faedah
ekonomi dimonopoli oleh mereka berbanding masyarakat setempat.
83
Encik Abu Bakar Bin Shafie yang ditemubual pada November 2010. Berumur 70 tahun,
mempunyai lapan orang anak, berasal dari Banggalang Sigli Kacamatan Pidie dan pesara TELKOM
serta kini menetap di Banda Aceh. Lihat lampiran 4 iaitu salasilah keluarganya. Kebanyakan daripada
saudara beliau telah menjadi warganegara Malaysia namun ikatan kekeluargaan tidak terputus tetapi
tetap saling berhubung sehingga kini. Ramai saudaranya yang menetap di Jitra, Langkawi, Perlis dan
Kuala Lumpur. Saudara mara beliau antaranya ialah Haji Jafar bin Salleh bin Ahmad menetap di Kg.
Sungai Baru, Jalan Simpang Empat Perlis, En. Mohd Isa Arshad di Kampung Pengkalan Asam,
Kangar Perlis, saudara yang tinggal di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Ridwan Abd Halim dan Hj. Abd
Halim Abd Gani, Wan Nazri Abd Halim di Kuala Lumpur dan Suhaimi Hassem di Batu Caves
Selangor. Ternyata semua keluarganya yang berhijrah ke sini memperolehi kejayaan dalam
hidup.Lihat lampiran 5 gambar Abu Bakar Bin Shafie.
84
Pengkaji telah menemubual Husaini Ibrahim di Universiti Syiah Kuala (Unsyiah) dan berlanjutan
ke rumahnya di Banda Aceh untuk mendapatkan maklumat lain berkaitan pensejarahan dan hubungan
lampau terutama dari aspek perkembangan syiar Islam. Lihat gambarnya di lampiran 5. Beliau
menyatakan perkembangan syiar Islam di Aceh telah menyumbang kepada hubungan serantau yang
erat antara negeri-negeri di Nusantara sehingga ke negara asing. Berdasarkan bukti arkeologi berupa
batu-batu nisan (termasuk makam para sultan dan ulama) menunjukkan pengaruh Aceh sangat luas ke
atas budaya dan politik di Nusantara. Beliau menegaskan akibat dari syiar Islam yang kukuh di Aceh
menyebabkan negeri Kedah turut menerima tempiasnya. Kedah menjadi destinasi utama mereka
untuk menetap dan tinggal di situ. Malah sehingga kini kepentingan Pulau Pinang sebagai destinasi
untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan terutamanya akibat dari kos yang murah berbanding ke
Jakarta. Hubungan Kedah-Aceh juga erat hasil dari hubungan intelektual, dialog dan persefahaman di
antara golongan akademik yang memberi sumbangan dari sudut keilmuan. Selain tokoh-tokoh di atas
penulis juga menemubual ramai lagi dalam kalangan masyarakat Aceh di Aceh yang pakar dan
mempunyai pengetahuan dan pengalaman hidup dalam selok-belok hubungan Kedah-Aceh yang sedia

160
3.5 Kesimpulan

Bidang keilmuan dan agama telah membawa penghijrahan orang Aceh serta

mendorong kepada perkembangan pendidikan dan intelektual di Kedah.

Perkembangan ini bukan sahaja memberikan nilai tambah dalam aspek

kemasyarakatan setempat (iaitu di Kedah), bahkan dalam masa yang sama ia

sebenarnya telah menjadi satu faktor dalam pembentukan jati diri yang kuat serta

pengekalan semangat bagi penghijrah-penghijrah Aceh. Walaupun jauh di seberang

faktor jarak tidak menghalang perhubungan sesama mereka terutama dalam ikatan

kekeluargaan. Mereka juga bangga dan boleh bercerita mengenai salasilah

keturunannya agar anak cucu tidak lupa dari mana asal mereka. Hasil penyelidikan

ini juga mendapati hubungan kekeluargaan erat bukan sahaja dalam diri mereka

malah turut membantu orang yang berdarah Aceh apabila mereka dalam kesusahan.85

Misalnya hartawan Haji Nyak Gam yang menetap di sini dan seluruh

keluarganya berjaya mewarisi kekayaan yang banyak dan memberi sumbangan

kepada masyarakat setempat apabila sering menderma bagi tujuan pendidikan dan

pembinaan klinik-klinik kesihatan setempat.

Pekerjaan dan kemahiran mereka mengenai dalam bidang pertanian,

petukangan dan pembuatan barangan yang dilakukan di Aceh diteruskan di Kedah.

Misalnya di wilayah Pidie Aceh adalah kawasan tanah pamah yang subur bagi

terjalin. Lihat lampiran 6 iaitu gambar Razali Chaidar selaku Ketua Kampung Keudah dan pejabat
Ketua Kampung Keudah.
85
Hasil temubual dengan Ketua Kampung Aceh memberitahu bahawa masyarakat Aceh di Malaysia
sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang Aceh yang datang untuk mencari rezeki di sini.
Terdapat dalam kalangan mereka yang menjalankan perniagaan atas nama orang Aceh warganegara
Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam bidang perniagaan.
Mereka berniaga kain dan pakaian, membuka gerai makanan dan seumpamanya di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur.

161
penanaman padi dan apabila ke Kedah kepakaran ini diteruskan tanpa masalah.

Begitu juga dengan penanaman tanaman lain seperti lada hitam, cengkih, pokok

buah-buahan, menjadi nelayan, pembuatan songkok, pertukangan rumah, menjahit

dan sebagainya. Oleh itu, mereka boleh menyesuaikan diri dengan mudah di negari

baru. Kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Aceh di Kedah dipengaruhi oleh faktor

adaptasi mereka dengan budaya serumpun yang baru dan kekuatan jiwa mereka

menerima suasana baru dalam kehidupan. Namun begitu satu elemen yang tidak

kurang penting dalam mempengaruhi kejayaan mereka ialah kebolehan mereka

mengaplikasikan kepakaran yang mereka telah kuasai di Aceh dalam bidang

pertanian dan perniagaan di Malaysia amnya dan negeri Kedah khasnya. Rangkaian

perhubungan kekeluargaan dengan keluarga asal di Aceh yang berbentuk hubungan

timbal balik ini memberi faedah dalam pelbagai lapangan seperti dalam aspek

ekonomi khususnya bagi kedua-dua belah pihak.

162
BAB 4

KESAN PENEMPATAN ORANG ACEH KE ATAS SOSIOEKONOMI

KEDAH

4.1 Pendahuluan

Kemuncak hubungan Kedah-Aceh boleh dilihat dari kejayaan komuniti Aceh

meningkatkan taraf hidup dari aspek sosial dan membina empayar perniagaan dan

ekonomi yang mantap. Bab ini mengupas secara terperinci faktor-faktor penarik

penghijrahan mereka ke Kedah dan strategi mereka dalam mengatur kehidupan yang

telah mempengaruhi kejayaan tersebut. Kejayaan mereka juga telah menjadi inspirasi

kepada masyarakat mereka di Aceh untuk sama-sama berhijrah bagi kesejahteraan

hidup.

Orang Aceh sangat mengutamakan tanah leluhur dan mengekalkan hubungan

silaturrahim dengan sanak saudara serta rakan-rakan daripada negara asal. Sejarah

kekeluargaan dan perjuangan mereka telah disebarkan secara lisan kepada generasi

muda dengan meluas. Sehubungan itu, sering terdapat kunjungan oleh pelajar-

pelajar1 dari institusi pengajian tinggi yang berasal dari Aceh ke beberapa tempat di

Kedah terutamanya ke Kampung Aceh bagi mengetahui lebih lanjut dan mendalami

sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke sini. Usaha menyambungkan hubungan

kekerabatan dengan masyarakat asal di Aceh, menyalur maklumat dan mengekalkan

kisah sejarah perantauan mereka giat dijalankan. Masyarakat Aceh di Kedah pula

telah mengadakan inisiatif seperti forum, kerjasama dari aspek penerbitan iaitu
1
Temubual dengan pelajar-pelajar dari Aceh yang melanjutkan pelajaran ke universiti Utara Malaysia
(UUM) seramai 5 orang bagi mendapatkan gambaran dan maklumat mengenai sebab dan pemilihan
mereka untuk melanjutkan pelajaran ke sini.

163
dalam media cetak dan elektronik, seminar, dialog, lawatan dan seumpamanya.

Langkah ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas mengenai hubungan

Kedah-Aceh dalam aspek sejarah. Hal ini menyebabkan universiti-universiti di

Malaysia dan Kedah khasnya menjadi pilihan mereka disebabkan banyak peluang

untuk meningkatkan taraf hidup.2

Apabila ditinjau dari segi kejayaan yang telah dicapai oleh masyarakat Aceh

di Kedah ia dapat dikaitkan dengan pelbagai aspek. Dalam aspek sosial jelas

menunjukkan mereka merupakan satu kumpulan yang cukup kuat berpegang kepada

jatidiri dan perpaduan di antara mereka. Mereka gemar melibatkan diri dalam

pelbagai program kemasyarakatan seperti di peringkat daerah, negeri, dan

persekutuan. Sifat keusahawanan (enterprenuership) jelas tergambar dari inisiatif

mereka menubuhkan koperasi dan persatuan-persatuan perniagaan. Namun begitu,

disebalik kejayaan mereka satu ciri khusus yang terdapat dalam kalangan masyarakat

Aceh di Kedah ialah sifat tekad dan kecekalan dalam mengekalkan adat resam

mereka. Kesemua ini merupakan ciri-ciri utama yang boleh membezakan mereka

dengan orang Melayu tempatan.

2
Pelajar Aceh yang memasuki UUM menyatakan terdapat dalam kalangan rakan-rakannya yang
menjadi peniaga kecil-kecilan di sini. Misalnya untuk menampung kos hidup dan yuran pengajian,
mereka berniaga kuih-muih termasuklah pisang goreng di bandar Jitra dan Tanah Merah. Terdapat
juga pelajar yang membekalkan makanan iaitu menjual lauk pauk dalam kalangan pelajar di Dewan
Penginapan Pelajar atau Inasis. Selain dari bantuan kewangan daripada masyarakat Kedah yang
berketurunan Aceh, terdapat juga orang tempatan yang sudi memberi bantuan dalam bentuk peralatan,
kewangan dan tempat tinggal kepada mereka. Rakan Aceh saya sendiri yang merupakan mahasiswa di
UUM menyatakan di Alor Setar ramai orang berketurunan Aceh memiliki teksi dan kereta sewa.

164
4.2 Pengekalan Identiti Orang Aceh

Fokus utama kajian ini ialah untuk meninjau kejayaan komuniti Aceh di

Kedah dan strategi yang telah diatur oleh masyarakat mereka. Faktor ekonomi dan

keamanan di Kedah menjadi faktor yang begitu menarik perhatian mereka, ini diakui

kebenarannya oleh penduduk-penduduk Kampung Aceh yang ditemui3 sebelum ini.

Sejak awal kedatangan mereka di Kedah, masyarakat ini bergerak aktif dalam

memacu kegiatan ekonomi. Aceh dan Kedah kedudukannya di tepi laut sedah pasti

dalam kalangan rakyatnya yang menjadi nelayan, menjalankan perdagangan dan

menjual hasil hutan serta makanan. Pelbagai perancangan diatur dan setiap tahun

diadakan mesyuarat agung tahunan oleh persatuan-persatuan yang menjaga

kesejahteraan mereka termasuklah badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang

berkenaan untuk merangka dan mengenalpasti segala bentuk keperluan dan masalah

yang dihadapi oleh komuniti mereka. Malah kejayaan mereka dalam aspek sosial,

ekonomi dan politik boleh dijadikan satu contoh masyarakat yang bersatu dan

bekerjasama. Kejayaan mereka telah turut dikongsi bersama-sama dengan

masyarakat Aceh di Aceh.

Berbalik kepada sejarah di awal hubungan kedua-dua negeri, kekuasaan Aceh

ke atas negeri Kedah hanya memakan masa lebih kurang dua puluh tahun sahaja.

Walaupun berada di bawah kekuasaan Aceh, Kedah bebas memerintah sendiri.

Walaupun demikian, signifikannya kuasa Aceh ke atas politik Kedah boleh dilihat

melalui perlantikan anak raja Kedah sebagai Sultan Kedah oleh sultan Aceh

(SIMMA) bagi menggantikan ayahandanya yang ditawan pada tahun 1619.

3
Kamariah Ahmad, 1976, “Sejarah Orang-orang Aceh Di Kampung Aceh Yan Kedah”, Tesis sarjana,
UKM, hlm 11.

165
Walaupun berhak memerintah sendiri secara bebas, baginda bersama-sama rakyat

telah menghadapi kesusahan akibat peperangan yang membawa kepada masalah

sosioekonomi yang teruk di Kedah pada zaman tersebut. Dalam bab yang sebelum

ini telah diterangkan bahawa Sultan Sulaiman Shah dan keluarganya serta pegawai

istana yang dianggarkan seramai tujuh ribu (7000) orang telah ditawan dan dibawa

ke Aceh.4 Pada zaman itu berlakunya hubungan timbal balas iaitu kemasukan orang

Aceh ke Kedah dan sebaliknya sama ada untuk berdagang atau melawat saudara-

maranya dan pergerakan dalam kalangan rakyat di kedua-dua buah negeri berlaku

dengan bebas.

Orang Aceh terkenal dengan kemahiran dalam kegiatan perladangan lada

hitam. Kemahiran ini telah digunakan untuk menyara kehidupan mereka semasa

berada di Kedah. Seterusnya terdapat dalam kalangan orang Aceh yang datang ke

sini terutama semenjak dari zaman penjajahan Belanda sehinggalah tamat perang,

mereka membawa bersama barangan berharga dan mempunyai kemahiran seperti

berniaga, bertenun, bertukang dan seumpamanya. Kemahiran mereka diwarisi turun-

temurun dan warisan budaya juga dikekalkan. Adat perkahwinan, pakaian, bahasa,

masakan, perhiasan diri dan cara hidup masih diamalkan sehingga kini. Selaras

dengan perkembangan semasa dan globalisasi masyarakat Aceh di Kedah juga

memberi ruang dan tempat kepada masyarakat Melayu tempatan untuk memasuki

hidupnya menerusi perkahwinan, perhubungan dalam pekerjaan, kerjasama dalam

program-program kemasyarakatan, pendidikan yang sama dan hidup yang harmoni

ini menyepadukan seluruh masyarakat tanpa membezakan suku-suku Melayu.

Namun hanya masyarakat di Kampung Aceh Yan, Kedah sahaja yang masih tinggi
4
R. Bonney, 1971, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, hlm 15-16.

166
pegangan jati diri, adat dan budaya berbanding masyarakat Aceh di tempat-tempat

lain.5

4.3 Proses Asimilasi

Tinjauan dan hasil temubual penulis membuktikan nilai keacehan telah

beransur-ansur kurang akibat pendidikan dan globalisasi. Rata-rata masyarakat yang

menghuni Kampung Aceh di Yan adalah golongan tua dan terdapat hanya dalam 70

buah keluarga yang masih kental dengan nilai jati diri mereka. 6 Namun kebanyakan

anak-anak mereka telah berhijrah ke negeri lain terutama apabila melanjutkan

pelajaran, bekerja dan berkahwin. Pada peringkat awal migrasi, masyarakat Aceh

tidak bergaul rapat dengan orang tempatan. Namun lama-kelamaan melalui proses

asimilasi mereka dapat hidup secara bersama terutama apabila komuniti Aceh dan

masyarakat tempatan mendapat pendidikan yang sama.

Proses asimilasi dalam bidang ekonomi dapat ditinjau dari aspek kepakaran

yang terdapat dalam kalangan masyarakat Aceh yang terlibat dalam perniagaan.

Misalnya perusahaan membuat songkok oleh keluarga Haji Muhammad Noor di

Pekan Rabu, Alor Setar.7 Songkok yang berkualiti dan menarik dihasilkan oleh orang

Aceh telah mendapat sambutan hangat oleh masyarakat tempatan. Selain itu,

5
Asas pendudukan orang Aceh sejak zaman dahulu adalah di Yan, Kedah, sebagai warga asal turun-
temurun. Perkara ini menyebabkan identiti diri dari segi dalaman (adat dan budaya, banggakan
keturunannya, bahasa, minat dan citarasa yang sama) dan luaran yang dijelmakan melalui tingkah
laku dan dimanifestasikan kepada seni dan cara hidup akan dikekalkan seboleh mungkin.
6
Temubual dengan Ketua Kampung Aceh iaitu Encik Abdul Aziz bin Abdul Japar yang bukan dari
keturunan Aceh tetapi berkahwin dengan isterinya yang berketurunan Aceh iaitu Fatimah Sam binti
Ishak. Temubual ini berlaku pada tahun 2015. Beliau menyatakan bahawa suatu ketika dahulu
terdapat sebanyak 200 keluarga yang tinggal di situ namun jumlah tersebut semakin berkurangan
apabila golongan muda banyak yang berhijrah keluar dan yang tinggal, kebanyakannya adalah
golongan tua.
7
Beliau adalah generasi kedua. Beliau menyatakan bahawa pembuatan songkok dalam keluarganya
diwarisi dari ayahnya.

167
kegiatan ekonomi masyarakat Aceh di luar Kampung Aceh, Yan semakin

berkembang pesat. Di bandar-bandar kecil seperti Jitra dan Changlon8 mereka

menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 1990. Di Jitra dan

Tanah Merah, terdapat warganegara Indonesia yang berketurunan Aceh yang

menjual pisang goreng di sekitar perumahan Taman Universiti.9 Manakala di

Changlon pula terdapatnya orang Malaysia yang berketurunan Aceh membuka

warung kopi dan berniaga makanan secara kecil-kecilan. Hal ini membuktikan

perniagaan merupakan aktiviti penting masyarakat Aceh.

4.4. Pendidikan

Masyarakat Aceh di negeri Kedah dan Aceh amat menitikberatkan

kepentingan ilmu pengetahuan. Pendidikan agama sangat diberi keutamaan dalam

kalangan generasi muda. Tradisi keilmuan ini pada peringkat awal adalah didikan

melalui ibu bapa dan berterusan sehingga ke rumah guru-guru agama atau ulama.

Seterusnya perkembangan pendidikan ini membawa kepada penubuhan institusi

pendidikan yang lebih formal melalui sistem pendidikan pondok. Sistem pendidikan

pondok ini berkembang pesat di seluruh Nusantara dan memberikan impak besar

kepada negeri Kedah.

8
Hasil temubual di Changlon dengan Kak Ton yang berketurunan Aceh dan masih boleh berbahasa
Aceh. Beliau menyatakan bahawa sudah lama keluarganya menetap di sini dan berniaga secara kecil-
kecilan. Kebanyakan dari mereka berkahwin dengan orang Melayu di sekitar Changlon dan Perlis.
Warung kopi beliau terletak bersebelahan Public Bank iaitu jalan masuk ke pasar di pekan Changlon.
Pada bulan Ramadhan pula Kak Ton berniaga sambal dan ulam-ulaman. Ia jelas menunjukkan mereka
mempunyai kemahiran dan kepakaran mengenai makanan dan masakan.
9
UUM ditubuhkan pada tahun 1984 dan banyak gerai-gerai makanan yang muncul. Impaknya pada
tahun 1990-an ramai orang yang berketurunan Aceh terlibat dalam bidang ekonomi iaitu perniagaan.
Ini kerana di Jitra dan Tanah Merah terdapat pusat pendidikam lain seperti Institut Perguruan Darul
Aman dan POLIMAS iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Syah.

168
Islam menjadi faktor utama dalam merapatkan hubungan antara orang Aceh

dan penduduk tempatan. Faktor ini juga telah membolehkan mereka menyesuaikan

diri dengan masyarakat setempat sehingga orang Aceh tidak dianggap sebagai orang

luar. Proses asimilasi antara kedua-dua kelompok masyarakat ini juga sebenarnya

dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang sama terutamanya di sekolah bantuan

kerajaan menyebabkan tiada lagi jarak keturunan yang diambilkira. Perkembangan

sekolah pondok di Yan juga mendapat galakan dan penghargaan dari Sultan Kedah.10

Kebanjiran ramai penuntut untuk belajar di sekolah-sekolah pondok adalah

disebabkan penghargaan dan penghormatan yang tinggi diberikan oleh masyarakat

terhadap guru-guru agama. Perkembangan sekolah pondok mencapai zaman

kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Baginda selalu

membuat kunjungan ke Yan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ulama-ulama

tempatan misalnya pada tahun 1921, baginda telah berjumpa dengan ulama-ulama

Aceh di Masjid Yan dengan dihadiri oleh semua penduduk Aceh di situ.

Sumbangan orang Aceh terhadap pembangunan dan kemajuan di Kedah juga

dapat dilihat dari perkenan Sultan Kedah yang mengiktiraf mereka sebagai golongan

ulama dan kepakaran mereka dalam penulisan pelbagai kitab agama yang ditulis dan

diedarkan ke seluruh negara. Terdapat juga dalam kalangan orang berketurunan

Aceh yang pernah menjadi mufti Kedah. Pada 9 Febuari 1946, Persatuan Ulama

Kedah telah melantik ahli jawatankuasanya termasuk dua orang ulama dari Yan iaitu

Haji Hussain Che Dol yang dilantik sebagai Yang Dipertua dan Yahaya Junid Mudir

Sekolah Agama Attaufiqiyah al-Khariyah Batu 17 sebagai Penolong Setiausaha.

10
Pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1877), Sekolah Pondok Tuan Fakeh dan Sekolah
Pondok Kampung Aceh telah ditubuhkan tanpa sebarang masalah daripada istana malah mendapat
galakan sultan.

169
Persamaan dari sudut bahasa juga menjadi faktor penyatuan di antara mereka.

Bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat Aceh yang tidak jauh berbeza dengan

bahasa Melayu tempatan yang telah memudahkan mereka untuk berkomunikasi dan

saling memahami. Mereka memahami dialek atau sebutan bahasa Melayu utara.

Perkara ini disebabkan mereka telah tinggal di sini bermula dengan penempatan awal

semasa kerajaan Kedah Tua dan Pulau Pinang. Namun begitu dalam masa yang

sama, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran secara langsung

menghakis penutur dalam bahasa Aceh dari digunapakai secara formal.

Dari segi perkembangan pendidikan, menjelang tahun 1908, terdapat 15 buah

sekolah Melayu di negeri Kedah dengan 25 orang guru dan 1017 orang murid.

Manakala Sekolah Inggeris kerajaan atau “Government English School” yang

pertama telah didirikan di Alor Setar pada Disember 1908.11 Jabatan Pendidikan juga

akur dengan keperluan orang Melayu untuk mencari rezeki misalnya dengan

membenarkan sekolah Melayu bercuti semasa bulan puasa serta dua masa lain

(dengan tempoh 15 hari setiap satu) untuk menanam dan menuai padi. 12 Hasilnya di

Kedah penguasaan keilmuan semakin berkembang maju atas inisiatif pemerintah,

pembesar, guru-guru, ibu bapa dan bekas-bekas pelajar yang mahu melihat tradisi

ilmu terus mampan dari pelbagai latarbelakang keturunan.

Sebagaimana yang dinyatakan pada bahagian awal bab ini, orang Aceh

mempunyai semangat dan jati diri yang kuat dalam kalangan mereka. Semangat ini

ditonjolkan melalui langkah sebilangan warga Aceh di Malaysia yang mempunyai

11
Mahani Awang @ Musa, 2003, Sosio Ekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, Kuala Lumpur:
UM, Tesis PhD, hlm 237.
12
SUK Kedah 2326/1342, Preliminaries With Regard to the Organization of the Malay Girls’ School,
Alor Setar.

170
kedudukan ekonomi dan politik yang tinggi seringkali memberi peluang dalam

pendidikan tinggi kepada orang dari negeri Aceh. Misalnya Tan Sri Dato Seri Sanusi

Junid dan Datuk Faisol membuka peluang pendidikan tinggi dengan bantuan

biasiswa kepada orang Aceh untuk memasuki universiti-universiti di Malaysia.

Kebanyakan dari mereka memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) terutama pada tahun 1990-an. Pada tahun 1991, mahasiswa Aceh telah

mendirikan organisasi mahasiswa Aceh pertama di Malaysia iaitu Tanah Rencong

Student Association (TARSA) di UIAM.13 Kebanyakan orang Aceh yang memasuki

Malaysia memperolehi bantuan sesama mereka melalui jaringan keturunan dan

perkahwinan ataupun bantuan dari rakan-rakan yang sekampung dengannya.14

Kemasukan ramai pelajar dari negeri Aceh ke Malaysia memberi peluang kepada

mereka untuk mempereratkan hubungan dengan masyarakat berketurunan Aceh di

sini.15

Pada zaman sebelum merdeka, pendidikan pondok di Kedah berkembang

selaras dengan kehadiran ramai ulama Aceh yang ingin mendalami ilmu dan

menyebarkan Islam. Ia selaras dengan sokongan ulama dari Aceh yang meminta

mereka keluar negeri untuk mendalami ilmu dan berjihad ke jalan Allah daripada

tinggal di Aceh semasa penjajahan Belanda. Terdapat dalam kalangan ulama ini

yang menetap terus di sini. Seterusnya turut dibincangkan mengenai beberapa tokoh

ulama yang pernah tinggal di Kedah yang memberikan impak yang besar dalam

masyarakat di sini.
13
Antje Missbach, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran Tentang Konflik
Separatis di Indonesia, Penerbit Ombak, hlm 67.
14
Menurut Antje Missbach beberapa diaspora Aceh menyatakan pentingnya “kewajipan untuk saling
membantu” berdasarkan kesamaan asal-usul dan kewajipan untuk membantu adalah berdasarkan
“kesamaan nasib” yang dialami mereka.
15
Kampung Aceh di Yan, Kedah menjadi destinasi utama kepada mahasiswa dari negeri Aceh dan
juga yang berketurunan Aceh di Malaysia untuk dikunjungi seperti Encik Azhar Abd Ghani yang
berasal dari Aceh.

171
4.4.1 Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee

Tokoh Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee (1886-1973)

merupakan seorang ulama besar yang berasal dari Aceh yang telah datang dan

menetap di daerah Yan, Kedah untuk menuntut ilmu serta mengembangkan syiar

Islam di sini. Beliau dilahirkan pada tanggal 13 Rejab 1303 Hijrah bersamaan

dengan 18 April 1886 Masihi di Gampong Langgoe Meunasah Keutumbu,

Kemukiman Sangeue, Pidie.16 Kelahiran beliau adalah selepas 13 tahun berlakunya

peperangan Belanda-Aceh yang meninggalkan impak besar dalam diri beliau sendiri.

Teungku Haji Muhammad Hasan Krueng Kalee telah berhijrah ke Yan yang

dijangkakan sekitar tahun 1905-1906 ketika berumur dalam lingkungan 19 hingga 20

tahun. Beliau merupakan pelajar generasi pertama yang menuntut ilmu di sini

bersama Teungku Hasballah Indrapuri. Pada waktu itu daerah Yan terutamanya

Merbok dan Kuala Muda menjadi tumpuan orang Aceh selain Pulau Pinang, Pulau

Langkawi, Perak, Pahang dan Melaka. Kedatangan mereka ke sini adalah mengikuti

jalan laut dengan menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk arah dan berlabuh di

pesisir pantai sekitar Yan. Berdekatan dengan Gunung Jerai terdapat punca air dan

kawasan pertanian yang subur. Gambar 4.1 di sebelah ialah Teungku Haji

Muhammad Hasan Krueng Kalee.

16
Mutiara Fahmi Razali, Muhammad Faisal Sanusi & Qusaiyen Aly As Su’udi, 2010, Teungku Hj.
Muhammad Hasan Krueng Kalee (1886- 1973): Ulama Besar dan Guru Umat, Yayasan Darul Ihsan
Tgk. Hasan Krueng Kalee, hlm 3.

172
Gambar 4.1: Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee. Beliau
merupakan keturunan ketujuh dalam salasilah keluarganya (dikenali
Ulama Tujuh Keturunan)

Bapa beliau iaitu Teungku H.M. Hanafiyah bin Teungku Syeikh Abbas yang

arif di bidang fiqh telah mati syahid dalam peperangan menentang Belanda. Beliau

juga adalah mantan Kadi (Qadhi) kerajaan untuk wilayah XXVI Mukim, suatu

wilayah gabungan dari beberapa mukim di Aceh Besar (dari daerah pesisir Aceh di

utara hingga wilayah Blang Bintang di selatan).Ibunya pula bernama Nyakti Hafsah

binti Teungku Syeikh Ismail Krueng Kalee merupakan guru agama di sekitar tempat

tinggal mereka.

Kehadiran beliau bersama dengan ulama-ulama Aceh ke Yan disebabkan

keadaan di Aceh yang bergolak yang menghalang proses pendidikannya. Di Kedah,

beliau melanjutkan pengajiannya ke Madrasah al-Irsyadiyah al-Diniyah,17 di Yan

yang ketika itu dipimpin oleh Teungku H. Muhammad Arshad ie Leube (Tengku di

17
Ditubuhkan pada tahun 1902, terletak di tepi sungai dan masih kukuh serta masih digunakan hingga
ke hari ini. Madrasah ini melambangkan seni pertukangan Aceh, mempunyai sebuah balai besar untuk
tujuan pendidikan, di sekelilingnya terdapat pondok-pondok kecil yang menempatkan para guru dan
pelajar, menjadi pusat pendidikan kepada masyarakat setempat sama ada berketurunan Aceh ataupun
orang tempatan dan menerima pelajar dalam kalangan umat Islam di Semenanjung hingga Pattani di
Siam.

173
Bale’18) yang berasal dari ie Leube, Kembang Tanjong Pidie Aceh. Gambar 4.2 dan

4.3 di bawah serta 4.4 di sebelah ialah Madrasah yang menjadi pusat pendidikan

agama Islam ketika itu dan berhadapan dengannya terletak pondok-pondok yang

menjadi tempat tinggal para pelajar.

Gambar 4.2: Menasah al-Irsyadi di Kampung Aceh, Yan Kedah

Gambar 4.3: Papan tanda penubuhan Menasah pada tahun 1902

18
Terdapat sebatang jalan di Kampung Aceh, Yan, Kedah yang menggunakan nama beliau bagi
menghargai jasanya dalam bidang pendidikan dan mengembangkan syiar Islam.

174
Gambar 4.4: Pandangan dalam menasah

Semasa di Yan, beliau telah mendalami pelbagai ilmu dari kitab-kitab agama

berbahasa Arab dan Jawi serta mempelajari ilmu Qiraat al-Quran dari Syeikh Umar

Lam-U (Teungku Chik Omar di Yan). Taraf keilmuannya yang tinggi boleh dilihat

apabila beliau berupaya mengajar pelbagai kitab agama. Setiap tahun bilangan

pelajar sentiasa bertambah menyebabkan pengajaran kitab l’anatudh Thalibin

diulang lebih daripada 40 kali dan beliau telah mengajar lebih daripada 20 kali kitab

al-Mahalli dan Fathul Wahhab sampai habis. Semasa menuntut ilmu di Yan juga

beliau berjaya menguasai ilmu faraid (pembahagian harta warisan atau pusaka) dan

menjadi rujukan kepada orang ramai.

Setelah menguasai beberapa cabang ilmu, beliau kemudiannya melanjutkan

pengajian ke Mekah pada tahun 1909 sewaktu berumur 23 tahun. Pada waktu yang

sama gurunya Tgk Chik Omar telah meninggal dunia dan dikebumikan di Kampung

Setol iaitu bersebelahan dengan Kampung Aceh. Kedah dan Aceh ketika itu destinasi

175
utama yang menjadi tempat orang berketurunan Aceh berulang alik tanpa henti

dengan tumpuan di daerah Yan. Pada tahun 1915 sewaktu berumur 29 tahun, beliau

telah pulang semula ke Yan dan menjadi guru di Madrasah al-Irsyadiyah al-Diniyah.

Seterusnya semasa beliau menetap di Yan pada tahun 1916, gurunya Tgk

Muhammad Arshad telah menjodohkan beliau dengan seorang gadis berketurunan

Aceh19 yang berasal dari Merbok, daerah Kuala Muda. Isterinya bernama Safiyah

binti Panglima Husein bin Panglima Ahmad yang ketika itu baru berumur 10 tahun.

Pada tahun 1917 beliau kembali ke Aceh dan membuka pondoknya di Meunasah

Blang, Siem. Selanjutnya antara tahun 1924-1927 beliau telah datang semula ke Yan

bersama isteri dan tiga orang anaknya iaitu Imam Ghazali, Syeikh Marhaban dan

Fatimah Syam atas dasar keselamatan. Pihak Belanda pada waktu ini bersikap anti-

ulama dan ingin menghalang pemberontakan menentang penjajahan terutama dari

kepimpinan beliau. Legasi kepimpinan dan keilmuan beliau diteruskan melalui

Dayah Darul Ihsan. Gambar 4.5 dan 4.6 di sebelah menunjukkan pondok yang

diasaskan oleh Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee yang masih teguh

hasil kepimpinan zuriat beliau.

19
Ketika ini anak-anak perempuan berketurunan Aceh akan dikahwinkan dengan orang berketurunan
Aceh juga untuk mengekalkan jati diri dan mempunyai semangat keacehan yang tinggi (soladaritas).
Mereka masih tertutup dan enggan mengahwinkan anak perempuan terutamanya dengan orang
Melayu tempatan. Hal ini bertujuan untuk memastikan kebahagiaan anak-anak adalah terjamin kerana
lebih mengenali dan bersefahaman sesama komuniti mereka ketika itu.

176
Gambar 4.5: Dayah Darul Ihsan yang terkini di Aceh Darussalam

Gambar 4.6: Dayah atau sekolah agama yang dibangunkan semula


selepas Tsunami 2004

Selain itu, terdapat juga golongan berpendidikan agama yang memegang

teraju dalam ketenteraan iaitu ulama Tiro20 yang melaksanakan perang gerila di

hutan-hutan dan daerah-daerah pendalaman yang luas sementara sebahagian ulama

20
Hasan Tiro merupakan pemimpin yang berkaliber dan disegani rakyat Aceh, pengalaman
peribadinya sewaktu menentang Belanda di dalam hutan, menerajui Gerakan Aceh Merdeka (GAM)
dengan menyatakan “Indonesia” seumpama lanjutan kekuasaan Belanda dan berjuang untuk
memerdekakan Aceh serta sering merujuk nama mantan gurunya Daud Beureueh sebagai pemimpin
Islam yang dikagumi di sana.

177
lain ditugaskan untuk melanjutkan peperangan dalam bentuk baru iaitu membangun

dayah-dayah kembali21 termasuklah Dayah Krungkale. Akhirnya pada tahun 1927

beliau bersama keluarga kembali ke Aceh dan terus menetap di sana sehinggalah ke

akhir hayat. Pada usia 87 tahun tanggal 14 Zulhijjah 1392 Hijrah (19 Januari 1973)

iaitu pada malam Jumaat beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di desa

Siem, Darussalam Aceh Besar. Gambar 4.7 dan 4.8 ialah kubur beliau di Aceh.

Gambar 4.7: Papan tanda di makam Teungku Hj. Muhammad Hasan


Krueng Kalee22

Gambar 4.8: Makam Tengku Haji Hasan Krueng Kalee

21
A. Hasjmy. September 1975. Dalam Sinar Darussalam, No. 63, Banda Aceh, hlm 22-23.
22
Gambar ini dirakam sewaktu pengkaji ke Banda Aceh pada November 2010.

178
Legasi ulama ini diteruskan oleh keturunannya23 dan para pelajar serta ulama-ulama

lain di seluruh Aceh sehingga kini.

Seterusnya menurut A. Hasjmy, Aceh menjalankan hukum syariah dalam

undang-undang negeri. Malah ketika ini, masyarakat di Alam Melayu yang akan ke

Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan mendalami pelbagai ilmu dalam

meningkatkan syiar Islam akan singgah di Aceh terlebih dahulu. Aceh menjadi legasi

perkembangan syiar Islam dan berlanjutan ke Kedah sebagai jirannya yang hampir.

Aceh juga dijadikan tempat persinggahan untuk mendalami ilmu agama termasuklah

dalam kalangan rakyat negeri Kedah dan Semenanjung Tanah Melayu iaitu berhenti

sebentar di situ sebelum meneruskan perjalanan dengan kapal laut untuk menunaikan

ibadat haji di Mekah. Hamka menyatakan Aceh layak digelar Serambi Mekah

berdasarkan bukti teks Sejarah Melayu (bab ke 20) iaitu:

“bahawa di zaman kebesaran Melaka, Sultan Mansur Syah


mengrimkan utusan ke Pasai meminta fatwa hukum tertinggi dengan
membawakan hadiah emas tujuh tahil dan dua orang budak
perempuan.”24

Petikan di atas membuktikan ketinggian kedudukan ulama Pasai dan kerajaan

yang memerintah sebagai perujuk yang arif di bidang agama. Sistem pendidikan

dayah ini berkembang hingga kini selari dengan kehendak zaman. Guru-gurunya

pula kebanyakannya mempunyai kelulusan yang tinggi dan arif dalam bidang agama.

23
Kedatangan pengkaji ke pondok ini dibawa oleh menantu kepada cucunya iaitu Encik
Miftachhuddin Cut Adek, seorang pensyarah ekonomi di Universiti Syiah Kuala.
24
Hamka, 1980, “Aceh Serambi Mekah”, dalam Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di
Aceh dan Nusantara, Di Aceh Timur tanggal 25-30 September 1980, Majlis Ulama Propinsi Daerah
Istimewa Aceh dan Pemerintah Daerah TK. II Aceh Timur, hlm 8.

179
Gambar-gambar di bawah dan di sebelah menunjukkan keadaan pengajaran

dan pembelajaran di Dayah Darul Ihsan, guru-gurunya, bangunan sekolah dan

masjid.

Gambar 4.9: Sistem pendidikan tradisi masih dikekalkan walaupun


silibus baru diperkenalkan sesuai dengan tuntutan zaman

Gambar 4.10 : Sebilangan guru-guru yang mengajar di sekolah atau Dayah


Darul Ihsan

180
Gambar 4.11: Pandangan sisi hadapan iaitu sebahagian dari bangunan
Dayah Darul Ihsan

Gambar 4.12: Masjid milik Dayah Darul Ihsan yang dibiayai oleh
negara Turki selepas peristiwa Tsunami pada 2004. Reka bentuk
masjid seperti Masjid Biru di Turki

181
4.4.2 Teuku Abdul Djalil

Tokoh seterusnya ialah Teuku Abdul Djalil yang telah singgah ke Kedah dan

berjaya memantapkan sistem pendidikan pondok dan mengembangkannya dalam

kalangan penduduk tempatan. Beliau lahir di Lamno pada tahun 1917 iaitu dari

keluarga Uleebalang Lamno Aceh Barat. Ayah beliau bernama Teuku M Yunus.

Pendidikan awal beliau bermula di Lamno dan seterusnya melanjutkan pelajaran di

Montasik Aceh Besar. Seterusnya beliau mendalami bidang keagamaan di Maktab

Tawalled di Padang, Sumatera. Setelah menamatkan pendidikan, beliau terlibat

dalam aktiviti kemerdekaan dan memperjuangkan “revolusi kemerdekaan” sehingga

ke Pulau Pinang. Akhirnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor

falsafah dalam bidang kemanusiaan di Universiti Lahore, India. Beliau

bertanggungjawab mengemukakan cadangan supaya wang yang dikumpulkan tidak

hanya bertujuan membeli senjata tetapi turut digunakan untuk membangunkan sarana

pendidikan di Kampung Aceh.25 Saranan beliau telah dipersetujui oleh masyarakat

Aceh pada masa itu, lalu sebuah sekolah telah didirikan untuk anak-anak Aceh.

Selaras dengan itu beliau telah menghabiskan masa selama setahun untuk membina

sekolah agama yang dikenali sebagai Attarbuyah Adiniyah Anlamiyah. 26 Individu

yang turut sama terlibat dalam pengasasan sekolah ini ialah Tengku Abdul Hamid

25
Narit Geutanyo, 2009, Jilid 3, No.8, petikan dari H. Harun Kechik Leumik bertajuk Buletin Narit
Geutanyoe Sebagai Media Komunikasi dalam Akhbar Analisa, 27 Jun 2009, dalam slot “Berita Dari
Seberang”, hlm 4.
26
Muslim Amin, http://aceh.tribunnews.com/2011/10/16/mengenang-teuku-abdul-djalil (diakses pada
5 Mac 2015), hlm 2. Menurut Muslim Amin beliau telah menemui Haji Abdul Malik sewaktu dia
berkunjung ke Kampung Aceh pada 27 September 2011. Dr Muslim Amin ialah pensyarah dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengkaji telah menemui beliau sewaktu sama-sama
membentangkan kertas kerja di Seminar Antarabangsa Aceh Development di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur pada November 2013. Haji Malik pula ialah seorang tokoh sejarah di kampung Aceh
yang mempunyai banyak cerita sejarah dan pengalaman keluarganya termasuk bonda beliau yang
pernah belajar dengan Teuku Abdul Djalil. Beliau adalah respondan utama dalam temubual penulis
untuk mendapatkan data-data dan bahan serta peristiwa-peristiwa sejarah di Kedah.

182
hasil sokongan utuh dari ulama Aceh iaitu Tengku Chik Omar di Yan berserta

masyarakat Kampung Aceh. Tujuan utama sekolah ini dibangunkan pada tahun 1938

adalah untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak keturunan Aceh dan

seterusnya menjadi pusat pendidikan bagi penyebaran agama Islam, pengajaran

bahasa Aceh dan Arab serta melahirkan ulama dan cerdik pandai yang boleh

berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama. Walau bagaimanapun,

sekolah ini telah berkembang maju dan turut dibuka untuk seluruh masyarakat Yan.

Sekolah Attarbuyah Adiniyah Anlamiyah ternyata berjaya bersaing dan

menandingi sekolah-sekolah aliran Belanda dan Inggeris serta mampu melahirkan

tokoh-tokoh yang berwibawa. Penubuhan maktab atau sekolah agama ini berjaya

membuka peluang pendidikan kepada masyarakat kampung Aceh dan kawasan

sekitarnya. Dana sekolah terbabit adalah hasil permuafakatan masyarakat Aceh iaitu

daripada pengumpulan segenggam beras dari setiap rumah selain sumbangan zakat

padi dan tanaman serta sumbangan-sumbangan lain.27

Akibat dari kemelesetan ekonomi semasa, pembiayaan sekolah tersebut

memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi untuk terus beroperasi. Kos yang tinggi

ini tidak mampu ditanggung oleh para penduduk walaupun sekolah tersebut mampu

berkembang dari segi nama, kurikulum dan sistem pembelajarannya yang mengikut

sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini juga

semakin terkenal sebagai sekolah agama moden. Disebabkan oleh masalah

kewangan, sekolah ini tidak boleh beroperasi selama beberapa tahun akibat

27
Hasil temubual dengan Encik Meulila bin Abu Bakar bin Nyak Cut Hussein bin Cut Ali yang
merupakan generasi kelima berketurunan Aceh di Kedah. Beliau juga mempunyai pertalian darah
dengan Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid, bermastautin di Alor Setar Kedah dan mengahwini wanita
Melayu Kedah.

183
peningkatan kos,28 kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran serta dana yang

makin berkurangan. Zaman awal merdeka sehingga tahun 1990 an keadaan ekonomi

berlaku naik turun dan menjejaskan mata pencarian penduduk. Harga getah yang

jatuh, ketidakmampuan untuk membayar pajakan tanah29 menyebabkan tanah-tanah

pertanian menjadi terbiar. Kebetulan pada waktu tersebut Tan Sri Dato’ Seri Sanusi

Junid sebagai anak jati Kampung Aceh telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Beliau telah bersetuju agar sekolah ini dapat ditadbir dan meneruskan operasi hasil

dari pembiayaan sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan

seterusnya dinaungi oleh sultan Kedah. Nama sekolah ini kemudiannya dikenali

sebagai Maktab Mahmud. Sekolah ini mempunyai beberapa cawangan iaitu di

daerah Sik, Pendang dan Yan selain induk utamanya adalah di Jalan Pegawai Alor

Setar Kedah. Maktab Mahmud kini membangun sebagai salah sebuah sekolah

menengah agama yang terkenal di Kedah dan telah melahirkan ramai cendikiawan

Islam Malaysia. Pengasas Maktab Mahmud, Teuku Abdul Djalil telah meninggal

dunia pada hari khamis malam Jumaat, 21 Jun 1963, pada usia 46 tahun. Batu

nisannya kini30 terdapat di depan sekolah Attarbuyah Adiniyah Anlamiyah atau

sekarang disebut sebagai sekolah agama Maktab Mahmud menjadi saksi sejarah

sebagai kenangan masyarakat Kampung Aceh dan penghargaan kerajaan negeri

Kedah kepada ahli keluarganya.

28
Akibat kemelesetan ekonomi, harga tanaman getah telah jatuh yang menyebabkan penduduk
kampung tidak dapat menampung kos mengurus sekolah berkenaan.
29
SUK 3203/ 1330. Menurut sumber SUK ini, Haji Salleh yang selalu membuat pajakan tanah untuk
penanaman buah kelapa daripada kerajaan negeri Kedah sudah tidak mampu membayar hasil
pajakannya. Beliau telah menulis surat kepada pihak kerajaan yang dikenali sebagai Surat Teriyak
untuk memulangkan balik pajakannya itu. Pada masa yang sama ramai dalam kalangan komuniti
Aceh dan Melayu tempatan tidak mampu membayar sewa dan pajakan hasil padi. Rujuk juga SUK
1098/ 1332 berkenaan Surat Teriyak Awang Bin Mohamad Jusoh di Yan ke atas tanah sawah dan
hasil padi kerana Mat Daut dam Mat Saman tidak mampu membayar sewa tanah kepadanya yang
berbaki $31.67.
30
Namanya telah dipahat di batu nisan sebagai kenangan bagi mengingati jasa beliau semasa di sini.

184
4.5 Kesan dan Sumbangan Orang Aceh Dari Aspek Sosioekonomi

Hubungan rapat dan pergaulan erat masyarakat berketurunan Aceh dengan

masyarakat tempatan di Kedah telah memberikan sumbangan besar terhadap

kemajuan dan pembangunan di Kedah. Mereka memiliki banyak tanah yang

diusahakan atau diteroka dan terdapat juga sebahagiannya merupakan tanah

anugerah dari Sultan Kedah yang digunakan untuk menanam lada hitam. Terdapat

juga tanah-tanah yang dibeli dari orang Melayu tempatan. Dalam kalangan

masyarakat tempatan, orang Aceh memang diakui sebagai bangsa yang tekun yang

mendorong kejayaan mereka dalam bidang ekonomi.

Dari segi pemilikan tanah, terdapat arahan daripada pihak kerajaan negeri

Kedah mengenai status tanah dan pemberian hak kepada sesiapa sahaja untuk

membuka tanah bagi tujuan pertanian. Begitu juga syarat-syarat yang dikenakan

kepada orang Aceh yang masuk ke Kedah untuk membuka tanah agar tidak

bertindih. Sejak tahun 1900-1902 telah ada arahan atau syarat untuk mendapatkan

permit agar tidak timbul pergaduhan dalam merebut hak untuk mengusahakan tanah

sama ada untuk tujuan perlombongan atau pertanian. Misalnya surat arahan agar

tidak membenarkan pemberian permit untuk membuka tanah kepada orang Aceh

untuk berkebun iaitu:

“...jangan paduka adinda beri permit padanya kerana tanah di dalam


perentah Semeling itu sudah dibenar beri kepada orang Belanda
pereksa tanah kelian lima tahun lamanya tiada boleh lain-lain orang
pergi perbuat kerja timah maka akan orang Aceh itu paduka kekanda
tampak ia hendak perbuat kebun tetap ia sebut di dalam perjanjian
Belanda itu jika lain daripada tanah milik raja ia bawak pergi pintak
kepada tuan tanah maka jika sudah diberi tanah itu pada orang Aceh

185
ketika orang Belanda hendak pereksa tanah kebunnya itu paduka
tampak tentulah jadi pergaduhan Belanda dengan Aceh ketika itu
sampai pergaduhan pada negeri maka antara Ku Yahya dengan orang
Aceh itu tiada apa jika jadi bagaimana sekali pon lagi pon yang Ku
Yahya ada beri orang Aceh tebas tanah hutan itu tiada patut kerana
undang-undang tanah barang siapa hendak ambil tanah hutan milik
raja mau diambil permit dahulu baru boleh dipugarkan dan lagi jika
orang Aceh yang pintak tanah hendak tanam lada seperti mana yang
Ku Yahya beritahu pada paduka kekanda itu boleh ia apa pergi cari
tanah di dalam mukim lain yang daripada mukim Sembeling.” 31

Arahan dari petikan di atas melarang pemberian permit tanah kepada orang Aceh

supaya tidak timbul pertindihan pemberian kebenaran untuk mengusahakan tanah.

Tanah di Semeling telah diberi kuasa kepada Maphom Paduka Adinda Syed Mansor

Al Japri iaitu kepala pekerjaan tanah untuk memastikan supaya tidak berlaku

pertindihan permit bagi kebenaran untuk mengusahakan tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya permit tanah di Semeling telah diberi kepada pihak Belanda untuk

diusahakan bagi tujuan ekonomi. Manakala Ku Yahya pula yang merupakan ketua

hal-ehwal tanah di kawasan Merbok telah dilarang memberikan tanah hutan di

kawasan itu untuk tujuan pertanian lada kepada orang Aceh. Selepas itu, terdapat

pula arahan agar orang Aceh dibenarkan membuka tanah untuk tujuan pertanian di

kawasan mukim Yan iaitu di Singkir seperti dalam petikan di bawah:

“...jika orang Aceh yang pintak tanah hendak tanam lada seperti mana
yang Ku Yahya beritahu pada paduka kekanda itu boleh ia apa pergi
cari tanah di dalam mukim lain yang daripada mukim Sembeling
seperti mana mukim Yan Singkir itu kerana ada banyak tanah hutan
yang boleh diperbuat kebun tanam lada itu boleh Paduka adinda beri
pada orang-orang itu tamat adanya surat pada 12 rabiul akhir.”32

31
SMSAH, No 16, Jilid II, 1900-1902, F3/F4, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis, hlm
366.
32
Ibid, hlm 366.

186
Arahan di atas jelas menunjukkan pemberian tanah kepada orang Aceh telah

ditetapkan di kawasan Yan di Kedah. Perkara ini menyebabkan ramai orang Aceh

telah berhijrah masuk ke Yan untuk menanam lada hitam. Seterusnya orang Aceh

berjaya mendapatkan hak atau permit yang akhirnya membolehkan mereka berkuasa

ke atas tanah berkenaan. Bermula dengan memugar tanah dan bertani, berlakulah

kemasukan modal dan pekerja Aceh. Mereka membeli tanah dari orang Melayu di

sekitar Kampung Aceh untuk menanam lada. Semasa penjajah Jepun menduduki

Tanah Melayu, pertanian getah diusahakan termasuklah buah-buahan.33

Pada permulaan penempatan di Kedah mereka bersama-sama dengan

masyarakat setempat telah mengusahakan tanaman getah. Sejak tahun 1930-an orang

Aceh mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi ketika harga getah melonjak

naik. Penanaman getah ini menyumbang kepada kekayaan segera akibat permintaan

getah dunia yang tinggi ketika itu. Permintaan yang tinggi terhadap getah

menyebabkan munculnya rumah-rumah asap. Menurut Abdul Malik M. Taib, Nyak

Muhamad adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan rumah asap di

kampung mereka.34 Terdapat juga tokoh lain iaitu Syamaun Teuku Muhamad di Titi

Hayun, Nyak Gam mempunyai rumah asap di sekitar Kampung Ruat, Abu Bakar

Ibrahim pula memiliki rumah asapnya di Bukit Megat namun kesemua kilang asap

milik mereka lumpuh akibat Perang Dunia Kedua apabila Jepun menguasai Tanah

Melayu pada 1945. Tanah-tanah yang sedia ada di Yan sering mendapat permohonan

33
Artikel ini mengenai Dinamika Hubungan Aceh-Semenanjung Dalam Lintasan Sejarah yang ditulis
oleh Darwis A. Soelaiman banyak membincangkan tentang migrasi Aceh ke Kedah dan beliau
seringkali datang ke Kampung Aceh serta tinggal di rumah Haji Abdul Malik; Rujuk buku Ramlah
Muhamad dan Mohd Aroi Ishak, 2011, Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Malaysia-
Indonesia, Pengalaman dan Iktibar dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, Persatuan Sejarah
Malaysia, KL, hlm 154.
34
Tapak kilang asap beliau pada hari ini telah didirikan pusat kem motivasi yang menyediakan segala
kemudahan lengkap untuk riadah dan rumah-rumah serta homestay untuk disewa iaitu Kampung Aceh
Management Centre (KAMC).

187
untuk dipugar, dilakukan pertanian dan pengurangan kos perbelanjaan bagi

menyukat tanah. Permohonan untuk menyukat tanah telah dibuat oleh Haji Abu

Bakar B. Ibrahim dan rakan-rakannya di Kampung Aceh. Mereka juga mohon untuk

mengurangkan perbelanjaan bagi kos menyukat tanah untuk penanaman getah.35

Permohonan ini disebabkan ketidakmampuan untuk membayar kos berkenaan akibat

kejatuhan harga getah.

Salah seorang tokoh Aceh yang lain iaitu Nyak Gam B. Nyak Abdullah

terkenal sebagai hartawan Aceh yang banyak berjasa kepada mereka dan masyarakat

Melayu tempatan. Beliau banyak mewakafkan tanah-tanahnya untuk faedah

penduduk setempat. Misalnya permohonan beliau untuk memberi tiga lot tanah

kepada pihak kerajaan bagi maksud penggunaan am iaitu untuk dibina masjid,

sebagai tapak kubur dan taman permainan kanak-kanak. Surat kepada Setiausaha

Kerajaan Negeri Kedah menyatakan:

“Awal dengan hormat saya memaklumkan adalah saya telah


menerima laporan daripada Ketua Pejabat Tanah Yan mengatakan
seorang Aceh nama Nyak Gam B. Nyak Abdullah duduk di Yan suka
hendak persembah balik kepada kerajaan 3 keping tanahnya surat
putus no. 45505 portion no.1227 Mukim Yan Daerah Ruat bagi
maksud tapak masjid dan sekarang sudah ada masjid. Surat putus no.
51858 portion no. 2198 bagi maksud tapak kubur orang Islam dan
surat putus no. 55429 portion no. 1351 bagi maksud padang
permainan.”36

35
SUK 111-1353, Haji Abu Bakar bersama 7 orang rakannya dari Kampung Aceh mendapat notis dari
Pejabat Tanah Yan untuk menyerahkan surat keterangan lama dan membuat surat Putus Baru.
Perbelanjaan untuk menyukat tanah bagi membuat surat Putus Baru tidak mampu dibayar oleh beliau
dan rakan-rakan. Hal yang demikian menyebabkan beliau membuat permohonan ini pada 3hb
Muharam 1353 dengan menulis sepucuk surat kepada kerajaan negeri.
36
SUK 3552-1352. Rujuk lampiran 3.

188
Permohonan Nyak Gam ini telah diterima oleh Kerajaan Negeri Kedah dan atas

kebaktian ini tanah-tanah berkenaan telah ditukar milik kepada penggunaan am

mengikut Perkara 19 Undang-Undang Tanah Negeri Kedah. Kaum wanita di

Kampung Aceh juga giat menjalankan program-program sosioekonomi. Misalnya

ditubuhkan Perkumpulan Kaum Ibu Kampung Aceh, Yan, Kedah (PKIKAY) di

bawah Akta Pertubuhan 1966.37 Tujuan penubuhannya adalah untuk berusaha

memajukan keadilan sosial, penerbitan, penterjemahan, perbincangan, penyiaran dan

membeli serta menjual harta. PKIKAY diketuai oleh Rokiah binti Haji Nyak Gam

dan setiausahanya ialah Fatimah binti Nyak Paya. Hal ini menunjukkan kaum wanita

turut sama membangunkan ekonomi keluarga.

Penanaman padi merupakan nadi ekonomi negeri Kedah, orang yang

berketurunan Aceh turut sama mengusahakan penanaman padi sama ada secara

sewa, pajakan38 atau pemilik tanah. Penanaman padi juga memerlukan sistem saliran

untuk pengairan air ke sawah termasuklah sistem saliran yang melibatkan kawasan di

pinggir pantai.39 Kawasan tersebut melibatkan kampung di daerah Yan seperti

Dulang, Sungai Daun dan juga Sala Besar. Di kawasan ini dibina tandop sekatan

37
R.S.M 25/70, PPP/PG 3068, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Pertubuhan ini mempunyai 86
ahli yang berdaftar. Rujuk juga Fail R.S.M 25/70 mengenai pembubaran pertubuhan ini.
38
SUK 1246/1331, Tajuk surat berkenaan ialah “Dipersembah Mari Surat Teriak Tunku Dabali dan
Suku-sukunya iaitu orang Aceh daripada fasal la apa kena mari di Kota Star kepada Ag. Harbour
Master ambil kebenaran boleh la apa bawa di Yan padi yang apa beli daripada Sungai Limau dan
Sungai Yan Kechik diperbuat makan di Yan itu” Perkara ini disebabkan di Yan telah berlaku pajakan
tanah sawah kepada ketua-ketua pajak dan surat keterangan dikeluarkan untuk memastikan hasil-hasil
pajakan tersebut tidak di bawa keluar ke negeri lain dengan tujuan untuk lari dari membayar hasil.
Surat ini juga memberi hak untuk membawa keluar beras dari daerah Yan oleh ketua-ketua pajakan
yang dilantik.
39
Yan terletak berdekatan dengan laut, misalnya di Kampung Ruat terdapat pengusaha udang dalam
sangkar yang dimiliki oleh orang Melayu namun diusahakan oleh orang Cina. Misalnya hasil
temubual dengan Mahadzir bin Aziz pada 10 Oktober 2015 iaitu pemilik tanah sawah di tepi pantai
yang memajakkan tanahnya sebanyak RM33,000 pada setiap 2 tahun kepada seorang yang
berketurunan Cina untuk menternak udang laut. Beliau menyatakan bahawa pekerja yang bekerja di
kolam udang berkenaan adalah terdiri dari masyarakat yang berketurunan Aceh iaitu penduduk di
kawasan sekitarnya.

189
kawalan air pasang dari laut supaya tidak memusnahkan tanaman padi.40 Kawasan

ini juga melibatkan petempatan orang Aceh dan mereka terlibat sama dalam

menyumbang penambahbaikan hasil padi.41

Kedah terkenal sebagai negeri jelapang padi maka permintaan terhadap beras

adalah tinggi di Malaysia. Penanaman padi dipergiatkan dengan pembukaan tanah-

tanah baru untuk pertanian. Penerokaan tanah untuk dibuat sawah juga dilakukan

oleh orang Melayu termasuklah yang berketurunan Aceh untuk mendapatkan hak

sebagai pemilik tanah. Misalnya di daerah Yan permohonan untuk hak milik tanah

kepada kerajaan negeri telah dibuat oleh orang Melayu untuk menanam padi.42

Kawasan pantai di barat laut Kedah dari Kuala Muda ke Kuala Sanglang

adalah kawasan menangkap ikan yang dijalankan oleh penduduk sekitarnya.

Penduduk yang terlibat dengan sektor perikanan di Kedah ialah di daerah Kuala

Muda, daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.43 Hasil dari tangkapan ikan juga

meningkat apabila pihak kerajaan Kedah dengan kerjasama Rural Industries

Development Authority (RIDA) telah memberi bantuan modal.44 Hasil bantuan ini,

nelayan dapat membeli peralatan dan bot yang lebih baik dan moden. Ia seterusnya

40
SUK 1203/1381, Jilid 4, PSU Montly Progress Report for D.I.D; Lihat juga SUK 1129/1375.
41
Pembukaan Dataran Kedah adalah meliputi Daerah Kubang Pasu, Yan, Kota Setar dan Pendang
bermula sebelum zaman pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa Zainal Abidin (1710-1760). Baginda
juga telah menetapkan ukuran tanah yang mempunyai istilah sebagai hasta, jemba, tali, pempang,
petak dan relung.
42
SUK S.C 1095-1360, Ketua Pejabat Tanah Kedah telah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan
Kedah mengenai permohonan 30 relung tanah kerajaan di Mukim Sala Besar jajahan Yan oleh
Tengku Fatimah binti Tengku Mohamed Jewa untuk dibuat bendang. Surat ini juga memaklumkan
tanah berkenaan sudah dipugar sehingga luasnya 37 relung untuk menanam padi dan jika kerajaan
Kedah tiada bantahan maka permintaan berkenaan akan diluluskan.
43
Khairool Anuar Haji Hashim, 2015, “Dasar Ekonomi Baru (DEB): Pelaksanaan, Perkembangan dan
Kesan Ke Atas Masyarakat Petani Kedah 1971-1990”, Tesis PhD, USM, hlm 108.
44
SUK 1038/1373 (7), lihat minit mesyuarat.

190
dapat meningkatkan sumbangan ekonomi kepada masyarakat tempatan terutama

orang Aceh yang rata-rata terlibat sebagai nelayan. Peningkatan hasil ini juga

menyebabkan harga ikan dan sumber laut boleh dikawal seterusnya perniagaan kedai

makan di pinggir laut dan Pekan Yan semakin bertambah.

Orang Aceh juga adalah pelopor perniagaan Pekan Sehari dan peniaga kecil

di Pekan Rabu di Alor Setar. Bermula dari Pekan Sehari yang berperanan untuk

menjual barangan keperluan, Pekan Rabu telah berkembang maju dengan terdirinya

bangunan Pekan Rabu yang lebih baik. Salah seorang peniaga yang masih bertahan

ialah Abu Bakar Nyak Othman,45 berumur 80 tahun telah berniaga sejak pembukaan

Pekan Rabu. Beliau mengambil tempahan baju Melayu lelaki, pandai dalam

pembuatan songkok, menjual kelengkapan haji dan umrah, jamu dan kosmetik dan

pakaian ibadat. Beliau juga merupakan generasi kedua orang Aceh yang menetap di

sini dan berjaya dalam perniagaannya.46

Bagi melicinkan aktiviti ekonomi kemudahan pengangkutan disediakan oleh

pihak kerajaan. Pada tahun 1962 kerajaan negeri telah menubuhkan syarikat

perkhidmatan bas swasta.47 Orang Aceh ternyata menjadi pemilik beberapa syarikat

bas di Kedah. Syarikat bas milik Nyak Gam bersama Nyak Maun Cut Ali yang

beroperasi di Guar Chempedak ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan bas

kepada masyarakat setempat. Syarikat bas tersebut dinamakan sebagai The Yan Bus

45
Temubual dengan beliau telah dilakukan pada 26 Oktober 2015 yang lalu di kedainya bernombor
66 iaitu di Ukir Mall Alor Setar, Kedah.
46
Kedainya kini dipindahkan sementara ke Ukir Mall di Alor Setar bagi tujuan menaik taraf bangunan
Pekan Rabu tersebut.
47
SUK 816/1381. Penubuhan Syarikat Pengangkutan Awam tersebut di Alor Setar pada 12 September
1962, hlm 8.

191
Transport Company yang menyediakan perkhidmatan dari Yan ke Guar Chempedak

dan Gurun ke Jeniang. Tambang sehala untuk ke sesuatu destinasi hanyalah 15 sen

sahaja. Manakala syarikat bas swasta lain yang berjaya ditubuhkan ialah Tajar

Transport, New Roadways Transport, Ulu Muda Transport dan Kangkong

Transport.48

Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid sebelum ini dinyatakan sebagai tokoh yang

banyak berjasa di Kedah. Beliau telah diberi kepercayaan oleh rakyat negeri Kedah

suatu ketika dahulu sehingga pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau

yang dilahirkan pada 10 Julai 1943 di Kampung Aceh, Yan Kedah. Mendapat

pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan kemudian menyambung pengajian di

Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani dan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan pada 1990 menjadi Naib Presiden

UMNO, tahun 1996-1999 menjadi Menteri Besar Kedah dan tahun 2000 sebagai

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ahli Dewan Undangan

Negeri di Kuah Langkawi. Malah banyak lagi jasa dan sumbangan beliau kepada

negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Pencapaian masyarakat Aceh di Kedah adalah tinggi. Kebanyakan dari

mereka mempunyai prospek ekonomi yang baik sebagai pemilik tanah, peniaga,

penenun songket dan antara golongan yang arif tentang agama. Malahan sehingga

1957 Kampung Aceh di Yan masih menjadi kampung yang kesemua penduduknya

terdiri daripada komuniti Aceh. Kampung ini juga merupakan antara penempatan

48
Ibid, hlm 4.

192
yang paling terkemuka dan termasyhur berbanding kampung-kampung Aceh yang

ada di Tanah Melayu.49

Jelas di sini bahawa masyarakat Aceh di Kedah berjaya menguasai beberapa

sektor ekonomi sesuai dengan kemahiran mereka. Produk-produk yang dihasilkan

oleh mereka digemari oleh masyarakat tempatan tanpa mengira kaum. Daerah Yan

menjadi kawasan utama kegiatan ekonomi mereka dan terus berkembang ke kawasan

bandar bagi memperluaskan aktiviti ekonomi seterusnya dapat menaik taraf

kehidupan dan berjaya berlandaskan usaha sendiri. Hal ini juga membuktikan Kedah

telah menyediakan banyak peluang kepada orang Aceh untuk memiliki harta tanpa

had dan sekatan.

Masyarakat Aceh di Kedah pada masa kini giat memakmurkan komunitinya

dengan amalan kebajikan. Hasil temubual dengan ramai penduduk kampung

mendapati mereka menjaga amanah nenek moyang agar amalan duniawi dan

ukhrawi seiring dalam era pembangunan sekarang. Terdapat berpuluh-puluh ekar

tanah wakaf yang telah diwakafkan oleh nenek moyang mereka untuk tujuan

kebajikan termasuklah bagi urusan pendidikan dan pertanian. Atas dasar

tanggungjawab maka generasi pewaris pada hari ini telah menjaga dan

memakmurkan dengan membangunkannya untuk kesejahteraan masyarakat

setempat. Misalnya wujud Persatuan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM)

dengan nombor pendaftarannya 1479 telah ditubuhkan pada 28 Disember 2000.50

49
Abdullah Hussain, 1989, Dewan Budaya, Orang-Orang Aceh Di Malaysia, hlm 2.
50
Ishak Saad dan Adnan Jusoh, 2011, “Sejarah Migrasi Orang Acheh ke Kedah” oleh Haslinda Haji
Hasan dalam Isu-isu Terpilih Sejarah Alam Melayu Sumbangsih Kepada Profesor Madya Dr. Ahmad
Jelani Bin Halimi, Penerbit UTHM, Johor, hlm 180.

193
Matlamat persatuan ini untuk menyatupadukan semua orang Aceh di Malaysia,

meningkatkan kebajikan dan kerjasama dengan semua kaum dan membantu

memajukan pendidikan anak-anak Aceh.51 Presiden IMAM ialah Tan Sri Dato’ Seri

Sanusi Junid dan Naib Presidennya pula ialah saudara Jazni bin Ghani. IMAM telah

menerbitkan sebuah buletin yang dinamakan Narit Geutanyo yang dipimpin oleh

saudara Merza Abas. Buletin ini diterbitkan dua bulan sekali dan merupakan salah

satu media komunikasi yang penting bagi sesama orang Aceh. Buletin ini juga

merupakan medium bagi menyampaikan berita tentang komuniti mereka di Malaysia

mahupun di negara Aceh Darussalam. Ini kerana hubungan dua hala antara kedua-

dua negeri ini erat atas dasar persaudaraan sehinggakan kini ramai dalam kalangan

mereka masih saling kunjung mengunjungi. Akhbar dari Aceh pula menerbitkan

berita dari Malaysia yang dikenali sebagai Akhbar Analisa. Menariknya Narit

Geutanyo menjadikan bahasa Aceh sebagai bahasa pengantar namun terdapat juga

tulisan dalam bahasa Melayu. Sidang pengarangnya terdiri dari Muhamad Noor

Ibrahim, Abdul Rahman Yasin, Yusof Ourip, Nazariah Karim, Jazni Gani, Cut

Farhah Abdul Rahman, Md Illias N Saad, Abdul Malik Taib dan Ulfah Mohd Noor.

Penulisan buletin ini banyak bertemakan aspek kebudayaan termasuk

perkembangan semasa dan peristiwa yang berlaku di Kampung Aceh serta rencana

mengenai sejarah sesebuah keluarga. Misalnya terdapat rencana mengenai adat

perkahwinan yang telah berlangsung. Diceritakan tentang makanan yang

dihidangkan ialah gulai kambing dan nangka, bezanya ada tambahan kari ala India. 52

Pakaian perkahwinan pula adalah pakaian Aceh, malah masyarakat di Tumpok Setui

yang terletak berdekatan Kampung Aceh juga masih kental dengan semangat

51
Lihat lampiran 8.
52
Narit Geutanyo, Jilid 3. No.8, September/Oktober 2009, hlm 4-5.

194
keachehan iaitu menggunakan bahasa Aceh asli. Secara tidak langsung penerbitan

buletin ini dapat mencungkil nostalgia lampau di samping pendedahan mengenai isu-

isu semasa yang berlaku dan berjaya mengeratkan silaturrahim dalam kalangan

mereka.

Menurut Abdul Rahman Yasin tanah-tanah wakaf yang ada telah

dibangunkan dan ia diusahakan agar nenek moyang mereka tidak putus mendapat

pahala dari sedekah jariah. Malah apabila ekonomi negara tergugat maka tempiasnya

juga dirasai iaitu tanaman getah kurang mendapat hasil atau keuntungan dan kos

penyelenggaraan sekolah-sekolah agama yang tinggi serta kegiatan sistem pondok

yang semakin pudar menyebabkan alternatif lain dicari agar tanah-tanah wakaf

tersebut tidak di sia-siakan.

Hasil inisiatif dari Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid53 dan kesepakatan

jawatankuasa Koperasi Sekolah Agama Attarbiah Al-Auladiah Kampung Aceh

(SABENA) maka tanah dan bangunan sekolah mereka telah diberikan kepada

Maktab Mahmud (sebagai cawangan Yan juga cawangan di Ulu Melaka Langkawi)

tanpa disewa supaya ia terjaga dan nenek moyang mendapat manfaatnya hasil dari

penggunaan itu seterusnya dapat menambah bilangan cawangan maktab berkenaan.

Pengerusi SABENA ialah Mohd Noor Ibrahim menambah penubuhan koperasi ini

menjadi bukti komitmen orang Aceh terhadap kemajuan masyarakat setempat.

53
Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Koperasi
manakala Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dalam Kategori Perdana Hari Koperasi
Negara 2013. Ia atas usaha keras dan kejayaan mengasaskan pembentukan Koperasi Industri
Kampung (KIK), Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) dan Koperasi Pembangunan Negara.
Anugerah yang diterima berupa wang tunai RM30,000.00, sijil penghargaan dan trofi pada 24 Ogos
2013 lalu telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu
merasmikan program ‟Hari Koperasi Negara 2013” di Tanah Merah Jitra, Kedah iaitu di Dataran
Darulaman.

195
Matlamat utama SABENA adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi

ahli mengikut prinsip koperasi. Koperasi ini juga menjalankan aktiviti jual beli

seperti penubuhan kedai runcit umpamanya, pajakan, sewaan barangan, pajakan,

pemborongan usaha sama, pelaburan serta apa sahaja aktiviti yang boleh menjana

pendapatan mereka. Hasil pendapatan dari koperasi ini telah disimpan dan

dilaburkan di bank-bank dengan kadar risiko yang rendah. Dianggarkan kesemua

aset hasil pengurusan penduduk kampung tersebut bernilai melebihi dua juta ringgit

Malaysia. Walaupun jumlah orang di Kampung Aceh sekarang dalam sekitar 70

keluarga yang majoritinya adalah warga tua namun mereka aktif dalam persatuan

dan menggunakan peluang yang ada untuk memantapkan ekonomi setempat selagi

ada kudrat dan peluang. Penubuhan koperasi SABENA Sdn. Bhd.54 juga bertujuan

untuk menjaga dan menguruskan kesemua tanah wakaf untuk faedah penduduk

setempat, ia juga satu-satunya koperasi sekolah yang terawal dalam Malaysia.

Penubuhan Kampung Aceh Management Centre (KAMC)55 pula adalah dari

modal kutipan oleh penduduk kampung dan keuntungan sebanyak 20% akan

diberikan berdasarkan wang pelaburan yang diberikan misalnya ada yang memberi

dua ribu, lima ribu dan sebagainya mengikut kemampuan masing-masing.

Pengurusan KAMC juga adalah dari kalangan mereka yang terbabit iaitu Encik

Abdul Rahman Yasin.56 KAMC telah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk

54
Perasmian Koperasi SABENA 2013 oleh YB. Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Bahrom iaitu menteri
di Jabatan Perdana Menteri merangkap ahli Parlimen Jerai menyatakan penghargaan dan ucapan
tahniah atas kejayaan membina satu kumpulan pengurusan yang baik. Ia termasuklah kecekapan
ahlinya dalam menjana pelaburan, menyediakan sumber kewangan atau perniagaan termasuk hartanah
yang perlu dipertingkatkan. Atas kejayaan mereka maka ahli Koperasi Sabena mendapat faedah
dividen bonus sebanyak 10 peratus bagi tahun ini.
55
KAMC ialah pertubuhan berbentuk perniagaan yang dijalankan oleh orang Aceh dan hanya mereka
yang mendapat mantaafnya. Hal ini disebabkan pemodal adalah dalam kalangan orang Aceh di
Kampung Aceh, Yan Kedah.
56
Beliau adalah bekas pesara guru yang bertanggungjawab menguruskan KAMC termasuklah
pendaftaran keluar masuk tetamu. Kesemua kakitangan yang bekerja di situ adalah berketurunan Aceh

196
aktiviti rekreasi, kem motivasi dan lengkap dengan pejabat, rumah sewaan

berkembar,57 kabin,58 bilik dorm, khemah, dewan terbuka, kantin, tandas, surau,59

gimnasium, kolam renang mini, pondok rehat seperti wakaf, kawasan perkelahan dan

dilengkapi dengan landskap yang menarik sesuai dijadikan tempat untuk merehatkan

minda. Segala kemudahan yang disediakan ini juga memberikan manfaat kepada

semua ahli KAMC. Nama-nama jalan di kampung tersebut juga adalah dinamakan

berdasarkan tokoh-tokoh Aceh seperti Jalan Teungku Di Bale, Tengku Arshad dan

beberapa nama lain sebagai tanda penghargaan dan untuk pensejarahan tempatan.

Selain di Kedah, jasa dan peningkatan ekonomi masyarakat Aceh ini boleh

dilihat beberapa tempat lain di Malaysia. Contohnya di Kuala Lumpur, mereka

bergiat aktif menjalankan perniagaan di Chow Kit Road60 seperti berniaga makanan.

Sebelum ini bidang ini oleh dikuasai oleh orang Indonesia yang lain. Penguasaan

orang Aceh dalam perniagaan di kawasan ini sesuai dengan cogan kata mereka iaitu

‟di mana duduk mesti beli sedikit tanah walaupun beda jamban”. 61 Pada peringkat

awal kemasukan sebilangan orang Aceh adalah dari Merbuk ke Ruat untuk berniaga

arang (kerana di situ terdapat banyak pokok bakau) seterusnya berniaga pula ke

Aceh Timur termasuklah Kota Langsa, Kampung Majapahit.

sahaja. Buletin Narit Geutanyo dicetak oleh beliau di KAMC dan diedarkan kepada masyarakatnya
setiap dua bulan sekali sebagai media bagi mengeratkan silaturrahim dan untuk mengetahui
pekembangan komuniti Aceh di kampung tersebut.
57
Pengkaji pernah tinggal di sini ketika menjalankan kajian dengan kadar sewaan RM100 sehari
sebuah rumah yang lengkap dengan peralatan. Ia mempunyai tiga bilik dan dua bilik air serta
kedudukannya berhampiran dengan sungai yang jernih.
58
Kabin ini dikenakan sewa sebanyak RM80.00 yang selesa dan berhawa dingin.
59
Terletak betul-betul di tepi sungai boleh digunakan untuk berwuduk dengan hawa persekitaran yang
dingin dan tenteram serta kemudahan bersolat.
60
Temubual dengan peniaga di sekitar Kuala Lumpur dan di jalan Chow Kit mendapati perniagaan
kecil-kecilan di kawasan ini dimonopoli oleh orang Aceh. Mereka akan bergabung dan bersatu agar
dapat memonopoli dengan mudah bagi kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan. Kawasan Chow Kit di
Kuala Lumpur ini juga dikenali sebagai Pekan Aceh.
61
Pandangan ini diutarakan oleh Pn. Fatimah Sam binti Ishak yang tinggal di Kampung Aceh.Beliau
ialah isteri kepada ketua kampung. Bapanya mempunyai isteri di Aceh dan ibunya adalah isteri
berketurunan Aceh dari Kedah. Mereka juga kerap balik ke Aceh untuk mengunjungi saudara mara
mereka di sana.

197
Abdul Aziz bin Abdul Japar62 juga menyatakan bahawa perpindahan ramai

orang Aceh ke negara luar kian meluas dan terdapat dalam kalangan mereka yang

mempunyai struktur fizikal yang berbeza hasil dari perkahwinan campur. Misalnya

pada tahun 1987 terdapat orang Aceh yang hidup seperti cara hidup orang India,

berkulit hitam dan pemakaian juga seperti mereka. Ada juga fizikalnya seperti

berketurunan Arab dan berkulit cerah. Komuniti dari Meulabuh pula mempunyai

kulit putih, bermata biru atau coklat dan mirip seperti orang Belanda.Selain itu bagi

yang berjaya mendapatkan suaka politik terutama dari gerakan Aceh Merdeka

(GAM) mereka berpindah menetap di Belanda, Norway dan Sweden.63

Salah seorang tokoh usahawan Aceh yang terkenal ialah Tan Sri Hanafiah bin

Nyak Husain64. Beliau lahir di Kampung Aceh pada 16 April 1927, Beliau juga

adalah tokoh di bidang perakaunan. Hal ini disebabkan beliau adalah anak Melayu

pertama yang diterima menjadi ahli di Chartered Accountants in England & Wales

(ICEW) dan dianugerahkan Lifetime Achievement award. Oleh kerana kejayaannya

di bidang ekonomi maka apabila beliau membuka perniagaan seperti syarikat

percetakan dan kegiatan pertanian di Lembah Bilut Pahang, kesannya ramai dalam

kalangan orang di Kampung Aceh yang dibawa keluar atau berhijrah untuk bekerja

dengannya. Lama-kelamaan perkampungan Aceh menjadi semakin suram dan

62
Ketua Kampung di Kampung Aceh, Yan Kedah. Rumahnya terletak berdekatan dengan Meunasah
al-Irsyadi.
63
Temubual dengan Ketua Kampung Aceh iaitu Encik Abdul Aziz bin Abdul Japar berusia 63 tahun
yang beralamat di no. 40 Kg. Aceh Yan mengenai populasi masyarakat Aceh di luar negara.
Rumahnya terletak berdekatan dengan Meunasah al-Irsyadi. Temubual ini berlangsung pada Mac
2015.
64
Haji Abdul Malik juga menceritakan bahawa Tan Sri Hanafiah membuka peluang pekerjaan kepada
anak-anak muda mereka dengan bekerja di kedai pencetakannya di Kuala Lumpur. Hasil temubual
dengan mantan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah iaitu Dato’ Dr. Zahidi Zainol
Rashid pada 3 November 2015 lalu menyatakan Tan Sri Hanafiah sering balik ke Kedah terutama
apabila sambutan ulangtahun kelahiran Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim.

198
kurangnya golongan belia sehinggakan cuma 70 orang keluarga sahaja yang terdapat

di situ.

4.6 Masyarakat Aceh Di Langkawi

Kemasukan beramai-ramai orang Aceh ke Pulau Langkawi ini adalah untuk

menjalankan kegiatan pertanian terutamanya perladangan lada.Ramai dalam

kalangan mereka yang datang dengan tujuan untuk menerokai tanah dan membuka

tanah pertanian. Terdapat dalam kalangan mereka yang memiliki banyak tanah

berbanding dengan orang tempatan dan ada juga yang bergiat di bidang perikanan

iaitu sebagai nelayan. Kerajaan telah menjalankan projek unjam-unjam bagi

meningkatkan pengeluaran ternakan ikan, ia juga untuk permintaan dalam industri

pelancongan di Langkawi. Dari jumlah 875 nelayan yang menerima faedah ini

adalah terdiri dari 440 orang nelayan di Kuala Kedah, 111 nelayan di Kuala Muda

dan Yan serta 324 nelayan di Langkawi.65 Oleh itu, masyarakat Aceh di sini turut

sama menikmati pembangunan tersebut.

Apabila berkunjung ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya

Pelancongan (MPLBP) boleh dijumpai kakitangannya yang berketurunan Aceh.66

Misalnya Encik Sobri staf bahagian sumber manusia berkahwin dengan wanita yang

65
Warta Darul Aman, Oktober, 1990, hlm 4; Lihat juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Nelayan
Jaya, LKIM Malaysia, hlm 5 (tanpa tarikh).
66
Terdapat dalam kalangan mahasiswa UUM yang berketurunan Aceh ataupun warganegara Aceh
membuat praktikal di sini mendapat maklumat apabila menjejaki waris masyarakat berketurunan
Aceh. Mereka memaklumkan kepada saya terdapat 5 orang kakitangan MPLBP yang berketurunan
Aceh adalah penduduk di Langkawi. Begitu juga seperti yang dimaklumkan oleh Abdul Malik Mohd
Taib bahawa terdapatnya orang Aceh di kawasan Kuah termasuklah imam di masjid tersebut adalah
berketurunan Aceh.

199
berketurunan Aceh.67 Hal ini menunjukkan berlakunya proses asimilasi68 apabila

masing-masing telah lama bercampur dengan penduduk Melayu setempat dengan

erat tanpa membezakan asal-usul. Semangat keacehan tetap ada walaupun tidak

setebal dahulu apabila mereka sering menerima tetamu dari Aceh dan hubungan ini

bertimbal balik apabila bertemu sesama saudara mereka. Lawatan dari Aceh setiap

tahun berlaku dan selain menziarah sanak saudara, mereka juga datang untuk

melancong. Selain itu, staf bahagian pentadbiran MPLBP iaitu Azhar bin Ahmad69

juga berketurunan Aceh. Menurut Azhar selepas waktu pejabat beliau menjalankan

perniagaan70 sendiri iaitu dengan membekalkan gas memasak kepada peniaga-

peniaga kecil di sekitar Pekan Kuah sehingga ke tengah malam.

Basri bin Suib pula walaupun berketurunan Aceh tetapi tidak boleh berbahasa

Aceh dan pernah ke negeri Aceh Darussalam. Basri menyatakan orang tua dari bapa

saudaranya dahulu adalah utusan Sultan Aceh ke Semenanjung Malaysia. Apabila

sampai di Langkawi tempat pertama disinggahi mereka ialah di Kedawang iaitu

wilayah barat Pulau Langkawi. Mereka telah mendidirikan penempatan dan

bermastautin sehingga kini. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang merantau ke

kawasan lain dan akhirnya menetap di Pulau Pinang dan Parit Buntar.

67
Keluarga isterinya boleh berbahasa Aceh dan masih mengamalkan adat budaya Aceh di Langkawi
walaupun sudah lama menetap dan menjadi warganegara Malaysia.
68
Solihin B. Hasbi bekerja di MPLBP sebagai seorang perancang bandar dan Mohd Fisdaus B. Azhar
sebagai pekerja awam juga tinggal di sekitar Pekan Kuah merupakan orang berketurunan Aceh yang
ditemubual oleh pengkaji bagi mendapatkan gambaran mengenai ekonomi mereka kerana masing-
masing berumur 26 tahun merupakan generasi muda orang Aceh di Pulau Langkawi. Asimilasi
berlaku secara meluas dan mereka merupakan generasi muda yang tidak boleh berbahasa Aceh dan
telah sebati dengan penduduk Melayu tempatan.
69
En. Azhar B. Ahmad berketurunan Aceh dan keluarganya telah lama bermastautin di Pulau
Langkawi. Bekerja sebagai pembantu tadbir di MPLBP mempunyai seorang isteri dan empat orang
anak. Bapa saudaranya Nyak Lampoh mempunyai lima orang adik-beradik yang sudah lama menetap
di Langkawi. Manakala En. Fadzli yang bertugas di Jabatan Jurutera (teknikal) juga merupakan cucu
Nyak Lampoh. Mereka menyatakan setiap kali menyambut hari raya biasanya seluruh keluarga yang
ada di Semenanjung Malaysia akan pulang ke Langkawi untuk merayakannya.
70
Beliau menerangkan bekalan gas memasak yang dijual kepada semua peniaga kecil diedarkan
kepada peniaga-peniaga tanpa bayaran dan apabila mereka selesai berniaga barulah dia mendapatkan
bayarannya. Taktik perniagaannya ini berjaya dan beliau mempunyai ramai pelanggan tetap.

200
Terdapat juga restoran Aceh di Langkawi misalnya Restoran Sinaran

Langkawi yang terletak di Jalan Pandak Mayah 1, Bandar Kuah. Restoran ini

dimiliki oleh orang Aceh yang digelar Tok Affat.71 Tukang masak restoran ini

menyedia masakan Aceh dan mereka mempunyai peminatnya yang tersendiri dalam

kalangan orang Aceh mahupun penduduk Melayu yang lain. Keluarga Tok Affat

tinggal di Padang Lalang dan ramai juga dalam kalangan mereka yang menetap di

Kampung Kisap dan Kedawang. Beliau juga kerap balik ke Aceh untuk menjenguk

saudara maranya di sana dan ikatan kekeluargaan ini masih erat walaupun terpisah

jauh. Kini Restoran Sinaran Langkawi diusahakan oleh anaknya iaitu Rohana binti

Jaafar72 yang tinggal di Kampung Padang Lalang, Kuah, Pulau Langkawi. Boleh

dikatakan di sekitar Bandar Kuah memang ramai orang yang berketurunan Aceh

tinggal di situ dengan mengusahakan perniagaan.

Apabila menemui ramai orang berketurunan Aceh, sudah pasti susur galur

sejarah keturunan keluarga73 menjadi sumber lisan yang penting untuk mengukuhkan

sesuatu peristiwa dan membuktikan kebenarannya. Ramai dalam kalangan orang

Aceh di Pulau Langkawi mempunyai pertalian saudara yang boleh dilihat dari dua

buah kampung di sana. Misalnya Kampung Padang Lalang dan Kampung Kisap

yang terletak di Pekan Kuah merupakan penempatan utama mereka. Salasilah

71
Tok Affat (Jaafar) lahir pada tahun 1929, mempunyai 9 orang anak dan mula membuka restoran
apabila Langkawi menjadi pusat pelancongan negara. Beliau tidak lagi menguruskan restorannya dan
menyerahkan tugas mengurus restoran tersebut kepada anaknya yang bernama Rohana (Kak Na).
72
Pengkaji menemubual Rohana pada 10 November 2016 dan beliau menjelaskan datuknya bernama
Nyak Ahmad dan mereka merupakan penduduk awal Pulau Langkawi.
73
Pengkaji telah menemui Johari B. Abdullah untuk mendapatkan maklumat mengenai salasilah
keturunan Aceh yang mula-mula membuka kampung di Pulau Langkawi. Beliau adalah penulis
salasilah keluarga yang mewakili majoriti orang berketurunan Aceh di Langkawi. Menurut beliau
maklumat dalam penulisan salasilah sentiasa berubah jika ada penemuan terbaru. Beliau menjelaskan
terdapat nama-nama nenek moyang dahulu yang tidak mempunyai nama sebenar disebabkan terdapat
sistem panggilan dalam keluarga yang merujuk kepada seseorang (terdapat gelaran atau namanya
telah diringkaskan untuk menyenangkan penyebutan).

201
keluarga Haji Muda (Nyak Lampoh)74 antara orang Aceh yang terawal membuka

kampung di Pulau Langkawi dan salasilah sebelah isterinya pula dinamakan keluarga

Nyak Ubit.75 Nyak Lampoh adalah gelaran yang diberikan oleh Haji Muda kerana

banyak membuka kebun (Lampoh). Tapak penempatan awal mereka zaman dahulu

adalah berdekatan Jeti Pekan Kuah pada hari ini iaitu bertempat di padang permainan

kanak-kanak. Salah seorang waris keluarga ini ialah Johari B. Abdullah76 yang

menetap di Kampung Kisap.

Jika kita melalui kawasan Mukim Ulu Melaka iaitu sekitar 13 km dari Bandar

Kuah, Langkawi di tepi jalannya terdapat papan tanda yang bertulis Makam Purba77

(Maksudnya Makam Kuno). Lokasinya sekitar 100 meter arah kiri dari pinggir jalan

Ulu Melaka, tepatnya di Kampung Hutan Buloh. Terdapat jalan kampung untuk

masuk ke kampung tersebut, di kiri kanannya penuh dengan kawasan perumahan.

Berdekatan makan tersebut terdapat pernyataan mengenai perkuburan lama iaitu

milik pendatang dari Aceh. Gambar 4.13 dan 4.14 di sebelah adalah Makam Purba

berkenaan.

74
Lihat lampiran 9 iaitu salasilah keluarga Nyak Lampoh.
75
Lihat lampiran 10 iaitu salasilah keluarga Nyak Ubit.
76
Menurut Johari (seorang guru) sehingga kini salasilah Haji Muda sudah ada 7 generasi dan jika
dilihat dari salasilah di lampiran 5 dan 6, beliau menyatakan belum sempat membuat penulisan terkini
tujuh generasi iaitu hanya terdapat 4 generasi dalam salasilah Haji Muda dan 5 generasi keluarga
Nyak Ubit. Jika dihitung kedatangan mereka ke Pulau Langkawi menunjukkan lebih kurang 210
tahun yang lampau sudah ada penempatan keluarganya di pulau berkenaan.
77
Haji Abdul Malik yang meminta pengkaji untuk ke Langkawi bagi melihat sendiri Makam Purba
tersebut dan penceritaannya adalah sama dengan apa yang disampaikan oleh masyarakat Melayu
setempat.

202
Gambar 4.13: Makam Purba milik seorang wanita78

Gambar 4.14: Nisan di Makam Purba adalah Nisan Aceh

Mengikut sejarah makam ini ditemui oleh Ahmad bin Bulat semasa mengorek tanah

untuk membuat tapak rumahnya. Beliau menemui makam ini pada bulan April 1975

yang menggunakan batu nisan Aceh. Makam Purba ini agak panjang jika

78
Gambar Makam Purba ini diambil pada 10 November 2016.

203
dibandingkan dengan kuburan manusia yang ada pada hari ini iaitu panjangnya lebih

kurang 236 sentimeter. Ia adalah bukti utama mengenai penempatan warga Aceh di

Pulau Langkawi sejak ratusan tahun silam lamanya.

4.7 Kesimpulan

Berada di perantauan telah memberikan satu nilai tambah kepada masyarakat

Aceh uantuk menonjolkan keperibadian nasional mereka. Walaupun telah berjaya

dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, golongan profesional ini masih

berpegang kepada jati diri mereka. Sebagaimana falsafah hidup mereka yang sangat

mementingkan leluhur Aceh, kejayaan yang mereka kecapi turut dirasai oleh

masyarakat yang kurang bernasib baik. Mereka juga berusaha untuk memajukan

semula aktiviti ekonomi79 di Kampung Aceh agar tidak ketinggalan jika hendak

dibandingkan dengan masyarakat setempat yang lain. Perasaan jati diri masih kental

dalam diri dan mereka berbangga sebagai keturunan Aceh.

Sebagaimana rakyat tempatan Kedah, penanaman padi juga menjadi sumber

pendapatan utama orang Aceh terutama di derah Yan iaitu daerah yang paling ramai

dihuni orang mereka. Di kawasan ini dibina tandop sekatan kawalan air pasang dari

laut supaya tidak memusnahkan tanaman padi.80 Ia disebabkan daerah Yan adalah di

tepi laut. Seterusnya, proses baik pulih ban dan tandop dijalankan di Kuala

79
Koperasi SABENA juga menubuhkan kedai-kedai runcit, homestay, perusahaan makanan ringan
dan seumpamanya untuk faedah masyarakat.
80
SUK 1203/1381, Jilid 4, PSU Monthly Progress Report For D.I.D, Lihat juga SUK 1129/1375.

204
Kangkong, tandop Sungai Limau81 dan juga ban dari Kuala Kedah sehinggalah ke

Yan.82

Segala aktiviti dan pergerakan dalam ikatan silaturrahim ini berlangsung

untuk memacu ekonomi seterusnya memastikan tanggungjawab sosial terlaksana.

Bantuan dari pihak kerajaan untuk membangunkan penanaman padi, buah-buahan

dan sebagainya telah berjaya menaik taraf orang Aceh dalam sektor ekonomi. Ramai

dalam kalangan mereka yang mengusahakan tanaman baru ini di samping berniaga

secara kecil-kecilan. Aktiviti perniagaan di Pekan Sehari yang merupakan sumber

pendapatan orang Aceh telah dibangun dan dinaik taraf. Pekan-pekan atau bandar

yang terlibat ialah di Pasar Kecil Simpang Kuala di daerah Kota Setar.83 Selain

Pekan Sehari, pusat perniagaan di bandar juga turut diberi perhatian oleh kerajaan

iaitu Pekan Rabu yang menjadi pusat tumpuan perniagaan penduduk di kawasan

bandar.84

Manakala masyarakat Aceh di Langkawi juga tidak ketinggalan dengan

menguasai bidang perniagaan khasnya. Hal ini disebabkan mereka mempunyai

tanah-tanah yang banyak untuk didirikan pelbagai jenis perniagaan seperti kedai

makan, restoran, rumah penginapan dan seumpamanya. Walaupun terdapat dalam

kalangan mereka yang menjawat jawatan dalam kerajaan namun bidang perniagaan

tetap menjadi pilihan utama. Demikianlah penguasaan ekonomi yang berjaya

81
Kawasan Sungai Limau adalah tempat kelahiran Sasterawan Negara Ismail Hussein dan Abdullah
Hussein dan Ibrahim Hussein.
82
SUK 1203/1381
83
SUK 1193/1381.Lihat Jilid 14 (17), hlm 3.
84
Ramai peniaga Aceh berniaga di sini yang menjual barangan keperluan harian seperti parang, pisau,
hasil tanaman dan pembuatan songkok dan jahitan.

205
diusahakan oleh masyarakat Aceh yang boleh didapati di merata-rata tempat di

Kedah. Tumpuan orang Aceh di bidang ekonomi bukan sahaja kepada derah Yan

tetapi juga di beberapa daerah seperti Kubang Pasu dan Alor Setar.

206
BAB 5

POLITIK DAN PENTADBIRAN DI KEDAH: SUMBANGAN ORANG ACEH

5.1 Pendahuluan

Komuniti Aceh memberikan kesan yang signifikan bagi sejarah negeri Kedah

baik dari segi kedatangan, penempatan dan juga kejayaan-kejayaan yang dikecapi

oleh mereka sehingga tahun 2000. Kejayaan mereka dalam menonjolkan peranan

yang disumbangkan di perantauan iaitu di Kedah telah menjadi inspirasi bagi orang

Aceh di Aceh untuk turut sama berhijrah ke Malaysia. Seterusnya perbincangan

mengenai penglibatan masyarakat Aceh dalam politik dan pentadbiran negeri Kedah

wajar dilihat sebagai satu sumbangan kepada negeri ini. Orang berketurunan Aceh

sebagai warganegara Malaysia turut terlibat bersama-sama dalam politik dan

pentadbiran dengan idea dan inovasi yang telah menyumbang kepada pembangunan

dan kestabilan negara.

Hubungan diplomatik yang erat antara negeri Kedah dengan Aceh

disebabkan pertalian persaudaraan dan nilai sepunya dalam bidang agama, budaya

dan bahasa. Soal prejudis terhadap Malaysia tidak timbul hasil hubungan sejarah

yang erat sesama komuniti Aceh. Kesamaan budaya ini jelas apabila berkunjung ke

Aceh dan melihat cara hidup, makan minum, adat resam, cara berpakaian, bahasa

dan segalanya adalah mudah dan senang difahami dan tidak jauh berbeza dengan apa

yang diamalkan di negeri Kedah. Perkara ini membawa kepada perkembangan

asimilasi dan perasaan sepunya sebagai warga yang bertanggungjawab.

207
5.2 Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Apabila mengkaji mengenai hubungan Kedah-Aceh ia membabitkan sistem

pentadbiran kedua-dua buah negeri. Sistem pemerintahan di Kedah adalah diberi

keutamaan kerana kajian ini bertempat di negeri Kedah Darul Aman. Kedah

mempunyai perlembagaan negeri yang tersendiri tetapi tidak bercanggah dengan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di Malaysia, terdapat 13 buah negeri dengan

diketuai oleh seorang ketua negeri dan daripada jumlah ini, terdapat 9 buah negeri

yang diketuai oleh sultan atau raja atau Yang Dipertuan Besar. Manakala bagi negeri

yang tidak beraja berada di bawah Yang Dipertua Negeri. Ketua kerajaan bagi negeri

yang beraja dikenali sebagai Menteri Besar dan negeri yang tidak beraja digelar

sebagai Ketua Menteri.

Semua negeri diketuai oleh sultan kecuali Perlis ia digelar raja dan Negeri

Sembilan pula Yang Dipertuan Besar. Takhta kerajaan negeri diwarisi secara turun-

temurun dan memerintah sepanjang hayat. Pemerintahan beraja tersebut disokong

oleh rakyat dan baginda harus memerintah secara adil menurut Perlembagaan

Persekutuan. Perkara ini sesuai dengan peranan baginda sebagai penjaga kepada

perlembagaan tersebut agar kekal selamanya seperti yang ditegaskan oleh Abdul

Aziz Bari iaitu:

“The monarchy would have been able to rely on the people’s support
had the Rulers in the post-independence Federation conducted
themselves in a fitting manner and had maintained their role as
permanent constitutional guardians.”1

1
Andrew Harding dan H.P Lee, 2007, “The 1993 Constitutional Crisis: A Redefinition of The
Monarchy’s Role And Position?” oleh Abdul Aziz Bari dalam Constitutional Landmarks In Malaysia
The First 50 years 1957-2007, Malayan Law Journal Sdn Bhd, Selangor, hlm 238-239.

208
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) juga menjalankan tugas dan fungsi-fungsi baginda

di bawah Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan. Hal ini membuktikan

yang baginda mestilah bertindak mengikut nasihat, atas nasihat atau selepas

menimbangkan nasihat dan YDPA hendaklah menerima dan bertindak mengikut

nasihat tersebut.2 Sultan atau raja juga menganggotai Majlis Raja-raja. Peranan

Majlis Raja-raja (MRR) adalah merujuk kepada kuasa dan fungsi yang disebut dalam

perlembagaan. Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, MRR merangkumi pelantikan

dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).3 Perkara 70 dalam Perlembagaan

Persekutuan pula telah memperuntukkan bahawa raja atau Yang Dipertua Negeri

mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain di negerinya. Raja adalah ketua

agama Islam di negeri masing-masing kecuali di Pulau Pinang dan Melaka diketuai

oleh Yang Di-Pertuan Agong. Manakala Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

tidak menjadi ketua agama Islam bagi negeri tersebut. Seseorang raja atau Yang

Dipertua Negeri ialah punca kemuliaan di negerinya dan menganugerahkan bintang-

bintang kehormatan kepada orang yang telah memberi perkhidmatan yang

cemerlang.4

Sultan Kedah ialah Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum

Sultan Badlishah (lahir 1927) adalah Sultan Kedah yang ke 28 yang menerajui takhta

negeri sejak 15 Julai 19585. Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14

2
Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10hb November 2010), 2010, disusun oleh Lembaga
Penyelidikan Undang-undang, International Law Book Services, Petaling Jaya Selangor, hlm 24.
3
Abdul Aziz Bari, 2015, Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah, DBP, Kuala Lumpur, hlm
74.
4
Ibid, hlm 63.
5
Baginda menaiki tahta selepas kemangkatan Almarhum Sultan Badlishah. Rujuk Mohamad Mustafa
Ishak, Shamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, Kedah Dalam Lipatan Sejarah, Koleksi Artikel
Dato’Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Sintok: UUM, hlm 186-187. Lihat juga Salasilah Sultan Kedah,
Federation Of Malaya, Kuala Lumpur, 5 Julai 1957.

209
pada 13 Disember 2011.6 Kali pertama baginda Sultan Abdul Halim menjalankan

peranan selaku ketua rasmi negara Malaysia ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong

kelima dari 23 Julai 1970 hingga 21 September 1975.7 Baginda juga merupakan

sultan yang paling senior dalam kalangan sultan-sultan. Hanya baginda yang pernah

menyambut Jubli Perak dan Jubli Emas dalam kalangan sembilan orang sultan di

Malaysia. Seramai sepuluh orang Menteri Besar telah berkhidmat di bawah kerajaan

baginda dan juga tiga belas orang Setiausaha Kerajaan Negeri telah dilantik oleh

baginda.8

Kedah mempunyai sistem beraja yang paling lama dalam sejarah kesultanan

Melayu di Malaysia iaitu mempunyai salasilah keturunan kesultanan yang tidak

pernah putus hingga kini. Sultan Kedah adalah pemerintah negeri yang mengetuai

pemerintahan sambil dibantu oleh Menteri Besar yang menjalankan aspek

pentadbiran negeri. Jawatan menteri besar dipegang oleh individu yang memenangi

pilihanraya bagi Dewan Undangan Negeri Kedah iaitu kemenangan majoriti dari

kesemua jumlah kerusi yang dipertandingkan dan mengetuai parti yang majoriti

dipilih oleh rakyat. Parti Barisan Nasional telah memenangi pilihanraya di Kedah

dan seterusnya melantik YAB. DaTo' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah

sebagai Menteri Besar Kedah.

6
Ahmad Fauzi Abd Hamid, 2013, “Perkembangan Politik Kedah Era KDYMM Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah”, Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kesultanan Negeri Kedah,
Anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman,
Hotel Holiday Villa Alor Setar Kedah pada 10-11 September, hlm 1.
7
Ibid, hlm 1.
8
Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, 2013, “Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah”, Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Kesultanan Negeri Kedah, Anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul
Aman dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Hotel Holiday Villa Alor Setar Kedah pada
10-11 September, hlm 2.

210
Oleh kerana Kedah merupakan pengeluar utama pertanian iaitu hasil padi dan

diikuti oleh getah maka pihak kerajaan telah berusaha agar rakyat mencapai taraf

hidup yang tinggi dengan membantu dalam aspek pembangunan yang lain. Apabila

seseorang memegang jawatan dalam kerajaan atau sebagai ahli parlimen atau ahli

dewan undangan negeri maka matlamat mereka adalah untuk meningkatkan taraf

hidup rakyat. Dekad 1990-an juga, Dasar Pembangunan Kedah (DPK) telah

diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Skop tumpuannya ialah kepada sektor industri,

pertanian dan pelancongan.9 Kawasan yang diberikan tumpuan antaranya adalah

Pulau Langkawi. Kedah juga merupakan negeri yang majoritinya dihuni oleh orang

Melayu yang beragama Islam berbanding kaum lain. Jadual di bawah menunjukkan

statistik tahun 2000 jumlah penduduk negeri Kedah mengikut kaum seramai 1.9 juta

orang yang terdiri daripada:

Bumiputera 75.4%

Cina 14.6%

India 7.0%

Thai 1.4%

Lain-lain 1%

Jadual 5.1: Taburan penduduk mengikut kaum10

9
Badariah Din, 2005, “Sumbangan Pendapatan Kerajaan Negeri Satu Dekad Untuk Menjana
Pertumbuhan Ekonomi ke Arah “Kedah Maju 2010” dalam Ke Arah Kedah Maju, Antara
Perancangan dan Keupayaan, Sintok: Penerbit UUM, hlm 151.
10
http://www.kedah.gov.my/index.php/ms/profil-kedah/penduduk.(diakses pada 03.05.2015)

211
Kajian ini juga mengemukakan contoh mengenai kepentingan dari aspek sejarah dan

pentadbiran di Daerah Yan, Kedah dengan keutamaan kepada sistem pentadbiran di

peringkat kampung. Perkara ini penting untuk menunjukkan kejayaan

masyarakatnya.

5.3 Pentadbiran Daerah Yan, Kedah

Keluasan negeri Kedah adalah 9426 km persegi yang terdiri daripada 12 buah

daerah pentadbiran iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi,

Padang Terap, Sik, Baling, Yan, Pendang, Bandar Baharu dan Pokok Sena. Daerah

ini dipilih sebagai tempat kajian disebabkan masyarakat Aceh paling ramai berada di

sini secara tetap. Daerah Yan merupakan kawasan tanah pamah yang ditanami padi

iaitu penempatan komuniti Aceh yang terbesar. Terdapat 6 mukim atau pekan dalam

daerah ini iaitu Tanjung Dawai, Guar Chempedak, Sungai Limau, Sungai Daun,

Singkir dan Dulang.

Sehingga kini daerah Yan adalah kawasan utama penempatan masyarakat

Aceh iaitu di Kampung Aceh yang mempunyai nilai sejarah yang unik. Bila merujuk

peta negeri Kedah, kedudukan Yan adalah di tepi laut yang memudahkan kemasukan

ramai perantau luar terutama dari Aceh dan perantau luar yang berniaga di Pulau

Pinang yang mudik ke sini seterusnya mendirikan penempatan sehingga akhirnya

menjadi warganegara Malaysia.11 Kedatangan mereka pada zaman silam menjadikan

Kedah sebagai negeri kedua yang selamat dan sesuai diduduki oleh kebanyakan

11
Ramai masyarakat Aceh yang menjadi peniaga makanan secara kecil-kecilan di sekitar Jitra dan
Changlon. Terdapat juga dalam kalangan rakan-rakan pengkaji yang berkahwin dengan rakyat
warganegara Aceh misalnya kakitangan di Universiti Utara Malaysia dan masyarakat kampung
setempat.

212
penghijrah Aceh yang pada masa itu ditindas oleh penjajah Belanda juga akibat

konflik Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan tentera Indonesia.

Institusi perkahwinan adalah faktor utama yang mengeratkan lagi hubungan

dua hala tersebut. Kemasukan lebih ramai warga Aceh ke Kedah sehingga tahun

2000 lebih terdorong untuk mencari rezeki ataupun melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi. Hal ini juga membawa kepada hubungan yang lebih

rapat diikuti dengan hubungan persaudaraan melalui ikatan perkahwinan. Hubungan

tersebut berkembang apabila mereka selalu bertemu terutamanya apabila bekerja dan

belajar di tempat yang sama.12 Perkara ini juga berlaku apabila terdapatnya

masyarakat di negeri Aceh yang mempunyai saudara-maranya di Kedah khasnya

ingin menjodohkan anak-anak mereka supaya ikatan kekeluargaan menjadi semakin

erat. Ikatan ini berterusan hingga kini atas nama kekeluargaan tanpa halangan dari

pihak kerajaan kedua-dua buah negara. Ikatan ini jelas dilihat apabila melalui

hubungan persaudaraan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berketurunan

Aceh membawa balik saudara-mara dari Aceh untuk memberi perlindungan atau

mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik, saraan hidup, membiayai pengajian

dan seumpamanya.

Merujuk kepada daerah Yan, nama “Yan” diambil daripada penghujung

perkataan “Sendayan” iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu

ketika dahulu. Namun begitu ada pendapat yang menyanggah pandangan di atas

12
Temubual dengan Pn. Ezatul Farita binti Alias pada 25 November 2013 yang menyatakan beliau
mula berkenalan dan mengahwini suaminya warganegara Aceh apabila bekerja bersama di Universiti
Utara Malaysia (UUM). Suaminya ketika itu ialah guru bahasa Arab di Fakulti Komunikasi dan
Bahasa Moden (FKBM). Kini suaminya Suryadi Marzuki telah bekerja sebagai guru bahasa Arab di
Sekolah Menengah Azhar (swasta) di Mukim Gelung Jitra. Suryadi kemudian melanjutkan pengajian
ke peringkat sarjana di Pusat Pengajian Umum UUM (yang kini dikenali sebagai Pusat Pengajian
Bahasa, Tamadun dan Falsafah).

213
sebaliknya mengatakan bahawa sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah

“Durian”.13

Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada 1904 bersamaan 1324 Hijrah,

ketika itu Kawasan Yan ditadbir oleh seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-

Qadri yang dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tugas utamanya ialah

memungut cukai dan mentadbir daerah sehinggalah berlakunya campurtangan

Inggeris yang telahpun melantik seorang Pegawai Pentadbir yang baru bernama

Tengku Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid yang berperanan menjadi

Hakim, Pemungut Cukai Tanah dan Hasil Perdagangan. Bagaimanapun Pegawai

Daerah Yan pertama mentadbir daerah secara rasmi ialah Dato’ Indera Segara Madi.

Daerah Yan sememangnya terkenal sebagai tempat yang melahirkan ramai

tokoh politik dan akademik yang berwawasan. Daerah ini merupakan kawasan

pertanian utama disebabkan guna tanah yang sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam.

Contoh perkembangan ekonomi di daerah Yan iaitu melalui aktiviti pertanian utama

pada hari ini ialah:

I) Penanaman padi seluas 14,487.85 hektar

II) Getah seluas 647.76 hektar

III) Kelapa Sawit seluas 94.90 hektar

IV) Tanaman-Tanaman lain seluas 1,040.26 hektar

V) Penternakan seluas 13.70 hektar

13
Profil Daerah Yan Kedah, diperolehi sewaktu berjumpa dengan Pegawai Eksekutif di Pejabat
Majlis Daerah Yan dan Pejabat Tanah Yan pada 27 November 2013, hlm 1.

214
VI) Akuakultur seluas 12.33 hektar14

Walaupun sektor pertanian telah mendominasi ekonomi di daerah tersebut namun

Yan mempunyai keistimewaan kerana kedudukannya di tepi laut (lihat peta 5.1 di

bawah). Peta tersebut menunjukkan geografi Daerah Yan pada zaman kini iaitu

keluasan daerahnya adalah seluas 24,177.78 hektar atau 241.78 batu persegi. Daerah

tersebut mempunyai 5 mukim dan 4 pulau yang meliputi 105 buah kampung serta

terdapat sebuah masjid daerah iaitu Masjid Jamek Badlishah yang terletak di pekan

Yan.15

Peta 5.1: Geografi Daerah Yan16

14
Ibid, hlm 2.
15
Ibid, hlm 2.
16
Ibid, hlm 2.

215
Oleh yang demikian, industri penternakan udang juga giat dilaksanakan di kawasan

tepi laut. Pengeluaran hasil laut dan perusahaan tempatan seperti industri kecil dan

sederhana semakin membangun terutama di kawasan Tanjung Dawai.17 Keindahan

tanah pamah yang menghampar di kaki Gunung Jerai dan pengeluaran pelbagai hasil

laut juga merupakan satu produk pelancongan yang penting bagi negeri Kedah.

Statistik dari profil Daerah Yan mendapati, Daerah Yan didominasikan oleh

kaum Melayu yang meliputi 61, 480 orang atau 92.33% berbanding dengan kaum

Cina sebanyak 4, 810 orang atau 7.22% dan diikuti oleh kaum India dan lain-lain

kurang dari 1%. Di Kedah tidak mempunyai banyak suku kaum seperti di Kampung

Keudah di Aceh. Hal ini disebabkan negara Indonesia adalah besar dan terdiri

daripada pelbagai keturunan yang masuk dan menetap di Aceh. Manakala di

Malaysia ia telah dikelaskan mengikut kaum Melayu atau bumiputera dan bukan

bumiputera yang meliputi kaum Cina dan India. Begitu juga di Yan orang Melayu

merupakan kaum majoriti di daerah tersebut selain dari kaum Cina, India dan lain-

lain yang bukan bumiputera. Jadual di sebelah menunjukkan komposisi kaum daerah

Yan mengikut mukim.

17
Terdapat masyarakat Aceh yang menjadi nelayan, membuka kedai makan, menjual hasil laut dan
menjalankan industri kecil seperti menjual dan membuat makanan seperti keropok, belacan, ikan
kering, ikan masin dan pelbagai jenis keluaran hasil laut yang lain.

216
Warganegara Malaysia
Bumiputera Bukan Bumiputera
Mukim Lain-
Malaya Cina India Jumlah
Lain
Bill (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%)
Sala Besar 23,047 88.99 2,694 10.40 106 0.41 51 0.20 25898 100
Yan 18,682 95.13 854 4.35 24 0.12 79 0.40 19,639 100

Sungai
11,398 93.62 757 6.22 5 0.04 15 0.12 12,175 100
Daun

Dulang 5,178 92.71 398 7.13 1 0.02 8 0.14 5,585 100


Singkir 3,175 96.42 107 3.25 9 0.27 2 0.06 3,293 100
Jumlah 61,480 92.33 4,810 7.22 145 0.22 155 0.23 66,590 100

Jadual 5.2: Komposisi Penduduk Mengikut Pembahagian kaum18

Seterusnya dari segi peratus pertumbuhan purata tahunan penduduk Kedah

antara tahun 1980 hingga 1991, kajian mendapati daerah yang paling tinggi kadar

pertumbuhan adalah Langkawi 3.78 peratus dan paling kecil adalah Yan 0.22

peratus.19 Namun purata kadar kemiskinan pada tahun 1982 hingga 1989 menurun

akibat pembangunan yang diperkenalkan kerajaan. Di Daerah Yan, peratus

kemiskinan pada tahun 1982 adalah sebanyak 80.4 peratus dan turun kepada 33.6

peratus pada tahun 1989.20 Hasil temubual dengan penduduk di sekitar Kampung

Ruat yang terdiri dari orang Aceh, mereka mengatakan bahawa mereka

melaksanakan pembiakan udang dalam laut. Kawasan tepi pantai juga ditanam padi

18
Profil Daerah Yan Kedah, diperolehi sewaktu berjumpa dengan Pegawai Eksekutif di Pejabat
Majlis Daerah Yan dan Pejabat Tanah Yan pada 27 November 2013, hlm 13.
19
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Handy POP Kedah, Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Disember 2005, hlm 18.
20
Government Of Malaysia-UNDP/ DESD Project MAL/ 90/ 006 Institutional Support For
Accelerated, Kedah Development Action Plan 1991-2000 Volume, Kedah State Economic Planning
Unit (SEPU), State Secretariat, Wisma Darul Aman, Kedah, 21 February 1994, hlm 241. (Table 3)

217
namun kini ramai dalam kalangan mereka yang memajak tanah sawah kepada orang

Cina untuk menternak udang. Manakala di daerah Langkawi, selain dari ternakan

kerang, ternakan ikan juga berjaya diusahakan di Selat Bagan Nyiur. Di Selat Bagan

Nyiur, peruntukan sebanyak RM18,000.00 telah disediakan oleh Jabatan Perikanan

Kedah bagi membolehkan nelayan mengusahakan ternakan ikan siakap, jenahak dan

kerapu.21

Bagi mengisi keperluan pendidikan penduduk Yan, pihak kerajaan telah

mendirikan beberapa buah sekolah. Secara keseluruhannya terdapat 87 buah sekolah

di Daerah Yan yang terdiri daripada 30 buah sekolah rendah, 13 buah sekolah

menengah tidak termasuk Maktab Mahmud dan 44 buah pra sekolah. Daripada 87

buah kemudahan tersebut, 29 buah terdapat di Mukim Sala Besar, 27 buah di Mukim

Yan, 20 buah di Mukim Sungai Daun, 6 buah di Mukim Dulang dan 5 buah di

Mukim Singkir.22 Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis pendidikan dari

peringkat pra sekolah hinggalah sekolah menengah di daerah Yan.

Sekolah Sekolah
Mukim Pra Sekolah Jumlah
Rendah Menengah
Sala Besar 9 5 15 29
Yan 10 3 14 27
Sungai
7 3 10 20
Daun
Dulang 2 1 3 6
Singkir 2 1 2 5
Jumlah 30 13 44 87

Jadual 5.3: Taburan Kemudahan Pendididikan Di daerah Yan 2006

21
Warta Darul Aman, Februari 1979, hlm 11. Apabila diselidiki terdapat dalam kalangan penduduk
kampung tersebut yang berketurunan Aceh turut mengusahakan ternakan ini.
22
Ibid, hlm 18.

218
Institusi pendidikan di Yan mempunyai kaitan secara langsung dengan sejarah

penghijrahan masyarakat Aceh di daerah itu seperti Sekolah Kebangsaan Haji Nyak

Gam23 dan Maktab Mahmud. Sebagaimana yang dijelaskan dalam bab-bab sebelum

ini, Nyak Gam merupakan tokoh yang banyak berjasa membangunkan dan

memajukan komuniti Aceh. Bersandarkan kepada faktor ketokohan beliau dalam

bidang politik dan beliau juga merupakan seorang jutawan tempatan, maka nama

beliau diabadikan pada sekolah berkenaan. Manakala bangunan sekolah milik orang

Aceh pula diberikan kepada Maktab Mahmud, secara percuma tanpa sewa untuk

tujuan pendidikan di Kampung Aceh. Maktab Mahmud ini juga merupakan

cawangan yang kedua selepas di Alor Setar dan Sik iaitu di bawah pentadbiran

kerajaan negeri Kedah. Gambar 5.1 dan 5.2 di sebelah adalah bangunan milik

masyarakat Aceh yang diberikan untuk tujuan pendidikan kepada pihak Maktab

Mahmud cawangan Yan.

23
Nama sekolah ini diambil sempena seorang tokoh yang dikenali dan dihormati di Daerah Yan iaitu
Nyak Gam, wakil rakyat pertama sejak merdeka di kawasan ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah
tertua di Daerah Yan. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh pemimpin, cendekiawan dan ahli
korporat yang berkaliber di segenap peringkat seperti Tan Sri Dato' Seri Haji Sanusi Junid ( mantan
Menteri Besar Kedah ), Dato' Dr. Abdullah Hasbi Hj. Hassan, Dato' Hanafiah b. Hussin, Dato' Mohd
Amin b. Osman ( mantan Timbalan Ketua Polis Negara ) dan ramai lagi individu yang berkaliber
yang dilahirkan dari sekolah ini. Asalnya nama sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu
Yan yang diasaskan pada tahun 1911 bersamaan 1320H

219
Gambar 5.1: Bangunan sekolah menengah agama Maktab Mahmud

Gambar 5.2: Bangunan sekolah Maktab Mahmud yang lebih moden

Selari dengan perkembangan sistem pendidikan pada masa kini, prasarana yang

moden telah diberikan kerajaan negeri apabila bangunan baru dibina bagi memenuhi

permintaan yang tinggi dalam aspek pendidikan dalam kalangan masyarakat

220
setempat. Sekolah tersebut memberi tumpuan dalam aspek keagamaan dan

kelulusannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.

5.4 Pentadbiran Peringkat Kampung

Kampung merupakan tempat masyarakat mengamalkan adat, budaya,

pekerjaan dan sebagainya yang lebih mesra dan berbentuk tradisional. Peranan

penghulu atau ketua kampung beserta anak buahnya amat penting. Masyarakat dalam

sesebuah kampung lebih mengetahui siapa yang menghuninya dan mengenali

mereka lebih dekat. Kampung-kampung dalam Daerah Yan penting untuk melihat

taburan penduduk dan penghulu serta ketua kampung yang bertanggungjawab.

5.4.1 Institusi Penghulu

Di Kedah institusi penghulu masih menjadi tunggak penting untuk

menghubungkan rakyat dengan golongan pemerintah atau pentadbir. Ia dapat

menjamin tadbir urus yang lebih berkesan dan dapat menyalurkan pembangunan

untuk faedah bersama. Terdapat lima orang penghulu yang dilantik oleh kerajaan

negeri untuk memerintah di setiap mukim dalam daerah Yan. Penghulu tersebut

bertanggungjawab menjalankan tugas dalam kawasan masing-masing yang menjadi

orang perantaraan bagi menyalurkan maklumat dan dapat bertindak dengan lebih

berkesan. Senarai mukim dan penghulu boleh dilihat melalui jadual di sebelah:

221
Mukim Penghulu No. Telefon

Sala Besar Tuan Hj Zulkifli b. Jalil 019-4782735


Yan En. Mohamad Shokri b. Ahmad, BKM.,PCK 019-4132303
Sungai Daun En. Hamdan b. Yahaya 013-4045262
Dulang En. Roshamidi b. Othman 017-4497800
Singkir En. Ahmad Sanusi b. Hj Said 019-4154885

Jadual 5.4: Senarai Nama Penghulu24

Setiap orang penghulu bertanggungjawab bagi mukim yang diketuainya dan

menjalankan tugas berdasarkan apa yang termaktub dalam pentadbiran kerajaan

negeri. Institusi ini masih diwarisi dari zaman feudal dahulu dan masih digunapakai

apabila dibuat penambahbaikan sesuai dengan tuntutan zaman.

Di Langkawi pula ada terdapat lima penghulu mukim iaitu Penghulu Mukim

Kuah atau Mukim Ayer Hangat (019-4739151), Penghulu Mukim Padang Matsirat

(013-436 2020), Penghulu Mukim Bohor (013- 439 5591), Penghulu Mukim Ulu

Melaka (013-436 7080) dan yang terakhir Penghulu Mukim Kedawang (013-500

5699).25 Kesemua kawasan ini terdapat penempatan orang berketurunan Aceh dan

paling ramai ialah di Mukim Kuah dan Ulu Melaka serta Mukim Kedawang. Boleh

dikatakan setiap tahun ramai orang Aceh dari Banda Aceh yang datang untuk

melawat saudara mereka di pulau berkenaan.26

24
Ibid, hlm 41.
25
Data diperolehi daripada Pejabat Daerah Pulau Langkawi pada 11 November 2016 secara soft copy
dari data mereka. Penduduk Pulau Langkawi pada hari ini adalah seramai 100,200 orang.
26
Temubual dengan Azhar b. Ahmad di pejabat beliau pada November 2016 menyatakan sejak zaman
dahulu lagi orang Aceh dari Aceh sering membuat lawatan ke kampungnya iaitu Kampung Kuah di
Mukim Kuah.

222
Peranan dan tanggungjawab penghulu adalah besar dalam komuniti setiap

mukim yang diketuainya. Misalnya menjadi orang perantaraan di antara kerajaan dan

rakyat dengan menyampaikan maklumat-maklumat dari kerajaan kepada rakyat dan

dari rakyat kepada kerajaan. Menghadiri setiap mesyuarat yang dijemput seperti

Mesyuarat Majlis Ketua Kampung, Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Perayaan

peringkat Kampung, Mukim, Daerah dan sebagainya. Menjalankan segala tugas

yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan penolong-penolongnya yang selain

daripada yang tersebut di atas seperti menyampaikan surat-surat yang tidak dapat

disampaikan melalui perkhidmatan pos dan sebagainya.27

5.4.2 Majlis Ketua Kampung dan Peranan Ketua kampung

Hirarki paling bawah dari penghulu ialah jawatan Ketua Kampung. Setiap

ketua kampung yang dilantik bertanggung jawab melaksanakan tugas-tugas berikut:

i) Memantau dan melapor kemajuan projek-projek pembangunan dalam

kampung berkenaan kepada Penghulu atau Pegawai Daerah.

ii) Mencadangkan projek-projek pembangunan yang diperlukan untuk

kampung berkenaan kepada Penghulu atau Pegawai Daerah.

iii) Menerima aduan daripada rakyat untuk dikemukakan kepada Penghulu

atau Pegawai Daerah.

iv) Membantu Penghulu dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data

Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (eSinar).

27
http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=pds&isi=content3&id1=198&id2=350&
id3=1071.(diakses pada 3 Mac 2015)

223
v) Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu

dan di bawah pengetahuan Pegawai Daerah.

vi) Lain-lain perkara yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pegawai

Daerah.

vii) Lain-lain perkara yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pegawai

Daerah.

Tempoh perlantikan bagi ketua kampung adalah tidah kurang daripada

setahun serta tidak melebihi daripada dua tahun. Manakala elaun bagi ketua

kampung adalah sebanyak RM300.00 sebulan. Ketua Kampung akan mencadangkan

tidak kurang daripada lima orang ahli dan tidak melebihi daripada sepuluh orang ahli

selaku ahli Majlis Ketua Kampung kepada Jawatankuasa pemilihan ketua kampung.

Had umur bagi menjadi ketua kampung adalah 21 tahun ke atas.

5.5 Tokoh Politik Aceh

Komuniti berketurunan Aceh telah berkhidmat dengan baik untuk

memastikan kesejahteraan hidup rakyat terbela dan sudah pasti mereka mendapat

banyak manfaat apabila terdapat wakil dalam kerajaan. Nyak Gam28 iaitu anak

kepada Nyak Abdullah, terkenal sebagai hartawan Aceh di Yan dan pernah menjadi

wakil rakyat kawasan tersebut. Beliau juga telah mewakafkan tanahnya untuk

pembinaan Sekolah Melayu Yan dan Sekolah Rakyat Ruat serta pembinaan rumah

bidan di Yan Kechil. Hubungannya yang rapat dengan Syed Omar Shahabuddin turut

28
Masyarakat Aceh di Kampung Aceh Yan telah mengabadikan nama beliau pada papan tanda jalan
dalam kampung tersebut sebagai tanda jasa dan sumbangannya kepada komuniti Aceh. Keluarga
Nyak Gam masih terdapat ramai di Kedah dan Aceh.

224
membantu beliau untuk terlibat secara aktif dalam politik dengan membawanya

memasuki Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau kemudiannya

memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri 1957 di kawasan Yan-Merbok atas

tiket UMNO.

Selain itu, pada 24 November 1951 telah diadakan persidangan ulama yang

dilaksanakan di pejabat UMNO di Butterworth yang melahirkan Persatuan Islam Se

Malaya atau singkatannya PAS. Haji Hussain Che Dol telah menganggotai Parti

Islam Semalaysia (PAS) telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan beliau dilantik

menjadi Naib Yang Dipertua PAS pusat untuk menggerakkan aktiviti di bahagian

utara iaitu Kedah, Perlis, Seberang Perai Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.29

Sebagai Naib Yang Dipertua PAS yang bertanggungjawab kepada negeri utara

Tanah Melayu, Haji Hussain Che Dol telah mengadakan lawatan ke Kelantan untuk

menerangkan garis perjuangan PAS.30 Sejak penubuhan PAS di Kedah maka

masyarakat mempunyai pilihan sama ada hendak mengundi PAS atau UMNO.

Kedua pasti ini sudah sebati dalam kalangan rakyat Kedah. Di samping itu, beliau

juga aktif dalam UMNO misalnya pada tahun 1955/59 Haji Hussain Che Dol

menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah mewakili parti UMNO bagi kawasan

Jerai.31 Namun pada 24 April 1959 beliau kemudiannya mengisytiharkan dirinya

keluar dari parti UMNO.32 Beliau menegaskan sebab keluar daripada UMNO adalah

disebabkan:

29
Utusan Melayu, 25 November 1951.
30
Amaluddin Darus, 1978, Lintasan Politik Malaysia. Abad Enterprise. Kuala Lumpur, hlm78.
31
Lindungan Bulan, 1981, Majalah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Jilid 9
November 1981, hlm 42-43.
32
Ibid, hlm 42.

225
“UMNO sekarang menyalahi dasar perjuangan kebangsaan
Melayu yang dicita-citakan oleh UMNO sewaktu ditubuhkan dahulu”33

Beliau kemudian kalah dalam pilihanraya 1959 dan 1964 di kawasan Kedah

Tengah kepada lawannya Encik Mohd Khir Johari. Walaupun kalah tetapi beliau

tetap meneruskan perjuangan dalam PAS dengan mengetuai Dewan Ulama PAS dan

menjawad jawatan sebagai Pegawai Penerangan Pas Negeri Kedah sehingga ke akhir

hayatnya.

Motivasi tinggi masyarakat penghijrah Aceh terbukti apabila mereka muncul

sebagai tokoh-tokoh penting dalam pentadbiran dan politik negara. Tokoh utama

dalam bidang politik ialah Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid yang merupakan anak

Kedah yang berketurunan Aceh yang berjaya menjawat jawatan tinggi dalam

kerajaan. Latarbelakang Y.B. Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid ialah dilahirkan pada

10 Julai 1943 di Yan, Kedah dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

Yan pada tahun 1949 sehingga tahun 1953 dan pendidikan menengah di Sekolah

Menengah Ibrahim, Sungai Petani pada tahun 1954 hingga tahun 1956. Seterusnya

pada tahun 1957, beliau berjaya meneruskan pengajian ke Malay College Kuala

Kangsar (MCKK). Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Institute Of

Bankers London, City of London College dan Institute Of Export London pada tahun

1969. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di London University sehingga

memperolehi 'Certificate In Foreign Trade And Foreign Exchange' dan Berlitz

School Of Language, Germany.34 Beliau seorang ahli politik yang disegani,

mempunyai kelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran

33
Ibid, hlm 42.
34
http://www.mykedah2.com/20hall_fame/203_7.htm.

226
negara. Sumbangan dan jasa baktinya kepada nusa dan negara, beliau telah

dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya D.S.S.M., S.S.S.A., D.G.S.M.,

Setia Mahkota Kedah (S.M.K.), Dato' Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.), Panglima

Setia Mahkota (P.S.M.) dan Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.).

Beliau telah memenangi pilihanraya atas tiket Barisan Nasional untuk

mentadbir Kedah sebagai Menteri Besar bermula pada 16 Jun 1996 sehingga

November 1999 dan sebagai anggota kabinet dalam Kerajaan Barisan Nasional di

Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik semenjak tahun 1963

sebagai ahli UMNO Seremban. Kemuncak dalam kerjaya politiknya apabila dilantik

sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia pada tahun 1990 dan Ahli Dewan Undangan

Negeri Kawasan Kuah pada tahun 2000. Kini beliau berusia 73 tahun, yang juga

mantan Menteri Besar Kedah yang ke tujuh dan pernah memegang jawatan penting

dalam Kabinet kerajaan.

Apabila dikaji dengan mendalam mendapati bidang kepakaran beliau adalah

menubuh dan membangunkan koperasi.35 Beliau juga berperanan dalam

mengasaskan Koperasi Industri Kampung (KIK), Koperasi Pembangunan Daerah

(KPD) dan Koperasi Pembangunan Negara. Idea-idea beliau untuk memajukan

sesebuah koperasi memberi impak besar dalam kemajuan ahli dan meningkatkan

taraf hidup masyarakat. Misalnya pada tahun 1974 koperasi Shamelin 36 mempunyai

perancangan yang jitu apabila Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid selaku setiausaha

koperasi telah menyenaraikan visi dan matlamatnya. Misalnya beliau menyatakan

35
Beliau dipilih menerima anugerah Tokoh Koperasi pada 2013 yang lalu atas jasa, pengalaman dan
sumbangannya dalam sektor korporat serta perkhidmatan kerajaan.
36
Fail SUK 2002/00354, 2002/0005511, Aduan Dr.Mahathir Terhadap Sanusi Junid dan Shamelin
1974, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur.

227
dalam laporan koperasi Shamelin mengenai prinsip perniagaannya. Keuntungan

daripada perniagaan yang dijalankan oleh Shamelin dirancang untuk membeli sebuah

kedai kemudian beberapa buah kedai, apabila keuntungan semakin bertambah akan

mewujudkan perniagaan bercorak wholeseller dan akhirnya membina kilang.37

Seterusnya atas kepimpinan yang mantap beliau memimpin Persatuan Ikatan

Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM). Ternyata pergerakan bersama orang Aceh

dalam memacu ekonomi melalui persatuan dan koperasi berjaya mengubah taraf

hidup mereka sehingga mampu pula membantu orang ramai.

5.6 Kesimpulan

Penghijrahan masyarakat Aceh adalah bersama-sama dengan nilai

intelektual mereka. Tidak hairanlah apabila mereka tiba di Kedah perkara

utama yang diusahakan adalah membina institusi pendidikan. Inisiatif

membina pondok (dayah) dan sekolah dilakukan atas kesedaran bahawa

pendidikan merupakan asas utama dalam kemajuan bangsa. Sehubungan

dengan wujud dayah-dayah dan juga sekolah yang terkenal di seluruh Kedah

seperti Maktab Mahmud. Kemunculan institusi pendidikan ini mempunyai

sejarah yang terserndiri dari segi pengorbanan masyarakat Aceh di Kedah

apabila mereka sama-sama mengumpul dana dan menyumbangkan bantuan

kewangan serta menyedia tapak bangunan bagi mendirikan institusi

37
Ini adalah visi yang mahu dijayakan oleh beliau. Justeru itu beliau berharap koperasi ini akan dapat
memberikan bantuan kewangan berupa bantuan kepada pekedai-pekedai runcit milik bumiputera.
Pada tahun 1974 ini Shamelin telah memiliki 40 buah kedai di seluruh Malaysia. Rujuk Fail SUK
2002/00354, 2002/0005511, Aduan Dr.Mahathir Terhadap Sanusi Junid dan Shamelin 1974, Arkib
Negara Malaysia Kuala Lumpur.

228
pendidikan. Langkah ini juga sekaligus menunjukkan tanggungjawab sosial

telah dilaksanakan untuk faedah masyarakat Aceh khususnya dan rakyat

Kedah amnya.

Masyarakat Aceh turut terlibat dalam merangka dasar-dasar negara

untuk pembangunan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ramai dalam

kalangan mereka yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan

memasuki bidang politik. Ketokohan anak-anak Aceh di Kedah dan juga di

Malaysia jelas membayang papatah yang menyatakan, “benih yang baik, jatuh

ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi gunung”. Kejayaan mereka

menjadi ikon kepada kejayaan-kejayaan generasi Aceh yang seterusnya.

Kejayaan dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial telah dapat

mempertingkatkan taraf hidup seluruh masyarakat Aceh samada di negara ini

malah turut menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Aceh di Aceh,

Indonesia. Seluruh generasi berketurunan Aceh mampu berbangga dengan

ketokohan Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid, Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Dr.

Pendeta Haji Ismail Hussien, Dato’ Abdullah Hussien, Dato’ Ibrahim Hussein,

Tan Sri Hanafiah Hussein, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Amin Osman

(bekas Timbalan Ketua Polis Negara), Tan Sri Ani Arope (bekas Pengerusi

Tenaga Nasional Berhad), Tan Sri Elyas Omar, Tan Sri Kamarulzaman Sheriff

(automobil), Dato’ Mohamad Amin (bekas Ketua Polis Negara), Dato’ Kasim

Maon (orang Melayu pertama berkelulusan Taiwan National University),

Dato’ Tengku Adnan Mansur, Dato’ Badaruddin Amiruldin, Datuk feisol Haji

Hasan (bekas Pengerusi Rakyat First Merchant Bank), Dato’ Ridzuan Halim

(bekas Ketua Pengarah Mara), Dato’ Annuar Jaafar (bekas Ketua Eksekutif

229
Bank Rakyat, Tan Sri P. Ramlee (Ramlee Nyak Puteh), Tan Sri S.M. Salim

dan Tan Sri Jins Shamsudin38 dan ramai lagi. Mereka semua menjadi contoh,

aspirasi dan kebanggaan rakyat Kedah serta Malaysia amnya.

38
Ishak Saat dan Adnan Jusoh, 2011, “Sejarah Migrasi Orang Aceh ke Kedah”, dalam Isu-isu Terpilih
Sejarah Alam Melayu Sumbangsih kepada Profesor Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi, Penerbit
UTHM, Johor, hlm 182.

230
BAB 6

KESIMPULAN

Kajian yang meliputi tempoh 100 tahun hubungan Kedah-Aceh diwarnai

dengan pelbagai peristiwa. Hubungan Kedah-Aceh di zaman awal dilambangi oleh

politik tradisional yang mencorakkan pertalian hubungan dunia Melayu. Sejak awal

lagi hal ehwal negeri Kedah telah menarik perhatian pemerintah Aceh. Persaingan

perdagangan dan kemakmuran Kedah telah mendorong pemerintah Aceh iaitu Sultan

Iskandar Muda Mahkota Alam menyerang dan seterusnya menakluki Kedah.

Penaklukan Aceh ke atas Kedah membuktikan bahawa kemakmuran Kedah bukan

sahaja menarik minat kuasa negara jiran yang lebih terdekat iaitu Siam, tetapi juga

kuasa penakluk yang lebih jauh iaitu Aceh.

Pada zaman seterusnya iaitu zaman moden, karekteristik hubungan antara

kedua-dua negara telah berubah daripada berbentuk naungan kepada hubungan dua

negara yang berasaskan kepada faktor serumpun iaitu persamaan dari segi agama,

bahasa dan budaya. Zaman ini juga memperlihatkan hubungan baik berteraskan

aspek sosial, ekonomi dan politik. Meskipun Tanah Melayu dan Aceh sama-sama

mengalami zaman penjajahan Barat, namun kehidupan masyarakat Aceh di bawah

penjajahan Belanda lebih tertindas berbanding dengan kehidupan masyarakat

Melayu di bawah pemerintahan British di Tanah Melayu. Aceh antara negara yang

paling kuat menentang Belanda di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Golongan

agama dan pembesar memberi tentangan sengit dan perang ini merupakan salah satu

perang yang paling panjang dalam sejarah penaklukan tanah jajahan. Pada ketika ini

231
Kedah menjadi tumpuan migrasi Aceh yang melarikan diri daripada penindasan

penjajah Belanda menjadi faktor penolak kepada migrasi orang Aceh ke Kedah.

Manakala faktor penarik yang utama bagi mereka ialah nostalgia hubungan

masa lampau yang pernah wujud di zaman kerajaan Melayu Kedah dan Aceh.

Perkara ini menjadi penentu kepada pemilihan Kedah sebagai destinasi penghijrahan

mereka ke negeri ini berbanding dengan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Selain

itu, faktor semulajadi Kedah yang mempunyai tanah pamah yang subur dan sesuai

untuk pertanian padi telah turut menjadi faktor penarik kepada kedatangan mereka ke

Kedah. Berdasarkan kepada kepakaran mereka yang telah sedia ada dalam pertanian

padi, ia telah memudahkan kehidupan mereka di negeri ini. Kehadiran mereka telah

memperkayakan nilai budaya dan memberikan kerencaman dalam elemen

kemasyarakatan di Kedah. Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan

migrasi Aceh juga telah membentuk nilai tambah dalam bidang ekonomi di Kedah

apabila ramai antara mereka terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan.

Tumpuan utama migrasi Aceh di Kedah ialah di Kampung Yan. Tumpuan

mereka di kawasan ini dipengaruhi oleh faktor geografi yang berhampiran dengan

laut. Kehadiran kumpulan awal orang Aceh di Kampong Yan telah berjaya

memberikan nilai keagamaan yang lebih signifikan ke atas masyarakat tempatan

berbanding dengan sebelum kehadiran mereka. Selanjutnya atas inisiatif mereka

juga, berkembangnya institusi pendidikan awal iaitu pondok-pondok yang

mengambil contoh daripada dayah-dayah yang terdapat di Aceh. Guru-guru agama

yang membuka pondok-pondok di Kampung Yan ini merupakan pelopor kepada

institusi pendidikan masyarakat Aceh di Kedah. Sumbangan utama mereka dalam

232
bidang pendidikan termasuklah mengasaskan Maktab Mahmud yang menjadi ikon

kepada perkembangan institusi pendidikan aliran agama di Kedah. Semangat atau

nilai dalaman mengenai kepentingan ilmu boleh didapati dalam kalangan mereka.

Faktor ini merupakan antara sebab kejayaan komuniti Aceh di Kedah.

Berdasarkan kepada faktor persamaan agama, budaya dan bahasa, orang

Aceh dapat mengasimilasikan diri mereka dengan masyarakat tempatan dengan lebih

mudah. Walaupun pada awalnya mereka lebih memilih untuk mengekalkan

hubungan kekeluargaan dengan suku asal mereka sama ada orang Aceh di Malaysia

mahupun dalam kalangan keluarga mereka di Aceh sendiri, namun akhirnya sedikit

demi sedikit hubungan kekeluargaan mereka semakin berkembang dalam kalangan

kelompok Melayu bukan Aceh iaitu masyarakat tempatan. Pada peringkat awal

mereka cuba mempertahankan status-quo kekeluargaan mereka berdasarkan kepada

keturunan Aceh, namun akhirnya mereka juga terpaksa akur kepada perubahan

zaman dan membuka minda mereka nilai-nilai setempat dan berkeluarga dengan

masyarakat tempatan. Banyak faktor yang mempengaruhi perubahan pemikiran

masyarakat Aceh terhadap perkara ini, antaranya ialah pergaulan dengan masyarakat

tempatan melalui sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka tetap

mempunyai jati diri yang tinggi. Di samping itu, walaupun mereka telah berada di

Malaysia sejak beberapa generasi yang lampau, namun mereka masih mengekalkan

hubungan kekeluargaan dengan keluarga asal mereka di Aceh.

Perkara yang menarik ialah hubungan Kedah-Aceh ini memperlihatkan

bentuk hubungan yang seimbang atau dengan kata lain ia adalah merupakan satu

bentuk hubungan yang saling mempengaruhi. Sekiranya di Kedah mempunyai

233
Kampung Aceh di Yan, di Aceh pula mempunyai perkampungan masyarakat yang

berasal dari Kedah yang dikenali dengan nama Kampung Keudah. Di Kedah, orang

Aceh adalah antara yang paling berjaya jika hendak dibandingkan dengan suku-suku

perantau lain di daerah-daerah lain di Kedah. Pulau Langkawi, Alor Setar dan Jitra

serta lain-lain kawasan di Kedah juga terdapat ramai orang yang berketurunan Aceh.

Manakala orang Aceh di Kampung Aceh, Yan adalah paling tinggi perasaan jati

dirinya terutama dari sudut adat dan budaya walaupun kini terdapat cuma sekitar 80

buah keluarga sahaja.

Migrasi, perantau, penghijrah dan seumpamanya telah mewarnai sejarah

setiap warga dan negara yang terlibat. Untunglah jika kita dapat tinggal di negeri

yang makmur dan menikmati hidup yang baik.1 Semua sebab inilah menjadikan

Kedah kaya dengan pelbagai kaum atau etnik misalnya rumpun Melayu seperti

Aceh, Patani, Banjar, Jawa, Siam, Kampar2 antara yang ramai iaitu dalam 300

keluarga, Minang3, Kemboja dan seumpamanya yang tinggal dan menetap di sini.

Migrasi dari Acehlah yang paling menonjol dalam aspek taraf hidup mereka dan

jumlah penduduk yang semakin meningkat. Mereka berjaya membina hubungan

yang baik dan sama-sama berkongsi kenikmatan ekonomi dan berkongsi kuasa

dalam politik. Malah dari aspek migrasi ternyata kejayaan mereka di Kedah sangat

memuaskan. Mereka juga dapat menikmati kesemua kemudahan dan status sebagai

rakyat tempatan serta membuat hubungan rapat dengan orang Melayu yang lain.

1
Hasil temubual dengan perantau dari Aceh mengatakan selepas mereka menyaksikan peristiwa
tsunami di Aceh dan mendarat sahaja di lapangan terbang di Pulau Pinang terdapat dalam kalangan
mereka yang sujud mencium bumi, bersyukur dapat hidup di tempat yang banyak rahmatNya.
2
Buku Odisi Anak Kampar Karya Dato’ Affifuddin Haji Omar juga menerangkan mengenai
perjuangan dan kelangsungan hidup untuk berjaya.
3
Orang Minang pernah membantu Sultan Ahmad Tajuddin menentang saudaranya yang dibantu oleh
orang Bugis sebagai askar upahan. Apabila baginda menang dalam perang saudara ini orang Minang
mendapat manfaat. Temubual dengan Dato Affifuddin Haji Omar menerangkan Di Kedah terdapat
perkampungan Minang di Kampung Kebun 500 Jalan Langgar, Alor Setar pada Oktober 2013.

234
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, faktor ekonomi pendorong utama

dalam penghijrahan dan berjaya mewujudkan komuniti yang berusaha memajukan

diri. Tanah yang subur, hasil bumi yang banyak, kegiatan maritim berubah menjadi

negeri pertanian apabila ramai rakyat berkebolehan dalam memberikan hasil

pertanian yang lumayan. Keupayaan dan bantuan dari pemodal dan para hartawan

juga mendorong memajukan orang Aceh dan bersama-sama menyumbang ke arah

negara maju dengan masyarakat setempat. Bidang perniagaan yang terbuka luas,

permuafakatan dan perasaan kepunyaan dan jati diri yang tinggi mendorong mereka

untuk membantu dan memastikan masyarakat menikmati kesejahteraan hidup. Faktor

ekonomi akhirnya menjadi pendorong utama kekuatan mereka. Hal ini kerana

mereka berjaya melibatkan diri dalam kesemua peluang yang diberikan oleh pihak

kerajaan. Status taraf hidup yang tinggi sehingga mewah dapat dinikmati oleh

masyarakat mereka sebelum ini. Warisan kekayaan dan usaha meningkatkan taraf

hidup secara keseluruhannya memuaskan dan berjaya. Kejayaan mereka sebenarnya

disokong oleh pihak yang berotoriti di Kedah. Malahan Duli Yang Maha Mulia

Sultan Kedah sentiasa memberi sokongan dan bantuan agar rakyatnya termasuklah

orang Aceh dapat mengembangkan bakat dan membangunkan negara. Sultan

memberi hak milik tanah kepada mereka untuk menanam lada sebagai sokongan

untuk menjana ekonomi.4

Kemuncak kepada kejayaan orang Aceh di Kedah khususnya dan Malaysia

amnya terbukti apabila sebilangan daripada mereka telah muncul sebagai pemimpin

politik yang berwibawa. Antaranya ialah Tan Sri Dato’ Sri Sanusi Junid yang pernah

menjadi Menteri Besar Kedah. Di samping itu ramai lagi tokoh-tokoh korporat,

4
Temubual dengan Dato’ Affifuddin Haji Omar di bangunan UMHSB di Sintok pada Oktober 2013.

235
perniagaan dan intelektual Malaysia yang merupakan yang berketurunan Aceh.

Berkat kesungguhan dan motivasi yang tinggi, golongan perantau ini telah berjaya

menempatkan diri mereka standing malah lebih tinggi lagi dengan penduduk

tempatan. Kejayaan mereka ini boleh dikaitkan dengan pepatah Melayu yang

berbunyi , “benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi

gunung”.

Walaupun mereka telah berjaya di tanah seberang, namun mereka tetap

prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di negara asal mereka. Sikap ambil

tahu masyarakat Aceh di sini terhadap saudaranya di Aceh sangat kuat dan ikatan ini

boleh dilihat apabila terjadinya sesuatu musibah sudah pasti mereka akan

menghulurkan bantuan. Kedah juga negeri yang aman dan sesuai berlindung dari

tentera Indonesia sewaktu konflik GAM menuntut kemerdekaan sendiri. Akhirnya

konflik ini berakhir apabila perjanjian damai ditandatangani pada 15 Ogos tahun

2005.

Hubungan Kedah-Aceh adalah unik dalam lipatan sejarah negara kerana

diyakini kaum Aceh di Malaysia berupaya mengekalkan jati diri asal mereka

walaupun lebih dari lima generasi tinggal di Kedah. Mereka mempunyai salasilah

keturunan yang jelas dan sah hinggakan ikatan persaudaraan tetap erat walaupun

terpisah jauh. Kajian ini juga membantu kita memahami bahawa setiap anggota

masyarakat mempunyai sejarah yang tersendiri. Tahun 1900 sehingga 2000 dilihat

penting kerana ia memfokus kepada zaman penjajahan hingga zaman pembangunan

bagi Malaysia. Mereka yang berhijrah selalunya beroleh kejayaan dan kuat

peribadinya serta setiap keturunan mempunyai keunikan yang tersendiri.

236
Penghijrahan orang Minangkabau disebut “merantau”. Perkara ini disebabkan sifat

mereka yang suka merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Orang

Jawa pula mempunyai istilah “minggat”. Kajian Andi Ima Kesuma terhadap migrasi

Bugis disebut “malleke dapureng” iaitu peralatan-peralatan dapurnya yang

bermaksud melanjutkan kehidupannya ke negeri baru. Walau apapun istilah ternyata

setiap keturunan tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dan sebagai

warganegara wajarlah kita memahami sejarah sesuatu kaum untuk supaya dapat

mempelajari sesuatu yang berguna. Pensejarahan Kedah-Aceh juga adalah platform

utama dalam mengeratkan hubungan persaudaraan antara kedua buah negara yang

sedia terjalin. Hubungan ini masih kekal hingga hari ini disebabkan faktor

silaturrahim yang erat terjalin. Malah dunia tanpa sempadan juga menyebabkan

rakyat kedua-dua buah negara saling bertemu dan mengikat tali persahabatan atau

terus mempereratkan hubungan persaudaraan. Silaturrahim menjadi penghubung

utama menerusi hubungan mesra yang sedia atas dasar kekeluargaan atau disebabkan

faktor perkahwinan baru yang berlangsung. Demikianlah hubungan Kedah-Aceh

yang unik dan makin berkembang hingga kini dan ia adalah sumber utama dalam

memperkemaskan peradaban yang sedia terjalin.

Kini akibat proses asimilasi dan sosialisasi mereka dengan masyarakat

tempatan, sedikit-demi sedikit nilai-nilai asal masyarakat Aceh semakin terhakis.

Walaupun begitu masih terdapat dalam kalangan mereka yang masih mengekalkan

adat dan budaya Aceh terutama kebolehan berbahasa Aceh. Namun begitu orang

Aceh kini bukan lagi merupakan kumpulan perantau, sebaliknya mereka merupakan

sebahagian daripada masyarakat negara ini dalam sama-sama berperanan dalam

pembinaan negara bangsa Malaysia.

237
BIBLIOGRAFI

1. Fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Arkib Negara Malaysia

Fail Kerajaan, PSU (Kedah) 1195/1385, Kertas No. 631/68.

Fail N.S Secteriat 2099/193

RCLC 40/64, 16hb September 1938, Permohonan di Bahagian: 7 (IV) BAB.


215 Dalam Undang-undang Tanah Pusaka Kerana Hendak Berjual Sekeping
Tanah Kepada Permai binti Usoh, Anak Aceh Dengan Harga $2, 400/=.

RCLC.& (IV) 44/73, 1hb November 1973, Permintaan Memulangkan Tanah


Pusaka Kepada Awa binti Rantau, Suku Anak Aceh di dalam geran no.
EMR.1356 (1/2) Lot 716 Mukim Selemak.

R.S.M 25/70, PPP/PG 3068, Perkumpulan Kaum Ibu Kampung Aceh yan,
Kedah, 1966, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Pertubuhan ini
mempunyai 86 ahli yang berdaftar.

R.S.M 25/70, Perkumpulan Kaum Ibu Kampung Aceh yan, Kedah, 1966,
Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, pembubaran pertubuhan ini.

SMSAH, No 16, Jilid II, 1900-1902, F3/F4.

SUK 101/2487.

SUK 1038/1373 (7).

SUK 1098/ 1332 berkenaan Surat Teriyak Awang Bin Mohamad Jusoh di
Yan ke atas tanah sawah dan hasil padi kerana Mat Daut dam Mat Saman
tidak mampu membayar sewa tanah kepadanya yang berbaki $31.67.

SUK 111-1353.3hb Muharam 1353.

SUK 1129/1375.

238
SUK 1193/1381, Jilid 14 (17).

SUK 1203/1381, Jilid 4, PSU Monthly Progress Report For D.I.D

SUK 1246/1331, “Dipersembah Mari Surat Teriak Tunku Dabali dan Suku-
sukunya iaitu orang Aceh daripada fasal la apa kena mari di Kota Star kepada
Ag. Harbour Master ambil kebenaran boleh la apa bawa di Yan padi yang la
apa beli daripada Sungai Limau dan Sungai Yan Kechik diperbuat makan di
Yan itu”

SUK 2002/00354, 2002/0005511, Aduan Dr. Mahathir Terhadap Sanusi


Junid dan Shamelin 1974, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur.

SUK 3203/ 1330.

SUK 3502/ 1329, Surat Teriak Haji Mat Diah Imam Masjid Dulang Besar,
1931

SUK 3552-1352.

SUK 466/1357 Annual Report of the Agricultural Department Kedah for the
year 1356 Hijrah.

SUK 71/136.

SUK 816/1381, Penubuhan Syarikat Pengangkutan Awam tersebut di Alor


Setar pada 12 September 1962.

SUK Kedah 2326/1342, Preliminaries With Regard to the Organization of the


Malay Girls‟ School, Alor Setar.

SUK S.C 1095-1360.

SUK (K.000000)/01.001, 1375/1348, 4 Oktober 1929, Kekuasaan dan


Pengaruh Wahabi di Mekah.

239
Burnhill, The North-West Kedah And Perlis, Arkib Negara Cawangan Kedah/
Perlis. (tanpa tarikh).

2001/01059, 2001/ 0026336, Keratan Akhbar Berita Harian bertajuk “Dua


Gunung Pedoman Orang-Orang Aceh Ke Kedah…” Bertarikh 27.12.1974,
Arkib Negara Malaysia, KL. (diakses pada 27.04.2015).

2. Buku

Hasjmy, A., 1997, Ulama Aceh Mujahid Pejuang Kemerdekaan dan


Pembangunan Tamadun Bangsa, PT Bulan Bintang, Perpustakaan dan
Museum Yayasan Pendidikan Ali Hasjmy, Jakarta.

A. Samad Ahmad,1963, Sejarah Kesusasteraan Melayu I, DBP, KL.


Sejarah Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, UUM, Sintok.

Abdul Aziz Bari, 2015, Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah,


DBP, Kuala Lumpur.

Abdul Halim Bashah, 1994, Raja Campa dan Dinasti Jembal dalam Pattani
Besar, Pustaka Reka, Kota Bharu.

Abdul Rahman Abdullah, 1990, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara.


Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abad Ke 19, DBP, KL.

_____________________, 1998, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan


Aliran, DBP dan USM, KL dan Pulau Pinang.

_____________________, 2006, Sejarah Kebudayaan Asia Tenggara


Tradisional, Karisma Publications, Shah Alam.

Abdul Rahman Embong, 2000, Negara Bangsa Proses dan Perbahasan,


Penerbit UKM, Bangi.

Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia,


DBP, Kuala Lumpur.

240
Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd Supian Sabtu, 2015, Bhakti Pendeta,
Persatuan Muzium Malaysia, Percetakan Seasons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Aboe Bakar Atjeh, 1980, “Tentang Nama Aceh” dalam Ismail Suny (ed.),
Bunga Rampai Tentang Aceh, Bhratara Karya Aksara, Jakarta.

Abu Daudi, 2003, Maulana Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari (Tuan


Haji Besar), YAPIDA, Mertapura.

Affan Jamuda and A.B. Lila Wangsa, 2000, Peungajaran Peuturi Droe
Keudroe, AngkasaMuda, Pidie.

Affifudin Hj. Omar, 2014, Melayu Permasalahan Politikal-Ekonominya


Sepanjang Zaman, Afif Books Sdn. Bhd, KL, Malaysia.

_______________, (tanpa tarikh), Regional Approach To Development The


MADA Case, MADA, Kedah.

Ahmad Daudi, 1983, Allah dan Manusia Dalam Konsepsi Syeikh Nuruddin
al-Raniri, C.V. Rajawali, Jakarta.

Ahmad Ibrahim, 2009, Mendekati Sejarah Undang-undang di Malaysia dan


Singapura, terj. Muhammad Bukhari Abd Hamid, DBP, Kuala Lumpur.

Ahmad Syafi‟I Mufid, 2001, Dialog Agama dan Kebangsaan, penerbit Zikrul
Hakim, Jakarta.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1986, A Commentary OnThe Hujjat al-


Siddiq of Nur al-Din al-Raniri, Ministry of Culture, Kuala Lumpur.

____________________________, Raniri and The Wujudiyyah of 17th


Century Acheh, dalam Monographs of The Malaysian Branch, Malaysia
Printers Ltd, Singapura.

Alfian, Teuku Ibrahim, 1981, “Sebuah Catatan tentang Peninggalan Dua


Raja Samudra Pasai”, dalam Dari Sini Ia Bersemi, Panitia Musabaqah
Tilawatil Quran Tingkat Nasional ke 12, Pemerintah Daerah Istimewa Aceh,
Banda aceh.

241
Amaluddin Darus, 1978, Lintasan Politik Malaysia, Abad Enterprise. Kuala
Lumpur.

Amirul Hadi, 2010, Aceh Sejarah, Budaya dan Tradisi, Yayasan Pustaka
Obor Indonesia, Jakarta.

Atlas Moden Malaysia dan Dunia, 1992, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.

Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Azyumardi Azra, 2005, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan


Nusantara Abad XVII & XVIII, Akar Pembaharuan Islam Indonesia, Edisi
Revisi, Cetakan ke-2, Prenada Media, Indonesia.

Badariah Din, 2005, “Sumbangan Pendapatan Kerajaan Negeri Satu Dekad


Untuk Menjana Pertumbuhan Ekonomi ke Arah “Kedah Maju 2010” dalam
Ke Arah Kedah Maju, Antara Perancangan dan Keupayaan, Penerbit UUM,
Sintok.

Baloch N.A, 1980, The Advent of Islam In Indonesia, National Institute of


Historical and Cultural Research, Islamabad.

Bennet Broson, 1977, “Exchange at the Upstream and Downstream Ends:


Notes Of A Functional Model Of The Coastal State in Southeast Asia”,
dalam K.L. Hunter (Peny.), Economic Exchange and Social Interaction In
Southeast Asia, An Arbor, Paper On Southeast Asia, no.13, Michigan.

Brinley Thomas, 1959, “International Migration”, dalam The Study of


Population, ed. By Philip M. Hauser and Otis D. Duncan, University of
Chicago Press, Chicago.

Bonney, R., 1971, Kedah 1771-1821 The Search For Security and
Independence, Oxford University Press, Kuala Lumpur.

Buku Cenderamata Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok


Kedah, (tanpa tarikh dan halaman)

242
Buyong Adil, 1981, Sejarah Kedah, DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur.

Crawfurd, John, 1974, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands &


Adjacent Countries, Chaukhambhaa Orientalia, New Delhi.

Coedes G., 1968, The Indianized States of Southeast Asia, University Malaya
Press, Kuala Lumpur.

Dada Meuraxa, 1974, Sejarah Kebudayaan Sumatera, Firma Hasmar, Medan.

De Silva, 1981, The History of Sri Lanka, Oxford University Press, New
Delhi.

Deliar Noer, 1981, Bunga Rampai dari Negeri Kanguru, Panji Masyarakat,
Jakarta.

Denys Lombard, 1981, Kunjungan Laksamana Perancis De Beaulieu Ke


Aceh Pada Tahun 1621, dalam Panitia Penyelenggara Musabaqah Tilawah
Quran Peringkat Nasional Ke 12, Dari Sini Ia Bersemi, penerbitan
Pemerintah Daerah Istimewa Aceh.

_____________, 2008, Kerajaan Aceh Zaman Sultan Iskandar Muda (1607-


1636), terjemahan oleh Winarsih Arifin, Kepustakaan Populer Gramedia
(KPG), Jakarta.

Dinas Periwisata Provinsi Daerah Istimewa Aceh, 1996, A Guide To Aceh.

Djoko Suryo, 2001, Agama dan Perubahan Sosial, LKPSM, Yogyakarta.

Edwin M. Leob, 1972, Sumatra: Its History and People, Oxford University
Press, Kuala Lumpur.

Encyclopedia Britannica, 1953, Vol. 12.

Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, 1999, DBP, Kuala Lumpur.

243
Fadhlullah Jamil, 2000, Islam di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, Thinker‟s Library Sdn. Bhd., Selangor.

Fatimi, S.Q., 1963, Islam Comes to Malaysia, Singapura.

Frank Hole, Robert F. Heizer, 1990, penterjemah Shakila Yaakob, Arkeologi


Prasejarah, Satu Pengenalan Ringkas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

H. Mohammad Said, 1979, Aceh Sepanjang Abad, Jilid 1, Cetakan III,


Medan.

Hall, D.G.E., 1962, A History of South-East Asia, 3rd ed., St Martin‟s Press,
New York.

Hanafi Ramli, (tanpa tahun), Syeikh Abdullah Al-Yamani Kedatangan Islam


Ke Kedah Darulaman 1136, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darulaman,
Kedah.

Harahap, A.S., 1951, Sejarah Penyiaran Islam Di Asia Tenggara, Toko Buku
Islamiyah, Medan.

Harding Andrew dan H.P Lee, 2007, “The 1993 Constitutional Crisis: A
Redefinition of The Monarchy‟s Role And Position?”, Malayan Law Journal
Sdn Bhd, Selangor.

Haron Daud, 1993, Sejarah Melayu Satu Kajian Daripada Aspek


Pensejarahan Budaya, DBP, Kuala Lumpur.

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim Ahmad Hakimi
Khairuddin dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, 2006, “Konsep, Latar
Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun
Islam dan Tamadun Melayu, Penerbit Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur.

Heer, D.M., 1968, Society and Population, Prentice Hall Inc, New Jersey.

244
Herwandi, 2003, Bungong Kalimah Kaligrafi Islam Dalam Bulatan Tasawuf
Aceh (Abad Ke 16-18 M), Universitas Andalas, Padang.

Hikayat Merong Mahawangsa, 1898. Cetakan Batu, Kim Seik Hian Press,
Penang Street, Pulau Pinang.

Hisham Said, 2009, Kedatangan Orang Acheh Ke Daerah Yan Kedah,


KAMC Press, Cetakan Pertama, Kedah.

Horace Stone, 1966, From Malacca to Malaysia 1400-1965, London

I.F.T. Wong, Land Use Report Of Kedah Division Of Agriculture, Ministry


Of Agriculture And Co-operarives Malaysia, Kuala Lumpur.

Ibrahim Bakar Langkawi dan Dato‟ Hj. Shaarani Hj. Hassan, 2009, Kota
Seputih Lindungan Bulan, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah,
Kedah.

Ibrahim Ismail, 1987, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Jawatankuasa Penerbitan


UUM, Jitra.

Ishak Saat dan Adnan Jusoh, 2011, “Sejarah Migrasi Orang Aceh ke Kedah”,
oleh Haslinda Haji Hasan, dalam Isu-isu Terpilih Sejarah Alam Melayu
Sumbangsih kepada Profesor Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi, Penerbit
UTHM, Johor.

Ismail Abd Rahman, Abdul Rahman Aziz @ Ahmad Mohd dan Mohd Yasin
Muda, 1993 (penyunting), Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia, Kolej
Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Ismail al-Faruqi, 1982, Tawhid: Its Implications For Thought and Life, IAIN.

Ismail Haji Salleh, 1970, Persekolahan Melayu di Kedah Hingga Pecah


Perang Dunia II, KDSS, 4(1).

______________, 1998, Kedah: Negeri Islam Yang Pertama di Nusantara,


dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam
Di Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd.

245
______________, 1999, Tak Sesungguh Seluang Melaut, Majlis Kebudayaan
Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar.

________________, 2007, Kedatangan Islam di Kedah Serta Penyebaran


dan Perkembangannya, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

Ismail Hamid, 1983, The Malay Islamic Hikayat, Penerbit UKM, Bangi

Ismail Hussein, 1993, Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan,


Syarahan Perdana, UKM, Bangi.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 1976, Penduduk-penduduk Malaysia, Kertas


Penyelidikan Bil.10, Kuala Lumpur.

Jabatan Pemetaan Oxford University Press dan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Atlas
Progresif Fajar Bakti, 1987, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

Jacoby, E.H., 1961, Agrarian Unrest In Southeast Asia, Asia Publishing


House, Bombay.

Jessy Joginder Singh, 1990, Malaysia, Singapura dan Brunei 1400-1965,


Cetakan Ke 6, Longman, Petaling Jaya, Selangor.

J.J Mangalam,1968, Human Migration, A Guide to Migration Literature In


English 1955-1962, University of Kentucky Press, Lexington.

Joginder Singh Jessy, 1976, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), DBP,


Kuala Lumpur.

Kamaruzzaman Bustamam Ahmad, 2012, Acehnologi, Bandar Publishing,


Banda Aceh.

Kamus Dewan Edisi Baru, 1994, Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM, Kuala
Lumpur.

Kartodirdjo, Sartono, 1977, Sejarah Nasional Indonesia, Jilid IV dan V,


Balai Pustaka, Jakarta.

246
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Handy POP
Kedah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Disember
2005.

Kunaseelan A/L Muniandy, 1996, Hubungan Malaysia Indonesia 1957-1970,


DBP, Kuala Lumpur.

Lee Kam Hing, 1972, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu dalam Kurun
ke 16 dan ke 17, dalam Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, DBP, Kuala
Lumpur.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, (tanpa tarikh), Nelayan Jaya, LKIM


Malaysia.

Lombard, Denys, 1991, Kerajaan Acheh Jaman Iskandar Muda (1607-1636),


Balai Pustaka, Jakarta.

Lukman Thaib, 2002, Acheh’s Case: A Historical Study of The Nation


Movement ForThe Independence of Acheh-Sumatra, University of Malaya
Press.

M. Hasbi Amiruddin, 2008, Aceh Serambi Mekah, Diterbitkan oleh


Pemerintah Provinsi Nanggaro Aceh Darussalam.

Mahani Musa & Ahmad Jelani Halimi, 2006, Warisan Mahawangsa Kedah,
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.

Mahayudin Yahaya dan Ahmad Jelani Halimi, 1993, Sejarah Islam, Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam.

Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah, DBP, Kuala Lumpur.

Marsden William, 1966, The History of Sumatra, 3rd edition, introd.by John
Bastin, Oxford University Press, Kuala Lumpur.

_____________, 2013, Sejarah Sumatra, diterj dari The History of Sumatra,


3rd Edition 1811, Komunitas Bambu, Jakarta.

247
Md Noor Salleh, Abdul Halim Haji Salleh, 1998, Dokumentasi Konvensyen
Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di Kedah Darul Aman”, Concept
Press Sdn. Bhd.

Missbach Antje, 2012, Politik Jarak Jauh Diaspora Aceh Suatu Gambaran
Tentang Konflik Separatis di Indonesia, Penerbit Ombak.

Mohamed Mustafa Ishak, Syamsul Anuar Ismail, Rohana Yusof, 2004,


Kedah Dalam Lipatan Sejarah Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd
Yusof, UUM, Sintok.

Mohammad Redzuan Othman, 2006, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa,


Penerbit UM, Kuala Lumpur.

Mohd Azhar Bahari, Gerakan Islam: Menyelusuri Perjuangan ABIM Kedah


Aspek Politik dan Perjuangan 1971-2004, dalam Ishak Saat, Mohd Akbal
Abdullah, 2010, Isu-isu Terpilih Dalam Sejarah Politik dan Perjuangan,
Sumbangsih Kepada Profesor Madya Dr. Mohd Isa Othman, UTHM, Johor.

Mohd Hanip Abdul Majid, 1978, “The Banjarese In Parit Empat, Selinsing,
Perak”, dalam Malaysian In History, xxi (1).

Mohd Isa Othman, 2001, Pengalaman Kedah dan Perlis Zaman Penjajahan
British, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., dicetak oleh AG
Grafik, Kuala Lumpur.

________________, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

Mohd Muhiden Abd Rahman, 2006, Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-
Raniri dan Sumbangannya Kepada Pengajian Hadith, DBP, Kuala Lumpur.

Mohd Noh Ngah, 1982, Kitab Jawi, Institute of Southeast Asian Studies,
Singapura.

Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz, 2014, Kontrak Sosial


Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia
Merdeka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur.

248
Mohd Taib Osman, 1988, Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan,
DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, DBP, Kementerian Pendidikan


Malaysia, Kuala Lumpur.

Muhammad Abu Bakar. 1995. “Dari Pusat ke Pinggiran: Institusi Pondok di


Malaysia”, dalam Ismail Hussein et al. (penyelenggara), Tamadun Melayu.

Muhammad Hasan Dato‟ Kerani Muhammad Arshad 1968, Al-Tarikh


Salasilah Negeri Kedah, DBP, Kuala Lumpur.

Muliadi Kurdi, 2009, Aceh Di Mata Sejarawan Rekonstruksi Sosial Budaya,


LKAS dan Pemerintah Aceh, Banda Aceh.

Mustafa Haji Daud, 1994, Kesusasteraan Dalam Tamadun Islam, Utusan


Publications& Distributors, Kuala Lumpur.

Mutiara Fahmi Razali, Muhammad Faisal Sanusi & Qusaiyen Aly As Su‟udi.
2010, Teungku Hj. Muhammad Hasan Krueng Kalee (1886- 1973): Ulama
Besar dan Guru Umat, Yayasan Darul Ihsan Tgk. Hasan Krueng Kalee.

N.A Halim, “Nisan Acheh Bertulis di Semenanjung Malaysia”, Purba, Jurnal


Persatuan Muzium Malaysia, Bil 4-1985.

Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Mohd Mokhtar Saidin,


2015,Pensejarahan Kedah Tua Satu Kritikan Sumber dan Tafsiran, penerbit
UTHM, Johor.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed), 2008, Lembah Bujang Dari
Perspektif Arkeologi dan Pelancongan, ATMA, UKM.

______________________________________, 1988, “Isu-isu Arkeologi dan


Seni Purba Lembah Bujang” dalam Nik Hassan Shuhaimi, Nik Anuar Nik
Mahmud dan Yahya Abu Bakar, (penyu), Sumbangsih-Kumpulan Esei
Sejarah, Jabatan Sejarah UKM, Bangi.

Nordin Hussin, 2011, Perdagangan dan Peradaban di Laut Malayu, UKM,


Bangi.

249
Norhalim Haji Ibrahim, 1995, Negeri Yang Sembilan, Daerah Kecil Pesaka
Adat Warisan Kerajaan Berdaulat, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam.

Nur al-Din al-Raniri, 1996, Bustanus-salatin, Bab 2, Fasal 13, ed. By


T.Iskandar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur.

Othman Mohd Yatim, Batu Aceh Early Islamic Graves Stones in Peninsular
Malaysia, 1988, United Selangor Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10 November 2010), Lembaga


Penyelidikan Undang-undang, International Law Book Services, Petaling
Jaya, Selangor.

Peterson, W., 1968, “Migration in Social Aspect” dalam D.L Sills (ed),
International Encyclopedia Of The Social Sciences, Vol 10, MacMillan &
Co., London.

Persekutuan Tanah Melayu, 1960, Kemajuan Lima Tahun Pertama.

Pocut Haslinda Syahrul MD H.Teuku Abdul Hamid Azwar (waris Tun Sri
Lanang ke 8 Samalanga), 2008, Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh Dan
Hubungannya Dengan Raja-Raja Islam Di Nusantara, Naggroe Aceh
Darussalam.

Purwadarminta, W.J.S, 1966, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Bhg II., Balai
Pustaka, Jakarta.

R. Michael Feener, R., Patrick Daly dan Anthony Reid, 2011, Mapping The
Acehnese Past, KITLV Press, Leiden; terjemahan oleh Supardi
Asmorobangun, Memetakan Masa Lalu, KITLV Jakarta.

Ramlah Muhamad dan Mohd Aroi Ishak, 2011, Membangkitkan Memori


Kolektif Kesejarahan Malaysia-Indonesia, Pengalaman dan Iktibar dalam
Hubungan Malaysia-Indonesia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.

Ramli Awang, 2006. Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara


pengaruhnya di Negeri Kedah, Siri Monograf Penyelidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.

250
Report OnThe Census of Population of Kedah and Perlis, 1911, Pulau
Pinang.

Riddell, Peter G, 2006, “Aceh in The Sixteenth and Seventeenth Centuries:


„Serambi Mekah‟ and Identiti”, dalam Reid Anthony (penye.), Verandah of
Violence: The Background to the Aceh Problem, Singapore University Press,
Singapore.

Robert Curtis, 1964, “Indonesia and Malaysia”, New Left Review, No.28,
Nov.-Dis 1964.

Roff, William R, 1974, The Origins of Malay Nationalism, DBP, Kuala


Lumpur.

Rohani Haji Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2008. Pembinaan Negara
Bangsa, Zammas X‟Press Niaga, UUM, Sintok Kedah.

Roland Braddell, Julai 1958, “Most Ancient Kedah (Part 1)”, Malaya In
History, Vol IV (No.2).

Salasilah Sultan Kedah, 1957, Federation of Malaya, Kuala Lumpur.

Salina Zainol, 2005, Hubungan Perdagangan Aceh dengan Pulau Pinang,


Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sebuah Perjalanan, 1984, DBP, Kuala Lumpur.

Septy Ruzui, 1968, A Survey of Relation Between Indonesian, Malay and


Some Philippine Languages, DBP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala
Lumpur.

Shukri Ahmad, 2011, Pengaruh Pemikiran Ulama Di Semenanjung Malaysia


Akhir Abad Ke-20, UUM Press, Sintok, Kedah.

Siti Hawa Salleh, 1979, Hikayat Merong Mahawangsa, penerbit Universiti


Malaya, Kuala Lumpur.

251
Siti Zainon Ismail, 2003, Warisan Seni Budaya Melayu-Aceh: Kaitan
Pemerian Teks Sastera dan Realiti Budaya, dalam Warisan Budaya Melayu
Aceh, Pusat Studi Melayu Aceh, Banda Aceh.

_______________, 2009, Acheh Suara Dari Hujung Tambak, DBP, Kuala


Lumpur.

Snouck Hurgronje, C., 1906, The Achehnese, trans. By A.W.S.O‟Sullivan,


Vol. 1, E.J.Brill., Leiden.

_______________, 1931, Mekka in Latter Part of 19th.Century, J.H Monahan


(terj), Brill and Luzac, Leiden.

Suwardi Mohammad Samin, 2013, Diaspora Melayu Perantauan Dari Riau


Ke Tanah Semenanjung, Penerbit Pustaka Pelajar dan Alaf Riau.

Tarling, N. , (pyt.), 1999, The Cambridge History of Southeast Asia, From


World War II to the Present, Volume 4 , Cambridge University Press.

T. Iskandar, 1964, “Nuruddin ar-Raniri: Pengarang Abad Ke-17”, Dewan


Bahasa, Jilid VIII, Bil.10, Oktober 1964, Kuala Lumpur.

T. Muhammad Hassan, 1980, Perkembangan Swapraja di Acheh Sampai


Perang Dunia II, dalam Bunga Rampai Tentang Acheh oleh Ismail Sunny,
Jakarta.

Tempawan Ahmad, 1990, Pusat Perniagaan Orang-orang Melayu Di Tanjung


Chali, dalam Alor Setar 250 Tahun 1735-1985, Kerajaan Negeri Kedah Darul
Aman.

Teuku Iskandar, 1970, Kamus Dewan, DBP, Kuala Lumpur.

Tuanku Abdul Jalil, 1993, “Kerajaan Islam Perlak Poros Aceh-Demak-


Ternate”, dalam A.Hasjmy (peny.) Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam
di Indonesia, Al-Ma‟rif, Bandung.

Tregonning, K.G., 1965, The British inMalaya: The First Forty Years 1786-
1833, The University of Arizona Press, Tucson.

252
Wan Abd.Halim Bashah, 2012, Wali Songo Di Tanah Jawa Masjid-masjid
dan Method Dakwahnya, KB Excel Printing Sdn. Bhd., Kelantan.

Wan Hussein Azmi, 1980, „Islam di Malaysia: Kedatangan dan


Perkembangan (Abad ke 7 hingga ke 20) dalam Khoo Kay Kim (ed.)
Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.

Wan Mohd Shaghir Abdullah, 2001, Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama
Sejagat Dunia Melayu, (Jilid 14), Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik
Nusantara, Kuala Lumpur.

Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 1999, Dari Pulau Adang Ke Pulau Tiga,
Kumpulan Artikel Tokoh Sejarah Kedah, diselenggara oleh Mazizah Hj. Md.
Darus & Zahidi Dato‟ Zainol Rashid, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah
Darul Aman, Alor Setar.

_________________________, 1316H/1898M, Pertapakan Dan Penyebaran


Islam di Negeri Kedah, dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Edisi Jawi,
Kim Seik Press, Penang Street, Pulau Pinang.

_________________________, 2003, Kedah Sehingga Abad ke 20, dalam


Warisan Sejarah Kedah Darul Aman, Penerbit Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.

Weigert, H.W., et.al, 1957, Principles of Political Geography, Appleton


Century Croft Inc, New York.

West, A.J.F. dan Rose, J., 1969, Southeast Asia with Malaysia and
Singapore, University of London Press, London.

Wilfred Cantwell Smith, 1957, Islam in Modern History, Princeton


University Press, Princeton, New Jersey.

____________, 1969, Kamus Bahasa Melayu, Marican and Sons Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.

Wolter O.W., 1967, Early Indonesian Commerce: A Study of The Origins of


Srivijaya, New York.

253
________________, 2010, Leaves of The Same Tree: Trade and Ethnicity In
The Straits of Malacca, NUS Press, Singapore.

Zaharah Hj. Mahmud, “The Evolution Of Population And Settlement In The


State Of Kedah”, dalam Asmah Hj. Omar (Peny.),1979, Darulaman: Essays
On Linguistic And Socio-Economic Aspects Of The Malaysia State Of Kedah,
Kuala Lumpur, UM Press.

Zahidi Dato‟ Haji Zainol Rashid, 1998, “Sejarah Sekolah Pondok di Kedah”,
dalam Md. Noor Salleh dan Abdul Halim Haji Salleh (eds), Dokumentasi
Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman Kedua: Islam Di Kedah
Darul Aman, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

Zainuddin, 1968, A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassell Australia.

3. Jurnal

Abdul Rahman Embong. Bangsa-bangsa dan Malaysia, dalam Pemikir, Okt-


Dis 1995 KDN PP8381/4/95.

Abdullah Hussain, 1980, Orang Acheh di Yan Kedah: Satu Tinjauan Umum,
dalam MDSS, Bil 9.

Adi Hj. Taha, 1998, Bujang Valley National Historical Park, Kedah,
Malaysia Museums Journal.

Ahmad Jelani Halimi, 2006, Institusi Pendidikan Pondok di Kedah Hingga


Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 Kebangkitan dan Keruntuhan Sebuah
Tradisi Pendidikan, dalam Cetera, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah, Jilid 13, September 2006

Bieber (trans), 1879, “Geography of Achin”, Royal Asiatic Society Branch


(JSBRAS), No. 3.

Cheeseman, H.R., 1955, “Education In Malaya 1900-1941”, The Malayan


Historical Journal, 2(1).

Fernandez. C., 1999, Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of


Malay Identity in Pre-Independence Malaya: A Retrospect, Akademika
(Special Issue on „Identity‟), Bangi.

254
Lamb, A., 1960, Reports On Excavation and Reconstruction of Chandi Bukit
Batu Ohat, Central Kedah‟, Federated Museums Journal.

Low, J., 1848, An Account of several Inscription Found in Province


Wallesley on the Peninsula of Malacca, Journal of Asiatic Society of Bengal,
17(2).

Low, J.,1949, „On An Inscription From Kedah‟, Journal of Asiatic Society of


Bengal, 18(1): 247.

Matheson Virginia, 1979, “Concepts of Malay Ethos In Indigenous Malay


Writing”, JSAS, Vol.X(2).

Mohamad Isa Othman, 1995, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Dalam


Konteks Penulisan Sejarah Kedah dalam Cetera, Jilid 12 ISSN 1394-0775,
Bil. 1/Januari 1995.

Nasha Rodziadi Khaw dan Nazarudin Zainun, 2007, Pensejarahan Kedah


Tua: Tafsiran Semula Berdasarkan Sumber India, Jurnal Persatuan Sejarah
Malaysia, Purba, Bil. 26.

Mills, J.V., 1974, Arab and Chinese Navigators in Malayan Waters,


JMBRAS, Vol 47, Pt. 2.

Omar Farouk Sheikh Ahmad, 1978, “The Arabs In Penang”, Malaysia In


History, Vol XXI, No. 2.

Ramsay, A.B., 1956, Indonesian In Malaya, JMBRAS, Vol.29, Pt.I, May.

Reid. Anthony, 1969, A Documentary Study of Atjehnese Foreign Policy


InThe Reign of Sultan Mahmud 1870-1874, dalam JMBRAS, Vol XLII (42),
Part 2, December.

Shamsul A.B. 1999, Identity Contestation in Malaysia: A Comparative


Commentary on „Malayness‟ and „Chineseness‟, Akademika (Special Issue
on „Identity‟), Bangi.

255
Sharom Ahmat, 1984, Kedah Traditional And Change In A Malay State: A
Study Of The Economic And Political Development 1878-1923, Monograph
No. 12, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society (MBRAS), Art
Printing Works Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Tolson, G.P., 1880, Acheh, Commonly Called Acheen, JSBRAS 5 (1880).

Tunku Shamsul Bahrin, 1965, Kajian Ekonomi Malaysia, Vol II, no. 1.
Quaritch Wales, H.G., “Archaeological Research”, JMBRAS, Vol. XVIII, Pt.
1, February 1940.

Tunku Shamsul Bahrin, 1967, The Pattern Of Indonesian Migration And


Settelment In Malaya dalam Asian Studies. Vol. No.2.

___________________, 1970, The Indonesian Immigrants And The Malays


of West Malaysia, A Study In Assimilation and Integration dalam
Geographica. Vol. VI.

Wan Shamsudin Mohd Yusof, 1995, Alor Setar Sebagai Pusat Perkembangan
Bahasa Melayu Di Kedah, dalam Cetera, Jilid 12, Januari, Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman.

Wan Hashim Wan Teh, 1995, “Teori Migrasi dan Asal-Usul Ras Melayu”
dalam Pemikir, Julai/September.

Westpalm, T.C.R., 1897, “Geography of Achin”, trans. By Bierber, JSBRAS


3

Winstedt, R.O., 1928, “Kedah Laws”, JMBRAS, Vol. VI, pt. 11.

_____________, History of Kedah’, JAMBRAS, no.21

Y.Andaya Leonard, 2001, Aceh’s Contribution To Standards Of Malayness,


Archipel. Vol. 61, Paris.

256
Koleksi Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah

Abdul Majid Hussein, 1980, “Orang Aceh di Yan, Kedah: Satu Tinjauan
Umum”, Malaysia dari Segi Sejarah (MDSS 9), Perbadanan Perpustakaan
Awam Kedah (Koleksi Kedah).

Awang Had Salleh, 1991, “Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah”,


Dokumentasi Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar: Lembaga
Muzium Negeri Kedah.

Ismail Haji Salleh, (tanpa tahun), Siputih Kedah Tua, dalam Koleksi Kedah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah.

Koleksi Sejarah Kedah, (tanpa tahun), dalam artikel bertajuk Usia Candi
Bukit Batu Pahat lebih 1000 tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Kedah.

Othman Mohd Yatim, 1991, „Tembikar Perdagangan (Trade Ceramics) Yang


Dijumpai di Negeri Kedah dan kepentingannya Dari Segi Sejarah Awal
Negeri Kedah‟ dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul
Aman, Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Sejarah Kedah, (tanpa tahun), Koleksi Kedah di Perbadanan Perpustakaan


Awam Negeri Kedah, dalam artikel bertajuk Kedah Sepanjang Abad.

Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Kedah 1976, Kedah: Jabatan


Pelajaran Negeri Kedah.

1. SUMBER KEDUA

i. Tesis/ latihan Ilmiah

Ahmad Abdul Garni Haji Said, 1976/77, “Tuan Hussein Kedah”, Latihan
Ilmiah, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah), KL: Universiti Malaya.

257
Allen S.J, 1988, ‟Trade Transportation and Tributaries: exchange, agriculture
and Settlement Distribution in Early Historical Period Kedah”, Malaysia,
Tesis PhD, University of Hawaii.

Azmi Bahari, 2000/2001. “Sejarah Siputeh Dalam Perspektif Sejarah


Tempatan”, mini tesis, USM.

Bukhari bin Abdullah, 1982, “Sejarah Perkembangan Pelajaran Sekolah


Inggeris di Kedah, 1909-1940”, Latihan Ilmiah (Jabatan Sejarah), UKM.

Hafiza Amir, 1988, “Masyarakat Aceh di Tanah Melayu: Tumpuan Kepada


Sosioekonomi dari tahun 1573-1970-an”, Tesis BA Sastera, UKM, Bangi.

Husaini Ibrahim, 2010, “Awal Islam Di Aceh: Analisis Arkeologi dan


Sumbangannya Kepada Nusantara”, Tesis PhD, USM.

Kamariah Ahmad, 1976, “Sejarah Orang-orang Aceh Di Kampung Aceh


Yan”, Kedah, Tesis M.A, UKM.

Khairool Anuar Haji Hashim, 2015, “Dasar Ekonomi Baru (DEB):


Pelaksanaan, Perkembangan dan Kesan Ke Atas Masyarakat Petani Kedah
1971-1990”, Tesis PhD, USM.

Khazin Mohd Tamrin, 1976, “Sejarah Penghijrahan dan Penempatan Orang


Jawa di Selangor 1880-1940”, Tesis M.A, UKM.

Leong Sau Heng, 1973, “A Study of Ceramic Deposits From Pengkalan


Bujang Kedah”, Tesis M.A, Universiti Malaya.

Mahani Awang @ Musa, 2003, “Sosio Ekonomi Wanita Melayu Kedah


1881-1940”, Tesis PhD, Kuala Lumpur: UM,

Mazidah Ismail, 1999/ 2000, “Islam Sebagai Faktor Pendorong Kepada


Kedatangan Kuasa Asing Ke Alam Melayu: Kesan Penjajahan Terhadap
Peradaban Melayu”, Tesis M.A, FSSS Universiti Malaya, KL.

Mochtar Naim, 1984, Merantau Pola Migrasi Suku Minangkabau,


Terjemahan dari “Merantau: Minangkabau Voluntary Migration” Disertasi
PhD, Gadjah Mada University Press.

258
Mohd Kasri Saidon, 2012, “Penanaman Padi di Kedah 1840-2000: Satu
Kajian Tentang Impak Ekonomi, Sosial dan Politik”, Tesis PhD, USM, Pulau
Pinang.

Mohd Supian Sabtu, 1998, “Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: Satu


Penilaian Berdasarkan Data Arkeologi”, Tesis M.A, Universiti Malaya.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1984, “Art, Archaeology and the
Early Kingdoms in the Malay and Sumatra: C. 400-1400 AD”, Tesis PhD,
University of London.

Mujiburahman, 2010, “Pendidikan Berasaskan Syariat Islam: Kajian


Pelaksanaan Syariat Islam dan Kesannya Terhadap Pendidikan Dayah di
Aceh”, Tesis PhD, UUM, Sintok.

Rohani Haji Abdul Ghani, 2009, “Dasar British Terhadap Indonesia 1945-
1967”, Tesis PhD, UKM.

Suhanim Abdullah, 2010, “Pemikiran Ulama Banjar di Kedah: Satu Kajian


tentang Sheikh Muhammad Taib, Tuan Hussein dan Ustaz Ahmad Fahmi
Zamzam”, Tesis PhD, USM.

Tempawan Ahmad, 1988, “Pekan Rabu Dari Segi Sejarah dan


Perkembangannya di Bandar Alor Setar”, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Universiti Malaya, KL.

Teh Koon Hoo, 2003, ”Sejarah Sosioekonomi Daerah Yan Dari 1909 Hingga
1957”, Tesis M.A Sastera, USM.

Tunku Shamsul Bahrin, 1964. “Indonesian in Malaya”, Tesis PhD, University


of Sheffield

ii. Majalah

A. Hasjmy. September 1975. Dalam Sinar Darussalam, No. 63, Banda Aceh

Abdullah Hussain, 1989, Dewan Budaya, Orang-Orang Aceh Di Malaysia.

259
Ambary, Hasan Muarif, 1988, “Persebaran Kebudayaan Aceh di Indonesia
melalui Peninggalan Arkeologi Khususnya Batu-batu Nisan”, dalam Majalah
INTIM, Edisi khusus no.4, tahun ke 7, Jakarta.

Government Of Malaysia-UNDP/ DESD Project MAL/ 90/ 006 Institutional


Support For Accelerated, Kedah Development Action Plan 1991-2000
Volume, Kedah State Economic Planning Unit (SEPU), State Secretariat,
Wisma Darul Aman, Kedah, 21 February 1994 (Table 3)

Kedah Bertambah Maju Kemajuan Lima Tahun 1961-1965, Jawatankuasa


Pembangunan Luar Bandar Negeri Kedah dengan Kerjasama Pejabat
Kerajaan Negeri Kedah, Alor Setar, 1965.

Warisan Sejarah Kedah Darul Aman, 2003, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur

iii. Buletin/ Akhbar/ Makalah

Berita Harian, Isnin 16 April 2012,rencana.

Berita Harian, Selasa 17 April 2012, rencana.

Buletin Narit Geutanyo, 2009, Jilid 3, No.8, petikan dari H. Harun Kechik
Leumik bertajuk Buletin Narit Geutanyoe Sebagai Media Komunikasi dalam
Akhbar Analisa, 27 Jun 2009, dalam slot “Berita Dari Seberang”.

Buletin Narit Geutanyo, 2013, Jilid 6, no. 6, Syawal/ Zulkaedah/ Ogos/


September 1434 Hijrah.

Mohd Khorish Hj. Arshad, 1980, Lembah Bujang Pusat Perdagangan dan
Ugama dalam Lembah Bujang Entrepot Kedah Terbilang, Jan 1980 (makalah
ISSN 0126-8562), Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah
1980 Sempena dengan Perayaan Ulangtahun ke 52 Keputeraan DYMM
Sultan Kedah dan Perasmian Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbuk
Kedah, Modern Press.

Unit Perancang Ekonomi Kedah, 1996 (tanpa tarikh).

260
Utusan Melayu, 25 November 1951.

Warta Darul Aman, Februari 1979.

Warta Darul Aman, Oktober, 1990.

iv. Artikel/ Kertas Kerja

Affifudin Hj. Omar, 1981, “Penanaman Padi Di Kedah: Sejarah Peranan


Dalam Ekonomi Negeri Kedah”, kertas kerja dalam Konvensyen Sejarah
Negeri Kedah, 28 Nov-1 Dis.

Ahmad Fauzi Abd Hamid, 2013, “Perkembangan Politik Kedah Era


KDYMM Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah”, Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Kesultanan Negeri Kedah, Anjuran Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul
Aman, Hotel Holiday Villa Alor Setar Kedah pada 10-11 September.

Ahmad Jelani Halimi, 1998, Kemasukan Islam ke Kedah, dalam


Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Kedua “Islam Di
Kedah Darul Aman”, Concept Press Sdn. Bhd.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 25 April 1984, Islam Dalam Sejarah,


“Sumbangan Islam Dalam Pembentukan Identiti Melayu”, dalam Bengkel
Islam, Bahasa dan Persuratan Melayu, anjuran Angkatan Belia Islam
Malaysia, KL.

Darwis A. Soelaiman, 1992, “Sejarah Bahasa Melayu atau Indonesia Dari


Sudut Kota Banda Aceh”, Kertas Kerja yang dibentangkan Dalam Bengkel
Sejarah Bahasa Melayu dari Pelbagai Kota, 9-14 November 1992, Anjuran
Bersama Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP dan Institut Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM.

Darwis A. Soelaiman, 2010. 1-3 Oktober, “Dinamika Hubungan Aceh-


Semenanjung Dalam Lintasan Sejarah”, kertas kerja Seminar dalam Dialog
Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Malaysia-Indonesia III:
Pengalaman dan Iktibar Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, Johor Bahru.

261
Dato‟ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, 2013, “Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Badlishah”, Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Kesultanan Negeri Kedah, Anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul

H. Ali, 2002, “P. Ramlee Titisan Zuriat atau Keturunan Dari Lhokseumawe
(Aceh)”, dalam Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee, 11-12 Jun
2002 anjuran Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya,
Utusan Melayu (M) Bhd dan Universiti Teknologi MARA.

Hamka, 1980, Aceh Serambi Mekah, dalam Seminar Sejarah Masuk dan
Berkembangnya Islam di Aceh dan Nusantara, Di Aceh Timur tanggal 25-30
September 1980, Majlis Ulama Propinsi Daerah Istimewa Aceh dan
Pemerintah Daerah TK. II Aceh Timur.

Haslinda Hasan, 2013, “Komuniti Masyarakat Aceh Di Kedah: Satu Kajian


Historikal Pembinaan Negara Bangsa Melayu Di Negara Seberang”, dalam
Seminar Ketahanan Nasional Indonesia-Malaysia: Ke Arah Pembinaan
Negara Bangsa Glokal, 4-7 September 2013, Universitas Muslim Nusantara
Al-Washliyah, Medan Indonesia;

Haslinda Hasan, 2014, “Perantau Yang Diterima: Diaspora Aceh Ke Kedah


Dari Aspek Historikal”, dalam Seminar 23rd Conference Of The International
Association Of Historians Of Asia 2014 (IAHA 2014), 23-27 Ogos 2014, TH
Hotel Alor Setar, Kedah.

Haslinda Hasan, 2015, “Kedah Sebagai Pusat Penghijrahan Perantau


Melayu”, Seminar Antarabangsa Sejarah Lisan Dalam Perspektif Warisan
dan Budaya Malaysia, 21-23 Ogos 2015, Starin Resort, Satun, Thailand.

Haslinda Hasan, 2016, “Diaspora Aceh ke Kedah: Transformasi Budaya dan


Cabaran”, dalam Seminar Serantau Indonesia-Malaysia, 18 Febuari 2016,
Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Indonesia.

Ismail Haji Salleh, 1982, “Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam”, Kertas
Kerja yang dibentangkan dalam Deklarasi Langkawi, Disember 1982,
Anjuran PENTAS Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan,
Pejabat Kebudayaan Belia dan Sukan, Hilir Perak.

Ismail Haji Salleh, 1996, “Syarif Aznan Menguatkan Mazhab Shafie Di


Kedah” dalam Md Noor Salleh dan Abdul Halim Salleh, Islam Di Kedah
Darul Aman, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman

262
II, di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Alor Setar, 29-30
September 1996, diselenggara oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah (PSMCK) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, penerbit
Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

Khairool Anuar Haji Hashim, 2014, “Pekan Sehari dan Sumbangan Peniaga
Aceh di Kedah”, dalam Seminar 23rd Conference Of The International
Association Of Historians Of Asia 2014 (IAHA 2014), 23-27 Ogos 2014, TH
Hotel Alor Setar, Kedah.

Mohd Isa Othman, 2005, “Kesultanan Kedah – Salasilah dan


Pemerintahannya”, dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Sejarah dan Warisan “Memupuk Warisan dan Tradisi
Bangsa Beraja”, di Hotel Vistana Kuantan, 9 Mei-11 Mei 2005.

Mohd Supian Sabtu, kertas kerja bertajuk “Malaysia-Indonesia Dalam


Sejarah: Liku-liku Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Indonesia: Kasus dari
Perspektif Arkeologi Islam”, Jabatan Sejarah, UM.

Mokhtar Saidin, 15 Mei 2011, ”Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada


Kerajaan Kedah Tua: Kurun Pertama Hingga ke 14 Masihi”, kertas kerja
Seminar Kerajaan Kedah Tua yang dibentangkan di Auditorium Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Kedah.

Nik Hassan Shuhaimi, 1994, “Penyelidikan Arkeologi dan Pengasasan


Sejarah Malaysia”, Kertas Kerja Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia,
15 Ogos.

Othman Yatim, 1989, “Batu Aceh: Peranan dan Sumbangannya Dalam


Sejarah dan Kebudayaan Melayu”, 15-20 Ogos 1989, dalam kertas kerjanya
bertajuk Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke II, anjuran
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama
DBP, MAS dan Berita Harian.

Othman Yatim, 2000, “Batu Aceh: Warisan dan Sumber Sejarah Serta
Budaya Terpenting Khususnya di Johor”, dalam Seminar dan Budaya Johor,
3-6 Mei, Johor Bahru.

Salina Haji Zainal, 1996, “Hubungan Perdagangan Antara Pulau Pinang


dengan Aceh dan Pantai Timur Sumatra, Akhir Abad ke 18 Hingga
Pertengahan Abad ke 19”, dalam Kongres Sejarah Malaysia II Sejarah dan

263
Proses Pemantapan Negara-Bangsa, Persatuan Sejarah Malaysia & UKM,
Bangi Selangor, 26-28 November 1996.

Susanto Zuhdi, 2010, “Buton dan Johor: Melacak Ke Masa Awal


Perhubungan Dua Simpul Perekat Dunia Melayu-Nusantara”, kertas
kerjaSeminar dalam Dialog Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan
Malaysia-Indonesia III: Pengalaman dan Iktibar Dalam Hubungan
Malaysia-Indonesia, Johor Bahru, 1-3 Oktober.

Tengku Luckman Sinar, S.H, 1990, “Sumbangan dan Peranan Kedah Dalam
Pembinaan Tamadun Nusantara”, Kertas Kerja Himpunan Budayawan
Malaysia, Anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman.

Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 2008, “Sejarah Islam di Kedah: Hubungan


dan Peranan Kesultanan Kedah Dalam Perkembangannya”, Kertas Kerja
yang dibentangkan di Seminar Perkembangan Islam di Kedah, KUIN, 8 Julai
2008.

Wan Shamsudin bin Mohd Yusof, 2011, kertas kerja bertajuk “Sejarah
Hubungan Kedah Darul Aman dan Aceh Darus Salam”, dalam Seminar
Hubungan Kedah-Aceh, di Universiti Syiah Kuala, Banda Aceh, 7 Januari
2011.

Wan Shamsudin, Mohd Yusof, 1998, “Pertapakan dan Penyebaran Islam di


Negeri Kedah” dalam Md Noor Salleh dan Abdul Halim Haji Salleh (eds.),
Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman Kedua: Islam
di Kedah Darul Aman, Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

Yahaya Abu Bakar, 1991, “Kedah dan Perdagangan Tradisional di Asia,


Abad Ketujuh Hingga Awal Abad Keenam Belas Masihi”, Dokumentasi
Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, Alor Setar.

Yahaya Abu Bakar, 1996, “Mentelusuri Beberapa Kesan Islamisasi Di Tanah


Melayu Menjelang Abad ke XVI Masihi (UKM)”, Kertas Kerja Konvensyen
Sejarah Negeri Kedah Kali Kedua, 28-30 September 1996.

Zakaria Ahmad, 1978, “Sejarah Aceh Sebelum Islam”, dalam Bahan-bahan


Seminar Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Daerah Istimewa
Aceh, Banda Aceh: Sekretariat Majelis Ulama Daerah Istimewa Aceh.

264
v. CD

Data mengenai Penghulu dan Ketua Kampung diperolehi daripada Pejabat


Daerah Pulau Langkawi pada 11 November 2016 secara soft copy.

Kecamatan Kuta Raja Dalam Angka 2011, diterbitkan oleh Badan Pusat
Statistik Kecamatan Kuta Raja. Katalog BPS 1102001.1171031.

“Peringatan Raja-raja Kedah”, 1805, Teks Jawi, Mikrofilem 1055.8,


Perpustakaan Negara Malaysia, 13 Muharram 1220 atau 13 April 1805.

Profil Daerah Yan Kedah, diperolehi sewaktu berjumpa dengan Pegawai


Eksekutif di Pejabat Majlis Daerah Yan dan Pejabat Tanah Yan pada 27
November 2013.

Profil Propinsi Republik Indonesia Daerah Istimewa Aceh, 1992, penerbit


Pemrakarsa, Yayasan Bhakti Wawasan Nusantara, Jakarta.

vi. Sumber Internet

http://aceh.tribunnews.com/2011/10/16/mengenang-teuku-abdul-djalil.

http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1212_2008-01-30.html
(Diakses pada 27 Januari 2017).

http://mmk.kedah.gov.my/index.php/site-map/kedudukan-negeri

http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=pds&isi=content3&id1
=198&id2=350& id3=1071.

http://www.gutenberg.org/files/16768/16768-h/16768-h.htm#ch-18 (Diakses
pada 27 Januari 2017).

http://www.jejakwaris.com/sejarah.html

http://www.kedah.gov.my/index.php/ms/profil-kedah/penduduk.

265
http://www.mykedah2.com/20hall_fame/203_7.htm.

http://www.persee.fr/doc/arch_0044-8613_2001_num_61_1_3612 (Diakses
pada 27 Januari 2017).

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20120901/ke_02/Cerita-
sengsara-landasan-maut

http://www.worldatlas.com/webimage/countrys/asia/lgcolor/mycolor.htm

https://books.google.com.my/books?id=HdTXAAAAMAAJ&q=S.Q.Fatimi,
+1963,++Islam+Comes+to+Malaysia,+Singapura&dq=S.Q.Fatimi,+1963,++
Islam+Comes+to+Malaysia,+Singapura&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwj08M
nc4_7RAhVKXbwKHSWfAPoQ6AEIGzAA (Diakses pada 8 Febuari 2017).

https://books.google.com.my/books?id=DfUTAQAAMAAJ&q=Orang+Indo
nesia+dan+Orang+Prancis:+Dari+Abad+XVI+sampai+dengan+Abad+XX&d
q=Orang+Indonesia+dan+Orang+Prancis:+Dari+Abad+XVI+sampai+dengan
+Abad+XX&hl=en&sa=X&redir_esc=y (Orang Indonesia dan Orang
Perancis: Dari Abad XVI sampai dengan Abad XX, Perpustakaan Popular
Gramedia, 2006. (Diakses pada 25 Januari 2017

http://pts.com.my/index.php/buku/wahabi-sesatkah-mereka/ (Diakses pada 21


Mac 2017)

2. SUMBER KETIGA

i. Sumber Lisan/ Temubual

Temubual yang dilakukan di Kedah dan Aceh adalah seperti berikut:

Nama : Dato Afiffudin bin Haji Omar


Pekerjaan : Pengerusi UMHSB UUM
Alamat : Bangunan UMHSB, Taman Universiti,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok Kedah Darul Aman

266
Nama : YB Ahmad Kassim
Pekerjaan : wakil rakyat (Pengerusi PKR cawangan Kedah)
Alamat : Jln. Datuk Kumbar Alor Setar Kedah

Nama : Dr. Muslim Amin


Pekerjaan : Pensyarah Kanan
Alamat : International Business School (UTM IBS), Level 11,
Tower Block, High End Advanced Management Centre
(HEAMC), Universiti Teknologi Malaysia, Jln Semarak,
54100 Kuala Lumpur.
No.tel : 03- 21805050
Email : m-amin@ibs.utm.my

Nama : Encik Abdul Aziz bin Abdul Japar


(Fatimah Sam binti Ishak - isteri)
Umur : 60 tahun
Pekerjaan : Ketua Kampung di Kampung Aceh
Alamat : No. 40 Kg. Aceh, 06900 Yan, Kedah

Nama : Abdul Malik M. Taib


Umur : 70-an
Pekerjaan : Kerja sendiri
Alamat : Kg. Aceh Yan, Kedah

Nama : Md. Ilias Bin Nyak Saad


Pekerjaan : Pengurus di Kampung Aceh Management Centre (KAMC)
Alamat : Lot 2505, Kampung Aceh, 06900 Yan, Kedah
No. tel : 04- 4478337

Nama : Pn. Ezatul Farita binti Alias (suaminya Suryadi Marzuki)


Pekerjaan : Staf UUM Sintok Kedah
Alamat : Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia,
06010, Sintok Kedah.
No.tel : 012-5816663

Nama : En. Yahya Sulaiman


Pekerjaan : Pesara Tentera (kerja kampung)
Alamat : Kg. Kuala Merah, Baling Kedah

Nama : Encik Meulila bin Abu Bakar b.Nyak Cut Hussein b.Cut Ali
Alamat : Taman Mergong Alor Setar, Kedah.

267
Nama : Rohana binti Jaafar
Umur : 54 tahun
Pekerjaan : Pemilik Restoran Sinaran di Langkawi
Alamat : Kg. Padang Lalang, Kuah Langkawi, Kedah
No.tel : 019-5216900
Nama : Johari bin Abdullah
Umur : 38 tahun (1979)
Pekerjaan : Guru
Alamat : 1766, Kg. Kisap, 07000, Langkawi, Kedah
No.tel : 012-2128263

Nama : Mohd Firdaus bin Azhar


Umur : 27 tahun
Pekerjaan : Pekerja Awam
Alamat : 310, Kg. Kuah, Mukim Kuah, 07000, Langkawi, Kedah
No.tel : 013-4727702

Nama : Solihin bin Hasbi


Umur : 27 tahun
Pekerjaan : Perancang bandar
Alamat : No. 11, Taman Dayang, Jln Ayer Hangat, Kuah Langkawi.
No.tel : 012-3471181

Nama : Azhar bin Ahmad


Umur : 55 tahun
Pekerjaan : Pembantu Tadbir
Alamat : 310, Kg. Kuah, Mukim Kuah, 07000, Langkawi, Kedah
No.tel : 017-4866050

Nama : Dr. Azhar Abd Ghani


Umur : 47 tahun
Pekerjaan : Pensyarah (bekas pelajar PhD di UUM Sintok Kedah)
Alamat : Fakulti Pertanian, Universitas Syiah Kuala
Banda Aceh Darussalam.
No.tel : 017-5317565

Nama : Drs. Mustafa Alibasyah


Pekerjaan : Pensyarah
Alamat : Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan, FKIP- Jurusan
Fisika, Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh Darussalam.
No.tel : 628126911600
Email : musyah56@yahoo.com

268
Nama : Encik Miftachhuddin Cut Adek
Umur : 41 tahun
Pekerjaan : Pensyarah (Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh)
& Setiausaha Lembaga Adat Laut Aceh.
Kelulusan : Ijazah Sarjana Ekonomi Pertanian
Alamat : Sekretariat Lembaga Adat Laut, Jln. T.Nyak Arief, No.25
126A Ps.Lamnyong Banda Aceh
No.tel : 6285277341660
Email : kualagigieng@yahoo.com

Nama : Encik Shahrizal bin Mohd Yunus @ Cut Adek


Umur : 37 tahun
Pekerjaan : Pekerja sosial
Kelulusan : Ijazah Sarjana (1996/97) di Universiti Malaya Kuala Lumpur
Alamat : Lambada Kecamatan Darussalam
No. tel : 085260476878
Email : maimuncutadek@gmail.com

Nama : Dr. Husaini Ibrahim


Umur : 53 tahun
Asal : Banda Aceh
Kelulusan : USM (PhD), UI (M.A), Sarjana Muda (Unsyiah)
Pekerjaan : Pengarah Pusat Penelitian
Imu-ilmu Soaial dan Budaya (PPISB)
Universitas Syiah Kuala, Banda Aceh
Alamat : Jln Shalihin Lrg. Meulu No. 17 Lawalumpaung Uleekareng
Banda Aceh
Tel : 6281360437639
Email : sainimalem@yahoo.com.my

Nama : Encik H.M Thamrin Z


Umur : 76 tahun (01.03.1937)
Asal : Manggeng (Aceh Selatan)
Pekerjaan : Bersara (Bekas Ketua Perpustakaan Aceh 1969-1994)
Bekas pensyarah Al-Raniri (AMN) “filosophy of History”
Alamat : Jln Bpk Riman, No. 57 Jakarta
No.tel : 62081319456693 / 021-87755711 (Jakarta)

Nama : Encik M.Dzailani


Umur : 62 tahun (20.01.1951)
Asal : Banda Aceh
Pekerjaan : Pensyarah UNIDA
Sukarela bekerja di Perpustakaan Ali-Hasjmy Banda Aceh
Alamat : Jln. Tgk Syiah IEM No. 4 Kampung Doy, Ulee Kareng
Banda Aceh
No. tel : (0651) 27023 / 6285277635330

269
Nama : Encik H. Syaid Murtadha Ahmad
Pekerjaan : Kepala Pustaka Ali Hasjmy
Alamat : Jln. Cot Plins 32, Kota Baru, Banda Aceh
No. tel : 06517551462

Nama : Encik Murtadha


Asal : Aceh Besar
Kelulusan : Ijazah Sarjana UNSYIAH (Bahasa Inggeris)
Pekerjaan : Guru
No. tel : 08126976196
Email : bankmur.1@gmail.com

Nama : Puan Ataillah S.Ag


Asal : Aceh Pidie
Kelulusan : IAIN Ar-Raniry
Alamat : Dayah Darul Ihsan, Desa Sien Kecamatan Darussalam,
Aceh Besar
Pekerjaan : Guru
No.tel : 08126947463

Nama : Puan Fathiah


Umur : 55 tahun (26.06.1958)
Asal : Aceh Utara
Kelulusan : SMU
Pekerjaan : PNI
Alamat : Jln. Tgk Ole Inen Darussalam
No.tel : 081362932385

Nama : Encik Razali Chaidar


Umur : 61 tahun (30.03.1952)
Asal : Kampung Keudah
Kelulusan : SMA
Pekerjaan : Keucik Keudah (Ketua Kg. Keudah)
Alamat : Jln. Tgk Dianjung, No.59
No.tel : 081362888058

Nama : Encik Mohd Iqbal


Umur : 41 tahun
Asal : Aceh Besar
Kelulusan : S.I Fakultas Hukum
Pekerjaan : Swasta
Alamat : Jln. Tgk Muda, Dusun Beringin, Kg.Keudah
No.tel : 081360141013

270
Nama : Encik Edison Bin Jafar Jalil
Umur : 42 tahun
Asal : Kg.Keudah
Kelulusan : SMA
Pekerjaan : Wiraswasta/ Kadus (Kepala Dusun)
Alamat : Jln. Tgk Dianjung

Nama : Cik Prilly Amelia


Umur : 21 tahun
Asal : Kg. Keudah
Kelulusan : SMA
Pekerjaan : Mahasiswi
Alamat : Jln. Tgk. Dianjung, Dusun Kemuning, No.88, Kg.Keudah
No.tel : 085210138384

Nama : Encik Husaini bin Muhammad Ibrahim


Umur : 41 tahun
Asal : Peulanggahan
Kelulusan : STM
Pekerjaan : Geucik (Ketua Kampung Peulanggahan)
Alamat : Pelanggahan, LR:K Jln. Blang Lom Ujong,
Dusun Syahbandar
No.tel : 085260364972

Nama : Encik Jun Aswan SE Bin Junirwan


Umur : 51 tahun
Asal : Peulanggahan
Kelulusan : S.I
Pekerjaan : Sekgam
Alamat : Peulanggahan Dusun Tgk Dianjong
No. tel : 081360266889

Nama : Encik Abu Bakar bin Shafie


Umur : 66 tahun
Asal : Banggalang Sigli Kecamatan Pidie
Kelulusan : SPIAIN
Alamat : Banda Aceh
No. tel : 081360266933

271
LAMPIRAN 1: KERATAN AKHBAR MENGENAI PESTA BURU HARTA
KARUN DI ACEH.

272
LAMPIRAN 2: ARKIB – PENGARUH FAHAMAN WAHABI DI MEKAH.

273
274
LAMPIRAN 3: ENCIK MIFTACHHUDDIN CUT ADEK KETIKA
DITEMUBUAL.

275
LAMPIRAN 4: SALASILAH KETURUNAN ENCIK ABU BAKAR
BIN SHAFIE DARI BANGGALANG SIGLI KECAMATAN PIDIE,
BANDA ACEH (JURAI KETURUNANNYA DI ACEH DAN
MALAYSIA).

276
LAMPIRAN 5: ENCIK ABU BAKAR BIN SHAFIE DAN DR. HUSAINI
IBRAHIM (BAWAH) YANG DITEMUBUAL DI UNSYIAH, BANDA ACEH

LAMPIRAN 6: EN. RAZALI


CHAIDAR KETUA
KAMPUNG KEUDAH DAN
BAHAGIAN HADAPAN

277
PEJABAT KETUA KAMPUNG

LAMPIRAN 7: SURAT NYAK GAM KEPADA PEJABAT TANAH


MENGENAI PERMOHONAN TANAH UNTUK DIBINA MASJID, TANAH
PERKUBURAN DAN TAMAN PERMAINAN.

278
LAMPIRAN 8: MAJALAH NARIT GEUTANYO

279
280
LAMPIRAN 9: SALASILAH KELUARGA HAJI MUDA (NYAK LAMPOH)

LAMPIRAN 10: SALASILAH KELUARGA NYAK UBIT

281
282

You might also like