You are on page 1of 6

KAJIAN KES KELAB “GO GREEN” SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

SUNGAI PINANG, PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

Kelab “GO GREEN” telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Tujuan bagi penubuhan kelab
ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar SJK(T) Sungai Pinang tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga meningkatkan kesedaran tentang
kehijauan sekolah dengan menanam pokok-pokok bunga di sekitar sekolah. Objektif bagi
kelab ini adalah menyemai nilai mencintai alam sekitar dan kepentingan mewujudkan
suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan
hidup lestari. Moto kelab ini adalah “togather we sustain our earth”. Memastikan keunikan,
kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan,
keselamatan dan keselasaan hidup masa kini dan akan datang merupakan visi kelab ini.
Manakala misi kelab ini adalah menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan
alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan Negara.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN

Kelab “GO GREEN” merupakan kelab pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di
Negeri Pulau Pinang. Ia dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah pada tahun 2010. Sekolah yang mengambil bahagian
dalam program ini dikehendaki menghantar laporan mengenai usaha-usaha alam sekitar
yang dijalankan kepada MBPP dan MPSP. Sekolah-sekolah yang mendapat hadiah Johan di
peringkat MBPP dan MPSP akan bersaing untuk mendapat Anugerah Sekolah Hijau
Cemerlang Negeri Pulau Pinang. Selain daripada hadiah johan, 4 anugerah khas juga
disediakan kepada pemenang bagi 4 kriteria utama iaitu kecekapan sumber, inovasi dan
kreativiti, kebersihan dan penghijauan serta penglibatan komuniti. Sekolah yang
memenangi Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang tersebut akan mendapat Hadiah wang
sebanyak RM 4000 dan sebuah Piala Pusingan (Challenge Trophy). Piala Pusingan ini akan
dihadiahkan kepada sekolah yang memenangi 3 kali secara berterusan dan bagi sekolah
yang mendapat jumlah markah tertinggi setiap 3 tahun berterusan akan dianugerahkan
Anugerah Sekolah Terunggul.
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN

Pada awalnya, penasihat telah membentuk jawatankuasa penaja iaitu PIBG untuk
menetapkan tujuan dan matlamat, aktiviti dan kegiatan dan juga peraturan dan
perlembagaan. Setelah penetapan tersebut, setiausaha menulis permohonan rasmi kepada
Guru Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan. Setelah mendapat
kelulusan daripada Guru Besar, surat-surat tersebut dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD). Selepas mendapat kelulusan daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), maka
berlaku pendaftaran ahli- ahli kelab yang telah diluluskan oleh Guru Besar. Langkah yang
selanjutnya ialah penasihat telah mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan
memilih ahli jawatankuasa, merancang aktiviti tahunan kelab, dan pengesahan dokumen
kelab. Laporan telah disediakan oleh setiausaha kelab tersebut dan dihantar kepada Guru
Besar. Langkah yang terakhir iaitu pengoperasian kelab berlaku. Tambahan pula, di seluruh
Pulau Pinang semua sekolah telah menubuhkan kelab Go Green dan setiap Khamis guru-
guru penasihat telah menghadiri mesyuarat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai
Pinang. Dalam mesyuarat mereka akan menetapkan aktivit-aktiviti dan pertandingan yang
berkaitan dengan Go Green. Jadi guru penasihat akan menghadiri mesyuarat yang
diadakan dan menambah baik aktiviti-aktiviti dalam kelab dari semasa ke semasa dan juga
menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli kelab.

4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Ahli kelab serta pelajar sekolah ini telah melibatkan diri dalam program “Go Green Penang”.
Program tersebut dianjurkan oleh Continental Automotive Components Malaysia Sdn Bhd.
Selain daripada program tersebut, ahli kelab ini juga melibatkan dalam

 Projek rawatan air sisa


 Program warga istimewa
 Program keusahawanan
 Program inovasi dan kreativiti teknologi hijau.

Ahli kelab juga mengamalkan pengutipan barang-barang ataupun bahan- bahan terbuang
untuk kitar semula ataupun digunakan sebagai hiasan di sekolah. Contoh aktivit yang lain
dijalankan adalah mencipta bakul dengan surat khabar lama dan mencipta bakul yang
meletekkan alat tulisan. Jika dilihat dari sudut kebersihan dan kehijauan pula, pelbagai
aktiviti dijalankan.
 Aktiviti pulihara dan pemulihara pokok-pokok.

Pokok-pokok dan bunga ada yang di disumbangkan oleh guru-guru, murid-murid dan juga
ibu bapa. Penubuhan skuad hijau disekolah juga dapat membantu dalam melaksanakan
aktiviti ini. Mereka telah diajar cara-cara menanam pokok dan menjaganya semasa sesi
Pendidikan Moral. Penanaman pokok-pokok ini secara tidak langsung mewujudkan suasana
yang segar dan cantik.

Jimat elektrik dan air.
Program ini juga dijalankan, sebagai contoh penjimatan tenaga air.Pihak sekolah telah
menyediakan tong tadahan air yang digunakan untuk menyiram tanaman. Murid-murid telah
diasuh sejak dari tahun satu lagi dengan pemahaman pentingnya penjimatan tenaga elektik
dan air. Sehingga kini murid-murid dapat memanafaatkanya bukan sahaja di rumah, malah
dimana-mana sahaja.

 Kebersihan amalan mulia.

Kata-kata ini juga telah diterap kepada warga sekolah ini.Semua murid dan guru dingatkan
agar sentiasa menjaga kawasan sekolah dan luar kawasan sekolah.Melalui program gotong-
royong yang diadakan di sekolah, murid dapat menerapkan nilai semangat berpasukan demi
menjaga kebersihan kawasan sekolah.

 Projek Amalan Hijau

Pembinaan Tapak Semaian yang diusahakan oleh pihak sekolah.Tanaman serai yang
ditanam telah membuahkan hasil. Serai yang dituai dijual kepada peniaga di pasar. Begitu
juga penanaman sayuran dan tanaman herba sedikit sebanyak memberi info kepada murid
tentang pokok-pokok herba.

5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN DENGAN PERSATUAN LAIN

Sekolah tersebut juga mempunyai Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Tamil,
Persatuan Inggeris, Kelab Rukun Negara dan lain-lain tetapi persatuan-persatuan tersebut
tidak mempunyai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dimana memupuk nilai
mencitai alam sekitar. Kelab Go Green ini, mempunyai kekuatan masing-masing. Iaitu dalam
kelab Go Green orang luar seperti ibu bapa, syarikat-syarikat dan bekas pelajar turut
melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kelab ini juga menyediakan kemudahan
pengangkutan ini khas kepada ahli-ahli kelab seperti bekas pelajar dan ibu bapa tersebut.
Ahli-ahli kelab yang terdiri daipada murid sekolah ini tidak perlu membayar kerana
pembayaran akan dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Manakala, ahli-ahli
orang luar harus membayar yuran sebanyak RM10 untuk setahun. Hal ini mengundang ke
arah kesan positif dimana kehadiran pelajar berada dalam lingkungan seratus peratus
berbanding dengan kehadiran pelajar persatuan-persatuan lain.

6.0 STRATEGI MENJANA KEWANGAN

Selain daripada itu, kelab ini banyak mendapat bantuan dari segi sumber kewangan
berbanding dengan persatuan-persatuan lain. Hal ini berlaku kerana, kelab ini banyak
menjalankan aktiviti di sekolah seperti yang dinyatakan dalam perancangan tahunan 2017.
Oleh sebab itu, pihak PIBG dan pihak luar membantu kelab ini supaya dapat menonjol
sebagai kelab yang paling unggul di peringkat sekolah mahupun di peringkat kebangsaan.
Kelab ini juga mendapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat seperti Intel, Motorola,
KDU kolej dan lain-lain. Hal ini kerana, kelab ini dijalankan di bawah Program Lestari
Sekolah. Dalam pada itu, disebabakan kelab dijalankan dibawah Program Anugerah
Sekolah Hijau, setiap tahun akan diadakan pertandingan dalam kalangan sekolah-sekolah di
peringkat Negeri Pulau Pinang dimana mendapat hadiah yang mewah seperti hadiah wang
sebanyak RM 4000 dan sebuah Piala Pusingan (Challenge Trophy). Piala Pusingan ini akan
dihadiahkan kepada sekolah yang memenangi 3 kali secara berterusan dan bagi sekolah
yang mendapat jumlah markah tertinggi setiap 3 tahun berterusan akan dianugerahkan
Anugerah Sekolah Terunggul.

Selain itu kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap kelas
sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan seperti program kitar semula dikawasan
negeri Pulau Pinang. Tabung ini berfungsi sebagai panduan untuk kelab untuk menjaga
sumber kewangan kelab tersebut. Yuran pendaftaran ahli juga menyumbang kepada sumber
kewangan kelab tersebut.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Terdapat banyak isu yang telah berbangkit sepanjang mengoperasikan kelab ini. Isu
pengumpulan bahan-bahan sekitar dan kerjasama pekerja di sekolah. Di sekolah tersebut
mempunyai secukup-cukupnya pekerja tetapi tidak memberikan kerjasam yang sepenuhnya
seperti tidak menyiram pokok, tidak menjaga kebersihan sekitar sekolah dan tidak menjaga
poko-poko bunga. Manakala, syarikat yang telah disediakan pengumpulan bahan-bahan
sekitar tidak datang ke sekolah da disebabkan itu bahan-bahan sekitar terpaksa disimpan di
luar sekolah. Dalam pada itu, sekolah juga tidak mempunyai bilik yang khas untuk
meletakkan bahan-bahan sekitar dengan kemas dan teratur. Disebabkan itu mereka
diletakkan kesemua bahan di tepi sekolah dimana nampak tidak bersih. Hal ini telah
diselesaikan oleh Guru Besar melalui dengan sendirinya membawa bahan-bahan bawa ke
kedai kitar semula dan juga beliau mengatakan bahawa Kelab Kitar Semula ini merupakan
salah satunya kelab yang aktif di sekolah. Selain itu, pengguna dari luar juga asyik
membuang sampah merata-rata tempat di luar kawasan sekolah. Jadi, keselamatan murid
terancam.
Isu yang selanjutnya ialah isu mewujudkan tong kitar semula di sekolah. Penasihat kelab ini
telah bercadang untuk mewujudkan tong kitar semula di sekolah. Tetapi cadangan tersebut
telah ditolak oleh Guru Besar kerana ketidakcukupan ruang di sekolah. Selepas beberapa
hari perundingan, isu ini telah diselesaikan oleh pihak PIBG sekolah dengan mewujudkan
ketiga-tiga tong tersebut iaitu biru, coklat dan juga jingga. Tong biru ini digunakan untuk
membuang bahan-bahan kertas, tong coklat pula digunakan untuk membuang barang-
barang kaca dan tong jingga ini digunakan untuk membuang barang-barang seperti tin
aluminium, tin keluli dan plastik. Tambahan pula, bagi membina Rumah hijau menempatkan
tanaman seperti Pokok Rozel, Tanaman hanging Garden seperti Kangkung dan bermacam-
macam pokok tumbuhan yang lain masih dalam perundingan dalam kalangan PIBG dan
pihak sekolah. Pembinaan Rumah Hijau ini juga adalah usahasama dari Jabatan Pertanian
daerah Balik Pulau.

7.0 PENUTUP

Dengan melaksanakan kajian kes ini, saya dapat memahami bahawa bagi melaksanakan
sesuatu persatuan, SWOT merupakan aspek yang perlu diambil kira oleh guru penasihat.
Begitu juga, dengan guru penasihat Go Green yang melaksanakan sesuatu kelab dengan
berkesan dengan mengkaji kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk
menjalankan sesuatu aktiviti. Beliau mengambil pelbagai langkah yang berkesan dan
teratur untuk menubuhkan kelab ini. Beliau dan Ahli Jawatankuasa Go Green, mengambil
kira pelbagai kriteria untuk melaksanakan atau menjalankan aktiviti yang menarik bagi
mewujudkan keseronokan dalam diri murid. Sumber kewangan merupakan asas penubuhan
sesuatu persatuan. Sehubungan dengan itu, guru penasihat dan Ahli Jawatankuasa
mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana kewangan dari pelbagai pihak. Walaupun
terdapat sedikit kekangan untuk melaksanakan kelab ini, pihak sekolah, guru penasihat dan
ahli utama bekerjasama untuk menyelesaikan isu yang bangkit semasa menjalankan
sesuatu aktiviti. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru dan murid
menjadi faktor utama kepada keberhasilan aktiviti penjanaan sumber kewangan kelab.

Disediakan oleh :
S.Kiriti
(KIRITHIKA SHANMUGAM)

You might also like