You are on page 1of 10

Bahagian A

Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

1. Antara yang berikut yang manakah benar tentang definisi awal istilah Melayu?

Sumber Istilah
I. M.Ptolemy Maleu-kolon
II. Buku Hindu Purba Malaya dvipa
III. Catatan Pengembara China Malaikurrum
IV. Catatan rahib Buddha Mo-lo-yu

A . I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. II dan IV

Bahasa Austronesia

X Polinesia Melanesia Mikronesia

2. berdasarkan rajah di atas, antara contoh Bahasa yang kesemuanya tergolong dalam Bahasa X
ialah
A.Fiji,Bikol dan Jawa C. Khmer,Makasar dan Tonga

B. Tagalog,Sunda dan Melanau D. Bisaya,Maori dan Champa

3.Vokal yang berikut terdapat dalam Bahasa Melayu kuno,kecuali

A.[i] C.[a]

B.[u] D.[ ə]
4. yang berikut ialah bukti penggunaan Bahasa Melayu klasik,kecuali

A. batu bersurat di Minye Tujuh

B. patung gangsa di Padang Lawas

C. batu nisan sultan Malik al-Salleh

D. surat sultan Abu Hayat II kepada Raja John III

5. yang manakah pernyataan yang benar tentang tahap kedua perkembangan tulisan Jawi?

A. tiada tanda baris pada tulisan Jawi

B. menggunakan diakritik

C. ada huruf saksi pada suku kata pertama

D. ada huruf saksi pada kedua-dua suku kata

6. -menerbitkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu

-Menterjemahkan karya sastera dari Barat

-Menerbitkan buku-buku sekolah Melayu

Berdasarkan pernyataan di atas,pertubuhan Bahasa yang bertanggungjawab ialah

A.Angkatan Sasterawan 50 C.Pejabat Karang Mengarang

B.Persaudaraan Sahabat Pena D.Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa


7.tokoh Bahasa yang terlibat dalam pengahasilan buku Tatabahasa Dewan ialah

A. Hassan Ahmad C.Nik Safiah Karim

B. Asmah Hj.Omar D.Zainal Abidin Ahmad

8. Perancangan Bahasa

X Korpus

Dalam perancangan Bahasa,X melibatkan usaha

I.Melibatkan ketetapan dasar Bahasa

II.Menghasilkan variasi Bahasa buku

III.Menggubal istilah teknikal dan professional

IV.Meluaskan dan meningkatkan peranan Bahasa Melayu

A.I dan III C.II dan III

B.I dan IV D.II dan IV

9. yang manakah susunan ejaan Bahasa Melayu yang betul mengikut kronologi?

I. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Baharu


II. Sistem Ejaan Wilkinson
III. Sistem Ejaan Fajar Asia
IV. Sistem Ejaan Za’ba

A.II,III,IV dan I C.IV,II,III dan I

B.II,IV,III dan I D.IV,III,II dan I


10.peminjaman Bahasa asing dalam Bahasa Melayu adalah untuk

I. Menyusun pandua tentang ejaan Bahasa Melayu


II. Mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan
III. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa moden dan terancang
IV. Mengungkapkan sesuatu yang konkrit,dan gagasan yang bersifat abstrak

A.I dan II C.II dan IV

B.I dan III D.III dan IV

11
Bahasa Contoh perkataan
I. Portugis P Seloka,jodoh
II. Tamil Q Pisau,bohsia
III. Cina R Nona,meja
IV. Arab S Batal,taat

Yang manakah padanan yang betul antara Bahasa dengan contoh perkataan

I II III IV
A P Q R S
B S Q P R
C Q S P R
D R P Q S
12.Yang manakah pernyataan yang benar tentang kajian fonemik?

A.menetukan system bunyi sesuatu Bahasa

B.mengenal pasti fungsi organ pertuturan manusia

C.menetukan bunyi-bunyi yang membezakan makna

D.mengkaji bunyi Bahasa yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia

13.yang berikut ialah proses yang betul tentang penghasilan bunyi vocal

I. Pita suara bergetar


II. Udara dari paru-paru melalui pita suara
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
IV. Udara keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan

A.III,I,II dan IV C.II,I,III dan IV

B.III,II,IV dan I D.II,III,IV dan I

14. X

Yang manakah contoh yang sesuai untuk X?

A.Perang C.Enak

B.Leher D.Leka
15.yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan mengikut urutan di bawah?

-Letusan lelangit keras tak bersuara

-Letupan lelangit lembut bersuara

-Geseran glottis tak bersuara

A.Cilik C.Cegah

B.Jejas D.Jengah

16.yang manakah yang menunjukkan padanan bunyi konsonan yang betul bagi I dan II di bawah?

I II
 Bibir atas dan bibir bawah dirapatkan  Glotis dalam keadaan terbuka
 Lelangit lembut diturunkan untuk  Lelangit lembut dinaikkan kearah dinding
membuka rongga hidung belakang rongga tekak
 Udara keluar melalui rongga hidung  Udara keluar melalui sempitan
 Pita suara bergetar  Pita suara tidak bergetar

A.[ŋ] dan [š] C.[ŋ] dan [s]

B.[m] dan [?] D.[m] dan [h]

17.ayat yang manakah yang mempunyai konsonan separuh vocal?

I. Pelajar yatim itu dating dengan neneknya


II. Mereka berusaha untuk memajukan perniagaan
III. Salmah menulis dengan menggunakan pen mata bulat
IV. Samad membeli kain berwarna hijau dan biru untuk ibunya

A.I dan III C.II dan IV

B.I dan IV D.III dan IV


18.yang manakah pasangan perkataan yang mengandungi vocal rangkap dan diftong?

A.lautan,pulau C.tuang,taum

B.kaloi,rambai D.kain,kuih

19.pada perkataan manakah terdapat bunyi vocal yang mempunyai artikulasi sertaan yang berupa
labialisasi?

A.[nai?] C.[maut]

B.[kait] D.[nahu]

20.perkataan yang manakah yang kesemua vokalnya mengalami penyengauan?

A.memantulkannya C.menyenangimu

B.mengelamun D.menyelami
BAHAGIAN B (30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Era Internet banyak mengubah aktiviti harian manusia, apatah lagi teknologi digital kini
membolehkan manusia melakukan pelbagai urusan, termasuklah aktiviti jual beli melalui Internet secara
aktif. Perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin mendapat tempat. Oleh sebab itu, peranan iklan
untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan dalam alam maya turut bertambah. Dalam
kerancakan pengusaha mengiklankan produk masing-masing, muncul sebilangan peniaga yang
memaparkan iklan yang tidak telus dengan tujuan untuk memerangkap pengguna supaya membeli
produk mereka. Kadangkala, peniaga memberikan maklumat palsu dan mengelirukan dalam iklan yang
dipaparkan.

Pembelian secara dalam talian berjaya menarik minat pengguna kerana pengguna lebih mudah
mencari barangan yang bermutu pada harga yang berpatutan dan lebih murah.Pengguna juga
berpeluang untuk mendapat barangan berjenama yang tidak dijual di negara ini. Namun demikian,
pengguna yang membeli barangan melalui talian masih boleh terdedah dengan pemaparan iklan yang
mengelirukan dan maklumat yang palsu. Oleh hal yang demikian, pengguna amat disarankan untuk
mempertimbangkan pandangan pembeli lain di laman sesawang sebelum membuat pembelian bagi
memastikan wang yang dikeluarkan berbaloi, dan yang lebih penting lagi, pengguna tidak tertipu atau
teraniaya

Pembeli di alam siber perlu bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan
pembelian bagi mencegah diri daripada terlalu mudah terpengaruh akan iklan yang mengelirukan atau
palsu sehingga mengundang diri menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam kes
tertentu, ada mangsa yang mengakui bahawa mereka tidak mendapat barangan yang dibeli walaupun
sudah membuat pembayaran. Ada pula yang mendapat barangan yang dipesan tetapi tidaklah seperti
yang digambarkan dalam iklan yang dipaparkan oleh peniaga alam siber Keadaan ini perlu dikawal dan
dipantau secara berkesan Banyak aduan yang diterima daripada pembeli yang terpedaya dengan iklan
yang tidak telus dan palsu.

Pengguna yang membeli barangan secara dalam talian dinasihatkan agar menyimpan segala
bukti, transaksi pembayaran, dan setiap maklumat yang ada sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya
berlaku perkara yang tidak diingini kelak Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi, dan Kepenggunaan seharusnya mempergiatkan usaha memberikan penerangan kepada
pengguna mengenai produk yang dijual melalui Internet bagi melindungi kepentingan pembel
Masyarakat pula perlu berhati-hati dalam mempercayai iklan yang dipaparkan melalui Internet.
Sesungguhnya, pembelian produk melalui Internet memang diakui berisiko tinggi
21.berdasarkan petikan tersebut,jelaskan maksud frasa yang berikut:

(a)…iklan yang tidak telus… (1)

(b)…mempertimbangkan pandangan pembeli lain… (1)

22.berikan dua sebab pengguna gemar membeli barangan secara dalam talian. (2)

23.jelaskan tiga mesej penulis dalam petikan tersebut. (6)

24. sesungguhnya,pembelian produk melalui internet memang diakui berisiko tinggi…..

Cadangkan Langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan pembeli daripada
menghadapi risiko dalam pembelian produk melalui internet. Panjang jawapan anda hendaklah tidak
melebihi 150 patah perkataan.

BAHAGIAN C (50 markah)

Tulis sebuah karangan yang panjangnya anatar 600-650 patah perkataan berdasarkan satu daripada
tajuk-tajuk di bawah.

25. Kini banyak warga emas bekerja untuk menanggung keluarga atau menyara hidup mereka. Beri
pendapat anda tentang punca-punca berlakunya keadaan ini dan langkah-langkah yang perlu diambil
bagi mengelakkan keadaan ini berterusan.

26. Masalah pencemaran air di negara kita kian membimbangkan orang ramai. Huraikan langkah-
langkah untuk mengatasi masalah ini.

27. Peningkatan kes kebakaran bangunan kediaman dikatakan berpunca daripada kecuaian

penghuninya sendiri. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas?

You might also like