You are on page 1of 13

MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

910/1 PERCUBAAN
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
STPM 2018
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
BAHASA MELAYU
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
KERTAS 1 PENGGAL 1
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Dua Jam MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIAMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B,dan bahagian C

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B, dan satu soalan
dalam bahagian C

Ada dua puluh soalan dalam bahagian A. Tiap-tiap soalan oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu
jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang
berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka
diikuti olehPilihan itu dengan teliti.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam bahagian B dan bahagain C pada helaian jawapan.
Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib
berangka.

Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 100 markah

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak


@ Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

STPM 910/1 (P1)

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.


Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan

I Enggano
II Simalur
III Leboni
IV Kroe

1. Antara bahasa di atas, yang manakah termasuk dalam subkeluarga Sumatera

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

I Vokal [  ] sama dengan vokal [ e ] yang digunakan sekarang


II Konsonan [ b ] dan [ d ] mengalami aspirasi atau hembusan
III Konsonan [ w ] digunakan untuk konsonan [ b ] yang digunakan
sekarang
IV Konsonan kh dan dh dipinjam daripada bahasa Arab oleh bahasa
Melayu kuno

2. Pernyataan yang benar tentang sistem tulisan dan ejaan dalam bahasa Melayu kuno ialah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Pernyataan berikut berkaitan dengan batu bersurat di Talang Tuwo kecuali


A menggunakan huruf Palava
B mengandungi 14 baris ayat
C bertarikh 606 tahun Saka, bersamaan 684 M
D kandungan batu bersurat menyeru dewa-dewa supaya melindungi kerajaan Sriwijaya
4. 82% kosa katanya merupakan kosa kata Melayu asli. Pernyataan tersebut merujuk kepada
A Aqa’id al-Nasafi
B Sejarah Melayu
C Misa Melayu
D Hukum Kanun Pahang

Daftar kata Cina – Melayu


Daftar kata Itali – Melayu
Daftar kata Melayu - Portugis

5. Berdasarkan rangsangan di atas, fungsi bahasa Melayu klasik ialah


A bahasa kamus
B bahasa komunikasi
C bahasa ilmu
D bahasa persuratan

6. Yang manakah bukan hasil karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

C Rahsia Ejaan Jawi


B Pelita Bahasa Melayu
D Ilmu Mengarang Melayu
D Kitab Pengetahuan Bahasa

I Menyeragamkan sistem ejaan


II Membakukan sebutan
III Membentuk istilah
IV Menyelaraskan pembentukan kata

7. Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Indonesia Malaysia (MBBIM) yang dibentuk
memberi tumpuan kepada

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
I ulat buku
II kaki bangku
III buah hati
IV budaya kuning

8. Yang manakah peribahasa yang dipinjam daripada bahasa Inggeris


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Yang manakah penyataan yang benar tentang bunyi vokal semasa bunyi dihasilkan?

A Pita suara tidak bergetar


C Lelangit lembut diturunkan
B Anak tekak dinaikkan atau diturunkan
D Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan

10.
Teman sejati ialah orang yang meraih tangan anda dan menyentuh hati anda

10. Yang berikut ialah vokal yang terdapat dalam peribahasa di atas kecuali

A vokal depan sempit


B vokal belakang sempit
C vokal depan separuh sempit
D vokal belakang separuh sempit

11.
 Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya
 Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan menutupi rongga
hidung
 Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan
 Pita suara bergetar
 Bibir berada dalam keadaan agak terhampar

Penyataan di atas merupakan cara-cara menghasilkan bunyi vokal

A depan luas
B depan sempit
C belakang sempit
D depan separuh sempit
12. Antara ayat yang berikut yang manakah mempunyai kata yang ejaannya tidak mematuhi
peraturan keselarasan vokal?

I Belut suka menjadikan selut sebagai habitatnya.


II Perabot yang dipesan itu semuanya berjenama terkenal.
III Puan Raminah dilantik sebagai calon untuk mengikuti program kecantikan.
IV Perasaan Ali tertekan kerana salah seorang anggotanya telah belot

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13. Kata yang manakah yang mengandungi penggunaan vokal e pepet dalam suku kata terbuka?

I kedai
II cekal
III bentuk
IV mengkal

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14. Bunyi yang manakah yang dilambangkan oleh dua huruf?

I [ŋ]
II [q]
III [g]
IV [x]

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
15. Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal yang disebut
dengan sengauan sebagai artikulasi tambahan ?

A Nano - sengat
B Ambil - mawar
C Ketua - manfaat
D Ganggu - kemaruk

16. Yang manakah keterangan yang benar tentang penghasilan bunyi konsonan letupan ?

I Lelangit lembut diturunkan


II Udara dilepaskan dengan perlahan-lahan
III Ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara
IV Sekatan udara berlaku pada titik artikulasi tertentu dalam rongga mulut

A I dan III
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

17. Yang manakah transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan “penggambaran” ?

A [ peɲgambaran ]
B [ pəŋgambaran ]
C [ pəngŋambaran ]
D [ peŋambaran ]

18. Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi konsonan rangkap ?

A Spring, kudrat
B Muflis, Sanskrit
C Keterangan, kerbau
D Kompleks, gembleng
19. Pilih kumpulan yang semua perkataannya mengandungi konsonon pinjaman.

I Cawan, petua, tiga


II Zirafah, ghaib, fatwa
III Vaksin, nafkah, naskhah
IV Boikot, geologi, teknologi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20. Pilih ayat yang menggunakan tanda bacaan yang betul.

C Wah, besarnya kereta awak!


A Hidupku sebatang kara di bumiMu ini.
B Pesuruhjaya Pesuruhjaya dikehendaki mengemukakan tarikh mesyuarat.
D Peserta diingatkan supaya membawa barang-barang ini, pakaian, jaket, sabun, dan tuala.
Bahagian B [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan

Pengangguran merupakan satu permasalahan sosioekonomi yang terus menghambat negara ini.
Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal. Namun begitu tidak
semua mereka bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah
pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174355 orang. Daripada 5
jumlah ini, sebanyak 40 356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35 832 orang (20.6
peratus merupakan pemegang diploma).

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam


kalangan siswazah. Salah satu faktor utamanya, sikap siswazah terlalu memilih kerjaya. Sikap
siswazah yang sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi menyebabkan 10
mereka terus menjadi penganggur. Selain itu, interpretasi terlalu tinggi siswazah terhadap
prasarana kerja seperti kredebiliti syarikat, fleksibiliti waktu kerja, jarak tempat bekerja dari tempat
tinggal, kemudahan infrastruktur, dan sistem pengangkutan yang baik tambah memburukan
keadaan.

Selain itu terdapat juga siswazah yang bersikap tidak optimistik. Golongan ini 15
kebiasaannya terlalu menginginkan pekerjaan yang "bersih" dan terjamin tanpa perlu memerah
keringat. Keinginan untuk menjadi pekerja kolar putih yang melambangkan kuasa dan status
menghalang golongan siswazah ini daripada melihat potensi dan peluang kerja yang wujud dalam
sektor lain.

Dari sudut siswazah, kebanyakan mereka tidak mempunyai "nilai tambah" untuk 20
membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja. Mereka sememangnya mempunyai
pendidikan yang tinggi, namun sayangnya tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang dunia
kerjaya. Kebanyakan siswazah IPT tempatan sekarang tidak mempunyai kekuatan dari segi
penguasaan bahasa kedua (bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya) Keinginan siswazah untuk 25
menceburi kerjaya dengan hanya berbekalkan ilmu semata-mata sebenarnya adalah tidak cukup.
Jelaslah bahawa sikap siswazah merupakan punca utama pengangguran, selain terdapat punca-
punca lain yang berkaitan.

Oleh sebab itu siswazah perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu kerja.
Masalah pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah dapat membuang nilai negatif yang 30
bersarang dalam diri dan meningkatkan kualiti diri yang dapat meyakinkan panel temu duga untuk
jawatan yang dipohon. Menyedari hakikat ini, siswazah yang masih menganggur perlu memahami
kelemahan diri dan mengenal pasti tuntutan pasaran kerja agar mereka dapat mempersiapkan diri
untuk mengharunginya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Oktober 2009)


21. Bagaimanakah sikap siswazah menjadi punca penggangguran semakin meningkat?
[4]

22. Mengapakah masalah pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat


di negara ini?
[6]

23. Jelaslah bahawa sikap siswazah merupakan punca utama pengangguran, selain
terdapat punca-punca lain yang berkaitan.

Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas dengan menjelaskan punca-punca lain
masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Panjang jawapan anda hendaklah tidak
melebihi 150 patah perkataan.
[ 20 ]
Bahagian C [50 markah]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah.

24 Penggunaan perkhidmatan penerbangan tidak lagi dianggap sebagai gaya hidup mewah dengan
wujudnya perkhidmatan penerbangan tambang murah. Dalam konteks di negara ini, pada
pandangan anda, apakah kelebihan perkhidmatan penerbangan tambang murah?

25 Kegiatan penyeludupan barangan yang semakin licik dengan pelbagai teknik dan modus
operandi menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengesan aktiviti ini. Sekiranya masalah ini
berterusan, pelbagai kesan negatif akan muncul. Jelaskan kesan negatif yang timbul daripada
kegiatan jenayah ini.

26 Kegagalan persatuan bola sepak negeri mendapatkan dana dan penajaan menjadi pemusnah
semangat barisan pemain dan peminat bola sepak tempatan untuk meningkatkan kejayaan
dalam sukan tersebut. Huraikan punca yang menyebabkan keadaan tersebut.
THE END

You might also like