You are on page 1of 20

1. Pernyataan yang manakah yang tepat tentang wacana?

A. Unit bahasa yang bebas dan mempunyai makna


B. Variasi bahasa yang wujud dalam bentuk lisan atau
tulisan
C. Seni pemakaian bahasa untuk menyampaikan idea
secara lisan atau tulisan
D. Unit bahasa yang melebihi batas ayat dan mempunyai
kesatuan fikiran yang utuh
Kyle sangat rajin belajar. Dia mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
2. Ayat di atas memperlihatkan hubungan

A. Sebab dan tujuan


B. Sebab dan akibat
C. Sebab dan hasil
D. Syarat dan hasil
3. Retorik ialah

A. Kelainan bahasa yang wujud berasaskan pengguna dan


penggunaan
B. Cara menyampaikan idea dengan berkesan
C. Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa
D. Unit bahasa yang melebihi batas ayat
Kalau kita telah berhasil memasarkan banyak produk hiliran daripada hasil
tanaman, tidak mustahil kita mengeluarkan produk hiliran daripada hasil
tangkapan laut pula. Pengalaman kita dalam menghasilkan produk hiliran
daripada hasil tanaman boleh kita manfaatkan untuk mengusahakan produk
hiliran dari hasil perikanan pula

4.. Petikan di atas menggunakan teknik penyampaian idea


jenis

A. Deduksi
B. Induksi
C. Eklektik
D. Analogi
5. X ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan
tatabahasa dan kosa kata disebabkan oleh struktur sosial
dan faktor geografi. X merujuk

A. Dialek
B. Bahasa baku
C. Bahasa dalam
D. Bahasa formal
X
- perbezaan pertuturan seseorang individu dengan individu yang
lain
- berlaku disebabkan perbezaan semula jadi alat artikulasi
seseorang

6. X merujuk kepada

A. Laras
B. Dialek
C. Idiolek
D. Isoglos
Sedap > makanan
dahaga > minuman
sakit > ubat

7. Contoh di atas merujuk

A. Unsur kolokasi
B. Sinonim
C. Perkataan khusus
D. Istilah
8. Yang manakah yang berkaitan dengan laras bahasa sastera
kreatif?
i. Memanfaatkan unsur imaginatif
ii. Diksinya bersifat denotatif
iii. Menekankan unsur-unsur fakta
iv. Menggunakan kata-kata berkonotatif

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang
benar tentang homograf?

A. Kata yang mempunyai makna yang sama


B. Kata yang mempunyai makna yang berbeza
C. Kata yang mempunyai bunyi dan ejaan tetapi berbeza
makna
D. Kata yang mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza
makna dan sebutan
Makna sesuatu perkataan menjadi lebih khusus
disebabkan perubahan budaya

10. Pernyataan di atas merujuk

A. Proses peluasan makna


B. Pengkhususan makna
C. Pembentukan kata
D. Proses penyempitan makna
- Makna selapis
- Terdapat dua bahagian; yang menyatakan maksud dan
diikuti pematah bagi maksud
- Mengandungi pengajaran

11. Pernyataan di atas merujuk

A. Bidalan
B. Kiasan
C. Pepatah
D. Kata-kata hikmat
Jali sudah dua kali dipenjarakan kerana terlibat dalam pelbagai
kes jenayah. Setelah keluar penjara kali kedua, Encik Bobby
mengupah Jali agar menjaga ternakan kambingnya di kampung
itu. Walaupun sudah mampu menyara hidup sendiri, Jali
mengambil kesempatan dengan mencuri beberapa ekor kambing
Encik Bobby untuk dijual.

12. Tindakan Jali yang sedemikian bersesuaian dengan


maksud peribahasa
A. Garam dikulum tak hancur
B. Daun nipah dikatakan daun labuh
C. Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair
D. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar
Tak guna punya adik. Tahu melantak aje. Kau ni Nisa,
macam biawak hiduplah, tak tahu malu, jerit Kak Nita.

13. Dialog di atas memperlihatkan ragam bahasa


A. Tempelak
B. Sindiran
C. Mengejek
D. Herdik
- Penutur membesar-besarkan sesuatu perkara
- Perbandingan yang dibuat sukar diterima akal

14. Ciri-ciri di atas merujuk ragam bahasa


A. Menaik
B. Melampau
C. Berulang
D. Bertimbal
Begini cara nak dapat keputusan cemerlang? Itulah, kan
cikgu dah nasihatkan awak untuk belajar mengikut jadual
secara teratur. Sekarang apa dah jadi dengan keputusan
awak?
15. Ungkapan di atas memperlihatkan ragam bahasa
A. Tempelak
B. Sindiran
C. Mengejek
D. Terbalik
16.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa merajuk?

b) Beri dua contoh ayat bagi bahasa merajuk


Jawapan

a) Bahasa merajuk ialah susunan kata seakan-akan


bahasa terbalik tetapi maksudnya tidaklah terbalik.
b)
o Apa boleh buat, kita ni bukanlah orang bijak (merajuk
kerana pendapatnya kerap tidak diterima)
o Apalah ada pada saya, rupa tak elok, harta pun tiada
(merajuk kerana kekurangan yang ada pada dirinya)
17.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa besar?

b) Berikan dua contoh ayat bagi bahasa besar


Jawapan
a) Susunan kata yang menggambarkan sesuatu secara
berlebih-lebih daripada yang sepatutnya sehingga
kadangkala sukar diterima akal
b)
o Bunyi buluh perindu itu sungguh merdu, sehingga burung
yang terbang pun berhenti mendengarnya
o Manisnya kuah ini, macam tertumpah gula selori
*Gambar sekadar hiasan shj

KUIZ BM
HADIAH MENARIK BAGI
KUMPULAN PEMENANG!!

PEMARKAHAN
1 m betul
1 m- cepat
1m - ulasan

You might also like