You are on page 1of 11

PEMBINAAN NEGARA

BANGSA

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan dan Rukun Negara
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

Objektif

Mengukuhkan perpaduan berbilang kaum

Mengimbangi kualiti kehidupan dan kerohanian


melalui pembangunan sosioekonomi

Memupuk serta memelihara keperibadian kebangsaan


PRINSIP DKK
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Asia Tenggara

Penduduk keturunan yang sama iaitu rumpun Melayu-Polynesia


persamaan dalam bidang bahasa (Melayu-Austronesia), kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-
nilai keperibadian

Islam diterima kerana pembentukan kebudayaan kebangsaan


seiring dengan kedudukan Islam yang telah lama bertapak dan
sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara menganutinya
RUKUN NEGARA
RN merupakan ideologi negara Malaysia untuk menyatukan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan

Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai satu susunan prinsip


hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan
dan norma-norma sosial yang mencukupi seluruh aspek
kehidupan seperti agama, ekonomi, politik, dan perundangan
OBJEKTIF RN

Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam


masyarakat

Memelihara cara hidup yang demokratik

Mencipta satu masyarakat yang adil

Membentuk sikap liberal terhdap tradisi kebudayaan

Membina sebuah masyarakat progresif


1. KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN
Agama merupakan asas dalam kehidupan untuk memandu
seseorang bertindak melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan

Setiap kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama (Islam,


Buddha, Kristian, Sikh, dll). Islam merupakan agama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama lain masih bebas diamalkan

Malaysia menghormati kebebasan beragama dan tidak ada dasar


diskriminasi kepada warganegara atas dasar kepercayaan agama
masing-masing
2. KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan pemerintahan sistem beraja dan Yang di-
Pertuan Agong menjadi ketua negara serta lambang perpaduan rakyat.
Sistem beraja diamalkan di negeri yang beraja. Bagi negeri yang tidak
beraja pula mengamalkan sistem Yang Dipertua Negeri

Setiap warganegara hendaklah memberi sepenuh taat setia kepada


YDPA dan dalam peringkat negeri pula kepada raja dan YDPN

Kesetiaan kepada negara akan memupuk kecintaan rakyat kepada


negara dan raja yang tidak berbelah bagi
Pegangan prinsip tersebut akan melahirkan masyarakat yang:

Menghormati antara satu sama lain

Berusaha untuk menjaga nama baik negara

Sanggup menyumbang tenaga untuk pembangunan negara

Bersedia menghadapi ancaman daripada musuh negara


3. KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara
yang berfungsi memberi hak dan keistimewaan kepada setiap warganegara.
Setiap rakyat hendaklah menerima, mematuhi dan mempertahankan
kemuliaan Perlembagaan berdasarkan beberapa perkara asas berikut:
Konsep raja berpelembagaan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain
Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Jaminan tentang hak dan kebebasan asasi rakyat
4. KEDAULATANN
UNDANG-UNDANG
Merupakan asas kepada prinsip keadilan di Malaysia. Ini menjamin
kebebasan rakyat untuk bersuara, beragama, perlindungan di sisi
undang-undang, kebebasan memiliki harta dll.

Kebebasan rakyat masih dikawal dengan peraturan dan batasan


tertentu supaya tidak disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab

Undang-undang negara perlu dipatuhi supaya kehidupan rakyat aman


dan damai serta menjamin kemajuan negara
5. KESOPANAN DAN
KESUSILAAN

Setiap rakyat perlu mempunyai sifat yang bersopan dan


bertatasusila supaya menjamin keharmonian negara

Oleh itu, mereka tidak boleh membangkitkan perkara-perkara


yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum berkaitan asal-usul
keturunan, agama, bahasa, kebudayaan dan kepercayaan

You might also like