You are on page 1of 10

Nama: .............................................................................. Tingkatan: .................................

910/1 STPM 2014

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

(Dua jam)

SMK KUALA KUBU BHARU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

PENGGAL 1

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon
dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B dan satu soalan
Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan
yang berasingan.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C pada helaian
jawapan. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan
mengikut tertib berangka.

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

1
Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

Berdasarkan rajah di atas, R ialah bahasa


A Polinesia B Nusantara
C Melanesia D Mikronesia

2. Yang manakah padanan yang betul antara perkataan pinjaman dengan bahasa sumbernya?

Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Cina


A Kapal Fakir Emak
B Dewa Pahala Kuil
C Khusus Wajah Soto
D Syurga Zalim Gincu

3. Kesemua yang berikut merupakan ciri bahasa Melayu klasik kecuali

A tiada pengaruh bahasa Sanskrit


B menggunakan kata pangkal ayat
C banyak menggunakan ayat pasif berbanding dengan ayat aktif
D menjadi medium dalam penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu

4 Kumpulan batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu kuno telah ditemukan...

A di Talang Tuwo di Karang Brahi di Sg. Teresat


B di Kota Kapur di Minye Tujuh di Talang Tuwo
C di Kota Kapur di Talang Tuwo di Karang Brahi
D di Karang Brahi di Minye Tujuh di Kedukan Bukit

2
Matlamat kelima undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1959, Bahagian (5)
menyatakan bahawa DBP perlu menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa
kebangsaan.
5. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang dinyatakan di atas termasuk dalam proses

A pengekodan B pemupukan C perancangan D penyusunan

6. Yang manakah pernyataan yang benar tentang bahasa Melayu kuno?

I Vokal e pepet tidak digunakan dalam bahasa Melayu kuno.


II Terdapat konsonan dz dan kz yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit.
III Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa
Melayu moden.
IV Fonem w dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi b secara kekal dalam bahasa
Melayu moden.

A I dan I B I dan IV
C II dan III D III dan IV

7. Yang manakah aktiviti yang tergolong dalam perancangan korpus bahasa?

A Memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu


B Merancang penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran
C Mengadakan usaha untuk memantapkan tatabahasa bahasa Melayu
D Mensyaratkan kelulusan bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia

TOKOH KARYA
I Za’ba P Kamus Melayu-Inggeris
II R.J. Wilkinson Q Buku Katan
III Raja Ali Haji R Bustan al-Katibin
IV Mohammad Said Haji Sulaiman S Ilmu Mengarang Melayu
8. Berdasarkan jadual di atas,yang manakah padanan yang betul antara tokoh dengan
karyanya?

I II III IV
A S P R Q
B S Q P R
C Q P R S
D R Q S P

9. Apakah salah satu sebab bahasa Melayu kuno banyak sekali menerima pengaruh
bahasa Sanskrit?
A Bahasa Sanskrit merupakan bahasa agama.
B Bahasa Sanskrit mempunyai status yang tinggi.
C Bahasa Sanskrit boleh menyaingi bahasa Jawa kuno.
D Bahasa Sanskrit digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat.
3
 Udara tersekat pada pertemuan dua bibir
 Udara yang tersekat itu dilepaskan serta- merta
 Pita suara tidak bergetar
10. Yang manakah pasangan kata yang bunyinya dihasilkan dengan cara di atas?

A pasar – bulan B dapur – kapur


C paras – garis D bantu –lambat

11. Antara perkataan yang berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan


e taling dalam suku kata terbuka?
I Telor II Peka III Sendeng IV Engsel

A I dan II B I dan III


C II dan III D II dan IV

 Belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan tertinggi


 Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak
 Pita suara bergetar.
12. Bunyi vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam perkataan

A atlet B kuali
C kolam D penggal

Jenis Vokal Kata


I Vokal tengah W Tulus, buluh, dulu
II Vokal belakang sempit X Tolong, dodol, solo
III Vokal depan separuh sempit Y Belok, tempoh, kole
IV Vokal belakang separuh sempit Z Beranda, semak, redah
13. Yang manakah padanan yang betul antara jenis vokal dengan kata yang
mengandungi vokal tersebut ?

I II III IV
A X Y W Z
B Y X Z W
C Z Y W X
D Z W Y X

KVKK - KKV
14. Yang manakah pasangan kata yang menepati pola di atas?

A Ambulans – kritikan
B Kompleks – infrastruktur
C Strategi – standard
D Sampel - prakata

4
15. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang bunyi konsonan?

I Lelangit lembut dinaikkan semasa menghasilkan bunyi sengauan.


II Semasa dihasilkan, udara mengalami sekatan atau halangan
III Kedudukan lidah dan bukaan rongga mulut menentukan jenis konsonan.
IV Konsonan pinjaman tergolong dalam konsonan geseran.

A I dan III B I dan IV


C II dan III D II dan IV

JENIS SENGAUAN

Gusi Dua bibir X Lelangit keras


16. Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi konsonan sengauan X?

A Sering – sengaja
B Berlaga - mengaji
C Melabur – cemara
D Menyara - berpunya

17 Pilih kumpulan perkataan yang mengalami proses pengglotisan ketika bunyi dihasilkan.

A Saat, buih, takdir


B Kain, serak, lontar
C Kerajaan, saat, taakul
D Sukatan, manfaat, taksir

18. Pernyataan yang manakah benar tentang penghasilan bunyi [ n ]?

I Pita suara tidak bergetar.


II Lelangit lembut diturunkan.
III Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi.
IV Arus udara keluar melalui rongga mulut.

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

19. Tanda sempang ( - ) digunakan untuk

I. Memisahkan partikel dengan perkataan sebelumnya


II. Menandakan permulaan kutipan(quotation)
III. Menjelaskan ungkapan
IV. Merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

5
Tempoh yang diberikan untuk anda dan rakan anda menjelaskan pinjaman itu
tidak lama__ mungkin antara enam hingga lapan bulan sahaja.

20. Antara perkataan “tidak lama’ dan ‘mungkin’ dalam ayat di atas harus diberikan
sejenis tanda baca. Tanda baca yang paling sesuai, ialah

A Noktah (.) B koma (,) C koma bernoktah(;) D noktah bertindih ( :)

Bahagian B [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Semangat patriotik kini didapati semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri tanpa
menghiraukan perkara lain. Perkara yang lebih penting dalam hidup mereka adalah untuk
mengumpulkan kekayaan. Oleh sebab itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik
dan tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan. Pendekatan yang terbaik perlu dicari
bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan.

Dalam hal ini, pihak kerajaan hendaklah memberikan penekanan tentang proses
pemupukan semangat patriotik kepada anak-anak sejak mereka di bangku sekolah lagi.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar, seperti kata peribahasa
Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat
dipupuk sejak kecil, sudah tentu semangat tersebut akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa.

Penekanan tentang semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan di institusi


pengajian tinggi adalah penting bagi mencapai hasrat ini. Dengan cara demikian, pelajar akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam
kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal
yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari pelajar hinggalah
mereka meninggalkan alam persekolahan.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti


yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan
perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat taman
perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk
semangat patriotik tetapi dalam masa yang sama dapat merealisasikan espirit de corp dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

6
Usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan secara yang berterusan.
Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang
cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama
dan negaranya sendiri. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan
remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka
hilang jati diri.

21 (a) Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas? [ 2 ]

(b) Berikan maksud rangkai kata merealisasikan espirit de corp dalam petikan di atas. [2 ]

22 Nyatakan cadangan penulis bagi meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan


rakyat di negara ini? [ 6 ]

23 Jelaskan kepentingan semangat patriotik kepada masyarakat dan negara.

(Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.) [20]

Bahagian C [50 markah]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan
satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.

24. Rangkaian sosial melalui Internet, seperti facebook, twitter, blog, you tube
dan sebagainya kini menjadi kegilaan orang ramai, khususnya golongan remaja
dan belia.
Pada pandangan anda, apakah kesan daripada perkembangan hubungan sosial ini?

25. Pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini, belakangan
ini dikatakan mendatangkan berbagai-bagai kesan kepada masyarakat dan negara.
Bincangkan.

26. Pelbagai kegiatan jenayah yang dilaporkan berlaku di negara ini, banyak yang melibatkan
remaja.
Jelaskan faktor-faktor penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah?

Soalan Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………. ………………………………
(MAJLILA BT OREE) (HJ. ROHAIZAD B. MOKHTAR)
Guru Bahasa Melayu Penolong Kanan Tingkatan 6

7
JAWAPAN CADANGAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM
BAHASA MELAYU PENGGAL 1
2014

BAHAGIAN A

1. A
2. D
3. A
4. C
5. A
6. B
7. C
8. A
9. B
10. B
11. A
12. C
13. D
14. D
15. D
16. A
17. C
18. C
19. D
20. B

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

21. (a) Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?


Tajuk yang sesuai bagi petikan di atas ialah Usaha/Langkah/Cara untuk
Meningkatkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Masyarakat di negara Ini. [ 2 ]
(b) Berikan maksud rangkai kata merealisasikan espirit de corp dalam petikan
di atas.
Rangkai kata merealisasikan espirit de corp bermaksud menjadikan semangat

8
kekitaan sebagai suatu kenyataan. [ 2 ]

22. Nyatakan cadangan penulis bagi meningkatkan semangat patriotik dalam


kalangan
rakyat di negara ini.

Cadangan penulis:

 Pihak kerajaan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat


patriotik kepada anak-anak agar semangat ini sebati dalam diri pelajar.
 Semangat patriotik diberikan penekanan dalam kurikulum di sekolah supaya
pelajar
dapat memahami dan menghayati semangat tersebut.
 Agensi kerajaan perlu menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan semangat
patriotik agar semangat ini dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
 Usaha untuk memupuk semangat patriotik hendaklah dijalankan secara yang
berterusan bagi melahirkan warganegara yang cinta akan negara sendiri.
[6]

23. Jelaskan kepentingan semangat patriotik kepada masyarakat dan negara


ialah,
 dapat melahirkan anggota masyarakat atau warganegara yang sayang akan
negara  dapat melahirkan anggota masyarakat yang melakukan tindakan yang
dapat
menaikkan imej masyarakat dan negara
 tidak melakukan tindakan yang dapat menjejaskan nama baik masyarakat dan
negara  memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan bagi
mempertahankan negara
daripada ancaman musuh
 masyarakat yang mempunyai semangat patriotik akan menyokong usaha kerajaan
untuk kepentingan rakyat
 dapat melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri
[ 20 ]

BAHAGIAN C
[ 50 markah ]
24 - Iklan yang seharusnya dibenarkan di negara ini
Pendahuluan  Iklan sinonim dengan dunia perniagaan dan disebarkan dengan
pelbagai cara  Terdapat iklan yang memperlihatkan unsur-unsur negatif dan
tidak sesuai ditayangkan  Iklan yang layak disiarkan seharusnya mempunyai ciri-

9
ciri tertentu

Isi  Memperlihatkan latar belakang masyarakat majmuk di negara ini  Tidak


menggunakan pakaian yang mencolok mata  Tidak melibatkan kos yang terlalu
tinggi  Memilih dialog yang bersopan santun (tidak kasar)  Tidak memasukkan
unsur penipuan (khususnya kepada kanak-kanak)  Menggunakan bahasa yang
betul (elakkan daripada bahasa rojak)

 Mengandungi unsur-unsur pengajaran  Tidak menyentuh sensitiviti mana-mana


kaum

Kesimpulan  Iklan dapat mempengaruhi orang ramai, termasuk kanak-kanak 


Pihak yang berkuasa perlu memastikan agar iklan yang tersiar hendaklah bebas
daripada unsur negatif.

25 - Kesan pertambahan bilangan IPTS


Pendahuluan  Kepentingan pendidikan dalam dunia moden kini semakin disedari
umum  Pertambahan bilangan IPTA dan lebih-lebih lagi IPTS di negara ini
semakin ketara  Pertambahan IPTS mendatangkan pelbagai kesan kepada
masyarakat dan negara

Isi  Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran tinggi kepada lebih ramai


pelajar  Mewujudkan persaingan yang sihat untuk menarik kemasukan pelajar 
Membangunkan kawasan persekitaran IPTS yang berkenaan  Mewujudkan
peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat  Memungkinkan pelajar lepasan
IPTS tertentu kurang berkualiti  Yuran yang tinggi di sesetengah IPTS,
membebankan pelajar  Kemungkinan terdapat IPTS yang melakukan
penyelewengan kurikulum (tidak mematuhi
sukatan pelajaran yang ditetapkan)
 Tenaga akademik yang digunakan mungkin kurang berkelayakan  Tidak
memberikan keutamaan kepada bahasa kebangsaan  Kurang kawalan tentang
kemasukan pelajar asing boleh meningkatkan masalah sosial
dan jenayah
 Prasarana yang kurang lengkap menjejaskan aktiviti pelajar

Kesimpulan  Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan
masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan imej negara.

10

You might also like